Pantun
-
Upload
aisah-ibrahim -
Category
Documents
-
view
2.475 -
download
5
Transcript of Pantun
Angin teluk menyisir pantai Hanyut rumpai di bawah titiBiarlah buruk kain dipakai Asal pandai mengambil hati
Pergi mendaki Gunung Daik Hendak menjerat kancil dan rusa Bergotong-royong amalan yang baik Elok diamalkan setiap masa
Air melurut ke tepian mandi Kembang berseri bunga sendudukElok diturut resmi padi Semakin berisi semakin tunduk
Daun sirih ulam Cik Da Makan sekapur lalu matiWalaupun banyak ilmu di dada Biar merunduk resmi padi
Buah pelaga makan dikikir Dibawa orang dari hulu Sebarang kerja hendak difikir Supaya jangan mendapat malu
Kemumu di tengah pekan Dihembus angin jatuh ke bawahIlmu yang tidak diamalkan Bagai pohon tidak berbuahTumbuh melata si pokok tebu Pergi pasar membeli dagingBanyak harta tak ada ilmu Bagai rumah tidak berdinding
Tulis surat di dalam gelap Ayatnya banyak yang tidak kenaJagalah diri jangan tersilap Jikalau silap awak yang bencana
Hendak belayar ke Teluk Betong Sambil mencuba labuhkan pukatBulat air kerana pembetung Bulat manusia kerana muafakat
Pakai baju warna biru Pergi ke sekolah pukul satuMurid sentiasa hormatkan guru Kerana guru pembekal ilmu
Lagu bernama serampang laut Ditiup angin dari Selatan Layar dikembang kemudi dipaut Kalau tak laju binasa badan
Padi segemal kepuk di hulu Sirih di hilir merekap junjunganKepalang duduk menuntut ilmu Pasir sebutir jadikan intan.
Budak-budak berkejar-kejar Rasa gembira bermain di sanaKalau kita rajin belajar Tentu kita akan berjaya
Jangan pergi mandi di lombong Emak dan kakak sedang mencuciJangan suka bercakap bohong Semua kawan akan membenci
Buah cempedak bentuknya bujur Sangat disukai oleh semuaJika kita bersikap jujur Hidup kita dipandang mulia
Jikalau tuan mengangkat peti Tolong masukkan segala barangJikalau anak-anak bersatu hati Kerja yang susah menjadi senang
Kayu bakar dibuat arang Arang dibakar memanaskan diriJangan mudah menyalahkan orang Cermin muka lihat sendiri
Orang haji dari Jeddah Buah kurma berlambak-lambakPekerjaan guru bukanlah mudah Bagai kerja menolak ombak
Terang bulan di malam sepi Cahya memancar kepangkal kelapa Hidup di dunia buatlah bakti Kepada ibu dan juga bapa
Parang tajam tidak berhulu Buat menetak si pokok RuBila belajar tekun selalu Jangan ingkar nasihat guru