papan tulis

16
2.0 Kemahiran Menggunakan Papan Tulis Dalam Pengajaran Bahasa Melayu 2.1 Definisi Papan Tulis Papan tulis ialah sejenis permukaan untuk menulis dan melukis menggunakan kapur (sejenis bahan yang diperbuat daripada kalsium sulfat) dan boleh digunakan berulang-ulang kali. Pada zaman dahulu, papan tulis pada asalnya hanyalah diperbuat daripada batu loh atau papan batu yang licin dan nipis berwarna hitam atau kelabu gelap. Fesyen yang terbaru pula biasanya berwarna hijau atau coklat dan oleh sebab itu, ia kadang-kadang dipanggil juga papan hijau. Papan tulis biasanya digunakan dalam proses pengajaran di kebanyakan institusi pendidikan, walaupun dalam kebanyakan negara kaya, penggunaannya telah dihapuskan. Tulisan kapur pada papan tulis amat mudah dipadam dengan menggunakan kain, span atau pemadam papan hitam khas. Walau bagaimanapun, tulisan kapur yang ditulis di atas papan hitam yang basah agak sukar untuk dipadamkan. Oleh sebab itu, pengeluar papan tulis selalunya menasihatkan supaya papan tulis yang baru dibeli disapu dengan sisi sebatang kapur tulis sepenuhnya dan dipadamkan semula agar dapat digunakan seperti biasa. Namun, papan tulis mempunyai sedikit kelemahan; ia menghasilkan habuk kapur dan jumlahnya bergantung kepada kualiti kapur tulis yang digunakan. Sesetengah orang tidak gemar akan situasi ini dan ada juga yang alah kepadanya. Pada masa yang sama, terdapat juga pertikaian tentang habuk kapur ini dengan masalah pernafasan.

description

Penggunaan papan tulis

Transcript of papan tulis

Page 1: papan tulis

2.0 Kemahiran Menggunakan Papan Tulis Dalam Pengajaran Bahasa Melayu

2.1 Definisi Papan Tulis

Papan tulis ialah sejenis permukaan untuk menulis dan melukis menggunakan kapur

(sejenis bahan yang diperbuat daripada kalsium sulfat) dan boleh digunakan berulang-ulang kali.

Pada zaman dahulu, papan tulis pada asalnya hanyalah diperbuat daripada batu loh atau papan

batu yang licin dan nipis berwarna hitam atau kelabu gelap. Fesyen yang terbaru pula biasanya

berwarna hijau atau coklat dan oleh sebab itu, ia kadang-kadang dipanggil juga papan hijau.

Papan tulis biasanya digunakan dalam proses pengajaran di kebanyakan institusi pendidikan,

walaupun dalam kebanyakan negara kaya, penggunaannya telah dihapuskan. Tulisan kapur pada

papan tulis amat mudah dipadam dengan menggunakan kain, span atau pemadam papan hitam

khas. Walau bagaimanapun, tulisan kapur yang ditulis di atas papan hitam yang basah agak sukar

untuk dipadamkan. Oleh sebab itu, pengeluar papan tulis selalunya menasihatkan supaya papan

tulis yang baru dibeli disapu dengan sisi sebatang kapur tulis sepenuhnya dan dipadamkan

semula agar dapat digunakan seperti biasa. Namun, papan tulis mempunyai sedikit kelemahan; ia

menghasilkan habuk kapur dan jumlahnya bergantung kepada kualiti kapur tulis yang digunakan.

Sesetengah orang tidak gemar akan situasi ini dan ada juga yang alah kepadanya. Pada masa

yang sama, terdapat juga pertikaian tentang habuk kapur ini dengan masalah pernafasan. Habuk

ini juga boleh menimbulkan masalah kepada bahan yang sensitif habuk seperti komputer.

Cakaran kuku pada papan tulis termasuk cakaran menggunakan objek keras seperti logam

diketahui umum akan menghasilkan bunyi yang tidak digemari (mengilukan). Ramai juga yang

enggan bukan sahaja melihat bahkan membayangkan bunyi ini.

Papan tulis juga selalu digunakan di berbagai-bagai tempat (seperti kedai ), restoran

sebagai alat pengiklanan bagi menu serta untuk merekod mata dalam acara-acara sukan di

peringkat bawahan. Papan tulis dengan mudahnya dibina daripada papan yang dicat dengan cat

berwarna gelap yang tidak berkilat (biasanya hitam atau hijau gelap). Fesyen yang lebih moden

mengandungi helaian plastik yang boleh digulung dengan bantuan 2 penggulung yang

ditempatkan selari antara satu sama lain. Hal ini memberi ruang untuk tulisan tambahan

sementara tulisan sebelumnya disimpan tanpa perlu memadamnya. Gred papan tulis yang paling

tinggi diperbuat daripada porselin yang lebih kasar yang menyelaputi besi( hitam, hijau, biru,

atau kadang-kadang warna -warna lain). Porselin adalah kukuh dan papan tulis yang dibina

Page 2: papan tulis

daripada porselin biasanya tahan sehingga 10-20 tahun walaupun digunakan secara intensif.

Batang-batang kapur yang berwarna putih dan pelbagai warna lain khas direka untuk menulis

diatas papan tulis. Bahan ini sebenarnya bukan diperbuat daripada batu kapur bahkan daripada

kalsium sulfat (lihat kapur tulis).

Papan tulis pada zaman dahulu hanyalah sekeping batu untuk mencatat nota di atasnya

tanpa menggunakan kapur tulis kerana pada masa itu kapur tulis masih belum wujud lagi.

Kanak-kanak hanya menggunakan batu kecil untuk menulis di atasnya. Tulisan dengan

mudahnya dipadam menggunakan sehelai kain buruk bagi membolehkan nota atau masalah lain

ditulis. Pada lewat kurun ke-18 dan awal kurun ke-19, ‘’papan batu’’ ini sering digunakan di

sekolah-sekolah di Amerika Syarikat dan beberapa negara lain. ‘’Papan batu’’ ini ditambat pada

rangka kayu untuk membantu mengukuhkannya dan mengelakkannya daripada retak. Pada masa

itu, kertas amat mahal dan sukar untuk didapati dan oleh sebab itu, ‘’papan batu’’ ini amat sesuai

sebagai pengganti. Namun, pada suatu ketika, ‘’papan batu’’ ini mula digunakan dengan kaedah

terbaru. Seorang guru geografi yang bekerja di Scotland dilaporkan telah mengambil ‘’papan

batu’’ daripada pelajar-pelajarnya dan menggantungkannya pada dinding. Dia kemudiannya

menggunakannya untuk membuat papan tulis yang boleh diubah untuk menulis maklumat

geografi yang membolehkan pelajarnya membaca bersama-sama. Revolusi papan hitam bermula

dari sini. Idea ini diaplikasikan dengan cepat.

Penggunaan papan tulis dalam cara ini yang pertama sekali direkodkan ialah di benua

Amerika Utara, iaitu apabila papan tulis digunakan di Akademi Ketenteraan Amerika Syarikat di

West Point. Akademi ketenteraan yang lain juga kemudiannya mengikut kaedah penggunaan

papan tulis ini dan akhirnya, kaedah ini telah tersebar di semua sekolah-sekolah yang lain.

Kebanyakan pelombongan ‘’papan batu’’ di Amerika Syarikat bertempat di bahagian timur laut,

iaitu di kawasan seperti Maine, Vermont, Pennsylvania dan sedikit di bahagian selatan di

Virginia. Apabila Amerika Syarikat mula berkembang ke sebelah barat, jalan-jalan raya batu

membolehkan ‘’papan batu’’ untuk dijadikan papan tulis dihantar dari negeri-negri ini ke sekolah

sepanjang Great Plain dan kawasan prairi pada sekitar tahun 1840-an. Papan hitam ini tetap

tersebar ke sekolah-sekolah kemana sahaja Amerika Syarikat berkembang. Pada sekitar 1850-an,

sekolah-sekolah telah dilengkapkan dengan papan tulis bersama-sama dengan beberapa perkakas

Page 3: papan tulis

lain seperti dapur (yang menggunakan kayu untuk memasak) dan bangku. Walau bagaimanapun,

penggunaan papan tulis masih lagi belum menjadi sesuatu yang biasa.

Apabila teknologi semakin maju, batu yang digunakan untuk menulis pada papan tulis

telah digantikan dengan kapur tulis. Kapur tulis yang lembut ini lebih mudah untuk digunakan

pada papan tulis dan juga lebih mudah untuk dibersihkan. Kain buruk yang pernah digunakan

untuk memadam tulisan pada papan tulis telah digantikan dengan pemadam papan tulis yang

baru, yang mana mampu menyerap lebih banyak habuk kapur tulis dan mengelakkannya

daripada berterbangan di udara. Papan tulis juga tidak lagi diperbuat daripada ‘’papan batu’’

tetapi kepingan besi dengan porselin. Sejak kebelakangan ini, banyak sekolah telah

menggantikan papan tulis dengan papan putih kerana bimbang dengan masalah kesihatan yang

mungkin timbul akibat habuk kapur tulis.Papan tulis merupakan alat yang digunakan oleh guru

untuk menulis penerengan atau maklumat lain. Penggunaan papan tulis seharusnya terancang dan

berstruktur serta menggunakan tulisan yang jelas dan mudah dibaca. Papan tulis adalah penting

dalam aktiviti pengajaran-pembelajaran di bilik darjah.

Kemahiran ini memerlukan guru merancang dan menyusun tulisan, nota, ilustrasi dan

gambar rajah di atas papan tulis dengan baik. Guru yang berkemahiran menggunakan papan tulis

dengan sempurna akan memudahkan murid memahami pengajarannya dan dapat menarik minat

mereka mengikuti pelajarannya. Papan tulis atau papan hitam yang digunakan dengan cara yang

betul dan sistematik akan dapat menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti. Ia

digunakan meluas dan guru haruslah mengambil kira peranan yang dapat dimainkan oleh papan

tulis sebelum memulakan sebarang pengajaran. Bagi Brown (1969), guru yang berkebolehan dan

cekap selalunya mengambil berat penggunaan papan tulis supaya ia benar-benar efektif. Papan

tulis merupakan salah satu alat bantu mengajar yang termurah dan paling meluas digunakan.

Kebanyakan guru pelatih, tidak menggunakannya secara efektif.

Page 4: papan tulis

2.1.1 Langkah-Langkah Yang Perlu Ketika Menggunakan Papan Tulis:

Sebelum memulakan pegajaran, pastikan papan tulis telah dibersihkan. Sekiranya papan

tulis tidak bersih, tumpuan murid akan terganggu. Papan tulis yang tidak bersih boleh

dibersihkan dengan menggunakan pemadam papan tulis yang diperbuat daripada kain atau span.

Papan biasanya amat senang dibersihkan.

Tulisan guru hendaklah besar dan jelas. Semasa menggunakan papan tulis sebagai alat atau

bahan dalam pengajaran, guru haruslah mengambil berat soal tulisan kerana sekiranya guru tidak

menitikberatkan soal tulisan maka murid-murid mugkin tidak dapat memahami apa yang ditulis

oleh guru tersebut. Oleh hal yang demikian, guru haruslah menggunakan tulisan yag agak besar

dan jelas supaya murid-murid dapat melihatnya dengan jelas terutama murid yang duduk di

belakang bilik darjah.

Kebanyakan papan tulis di dalam bilik darjah adalah dari jenis yang panjang. Bagi

memastikan supaya penggunaaannya lebih teratur dan berkesan, papan tulis itu eloklah

dibahagikan kepada dua atau tiga bahagian dengan membuat garisan sempadan. Keadaan ini

lebih memberi kesenangan kepada guru untuk menulis perkara yang ingin disampaikan.

 

Bahagian di tepi sebelah kiri dan bahagian tengah digunakan untuk menulis isi-isi

pelajaran penting yang mungkin perlu disalin oleh pelajar. Guru haruslah tahu mengunakan

papan tulis dengan betul supaya p&p dapat berjalan dengan lancar. Guru harus menggunakan

bahagian di tepi sebelah kiri dan bahagian di sebelah kanan pula digunakan untuk menulis

perkataan dan kiraan atau untuk membuat lakaran dan sebagainya, yang akan dipadam setelah

Page 5: papan tulis

tidak diperlukan. Jawapan atau kenyataan dari pelajar juga patut ditulis di papan tulis. Mereka

juga boleh disuruh menulis sendiri. Dengan cara ini akan dirasakan penglibatan pelajar proses

P&P

2.1.2 Ciri-ciri Papan Tulis dan Penggunaanya

Papan tulis terdapat dalam pelbagai warna hitam, hijau, biru dan putih. Warna-warna

tersebut dipilih kerana ianya sesuai dengan jenis pena yang digunakan. Sebagai contoh papan

tulis warna hitam dan hijau sesuai kerana kapur putih digunakan sebagai pena untuk menulis. Di

sebabkan itu, tulisan yang ditulis akan jelas dan terang.

Papan tulis merupakan satu-satunya alat yang boleh didapati disetiap bilik darjah selain

buku teks. Hal ini demikian kerana, papan tulis merupakan ruang bagi seseorang guru untuk

menjelaskan isi pelajaran yang dipelajari pada waktu tersebut.oleh itu, segala isi-isi penting atau

catatan dapat ditulis pada papan tulis tersebut. Guru haruslah pandai menggunakan papan tulis

sebagai media pengajaran. Selain itu, penggunaannya jug tidak memerlukan bakat atau peralatan

istimewa (tetapi perlu ada sedikit kemahiran).

Dengan menggunakan papan tulis dalam P&P maka perubahan atau tambahan isi boleh

dilakukan dengan cepat dan mudah oleh guru. Sekiranya, berlaku kesalahan penerangan, ejaan

atau sebagainya guru dapat memperbetul dengan cepat dan mudah. Oleh itu, ianya tidak

membazirkan masa dan tenaga guru.

Mudah alih serta senang dipergunakan untuk pelbagai tujuan sampingan. Papan tulis amat

senang digunakan dan ia juga boleh digunakan untuk tujuan yang lain. Sebagai contoh, papan

tulis boleh digunakan oleh penceramah ketika memberi ceramah atau motivasi kepada murid-

murid. Segala isi-isi penting dapat ditulis pada papan tulis ketika ceramah dilaksanakan supaya

murid-murid dapat memahami apa yang disampaikan dengan lebih jelas.

Kejelasan saiz tulisan yang sesuai, tulisan kemas dan tepat. Sekiranya guru menggunakan

papan tulis sebagi media pengajaran maka, saiz tulisan, kekemasan dan ketepatan tulisan tersebut

perlu dititikberatkan supaya murid-murid tidak keliru dan mampu membacanya dengan baik.

Page 6: papan tulis

Saiz tulisan mestilah sesuai, tidak boleh terlalu kecil kerana tulisan yang kecil akan

menyebabkan murd-murid tidak mampu melihat dan membaca setiap perkataan yg ditulis oleh

guru. Oleh sebab itu, tulisan guru haruslah agak besar supaya murid-murid dapat melihat dan

membacanya dengan jelas.

Dalam penggunaan papan tulis untuk menerangkan mengenai sesuati gambar rajah, aspek

kejelasan dan ringkas amat penting. Gambar rajah yang jelas dan ringkas akan lebih

menyenangkan murid-murid untuk memahami perkara yang diajar oleh guru. Gambar rajah

tersebut haruslah sesuai dengan tahap dan umur murid-murid.

Penonjolan dan penekanan penggunaan kapur warna yang sesuai penggunaan kapur warna

yang menarik. Guru haruslah pandai menggunakan kapur sebagai pena penulisan. Kapur terdapat

dalam pelbagai warna sebagai contoh putih, biru muda, pink, dan hijau muda. Penggunaan kapur

yang berwarna ini sangat penting kerana guru boleh menukar penggunaanya bagi menerangkan

isi-isi pelajaran terutama dalam rumusan Bahasa Melayu. Sebagai contoh, kapur putih untuk

pendahuluan, kapur biru untuk isi tersurat, kapur hijau untuk isi tersirat dan kapur pink untuk

kesimpulan. Keadaan ini membolehkan murid-murid dapat membezakan antara pendahuluan

dengan aspek-aspek isi yang lain.

2.1.3 Cara Penggunaan Papan Tulis

• Memperkenalkan kata / istilah (baru)

Papan tulis boleh digunakan oleh guru sebagai media pengajaran bagi mempekenalkan

kata atau istilah (baru) dalam P&P. sebagai contoh, dalam penulisan karangan guru boleh

memperkenalkan kata atau istilah-istilah baru kepada murid-murid dengan menulis perkataan

tersebut berserta maksud perkataan itu pada papan tulis.

• Menulis latihan tatabahasa / ujian

Guru juga boleh menggunakan papan tulis sebagai media untuk murid-murid membuat

latih tubi. Sebagai contoh, guru boleh menggunakan papan tulis untuk menulis latihan tatabahasa

kepada murid. Soalan latihan boleh ditulis dengan jelas dan tepat pada papan tulis.

Page 7: papan tulis

• Menulis isi penting

Sebagai media pengajaran dalam bilik darjah, papan tulis digunakan oleh guru untuk

menulis isi-isi penting dalam P&P. sebagai contoh, dalam pengajaran karangan kepada murid-

murid, guru boleh senaraikan isi-isi penting tajuk karangan tersebut supaya murid-murid mampu

memahaminya.

2.2 Objektif Penggunaan Papan Tulis

Untuk menjelaskan sesuatu fakta, konsep atau idea yang abstrak. Untuk menarik perhatian

murid terhadap perkara-perkara yang penting di setiap peringkat pengajaran. Untuk

memperkukuhkan sesuatu fakta, konsep atau idea yang di huraikan. Untuk mendemonstrasikan

langkah-langkah penyelasaian masalah secara sistematik. Untuk mempelbagaikan aktiviti

pengajaran guru dan pembelajaran murid. Untuk memberikan peluang kepada murid-murid

mencatit nota dari papan tulis.

2.3 Prinsip-Prinsip Penggunaan Papan Tulis

Rancang penggunaan papan tulis lebih awal supaya tulisan, nota dan gambar rajah dapat di

letakkan ditempat yang sesuai. Guru hendaklah memahirkan diri dengan kemahiran melukis

gambar rajah yang menarik. Tulisan dan gambar rajah yang di gunakan hendaklah jelas kelihatan

kepada seluruh kelas. Kapur warna hendaklah digunakan untuk menggambarkan penonjolan atau

penekanan. Aktiviti penggunaan papan tulis hendaklah dipelbagaikan. Pelajar-pelajar hendaklah

diberi peluang untuk melibatkan diri dalam penggunaan papan tulis. Masa penggunaan papan

tulis hendaklah sepadan dengan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Jangan menggunakan

papan tulis dengan masa yang berlebihan sehingga pelajar-pelajar merasa bosan.

Page 8: papan tulis

2.4 Menggunakan papan tulis secara optima

Papan tulis jika dimanfaatkan secara optima menjadi media yang efektif dalam pencapaian

kompetensi hasil belajar murid. Media atau teknologi yang dikatakan efektif untuk

mengekplorasi kompetensi murid ialah apabila:

(1) Digunakan untuk menyajikan maklumat secara sistematik.

(2) Memperjelas idea-idea yang masih kabur dalam sumber belajar lain.

(3) Memberikan penerangkan kontekstual terhadap isi pelajaran.

(4) Maklumat yang disajikan dapat dilihat/dibaca dengan jelas oleh sebagian besar murid.

(5) Kesan dari maklumat yang disajikan menarik dan memiliki makna (misalnya dengan

penggunaan warna, grafik, jadual).

(6) Dapat dimanfaatkan secara seimbang antara kegiatan guru dan kegiatan murid.

Jika papan tulis dianggap sebagai sebuah bidang utuh, maka bidang tersebut dapat

dibahagikan secara khayal oleh guru kepada tiga bahagian. Bahagian tersebut komposisinya

adalah 20% di sebelah kiri, 60% di tengah, dan 20% di sebelah kanan. Bahagian kiri untuk

menuliskan fokus pembelajaran, dan sering juga dikenal sebagai tujuan pembelajaran. Bahagian

ini harus dipertahankan tidak dihapus sebelum pelajaran diakhiri. Bahagian tengah dapat

digunakan oleh guru untuk menulis bahan pembelajaran dan juga digunakan sebagai tempat

untuk unjuk kerja murid dalam menyelesaikan soalan latihan. Bahagian tengah dapat ditulis-

dihapus berkali-kali selama proses pembelajaran berlangsung. Bahagian kanan dari papan tulis

digunakan untuk menuliskan kesimpulan-kesimpulan hasil proses pembelajaran. Kesimpulan

tersebut harus ditulis secara sistematik dan dapat dibandingkan korelasinya dengan indikator

hasil belajar. Jika murid telah memiliki buku cetak dan sumber belajar yang lengkap, bahagian di

papan tulis kanan tetap perlu ditulis kembali sebagai rangkuman yang dapat mengingatkan

kepentingan maklumat selama proses pembelajaran.

Page 9: papan tulis

Papan tulis juga dapat digunakan sebagai media untuk menempelkan atau menayangkan

maklumat. Poster-poster atau hasil pembuatan peta konsep murid dan guru pada kad manila

dapat ditampalkan pada papan tulis untuk menggantikan kaedah menulis. Jika papan tulis yang

dimiliki sekolah berwarna putih, papan tulis tersebut juga dapat dimanfaatkan sebagai pengganti

layar untuk menayangkan slide OHP atau slide dari LCD Projektor.

2.6 Etika Penggunaan Papan Tulis

1. Jangan bediri tepat

Ketika anda sedang menggunakan papan tulis sewaktu mengajar, jangan berdiri tepat di

depan papan tulis. Ini kerana perbuatan anda akan melindungi pandangan anak murid/pelajar

untuk melihat apa yang anda tulis di papan tulis. Berdirilah dengan keadaan badan yang agak

menyerong sehingga tubuh anda tidak menghalangi pandangan mereka.

2. Gunakan alat penunjuk

Gunakan pembaris atau alat penunjuk untuk menunjukkan apa yang anda tulis di papan

tulis. Ini adalah cara terbaik agar tubuh anda tidak menghalang pandangan anak murid ketika

melihat tulisan di papan tulis.

3. Jangan penuhkan dengan tulisan

Janganlah memenuhi papan tulis dengan tulisan. Terlalu banyak tulisan mengakibatkan

papan tulis menjadi tidak menarik dan membingungkan pelajar. Biarkan sebahagian papan tulis

kosong secara proporsional, khususnya bahagian bawah papan kerana para pelajar yang duduk di

bahagian belakang besar kemungkinan tidak dapat melihat dengan jelas apa yang anda tulis di

bahagian bawah papan tulis berkenaan.

Page 10: papan tulis

4. Tulisan besar

Perhatikan agar tulisan anda cukup besar dengan bentuk huruf yang tegak, sehingga dapat

dibaca dengan jelas. Tulisan tidak perlu terlalu berseni atau `fancy‘. Yang penting tulisan anda

mesti cukup tebal.

5. Padam tulisan yang tidak dipakai

Hapuskan tulisan yang sudah tidak diperlukan. Para pelajar tidak dapat memusatkan

perhatian pada banyaknya tulisan yang bercampur aduk dan tidak teratur.

6. Tulisan yang kontras

Jika anda menulis di ‘white board’ (bukan papan tulis kayu yang berwarna hitam),

dianjurkan anda menggunakan pena (marker) dengan warna gelap (hitam atau biru tua), kerana ia

akan menghasilkan tulisan yang lebih kontras dan jelas.

http://ipislam.edu.my/kplir/tek-pdk/bahan/papan_pengajaran.htm

http://bmp3013x.blogspot.com/2008/09/kemahiran-menggunakan-papan.html

http://bmp3013x.blogspot.com/2008/09/menggunakan-papan-tulis-secara-optima.html

http://catatannota.blogspot.com/2011/08/komponen-pengajaran-komponen-papan.html