Pedagogi Kelas Bercantum

15
Pedagogi Kelas Bercantum Kelas Bercantum diwujudkan apabila bilangan murid dalam satu tahun persekolahan adalah kurang daripada 15 orang . • Biasanya, di kawasan pedalaman dan terpencil, Kelas Bercantum masih wujud untuk menyediakan peluang pendidikan ke seluruh negara. Kelas Bercantum wujud apabila bilangan murid tidak melebihi 145 orang . • Bilangan guru termasuk guru besar tidak melebihi 5 orang .

description

Pedagogi Kelas Bercantum

Transcript of Pedagogi Kelas Bercantum

Pedagogi Kelas Bercantum

Pedagogi Kelas BercantumKelas Bercantum diwujudkan apabila bilangan murid dalam satu tahun persekolahan adalah kurang daripada 15 orang.Biasanya, di kawasan pedalaman dan terpencil, Kelas Bercantum masih wujud untuk menyediakan peluang pendidikan ke seluruh negara.Kelas Bercantum wujud apabila bilangan murid tidak melebihi 145 orang.Bilangan guru termasuk guru besar tidak melebihi 5 orang.

Seseorang guru akan mengajar lebih daripada satu tahun persekolahan secara serentak dalam kelas bercantum.Guru menjalankan P&P secara berkumpulan.Murid dari pelbagai kebolehan dikelompokkan dalam kumpulan yang dibina.Guru juga boleh menggunakan kaedah perbincangan.Kaedah perbincangan kelas serta perbincangan dalam kumpulan kecil digalakkan.Guru perlu bijak menggunakan pengajaran kerana terdapat aras perbezaan yang agak ketara dalam diri murid. SosiolinguistikSosiolinguistik berasal daripada gabungan sosio dan linguistik.Bidang ilmu adalah perpaduan Sosiologi dengan Linguistik. Sosiolinguistik adalah ilmu inter-disiplin yang membincangkan dan menyusun teori-teori tentang perhubungan masyarakat dan bahasa yang dituturkan dalam komunikasi seharian.Maksud istillah masyarakat dalam ilmu Sosiolinguistik adalah mencakupi kajian mengenai pihak-pihak yang terlibat dalam interaksi kelompok besar mahupun kecil, fungsi kelompok, pertembungan antara kelompok, sektor sosial, perhubungan dan perbezaan dari segi bahasa. Maksud istillah bahasa pula mencakupi gagasan seperti perbezaan bahasa Melayu, Indonesia, Inggeris, Arab, dll. Kesemuanya diamati dengan memberi perhatian kepada ciri-ciri pola bunyi dan sebutan, kosa kata, ciri-ciri gramatika, dll.Sosiologi adalah ilmu kemasyarakatan yang mutlak dan abstrak.Bidang ini memberi pengertian umum, rasional dan empirikel serta bersifat umum (Soekanto, 1982).Linguistik memiliki rumus-rumus yang menjelaskan sistem, rasional, empirikel, kenyataan struktur, penggolongan dan rumus bahasa.

Kita menilai orang bukan hanya dengan apa yang dituturkan oleh seseorang tetapi juga bagaimana kedengarannya bahasa yang diucapkan.Timbulnya kesedaran baru dalam kalangan ilmuan Amerika akan hubungan yang tidak boleh dipisahkan antara Perilaku Bahasa dan Perilaku Sosial (Loveday, 1982).

Ahli linguistik Antropologi berpendapat bahawa Bahasa dan Kebudayaan sebagai keseluruhan yang bersifat Monolitik (Satu) (Fishman, 1968). . Bahasa itu hanya akan bermakna dan berfungsi sekiranya digunakan dalam kehidupan seharian. . Sosiologi bahasa membidangi faktor-faktor sosial seperti bahasa dialek, bahasa pembakuan, perancangan bahasa, dll.Sosiologi Bahasa pula mengkaji kesan Bahasa terhadap masyarakatnya.Aspek-aspek ini terdiri daripada norma dan nilai masyarakat, harapan masyarakat, suasana yang wujud dalam masyarakat, dll.Dell Hymes (1962), bahasa yang digunakan seharian dalam perbicaraan melalui telefon, bergurau, berbual kosong, dll dikenali sebagai Etngrafi pertuturan (The Ethnography of Speaking). Kesemua yang dibincangkan tadi dapat disimpulkan dalam 4 perkara:- i. Ahli Sosiolinguistik percaya kenyataan sosial tidaklah boleh diselesaikan melalui jadual ataupun statistik tetapi pada kenyataannya dibangunkan dalam Proses Interaksi. Ahli Antropologi menganalisis cerita dongeng, cerita rakyat, teka-teki dan upacara keagamaan yang terdapat dalam sesuatu masyarakat lama. ii. Kajian juga dijalankan bagaimana norma-norma dan nilai-nilai sosial mempengaruhi perilaku linguistik, seperti penyelidikan yang dilakukan oleh Bernstein mengenai perbezaan gaya pertuturan Kelas Pertengahan dan Kelas Atasan masyarakat Inggeris. iii. Banyak indikator linguistik yang memberikan maklumat sosial bermula daripada bahasa loghat, pemilihan kosa kata dan tatabahasa. Trudgil (1974), menunjukkan perbezaan sosial orang Inggeris yang berasal dari Norway. iv. Pemanfaatan unsur-unsur bahasa dalam politik juga menjadi sasaran kajian Sosiolinguistik. Lembaga seperti Academie Francaise secara rasmi menentukan apa yang boleh diterima atau tidak dalam bahasa Peranchis. Pemurnian bahasa Jerman sewaktu pemerintahan Nazi pernah diakukan sebagai satu eksploitasi bahasa.Bahasa Maori diajar kepada mereka yang berkulit putih di New Zealand.Bahasa Rusia diajar di negara blok Timur Eropah.Terdapat usaha untuk memasukkan bahasa pribumi ke dalam kurikulum sekolah di negara-negara Afrika.Indonesia memilih bahasa Melayu sebagai bahasa Nasional Indonesia seperti yang dinyatakan dalam Sumpah Pemuda (1928). Ini bertentangan dengan hakikat bahawa bahasa Jawa atau Sunda mempunyai bilangan penutur yang jauh lebih ramai daripada bahasa Melayu.

Aspek-Aspek Sosial dalam Bilingualisme dan Multilingualisme adalah juga penting dalam kajian sosiolinguistik. Kebanyakan kajian memberi tumpuan kepada kelompok-kelompok minoriti di pelbagai negara.Kajian lain juga melihat motivasi sosial dalam amalan meminjam perkataan asing.

Konferens pertama Sosiolinguistik berlangsung di University of California di Los Angeles pada tahun 1964.Salah satu hasil daripada konferens dirumuskan oleh Dittmar (1976). i. Identiti Sosial Penutur ii. Identiti Sosial Pendengar dalam komunikasi iii.Lingkungan sosial tempat peristiwa perbicaraan berlaku. iv. Analisis terhadap dialek-dialek sosial.v. Penilaian sosial yang berbeza oleh penutur.vi. Tingkatan ragam linguistik.vii. Penerapan praktikal daripada penyelidikan sosiolinguistik. . Dalam Budaya Malaysia, Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris digunakan dengan meluasnya. . Masyarakat Majmuk di Malaysia menggunakan kedua-dua bahasa tersebut sebagai alat komunikasi dan berinteraksi dalam pelbagai situasi secara rasmi dan tidak rasmi.