PEGAWAI2 TEKNIKAL OLAHRAGA

19
TAKLIMAT PEGAWAI TEKNIKAL

description

pegawai-pegawai teknikal olahraga yang baik

Transcript of PEGAWAI2 TEKNIKAL OLAHRAGA

  • TAKLIMATPEGAWAI TEKNIKAL

  • Pegawai Teknik Balapan dan Padang yang baikTanggungjawab asas setiap pegawai adalah untuk memberi seseorang atlit peluang mencapai percubaan mereka yang terbaik, dalam satu pertandingan yang adil, tanpa sesiapa pun memperolehi sebarang keuntungan atau mengalami sebarang kerugian

  • Tanggungjawab Pegawai Teknik Balapan dan Padang yang baik 1. Atlit-atlit yang bertanding hendaklah yang dipentingkan / diutamakan.

    2. Pastikan pertandingan berjalan dengan adil, jangan semata-mata menangkap peserta semata-mata untuk mencari kesalahan peserta.

    3. Layan semua peserta dengan saksama dan jangan berat sebelah.

    4. Jangan bersikap bengis atau garang, ini akan mengganggu ketenteraman para atlit.

    5. Pastikan acara berjalan mengikut jadual.

  • Kualiti Pegawai Teknik/Balapan 1. Berbudi bicara dan bersopan.

    2. Mempunyai konsentrasi yang tinggi

    3. Bertindakbalas dengan cepat.

    4. Membuat keputusan dengan cepat, ringkas dan tepat.5. Berpengetahuan.

    6. Memahami keperluan seseorang atlit.

    7. Sabar.

  • Pegawai-pegawai OlahragaPegawai yang bertugas dalam sesuatu kejohanan peringkat kebangsaan dan antarabangsa boleh dibahagikan kepada empat kumpulan umum. Pembahagian ini berdasarkan jenis peranan yang dimainkan oleh kumpulan pegawai berkenaan dalam masa kejohanan yang sedang berjalan.

    Bahagian PerancangBahagian PengurusanPegawai PertandinganPegawai Tambahan

  • Bahagian PengurusanPengurus Kejohanan

    Pengurus Teknikal

    Setiausaha Kejohanan

    Pengurus Persembahan Acara

    Juri Rayuan( bilangan ganjil termasuk setiausaha - 3 atau 5 orang)

  • Pegawai PertandinganReferi balapanReferi padangReferi acara berjalan kakiHakim balapanHakim PadangHakim berjalan kakiPengadil balapanKetua Penjaga masaPenjaga masaPelepasPenolong pelepasPelepas panggil balikPencatat pusinganPenyelia Peserta

  • Pegawai TambahanJuruacara

    Juruukur rasmi

    Penyukat angin

  • Tugas Pegawai OlahragaPengurus KejohananBerkuasa dalam pengendalian keseluruhan majlis kejohanan

    Bertanggungjawab menentukan kejohanan berjalan lancar

    Memastikan semua pegawai yang bertugas melapor diri kepadanya dan membuat pengantian jika perlu

    Menentukan supaya oang yang berkenaan sahaja berada dalam kawasan pertandingan.

  • Tugas Pegawai OlahragaPengurus Teknikal

    Persedian balapan, kawasan lompatan dan balingan

    Memastikan alatan pertandingan mengikut spesifikasi rasmi

    Menyediakan borang-borang yang digunakan dalam kejohanan olahraga

  • Tugas Pegawai OlahragaSetiausaha Kejohanan

    Menguruskan mesyuarat berkaitan dengan pengelolaan kejohanan

    Catatan dan penyediaan minit mesyuarat

    Urusan surat menyurat

    Penyediaan laporan

  • Tugas Pegawai OlahragaJuri Rayuan

    ( 3 atau 5 orang yang berpengalaman dalam hal-hal olahraga)

    Menyelesaikan semua bantahan atau rayuan yang dibuat secara rasmi

  • Tugas Pegawai OlahragaReferiAkan bertanggungjawab menentukan bahawa semua peraturan pertandingan dipatuhi.Akan memberi keputusan dalam perkara teknik yang timbul pada masa kejohananReferi akan menentukan tugas hakimReferi mesti mengawasi pengukuran, memeriksa keputusan-keputusan akhir dan menyelesaikan pertelingkahan jika adaReferi berkuasa memberi amaran(kad kuning) dan menyinkirkan (kad merah) peserta jika didapati tidak bersopanBerkuasa membatalkan/dipertandingkan semula acara, jika perlu.Referi menandatangi semua kad-kad keputusan sebelum diserahkan kepada pencatat dan diumumkan.

  • Tugas Pegawai OlahragaHakimSeorang ketua hakim boleh dilantik untuk membantu referi menjalankan tugasnya.Setiap hakim balapan dan padang diketuai oleh Ketua HakimHakim balapanmenentukan kedudukan setiap peserta yang mengambil bahagian dalam sesuatu acaramencatat maklumat yang perlu diisi dalam borang keputusan acara balapan untuk tindakan ketua hakimmemerhati dan membuat catatan tentang kedudukan peserta-peserta bagi setiap pusingan dalam acara jarak jauh.Hakim Padangmenghakim pertandingan acara padang mengikut peraturanmengukur dan mencatat setiap percubaan oleh setiap peserta

  • Tugas Pegawai OlahragaPengadil balapanBertugas dibawah seorang ketua pengadilPengadil akan memerhati bahawa semua peserta yang bertanding dalam sesuatu acara tidak melanggar peraturan ketika berlumbamemastikan peserta berlari mengikut lorong masing-masingmemastikan proses pertukaran baton oleh pelari-pelari dalam acara lari berganti-ganti mematuhi peraturan-peraturan pertandinganmenunjukkan bendera putih sebagai isyarat tidak berlaku pelanggaran peraturan dan bendera merah jika sebaliknyamelaporkan kepada referi semua peristiwa yang berlaku yang melibatkan kesalahan teknik peserta untuk membolehkan referi membuat keputusan

  • Tugas Pegawai OlahragaPelepas dan Pelepas Penggil BalikPelepas bertanggungjawab tentang pelepasan semua peserta bagi setiap acara balapan mengikut isyarat-isyarat tertentu.Pelepas mesti memastikan para hakim dan Penjaga Masa telah bersedia sebelum memulakan pelepasanJika peserta berlepas lebih awal dari tembakan pistol, Pelepas atau/dan Pelepas Panggil balik boleh melepaskan tembakan sebagai isyarat memanggil balik peserta-peserta yang telah berlepas.

  • Tugas Pegawai OlahragaPenolong PelepasMemeriksa dan menentukan bahawa peserta-peserta yang sah sahaja yang bertanding dalam sesuatu perlumbaan atau acara yang tetentuMenentukan peserta-peserta memakai nombor yang betul di bahagian depan dan belakangMenempatkan peserta-peserta di lorong dan tempat permulaan yang betulMengawasi bahawa tiada peserta melanggar peraturan permulaan setelah Pelepas memberikan isyarat "ke garisan". Jika ada, Penolong Pelepas hendaklah memberitahu kepada Pelepas.Menyediakan baton bagi pelari pertama dalam acara lari berganti-ganti.

  • Tugas Pegawai OlahragaHakim Bilik PanggilanMenyemak kehadiran dan kesediaan peserta-peserta yang akan bertanding dalam sesuatu acaraMencatat maklumat jika ada dalam borang penyelian peserta (misalnya peserta yang menarik diri) untuk makluman dan perhatian penolong pelepas.Menjalankan tugas mengumpulkan pemenang-pemenang hadiah untuk upacara penyampaian hadiah

  • PEGAWAI-PEGAWAI TEKNIKAL B&PPENGARAH PERTANDINGANPENGURUS KEJOHANANPENGURUS TEKNIKALPENGURUS PERSEMBAHAN ACARAREFERI-REFERIHAKIM-HAKIMPENGADIL-PENGADILPENJAGA MASAPELEPAS DAN PELEPAS2 PANGGIL BALIKPENOLONG2 PELEPASPENCATAT2 PUSINGANSETIAUSAHA PERTANDINGANMARSHAL/PENGAWASJURUHEBAHHAKIM2 BILIK PANGGILAN