Pjm3103 olahraga

98
MODUL PENDIDIKAN JASMANI PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG) MOD PENDIDIKAN JARAK JAUH PJM3103 OLAHRAGA INSTITUT PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA ARAS 1, ENTERPRISE BUILDING 3, BLOK 2200, PERSIARAN APEC, CYBER 6, 63000 CYBERJAYA Berkuat kuasa pada Jun 2011 IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN KEPUJIANKEPUJIAN

Transcript of Pjm3103 olahraga

MODUL PENDIDIKAN JASMANI

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)

MOD PENDIDIKAN JARAK JAUH

PJM3103

OLAHRAGA

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA ARAS 1, ENTERPRISE BUILDING 3, BLOK 2200, PERSIARAN APEC, CYBER 6, 63000 CYBERJAYA Berkuat kuasa pada Jun 2011

IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN KEPUJIANKEPUJIAN

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat, dan negara.

Falsafah Pendidikan Guru

Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu, dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif, dan berdisiplin.

Cetakan Jun 2011 Kementerian Pelajaran Malaysia

Hak cipta terpelihara. Kecuali untuk tujuan pendidikan yang tidak ada kepentingan komersial, tidak dibenarkan sesiapa mengeluarkan atau mengulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan kandungan buku ini dalam apa-apa juga bentuk dan dengan apa-apa cara pun, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Rektor Institut Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia.

i

Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat, dan negara.

Falsafah Pendidikan Guru Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu, dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif, dan berdisiplin.

Cetakan Jun 2011 Kementerian Pelajaran Malaysia

Hak cipta terpelihara. Kecuali untuk tujuan pendidikan yang tidak ada kepentingan komersial, tidak dibenarkan sesiapa mengeluarkan atau mengulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan kandungan buku ini dalam apa-apa juga bentuk dan dengan apa-apa cara pun, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Rektor Institut Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia.

ii

Cetakan Jun 2011 Institut Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran Malaysia

MODUL INI DIEDARKAN UNTUK KEGUNAAN PELAJAR-PELAJAR YANG BERDAFTAR DENGAN BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU, KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BAGI MENGIKUTI PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG) IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN. MODUL INI HANYA DIGUNAKAN SEBAGAI BAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAGI PROGRAM-PROGRAM TERSEBUT.

Falsafah Pendidikan Kebangsaan i

Falsafah Pendidikan Guru i

Panduan Pelajar iii - iv

Pengenalan v

Agihan Tajuk vi

Tajuk Pembelajaran

Tajuk 1 : Pengenalan Olahraga 1 – 3

Sinopsis

Hasil Pembelajaran

Kerangka Tajuk

Kandungan

1.1 Sejarah Olahraga

1.2 Acara-acara Olahraga

Tajuk 2 : Acara Balapan

4 – 14

Sinopsis

Hasil Pembelajaran

Kerangka Tajuk

Kandungan

2.1 Lari Pecut

2.2 Lari Berganti-ganti

2.3 Lari Berpagar

2.4 Lari Jarak Sederhana dan Jauh

Tajuk 3 : Kemahiran Teknik Menyediakan Balapan

15 – 23

Sinopsis

Hasil Pembelajaran

Kerangka Tajuk

Kandungan

3.1 Lakaran Balapan 200 meter

3.2 Lakaran Balapan 300 meter

3.3 Lakaran Balapan 400 meter

KANDUNGAN MUKA SURAT

Tajuk 4 :Acara Padang – Lontaran / Balingan 24 – 28

Sinopsis

Hasil Pembelajaran

Kerangka Tajuk

Kandungan

4.1 Gaya Lontaran

4.2 Fasa Lontaran

Tajuk 5 : Acara Padang – Lompatan

29 – 36

Sinopsis

Hasil Pembelajaran

Kerangka Tajuk

Kandungan

5.1 Lompat Jauh

5.2 Lompat Tinggi

Tajuk 6 : Kemahiran Teknik Menyediakan Gelanggang

37 - 42

Sinopsis

Hasil Pembelajaran

Kerangka Tajuk

Kandungan

6.1 Pembinaan Gelanggang / Sektor

Tajuk 7 : Kaedah Pengajaran Dan Pembelajaran

43 – 51

Sinopsis

Hasil Pembelajaran

Kerangka Tajuk

Kandungan

7.1 Strategi Penyampaian

7.2 Garis Panduan Persediaan RPH

7.3. Penyediaan Rancangan Pengajaran Harian

Tajuk 8 : Kaedah Penilaian 52 - 62

8.1 Spesifikasi Penilaian dan Rubrik Pemarkahan

Rujukan

Panel Penulis Modul

Panel Pemurnian

Ikon Modul

vi

Modul ini disediakan untuk membantu anda menguruskan pembelajaran anda agar anda boleh belajar dengan lebih berkesan. Anda mungkin kembali semula untuk belajar secara formal selepas beberapa tahun meninggalkannya. Anda juga mungkin tidak biasa dengan mod pembelajaran arah kendiri ini. Modul ini memberi peluang kepada anda untuk menguruskan corak pembelajaran, sumber-sumber pembelajaran, dan masa anda. Pembelajaran arah kendiri memerlukan anda membuat keputusan tentang pembelajaran anda. Anda perlu memahami corak dan gaya pembelajaran anda. Adalah lebih berkesan jika anda menentukan sasaran pembelajaran kendiri dan aras pencapaian anda. Dengan cara begini anda akan dapat melalui kursus ini dengan mudah. Memohon bantuan apabila diperlukan hendaklah dipertimbangkan sebagai peluang baru untuk pembelajaran dan ia bukannya tanda kelemahan diri. Modul ini ditulis dalam susunan tajuk. Jangka masa untuk melalui sesuatu tajuk bergantung kepada gaya pembelajaran dan sasaran pembelajaran kendiri anda. Latihan-latihan disediakan dalam setiap tajuk untuk membantu anda mengingat semula apa yang anda telah pelajari atau membuatkan anda memikirkan tentang apa yang anda telah baca. Ada di antara latihan ini mempunyai cadangan jawapan. Bagi latihan-latihan yang tiada mempunyai cadangan jawapan adalah lebih membantu jika anda berbincang dengan orang lain seperti rakan anda atau menyediakan sesuatu nota untuk dibincangkan semasa sesi tutorial. Anda boleh berbincang dengan pensyarah, tutor atau rakan anda melalui email jika terdapat masalah berhubung dengan modul ini. Anda akan mendapati bahawa ikon digunakan untuk menarik perhatian anda agar pada sekali imbas anda akan tahu apa yang harus dibuat. Lampiran A menerangkan kepada anda makna-makna ikon tersebut. Anda juga diperlukan untuk menduduki peperiksaan bertulis pada akhir kursus. Tarikh dan masa peperiksaan akan diberitahu apabila anda mendaftar. Peperiksaan bertulis ini akan dilaksanakan di tempat yang akan dikenal pasti. Tip untuk membantu anda melalui kursus ini.

1. Cari sudut pembelajaran yang sunyi agar anda boleh meletakkan buku dan diri anda untuk belajar. Buat perkara yang sama apabila anda pergi ke perpustakaan.

2. Peruntukkan satu masa setiap hari untuk memulakan dan mengakhiri

pembelajaran anda. Patuhi waktu yang diperuntukkan itu. Setelah membaca modul ini teruskan membaca buku-buku dan bahan-bahan rujukan lain yang dicadangkan.

3. Luangkan sebanyak masa yang mungkin untuk tugasan tanpa mengira

sasaran pembelajaran anda.

4. Semak dan ulangkaji pembacaan anda. Ambil masa untuk memahami pembacaan anda.

PANDUAN PELAJAR

vii

5. Rujuk sumber-sumber lain daripada apa yang telah diberikan kepada anda.

Teliti maklumat yang diterima.

6. Mulakan dengan sistem fail agar anda tahu di mana anda menyimpan bahan-bahan yang bermakna.

7. Cari kawan yang boleh membantu pembelanjaran anda.

v

Pengenalan Modul yang telah dirancang meliputi keseluruhan kurikulum kursus PJM3103

Olahraga, Major Pendidikan Jasmani Program Pensiswazahan Guru (PPG). Ia

disediakan sebagai modul pembelajaran untuk membantu anda dalam

pembelajaran kendiri. Modul ini dirancang mengikut tajuk-tajuk Pro Forma

Kursus. Setiap tajuk mengandungi beberapa sub tajuk yang meliputi semua

aspek kandungan kurikulum olahraga. Modul ini mengandungi 8 tajuk. Tajuk

satu, Pengenalan Olahraga, tajuk dua Acara-acara Balapan, tajuk tiga,

Kemahiran Teknikal Menyediakan Balapan, tajuk empat, Acara Balingan, tajuk

lima, Acara Lompatan, tajuk enam, Kemahiran Teknikal Menyediakan

Gelanggang (Sektor), tajuk tujuh, Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran dan

tajuk lapan Kaedah Penilaian Olahraga.

Pada setiap akhir tajuk, soalan-soalan berbentuk refleksi, latihan-latihan dan

soalan-soalan tutorial disertakan untuk menguji kefahaman anda. Anda di

kehendaki mencari dan mendapatkan jawapan bagi soalan-soalan dan latihan-

latihan tersebut untuk dibawa berbincang bersama pensyarah dan rakan-rakan

sekumpulan anda. Selain daripada belajar sendiri melaui bahan-bahan modul ini,

anda juga dikehendaki membuat rujukan dan panduan dari sumber-sumber lain

untuk kefahaman lanjut.

Diharapkan modul ini dapat memberi segala informasi dan latihan yang anda

perlukan untuk berjaya dalam kursus ini. Semoga kursus ini dapat meningkatkan

minat dan komitmen anda dalam profesion perguruan.

vi

Kod & Nama Kursus: PJM3103- Olahraga Kandungan modul ini dibahagi kepada lapan (8) tajuk. Jadual di bawah menjelaskan agihan tajuk-tajuk untuk interaksi bersemuka atau pembelajaran melalui modul.

(Agihan Tajuk Interaksi Bersemuka dan Modul Mengikut Kursus Pro Forma)

Bil Tajuk/Topik Interaksi

Bersemuka (jam)

Modul (Jam)

Jum. Jam

1 1.1 Pengenalan Olahraga 1.2 Acara-acara Balapan 3 7 10

2 2.1 Kemahiran Teknik Menyediakan Balapan 2.2 Acara Balingan 3 13 16

3 3.1 Acara Lompatan 3 5 8

4 4.1 Kemahiran Teknikal Menyediakan Gelanggang 3 7 10

5 5.1 Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran 5.2 Kaedah Penilaian 3 13 16

15 45 60

NOTA : Ujian amali akan dijalankan diluar jam intraksi

AGIHAN TAJUK

1

TAJUK 1 : PENGENALAN OLAHRAGA

Sinopsis Tajuk-tajuk dalam modul ini merangkumi sejarah olahraga dan acara-acara yang terdapat

dalam olahraga. Modul ini juga dibekalkan dengan soalan latihan dan senarai bahan rujukan.

Hasil Pembelajaran Setelah selesai membaca modul ini, diharap anda dapat: 1. menjelaskan sejarah perkembangkan olahraga 2. menjelaskan asal usul pertandingan olahraga 3. menyatakan dan menjelaskan acara-acara olahraga

Kerangka konsep tajuk-tajuk modul ini

Pengenalan Olahraga

Sejarah Olahraga

Acara-acara Olahraga

2

Sub Tajuk 1 :Sejarah Olahraga

Tahukah anda bahawa olahraga merangkumi beberapa acara yang berasaskan

kepada aktiviti fizikal yang bersifat saingan atau perlumbaan. Bagaimanakah

acara olahraga boleh dikategorikan?

Ia merangkumi beberapa acara berlainan yang menggunakan pergerakan-pergerakan asas

seperti berlari, membaling dan melompat. Pengelolaan kejohanan olahraga secara tersusun

dikatakan telah bermula pada zaman klasik lagi terutamanya Sukan Olimpik Kuno.

Mungkin anda telah mengetahui bahawa olahraga bermula dari Sukan Olimpik Moden

pertama yang telah dijalankan di Athens dalam tahun 1896 dan tertubuhnya Persatuan

Olahraga Amatur Antarabangsa (IAAF) pada tahun 1912. Antara sukan-sukan besar yang

mendapat liputan meluas di peringkat antarabangsa adalah Sukan Olimpik, Sukan

Komanwealth dan Sukan Asia. Semua ini merupakan elemen yang penting dalam Sukan

Olimpik Moden dan dipraktikkan di semua negara kerana nilai pendidikan dan peranannya

dalam meningkatkan keadaan fizikal individu. Ia juga merupakan asas yang diperlukan untuk

prestasi optimum dalam sukan lain disamping menawarkan peluang kepada penyelidik untuk

mengkaji pergerakan manusia.

Sub Tajuk 2 : Acara-acara Olahraga Anda biasa mendengar dan melihat banyak acara-acara dalam olahraga. Acara-acara

tersebut boleh dibahagikan kepada dua bahagian iatu acara balapan dan acara padang.

Acara balapan boleh dikategorikan seperti berikut:

i. Acara lari pecut (jarak dekat) : 100 m, 200 m dan 400 m

ii. Acara lari jarak sederhana : 800 m , 1500 m

iii. Acara lari jarak jauh : 3000 m, 5000 m dan 10000 m

iv. Acara lari berganti-ganti : 4 x 100m, 4 x 200m dan 4 x 400m

v. Acara lari berpagar : 100 m (P),110 m (L) dan 400 m (L& P)

vi. Acara lari berhalangan : 3000 m

3

Acara padang pula terdiri daripada: i. Acara balingan : Merejam lembing,melempar cakera,

melontar peluru dan membaling tukul besi

ii. Acara lompatan : lompat tinggi, lompat jauh, lompat kijang dan

lompat bergalah

Aktiviti 1.1

1. Dengan merujuk maklumat dari buku dan internet, jelaskan sejarah perkembangan olahraga di Malaysia dengan lebih terperinci.

2. Senaraikan acara-acara balapan dan acara padang yang dipertandingkan pada

peringkat sekolah rendah dikejohanan Olahraga MSSM.

4

TAJUK 2 : ACARA BALAPAN – LARI PECUT, LARI BERGANTI – GANTI LARI BERPAGAR, LARI JARAK SEDERHANA DAN JAUH

Sinopsis Tajuk-tajuk dalam modul ini merangkumi penerangan, perbincangan, peraturan-peraturan lari

pecut, lari berganti-ganti, lari berpagar dan penerangan tentang jenis-jenis acara lari jarak

sederhana & jauh, ciri-ciri pelari jarak sederhana & jauh, teknik larian dan peraturan-

peraturan lari jarak sederhana & jauh. Modul ini juga dibekalkan dengan soalan aktiviti dan

senarai bahan rujukan.

Hasil Pembelajaran Setelah selesai membaca modul ini, diharap anda dapat: 1. menjelaskan teknik kemahiran asas lari pecut, lari berganti - ganti dan lari berpagar dengan cara yang betul. 2. menjelaskan fasa-fasa dalam lari pecut, lari berganti - ganti dan lari berpagar. 3. menjelaskan undang-undang dan peraturan dalam acara lari pecut, lari berganti - ganti

dan lari berpagar. 4. menyatakan jenis-jenis acara yang terdapat dalam kategori lari jarak sederhana dan jarak

jauh. 5. menjelaskan teknik larian jarak sederhana dan jarak jauh dengan cara yang tepat. 6. menyatakan peraturan larian jarak sederhana dan lari jarak jauh.

Kerangka konsep tajuk-tajuk modul ini

Acara Balapan

Lari Pecut Lari Berganti-ganti Lari Berpagar Lari Jarak Sederhana Dan

Jarak Jauh

5

Pendahuluan Anda tentu dapat mengenali acara-acara trek atau balapan kerana acaranya adalah acara-

acara yang berbentuk larian di trek. Di peringkat antarabangsa, trek mengandungi lapan

lorong sejauh 400 meter. Tiap-tiap lorong lebar minima 1.22 meter dan maksima 1.25 meter .

Di peringkat sekolah, panjang trek boleh diubah suai kepada 200 meter atau 300 meter jika

padang sekolah tidak cukup besar untuk trek 400 meter.

Sub Tajuk 2.1 : Lari pecut Lari pecut memerlukan seseorang berlari sepantas mungkin dalam jarak tertentu (dekat)

yang memerlukan tenaga yang tinggi iaitu sistem tenaga anaerobik. Faktor yang

mempengaruhi kepantasan ialah kekerapan langkah dan panjang langkah. Dalam

pertandingan, acara lari pecut menggunakan teknik permulaan gaya dekam.

6

Lari pecut boleh dibahagikan kepada fasa-fasa berikut: i. Fasa permulaan

Permulaan Gaya peluru: i. Berdiri di blok, rapat kepada garisan

ii. Blok hadapan diletak 2 tapak dari garisan permulaan dan blok

belakang setapak dari bahagian hadapan blok hadapan

iii. Letakkan kaki di blok

iv. Lutut kaki belakang segaris dengan tumit tapak kaki hadapan

v. Ruang seluas buku penumbuk

Permulaan Gaya Sederhana (Medium) a. Blok di hadapan berada 2 tapak dari garisan permulaan dan blok

belakang 2 tapak dari bahagian hadapan blok hadapan

b. Lutut kaki belakang segaris dengan tumit tapak kaki hadapan

c. Ruang seluas buku penumbuk

Permulaan Gaya Panjang (Elongated) a. Blok hadapan diletak 2 tapak dari gaaris permulaan dan blok

belakang 3 tapak dari bahagian hadapan blok hadapan

b. Lutut tapak kaki belakang segaris dengan hujung tumit kaki

Hadapan

c. Ruang di antara 2 tapak kaki adalah seluas buku penumbuk

Kedudukan tangan, kepala dan leher

a. Kedua belah tangan lurus dan dibuka seluas bidang bahu.

b. Ibu jari dan jari penunjuk dibuka luas dengan jari-jari lain rapat di antara satu

sama lain, diletak di belakang garis permulaan.

c. Kepala dan leher didongak, mata pandang ke hadapan

7

ii. Fasa Sedia a. Badan diangkat dan condong ke hadapan

b. Kedua tangan lurus menahan berat badan

c. Kaki belakang hampir lurus

d. Kepala pandang hadapan

iii. Fasa Berlepas

a. Lutut belakang digerakkan ke hadapan dengan pantas serta

tahap rendah

b. Kaki hadapan diluruskan sepenuhnya

c. Dimulakan dengan larian /pecutan dalam jarak 30 – 60 meter,

kedudukan condong ke hadapan dan akan berubah

d. Jarak langkah juga turut bertambah dalam fasa ini

e. Tahap kelajuan maksima atlet akan ditentukan oleh tahap

kuasa dan kekuatan ototnya serta bagaimana kelajuan dapat dikekalkan

iv. Fasa penamat

a. Faktor yang paling penting untuk menamatkan larian ialah

untuk berlari 10 m lebih dari jarak larian sebenar.

Contoh :- Larian untuk larian 100m, pelari haruslah berlari untuk 110 m.

b. Atlit akan terus memecut serta mengekalkan kelajuan melintasi

garisan penamat.

c. Tonjolkan bahagian torso (badan-dada) ke hadapan

d. Bahu diangkat dan tangan ditarik ke belakang

Sub Tajuk 2.2 : Lari Berganti-ganti Acara ini memerlukan sekumpulan peserta yang terdiri daripada empat orang, berlari

mengikut jarak tertentu, secara bergilir-gilir dengan sepantas yang mampu. Faktor

pertukaran baton yang cekap dan licin merupakan faktor penentu kemenangan dalam acara

ini. Pertukaran baton perlu dilakukan dalam zon pertukaran baton iaitu sepanjang 20 meter.

8

9

Peraturan 170 : Lari berganti-ganti

Garisan-garisan setebal 5sm hendaklah dibuat merentasi balapan bagi menandakan

jarak peringkat larian dan menentukan garisan pembahagi.

Setiap zon sambut hendaklah sepanjang 20m dengan garisan pembahagi ditengah-

tengahnya.

Garisan tengah zon sambut pertama 4 x 400m ( atau zon sambut kedua 4 x 200m)

sama dengan garisan permulaan 800m.

Zon sambut kedua dan terakhir 4 x 400m ialah garisan 10m di kedua-dua belah

garisan permulaan/penamat

Lari berganti-ganti 4 x 100m dan kalau boleh 4 x 200m hendaklah dijalankan dalam

lorong sepenuhnya.

Dalam 4 x 100m dan 4 x 200m, pelari-pelari kecuali pelari pertama sesuatu pasukan

itu boleh memulakan lariannya tidak melebihi 10m keluar daripada zon sambutnya.

Satu tanda yang jelas akan diletakkan pada setiap lorong bagi menandakan had luar

zon.

Bagi 4 X 400m, pelari pertama berlari dalam lorong sendiri; pelari kedua berlari 100m

dalam lorong sendiri sehingga ke garisan memotong masuk lorong pertama (cut in

line) selepas itu masuk ke lorong pertama.Pelari ketiga dan keempat akan menerima

baton mengikut susunan kedudukan di selekoh 200m. Peraturan ini dikuatkuasakan

jika terdapat lebih daripada 4 pasukan.

Baton hendaklah diserahkan di dalam zon sambut. Kedudukan baton yang menjadi

penentu bukan kedudukan tubuh, kaki atau tangan peserta.

Peserta tidak boleh menghalang atau mengganggu peserta lain. Komposisi dan susunan larian peserta-peserta dalam pasukan hendaklah diisytiharkan

secara rasmi sejam sebelum masa panggilan pertama pusingan pertama. Setelah

pertandingan bermula hanya dua peserta boleh digantikan.

10

Sub Tajuk 2.3 : Lari berpagar

Dalam acara ini, ianya memerlukan seseorang membuat larian untuk satu jarak yang

mempunyai halangan dengan sepantas yang terdaya terdiri daripada beberapa kategori dan

jarak ( 100 meter – wanita, 110 meter – lelaki dan 400 meter – lelaki & wanita ).

Peraturan 168 : Lari Berpagar ( Rujuk Buku Peraturan Olahraga KOAM )

11

Sub Tajuk 2.4 : Lari Jarak Sederhana dan jarak jauh Larian jarak sederhana dan jarak jauh sama dengan lari pecut, cuma berbeza dari segi teknik

dan perlakuan sahaja. Larian jarak sederhana dan jauh memerlukan daya tahan, dayatahan

kelajuan dan kelajuan terutama semasa menghampiri garisan penamat. Bentuk dan

pendekatan latihan lari jarak sederhana dan jarak jauh sedikit berbeza dengan lari pecut

terutama dari segi jenis-jenis latihan dan juga intensiti latihan.

Larian jarak sederhana dan jarak jauh mempunyai persamaan dari segi teknik berlari.

Perbezaannya cuma dari segi jarak, halangan dan peraturan larian.

Larian Jarak Sederhana

- 800 meter

- 1500 meter

Larian Jarak Jauh

- 3000 meter, 5000 meter, 10,000 meter

- 2000 meter berhalangan, 3000 meter berhalagan

- Merentas desa, 10 km, separuh marathon dan marathon

Ciri-ciri Pelari Jarak Sederhana dan Jarak Jauh

Pelari yang mengambil bahagian dalam acara-acara jarak sederhana dan jauh perlu

mempunyai ciri-ciri tertentu. Antara ciri-ciri adalah seperti berikut:

Pelari jarak sederhana dan jarak jauh harus mempunyai keupayaan fizikal dan

mental yang tinggi.

Pelari bijak mewujudkan pendekatan terbaik untuk lariannya tanpa banyak

terpengaruh dengan larian peserta lain.

Pelari memerlukan taktik, strategi dan psikologi yang tinggi semasa mengambil

bahagian dalam larian.

Mempunyai keseimbangan yang tinggi antara kelajuan, ketahanan kelajuan dan

dayatahan semasa berlari.

12

Teknik Larian

Teknik larian bermaksud cara pelari melakukan larian dari permulaan larian sehingga ke

penamat larian.

Permulaan Larian

Semua permulaan bagi lari jarak sederhana dan jarak jauh adalah sama iaitu

dengan cara berdiri. Permulaan larian dilakukan oleh pelepas di tempat

permulaan dengan arahan ’ Ke garisan!!, dan tembakan pistol dilepaskan’.

Dalam semua acara larian jarak sederhana dan jarak jauh, pelari akan berlari

dipermulaan ’mess start’ iaitu bermula di garisan lengkung secara beramai-

ramai dan terus masuk ke lorong sebelah dalam.

Bagi acara 800 meter, pelari akan bermula larian dengan dua cara iaitu: Jika peserta lebih dari 8 orang, pelari akan bermula larian dengan

cara ’mess start’ iaitu bermula di garisan lengkung beramai-ramai.

Jika peserta 8 orang dan kurang, pelari akan bermula di garisan

permulaan satu setengah ’stagger’ dengan pelari akan berlari di lorong

masing-masing sehingga selepas 100 meter barulah pelari memotong

masuk ke lorong sebelah dalam.

Semasa Larian

Teknik-teknik larian bergantung kepada bentuk badan serta kekuatan ayunan

kaki dan tangan pelari. Kombinasi keseluruhan badan akan memberi kelebihan

dan kekuatan untuk bergerak dengan lebih pantas. Bagaimana pun latihan

sistematik adalah penting bagi penyesuaian diri pelari tersebut dengan acara

yang disertainya.

13

Teknik berlari dengan betul: Semasa berlari, kedudukan badan pelari hendaklah dalam keadaan lurus

dengan kepala pada kedudukan selari dengan torso serta dalam situasi

menegak dan seimbang.

Pelari hendaklah mengelak dari menoleh ke belakang atau ke sebelah.

Mata pelari hendaklah ditumpukan pada satu titik lebih kurang tiga meter

dihadapannya.

Berlari di lorong paling dalam.

Berlari mengikut rentak keupayaan sendiri

Meningkatkan dan mengekalkan kelajuan sepanjang larian.

Elak memotong pelari lain di bahagian selekoh balapan

Menamatkan Larian

Cara menamatkan larian adalah sama dengan acara-acara larian yang lain iaitu

dengan menghampiri bahagian torso ke garisan penamat.

Peraturan Larian Jarak Sederhana dan Jarak Jauh

Permulaan larian menggunakan gaya berdiri

Bagi acara-acara sehingga dan termasuk 10km, minuman/pembasahan

hendaklah disediakan, jika keadaan cuaca memerlukan ia disediakan.

Pelari tidak dibenarkan mengambil minuman dari mana-mana tempat yang

bukan dikhaskan

Bagi acara 800 meter dengan garis permulaan satu setengah ’stagger’, peserta

akan berlari mengikut lorong masing-masing sehingga ke 100 meter pertama

dan selepas melintasi satu garisan lengkung yang ditanda dengan bendera

diluar balapan, peserta bebas memasuki lorong yang dikehendaki.

Perlakuan menghalang pelari lain dikira satu kesalahan dan larian pelari tersebut

dibatalkan.

14

Aktiviti 2.1

1. Lakarkan satu balapan 400 meter dan tunjukan tempat-tempat permulaan 800 meter serta tempat garisan memotong 100 meter pertama.

2. Senaraikan kesalahan-kesalahan yang sering dilakukan oleh pelari-pelari jarak sederhana dan jarak jauh semasa bertanding.

3. Apakah faktor-faktor yang dapat mempengaruhi larian seorang pelari pecut.

4. Apakah panduan yang boleh digunakan untuk menyusun pelari dalam acara lari berganti-ganti?

5. Nyatakan kesalahan yang sering dilakukan oleh pelari-pelari dalam acara lari berpagar.

15

TAJUK 3 : TEKNIK MENYEDIAKAN BALAPAN

Sinopsis Tajuk dalam modul ini merangkumi penerangan dan perbincangan cara-cara menyediakan

balapan 200m, 300m dan 400m. Modul ini juga dibekalkan dengan soalan aktiviti dan senarai

bahan rujukan.

Hasil Pembelajaran Setelah selesai membaca modul ini, diharap anda dapat: 1. menjelaskan perkara-perkara penting sebelum menyediakan sesebuah balapan. 2. menjelaskan langkah-langkah yang perlu diambil semasa menyediakan sesebuah

balapan. 3. melaksanakan penyediaan sesebuah balapan dengan ukuran yang tepat.

Kerangka konsep tajuk-tajuk modul ini

Penyediaan Balapan

200 Meter

300 Meter

400 Meter

16

Pendahuluan Untuk menjalankan sesuatu kejohanan olahraga sebuah trek atau balapan perlu diadakan

samada di atas padang rumput mahupun padang tiruan. Dengan adanya balapan larian

sesuatu acara balapan dapat dijalankan dengan sempurna. Panjang balapan biasanya dibina

sepanjang 200 meter, 300 meter dan 400 meter, bergantung kepada keluasan sesuatu

kawasan. Di peringkat antarabangsa, trek mengandungi lapan lorong sejauh 400 meter. Tiap-

tiap lorong lebar minima 1.22 meter dan maksima 1.25 meter . Di peringkat sekolah,

panjang trek boleh diubah suai kepada 200 meter atau 300 meter jika padang sekolah tidak

cukup besar untuk trek 400 meter.

Sub Tajuk 3.1: Pembinaan Balapan ( 400 Meter, 300 Meter Dan 200 Meter ) 3.1.1 Keperluan Awal

3.1.1.1 Tentukan keluasan padang untuk menentukan ;

Balapan 400 meter dengan 8 lorong atau 6 lorong Balapan 300 meter dengan 8 lorong atau 6 lorong Balapan 200 meter dengan 8 lorong atau 6 lorong

A B

A m x B m = AB m2 ( luas )

3.1.1.2 Keluasan sebenar padang dan keupayaan lorong

Balapan Bil. Lorong Keluasan

400 meter 8 > 16,804.17 m2 6 > 15,482.82 m2 300 meter 8 > 10,248.86 m2 6 > 9,219.36 m2 200 meter 8 > 5,448.86 m2 6 > 4,710.18 m2

17

3.1.1.3 Pelan balapan mengikut ukuran yang telah dipilih berdasarkan keupayaan padang.

Panjang padang = x meter Lebar padang = y meter Jumlah lorong = 8 / 6 / 4 lorong Lebar lorong = 1.21 m – 1.23 m Lebar/Tebal garisan = 5 sm

3.1. 2 Keperluan Alatan

Besi penanda ( 15 batang )

Pita ukur ( fibre glass tahan panas ) 100 meter

Pita ukur ( steel ) 50 meter

Pita ukur ( steel ) 30 meter

Kabel / Dawai 3mm ( 60 meter )

Tali ( 7mm – 10mm ) 120 meter

Paku 20sm ( 20 batang )

Kereta minyak / cat

“Roller” atau berus cat ( 5sm )

Tukul besi

Nota: Penanda perlu menggunakan besi yang panjangnya antara 30sm – 50 sm Pita ukur; Pita fibre - Ketahanan pada panas yang tidak akan berubah pada suhu padang.

Pita ukur plastik atau fibre bermutu rendah akan mudah mengembang pada suhu tinggi dan mengecut pada suhu rendah.

Pita besi - Disyorkan untuk mengelakkan berlakunya pita ukur mengembang.

Penggunaan pita ukur berbeza panjang adalah untuk memudahkan kerja mengukur di jarak yang bersesuaian.

18

3.1.3 Panduan Membuat Garisan

y

x f1 f p

Jarak f ke f1 ialah antara 1.21 meter ( minimum ) hingga 1.23 meter ( maksimum)

P ialah kawasan bahagian dalam balapan.

Lebar lorong dikira daripada bahagian dalam garisan ( tepi bahagian dalam garisan seperti di “f” ) ke “ f1”.

Tiap garisan lebarnya ialah 5 sm.

Garisan permulaan dan garisan penamat, lebar garisan ialah 5 sm.

Garisan memotong ( cut-in ) 5 sm.

Tiang penamat; - Tinggi tiang = 1.50 m

Tebal tiang = 2.00 – 3.00 sm

Lebar tiang = 5 sm

Bendera Memotong ( Cut-in ) - Tinggi tiang = 1.50 m

Bendera = 30 sm x 40 sm

19

3.1.4 Zon-zon di balapan;

Zon Pertukaran Baton Zon Menerima baton Zon Menunggu 10.00 m 10.00 m 10.00 m

Garisan memotong ( cut-in )

20

Sub Tajuk 3.2 : Balapan 400 Meter

Untuk membina sesebuah balapan, pengetahuan serta kemahiran perlu ditagih dari

kumpulan guru terutama guru sukan atau guru Pendidikan Jasmani. Beberapa perkara perlu

dipertimbangkan semasa merancang dan seterusnya melaksanakan pembinaan sesebuah

balapan larian. Dalam sub tajuk ini, anda akan didedahkan cara-cara membina balapan

sepanjang 400 meter.

3.2.1 Membina Balapan 400 M

Cari keluasan padang ( panjang & lebar padang ) Kenalpasti jenis trek yang boleh dimasukkan mengikut keluasan padang Lebar padang di bahagikan kepada 3 bahagian dan memanjang padang dibahagi

kepada 5 bahagian.

D

C

N

M F

J H G K

E

P

E

A B

- HJK dan GEF adalah segitiga sama dengan sudut 60o . Anggaran panjang segitiga adalah

dicadangkan bagi trek 400m =20.0m, 300m =15.0m dan 200m = 10.0m. Segitiga hendaklah dibuat ditengah-tengah garisan padang.

- Sekiranya untuk trek 400m. Panjang garisan lurus AB/DC= 400m tolak panjang lengkok

CMEB + DNPA bahagi 2.

21

Contoh : sekiranya panjang AK = 29.5m. , KJ =20.0m., JD = 29.5m Panjang lengkok AP+ND = 60/360 x 2(3.142) x 29.5 = 30.896 + 30.896 = 61.792 Panjang lengkok PN = 60/360 x 2(3.142) x 49.5 = 51.843 Panjang lengkok APND + BEMC = 61.792 + 51.843 = 113.635 + 113.635 =227.27 Panjang garis lurus AB/DC = 400m – 227.27 = 172.73. = 86.365m

- Bagi garisan dalam yang dipasang bendul panjang KA/JD dan HP/HN ditolak 0.30m dan sekiranya tidak berbendul ditolak 0.20m. ( panjang garis segitiga tidak perlu diubah )

- Sekiranya ditolak 0.30m dan lebar lorong 1.22m

Lorong 1: Lengkok AP + ND = 60/360 x 2(3.142) x 29.20 = 30.582 x 2 = 61.164 Lengkok PN = 60/360 x 2(3.142) x 49.20 = 51.529 Lengkok APND + BEMC = 61.164 + 51.529 = 112.693 + 112.693 = 225.386

Lorong 2 + 1.22m Lengkok AP + ND = 60/360 x 2(3.142) x 30.42 = 31.86 x 2 = 63.72

Lengkok PN = 60/360 x 2(3.142) x 50.42 = 52.807 Lengkok APND + BEMC = 63.72 + 52.807 = 116.527 +116.527 = 233.054

Lorong 3 + 1.22m Lengkok AP + ND = 60/360 x 2(3.142) x 31.64 = 33.138 x 2 = 66.276 Lengkok PN = 60/360 x 2(3.142) x 51.64 = 54.084 Lengkok APND + BEMC = 66.276 + 54.084 = 120.36 + 120.36 = 240.72

Lorong 4 + 1.22m Lengkok AP + ND = 60/360 x 2(3.142) x 32.86 = 34.415 x 2 = 68.83 Lengkok PN = 60/360 x 2(3.142) x 52.86 = 55.362 Lengkok APND + BEMC = 68.83 + 55.362 = 124.192 + 124.192 = 248.384 Tambahan lorong seterusnya dibuat mengikut kiraan seperti jadual diatas

Permulaan 400m dan 4x100m

Stagger lorong 1 = 0

Jarak lengkok APND + BEMC lorong 2 tolak jarak APND + BEMC lorong 1 Stagger lorong 2 = 233.054 – 225.386 = 7.67m Jarak lengkok APND + BEMC lorong 3 tolak jarak APND + BEMC lorong 2 Stagger lorong 3 = 240.72 – 225.386 = 15.334m Stagger lorong 4 dan seterusnya juga dikira sebagaimana jadual di atas.

22

Stagger 4x100m

Garis tengah flaoting Pelari pertama = 7.67m ( 1 stagger ) Pelari kedua = 3.83m Pelari ketiga = 3.83m (1/2 stagger ) Pelari keempat = 1.92m Zon pertukaran baton = tambah 10m hadapan dan 10m belakang dari tengah Zon menunggu tambah 10m di belakang zon pertukaran.

Contoh:

Zon menunggu Zon pertukaran baton Arah larian

10m 10m 10m

Stagger 4 x 400m

Garis tengah Pelari pertama = 11.505m ( 1½ stagger ) Pelari kedua = 3.835m ( ½ stagger ) Pelari ketiga = 10m dari di belakang garis penamat Pelari keempat = 10m dari belakang garis penamat Zon pertukaran baton = 20m ( tambah 10m di belakang dan hadapan

garis ) Stagger 4 x 200m

Garis tengah Pelari pertama = 11.505m (1½ stagger ) Pelari kedua = 7.67m ( 1 stagger ) Pelari ketiga = 3.83 ( ½ stagger ) Pelari keempat = 0m ( pelari pertama 200m ) Zon pertukaran bato = 20m ( tambah 10m di belakang dan hadapan

garis )

23

Rumus Mencari Lengkungan Balapan

1. Lengkunga. a=1/3 x 3.142 x a1- a2b. b= 1/3 x 3.142 x b1 – b2c. Jumlah L = a+b+c

2. Garis lurus (GL)a. a=bb. 200m – L m ( untuk balapan 400 m )c. 150m – L m ( untuk balapan 300 m )d. 100m – L m ( untuk balapan 200 m )

3. StaggerL m Lorong 2 – L m Lorong 1 = ½ stagger

4. Garisan rentas ( kawasan lengkung zonpertukaran baton dan stagger.GR = √2y2[ 1-kos(57.288x w /y)]

Aktiviti 3.1

1. Bincang dan senaraikan perkara-perkara yang perlu sebelum anda hendak merancang pembinaan sesebuah balapan. 2. Bincang dalam kumpulan dan rancang pembinaan sebuah balapan sepanjang 200

meter. Hasil tugasan perlu dinyatakan bersama grafik dan ditulis dengan ukuran yang tepat.

24

TAJUK 4 : ACARA PADANG – LONTARAN / BALINGAN

Sinopsis Tajuk-tajuk dalam modul ini merangkumi penerangan, perbincangan tentang gaya lontaran

dan teknik lontaran serta peraturan-peraturan dalam acara lontar peluru. Modul ini juga

dibekalkan dengan soalan aktiviti dan senarai bahan rujukan.

Hasil Pembelajaran Setelah selesai membaca modul ini, diharap anda dapat: 1. menjelaskan fasa-fasa dalam acara lontaran. 2. menjelaskan teknik dan cara yang tepat semasa lakukan acara lontaran 3. menjelaskan peraturan am dalam acara lontaran

Kerangka konsep tajuk-tajuk modul ini

Acara Lontaran

Gaya Lontaran

Fasa Lontaran

25

Sub Tajuk 4.1 : Gaya Lontaran Di sekolah rendah, acara balingan yang diajar hanyalah acara lontar peluru. Acara ini

menggunakan kekuatan tangan. Secara amnya terdapat tiga gaya lontaran iaitu:

Lontaran gaya berdiri

Gaya melungsur selangkah dan

Gaya Parry O’ Brien

Sub Tajuk 4.2 : Fasa-Fasa Lontaran

Acara lontar peluru boleh dibahagikan kepada fasa-fasa perlakuan seperti yang berikut:

i. Pegangan peluru

ii. Lakuan sedia (Preparation)

iii. Lungsuran (Glide)

iv. Lontaran (Delevery)

v. Pulihan (Recovery)

i. Pegangan peluru

Cara memegang peluru adalah sama bagi ketiga-tiga cara balingan. Peluru

boleh dipegang dengan dua cara iaitu dengan menggunakan lima jari atau

memegang dengan tiga jari. Peluru dipegang dengan tiga jari tengah dan

disokong oleh ibu jari dan jari kelingking.

26

ii. Lakuan sedia

Bagi lontaran gaya berdiri, pelontar berdiri di bahagian hadapan bulatan

dengan bahu mengadap arah lontaran. Peluru diletak rapat ke leher di bawah

telinga. Lengan diangkat hampir mendatar dan siku mengarah ke luar.

Bagi gaya lungsur selangkah dan Parry O’ Brien, pelontar berdiri di bahagian

belakang bulatan, membelakang sektor lontaran. Peluru diletak hampir leher

dan bawah telinga. Lengan tangan diangkat hampir mendatar dan siku keluar.

iii. Lungsuran

Tiada lungsuran bagi gaya lontar berdiri.

Bagi gaya lungsur selangkah,bermula dengan berat badan pada kaki kiri, kaki

kanan pula digerakkan ke bahagian tengah bulatan.

Gaya Parry O’ Brien pula kedudukan badan dalam keadaan condong. Kaki

kanan dibengkokkan dan kaki kiri dihayun ke hadapan dan ditendang ke

belakang. Kaki kanan melungsur ke tengah bulatan.

27

iv. Lontaran

Rendahkan kaki kanan. Kilaskan pinggang dan tangan kanan ditolak ke

hadapan menyilang badan. Secara serentak tangan kiri dihayun ke belakang

dan luruskan kedua belah kaki. Tangan kanan mengikut arah lontaran, siku

sentiasa di luar dan jauh dari badan.

v. Pulihan

Langkah pulihan dilakukan dengan membawa kaki kanan ke hadapan bulatan

dan pada masa yang sama kaki kiri digerakkan ke belakang secara tergantung

untuk membantu imbangan badan.

Peraturan 188 : Lontar Peluru

Dilontar dari bahu dengan sebelah tangan sahaja.

Memulakan lontaran, peluru mesti menyentuh atau rapat dengan leher/pipi dan

tangan tidak boleh direndahkan daripada paras bahu.

Tidak boleh dibawa ke belakang dari garis bahu.

Rujuk buku undang-undang KOAM

28

Aktiviti 4.1

1. Nyatakan teknik-teknik yang digunakan dalam acara lontar peluru dan nyatakan perbezaan bagi setiap teknik tersebut.

2. Kenalpasti kesalahan-kesalahan yang sering berlaku dalam acara lontar peluru dan nyatakan jenis-jenis aktiviti ansur maju yang boleh meningkatkan prestasi peserta.

29

TAJUK 5 : ACARA PADANG - LOMPATAN

Sinopsis Tajuk-tajuk dalam modul ini merangkumi penerangan dan perbincangan tentang gaya lompat

tinggi dan teknik lompat jauh serta peraturan-peraturan dalam acara lompatan. Modul ini juga

dibekalkan dengan soalan aktiviti dan senarai bahan rujukan.

Hasil Pembelajaran Setelah selesai membaca modul ini, diharap anda dapat: 1. menjelaskan fasa-fasa dalam acara lompatan. 2. menjelaskan teknik dan cara yang tepat bagi acara-acara lompatan 3. menjelaskan peraturan-peraturan am dalam acara lompatan

Kerangka konsep tajuk-tajuk modul ini

Acara Lompatan

Lompat Tinggi

Lompat Jauh

30

Pendahuluan

Selain dari acara-acara trek, anda juga perlu tahu acara-acara padang. Acara padang terdiri

daripada acara lompatan dan balingan. Acara-acara ini boleh dipertandingkan serentak

dengan acara trek kerana ia dijalankan di bahagian dalam trek. Acara-acara padang

memerlukan peralatan dan kawasan tertentu. Antara acara-acara padang yang

dipertandingkan adalah acara lompat tinggi, lompat jauh, lompat kijang, lombol bergalah,

merejam lembing, melempar cakera, melontar peluru dan membaling tukul besi. Kebanyakan

acara lompatan memerlukan aspek kepantasan, koordinasi, kelenturan dan kuasa yang

tinggi.

Acara Lompatan Acara lompatan dalam tajuk ini ialah lompat jauh dan lompat tinggi.

Sub Tajuk 5.1 : Lompat Jauh Terdapat tiga gaya yang biasa digunakan dalam acara lompat jauh iaitu gaya layar, gaya

gantung dan gaya tendang kayuh.

31

Acara lompat jauh bolah dibahagikan kepada empat fasa seperti yang berikut:

i. Fasa lari landas (Approach)

ii. Fasa lonjakan (Takeoff)

iii. Fasa penerbangan/layangan (Flight)

iv. Fasa pendaratan (Landing)

i. Fasa Lari Landas

Anda bermula dengan berlari pantas secara optimum dan terkawal dari tempat

permulaan ke papan lonjak. Langkah pertama mestilah bermula dengan kaki

lonjak. Bilangan langkah ke papan lonjak biasanya 11 – 14 langkah (pelompat

novis), 17 – 19 langkah (pelompat wanita pakar) dan 23 langkah (pelompat

lelaki pakar).

32

ii. Fasa Lonjakan

Semasa tiba di papan lonjak, pelompat seharusnya mencapai kelajuan

maksimum. Melonjak dengan menggunakan kaki lonjak. Kaki bebas dihayun

tinggi ke atas untuk mendapatkan lonjakan yang tinggi.

iii. Fasa penerbangan/layangan

Gaya badan dan pergerakan anda bergantung kepada gaya yang digunakan.

Bagi gaya tendang kayuh, kaki digerakkan seperti mengayuh basikal. Bagi

gaya layar, anda mestilah melunjurkan kedua-dua belah kaki ke hadapan

dengan badan condong ke hadapan dan tangan dihulur ke hadapan hingga ke

hujung kaki. Bagi gaya gantung pula, angkat kedua-dua belah tangan ke atas

seolah-olah bergantung diudara di mana kedua-dua belah kaki diangkat ke

belakang.

iv. Fasa pendaratan

Apabila badan mula jatuh, tangan dan kaki dirapatkan dan digerakkan ke

hadapan. Apabila tangan mencecah tumit, tangan digerakkan ke belakang dan

kemudian ke hadapan semula. Mendarat dengan tumit dahulu mencecah pasir.

Peraturan 185: Lompat Jauh

Seseorang peserta itu gagal sekiranya :

menyentuh bumi selepas garisan lonjakan dengan mana-mana bahagian

badannya, sama ada membuat larian tanpa melompat atau semasa

membuat lompatan

melonjak dari luar hujung papan lonjakan, sama ada selepas atau sebelum

garisan lonjakan

menyentuh tanah di antara papan lonjakan dan kawasan pendaratan

melakukan apa jenis balik kuang (‘somersault’) semasa membuat larian atau

semasa melompat

33

semasa mendarat, menyentuh bumi di luar kawasan mendarat di antara

tapak lonjakan dan bahagian kesan jatuh yang paling hampir

tidak kira batal sekiranya seseorang peserta itu berlari di luar mana-mana

bahagian luar garisan putih yang menandakan landasan lari.

tidak dikira batal sekiranya seseorang peserta itu berjalan balik di atas

kawasan mendarat setelah meninggalkan kawasan mendarat dengan cara

yang betul.

semua lompatan hendaklah diukur bermula dari tanda mendarat yang paling

hampir yang dibuat oleh mana-mana bahagian badan, kaki atau tangan ke

garisan lonjakan atau lanjuran garisan lonjakan. Ukuran hendaklah dibuat

serenjang (bersudut tepat) dengan garisan lonjakan atau lanjurannya.

Rujuk buku undang-undang KOAM

Sub Tajuk 5.2 : Lompat Tinggi:

Terdapat lima gaya yang biasa digunakan dalam acara lompat tinggi iaitu gaya gunting, gaya

pelana, gaya barat, gaya timur dan gaya Fosbury Flop. Hanya gaya Fosbury Flop ini akan

dibincangkan dalam tajuk ini.

Lompat tinggi boleh dibahagikan kepada empat fasa seperti berikut:

i. Fasa lari landas/penujuan

ii. Fasa lonjakan

iii. Fasa penerbangan/layangan

iv. Fasa pendaratan

34

Petaruran 182: Lompat Tinggi

Palang :

Panjang : L/Tinggi 4.00m, L/Bergalah 4.50m

Berat : L/Tinggi 2kg, L/Bergalah 2.25kg

Seri :

Peserta membuat lompatan kurang di ketinggian seri, adalah pemenang.

Peserta yang kurang kegagalan di sepanjang pertandingan adalah pemenang.

Untuk tempat pertama, peserta diberi 1 percubaan ketinggian paling rendah

yang tidak dapat melepasi sehingga dapat pemenang.

35

Melonjak dengan sebelah kaki

Kegagalan :

Palang jatuh

Peserta sentuh bumi sama ada di luar atau di antara tiang, sebelum melepasi

palang.

Landas Lari dan Kawasan Lonjak

Jarak minimum : 15 m

( 20 m bagi kejohanan mengikut P 12.1(a), (b) dan (c)

Jika keadaan mengizinkan : 25 m

Keceruman maksimum keseluruhan landas lari dan kawasan lonjak TIDAK

melebihi 1:250 ke arah palang

Kawasan lonjak hendaklah rata

Tiang :

Apa jua bentuk yang tegap

Mempunyai sangga untuk menompang palang

Cukup tinggi melebihi 10 sm drpd. paras sebenar palang dinaikkan

Jarak antara tiang TIDAK kurang 4 m dan TIDAK lebih 4.04 m

TIDAK boleh dianjak, melainkan Refri merasakan landas lari dan kawasan

mendarat sudah tidak sesuai lagi. Ini hanya boleh dilakukan selepas satu

pusingan

Sangga Palang :

Rata, berbentuk empat segi bujur : 4 sm x 6 sm

Ruang di antara hujung palang dengan tiang sekurangnya 1 sm.

Kawasan Mendarat

Tidak kurang 5 m x 3 m

( Bagi pertandingan di bawah P 12.1, kawasan mendarat disarankan TIDAK

kecil dari 6m x 4m x 0.7m )

NOTA :

Ruang antara Tiang dan Kawasan Mendarat sekurangnya 10 sm

36

Aktiviti 5.1

1. Nyatakan dan senaraikan aktiviti-aktiviti ansur maju yang sesuai bagi acara lompat tinggi.

2. Senaraikan kesalahan yang sering berlaku dalam acara lompat jauh dan jelaskan jenis aktiviti latihan yang sesuai untuk mengatasinya.

37

TAJUK 6 : KEMAHIRAN TEKNIK MENYEDIAKAN GELANGGANG/SEKTOR

Sinopsis Tajuk dalam modul ini merangkumi penerangan dan perbincangan cara-cara menyediakan

gelanggang / sektor lompat jauh / kijang / lompat tinggi, lontar peluru, lempar cakera dan

rejam lembing. Modul ini juga dibekalkan dengan soalan aktiviti dan senarai bahan rujukan.

Hasil Pembelajaran Setelah selesai membaca modul ini, diharap anda dapat: 1. menjelaskan perkara-perkara penting sebelum menyediakan sesebuah gelanggang /

sektor. 2. menjelaskan langkah-langkah yang perlu diambil semasa menyediakan sesebuah

gelanggang / sektor. 3. melaksanakan penyediaan sesebuah gelanggang / sektor dengan ukuran yang tepat.

Kerangka konsep tajuk-tajuk modul ini

Penyediaan Gelanggang

Lompat Jauh & Kijang

Lontar Peluru Merejam Lembing Lempar Cakera

38

Pendahuluan Untuk menjalankan suatu aktiviti atau pertandingan acara lompatan dan lontaran, suatu

gelanggang / sektor perlu diadakan samada di atas padang rumput mahupun padang tiruan.

Dengan adanya gelanggang / sektor, sesuatu acara padang dapat dijalankan dengan

sempurna dan disamping memberi peluang kepada peserta mematuhi peraturan acara yang

ditetapkan. Pembinaan gelanggang / sektor yang piawai, bergantung kepada keluasan

sesuatu kawasan dan kesesuaian tempat dari segi faktor keselamatan. Di peringkat

antarabangsa dan kebangsaan, kebanyakan gelanggang / sektor disediakan disuatu tempat

yang telah diatur mengikut pelan yang dirancang seperti contoh sebuah stadium. Bagaimana

pun di peringkat sekolah, penyediaan gelanggang / sektor boleh diubah suai berdasarkan

keperluan dan kawasan yang ada.

Sub Tajuk 6.1: Pembinaan Gelanggang/Sektor 6.1.1 Keperluan Awal

6.1.1.1 Tentukan keluasan kawasan yang mencukupi jarak minima

piawaian ukuran gelanggang / sektor.

6.1.1.2 Tentukan ukuran piawaian mengikut sumber ukuran yang tepat

berdasarkan buku / rujukan undang-undang olahraga IAAF

atau KOAM

6.1.1.3 Menyediakan keperluan alatan asas seperti;

Besi penanda

Pita ukur ( steel ) 50 meter

Tali ( 7mm – 10mm ) 60 meter

Pancang Kayu 20sm

“Roller” atau berus cat ( 5sm )

Tukul besi

Cat ”spray”

6.1.1.4 Menyediakan pasukan bertugas yang ada kemahiran

39

6.1.2 Panduan Membina Sektor / Gelanggang 6.1.2.1 Sektor / Gelanggang Lompat Jauh

Spesifikasi Penyediaan Sektor;

Terdapat landas lari yang berjarak tidak kurang dari 45 meter Terdapat papan lonjak yang mempunyai panjang minima 1.22

meter dan lebar 300 mm. Papan dicadangkan cat dengan warna putih

Terdapat kawasan mendarat yang berukuran 2.75 m x 9.00 m Kawasan mendarat perlu diletakkan dengan bahan yang lembut

seperti pasir

6.1.2.2 Sektor / Gelanggang Lompat Kijang

Spesifikasi Penyediaan Sektor;

Terdapat landas lari yang berjarak tidak kurang dari 45 meter Terdapat papan lonjak yang mempunyai panjang minima 1.22

meter dan lebar 300 mm. Papan dicadangkan cat dengan warna putih

Papan lonjak perlu ditempatkan berjarak tertentu ( mengikut kategori jantina & umur ) dari kawasan mendarat

Terdapat kawasan mendarat yang berukuran 2.75 m x 9.00 m Kawasan mendarat perlu diletakkan dengan bahan yang lembut

40

6.1.2.3 Gelanggang Lompat Tinggi

Spesifikasi Penyediaan Kawasan;

Terdapat kawasan landas lari yang berbentuk kipas berjejari 25 meter ke tempat mendarat (Lihat rajah di atas)

Terdapat dua batang tiang yang diletak kiri kanan berjarak 4.00 – 4.04 meter

Terdapat sebatang palang ( ‘fiber’ ) yang berjarak 4.00 – 4.04 meter

Terdapat tilam mendarat yang berukuran 3.00 m x 5.00 m x sekurang-kurangnya 75 sm

6.1.2.4 Sektor Lontar Peluru

BLOK DEPAN LONTAR PELURU

41

Spesifikasi Penyediaan Kawasan Lontar Peluru;

Terdapat bulatan lontaran yang bergaris pusat 2.135 meter (Lihat rajah di atas)

Terdapat dua garis lurus bersudut 34.92 darjah mengunjur keluar dari pusat bulatan yang dikenali kawasan mendarat lontaran

Terdapat satu bungkah penghadang yang diletak diatas garisan dibahagian bulatan bersudut ( seperti rajah )

6.1.2.5 Sektor Merejam Lembing

Spesifikasi Penyediaan Kawasan;

Terdapat kawasan landas lari berjarak tidak kurang 30 meter ke lengkungan rejaman (Lihat rajah di atas)

Kawasan landas lari dibentuk oleh dua garisan berjarak 4 meter Terdapat dua garis lurus bersudut 29 darjah mengunjur keluar dari

bahagian tengah kawasan landas lari yang berjejari 8 meter ( Lihat rajah di atas )

42

6.1.2.6 Sektor Melempar Cakera

Spesifikasi Penyediaan Kawasan;

Terdapat bulatan lemparan yang bergaris pusat 2.50 meter (Lihat rajah di atas)

Terdapat dua garis lurus bersudut 34.92 darjah mengunjur keluar dari pusat bulatan yang dikenali kawasan mendarat lemparan

Kebiasaannya terdapat sebuah sangkar berjaring dengan ketinggian sekurang-kurangnya 4 meter ( seperti rajah di atas )

Aktiviti 6.1

3. Bincang dan senaraikan perkara-perkara yang perlu sebelum anda hendak merancang pembinaan sesebuah gelanggang / sektor acara lontaran dan

lompatan. 4. Dalam kumpulan rancang pembinaan sebuah model gelanggang / sektor acara

padang berdasarkan bentuk dan skala ukuran piawaian yang tepat.

43

TAJUK 7 : KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Sinopsis Tajuk-tajuk dalam modul ini merangkumi penerangan dan perbincangan tentang strategi

penyampaian, garis panduan persediaan RPH dan penyediaan rancangan pengajaran

harian. Modul ini juga dibekalkan dengan soalan aktiviti dan senarai bahan rujukan.

Hasil Pembelajaran Setelah selesai membaca modul ini, diharap anda dapat: 1. mengenalpasti kaedah dan strategi pengajaran pembelajaran Pendidikan Jasmani

yang berkaitan dengan tajuk olahraga. 2. memahami keperluan RPH dan menulis satu Rancangan Pengajaran Harian ( RPH )

bagi satu sesi pengajaran olahraga

Kerangka konsep tajuk-tajuk modul ini

Kaedah Pengajaran Dan Pembelajaran

Strategi Penyampaian Garis Panduan Persediaan RPH

Penyediaan Rancangan Pengajaran Harian

44

Pendahuluan Kaedah merupakan satu tatacara atau organisasi bagaimana aktiviti pengajaran

pembelajaran dapat dilaksanakan dengan berkesan. Merupakan satu siri tindakan guru yang

sistematik untuk mencapai objektf pembelajaran khusus dalam jangka pendek. Ianya juga

adalah sebagai satu cara mendekati sesuatu objektif pelajaran dan langkah-langkah

penyampaian yang tersusun. “Merujuk kepada satu ikhtiar keseluruhan yang dikehendaki

dalam satu set prosedur yang tersusun berdasarkan kepada sesuatu pendekatan yang dipilih (Edward M. Anthony 1963).

Sub Tajuk 7.1 : Strategi Penyampaian Jenis kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sering digunakan dalam pengajaran dan

pembelajaran Pendididikan Jasmani bagi tajuk yang berkaitan olahraga adalah ;

a. Kaedah Kaedah Inkuiri (Penemuan) Kaedah Inkuiri (Penemuan) yang menekankan kepada 5 prosedur iaitu:

P1- Kenal pasti masalah

P2- Rancang penyelesaian

P3- Kumpul maklumat

P4- Buat tafsiran

P5- Buat kesimpulan

b. Kaedah kumpulan

- perbincangan kumpulan

- kerja bersama-sama

- main peranan

- sumbangsaran

45

d. Kaedah penyelesaian masalah

Ia meliputi;

- projek

- pemerhatian

- tunjukcara atau demonstrasi

- lawatan

e. Kaedah Kolaboratif

Ia meliputi;

- permuafakatan

- bimbingan rakan sebaya

- eksperimen

- kepimpinan

f. Kaedah Koperatif

Unsur- unsur pembelajaran koperatif ialah

- ahli berintraksi diantara satu sama lain untuk mewujudkan persefahaman dan

kemajuan

- murid bekerja sebagai satu kumpulan untuk menyelesaikan satu masalah.

- murid belajar secara aktif dan bukan hanya bergantung kepada guru.

- ahli harus menguasai dan mengamalkan kemahiran sosial seperti ikut

giliran,memberi galakan,mendengar,memberi pertolongan, memberi penjelasan

untuk membolehkan kumpulan berfungsi dengan efektif.

- ahli kumpulan menilai kembali usaha mereka serta kemajuan dari segi pencapaian

matlamat.

46

Sub Tajuk 7.2 : Garis Panduan Persediaan RPH Fasa Permulaan

Aktiviti harus mengikut / bersesuaian kemahiran yang akan diajar

Aktiviti memanaskan badan harus ada kesinambungan dengan kemahiran yang akan

diajar

Peralatan yang digunakan haruslah berkait dengan kemahiran yang hendak diajar.

Fasa Perkembangan ( Gerakerja Kelas & Kumpulan )

Gerakerja Kelas bermaksud kemahiran/ tajuk yang hendak diajar pada hari tersebut

dan semua pelajar/murid terlibat melakukannya.

Gerakerja kumpulan bermaksud beberapa kemahiran lain serta kemahiran yang diajar

pada hari tersebut dijalankan dalam kumpulan kecil. Biasanya dijalankan secara

station.

( Dijalankan jika masa mencukupi )

Tunjuk Cara (Demontrasi) - arahan jelas

- terkawal

- posisi penunjuk cara & murid

- fokus pengajaran & pembelajaran

Ansur maju - Statik ke dinamik

- Mudah ke lebih kompleks

- Jarak ( Dekat ke jauh )

- Tanpa rintangan kepada ada rintangan

Kemuncak (Permainan Kecil)

Berunsur pertandingan - ada perbezaan antara pasukan

- penerapan semangat berpasukan

- berkait kemahiran yang diajar

- menampakkan cirri-ciri keseronokan

- suasana aktif & penglibatan ramai

47

Penutup Proses mengingat semula

Penilaian

Aktiviti gerak kendur

Refleksi

Sub Tajuk 7.3 : Penyediaan Rancangan Pengajaran Harian

Pelajaran : Pendidikan Jasmani Tarikh : 2/7/2008 Tahun : 4 Arif Masa : 7.45 Pagi – 8.15 Pagi Bil. Murid : 30 Orang

Tunjang 2 : Kemahiran Tajuk : Olahraga Sub-tajuk : Lari Pecut

Objektif Pengajaran Dan Pembelajaran :

Pada akhir pembelajaran, murid akan dapat: Psikomotor : melakukan 4 aktiviti ansur maju lari pecut sebanyak 5 kali percubaan bagi setiap satu gaya pada pelbagai jarak. Kognitif : menyatakan empat jenis aktiviti ansur maju lari pecut yang dilakukan.

Afektif : bekerjasama dan bersungguh – sungguh melakukan aktiviti pembelajaran. Penggabungjalinan : Bahasa Melayu, Sains, Matematik, bahasa Inggeris PSA : Pelajar pernah berlari dengan pelbagai gaya dan pelbagai kelajuan. BBM : Penanda, tali, batang penyapu Penerapan nilai : Peka pada situasi, patuh kepada arahan, sabar, bersungguh- sungguh Kemahiran Generik : Membanding beza dan menyatakan teknik berlari pecut yang tepat dengan berjalan pantas.

48

BAHAGIAN /

MASA

TAJUK/ AKTIVITI

FOKUS PEMBELAJARAN/

BUTIR MENGAJAR

ORGANISASI/ PENGELOLAAN

STRATEGI/ CATATAN

PERMULAAN

(5 MINIT)

Berlari Bebas Berlari

bebas dalam kawasan Masuk ke

dalam Gelung bila guru tepuk tangan.

Aktiviti

regangan dan kelonggaran Kaki Pinggang Bahu Kepala

Berlari atas

hujung kaki. Lompat dengan

sebelah atau dua belah kaki

kedalam gelung.

Contoh: • Angkat sebelah

kaki, lakukan rotasi ikut arah

jam dalam 12 kiraan (Kaki)

• Tangan cekak pinggang,

lentikan badan kesisi dalam

10 ulangan (Pinggang).

Arahan

Tunjuk

cara

PERKEMBANGAN

P&P (12 MINIT)

1. Berlari dengan tumit sentuh punggung sejauh 20 meter dengan tangan.

2. Berlari lutut diangkat tinggi

Semasa berlari,tumit diangkat dan sentuh punggung

Tangan dihayun kedepan kebelakang

Mata pandang 5 – 10 meter kehadapan

Semasa berlari, lutut diangkat separas pinggang

Guna hujung kaki

Tangan dihayun kedepan kebelakang

Dilakukan pada garis lurus

Pada jarak 20m dan 30m

Diulang 5 kali Dilakukan

pada garis lurus

Pada jarak 20m dan 30m

Diulang 5 kali

Tunjuk cara

49

3. Berlari dengan langkah panjang

4. ‘Bounding’

Mata pandang 5 – 10 meter ke hadapan

Berlari dengan hujung kaki

Lutut diangkat tinggi

Langkah dipanjangkan

Tangan dihayun kedepan dan kebelakang

Mata pandang 5 – 10 meter kedepan

Melonjak

menggunakan hujung kaki dengan lutut ditinggikan

Tumit kaki bebas sentuh ke punggung

Kedua-dua kaki berada diudara seketika

Langkah dipanjangkan

Tangan dihayun kedepan dan kebelakang

Mata pandang 5 – 10 meter kedepan

Di lakukan pada garis lurus

Pada jarak 20m dan 30m

Diulang 5 kali Di lakukan

pada garis lurus

Pada jarak 20m dan 30m

Diulang 5 kali

KEMUNCAK

(8 MINIT)

‘Tiru Macam Saya’

Dijalankan mengikut station.

Syaratnya apabila sampai pada suatu station, pelajar akan meniru satu gaya aktiviti.

Tunjuk cara Intrapersonal

50

Dijalankan lebih kepada persembahan dan kerjasama ahli dalam kumpulan

Gunakan bunyi-bunyian sebagai rangsangan

Station:

1. Berlari lutut tinggi

2. Berlari tumit sentuh punggung

3. Lakukan aktiviti ‘bounding’

4. Berlari langkah panjang

PENUTUP (5 MINIT)

• Gerak Kendur Aktiviti

regangan dan kelonggaran

Contoh:

Membesar dan Mengecilkan badan

Rumusan

• Mengembang

badan di atas hujung kaki.

• Peluk badan sekecil-kecilnya.

• Bangun perlahan- lahan sambil membuka pelukan.

• Soal jawab cara

hantaran dan menyambut bola

dengan teknik yang betul

Kemahiran

Generik

51

Latihan 7.1

1. Nyatakan dan terangkan 4 kaedah pengajaran pembelajaran yang berkesan dalam pengajaran Pendidikan Jasmani untuk tajuk olahraga.

2. Rancang dan tulis satu rancangan pengajaran harian untuk acara lontar peluru bagi pelajar tahun 5 untuk jangka masa 30 minit. Nyatakan dan jelaskan 5 aktiviti ansur maju yang sesuai untuk pengajaran tersebut.

3. Berdasarkan RPH di atas, jalankan satu sesi pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran. Anda dikehendaki merakamkan aktiviti tersebut dalam bentuk audio visual. Tugasan ini perlu dibawa semasa intraksi berikut.

52

TAJUK 8 : KAEDAH PENILAIAN

Sinopsis Tajuk-tajuk dalam modul ini merangkumi penerangan tentang spesifikasi penilaian dan rubrik

pemarkahan bagi beberapa acara olahraga serta menyatakan cara melaksanakan penilaian

sesuatu acara. Modul ini juga dibekalkan dengan soalan aktiviti dan senarai bahan rujukan.

Hasil Pembelajaran Setelah selesai membaca modul ini, diharap anda dapat: 1. merancang dan menyenaraikan kriteria – kriteria penilaian 2. memahami dan melaksanakan cara membuat penilaian dalam pengajaran olahraga

Kerangka konsep tajuk-tajuk modul ini

Kaedah Penilaian

Spesifikasi Penilaian dan Rubrik

Pemarkahan

53

Pendahuluan Para guru menjalankan penilaian dari masa ke semasa adalah untuk memastikan bahawa

segala usaha guru dan murid adalah menuju ke arah matlamat yang dirancang. Penilaian

yang dijalankan adalah untuk mendapatkan maklumat tentang keberkesanan pengajaran

guru dan proses pembelajaran murid.

Seorang guru Pendidikan Jasmani perlu tahu bagaimana membuat penilaian bagi acara-

acara olahraga yang diajarnya. Tujuan penilaian ialah untuk mengetahui sejauh manakah

murid telah menguasai kemahiran yang telah di ajar. Selain daripada itu, penilaian juga dapat

memberi maklumbalas kepada guru tentang keberkesanan ia mengajar.

Penilaian pengajaran dan pembelajaran olahraga hendaklah dijalankan secara berterusan,

berasaskan tumpuan kepada acara-acara tertentu yang menekan aspek yang berikut:

Kecergasan fizikal

Tahap umur

Jantina

Kemampuan pelajar

Sub Tajuk 8.1 : Spesifikasi Penilaian dan Rubrik Pemarkahan

Untuk mendapat keputusan penilaian yang ada kesahannya, spesifikasi dan rubrik

pemarkahan acara yang hendak dinilai harus dirancang secara teliti dan hendaklah

dinyatakan secara khusus serta tepat. Sebagai panduan, berikut contoh beberapa spesifikasi

dan rubrik pemarkahan bagi 3 acara dalam olahraga iaitu lari berganti-ganti, lompat jauh dan

lontar peluru.

54

Spesifikasi Acara Lari Berganti-ganti

Pelaksanaan Pentaksiran

Hasil Pembelajaran

Indikator Prestasi

Prosedur

Markah

Komponen

LARI BERGANTI-GANTI 4 X 100 METER

Menguji teknik memberi dan menerima baton 4 x 100 Meter

Teknik Permulaan

Ke garisan Kemahiran memasang blok

permulaan. Peserta melangkah ke garisan

setelah isyarat diberikan.

Posisi dan kedudukan dekam, tangan dibuka seluas bahu di belakang garisan dan bahu selari dengan garisan.

Sedia Punggung tinggi daripada aras

kepala Berat badan dibawa ke

hadapan. Bahu melepasi garisan. Kedua-dua kaki bersudut. Mata memandang ke hadapan

lebih kurang 1m.

Mula Masa tindak balas selepas

isyarat mula diberikan. Tolakkan kaki belakang untuk

melangkah. Badan bersudut sepanjang

30m pertama. Koordinasi tangan dan kaki. Ayunan tangan maksimum. Teknik pegang baton Pegang di ⅓ bahagian

belakang baton. Hujung hadapan baton tidak

mencecah trek.

a. Pelari pertama bersedia

di tempat permulaan. b. Penerima baton

membuat ‘check-mark’

c. Peserta mula berlari apabila isyarat diberikan.

d. Peserta diberi 2 kali percubaan.

e. Peserta berlari di lorong sendiri.

Alatan : Balapan Baton - 4 Blok permulaan Penguji :Sekurang-

kurangnya 2 Orang

10 markah

Teknik Memberi Baton

Gerakan tangan dari atas ke bawah

Siku bengkok 90°. Tangan diluruskan semasa

memberi baton Kedudukan pemberi berselang

seli Memberi baton 1/3 bahagian

hadapan kepada penerima. Pemberian baton berlaku

dalam zon pertukaran.

10 markah

Teknik Menerima Baton

Buat ‘check-mark’ Kedudukan sedia - mata

pandang ‘check-mark’ Angkat tangan menerima ke

belakang sebaik sahaja mendengar isyarak dari rakan.

Genggam baton dengan kemas di belakang hujung baton.

baton berlaku dalam zon pertukaran.

10 markah

55

Teknik Penamat

lari terus ke garisan melintasi

garisan penamat dengan didahului bahagian ‘Torso’

tangan dihayun ke belakang semasa membuat ‘dipping’.

Mengekalkan kepantasan, imbangan serta daya semasa menamatkan larian.

Rubrik Pemarkahan Acara Lari Berganti-ganti

KEMAHIRAN YANG DIUJI

INDIKATOR PRESTASI DAN PEMARKAHAN Cemerlang

(8 - 10 Markah) Sederhana

(4 – 7 Markah) Lemah

( 1- 3 Markah) TEKNIK PERMULAAN Ke garisan

Dapat memasang blok permulaan dengan teknik yang betul

Peserta melangkah ke garisan setelah isyarat diberikan.

Posisi dan kedudukan dekam, tangan dibuka seluas bahu di belakang garisan dan bahu selari dengan garisan

Dapat melakukan teknik ke garisan dengan betul dan tepat

Sedia Punggung tinggi daripada

aras kepala Berat badan dibawa ke

hadapan. Bahu melepasi garisan. Kedua-dua kaki bersudut. Mata memandang ke

hadapan lebih kurang 1m. Dapat melakukan teknik

sedia dengan betul dan tepat

Mula Masa tindak balas selepas

isyarat mula diberikan. Tolakkan kaki belakang

untuk melangkah.

Badan bersudut sepanjang 30m pertama.

Koordinasi tangan dan kaki betul

Ayunan tangan maksimum. Dapat melakukan teknik

mula dengan betul dan tepat

Ke garisan Kemahiran memasang blok

permulaan. Peserta melangkah ke

garisan setelah isyarat diberikan.

Posisi dan kedudukan dekam, tangan dibuka seluas bahu di belakang garisan dan bahu selari dengan garisan.

Teknik perlakuan betul dan perlu diperbaiki.

Sedia Punggung tinggi daripada

aras kepala Berat badan dibawa ke

hadapan. Bahu melepasi garisan. Kedua-dua kaki bersudut. Mata memandang ke

hadapan lebih kurang 1m. Teknik perlakuan betul dan

perlu diperbaiki. Mula Masa tindak balas selepas

isyarat mula diberikan. Tolakkan kaki belakang

untuk melangkah. Badan bersudut sepanjang

30m pertama. Koordinasi tangan dan kaki

kurang sempurna Ayunan tangan kurang

maksimum. Teknik mula yang betul dan

perlu diperbaiki.

Ke garisan Kemahiran memasang blok

permulaan salah. Peserta tidak melangkah ke

garisan setelah isyarat diberikan.

Posisi dan kedudukan dekam, tangan dibuka seluas bahu di belakang garisan dan bahu selari dengan garisan.

Teknik melakukan kemahiran kegarisan salah.

Sedia Punggung tidak tinggi daripada

aras kepala Berat badan tidak dibawa ke

hadapan. Bahu tidak melepasi garisan. Kedua-dua kaki tidak bersudut. Mata tidak memandang ke

hadapan lebih kurang 1m. Teknik melakukan kemahiran

kegarisan salah. Mula Masa tindak balas selepas

isyarat mula diberikan. Tiada tolakkan kaki belakang

untuk melangkah.

Badan tidak bersudut sepanjang 30m pertama.

Tiada koordinasi tangan dan kaki.

Ayunan tangan maksimum. Teknik mula yang salah.

56

Teknik Pegang baton Pegang di ⅓ bahagian

belakang baton. Hujung hadapan baton

tidak mencecah trek

Teknik Pegang baton Pegang di ½ bahagian

belakang baton. Hujung hadapan baton tidak

mencecah trek

Teknik Pegang baton Pegang di ⅔ bahagian

belakang baton. Hujung hadapan baton

mencecah trek

TEKNIK MEMBERI BATON

Gerakan tangan dari atas

ke bawah. Siku bengkok 90° Tangan diluruskan semasa

memberi baton. Kedudukan pemberi

berselang seli. Memberi baton ⅓ bahagian

hadapan kepada penerima Pemberian baton berlaku

dalam zon pertukaran.

Gerakan tangan dari atas ke

bawah. Siku bengkok 90° Tangan tidak diluruskan

semasa memberi baton. Kedudukan pemberi tidak

berselang seli. Memberi baton ½ bahagian

hadapan kepada penerima Pemberian baton berlaku diluar

zon pertukaran.

TEKNIK MENERIMA BATON

Buat ‘check-mark’ Kedudukan sedia – mata

pandang ‘check mark’ Angkat tangan menerima

ke belakang sebaik sahaja mendengar isyarat dari rakan..

Genggam baton dengan kemas di belakang hujung baton.

Penerimaan baton berlaku dalam zon pertukaran.

Buat ‘check-mark’ Kedudukan sedia – mata

tidak memandang ‘check mark’

Angkat tangan menerima ke belakang sebaik sahaja mendengar isyarat dari rakan..

Genggam baton dengan kemas di tengah baton.

Penerimaan baton berlaku dalam zon pertukaran.

Tidak membuat ‘check-mark’ Kedudukan sedia – mata tidak

memandang ‘check mark’ Angkat tangan menerima ke

belakang sebaik sahaja mendengar isyarat dari rakan..

Genggam baton dengan kemas di tengah baton.

Penerimaan baton berlaku diluar zon pertukaran.

TEKNIK PENAMAT

lari terus ke garisan

melintasi garisan penamat dengan didahului bahagian ‘Torso’

tangan dihayun ke belakang semasa membuat ‘dipping’.

Mengekalkan kepantasan, imbangan serta daya semasa menamatkan larian.

Dapat melakukan teknik sedia dengan betul dan tepat

Berhenti di garisan melintasi

garisan penamat dengan didahului bahagian ‘Torso’

tangan dihayun ke belakang semasa membuat ‘dipping’.

Mengekalkan kepantasan, imbangan serta daya semasa menamatkan larian.

Teknik penamat betul dan perlu diperbaiki.

Tidak menamatkan larian. Tiada hayunan tangan ke

belakang semasa membuat ‘dipping’.

Tidak dapat mengekalkan kepantasan, imbangan serta daya semasa menamatkan larian.

Teknik penamat salah.

57

Spesifikasi Penilaian Acara Lompat Jauh

Pelaksanaan Pentaksiran

Hasil Pembelajaran

Indikator Prestasi

Prosedur

Markah

LOMPAT JAUH

Menguji teknik lompat jauh.

Lari Landas

Teknik Permulaan Bersedia untuk

memulakan larian(konsentrasi).

Tumpuan ke sasaran papan lonjakan.

Berlari dengan kelajuan yang terkawal.

Lari di atas bebola kaki. Kaki lonjakan bersudut

pada langkah terakhir sebelum membuat lonjakan.

Prosedur: a. Peserta bersedia di

tempat bermula b. Peserta mula apabila

arahan diberi. c. Peserta mesti mengikut

teknik larian yang betul. d. Peserta mesti mengikut

semua fasa yang perlu diikuti.

e. (rujuk penekanan teknik yang diuji)

Alatan : Wisel 1 cangkul kon Bendera (putih dan merah) 1 perata pasir Penguji : 3 orang

10 markah

Lonjakan

Teknik Lonjakan. Kaki lonjakan memijak

papan lonjakan. Hujung kaki lonjakan

tidak melebihi papan. Kaki lonjakan

diluruskan semasa membuat lonjakan.

Kaki bebas dihayun dengan kencang.

10 markah

Penerbangan (Gaya Layar)

Teknik Penerbangan. Kedua-dua tangan

berada di hadapan. Kedua-dua kaki

dilunjurkan ke hadapan.

Jika peserta dapat melakukan gaya lain, boleh diterima.

10 markah

Mendarat

Teknik Mendarat. Kaki dihulur ke

hadapan semasa mendarat (tumit kaki dahulu).

Bawa tangan dan pinggang ke hadapan dan ke bawah.

Mendarat dengan kedua-dua belah kaki.

Lutut dibengkokkan untuk menyerap daya.

10 markah

58

Rubrik Pemarkahan Acara Lompat Jauh

KEMAHIRAN YANG DIUJI

INDIKATOR PRESTASI DAN PEMARKAHAN Cemerlang

(8 - 10 Markah) Sederhana

(4 – 7 Markah) Lemah

( 1- 3 Markah) LARI LANDAS

Bersedia untuk memulakan

larian(konsentrasi). Tumpuan ke sasaran papan

lonjakan. Berlari dengan kelajuan yang

terkawal. Lari di atas bebola kaki. Kaki lonjakan bersudut pada

langkah terakhir sebelum membuat lonjakan

Dapat melakukan teknik lari landas dengan betul dan tepat.

Kurang bersedia untuk

memulakan larian(konsentrasi). Tumpuan ke sasaran papan

lonjakan. Kurang berjaya mengawal

kelajuan larian. Lari di atas bebola kaki. Kaki lonjakan bersudut pada

langkah terakhir sebelum membuat lonjakan.

Teknik lari lantas betul dan perlu diperbaiki.

Tidak bersedia untuk

memulakan larian(konsentrasi).

Tiada Tumpuan ke sasaran papan lonjakan.

Tidak berjaya mengawal kelajuan larian.

Lari di atas bebola kaki. Kaki lonjakan bersudut pada

langkah terakhir sebelum membuat lonjakan.

Teknik lari lantas yang salah.

LONJAKAN

Kaki lonjakan memijak papan

lonjakan. Hujung kaki lonjakan tidak

melebihi papan. Kaki lonjakan diluruskan

semasa membuat lonjakan. Kaki bebas dihayun dengan

kencang Dapat melakukan teknik

lonjakan dengan betul dan tepat.

Kaki lonjakan memijak papan

lonjakan. Hujung kaki lonjakan melebihi

papan Kaki lonjakan kurang diluruskan

semasa membuat lonjakan. Kaki bebas dihayun dengan

kencang. Teknik lonjakan betul dan perlu

diperbaiki.

Kaki lonjakan tidak memijak

papan lonjakan. Kaki lonjakan tidak

diluruskan semasa membuat lonjakan.

Kaki bebas tidak dihayun dengan kencang.

Teknik lonjakan yang salah.

PENERBANGAN

Kedua-dua tangan berada di

hadapan Kedua-dua kaki dilunjurkan

ke hadapan. Jika peserta dapat

melakukan gaya lain, boleh diterima.

Dapat melakukan teknik penerbangan dengan betul dan tepat.

Kedua-dua tangan berada di

hadapan Kedua-dua kaki dilunjurkan ke

hadapan. Jika peserta dapat melakukan

gaya lain, boleh diterima. Teknik penerbangan betul dan

perlu diperbaiki.

Kedua-dua tangan tidak

berada di hadapan Kedua-dua kaki tidak

dilunjurkan ke hadapan. Jika peserta dapat

melakukan gaya lain, boleh diterima.

Teknik penerbangan yang salah.

MENDARAT

Kaki dihulur ke hadapan

semasa mendarat (tumit kaki dahulu).

Bawa tangan dan pinggang ke hadapan dan ke bawah.

Mendarat dengan kedua-dua belah kaki.

Lutut dibengkokkan untuk menyerap daya.

Dapat melakukan teknik mendarat dengan betul dan tepat.

Kaki dihulur ke hadapan

semasa mendarat (tumit kaki dahulu).

Bawa tangan dan pinggang ke hadapan dan ke bawah.

Mendarat dengan kedua-dua belah kaki.

Lutut dibengkokkan untuk menyerap daya.

Teknik mendarat betul dan perlu diperbaiki.

Kaki tida dihulur ke hadapan

semasa mendarat (tumit kaki dahulu)

Tidak mawa tangan dan pinggang ke hadapan dan ke bawah

Tidak berjaya mendarat dengan kedua-dua belah kaki

Lutut tidak dibengkokkan untuk menyerap daya.

Teknik mendarat yang salah

59

Spesifikasi Penilaian Acara Lontar Peluru

Pelaksanaan Pentaksiran

Hasil Pembelajaran

Indikator Prestasi

Prosedur

Markah

Komponen

LONTAR PELURU

Menguji teknik melontar peluru Gaya Lungsuran

Permulaan

a. Persediaan Teknik Pegangan Peluru Peluru tidak menyentuh

tapak tangan. Memegang peluru di

pangkal tiga atau lima jari. Teknik Sedia Kedudukan peluru

menyentuh sisi leher, bawah telinga.

Berdiri membelakangkan kawasan lontaran dibahagian belakang bulatan.

Prosedur: a. Peserta bersedia di tempat

lontaran. b. Peserta mula apabila

arahan diberi. c. Peserta mesti mengikut

semua fasa semasa melontar.

d. Peserta mesti mengikut semua fasa yang perlu diikuti. (rujuk penekanan teknik yang diuji)

e. Setiap peserta di beri dua kali percubaan.

Alatan : 10 peluru 2 set Bendera Merah putih Kawasan lontaran Wisel Stop Board 4 kon Penguji: 3 orang

10 markah

b. Teknik Lungsuran Teknik Lungsuran Lungsurkan kedua belah

kaki ke belakang serentak.

Kedua-dua kaki berada di dalam bulatan

Lungsuran dilakukan secara pantas dan licin.

Teknik Lontaran

Teknik Kilasan Badan Melentik sambil pinggul

kanan dipusingkan ke kiri dan ke atas serentak.

Bahu dan tangan kanan masih menghala ke belakang.

Teknik Lontaran Menolak sambil

meluruskan siku sehingga badan menjadi terangkat dan melentik.

Pergerakan bermula di bahagian bahu dengan tangan memegang peluru.

Pindah berat badan. Ikut lajak

10 markah

Teknik Pulihan

Teknik Pulihan Imbang badan dari

terjatuh di kawasan hadapan selepas melontar.

Pergerakan ini adalah sebahagian ikut lajak

Kaki kanan dibawa ke hadapan ,dibengkok sedikit pada masa yg. sama.

10 markah

60

Rubrik Pemarkahan Acara Lontar Peluru

KEMAHIRAN YANG DIUJI

INDIKATOR PRESTASI DAN PEMARKAHAN Cemerlang

(8 - 10 Markah) Sederhana

(4 – 7 Markah) Lemah

( 1- 3 Markah) PERMULAAN PERSEDIAAN TEKNIK LUNGSUR

Teknik Pegangan Peluru Peluru tidak menyentuh

tapak tangan. Memegang peluru di

pangkal tiga atau lima jari.

Teknik Sedia Kedudukan peluru

menyentuh sisi leher, bawah telinga.

Berdiri membelakangkan kawasan lontaran dibahagian belakang bulatan.

Dapat melakukan teknik persediaan dengan betul dan tepat

Teknik Pegangan Peluru Peluru tidak menyentuh

tapak tangan. Memegang peluru di pangkal

tiga atau lima jari.

Teknik Sedia Kedudukan peluru

menyentuh sisi leher, bawah telinga.

Berdiri membelakangkan kawasan lontaran dibahagian belakang bulatan.

Teknik persediaan betul dan perlu diperbaiki.

Teknik Pegangan Peluru Peluru tidak menyentuh

tapak tangan. Tidak memegang peluru di

pangkal tiga atau lima jari.

Teknik Sedia Kedudukan peluru tidak

menyentuh sisi leher, bawah telinga.

Tidak berdiri membelakangkan kawasan lontaran di mana-mana bahagian bulatan.

Teknik persediaan salah.

Lungsurkan kedua belah

kaki ke belakang supaya kaki serentak.

Kedua-dua kaki berada di dalam bulatan

Lungsuran dilakukan secara pantas dan licin.

Dapat melakukan teknik lunsuran dengan betul dan tepat

Lungsurkan kedua belah kaki

ke belakang supaya kaki serentak.

Kedua-dua kaki berada di dalam bulatan

Lungsuran dilakukan kurang pantas dan licin.

Teknik lunsuran betul dan perlu diperbaiki.

Tidak melungsurkan kedua

belah kaki ke belakang. Kedua-dua kaki tidak

berada di dalam bulatan Lungsuran dilakukan tidak

pantas dan licin. Teknik lunsuran salah.

KEMAHIRAN YANG DIUJI

INDIKATOR PRESTASI DAN PEMARKAHAN

Cemerlang (8 - 10 Markah)

Sederhana (4 – 7 Markah)

Lemah ( 1- 3 Markah)

TEKNIK LONTARAN

Teknik Kilasan Badan Pinggul kanan dipusingkan

ke kiri dan ke atas serentak dengan kilasan badan.

Bahu dan tangan kanan masih menghala ke belakang.

Teknik Lontaran Menolak sambil meluruskan

lutut sehingga badan menjadi terangkat dan melentik.

Pergerakan bermula di bahagian bahu dengan tangan memegang peluru.

Pindah berat badan. Ikut lajak. Dapat melakukan teknik

lontaran dengan betul dan tepat

Teknik Kilasan Badan Pinggul kanan kurang

dipusingkan ke kiri dan ke atas serentak dengan kilasan badan.

Bahu dan tangan kanan menghala ke belakang.

Teknik Lontaran Kurang menolak dan

meluruskan lutut sewaktu memulakan lontaran.

Pergerakan bermula di bahagian bahu dengan tangan memegang peluru.

Kurang pemindahan berat badan.

Ikut lajak. Teknik lontaran betul dan

perlu diperbaiki.

Teknik Kilasan Badan Pinggul kanan tidak

dipusingkan ke kiri dan ke atas serentak dengan kilasan badan.

Bahu dan tangan kanan menghala ke belakang.

Teknik Lontaran Tidak menolak dan

meluruskan lutut sewaktu memulakan lontaran.

Pergerakan bermula di bahagian bahu dengan tangan memegang peluru.

Tidak pemindahan berat badan.

Ikut lajak. Teknik lontaran salah.

61

TEKNIK PULIHAN

Imbang badan dari terjatuh di kawasan hadapan selepas melontar.

Pergerakan ini adalah sebahagian ikut lajak

Kaki kanan dibawa ke hadapan dan dibengkokkan sedikit pada masa yang sama

Kurang berjaya menimbangi badan di kawasan hadapan selepas melontar.

Kurang Pergerakan ikut lajak Kaki kanan dibawa ke

hadapan dan dibengkokkan sedikit pada masa yang sama

Teknik Pulihan betul dan perlu diperbaiki.

Tidak berjaya menimbangi badan di kawasan hadapan selepas melontar.

Tidak Pergerakan ikut lajak Kaki kanan dibawa ke

hadapan dan dibengkokkan sedikit pada masa yang sama

Teknik Pulihan betul salah.

Aktiviti 8.1

1. Buat satu penilaian untuk satu acara olahraga dikalangan murid anda dan buat

rumusan prestasi mereka. 2. Sediakan satu prosedur penilaian bagi satu jenis acara padang

Latihan

1 Rancang dan sediakan satu pelan trek 200 meter dan 400 meter mengikut skala piawaian IAAF. Terangkan dan jelaskan bagaimana cara penyediaan pelan tersebut.

62

Rumusan Acara-acara olahraga terdiri daripada acara-acara trek dan padang. Acara ini berasaskan

kepada aktiviti fizikal seperti berlari, melompat, membaling dan melontar. Acara-acara

olahraga ini telah di pertandingkan sejak zaman kuno lagi hinggalah sekarang.

Acara lari pecut dan lari berganti-ganti merupakan acara utama yang dipertandingkan

di sekolah. Pengetahuan mengenai acara ini sangat penting agar pelajar dapat

menyampaikan kemahiran ini secara berkesan.

Acara Lontar peluru memerlukan kekuatan terutama tangan dan kemahiran untuk

melontar dari kawasan bulatan kecil. Kemahiran menggunakan teknik melontar peluru boleh

menentukan jarak lontaran selain daripada komponen kekuatan dan ketangkasan. Gaya-

gaya lontaran peluru adalah gaya berdiri, gaya melungsur selangkah dan gaya Perry O’

Brien. Jika keseluruhan fasa-fasa dalam melakukan lontaran dapat dilakukan dengan licin

dan berkesan, maka jarak lontaran yang baik boleh dicapai oleh seseorang.

Bacaan Asas

Ahmad Wafi (1996), Olahraga – Padang, Kuala Lumpur: Goodmark Enterprise Hanif Hanafi (1995). Olahraga, Kuala Lumpur, Pustaka Cita Tinggi.

1

TAJUK 1 : PENGENALAN OLAHRAGA

Sinopsis Tajuk-tajuk dalam modul ini merangkumi sejarah olahraga dan acara-acara yang terdapat

dalam olahraga. Modul ini juga dibekalkan dengan soalan latihan dan senarai bahan rujukan.

Hasil Pembelajaran Setelah selesai membaca modul ini, diharap anda dapat: 1. menjelaskan sejarah perkembangkan olahraga 2. menjelaskan asal usul pertandingan olahraga 3. menyatakan dan menjelaskan acara-acara olahraga

Kerangka konsep tajuk-tajuk modul ini

Pengenalan Olahraga

Sejarah Olahraga

Acara-acara Olahraga

2

Sub Tajuk 1 :Sejarah Olahraga

Tahukah anda bahawa olahraga merangkumi beberapa acara yang berasaskan

kepada aktiviti fizikal yang bersifat saingan atau perlumbaan. Bagaimanakah

acara olahraga boleh dikategorikan?

Ia merangkumi beberapa acara berlainan yang menggunakan pergerakan-pergerakan asas

seperti berlari, membaling dan melompat. Pengelolaan kejohanan olahraga secara tersusun

dikatakan telah bermula pada zaman klasik lagi terutamanya Sukan Olimpik Kuno.

Mungkin anda telah mengetahui bahawa olahraga bermula dari Sukan Olimpik Moden

pertama yang telah dijalankan di Athens dalam tahun 1896 dan tertubuhnya Persatuan

Olahraga Amatur Antarabangsa (IAAF) pada tahun 1912. Antara sukan-sukan besar yang

mendapat liputan meluas di peringkat antarabangsa adalah Sukan Olimpik, Sukan

Komanwealth dan Sukan Asia. Semua ini merupakan elemen yang penting dalam Sukan

Olimpik Moden dan dipraktikkan di semua negara kerana nilai pendidikan dan peranannya

dalam meningkatkan keadaan fizikal individu. Ia juga merupakan asas yang diperlukan untuk

prestasi optimum dalam sukan lain disamping menawarkan peluang kepada penyelidik untuk

mengkaji pergerakan manusia.

Sub Tajuk 2 : Acara-acara Olahraga Anda biasa mendengar dan melihat banyak acara-acara dalam olahraga. Acara-acara

tersebut boleh dibahagikan kepada dua bahagian iatu acara balapan dan acara padang.

Acara balapan boleh dikategorikan seperti berikut:

i. Acara lari pecut (jarak dekat) : 100 m, 200 m dan 400 m

ii. Acara lari jarak sederhana : 800 m , 1500 m

iii. Acara lari jarak jauh : 3000 m, 5000 m dan 10000 m

iv. Acara lari berganti-ganti : 4 x 100m, 4 x 200m dan 4 x 400m

v. Acara lari berpagar : 100 m (P),110 m (L) dan 400 m (L& P)

vi. Acara lari berhalangan : 3000 m

3

Acara padang pula terdiri daripada: i. Acara balingan : Merejam lembing,melempar cakera,

melontar peluru dan membaling tukul besi

ii. Acara lompatan : lompat tinggi, lompat jauh, lompat kijang dan

lompat bergalah

Aktiviti 1.1

1. Dengan merujuk maklumat dari buku dan internet, jelaskan sejarah perkembangan olahraga di Malaysia dengan lebih terperinci.

2. Senaraikan acara-acara balapan dan acara padang yang dipertandingkan pada

peringkat sekolah rendah dikejohanan Olahraga MSSM.

4

TAJUK 2 : ACARA BALAPAN – LARI PECUT, LARI BERGANTI – GANTI LARI BERPAGAR, LARI JARAK SEDERHANA DAN JAUH

Sinopsis Tajuk-tajuk dalam modul ini merangkumi penerangan, perbincangan, peraturan-peraturan lari

pecut, lari berganti-ganti, lari berpagar dan penerangan tentang jenis-jenis acara lari jarak

sederhana & jauh, ciri-ciri pelari jarak sederhana & jauh, teknik larian dan peraturan-

peraturan lari jarak sederhana & jauh. Modul ini juga dibekalkan dengan soalan aktiviti dan

senarai bahan rujukan.

Hasil Pembelajaran Setelah selesai membaca modul ini, diharap anda dapat: 1. menjelaskan teknik kemahiran asas lari pecut, lari berganti - ganti dan lari berpagar dengan cara yang betul. 2. menjelaskan fasa-fasa dalam lari pecut, lari berganti - ganti dan lari berpagar. 3. menjelaskan undang-undang dan peraturan dalam acara lari pecut, lari berganti - ganti

dan lari berpagar. 4. menyatakan jenis-jenis acara yang terdapat dalam kategori lari jarak sederhana dan jarak

jauh. 5. menjelaskan teknik larian jarak sederhana dan jarak jauh dengan cara yang tepat. 6. menyatakan peraturan larian jarak sederhana dan lari jarak jauh.

Kerangka konsep tajuk-tajuk modul ini

Acara Balapan

Lari Pecut Lari Berganti-ganti Lari Berpagar Lari Jarak Sederhana Dan

Jarak Jauh

5

Pendahuluan Anda tentu dapat mengenali acara-acara trek atau balapan kerana acaranya adalah acara-

acara yang berbentuk larian di trek. Di peringkat antarabangsa, trek mengandungi lapan

lorong sejauh 400 meter. Tiap-tiap lorong lebar minima 1.22 meter dan maksima 1.25 meter .

Di peringkat sekolah, panjang trek boleh diubah suai kepada 200 meter atau 300 meter jika

padang sekolah tidak cukup besar untuk trek 400 meter.

Sub Tajuk 2.1 : Lari pecut Lari pecut memerlukan seseorang berlari sepantas mungkin dalam jarak tertentu (dekat)

yang memerlukan tenaga yang tinggi iaitu sistem tenaga anaerobik. Faktor yang

mempengaruhi kepantasan ialah kekerapan langkah dan panjang langkah. Dalam

pertandingan, acara lari pecut menggunakan teknik permulaan gaya dekam.

6

Lari pecut boleh dibahagikan kepada fasa-fasa berikut: i. Fasa permulaan

Permulaan Gaya peluru: i. Berdiri di blok, rapat kepada garisan

ii. Blok hadapan diletak 2 tapak dari garisan permulaan dan blok

belakang setapak dari bahagian hadapan blok hadapan

iii. Letakkan kaki di blok

iv. Lutut kaki belakang segaris dengan tumit tapak kaki hadapan

v. Ruang seluas buku penumbuk

Permulaan Gaya Sederhana (Medium) a. Blok di hadapan berada 2 tapak dari garisan permulaan dan blok

belakang 2 tapak dari bahagian hadapan blok hadapan

b. Lutut kaki belakang segaris dengan tumit tapak kaki hadapan

c. Ruang seluas buku penumbuk

Permulaan Gaya Panjang (Elongated) a. Blok hadapan diletak 2 tapak dari gaaris permulaan dan blok

belakang 3 tapak dari bahagian hadapan blok hadapan

b. Lutut tapak kaki belakang segaris dengan hujung tumit kaki

Hadapan

c. Ruang di antara 2 tapak kaki adalah seluas buku penumbuk

Kedudukan tangan, kepala dan leher

a. Kedua belah tangan lurus dan dibuka seluas bidang bahu.

b. Ibu jari dan jari penunjuk dibuka luas dengan jari-jari lain rapat di antara satu

sama lain, diletak di belakang garis permulaan.

c. Kepala dan leher didongak, mata pandang ke hadapan

7

ii. Fasa Sedia a. Badan diangkat dan condong ke hadapan

b. Kedua tangan lurus menahan berat badan

c. Kaki belakang hampir lurus

d. Kepala pandang hadapan

iii. Fasa Berlepas

a. Lutut belakang digerakkan ke hadapan dengan pantas serta

tahap rendah

b. Kaki hadapan diluruskan sepenuhnya

c. Dimulakan dengan larian /pecutan dalam jarak 30 – 60 meter,

kedudukan condong ke hadapan dan akan berubah

d. Jarak langkah juga turut bertambah dalam fasa ini

e. Tahap kelajuan maksima atlet akan ditentukan oleh tahap

kuasa dan kekuatan ototnya serta bagaimana kelajuan dapat dikekalkan

iv. Fasa penamat

a. Faktor yang paling penting untuk menamatkan larian ialah

untuk berlari 10 m lebih dari jarak larian sebenar.

Contoh :- Larian untuk larian 100m, pelari haruslah berlari untuk 110 m.

b. Atlit akan terus memecut serta mengekalkan kelajuan melintasi

garisan penamat.

c. Tonjolkan bahagian torso (badan-dada) ke hadapan

d. Bahu diangkat dan tangan ditarik ke belakang

Sub Tajuk 2.2 : Lari Berganti-ganti Acara ini memerlukan sekumpulan peserta yang terdiri daripada empat orang, berlari

mengikut jarak tertentu, secara bergilir-gilir dengan sepantas yang mampu. Faktor

pertukaran baton yang cekap dan licin merupakan faktor penentu kemenangan dalam acara

ini. Pertukaran baton perlu dilakukan dalam zon pertukaran baton iaitu sepanjang 20 meter.

8

9

Peraturan 170 : Lari berganti-ganti

Garisan-garisan setebal 5sm hendaklah dibuat merentasi balapan bagi menandakan

jarak peringkat larian dan menentukan garisan pembahagi.

Setiap zon sambut hendaklah sepanjang 20m dengan garisan pembahagi ditengah-

tengahnya.

Garisan tengah zon sambut pertama 4 x 400m ( atau zon sambut kedua 4 x 200m)

sama dengan garisan permulaan 800m.

Zon sambut kedua dan terakhir 4 x 400m ialah garisan 10m di kedua-dua belah

garisan permulaan/penamat

Lari berganti-ganti 4 x 100m dan kalau boleh 4 x 200m hendaklah dijalankan dalam

lorong sepenuhnya.

Dalam 4 x 100m dan 4 x 200m, pelari-pelari kecuali pelari pertama sesuatu pasukan

itu boleh memulakan lariannya tidak melebihi 10m keluar daripada zon sambutnya.

Satu tanda yang jelas akan diletakkan pada setiap lorong bagi menandakan had luar

zon.

Bagi 4 X 400m, pelari pertama berlari dalam lorong sendiri; pelari kedua berlari 100m

dalam lorong sendiri sehingga ke garisan memotong masuk lorong pertama (cut in

line) selepas itu masuk ke lorong pertama.Pelari ketiga dan keempat akan menerima

baton mengikut susunan kedudukan di selekoh 200m. Peraturan ini dikuatkuasakan

jika terdapat lebih daripada 4 pasukan.

Baton hendaklah diserahkan di dalam zon sambut. Kedudukan baton yang menjadi

penentu bukan kedudukan tubuh, kaki atau tangan peserta.

Peserta tidak boleh menghalang atau mengganggu peserta lain. Komposisi dan susunan larian peserta-peserta dalam pasukan hendaklah diisytiharkan

secara rasmi sejam sebelum masa panggilan pertama pusingan pertama. Setelah

pertandingan bermula hanya dua peserta boleh digantikan.

10

Sub Tajuk 2.3 : Lari berpagar

Dalam acara ini, ianya memerlukan seseorang membuat larian untuk satu jarak yang

mempunyai halangan dengan sepantas yang terdaya terdiri daripada beberapa kategori dan

jarak ( 100 meter – wanita, 110 meter – lelaki dan 400 meter – lelaki & wanita ).

Peraturan 168 : Lari Berpagar ( Rujuk Buku Peraturan Olahraga KOAM )

11

Sub Tajuk 2.4 : Lari Jarak Sederhana dan jarak jauh Larian jarak sederhana dan jarak jauh sama dengan lari pecut, cuma berbeza dari segi teknik

dan perlakuan sahaja. Larian jarak sederhana dan jauh memerlukan daya tahan, dayatahan

kelajuan dan kelajuan terutama semasa menghampiri garisan penamat. Bentuk dan

pendekatan latihan lari jarak sederhana dan jarak jauh sedikit berbeza dengan lari pecut

terutama dari segi jenis-jenis latihan dan juga intensiti latihan.

Larian jarak sederhana dan jarak jauh mempunyai persamaan dari segi teknik berlari.

Perbezaannya cuma dari segi jarak, halangan dan peraturan larian.

Larian Jarak Sederhana

- 800 meter

- 1500 meter

Larian Jarak Jauh

- 3000 meter, 5000 meter, 10,000 meter

- 2000 meter berhalangan, 3000 meter berhalagan

- Merentas desa, 10 km, separuh marathon dan marathon

Ciri-ciri Pelari Jarak Sederhana dan Jarak Jauh

Pelari yang mengambil bahagian dalam acara-acara jarak sederhana dan jauh perlu

mempunyai ciri-ciri tertentu. Antara ciri-ciri adalah seperti berikut:

Pelari jarak sederhana dan jarak jauh harus mempunyai keupayaan fizikal dan

mental yang tinggi.

Pelari bijak mewujudkan pendekatan terbaik untuk lariannya tanpa banyak

terpengaruh dengan larian peserta lain.

Pelari memerlukan taktik, strategi dan psikologi yang tinggi semasa mengambil

bahagian dalam larian.

Mempunyai keseimbangan yang tinggi antara kelajuan, ketahanan kelajuan dan

dayatahan semasa berlari.

12

Teknik Larian

Teknik larian bermaksud cara pelari melakukan larian dari permulaan larian sehingga ke

penamat larian.

Permulaan Larian

Semua permulaan bagi lari jarak sederhana dan jarak jauh adalah sama iaitu

dengan cara berdiri. Permulaan larian dilakukan oleh pelepas di tempat

permulaan dengan arahan ’ Ke garisan!!, dan tembakan pistol dilepaskan’.

Dalam semua acara larian jarak sederhana dan jarak jauh, pelari akan berlari

dipermulaan ’mess start’ iaitu bermula di garisan lengkung secara beramai-

ramai dan terus masuk ke lorong sebelah dalam.

Bagi acara 800 meter, pelari akan bermula larian dengan dua cara iaitu: Jika peserta lebih dari 8 orang, pelari akan bermula larian dengan

cara ’mess start’ iaitu bermula di garisan lengkung beramai-ramai.

Jika peserta 8 orang dan kurang, pelari akan bermula di garisan

permulaan satu setengah ’stagger’ dengan pelari akan berlari di lorong

masing-masing sehingga selepas 100 meter barulah pelari memotong

masuk ke lorong sebelah dalam.

Semasa Larian

Teknik-teknik larian bergantung kepada bentuk badan serta kekuatan ayunan

kaki dan tangan pelari. Kombinasi keseluruhan badan akan memberi kelebihan

dan kekuatan untuk bergerak dengan lebih pantas. Bagaimana pun latihan

sistematik adalah penting bagi penyesuaian diri pelari tersebut dengan acara

yang disertainya.

13

Teknik berlari dengan betul: Semasa berlari, kedudukan badan pelari hendaklah dalam keadaan lurus

dengan kepala pada kedudukan selari dengan torso serta dalam situasi

menegak dan seimbang.

Pelari hendaklah mengelak dari menoleh ke belakang atau ke sebelah.

Mata pelari hendaklah ditumpukan pada satu titik lebih kurang tiga meter

dihadapannya.

Berlari di lorong paling dalam.

Berlari mengikut rentak keupayaan sendiri

Meningkatkan dan mengekalkan kelajuan sepanjang larian.

Elak memotong pelari lain di bahagian selekoh balapan

Menamatkan Larian

Cara menamatkan larian adalah sama dengan acara-acara larian yang lain iaitu

dengan menghampiri bahagian torso ke garisan penamat.

Peraturan Larian Jarak Sederhana dan Jarak Jauh

Permulaan larian menggunakan gaya berdiri

Bagi acara-acara sehingga dan termasuk 10km, minuman/pembasahan

hendaklah disediakan, jika keadaan cuaca memerlukan ia disediakan.

Pelari tidak dibenarkan mengambil minuman dari mana-mana tempat yang

bukan dikhaskan

Bagi acara 800 meter dengan garis permulaan satu setengah ’stagger’, peserta

akan berlari mengikut lorong masing-masing sehingga ke 100 meter pertama

dan selepas melintasi satu garisan lengkung yang ditanda dengan bendera

diluar balapan, peserta bebas memasuki lorong yang dikehendaki.

Perlakuan menghalang pelari lain dikira satu kesalahan dan larian pelari tersebut

dibatalkan.

14

Aktiviti 2.1

1. Lakarkan satu balapan 400 meter dan tunjukan tempat-tempat permulaan 800 meter serta tempat garisan memotong 100 meter pertama.

2. Senaraikan kesalahan-kesalahan yang sering dilakukan oleh pelari-pelari jarak sederhana dan jarak jauh semasa bertanding.

3. Apakah faktor-faktor yang dapat mempengaruhi larian seorang pelari pecut.

4. Apakah panduan yang boleh digunakan untuk menyusun pelari dalam acara lari berganti-ganti?

5. Nyatakan kesalahan yang sering dilakukan oleh pelari-pelari dalam acara lari berpagar.

15

Bibliografi / Rujukan Borhan Yusof, Mohamed @ Mohd Sadek Mustaffa, Hasbullah (2007). Kegiatan

Profesional Olahraga. Taman Serdang Raya. Penerbit Open University Malaysia (OUM).

Clarke, R. , & Boyle R. (1978). Successful track and field. Dubuque, Iowa: William C. Brown.

Hall, J. (2004). The primary physical education handbook (2th ed.). London: A & C Black Pub. Ltd. Helen Ten (1997). Manual Olahraga, Petaling Jaya: Junjuara Publications. ____________, (2005), Peraturan dan Undang-undang Kejohanan

Olahraga. Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia.

____________, (2005) Siri Modul Kursus Diploma Perguruan Malaysia, Mod Latihan Perguruan Berasakan sekolah, Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Gallahue, D.L. & Donnelly, F.C. (2003). Developmental physical

education for all children (4th ed.). Champaign, IL: Human Kinetics. Mosston, M. & Ashworth, S. (2002). Teaching physical education

(5th ed.). San Francisco, CA: Benjamin Cummings. Teng Boon Tong (1989/1994). Panduan Pengajaran Olahraga. Petaling Jaya:

Longman Malaysia. Thomas, K.T., Lee, A.M. & Thomas, J.R. (2003). Physical education method for elementary teachers (2nd edition). Champaign, IL: Human Kinetics.

Wee Eng Hoe (2002). Panduan pengajaran olahraga : Kepegawaian

dan kejurulatihan. Kuala Lumpur :Karisma Publication Sdn. Bhd. Wee Eng Hoe (1995). Pengajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. Shah Alam:

Fajar Bakti.

PANEL PENULISAN PANDUAN PEMBELAJARAN PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)

(PJM3103 OLAHRAGA)

NAMA KELAYAKAN

Dr. NORIATI BINTI A. RASHID Ketua Pengarah Penolong Pengarah Pusat Pembangunan Akademik Institut Pendidikan Guru Malaysia, Cyberjaya

Kelulusan: PhD.(Sosiolinguistik), UM Sarjana Pendidikan (Sosiologi Pendidikan), UM B.A. Hons.(Geografi & Bahasa Melayu), UM Dip. Pendidikan (Geografi & Bahasa Melayu),UM

Dr. MOHD NORDIN BIN ABU BAKAR Penolong Pengarah Pusat Pembangunan Akademik Institut Pendidikan Guru Malaysia, Cyberjaya [email protected] [email protected]

Kelulusan: PhD.(Pendidikan Teknik Vokesional), UKM Master Sains (Pentadbiran Pendidikan),UPM Bac. Pend. (Sains Pertanian),UPM Sijil Perguruan Asas (KH – Pertanian),MPTI Pengalaman: Penolong Pengarah Pusat Pembangunan Akademik

EN. ZAKARI BIN ZAKARIA Pensyarah IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan 27200 Kuala Lipis, Pahang Darul Makmur. [email protected]

Kelulusan: M Scs. (Pend. Jasmani), UPM Bac.Edu. (Pendidikan Jasmani), UPM Sijil Perguruan Khas (PJ), MPIK Sijil Perguruan Asas (PJK), MPTI

Pengalaman: Pensyarah Jabatan Pend. Jasmani (10 tahun) Tutor OUM Pusat Pembelajaran Timur,IPSMB (5 tahun) Pensyarah Sambilan UiTM Cawangan Jengka (3 tahun) Penolong Kanan KoKurikulum (4 tahun) Guru Pendidikan Jasmani (16 tahun)

EN. JALIL BIN OSMAN Pensyarah IPG Kampus Raja Melewar 70990 Seremban Negeri Sembilan. [email protected]

Kelulusan: M.Ed ( Pentadbiran Pendidikan ), UPM Bac. Edu. (Sains Sukan), UPSI Sijil Perguruan Khas(Pendidikan Jasmani), MPIK Sijil Perguruan (Pendidikan Jasmani),MPSAH

Pengalaman: Pensyarah Jabatan Pend. Jasmani (6 tahun) Penyelia Kejurulatihan Pusat Kokurikulum (2 tahun ) Guru Pendidikan Jasmani (18 tahun)

LAMPIRAN A

IKON

Rehat

Perbincangan

Bahan Bacaan

Buku Rujukan

Latihan

Membuat Nota

Senarai Semakan

Layari Internet

Panduan Pengguna

Mengumpul Maklumat

Tutorial

Memikir

Tamat

Pro Forma Kursus Program Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian

(Pendidikan Jasmani – Pendidikan Rendah) Nama Kursus Olahraga

(Athletics)

Kod Kursus PJM3103

Kredit 2(0+2)

Jam Kontak 60 jam

Bahasa Pengantar

Bahasa Melayu

Prasyarat Tiada

Semester Pertama –Tahun 1

Hasil Pembelajaran

1. Menguasai serta dapat mengaplikasikan kemahiran olahraga dalam situasi sebenar.

2. Berkerjasama dengan rakan sejawat untuk meningkatkan profesion

keguruan.

3. Menghuraikan teori pembelajaran yang memperkukuh kandungan pengetahuan pedagogi.

4. Meningkatkan kemahiran teknikal menyediakan balapan dan gelanggang dalam bidang olahraga.

5. Membuat refleksi dan menilai amalan pembelajaran serta menjanakan idea baru untuk penambahbaikan yang berterusan.

6. Meningkatkan profesionalisme kendiri secara berterusan.

Sinopsis

Kursus ini meliputi sejarah perkembangan olahraga di Malaysia dan antarabangsa. Kursus ini juga menekankan kepada peraturan dan undang-undang olahraga, kemahiran acara balapan, kemahiran acara padang, kaedah pengajaran dan pembelajaran dan penilaian kemahiran. Kursus ini juga menekankan kemahiran teknikal menyediakan balapan dan gelanggang dalam kejohanan olahraga. This course include the history and developmental of athletics internationally and in Malaysia. This course stress on rules and regulations, the acquiring of skills in the track and field event, the evaluation and how to implement these skills in the teaching strategies. Students will also be involved in preparing the track and field technically for organizing athletics meet.

Tajuk Kandungan Jam

1

Teori Olahraga

Sejarah perkembangan olahraga Asal usul pertandingan olahraga Perkembangan olahraga peringkat

antarabangsa Perkembangan olahraga di Malaysia

2

Jumlah 2

1

Amali Acara Balapan

Undang-undang dan peraturan Kemahiran asas lari pecut Kemahiran larian jarak sederhana Kemahiran larian jarak jauh Acara lari berpagar/berhalangan Acara lari berganti-ganti

8

2 Kemahiran teknikal menyediakan balapan

Lakaran balapan 200 meter Lakaran balapan 300 meter Lakaran balapan 400 meter

8

3 Acara Balingan

Undang-undang dan peraturan Lontar peluru Lempar cakera Rejam lembing

8

4 Acara Lompatan

Undang-undang dan peraturannya Lompat jauh Lompat tinggi Lompat kijang

8

5 Kemahiran teknikal menyediakan gelanggang

Lompat jauh dan lompat kijang Lompat tinggi Lontar peluru

10

Rejam lembing Lempar cakera

6 Kaedah pengajaran dan pembelajaran

Strategi penyampaian Penyediaan Rancangan Pengajaran Pengajaran Mikro

12

7 Kaedah penilaian Prosedur penilaian Aplikasi Spesifikasi dan Rubrik Penilaian

4

Jumlah 58

Jumlah keseluruhan 60

Pentaksiran

Kerja kursus 70% Peperiksaan Akhir 30%

Rujukan Asas

Clarke, R. , & Boyle R. (1978). Successful track and field. Dubuque, Iowa: William C. Brown. Hall, J. (2004). The primary physical education handbook (2th ed.). London: A & C Black Pub. Ltd. ____________, (2005), Peraturan dan Undang-undang Kejohanan Olahraga. Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia.

Rujukan Tambahan

Gallahue, D.L. & Donnelly, F.C. (2003). Developmental physical education for all children (4th ed.). Champaign, IL: Human Kinetics. Mosston, M. & Ashworth, S. (2002). Teaching physical education (5th ed.). San Francisco, CA: Benjamin Cummings. Thomas, K.T., Lee, A.M. & Thomas, J.R. (2003). Physical education method for elementary teachers (2nd edition). Champaign, IL: Human Kinetics. Wee Eng Hoe (2002). Panduan pengajaran olahraga : Kepegawaian dan kejurulatihan. Kuala Lumpur :Karisma Publication Sdn. Bhd.

PJM3103 : OLAHRAGA – ( Pengenalan Olahraga Dan Acara Balapan ) Aktiviti: 1. Dengan merujuk maklumat dari buku dan internet, jelaskan sejarah

perkembangan olahraga di Malaysia dengan lebih terperinci. Kongsi maklumat yang diperolehi dan bincangkan dalam forum.

2. Kejohanan Olahraga MSSM telah diadakan setiapa tahun. Sebagai

seorang guru Pendidikan Jasmani dan guru sukan sekolah, apa pandangan anda tentang acara-acara yang dipertandingkan. Kongsikan pandangan anda dan bincangkan dalam forum.

3. Dalam satu kejohanan olahraga, didapati ada peserta larian jarak sederhana dan jauh telah dibatalkan lariannya. Sebagai guru sukan dan guru PJ, nyatakan kesalahan-kasalahan yang sering dilakukan oleh pelari jarak sederhana dan jarak jauh semasa mereka bertanding. Kongsi pandangan anda dalam forum.

4. Larian berganti-ganti merupakan satu acara mementingkan teknikal larian.

Berdasarkan pengalaman anda sebagai jurulatih, apakah panduan yang anda gunakan untuk menyusun pelari-pelari dalam acara larian tersebut?

5. Dalam kejohanan olahraga sekolah anda, seorang pelari berpagar telah dibatalkan lariannya. Pada pandangan anda sebagai guru sukan, nyatakan kesalahan yang sering dilakukan oleh pelari-pelari dalam acara lari berpagar. Kongsikan pandangan anda ini dengan rakan-rakan lain dalam forum.

PJM3103 : OLAHRAGA – ( Acara Lompatan ) 1. Sebagai seorang guru PJ kebolehan merancang adalah elemen yang

sangat penting untuk keberkesanan P@P. Berdasarkan pengalaman anda disekolah, nyatakan aktiviti-aktiviti ansur maju yang sesuai bagi acara lompat tinggi. Bincangkan pengalaman anda dengan rakan-rakan dalam forum.

2. Ramai peserta sering kali dibatalkan lompatan mereka semasa melakukan

lompatan. Senaraikan kesalahan yang sering berlaku dalam acara lompat jauh dan jelaskan jenis aktiviti latihan yang sesuai untuk mengatasinya. Bincang maklumat yang diperolehi dengan rakan-rakan anda.

PJM3103 : OLAHRAGA – ( Acara Balingan ) 1. Nyatakan teknik-teknik yang digunakan dalam acara lontar peluru dan

nyatakan perbezaan bagi setiap teknik tersebut. 2. Kenalpasti kesalahan-kesalahan yang sering berlaku dalam acara lontar

peluru dan nyatakan jenis-jenis aktiviti ansur maju yang boleh meningkatkan prestasi peserta.

PJM3103 : OLAHRAGA – ( Kaedah Pengajaran Dan Kaedah Penilaian )

1. Nyatakan dan terangkan 4 kaedah pengajaran pembelajaran yang

berkesan dalam pengajaran Pendidikan Jasmani untuk tajuk olahraga.

2. Rancang dan tulis satu rancangan pengajaran harian untuk acara lontar peluru bagi pelajar tahun 5 untuk jangka masa 30 minit. Nyatakan dan jelaskan 5 aktiviti ansur maju yang sesuai untuk pengajaran tersebut.

3. Buat satu penilaian untuk satu acara olahraga dikalangan murid anda dan buat rumusan prestasi mereka.

4. Sediakan satu prosedur penilaian bagi satu jenis acara padang yang anda pernah jalankan disekolah anda.

Kongsi maklumat yang telah anda ada dan bincangkan dengan rakan-rakan dalam forum.