PEJABAT TIMBALAN DEKAN No. Semakan: 02 … PAND… · latihan industri dan laporan keberkesanan...
Transcript of PEJABAT TIMBALAN DEKAN No. Semakan: 02 … PAND… · latihan industri dan laporan keberkesanan...
PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH
PEJABAT TIMBALAN DEKAN (AKADEMIK & ANTARABANGSA)
Kod Dokumen: PU/PS/GP009
Halaman: 1/14
No. Semakan: 02
No. Isu: 02
GARIS PANDUAN PENGURUSAN LATIHAN INDUSTRI
Tarikh: 11/08/2014
NO. SEMAKAN : 02 NO. ISU : 02 TARIKH KUATKUASA : 11/08/2014 m/s 1 drpd 14
1.0 TUJUAN
Garis panduan ini disediakan sebagai rujukan dan panduan kepada Fakulti mengenai
pengurusan latihan industri pelajar prasiswazah di Universiti Putra Malaysia yang
merangkumi perancangan latihan industri, penempatan latihan industri, pemantauan
latihan industri dan laporan keberkesanan latihan industri.
2.0 TANGGUNGJAWAB FAKULTI
2.1 Penubuhan Unit Latihan Industri
a) Unit Latihan Industri ataupun apa jua gelaran diwujudkan di setiap fakulti
bagi mengurus dan menyelaras urusan berkaitan pengendalian Latihan
Industri pelajar pra siswazah UPM.
b) Unit Latihan Industri diketuai oleh Ketua Unit Latihan Industri yang dipilih
dalam kalangan staf akademik.
c) Ketua Unit Latihan Industri dilantik oleh Dekan. Tempoh pelantikan Ketua
Unit Latihan Industri adalah selama tiga (3) tahun dan boleh diperbaharui.
d) Ketua Unit Latihan Industri dibantu oleh Penyelaras Latihan Industri (jika
ada) yang dilantik oleh Ketua Jabatan atau pegawai yang diberi kuasa
mengikut jabatan/program pengajian dan seorang staf bukan akademik.
e) Bilangan Penyelaras Latihan Industri adalah bergantung kepada jumlah
jabatan atau program pengajian yang ditawarkan di fakulti masing-masing.
2.2 Tugas dan Tanggungjawab Ketua Unit Latihan Industri Fakulti
a) Memastikan pelaksanaan latihan industri yang dijalankan mematuhi
Prosedur Pengurusan dan Pelaksanaan Latihan Industri (UPM/PU/PS/P
017);
b) Memantau pelaksanaan latihan industri berjalan lancar mengikut
perancangan yang ditetapkan;
c) Menyediakan laporan pelaksanaan latihan industri;
d) Merancang penambahbaikan pelaksanaan latihan industri dari semasa ke
semasa;
e) Membantu penyediaan belanjawan tahunan latihan industri;
PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH
PEJABAT TIMBALAN DEKAN (AKADEMIK & ANTARABANGSA)
Kod Dokumen: PU/PS/GP009
Halaman: 2/14
No. Semakan: 02
No. Isu: 02
GARIS PANDUAN PENGURUSAN LATIHAN INDUSTRI
Tarikh: 11/08/2014
NO. SEMAKAN : 02 NO. ISU : 02 TARIKH KUATKUASA : 11/08/2014 m/s 2 drpd 14
f) Menyediakan dan mengemas kini senarai organisasi yang menawarkan
penempatan latihan industri;
g) Mengadakan taklimat kepada pelajar sebelum latihan industri dijalankan;
h) Mengenal pasti pensyarah yang akan membuat pemantauan latihan
industri;
i) Menguruskan penyediaan dokumen dan surat berkaitan latihan industri;
j) Lain-lain tugas berkaitan yang diperlukan oleh Dekan/Timbalan Dekan
Fakulti dari semasa ke semasa.
2.3 Tugas dan Tanggungjawab Penyelaras Latihan Industri
a) Bertanggungjawab kepada Ketua Unit Latihan Industri;
b) Menjadi pegawai perantara antara fakulti dan pelajar dengan organisasi
berkaitan dalam urusan latihan industri;
c) Menyediakan jadual lawatan pensyarah pemantau;
d) Memantau penyediaan jadual pembentangan laporan pelajar (jika
berkenaan);
e) Membekalkan buku panduan dan buku log kepada pelajar sebelum
menjalani latihan industri (jika perlu);
f) Lain-lain tugas berkaitan yang diarahkan oleh Ketua Unit Latihan Industri
Fakulti dari semasa ke semasa.
3.0 PENEMPATAN LATIHAN INDUSTRI
3.1 Permohonan Penempatan
a) Pelajar perlu memohon penempatan latihan industri menggunakan borang
yang disediakan oleh fakulti. (Rujuk : Lampiran 1 untuk contoh Borang
Permohonan Tempat Latihan Industri)
b) Setiap pelajar perlu mencadangkan tempat latihan yang dikenal pasti
c) Pemilihan tempat latihan industri oleh pelajar perlu dirujuk kepada
Penyelaras Latihan Industri Jabatan/Program bagi memastikan tempat
tersebut bersesuaian dengan bidang pengajian pelajar.
d) Surat permohonan penempatan perlu disediakan oleh pihak Fakulti.
PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH
PEJABAT TIMBALAN DEKAN (AKADEMIK & ANTARABANGSA)
Kod Dokumen: PU/PS/GP009
Halaman: 3/14
No. Semakan: 02
No. Isu: 02
GARIS PANDUAN PENGURUSAN LATIHAN INDUSTRI
Tarikh: 11/08/2014
NO. SEMAKAN : 02 NO. ISU : 02 TARIKH KUATKUASA : 11/08/2014 m/s 3 drpd 14
e) Surat permohonan penempatan latihan industri perlu disertakan curriculum
vitae dan garis panduan skop latihan (jika ada) bagi memastikan latihan yang
dijalani oleh pelajar menepati objektif latihan.
f) Industri yang telah dipilih untuk penempatan perlu menetapkan penyelia bagi
memantau aktiviti harian pelajar.
g) Pelajar bertanggungjawab menyediakan kemudahan sara hidup, penginapan
dan pengangkutan sepanjang latihan. Pelajar boleh memohon bantuan
kewangan yang disediakan oleh Pejabat Timbalan Naib Canselor (Jaringan
Industri dan Masyarakat) dan Bahagian Hal Ehwal Pelajar.
h) Pelajar yang menjalani latihan industri di luar negara perlu mendapatkan
kelulusan visa (Sila rujuk Bahagian Antarabangsa).
3.2 PENERIMAAN ATAU PENOLAKAN TAWARAN PENEMPATAN
3.2.1 Penerimaan atau Penolakan oleh Industri
a) Penerimaan pelajar oleh industri mesti disahkan dengan surat
penawaran atau penolakan dari pihak industri.
b) Sekiranya tiada maklum balas diterima dalam tempoh masa yang
ditetapkan oleh fakulti, tindakan susulan dengan pihak industri akan
dilakukan.
3.2.2 Penerimaan atau penolakan oleh Pelajar
a) Pelajar tidak dibenarkan membuat penolakan penempatan selepas
menerima surat tawaran penempatan latihan industri dari pihak
industri tanpa kebenaran Ketua Unit Latihan Industri Fakulti.
b) Pertukaran dan penolakan tempat latihan industri adalah tidak
dibenarkan dalam tempoh dua (2) minggu sebelum latihan industri
bermula.
PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH
PEJABAT TIMBALAN DEKAN (AKADEMIK & ANTARABANGSA)
Kod Dokumen: PU/PS/GP009
Halaman: 4/14
No. Semakan: 02
No. Isu: 02
GARIS PANDUAN PENGURUSAN LATIHAN INDUSTRI
Tarikh: 11/08/2014
NO. SEMAKAN : 02 NO. ISU : 02 TARIKH KUATKUASA : 11/08/2014 m/s 4 drpd 14
3.2.3 Penerimaan atau Penolakan oleh Fakulti
a) Sekiranya pelajar mendapat tawaran penempatan lebih dari satu (1)
industri, keputusan penempatan dibuat atas budi bicara Ketua Unit
Latihan Industri Fakulti.
b) Fakulti berhak menolak penempatan yang dibuat pilihan pelajar atas
sebab yang munasabah seperti keselamatan, ketidaksesuaian
tempat latihan, kesukaran untuk membuat pemantauan dan rekod
lampau industri yang tidak memuaskan.
c) Ketua Unit Latihan Industri Fakulti bertanggungjawab memaklumkan
kepada industri dan pelajar mengenai penerimaan atau penolakan
penempatan.
4.0 PERLAKSANAAN LATIHAN INDUSTRI
4.1 Melapor Diri Menjalani Latihan Industri
a) Pelajar perlu melapor diri pada tarikh dan tempat yang ditetapkan.
b) Pelajar perlu membawa borang pengesahan lapor diri, salinan surat
persetujuan penerimaan penempatan oleh industri dan dokumen lain
seperti berikut (jika perlu) semasa melapor diri:
i. Surat Akuan Perlindungan Insurans (Yang Dikeluarkan Oleh BHEP)
ii. Surat Menanggung Rugi Dan Aku Janji
(Rujuk Lampiran 2: Letter Of Indemnity And Undertaking)
iii. Borang Perjanjian Kerahsiaan
(Rujuk Lampiran 3: Non-Disclosure Agreement)
c) Penyelia industri perlu memberi taklimat kepada pelajar mengenai skop
kerja yang perlu dilakukan oleh pelajar, peraturan dan prosedur industri,
peraturan keselamatan dan lain-lain perkara yang berkaitan.
d) Pelajar dengan bantuan penyelia industri perlu merancang aktiviti
sepanjang latihan industri mengikut skop latihan.
e) Pelajar perlu mematuhi perancangan aktiviti industri sepanjang tempoh
latihan.
PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH
PEJABAT TIMBALAN DEKAN (AKADEMIK & ANTARABANGSA)
Kod Dokumen: PU/PS/GP009
Halaman: 5/14
No. Semakan: 02
No. Isu: 02
GARIS PANDUAN PENGURUSAN LATIHAN INDUSTRI
Tarikh: 11/08/2014
NO. SEMAKAN : 02 NO. ISU : 02 TARIKH KUATKUASA : 11/08/2014 m/s 5 drpd 14
4.2 Pelaksanaan/Implementasi Aktiviti Semasa Latihan Industri
a) Bebanan kerja yang ditanggung oleh pelajar perlu setimpal dengan
keperluan dan masa latihan.
b) Skop kerja yang diberikan perlu memenuhi kriteria yang telah ditetapkan
oleh pihak fakulti.
c) Pelajar perlu mematuhi peraturan dan prosedur yang ditetapkan oleh
industri.
d) Pelajar perlu sentiasa menjaga nama baik Universiti dan mereka masih
tertakluk kepada peraturan- peraturan Universiti di mana mereka boleh
dihadapkan kepada Jawatankuasa Tatatertib jika melakukan kesalahan.
e) Pihak fakulti perlu memastikan setiap pelajar yang menjalankan latihan
industri perlu dilindungi insurans. Perolehan insurans boleh dilakukan
melalui Bahagian Hal Ehwal Pelajar. Pelajar juga berhak untuk mendapatkan
perlindungan insurans tambahan atas tanggungan sendiri.
f) Sebarang permohonan cuti semasa latihan adalah bergantung kepada polisi
industri dan perlu disahkan oleh penyelia industri dan ketua/ penyelaras
unit latihan industri.
4.3 Penyediaan Buku Log/Laporan Harian
a) Pelajar perlu melengkapkan buku log mereka setiap hari/minggu/bulan.
b) Buku log perlu disemak dan ditandatangani oleh penyelia industri bagi
mengesahkan aktiviti dan kerja yang dilakukan oleh pelajar.
5.0 PEMANTAUAN LATIHAN INDUSTRI
5.1 Pemantauan Oleh Fakulti
a) Pegawai/pensyarah pemantau perlu berkomunikasi awal dengan penyelia
industri.
b) Fakulti perlu menentukan kekerapan pemantauan/lawatan ke agensi
sekurang-kurangnya sekali sepanjang tempoh latihan. Jadual lawatan (jika
perlu) dimaklumkan kepada pihak pengurusan industri, penyelia industri
dan pelajar.
PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH
PEJABAT TIMBALAN DEKAN (AKADEMIK & ANTARABANGSA)
Kod Dokumen: PU/PS/GP009
Halaman: 6/14
No. Semakan: 02
No. Isu: 02
GARIS PANDUAN PENGURUSAN LATIHAN INDUSTRI
Tarikh: 11/08/2014
NO. SEMAKAN : 02 NO. ISU : 02 TARIKH KUATKUASA : 11/08/2014 m/s 6 drpd 14
5.2 Pemantauan Oleh Penyelia Industri
a) Penyeliaan oleh industri perlu dilakukan oleh penyelia yang telah
ditetapkan.
b) Catatan penyeliaan boleh dilakukan pada buku log/laporan harian.
5.3 Penyerahan Laporan/Pembentangan
a) Pelajar perlu menyerahkan laporan ke Unit Latihan Industri Fakulti dalam
tempoh yang ditetapkan oleh fakulti.
b) Laporan perlu dihantar dalam bentuk salinan keras (hardcopy) dan/atau
salinan lembut (softcopy) mengikut keperluan fakulti.
c) Sekiranya fakulti menetapkan pelajar untuk membuat pembentangan, ia
perlu dilakukan dalam tempoh yang ditetapkan oleh fakulti. Salinan
pembentangan turut dihantar (jika perlu).
6.0 SISTEM PEMARKAHAN
a) Kaedah pemarkahan adalah bergantung kepada ketetapan fakulti berdasarkan
kepada perkara berikut:
i. penilaian oleh pegawai/pensyarah pemantau yang dilantik oleh fakulti
(Rujuk Lampiran 4 : Contoh Kriteria Penilaian Oleh Pensyarah Pemantau)
ii. penilaian oleh penyelia industri
(Rujuk Lampiran 5 : Contoh Kriteria Penilaian Oleh Penyelia Industri)
iii. penilaian ke atas laporan pelajar (laporan, buku log, pembentangan).
b) Peratusan agihan pembahagian markah ditetapkan oleh pihak fakulti
(Rujuk Lampiran 6: Peratusan Pembahagian Markah Mengikut Kelompok
Bidang Pengajaran)
c) Markah Latihan Industri boleh diberikan gred abjad A-F atau gred Memuaskan
(M)/ Tidak Memuaskan (TM) yang ditetapkan di dalam Jadual Keempat
Perkara Akademik. Gred M/TM diberi markah berdasarkan skema
pemarkahan yang ditetapkan dan direkodkan oleh fakulti.
PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH
PEJABAT TIMBALAN DEKAN (AKADEMIK & ANTARABANGSA)
Kod Dokumen: PU/PS/GP009
Halaman: 7/14
No. Semakan: 02
No. Isu: 02
GARIS PANDUAN PENGURUSAN LATIHAN INDUSTRI
Tarikh: 11/08/2014
NO. SEMAKAN : 02 NO. ISU : 02 TARIKH KUATKUASA : 11/08/2014 m/s 7 drpd 14
7.0 KRITERIA PENILAIAN
a) Pelajar perlu memenuhi semua kriteria pemarkahan.
b) Kriteria penilaian oleh penyelia industri dan pensyarah pemantau hendaklah
ditetapkan oleh fakulti masing-masing mengikut keperluan dan kesesuaian
program.
c) Kriteria penilaian perlu dimaklumkan kepada pelajar dan penyelia industri
sebelum latihan dimulakan.
d) Kehadiran pelajar hendaklah dijadikan salah satu kriteria penilaian. Kehadiran
pelajar hendaklah direkodkan dan disahkan oleh penyelia industri. Rekod
kehadiran bergantung kepada kaedah yang dipraktikkan oleh industri
berkenaan.
e) Ketidakhadiran pelajar perlu dibuktikan dengan dokumen sokongan (Contoh:
sijil sakit). Semua dokumen sokongan tersebut perlu disertakan dalam laporan.
NO. SEMAKAN : 02 NO. ISU : 02 TARIKH KUATKUASA : 11/08/2014 m/s 8 drpd 14
LAMPIRAN 1
BORANG PERMOHONAN TEMPAT LATIHAN INDUSTRI
Nama: …………………………………………………………………………………………………………………………………
No. Matrik: …………………………………………………….. No. K/P: ……………………………………………………
Program: …………………………………………………………………………………………………………………………….
Tahun Pengajian/Semester: ………./……. No. Telefon Bimbit: ………………………………………………
Masa Latihan: …………………………………….. Tempoh Latihan: …………………………………………………
Pilihan 1 ………………………………………………….. ………………………………………………………..
………………………………………………….. ………………………………………………………..
………………………………………………….. ………………………………………………………..
Pilihan 2 ………………………………………………….. ………………………………………………………..
…………………………………………………. …………………………………………………………
…………………………………………………. …………………………………………………………
Pilihan 3 ………………………………………………… ………………………………………………………….
………………………………………………… ………………………………………………………….
………………………………………………… ………………………………………………………….
Dimohon oleh: Disokong oleh:
……………………….………….. ………………………………………………………. Tandatangan pelajar Penyelaras Latihan Industri
NO. SEMAKAN : 02 NO. ISU : 02 TARIKH KUATKUASA : 11/08/2014 m/s 9 drpd 14
LAMPIRAN 2
SURAT MENANGGUNG RUGI DAN AKU JANJI
LETTER OF INDEMNITY & UNDERTAKING In consideration of ......................................................... (Company’s Name) accommodating Mr/Ms .............................................. (Student’s Name), ........................... (Student’s I/C No) of Faculty ................................................................, facilities for practical training, Universiti Putra Malaysia (UPM), hereby agrees that :
1. UPM acts as a facilitator for the said student’s practical training and is in no way an agent or principal to or an employer of the said student; and
2. UPM shall not hold ................................................... (Company’s Name) in any way liable
or any claim or take any proceedings against ...................................................... (Company’s Name) with respect of any personal injury to Mr/Ms .............................................................(Student’s Name) or loss or damage to his/her property which he/she may suffer in consequence of the facilities offered to him/her by ................................................................. (Company’s Name) or departments at which he/she will be receiving/her his training.
Date: ………………………….. ………………………………..……………..…
Mr. Wan Azman Wan Omar Registrar
Universiti Putra Malaysia
NO. SEMAKAN : 02 NO. ISU : 02 TARIKH KUATKUASA : 11/08/2014 m/s 10 drpd 14
LAMPIRAN 3
BORANG PERJANJIAN KERAHSIAAN
NON-DISCLOSURE AGREEMENT
This agreement is by and between …………………….….. (Student’s Name) .……….……... (Student’s I/C
No) and having his/her address at …….………………………………………………..……….……… (please insert
address) (hereinafter referred to as "Student") and Universiti Putra Malaysia, a higher institute of
learning established in Malaysia and governed by the University and College University Act 1971
and having an address at 43400 Serdang, Selangor (hereinafter referred to as "UPM").
WHEREBY IT IS AGREED as follows:
Whereas:
a. The Student is desirous of entering into industrial training at
………………………..…………………. (insert Company’s Name);
b. UPM has no objection to the student undergoing the industrial training at
……………………….. (insert Company’s Name); and
The student hereby agrees that:
1. The Student shall hold Confidential Information in confidence and shall not disclose the
same to others, or use the same except for purposes of this Agreement, without the written
consent of UPM and the said company.
2. Confidential Information is any written or oral information which is proprietary to UPM and
or to the said company including know-how, technique, and specification of a characters
regarded by UPM or the said company as the case may be, as confidential but shall not
include any information that Student can show:
(a) was in the public domain prior its disclosure to, or thereafter comes into the public
domain without the fault or breach of any confidentiality obligation by the
Student; or
(b) was known by any third party prior to disclosure; or
(c) was disclosed to by a third party not in violation of any obligation of confidentiality
to the Student; or
(d) is independently developed by any third party; or
NO. SEMAKAN : 02 NO. ISU : 02 TARIKH KUATKUASA : 11/08/2014 m/s 11 drpd 14
(e) the Student is required to disclose pursuant to the lawful order of a court or
governmental agency, provided that The Student shall notify UPM and the said
company of the order, and if requested, shall reasonably cooperate with UPM and
the said company in attempting to legally prevent the required disclosure. Any
combination of known information shall be within any of the foregoing exclusions
only if the combination as such is within such exclusion.
3. The Student agrees that all information, including drawings, designs, specifications,
formulations, flow sheets, sketches, descriptions, data, samples and other material pertaining to Confidential Information and obtained from or through UPM or the said company shall remain the property of UPM or the said company respectively. The Student agrees to return all Confidential Information and all copies thereof, at the request of UPM or the said company.
4. No right or license is granted hereby to The Student, expressly or by implication, with
respect to the Confidential Information or under any patent, patent application or other proprietary right of UPM or the said company, notwithstanding the expiration of the confidentiality obligations of this Agreement.
5. The Student further agrees that during the industrial training at the said company, the
student shall at all times observe his/her demeanors and shall not conduct himself/herself in any manner prejudicial to the interest, well-being good name of UPM or conduct himself/ herself against public order, safety or security, morality, decency or disciplines.
6. This Agreement shall be governed by and construed in accordance with the Malaysia Law.
IN WITNESS WHEREOF, each of the parties has caused the Agreement to be signed by its duly authorized representative.
If to UPM:- (office in charge of this NDA) Universiti Putra Malaysia 43400 Serdang Selangor Darul Ehsan (Attn : person in charge) Tel: Fax: Email:
Witness by:
If to Student:- Name: IC No.: Address: Tel: Fax: Email:
NO. SEMAKAN : 02 NO. ISU : 02 TARIKH KUATKUASA : 11/08/2014 m/s 12 drpd 14
LAMPIRAN 4
CONTOH KRITERIA PENILAIAN OLEH PENSYARAH PEMANTAU
Bil Kriteria
Catatan 1 2 3 4 5
A Ciri Kognitif (30%)
1 Pengetahuan/kefahaman tentang prinsip sains/konsep latihan
2 Laporan kemajuan berdasarkan buku log – menulis cara kerja, hasil kerja, perbincangan kumpulan, kesimpulan
B Psikomotor (30%)
1 Tahap latihan praktikal (hands-on) yang diperolehi
C Ciri Afektif (40%)
1 Sikap, tingkah laku, kesesuaian pakaian, kehadiran
2 Keyakinan diri, profesionalisme, komitmen
3 Penglibatan, interaksi, komunikasi dengan syarikat/industrI dan rakan-rakan
Jumlah
Skala: 1=tidak memuaskan, 2=memuaskan, 3=baik, 4=sangat baik, 5=cemerlang
Kesesuaian tempat latihan: Amat baik Baik Sesuai Sederhana Tidak Sesuai Jika tempat latihan tidak sesuai, nyatakan sebab:
Masalah semasa latihan:
Ulasan dan cadangan:
NO. SEMAKAN : 02 NO. ISU : 02 TARIKH KUATKUASA : 11/08/2014 m/s 13 drpd 14
LAMPIRAN 5
CONTOH KRITERIA PENILAIAN OLEH PENYELIA INDUSTRI
Bil Kriteria Penilaian Skala
Catatan 1 2 3 4 5
A Ciri Peribadi
1 Minat
2 Kerjasam/kerja berpasukan
3 Pergaulan
4 Sopan santun/sahsiah
5 Kemahuan belajar
6 Kebolehan berkomunikasi
7 Kepatuhan/disiplin/beretika
8 Kematangan
B Prestasi Pekerjaan
1 Tanggungjawab/komitmen
2 Kehadiran
3 Ketepatan masa
4 Pengetahuan tentang tugas
5 Mutu dan hasil kerja
6 Kejujuran/amanah
7 Berdikari
8 Kebolehan memberi idea baru/inovasi/inisiatif
9 Kebolehan menyelesaikan masalah/berfikiran kritis
10 Ketahanan mental dan fizikal
11 Kepimpinan
Jumlah
Skala: 1=tidak memuaskan, 2=memuaskan, 3=baik, 4=sangat baik, 5=cemerlang
NO. SEMAKAN : 02 NO. ISU : 02 TARIKH KUATKUASA : 11/08/2014 m/s 14 drpd 14
LAMPIRAN 6
PANDUAN PERATUSAN PEMBAHAGIAN MARKAH MENGIKUT KLASTER
Penilaian Sains Tulen
Sains Gunaan
Sains Sosial
Kejuruteraan Sains kesihatan
Penyelia industri/ sekolah
40 40 40 50 40
Pensyarah pemantau
40 20 20 - 20
Laporan pelajar/ pembentangan
20 40 40 50 40
Jumlah 100 100 100 100 100