Pelan tindakan internship

5
1.0 Pendahuluan Konsep Internship ialah satu program latihan di lapangan yang bertujuan untuk mengembang serta mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan pengalaman sedia ada sebagai seorang guru. Pelajar dikehendaki merancang, melaksana dan menilai projek yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran di dalam dan di luar bilik darjah atau aktiviti rutin yang telah menjadi amalan dan budaya sekolah/tempat bertugas. Pada peringkat ini, pelajar perlu menunjukkan sifat kepemimpinan dalam pengurusan pelbagai aktiviti sekolah dengan bimbingan mentor. Internship juga memberi peluang kepada pelajar untuk meningkatkan keyakinan, ketahanan dan jati diri serta membentuk sifat kepemimpinan dan memupuk nilai profesionalisme keguruan ke arah melahirkan guru yang berkesan. 2.0 Rasional Pelaksanaan inovasi pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah selaras dengan hasrat yang terkandung dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2010 yang memberi penekanan untuk membangunkan modal insane yang kreatif dan inovatif. Dalam konteks pendidikan, kreativiti dan inovasi saling bergandingan bagi memastikan kedua-dua proses tersebut dilaksanakan dalam pengajaran dan pembelajaran. Kaedah dan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang kreatif dan inovatif perlu menjadi amalan guru-guru sekolah. Pembelajaran yang dirangka dan dilaksanakan dapat mengembangkan potensi, pembangunan minda, pemikiran kreatif dan inovatif pelajar. Stail dan pendekatan pendekatan pengajaran juga perlu menarik,

Transcript of Pelan tindakan internship

Page 1: Pelan tindakan internship

1.0Pendahuluan

Konsep Internship ialah satu program latihan di lapangan yang bertujuan untuk mengembang serta mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan pengalaman sedia ada sebagai seorang guru. Pelajar dikehendaki merancang, melaksana dan menilai projek yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran di dalam dan di luar bilik darjah atau aktiviti rutin yang telah menjadi amalan dan budaya sekolah/tempat bertugas. Pada peringkat ini, pelajar perlu menunjukkan sifat kepemimpinan dalam pengurusan pelbagai aktiviti sekolah dengan bimbingan mentor. Internship juga memberi peluang kepada pelajar untuk meningkatkan keyakinan, ketahanan dan jati diri serta membentuk sifat kepemimpinan dan memupuk nilai profesionalisme keguruan ke arah melahirkan guru yang berkesan.

2.0Rasional

Pelaksanaan inovasi pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah selaras

dengan hasrat yang terkandung dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan

(PIPP) 2010 yang memberi penekanan untuk membangunkan modal insane yang

kreatif dan inovatif. Dalam konteks pendidikan, kreativiti dan inovasi saling

bergandingan bagi memastikan kedua-dua proses tersebut dilaksanakan dalam

pengajaran dan pembelajaran. Kaedah dan pendekatan pengajaran dan

pembelajaran yang kreatif dan inovatif perlu menjadi amalan guru-guru sekolah.

Pembelajaran yang dirangka dan dilaksanakan dapat mengembangkan potensi,

pembangunan minda, pemikiran kreatif dan inovatif pelajar. Stail dan pendekatan

pendekatan pengajaran juga perlu menarik, menyeronokkan dan bebas daripada

tekanan dan kebimbangan. Kaedah-kaedah kreatif dan inovatif dapat mencorakkan

suasana belajar dan meningkatkan pencapaian positif pelajar tentang sesuatu yang

dipelajari.

3.0Matlamat

Matlamat pembangunan kreativiti dan inovasi dalam kalangan murid bertujuan untuk

melahirkan modal insan yang kreatif dan inovatif. Individu yang kreatif dan inovatif

berkeupayaan menghasilkan idea serta berdaya cipta yang berkualiti, agar menjadi

Page 2: Pelan tindakan internship

amalan dan budaya dalam kehidupan mereka. Inovasi ini diharapkan melahirkan

modal insan yang kreatif , inovatif dan berdaya saing.

4.0Objektif:

i. Menghasilkan idea kreatif dan inovatif.

ii. . Mempunyai keterampilan diri dan personaliti individu kreatif.

iii. Menguasai kemahiran dalam proses kreativiti

iv. Menguasai kemahiran dalam proses kreativiti.

v. Mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran secara kritis dan kreatif dalam

menyelesaikan masalah, membuat keputusan dan mengurus kehidupan

harian.

5.0Pelan Tindakan Inovasi

Bil Tarikh Aktiviti

1. 20 Mac 2015 Menyediakan kertas kerja inovasi.

2. 23 Mac 2015 Memuat turun bahan yang dibekalkan

pensyarah dalam portal pembelajaran

(Buku Panduan Internship, surat dan

borang)

3. 25 Mac 2015 Menyerahkan Buku Panduan Internship

dan surat pelantikan mentor kepada guru

besar.

4. 26 Mac 2015 Perbincangan tentang perjalanan internship

dengan guru besar dan mentor.

5. 27 Mac 2015 Menentukan kelas untuk menjalankan

inovasi pengajaran dan pembelajaran dan

membina RPH.

6. 29 Mac 2015 Melaksanakan pengajaran dan

pembelajaran menggunakan bahan bantu

Page 3: Pelan tindakan internship

mengajar yang telah dibina.

7. 5 April 2015 Melaksanakan pengajaran dan

pembelajaran kali kedua dengan membuat

penambahbaikan terhadap kelemahan

yang dikenal pasti.

8. 6 April 2015 Perbincangan bersama-sama mentor

tentang sesi p&p yang telah dilaksanakan.

Mendapat komen daripada mentor.

Mentor mencadangkan untuk

penambahbaikan untuk sesi p&p yang

akan datang.

9. 13 April 2015 Melaksanakan sesi p&p dan membuat

rakaman video.

Merancang penambahbaikan untuk

mengatasi kelemahan yang terdapat dalam

sesi pengajaran berdasarkan rakaman

video.

10. 16 April 2015 Melaksanakan p&p kali terakhir.

11 19 April 2015 Membuat penilaian berdasarkan borang

yang disediakan

12. 21 April 2015 Menulis Laporan Pelaksanaan Intership.

12 30 April 2015 Menyerahkan laporan kepada mentor.

Page 4: Pelan tindakan internship