Pembedahan plastik di malaysia

9
Pembedahan Plastik Di Malaysia 2014 1 Pembedahan Plastik di Malaysia Pembedahan plastik di Malaysia bukannya satu konsep asing lagi. Jika dahulu ia mungkin sesuatu yang aneh dalam kalangan masyarakat. Tetapi tidak untuk sekarang. Semakin ramai rakyat Malaysia yang semakin menerima prosedur perubatan ini. Jika dahulunya ia dilakukan secara senyap-senyap, sekarang sudah ramai yang berani mengaku melaksanakan prosedur pembedahan plastik di khalayak ramai. Mengapakah pembedahan kecantikan semakin mendapat sambutan di Malaysia. Faktor utama ialah globalisasi yang dibantu oleh internet melalui medium sosial. Kita terlalu didedahkan dengan kecantikan melalui majalah, iklan dan filem barat. Imej yang sering kita lihat akan menjadi sesuatu yang normal bagi kita jika didedahkan dalam tempoh masa yang lama. Gambaran model-model yang kebanyakkanya adalah palsu dan diedit semakin menjadi sesuatu yang normal bagi kita. Kesannya apa yang ada pada kita, akan dianggap tidak normal kerana tidak menyerupai imej-imej kecantikan yang selalu kita lihat. Konflik akan lahir dalam diri apabila kita mula berasa tidak selesa dengan diri sendiri. Ada yang mampu merasionalkan fikiran mereka dan mampu meneruskan hidup dengan selesa. Tetapi ada juga yang tidak mampu menerima hakikat ini dan cuba mencari jalan penyelesaian pantas dengan melakukan pembedahan kecantikan. Sebenarnya, agak sukar untuk lari daripada didedahkan dengan imej-imej yang dilabel sebagai cantik di sekeliling kita. Di tv, surat khabar, website dan pelbagai medium lagi, imej- imej ini dipaparkan. Definisi kecantikan telah diubah secara senyap sehingga kita sendiri tidak sedar bahawa definisi kecantikan kita kini sama dengan apa yang kita lihat di media. Masalahnya, tidak semua yang kita lihat itu adalah benar, rata-ratanya adalah palsu belaka.

Transcript of Pembedahan plastik di malaysia

Page 1: Pembedahan plastik di malaysia

Pembedahan Plastik Di Malaysia 2014

1

Pembedahan Plastik di Malaysia

Pembedahan plastik di Malaysia bukannya satu konsep asing lagi. Jika dahulu ia mungkin

sesuatu yang aneh dalam kalangan masyarakat. Tetapi tidak untuk sekarang. Semakin ramai

rakyat Malaysia yang semakin menerima prosedur perubatan ini. Jika dahulunya ia dilakukan

secara senyap-senyap, sekarang sudah ramai yang berani mengaku melaksanakan prosedur

pembedahan plastik di khalayak ramai. Mengapakah pembedahan kecantikan semakin

mendapat sambutan di Malaysia.

Faktor utama ialah globalisasi yang dibantu oleh internet melalui medium sosial. Kita terlalu

didedahkan dengan kecantikan melalui majalah, iklan dan filem barat. Imej yang sering kita

lihat akan menjadi sesuatu yang normal bagi kita jika didedahkan dalam tempoh masa yang

lama. Gambaran model-model yang kebanyakkanya adalah palsu dan diedit semakin menjadi

sesuatu yang normal bagi kita. Kesannya apa yang ada pada kita, akan dianggap tidak normal

kerana tidak menyerupai imej-imej kecantikan yang selalu kita lihat. Konflik akan lahir dalam

diri apabila kita mula berasa tidak selesa dengan diri sendiri. Ada yang mampu merasionalkan

fikiran mereka dan mampu meneruskan hidup dengan selesa. Tetapi ada juga yang tidak

mampu menerima hakikat ini dan cuba mencari jalan penyelesaian pantas dengan melakukan

pembedahan kecantikan.

Sebenarnya, agak sukar untuk lari daripada didedahkan dengan imej-imej yang dilabel

sebagai cantik di sekeliling kita. Di tv, surat khabar, website dan pelbagai medium lagi, imej-

imej ini dipaparkan. Definisi kecantikan telah diubah secara senyap sehingga kita sendiri tidak

sedar bahawa definisi kecantikan kita kini sama dengan apa yang kita lihat di media.

Masalahnya, tidak semua yang kita lihat itu adalah benar, rata-ratanya adalah palsu belaka.

Page 2: Pembedahan plastik di malaysia

Pembedahan Plastik Di Malaysia 2014

2

Lihat contoh gambar di bawah:

Gambar 1

Gambar 2

Page 3: Pembedahan plastik di malaysia

Pembedahan Plastik Di Malaysia 2014

3

Gambar 3

Gambar 4

Page 4: Pembedahan plastik di malaysia

Pembedahan Plastik Di Malaysia 2014

4

Gambar 5

Gambar 6

Page 5: Pembedahan plastik di malaysia

Pembedahan Plastik Di Malaysia 2014

5

Gambar 7

Gambar 8

Page 6: Pembedahan plastik di malaysia

Pembedahan Plastik Di Malaysia 2014

6

Gambar 9

Gambar 10

Page 7: Pembedahan plastik di malaysia

Pembedahan Plastik Di Malaysia 2014

7

10 gambar di atas jelas menunjukkan apa yang kita lihat di media dan iklanya secara amnya

adalah palsu. Kebanyakkan daripada kita dengan tidak sedar, menganggap gambar di atas

sebagai simbol atau definisi sebagai kecantikan. Badan yang kurus, kulit yang cerah, hidung

yang tinggi, mulut yang tirus dan pelbagai kriteria lagi kini menjadi definisi kecantikan masa

kini.

Penulisan ini bukan bertujuan untuk merendah-rendahan mereka yang memilih pembedahan

kecantikan. Ianya lebih kepada menunjukkan jalan bahawa apa yang kita anggap sebagai

cantik kadang-kadang bukan datang daripada diri kita sendiri. Sebaliknya ia telah ditanam

secara senyap sekian lama tanpa kita sedari.

Tindakan Apakah Yang Boleh Dilakukan?

Amat senang untuk bercerita tentang masalah kerana hidup ini penuh dengan 1001 masalah.

Tetapi yang pentingnya adalah PENYELESAIAN. Secara jujurnya, penulis tidak dapat

memberi penyelesaian yang bersifat terus untuk masalah ini. Cuma, cadangan penulis pada

peringkat individu adalah kurangkan berfikir tentang benda yang susah atau tidak boleh

diubah dan lebihkan berfikir kepada perkara yang boleh diubah

Dalam dunia ini ada benda yang boleh diubah dan ada benda yang susah diubah. Contohnya,

kita mungkin berada di bawah bos yang tegas dan teliti. Setiap kerja yang dihantar mesti teliti,

semua nombor dan maklumat yang diberikan mesti ada justifikasinya. Kita mugkin akan

selalu dimarahi atau ditegur jikalau repot yang dihantar tidak begitu teliti walaupun pada kita

ianya sudah cukup bagus. Jadi di sini kita boleh menyalahkan bos yang terlalu teliti dan tegas.

Orang lain kebanyakkanya tidak melalui apa yang kita lalui. Apalah malang nasib hidup. Di

sini, fokus kita lebih kepada benda yang kita tidak boleh ubah: bos. Sudah perangainya

Page 8: Pembedahan plastik di malaysia

Pembedahan Plastik Di Malaysia 2014

8

sebegitu, mustahil untuk kita ubahnya. Tetapi kita boleh fokus kepada perkara yang kita boleh

ubah: diri sendiri. Dalam konteks ini kita ada dua pilihan. Kita boleh ubah cara kita bekerja

mengikut cara yang disukai bos atau lebih muda kita boleh ubah tempat kerja.

Prinsip yang sama boleh kita aplikasikan dalam konteks kecantikan. Kadang-kadang kita

sedar bahawa rupa kita tidak seperti apa yang kita mahu. Namun, kita tidak mampu

mengubahnya, jadi lebih baik jika fokus ditukarkan kepada benda yang boleh diubah. Penulis

tahu, ianya tidak semudah yang disangka. Sebenarnya, setiap rasa kekurangan yang lahir

berpunca daripada sebab yang sangat dalam. Ada dua sebab yang boleh menyebabkan

manusia rasa dirinya kurang, pertama kasih sayang dan kedua perhatian.

Penulis akan cuba berikan contoh yang mudah. Anis adalah seoarang wanita yang gemuk.

Anis selalu melihat wanita-wanita cantik digambarkan di media sebagai kurus dan langsing.

Jadi, Anis merasa tertekan kerana dia beranggapan bahawa dia tidak cantik dengan tubuhnya

yang besar. Anis takut kerana tubuhnya, dia tidak akan diterima oleh kawan-kawan dan lelaki.

Dia takut, tidak ada lelaki yang mahukanya. Anis takut kerana oleh sebab badannnya, dia

tidak akan mendapat kasih sayang daripada kawan-kawan ataupun lelaki. Jadi Anis memilih

pembedahan kecantikan untuk membetulkan keadaan

Dalam contoh di atas kita dapat melihat masalah Anis yang sebenar. Ianya bukan berbadan

besar tetapi perasaan takut tidak diterima mahupun tidak diberikan kasih saying. Adakah

dengan menjalani pembedahan pembuangan lemak Anis akan diterima rakan-rakan? Adakah

berbadan kurus dan langsing merupakan kriteria penting untuk berkawan? Yang penting,

adakah dengan menjalani pembedahan masalah Anis akan benar-benar selesai?

Jawapanya mungkin ya atau mungkin tidak. Tetapi, ingatlah bahawa melaksanakan

pembedahan kecantikan bukan satu-satunya jalan penyelesaian bagi Anis. Adalah lebik baik

Page 9: Pembedahan plastik di malaysia

Pembedahan Plastik Di Malaysia 2014

9

jika Anis fokus kepada perkara yang lebih bersifat asli dan mampu diubahnya. Jikalau Anis

seoarang pelajar, dia boleh belajar bersungguh dan mendapat keputusan yang cemerlang. Ibu

bapa dan kawan-kawan akan berbangga dengan Anis. Lelaki yang betul-betul cerdik juga

akan tertarik dengan Anis. Perkara yang sama jikalau Anis seoarang bekerja. Bekerja

bersungguh-sungguh, capai target yang ditetapkan oleh bos dan cuba berikan lebih. Anis pasti

akan mendapat perhatian yang sewajarnya dengan cara ini.

Penulis sedar amat mudah untuk menulis dan memberi nasihat tetapi penulis tidak berada

dalam situasi yang pembaca alami. Apapun ambilah nasihat ini seadanya dan yang peling

penting berfikirlah. Penulis amat gembira jika pembaca mula berfikir apabila sudah membaca

repot ini.