Pembelajaran sepanjang hayat.docx

18
Asas Kepemimpinan dan Perkembangan Profesional Guru EDU3083 1.0. Pendahuluan Menurut Ibrahim Ahmad Bajunid (2006), Hargreaves (2004), Aspin et al. (2001), Gelpi (1995), pembelajaran sepanjang hayat (PSH) boleh di definisikan sebagai pencarian ilmu pengetahuan untuk peribadi atau professional yang dilakukan sepanjang masa, secara sukarela dan atas motivasi kendiri. Sehubungan dengan itu ia juga merupakan pembangunan potensi manusia melalui proses pembelajaran berterusan yang memotivasi dan mengupayakan individu menguasai ilmu pengetahuan, menghayati nilai murni yang diperlukan sepangjang hayat dan meluaskan pengalaman hidup supaya individu mengambil tanggungjawab dalam pelbagai peranan dan keadaan dengan yakin dan kreatif bagi menghadapi segala cabaran hidup. Menurut Zulkefli (2005) pula, beliau mentakrifkan PSH sebagai proses sepanjang hayat yang terdiri daripada latihan, pembangunan diri dan pembelajaran. Pembelajaran sepanjang hayat (PSH) merupakan satu proses pendemokrasian pendidikan yang merangkumi program pemerolehan pengetahuan, kemahiran dan kompetensi sama ada secara formal atau tidak formal berdasarkan pengalaman dan latihan di tempat kerja. Daya saing global dan kepelbagaian keperluan telah mendesak individu supaya sentiasa memperbaharui pengetahuan dan kemahiran mereka. Justeru mereka dituntut oleh majikan dalam industri bagi meningkatkan produktiviti yang sejajar dengan pembangunan sosioekonomi negara. Pembelajaran sepanjang hayat (PSH) membolehkan semua orang mendapatkan pengetahuan yang sepatutnya untuk membolehkan mereka mengambil bahagian secara cergas dalam memperolehi ilmu baru. Kini, kemampuan seseorang menguasai ilmu pengetahuan dan kemahiran baru merupakan kunci utama untuk meningkatkan produktiviti dalam arus globalisasi. Pembelajaran sepanjang hayat menekankan elemen-elemen tersendiri bagi memperkuatkan lagi tahap capaiannya. Antara elemen tersebut ialah budaya membaca dan menyelidik, amalan reflektif, kolaborasi, komuniti pembelajaran profesional (PLC), akses maklumat pelbagai sumber dan sebagainya. 2.0. Konsep pembelajaran sepanjang hayat (PSH) Menurut laporan Paul Lengrand iaitu pegawai yang bertanggungjawab ke atas Biro Pendidikan Dewasa (Adult Education Bureau), Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO), menyatakan bahawa pendidikan tidak sepatutnya terhenti pada usia kanak-kanak atau remaja sahaja malah ia 1

Transcript of Pembelajaran sepanjang hayat.docx

Asas Kepemimpinan dan Perkembangan Profesional Guru

Asas Kepemimpinan dan Perkembangan Profesional Guru EDU3083

1.0. Pendahuluan

Menurut Ibrahim Ahmad Bajunid (2006), Hargreaves (2004), Aspin et al. (2001), Gelpi (1995), pembelajaran sepanjang hayat (PSH) boleh di definisikan sebagai pencarian ilmu pengetahuan untuk peribadi atau professional yang dilakukan sepanjang masa, secara sukarela dan atas motivasi kendiri. Sehubungan dengan itu ia juga merupakan pembangunan potensi manusia melalui proses pembelajaran berterusan yang memotivasi dan mengupayakan individu menguasai ilmu pengetahuan, menghayati nilai murni yang diperlukan sepangjang hayat dan meluaskan pengalaman hidup supaya individu mengambil tanggungjawab dalam pelbagai peranan dan keadaan dengan yakin dan kreatif bagi menghadapi segala cabaran hidup. Menurut Zulkefli (2005) pula, beliau mentakrifkan PSH sebagai proses sepanjang hayat yang terdiri daripada latihan, pembangunan diri dan pembelajaran. Pembelajaran sepanjang hayat (PSH) merupakan satu proses pendemokrasian pendidikan yang merangkumi program pemerolehan pengetahuan, kemahiran dan kompetensi sama ada secara formal atau tidak formal berdasarkan pengalaman dan latihan di tempat kerja. Daya saing global dan kepelbagaian keperluan telah mendesak individu supaya sentiasa memperbaharui pengetahuan dan kemahiran mereka. Justeru mereka dituntut oleh majikan dalam industri bagi meningkatkan produktiviti yang sejajar dengan pembangunan sosioekonomi negara. Pembelajaran sepanjang hayat (PSH) membolehkan semua orang mendapatkan pengetahuan yang sepatutnya untuk membolehkan mereka mengambil bahagian secara cergas dalam memperolehi ilmu baru. Kini, kemampuan seseorang menguasai ilmu pengetahuan dan kemahiran baru merupakan kunci utama untuk meningkatkan produktiviti dalam arus globalisasi. Pembelajaran sepanjang hayat menekankan elemen-elemen tersendiri bagi memperkuatkan lagi tahap capaiannya. Antara elemen tersebut ialah budaya membaca dan menyelidik, amalan reflektif, kolaborasi, komuniti pembelajaran profesional (PLC), akses maklumat pelbagai sumber dan sebagainya.

2.0. Konsep pembelajaran sepanjang hayat (PSH)

Menurut laporan Paul Lengrand iaitu pegawai yang bertanggungjawab ke atas Biro Pendidikan Dewasa(Adult Education Bureau),Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO), menyatakan bahawa pendidikan tidak sepatutnya terhenti pada usia kanak-kanak atau remaja sahaja malah ia

berterusan sepanjang hayatnya. Di negara Jepun khususnya yang terkenal dengan masyarakatnya yangworkaholic, kesedaran tentang kepentingan pembelajaran sepanjang hayat ini mencetuskan satu fenomena yang dikenali sebagai"employability fever"di mana ahli masyarakatnya bersikap tekad untuk memiliki kelulusan atau kemahiran tertentu bagi menjamin mereka memperolehi peluang pekerjaan di dalam bidang yang mereka minati. Seterusnya laporan yang dikeluarkan oleh UNESCO yang bertajuk "Learning To Be"menerangkan bahawa pencapaian kepada pendidikan tidak sepatutnya dihadkan kepada golongan elit atau untuk mereka yang berada dalam lingkungan umur yang tertentu sahaja sebaliknya perlu diamalkan setiap ahli anggota masyarakatdan kehidupan mereka.

PSH dianggap bermanfaat kepada individu kerana ia dapat membaiki kehidupan seseorang dalam professionnya, membaiki sahsiah diri dan juga penambahan ilmu pengetahuan disamping meliputi pelbagai pendekatan untuk belajar. Ini termasuklah seperti amalan membaca, penyertaan kursus jangka pendek serta penyertaan ceramah. Guru sebagaimana yang ditakrif oleh Iman Al-Ghazali sebagai seseorang yang menyampaikan sesuatu yang baik, positif, kreatif atau membina kepada seseorang yang berkemampuan tanpa mengira peringkat umur walau terpaksa melalui pelbagai cara dan kaedah sekali pun tanpa mengharapkan sebarang ganjaran (Hamid Fahmy Zarkasyi, 1990, hlm. 67). Menurut Kamus Dewan (1970), guru bererti pendidik, pengajar dan pengasuh. Jika dihuraikan dengan lebih mendalam lagi, pendidik bermaksud orang yang memelihara dan melatih. Pengajar ialah seorang yang menjadi petunjuk kepada orang lain, manakala pengasuh bermaksud orang yang memelihara, menjaga dan mendidik. Manakala keguruan pula sesuatu yang mempunyai perkaitan dengan bidang menuntut ilmu atau tempat mendapatkan ilmu seperti sekolah, tempat belajar, pengajaran dan pembelajaran dan sebarang perkara yang mempunyai perkaitan dengan guru.

Guru merupakan pemangkin untuk pelajar membina daya pemikiran yang analitikal, kritis dan kreatif bagi membentuk individu-individu yang boleh menyesuaikan diri dengan perubahan-perubahan yang berlaku di sekeliling mereka. Oleh yang demikian, guru itu sendiri harus menguasai kemahiran dan pengetahuan yang terkini untuk menjalankan tugas mereka. Justeru, guru harus meningkatkan profesionalisme diri masing-masing. Profesionalisme diri merupakan hasil daripada suatu proses pemikiran profesional dan tindakan dalam pembelajaran sepanjang hayat. Ini merupakan suatu proses di mana guru menyemak semula, membaharui dan melanjutkan komitmen mereka sebagai agen perubahan terhadap tujuan pengajaran. Mereka perlu menguasai dan memperkembangkan secara kritikal pengetahuan, kemahiran serta pelbagai kecerdasan yang diperlukan dalam

pengajaran (Day,1999). Salah satu dimensi profesionalisme ialah kerelaan untuk melanjutkan pemahaman mereka terhadap pengajaran dan menghalusi kesenian mereka. Oleh yang demikian, seorang guru yang cemerlang harus meneruskan

pendidikannya sepanjang hayat kerana faktor pendidikan sendiri mengalami pelbagai perubahan. Istilah-istilah baru, kaedah-kaedah pembelajaran yang terkini, teknik-teknik pengajaran, inovasi dan penggunaan komputer dalam pendidikan adalah beberapa contoh perubahan yang signifikan dalam pendidikan. Maka tidak hairanlah pada masa sekarang ramai anggota masyarakat berkejar mencari ilmu baru disebabkan arus pemodenan yang kian mencabar ini.

3.0. Definisi Pembelajaran Secara Reflektif

Pembelajaran secara reflektif merupakan satu proses pengubahsuaian dan integrasi antara pengalaman dan pemahaman terdahulu atau yang sedia ada. Ia juga memerlukan seseorang memahami sesuatu konsep terlebih dahulu sebelum melakukan refleksi. Pembelajaran ini juga lebih berpusatkan pelajar iaitu pelajar akan membina pengetahuan yang bermakna secara aktif melalui diri sendiri berdasarkan pengalaman yang sedia ada. Mengaitkan apa yang terjadi di sekeliling dengan apa yang dipelajarinya membantu pelajar melalui pembelajaran secara reflektif , disamping itu pembelajaran sebegini menekankan kepada penerokaan dan penemuan kendiri melalui aktiviti penyelesaian masalah.

Antara persoalan yang boleh membantu pelajar dalam pembelajaran secara relektif ialah apa yang saya perolehi daripada pembelajaran ini?. Proses pembelajaran ini sentiasa dikaitkan dengan perbuatan iaitu melalui teori kepada praktikal atau aplikasi. Pembelajaran secara reflektif atau reflective learning memberikan kesempatan kepada pelajar untuk melakukan analisis terhadap pengalaman yang dialami dan mengadaptasikannya. Pembelajaran reflektif juga mendorong dan mendidik pelajar untuk berfikir secara kreatif, mempersoalkankan sikap dan mendorong kemandirian pembelajaran. Kajian-kajian berkaitan dengan pendidikan perguruan bersependapat amalan reflektif berkesan dalam membantu guru permulaan menstruktur pemikiran mereka kearah penguasaan isi kandungan pedagogi dan pengetahuan am pedagogi.

Pembelajaran reflektif juga melihat kepada sebuah proses iaitu produk daripada cara berfikir dan berfikir adalah produk daripada sebuah proses. Jadi melalui pembelajaran ini, pelajar

dapat mencipta sesuatu daripada pelbagai konsep, peristiwa atau interaksi dalam satu tempoh masa. Disamping itu juga, penekanan terhadap kecerdasan emosi amat penting dalam mencari ilmu khasnya terhadap pencapaian akademik. Umumnya pencapaian akademik yang cemerlang sering dikaikan dengan kecerdasan. Dalam pembelajaran secara reflektif kecerdasan merupakan salah satu item untuk seseorang mendapatkan ilmu pengetahuan. Seperti kecerdasan interpersonal yang mana kebolehan seseorang memahami diri sendiri dari segi kekuatan,kelemahan,hasrat dan keinginan membandingkan diri sendiri dengan orang lain. Ini sejajar dengan pembelajaran reflektif yang menuntut sesiapa sahaja mencari ilmu perlu mempunyai kecerdasan darisegi emosi mahupun rohani.

4.0. Pengamal Reflektif

Menurut Schon (1987), Sparks-Langer (1992) dan Zeichner & Liston (1996) guru mampu melibatkan diri dalam proses inkuiri terhadap amalan diri dari segi sosial, emosi dan akademik. Sistem pendidikan kini memberi penekanan kepada penghasilan guru yang reflektif. Refleksi membolehkan pengamalnya menilai, memahami dan belajar daripada pengalaman. Setiap guru di sekolah boleh dikatakan membuat refleksi dalam aktiviti pengajarannya. Contohnya refleksi ketidakhadiran murid, pencapaian murid terhadap ujian atau kesesuaian kandungan terhadap sesuatu matapelajaran dengan minat murid. Guru yang mengamal reflektif sentiasa mempersoalkan amalan dirinya dan tidak hanya bertindak atas tabiat atau arahan semata-mata.

Teori dan prinsip P&P menjadi tunggak asas bagi guru yang reflektif dalam bertindak dan merancang dalam profesion mereka. Dalam mempertingkatkan kemahiran-kemahiran dalam profesion keguruan, mereka akan mempersoalkan persoalan yang berkaitan dengan perkara-perkara yang dilakukan sebelum, semasa dan selepas mengajar. Menurut Schon lagi, apabila peristiwa atau pengalaman diluar jangkaan berlaku, individu yang berfikir secara sedar semasa menghadapi permasalah tersebut telah melakukan refleksi semasa tindakan (reflection-in-action). Seseorang itu dikatakan pengamal refleksi atau reflection in action ialah apabila dia merenung kembali tindakannya, membuat analisa tentang peristiwa lepas dan merancang tindakan susulan. Dengan membuat penelitian tentang langkah-langkah dalam proses refleksi dapat membantu guru memahami dengan lebih dekat lagi tentang pengamal reflektif yang berkesan.

Carta dibawah menunjukkan proses reflektif. Refleksi bermula dengan usaha guru untuk menerangkan situasi atau mengenalpasti permasalahan yang timbul.

Kemudian, mereka cuba menjelaskan perasaannya terhadap situasi itu berdasarkan tanggapan dan nilai kendiri. Pada peringkat penilaian, guru akan mencari punca permasalahan,kekuatan dan kelemahan situasi tersebut. Kesan daripada itu, guru akan berusaha mencari ikhtiar untuk mengatasi kelemahan yang tersedia ada. Proses menganalisis situasi merupakan usaha guru untuk melihat situasi tersebut dari sudut yang berbeza dan menimbangkan kemungkinan tindakan altenatif. Bagi proses membuat kesimpulan pula, guru menetapkan keputusan tindakan yang terbaik. Lingkaran terakhir dalam proses reflektif merupakan pemikiran tentang rancangan tindakan masa depan (pelan tindakan) jika situasi yang sama berulang lagi. Justeru guru yang berjaya tidak hanya meniru tindak tanduk pengajaran guru lain atau guru pakar ataupun melaksanakan tugas pengurusan bilik darjah secara efisien seperti ketetapan dalam prosuder.

KESIMPULANApakah tindakan lain yang mungkin saya ambil?DISKRIPSIApakah yang telah berlaku

PELAN TINDAKANJika peristiwa yang sama berlaku apakah tindakan yang akan saya ambil?PERASAANApakah yang saya fikirkan dan rasa pada masa itu?

PENILAIANApakah yang baik dan buruk mengenai pengalaman itu? ANALISISApakah pengertian situasi itu kepada saya?

Rajah 4.1 proses refleksi

5.0. Peranan refleksi dalam pembelajaran

Pertamanya dengan melakukan refleksi ianya membolehkan guru membuat penilaian kendiri. Oleh itu secara tidak langsung guru dapat berfikir secara analitik, kritis dan kreatif semasa menilai semula pengajarannya. Ini adalah bertujuan untuk mengatasi masalah atau mengubah amalan pengajaran seorang guru malah guru dapat melihat, mengkaji dan menentukan alternative-alternatif dalam membuat sebarang keputusan dan tindakan. Antara peranan utama refleksi dalam amalan seorang guru ialah dapat menentukan justifikasi untuk mengubah tingkalaku atau amalannya. Kini kita dapat melihat, sama ada di dalam atau pun di luar negara, telah berkembang suatu budaya yang mana bakal guru digalakkan untuk mempraktikkan amalan refleksi sebagai satu cara membuat penilaian kendiri. Calderhead (1989) yang mengkaji hasil kerja Handal dan Lauvas merumuskan bahawa amalan refleksi dalam pengajaran membolehkan seseorang menilai keberkesanan dirinya sebagai guru dan menyoal tujuannya. Seseorang yang reflektif adalah lebih berhati-hati dan ini membolehkan guru membuat keputusan dalam proses pendidikan.

Kepentingan amalan reflektif ini juga ditegaskan oleh Steffy B.E, et al (2000 ) yang menyatakan bahawa adalah sukar untuk mencapai pertumbuhan profesional tanpa amalan reflektif dalam karier seorang guru. Sehubungan dengan itu, amalan reflektif juga membolehkan guru menjadi self-directed, iaitu mempunyai tanggungjawab terhadap perkembangan kendiri. Menurut pandanagn lain pula, amalan reflektif menghasilkan kemajuan kepada bakal guru melalui peringkat-peringkat perkembangan kognitif, perkembangan dari guru pelatih kepada guru terlatih dan membolehkan mereka menganggap pengajaran dari perspektif yang lebih interpretif dan kritikal . Ringkasnya, dalam belajar mengajar, refleksi membolehkan seseorang guru membuat penilaian kendiri,berfikir secara analitik, kritis dan kreatif, seterusnya menganalisis perkara-perkara penting yang mana ia dinamakan proses dan hasil kerja, disamping melihat alternatif-alternatif dalam membuat keputusan dan mencari jalan penyelesaian berasaskan ciri-ciri spiritual, moral, nilai dan estetika serta mengubah tingkahlaku. Oleh yang demikian, peranan refleksi bukan sahaja tertumpu pada satu aspek sahaja malah merangkumi pelbagai proses yang menjadikan seseorang guru itu sentiasa peka pada tindakan dan perbuatan mereka. Hal ini kerana proses pembelajaran mereka dipengaruhi oleh keadaan persekitaran.

6.0. Strategi-strategi peningkatan profesionalisme dan amalan reflektif.

Globalisasi kini dan perubahan dalam dasar pendidikan Malaysia yang menuju ke arah kemajuan sosio ekonomi membuktikan, guru perlu meningkatkan profesionalisme diri untuk seiring dengan ledakan arus pemodenan terkini. Umum sedia maklum, dunia kini berhadapan dengan pelbagai kejutan dan ledakkan arus pembangunan yang sangat hebat. Kecanggihan teknologi yang berdaya saing dengan negara luar mendorong masyarakat kita menuntut lebih ilmu bagi mengelakkan kita ketinggalan zaman. Meskipun pelbagai cara mahupun kaedah dipraktikkan dalam memperolehi sesuatu maklumat mahupun informasi namun tanpa ilmu seseorang itu tidak akan berjaya dalam mencapai sesuatu keinginan dalam hidupnya.

Kita digalakkan menuntut ilmu agar tidak menjadi masyarakat yang mundur, lemah dan hina di mata dunia. Dalam bidang profesionalsme, untuk meningkatkan lagi mutu perkhidmatan individu disarankan agar menimba lebih lagi ilmu agar kualiti perkhidmatan dapat dipertingkatkan dari semasa ke semasa. Dalam konteks profesionalisme perguruan khususnya, guru haruslah meluaskan ilmu dengan pelbagai cara seperti membaca pelbagai buku rujukan berkaitan mata pelajaran yang diajar. Ini termasuklah memahami selengkapnya isi pelajaran bagi mata pelajaran yang diajar dan menyertai seminar pendidikan seperti kursus-kursus yang dianjurkan oleh jabatan pendidikan atau pihak pentadbiran sekolah. Proses sebegini lakukan dengan merancang dan melaksanakan strategi pengajaran sepenuhnya bagi mencapai objektif pelajaran secara maksimum. Guru juga hendaklah mengajar dengan fakta yang betul agar murid menerima ilmu yang betul dan tepat. Hal ini mendorong guru untuk menambahkan lagi pengetahuan mereka.

Sehubungan dengan itu, akauntabiliti juga merupakan salah satu elemen yang perlu ada dalam profesionalisme perguruan. Akauntabiliti keguruan bermakna tanggungjawab yang harus difahami dan dilaksanakan oleh seseorang guru. Akauntabiliti keguruan juga membawa maksud berkenaan dengan tanggungjawab guru terhadap profesionalisme mereka. Akauntabiliti atau tanggungjawab seorang guru yang dimaksudkan di atas merangkumi akautabiliti guru terhadap pelajar, diri guru itu sendiri, sekolah, masyarakat dan negara serta profesion keguruan itu sendiri. Oleh yang demikian terdapat beberapa strategi yang membolehkan peningkatan profesionalisme diri seorang guru, ini termasuklah melibatkan diri dalam latihan dalaman, kursus pendek kelolaan maktab atau institusi

pengajian tinggi, sistem pementoran, amalan refleksi melalui penulisan reflektif atau jurnal, portfolio pengajaran, penyelidikan tindakan, latihan profesionalisme yang berterusan, perkembangan professional on-line dan aktiviti di Pusat Kegiatan Guru.

6.1. Memartabatkan Profesionalisme Melalui Latihan Dalam Perkhidmatan

Latihan dalam perkhidmatan merupakan salah satu cara meningkatkan profesionalisme diri dalam pembelajaran sepanjang hayat. Dalam arus teknologi moden hari ini, perkembangan ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam mata pelajaran pengkhususan serta inovasi dalam pedagogi menuntut agar pendidik dilatih semula semasa dalam perkhidmatan. Hal ini, sememangnya bertujuan mempertingkatkan dan memperkukuhkan lagi profesionalisme diri disamping mengembangkan potensi insan ke tahap yang diingini. Sebagai pendidik, kita mampu memperkukuhkan kapasiti untuk memperbaiki pembelajaran pelajar dengan melanjutkan pengetahuan profesional perguruan dalam menguasai dan mengembangkan kemahiran-kemahiran serta memperjelaskan nilai-nilai profesional kita. Guru yang berpandangan progresif mampu memperkayakan diri dengan ilmu pengetahuan, kemahiran dan trenda-trenda pengajaran baru melalui kursus pendek kelolaan maktab (KPKM) contohnya. Sehubungan dengan itu, guru yang telah menghadiri kursus seharusnya menjalankan latihan dalaman untuk sekolah masing-masing agar semua guru dapat memperoleh pengetahuan serta kemahiran dalam bidang-bidang tertentu. Sebaran input-input yang baru seperti pembelajaran bestari, pengajaran Matematik dan Sains, Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Bimbingan dan Kaunseling dan pelbagai lagi perlu diberi kepada guru-guru. Hal ini akan meningkatkan lagi kualiti pengajaran guru dari segi inovasi dalam pengajaran.

6.2. Penyelidikan Tindakan Amalan Profesionalisme Yang Efektif

Satu lagi strategi guru yang mampu meningkatkan profesionalisme diri adalah dengan menjalankan penyelidikan tindakan tentang semua aspek yang berkaitan dengan pengajaran. Idea-idea baru tentang kaedah-kaedah mengajar dalam pengajaran perlu diterokai agar guru tidak ketinggalan dengan kaedah terkini dan terbaru. Untuk meningkatkan perkembangan profesionalisme diri serta bertindak secara professional, budaya penyelidikan, penulisan dan pembacaan wajib dipupuk dalam kalangan guru.

Peningkatan profesionalisme diri merupakan proses perkembangan peribadi yang memerlukan suatu kesedaran yang tinggi tentang apa yang terjadi, kenapa ianya berlaku dan bagaimana untuk menyelesaikannya. Secara tidak langsung dapat membentuk guru kearah mendapatkan lebih banyak lagi ilmu dalam pembelajaran mereka sendiri. Kesedaran tentang keputusan pedagogi dan tindakan hanya boleh dibentuk dengan penilaian kritikal melalui dialog reflektif, dokumentasi dan tindakan. Penyelidikan tidak tertumpu hanya pada satu arah sahaja. Penyelidikan tindakan menyediakan cara untuk membolehkan proses tersebut berlaku. Untuk meningkatkan profesionalisme diri, guru wajar menjadikan profesion keguruan sebagai research-based profesion iaitu profesion yang berasaskan kajian dan amalan pengajaran perlu berasaskan kajian saintifik dan bukannya pendapat.

6.3. Amalan Refleksi Dan Penulisan Reflektif Ke Arah Peningkatan Profesionalisme Guru

Seterusnya, amalan refleksi juga dapat memperkayakan diri dan merangsang amalan professional. Ia bertindak sebagai forum untuk membuat keputusan yang mengakibatkan tindakan tentang konteks pengajaran. Refleksi yang dikemukakan oleh Dewey (1933) menjadi batu asas dalam mengkaji proses kognitif guru semasa membuat keputusan tentang pengajaran dan pembelajaran. Perkembangan refleksi memerlukan perkembangan sikap dan kebolehan seperti keterbukaan, kerelaan untuk menerima tanggungjawab bagi membuat keputusan dan bersedia mengambil sebarang tindakan. Refleksi memberi peluang kepada guru untuk menganalisis diri serta menyedari tentang kekuatan dan kelemahan yang ada pada diri. Dengan ini, guru dapat membuat perubahan serta membaiki proses pembelajaran mereka dengan lebih efektif lagi.

Antara strategi yang boleh dilakukan oleh guru untuk meningkatkan profesionalisme mereka ialah dengan penulisan jurnal atau reflektif. Ini merupakan salah satu alat untuk mereflek secara sistematik dan merangsangkan pemikiran reflektif. Menurut Bolin (1988), Richert (1990), Zeichner & Liston, (1987) dalam kajian mereka, aktiviti seumpama ini merupakan salah satu strategi terbaik untuk mendorong guru mengamalkan penyiasatan reflektif dan penilaian kendiri terhadap isu-isu pengajaran dan pembelajaran. Pendapat lain pula, membezakan proses pemikiran kepada refleksi semasa tindakan, iaitu di mana seseorang melihat semula dan memikirkan permasalahan yang wujud untuk memahami situasi. Bagi

refleksi ke atas tindakan pula, guru merenung kembali proses pemikirannya dan menganalisis situasi sebelum merancang tindakan susulan.

Refleksi semasa tindakan dan refleksi ke atas tindakan ini dapat membantu guru meningkatkan perkembangan diri dalam bidang profesionalnya. Penulisan reflektif pula menggambarkan secara keseluruhan satu pola pemikiran yang beralih dari refleksi teknikal ke refleksi kritikal. Penulisan reflektif merupakan satu cara meninjau teori-teori pengajaran dan perkembangan professional. Pemikiran baru akan dirangsang melalui perbincangan dengan rakan sekerja, teori-teori dan persoalan-persoalan dipertikai dan diperkembangkan. Refleksi menyediakan satu asas yang kaya dan komprehensif mengenai pengajaran dan pembelajaran. Ia bukan sahaja membolehkan seseorang guru mengetahui mengenai tugasanya tetapi ia memberi pelbagai perspektif terhadap pengajaran yang boleh dicontohi atau dipelajari oleh guru-guru lain. Pada masa yang sama, refleksi mempunyai nilai-nilai peribadi yang membawa kepada kekuatan pemikiran apabila guru dapat menganalisis sesuatu situasi atau pengalaman dengan sebaik mungkin dan membentuk satu pandangan secara logik.

6.4. Sistem Pementoran

Startegi lain ialah sistem pementoran iaitu salah satu pendekatan untuk mempertingkatkan tahap professional diri guru di sekolah-sekolah. Guru boleh mengadakan perbincangan intelektual dengan guru yang lebih berpengalaman mengenai pengetahuan baru, teknik-teknik baru dan bimbingan dalam penilaian seperti menggubal soalan. Melalui sistem pementoran ini, setiap guru akan mempunyai seorang atau beberapa orang mentor di tempat bertugas bagi memberi nasihat dan bimbingan berterusan agar dapat meningkatkan tahap profesionalisme mereka. Contohnya berlaku proses perkembangan di mana orang yang mengasuh mampu untuk mengenal pasti kebolehan, pengalaman dan kematangan psikologikal seseorang yang sedang diasuh dan boleh memberi aktiviti-aktiviti yang akan membawa kepada peningkatan profesionalismenya. Sehubungan dengan itu, guru dapat meningkatkan tahap pengetahuan mereka adalah berdasarkan kepada pengalaman dan aktiviti yang sering mereka lakukan serta apa yang mereka hadapi. Oleh itu, dengan cara demikian para pendidik memperoleh ilmu bukan semata-mata pada pengajaran yang berkonsepkan teori sahaja malah amalan praktikalnya juga mendorong guru mengaut lebih ilmu berdasarkan apa yang mereka depani. Ilmu daripada pengalaman adalah sangat

bernilai jika dibandingkan ilmu dari pengajaran semata-mata. Ini kerana daripada pengalamanlah seseorang pendidik itu mencapai kecemerlangan dalam hidup mahupun kerjaya.

6.5. Portfolio Pengajaran Trenda Mengenai Pengajaran Dan Refleksi

Berkait rapat dengan penulisan reflektif ialah pembentukan portfolio pengajaran iaitu salah satu cara guru meningkatkan profesionalisme diri. Antara bahan atau item yang terkandung dalam portfolio pengajaran ialah koleksi bahan-bahan seperti artifek dan penulisan reflektif yang dapat memperkukuhkan lagi perkembangan diri guru. Ia menggambarkan pelbagai kemahiran, pengetahuan dan falsafah pengajaran peribadi seseorang itu. Portfolio sebegini dapat mencerminkan profesion sebenar keguruan itu dalam mendidik. Hal ini secara tidak langsung memberi impak yang besar dan membawa manfaat serta meningkatkan kualiti pengajaran guru dalam profesionnya.Proses perkembangan portfolio secara berterusan memberi peluang kepada guru membuat refleksi tentang perkembangan dan perubahan pelajarnya sepanjang masa disamping guru itu sendiri dapat mengenalpasti kekurangan dan kelemahan yang ada semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Apabila seseorang guru meneliti amalan pengajaran sendiri, ia dapat mengetahui tahap profesionnya dan secara tidak langsung ia melahirkan penilaian kendiri terhadap tanggungjawabnya. Contoh-contoh amalan baik dalam portfolio boleh dikaji dan diguna atau diadaptasikan dalam bilik darjah.

Menurut Shulman (1987), melalui portfolio pengajaran, guru akan menjadi lebih reflektif tentang apa yang mereka lakukan dalam pengajaran dan pembelajaran. Ia membantu guru mendokumentasi dan menerangkan tindakan mereka, secara tidak lansung kaedah ini dapat membuktikan pengetahuan professional mereka dan membuat refleksi tentang apa, bagaimana dan mengapa mereka melakukan sesuatu tindakan seperti kata Loughran & Corrigan (1995) dan Seldin (1997), mengimbas semula pengalaman-pengalaman lepas dalam portfolio, ia menggalakkan mereka mengenal pasti halangan-halangan dalam proses pengajaran dan pembelajaran serta memikirkan penyelesaiannya. Guru boleh mengubahsuai atau mengubah teknik pengajaran mereka untuk mencapai matlamat. Portfolio pengajaran dan refleksi membantu perkembangan pemahaman masalah yang dihadapi kerana proses refleksi memandu arah untuk meneroka idea-idea dari sumber-sumber lain.

Menurut Seldin lagi, pada hakikatnya, portfolio pengajaran digunakan sebagai satu cara dokumentasi professional dan refleksi peribadi. Proses membina portfolio secara tidak lansung merangsang guru untuk memikirkan semula aktiviti-aktiviti pengajaran, keberkesanan strategi-strategi pengajaran dan merancang pendekatan baru atau teknik-teknik baru untuk masa-masa akan datang. Justeru, portfolio pengajaran dapat membekalkan satu pangkalan data pengetahuan dan perkembangan diri yang bermakna dan komprehensif di kalangan warga guru.

Portfolio pengajaran menjadi tempat di mana pemikiran reflektif berlaku untuk menghalusi pengajaran sendiri. Seseorang guru boleh merekod dan mengumpul maklumat baru, memikirkan sama ada idea itu boleh diaplikasi atau tidak, mengambil kira sama ada idea baru sesuai atau tidak, dan menentukan apa yang perlu disimpan dan apa pula yang harus dihapus kira. Proses ini akan membentuk seorang guru itu mengamal tabiat serta sikap berfikir dan berikhtiar dalam melaksanakan tugasnya. Malah guru sentiasa menjadi seorang yang peka terhadap sebarang pembaharuan. Guru atau pendidik akan senentiasa memperbaiki segala kelemahan yang ada dengan berpandukan portfolio yang mereka wujudkan. Altenatif sebegini dapat meningkatkan lagi segala ilmu pengetahuan para pendidik kerana mereka akan menjadi seorang yang lebih berhati-hati pada keadaan sekeliling. Dengan wujudnya portfolio sebegini ia dapat memberi impak dan implikasi yang jauh lebih baik dalam profesion perguruan tambahan pula setiap data dan maklumat sudah sedia ada dan menjadi panduan kepada guru untuk meningkatkan tahap profesional mereka.

6.6. Konsep Belajar Seumur Hidup

Bagi meningkatkan produktiviti, guru harus mengamalkan konsep belajar seumur hidup. Amalan membaca, menulis dan melakukan penyelidikan tindakan memperluaskan lagi pengalaman, pengetahuan dan pandangan guru terhadap apa jua bidang. Hal ini dapat menajamkan lagi kecekapan dan keyakinan guru serta menjadikan guru seorang yang kreatif, reflektif dan berinovasi dalam amalan pengajaran. Guru mampu memperbaiki diri sebagai pelajar dalam paradigma belajar seumur hidup. Konsep belajar seumur hidup seharusnya sedia ada dalam diri setiap individu bukan hanya tertumpu golongan tertentu sahaja bahkan setiap ahli masyarakat khususnya. Sesungguhnya menunutut ilmu itu digalakkan kepada sesiapa sahaja di atas muka bumi ini. Seperti kata pepatah Melayu belajarlah sampai ke negara Cina, ungkapan sebegini menunjukkan bahawa kita dituntut

untuk mencari ilmu biarpun sampai ke negara luar. Warga pendidik perlu meningkatkan pengetahuan dan ketrampilan khususnya dalam era globalisasi dan teknologi maklumat (ICT) kini. Guru, seharusnya mempertajamkan lagi kemahiran mengajar yang sedia ada melalui kaedah ICT, meneroka dan menukar maklumat dengan guru-guru lain yang lebih berpengalaman serta perkongsian maklumat yang terkini dan pelbagai. Ini merupakan satu langkah yang bijak untuk meningkatkan profesionalisme diri disamping itu, membuat jaringan atau networking dengan guru-guru di negara lain sebagai mencerminkan imej pengantarabangsaan disamping berpeluang untuk berkongsi ilmu dan kemahiran dengan mereka. Program secara on-line juga merupakan perkembangan baru dalam ICT dan guru boleh mendapatkan segala maklumat tentang pengajaran dan pembelajaran secara on-line atau dikenali juga sebagai talian terus. Dapatan kajian menunjukkan guru-guru Bahasa Inggeris memperkembangkan profesionalisme diri melalui internet adalah menggalakkan. Contohnya VirTEC (Virtual Teacher Education Center) yang dibina dan menjadi satu landasan untuk merangsang guru dalam perkembangan professional guru Bahasa Inggeris.

6.7. Diskusi di Pusat Kegiatan Guru

Akhir sekali, guru boleh meningkatkan profesionalisme diri dengan mengadakan perjumpaan dengan guru-guru lain di Pusat Kegiatan Guru (PKG) untuk membincangkan dan membuat refleksi sesama mereka berkaitan pengalaman mengajar atau berdiskusi topik-topik yang berkaitan di samping mendapat input-input baru daripada fasilitator yang pakar dalam bidang-bidang tertentu. Diskusi ilmiah guru seharusnya sudah mulai digalakkan di sekolah-sekolah. Pentadbir sekolah harus berperanan aktif agar diskusi ilmiah berjalan minimal sekali dalam satu semester. Di dalam diskusi tersebut, para guru yang telah mendapat sebarang input yang berkatan hasil daripada penelitiannya, melaporkan dan mereka berkongsi maklumat dengan teman-teman guru di sekolah. Dari sinilah mereka akan mendapatkan informasi hasil daripada laporan mereka. Dengan ini, maka akan timbullah partisipasi dan kolaborasi tinggi di antara sesama guru untuk saling melengkapi.

Guru-guru dapat menilai diri sendiri tentang pengajaran, memperoleh maklumbalas daripada rakan-rakan, membaca penulisan reflektif rakan-rakan dan berkongsi maklumat tentang strategi-strategi pengajaran dan pembelajaran. Apabila mereka merefleksi dan mengadakan perbincangan sesama rakan tentang pengalaman pengajaran, mereka akan menjadi guru yang kental. Dengan cara ini, guru akan dapat menambahkan ilmu malah, guru juga lebih

berketrampilan dan dapat berkongsi pengalaman bagaimana hendak memilih strategi terbaik untuk menyelesai masalah pengajaran dan pembelajaran. Menurut Fullan dan Hargreaves (1993) bahawa guru perlukan interactive professionalism. Diskusi ilmiah ini tidak hanya tertumpu di pusat kegiatan guru semata-mata malah di sekolah harus terus ditingkatkan juga seiring dengan pesatnya teknologi informasi dan komunikasi. Para guru harus lebih saling berkomunikasi dan bertukar informasi tentang hal-hal yang terjadi di sekolah serta dalam bidang yang berkaitan. Di negara luar contohnya Indonesia, program 100 hari berdiskusi telah dijayakan, yang salah satunya untuk melengkapi semua kemudahan internet yang ada di seluruh sekolah yang mana membuatkan guru di seluruh Indonesia menjadi connecting and sharing. Para guru seharusnya saling bertukar pengalaman dan pengetahuan demi meningkatkan pengetahuan diri.

7.0. Penutup

Kesimpulannya, guru adalah pemangkin untuk pelajar membina daya pemikiran yang analitikal, kritis dan kreatif bagi menghadapi perubahan-perubahan semasa. Justeru itu, guru perlu meningkatkan profesionalisme diri melalui pelbagai strategi amalan reflektif agar dapat memikul tanggungjawab tersebut. Menurut pendapat Dato Dr. Abdul Shukor Abdullah (1998), Guru sebenarnya adalah aktor utama dalam sistem pendidikan. Pembangunan sistem keguruan yang profesional adalah penting untuk mencapai hasrat pembangunan pendidikan. Latihan dan kursus pra-perkhidmatan di maktab perguruan dan universiti perlu ditumpukan kepada ilmu teras (content knowledge) dan ilmu pedagogi (pedagogical knowledge). Dengan dua keperluan asas ini, pembangunan etika keguruan dan profesionalisme akan diperkukuhkan melalui latihan dalam perkhidmatan. Menuntut ilmu merupakan suatu keperluan asas yang wajib bagi setiap individu tanpa mengira kaum dan agama. Konsep pendidikan sepanjang hayat bukanlah suatu perkara baharu, sebaliknya konsep ini telah lama diamalkan oleh kebanyakan masyarakat dunia. Kemajuan sesuatu bangsa terletak kepada unsur-unsur kecemerlangan yang ada di dalam diri individu atau modal insannya. Dalam pembangunan modal insan, perkara-perkara yang berkaitan dengan pendidikan dan pembelajaran, baik yang bersifat ilmiah, profesional mahupun vokasional diberi perhatian yang serius. Pembelajaran sepanjang hayat berperanan besar dalam memastikan kemampuan yang ada dalam modal insan digilap agar dapat menghasilkan satu tahap kecemerlangan yang diinginkan oleh seseorang individu, masyarakat dan juga Negara.

Kesimpulannya, pembelajaran sepanjang hayat (PSH) ini merupakan usaha segenap lapisan masyarakat. Peluang yang sedia terbentang perlu direbut dalam usaha untuk meningkatkan potensi diri. Pembelajaran sepanjang hayat perlu menjadi amalan hidup setiap rakyat Malaysia yang dahagakan ilmu dan berusaha meningkatkan kemahiran dan kemajuan diri bagi mencapai apa jua matlamat dan objektif mereka. Pembelajaran Sepanjang Hayat boleh dilaksanakan oleh masyarakat melalui kursus-kursus yang relevan, inovatif dan memberi nilai yang tinggi kepada setiap individu. Setiap anggota masyarakat boleh menimba ilmu pengetahuan dan kemahiran melalui pelbagai program yang ditawarkan mengikut keperluan dan minat setiap individu. Setiap individu perlu bertanggungjawab untuk meningkatkan pembelajaran dan dilengkapi dengan ilmu yang kental untuk menghadapi cabaran bermula dengan diri sendiri, keluarga, masyarakat seterusnya negara. Dunia kini lebih mencabar dalam arus pemodenan yang rancak berkembang sejajar dengan matlamat pendidikan negara yang mahu melahirkan lebih banyak modal insan menjelang wawasan 2020 nanti seiring dengan kemajuan negara Malaysia khususnya. Justeru pembelajaran sepanjang hayat adalah salah satu medium yang wajib dan harus di teruskan demi kepentingan semua. PSH adalah wajar diteruskan oleh sesiapa sahaja yang menginginkan profesionalisme mereka menjadi hebat dan terus berkualiti mengikut peredaran zaman. Sebagai kesimpulan, dalam usaha menyemarakkan pertumbuhan PSH melalui peningkatan kualiti pengajaran dan pembelajaran, penyediaan penarafan, peningkatan akses pendidikan tertiari serta peningkatan pelbagai mod dan laluan kepada setiap individu adalah digalakkan. Dengan ini, guru dapat bergerak seiring dengan arus perubahan dalam era teknologi dan globalisasi.

Rujukan

Bahagian Psikologi dan Kaunseling Kementerian Pelajaran Malaysia, (2011), Jurnal Psikologi dan Kaunseling. Putrajaya : Kementerian Pelajaran MalaysiaNoriati A. Rashid, Boon Pong Ying, Wong Kiet Wah, (2010), Asas Kepimpinan Dan Perkembangan Profesional Guru. Selangor : UG Press Sdn. Bhd.Menurut Ibrahim Ahmad Bajunid (2006), Hargreaves (2004), Aspin et al. (2001), Gelpi(1995). pembelajaran sepanjang hayat. Diperoleh pada 12 Ogos 2014, daripada http://www.mohe.gov.my/psptn/index.php?option=com_content&view=article&id=81&Itemid=60 pada 12/08/2014.Menurut Schon (1987), Sparks-Langer (1992) dan Zeichner & Liston (1996), PengamalReflektif. Diperoleh pada 12 Ogos 2014, daripada http://portalintelektualjpans.blogspot.com/2012/06/pembelajaran-sepanjang-hayat-oleh-mohd.html pada 12/08/2014.Pembangunan Modal Insan. Diperoleh pada 12 Ogos 2014, daripadahttp://www.ikim.gov.my/index.php/en/utusan-malaysia/7676-pembelajaran-sepanjang-hayat-teras-pembangunan-modal-insan pada 12/08/2014.Perkembangan Profesionalisme Keguruan. Diperoleh pada 12 Ogos 2014,daripadahttp://aishahnetty.blogspot.com/2012/08/perkembangan-profesionalisme-keguruan.html. pada 12/08/2014..

17