Pembentangan Masalah Penulisan .Docx

8
ABDUL RASID BIN HAMDAN J43211

description

ok

Transcript of Pembentangan Masalah Penulisan .Docx

ABDUL RASID BIN HAMDAN

ABDUL RASID BIN HAMDANJ43211ARTIKEL

JURNAL

INSTRUMENi.Ujian Terdapat dua jenis ujian pencapaian yang dilaksanakan iaitu ujian awal dan ujian akhir. Ujian digunakan untuk membandingkan pencapaian murid sebelum dan selepas sesuatu rawatan atau intervensi dijalankan. Jika keputusan ujian akhir menunjukkan peningkatan yang signifikan berbanding ujian awal, maka objektif kajian telah tercapai. Kedua-dua set soalan ujian awal dan ujian akhir mestilah sama ataupun setara untuk membolehkan perbandingan dibuat. Suasana ketika kedua-dua ujian dijalankan juga mestilah tidak jauh berbeza.

ii.Soal SelidikPenggunaan soalan tertutup dalam membina soalan soal selidik digunakan oleh pengkaji dalam memudahkan proses mengumpul data. Soal selidik yang dijalankan ini lebih kepada ingin mengetahui kepuasan dan kefahaman responden selepas mempelajari cara membina ayat tunggal berdasarkan gambar .Soal selidik yang menggunakan skala Guttman memerlukan responden membuat pilihan jawapan antara ya atau tidak pada ruang yang disediakan.

iii.PemerhatianPenyelidik telah memilih untuk menjalankan pemerhatian bertruktur. Pemerhatian berstruktur menggunakan senarai semak yang telah dirancang. Pemerhatian yang dilakukan menggunakan senarai semak lenih mudah untuk dianalisis dan memberi ruang kepada penyelidik untuk membuat pemerhatian tanpa bantuan penyelidik lain. Pemerhatian berstruktur dianalisis menggunakan frekuensi dan peratus melalui senarai semak yang disediakan.

PERNYATAAN MASALAHSepanjang menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran di tahun lima ini, didapati bahawa murid bermasalah dalam membina ayat tunggal berdasarkan gambar tunggal. Majoriti murid kelas boleh menulis ayat tetapi ayat yang dibina tidak gramatis dan tidak teratur dari aspek struktur ayatnya. Murid juga mempunyai masalah dalam mengesan maklumat yang terdapat dalam gambar. Kesannya, murid tidak dapat memindahkan maklumat daripada gambar kepada bentuk ayat dengan tepat dan murid tidak mampu mencapai objektif kemahiran menulis yang telah ditetapkan.CADANGAN TAJUKMENGGUNAKAN KATA KUNCI SI BUBETE APA? UNTUK MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENULIS AYAT TUNGGAL BERDASARKAN GAMBAR.