Pembentukan Negara Dan Bangsa Malaysia

8
Pembentukan Negara Dan Bangsa Malaysia : Satu Perjuangan Yang Masih Belum Selesai Persoalan negara bangsa dan bangsa Malaysia menarik perhatian pelbagai pihak selepas bekas perdana menteri Malaysia yang keempat, Tun Dr Mahathir Mohamad mengemukakannya pada tahun 1991. Dalam ulasannya terhadap Wawasan 2020, beliau menegaskan bahawa dalam usaha menjadikan Malaysia sebuah negara maju menjelang tahun 2020, kita perlu berusaha ke arah membentuk sebuah masyarakat yang liberal dan bertolak ansur tetapi pada masa yang sama bebas mengamalkan adat, kebudayaan dan pegangan agama masing-masing. Walaupun begitu, rakyat Malaysia perlu meletakkan kesetiaan yang tidak berbelah bagi kepada negara. Reaksi masyarakat terhadap konsep negara bangsa mahupun bangsa Malaysia kerap menimbulkan pelbagai perbahasan yang menarik. Dari segi konseptual, ada yang menganalisis ‘bangsa Malaysia’ secara legalities dengan menghubungkannya dengan konsep ‘warganegara’ manakala ada yang melihatnya sebagai ‘ras’. Abdul Rahman Embong ( 2006 ) dalam Negara-Bangsa: Proses dan Perbahasan mendefinisikan bangsa sebagai satu komuniti politik yang terbentuk dalam sejarah yang ditautkan melalui perkongsian wilayah, budaya dan bahasa serra perasaan sebangsa. Beliau turut membicarakan perbezaan pengalaman pembinaan negara bangsa di Eropah dengan Malaysia. 1

description

Pembentukan Negara Bangsa merupakan satu isu yang tidak pernah jemu dibicarakan oleh golongan akademik mahupun para politikus. Namun begitu usaha ke arah itu masih belum begitu menjadi dan ia dilihat sebagai satu wadah perbincangan akademik mahupun yang aspirasi yang masih belum mampu dilaksanakan selepas negara merdeka 51 tahun yang lalu.

Transcript of Pembentukan Negara Dan Bangsa Malaysia

Page 1: Pembentukan Negara Dan Bangsa Malaysia

Pembentukan Negara Dan Bangsa Malaysia : Satu Perjuangan Yang Masih Belum Selesai

Persoalan negara bangsa dan bangsa Malaysia menarik perhatian pelbagai pihak selepas bekas

perdana menteri Malaysia yang keempat, Tun Dr Mahathir Mohamad mengemukakannya pada

tahun 1991. Dalam ulasannya terhadap Wawasan 2020, beliau menegaskan bahawa dalam usaha

menjadikan Malaysia sebuah negara maju menjelang tahun 2020, kita perlu berusaha ke arah

membentuk sebuah masyarakat yang liberal dan bertolak ansur tetapi pada masa yang sama

bebas mengamalkan adat, kebudayaan dan pegangan agama masing-masing. Walaupun begitu,

rakyat Malaysia perlu meletakkan kesetiaan yang tidak berbelah bagi kepada negara. Reaksi

masyarakat terhadap konsep negara bangsa mahupun bangsa Malaysia kerap menimbulkan

pelbagai perbahasan yang menarik. Dari segi konseptual, ada yang menganalisis ‘bangsa

Malaysia’ secara legalities dengan menghubungkannya dengan konsep ‘warganegara’ manakala

ada yang melihatnya sebagai ‘ras’. Abdul Rahman Embong ( 2006 ) dalam Negara-Bangsa:

Proses dan Perbahasan mendefinisikan bangsa sebagai satu komuniti politik yang terbentuk

dalam sejarah yang ditautkan melalui perkongsian wilayah, budaya dan bahasa serra perasaan

sebangsa. Beliau turut membicarakan perbezaan pengalaman pembinaan negara bangsa di

Eropah dengan Malaysia.

Namun begitu, pembentukan negara bangsa di Malaysia bukanlah sesuatu yang baru.

Proses ke arah itu, dikatakan telah bermula sejak era penjajahan British. Perubahan dasar British

selepas Perang Dunia Kedua dilihat sebagai titik tolak apabila Malayan Union diperkenalkan

pada tahun 1946. Di mana salah satu objektif Malayan Union ialah mewujudkan satu bangsa

ngkewarganegaraan berlandaskan prinsip ‘jus soli’ iaitu kerakyatan berdasarkan tempat

kelahiran diperkenalkan. Ini membolehkan semua warga asing yang dilahirkan di Tanah Melayu

atau Singapura serta mereka yang berusia 18 tahun ke atas dan telah bermastautin di sana untuk

tempoh 10 daripada 15 sebelum 15 Februari 1942 mendapat kerakyatan mereka secara

automatik. Penentangan yang berterusan daripada orang Melayu serta sokongan yang berbelah

bagi daripada golongan imigran memaksa British untuk menggantikan Malayan Union dengan

Persekutuan Tanah Melayu 1948. Dalam kompromi Inggeris – Melayu, British bersetuju dengan

pembentukan sebuah kerajaan pusat yang kuat dan dipertanggungjawabkan ke atas semua

1

Page 2: Pembentukan Negara Dan Bangsa Malaysia

perkara yang penting termasuklah soal pembangunan, kebajikan , kerakyatan dan sebagainya.

Namun begitu, kuasa serta kedaulatan raja-raja Melayu dikembalikan dan kepentingan orang

Melayu terus dilindungi oleh British. Ia bertujuan mengelakkan orang Melayu menentang British

secara kekerasan dan pada masa yang sama timbul kekhuatiran akan tersebar pengaruh komunis

di kalangan orang Melayu.

Pembentukan Persekutuan Tanah Melayu 1948 telah mendapat reaksi negatif daripada

masyarakat imigran termasuklah AMCJA yang telah melancarkan hartal kerana beranggapan

perlembagaan baru itu menafikan hak golongan tersebut. Ia menyaksikan wujudnya kerjasama

antara kaum yang pertama dalam politik negara. AMCJA telah membentuk pakatan dengan

PUTERA, sebuah parti haluan kiri yang dianggotai oleh parti-parti radikal seperti PKMM, API

dan Awas. Perlembagaan Rakyat yang terdiri daripada 10 prinsip telah diluluskan pada April

1947 (James P. Ongkili. 1985, 63). Ia menampilkan konsep bangsa iaitu bangsa Malaya yang

terdiri daripada semua kaum yang mengaku Tanah Melayu sebagai tanah airnya serta

menunjukkan taat setia terhadapnya. Namun begitu, British enggan berunding mahupun

mengiktiraf kerjasama AMCJA-PUTERA yang didalangi oleh PKM. Lantaran itu, British kekal

dengan persetujuan yang dicapai hasil rundingan dengan UMNO dan Raja-Raja Melayu.

Perlembagaan Persekutuan 1948 yang dilaksanakan pada Februari 1948 dan kemerdekaan Tanah

Melayu menjelang 31 Ogos 1957 telah merancakkan lagi usaha ke arah pembentukan negara

bangsa. Permuafakatan politik yang terbentuk antara UMNO – MCA – MIC bukan sekadar

mempercepatkan lagi proses kemerdekaan tetapi telah berjaya membentuk satu gandingan yang

mantap dan seterusnya menerajui negara ke satu dimensi politik yang baru.

Pembentukan Perlembangan Tanah Melayu 1957 hasil daripada tolak ansur kaum

membuktikan bahawa Tanah Melayu berada di landasan yang tepat dalam usaha membentuk

sebuah negara bangsa yang dikongsi bersama. Penggubalan Perlembagaan Persekutuan Tanah

Melayu 1957 telah mengambil kira pelbagai aspek yang melibatkan kepentingan kaum yang

berbeza. Di mana konsep negara bangsa turut didefinisikan dalam Perlembagaan 1957 yang

menekankan sekurang-kurangnya tiga elemen utama yang dapat menjelaskan sfat dan ciri

‘bangsa Malaysia’ iaitu berkaitan dengan kewarganegaraan, taat setia yang tidak berbelah bagi

2

Page 3: Pembentukan Negara Dan Bangsa Malaysia

kepada negara serta penguasaan terhadap Bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan (Berita.

Harian. 12 Nov. 2008 ). Suruhanjaya Reid telah dipertanggungjawabkan dalam merangka sebuah

perlembagaan baru untuk Tanah Melayu. Ia telah menerima pelbagai pandangan, cadangan serta

bantahan dari pelbagai pihak dan memberi penekanan kepada beberapa aspek yang penting

termasuklah soal kewarganegaraan, kedaulatan sultan Melayu, kedudukan agama Islam, Bahasa

Melayu sebagai bahasa Kebangsaan dan hak keistimewaan orang Melayu.

Proses pembentukan negara bangsa itu, tidak terhenti di situ tetapi terus dimantapkan

dengan pembentukan Malaysia pada September 1963 dengan kemasukkan Singapura, Sabah dan

Sarawak. Penggabungan tersebut telah membawa kepada satu perkembangan politik yang tegang

dan diwarnai oleh sentimen-sentimen perkauman yang teramat sempit. Pemimpin PAP yang

lantang memperjuangkan konsep negara ‘Malaysia-Malaysian’ dan secara terus terang

mengkritik kedudukan orang Melayu serta kuasa raja-raja Melayu ternyata mengenepikan

kontrak sosial yang telah dipersetujua sebelum ini. Ia terterusnya mengakibatkan penyingkiran

Singapura pada tahun 1965 namun begitu, bibit-bibit perkauman yang tercetus masih belum

mampu diredakan. Pilihan Raya Umum 1969 yang menyaksikan kehadiran DAP dan Gerakan

terus meniup sentimen perkauman apabila meneruskan perjuangan PAP yang mendesak

persamaan politik, ekonomi dan sosial bagi semua. Senario politik negara yang tidak menentu

serta sarat dengan unsur-unsur perkauman telah mencetuskan rusuhan kaum sejurus Pilihan Raya

Umum 1969 yang mengakibatkan parlimen digantung dan undang-undang darurat diisytiharkan.

Tragedi berdarah itu dilihat merencatkan proses pembentukan negara bangsa di Malaysia. Di

mana kepentingan diri serta sikap curiga antara satu masa lain dilihat melebihi kepentingan

negara dan seterusnya membantutkan usaha pembentukan negara bangsa mahupun bangsa

Malaysia.

Kemerdekaan negara yang dicapai pada 31 Ogos 1957 yang kemudiaan dimantapkan lagi

dengan pembentukan Malaysia pada 16 September 1963 yang menyaksikan penggabungan

wilayah Semenanjung, Sabah dan Sarawak gagal merealisasikan konsep ‘ Satu Negara Satu

3

Page 4: Pembentukan Negara Dan Bangsa Malaysia

Bangsa’. Ia jelas apabila kita masih dihantui pelbagai permasalahan yang bersifat perkauman

walaupun setelah negara mencapai kemerdekaan yang ke-51. Di mana masyarakat masih terikat

dengan identiti kaum masing-masing dan tidak wujud sebarang usaha yang proaktif ke arah

mewujudkan satu kesamaan di kalangan rakyat pelbagai kaum. Lantaran itu isu negara dan

bangsa Malaysia masih menjadi wadah yang kerap didebatkan oleh ahli politik dan juga

golongan akademik. Namun begitu, kesamaran terhadap kontroversi tersebut masih gagal

dirungkai. Justeru itu, ia hanyalah dilihat sebagai retorik semata-mata memandangkan tiada

usaha yang berterusan atau yang benar-benar ikhlas bagi menjayakan wawasan tersebut.

Isu negara dan bangsa Malaysia kerap dilihat dengan penuh prejudius di mana wujud

tanggapan bahawa ia merupakan kesinambungan daripada aspirasi perjuangan Parti PETIR

( PAP) pimpinan Lee Kuan Yew yang perjuangkan konsep ‘Malaysian-Malaysia’ dan menuntut

persamaan hak politik, ekonomi serta sosial bagi semua kaum tanpa mengira kaum. Dasar

tersebut jelas bertentangan dengan perlembagaan negara dan menimbulkan ketegangan

hubungan antara kaum. Kesinambungan perjuangan itu diteruskan oleh Parti Tindakan

Demokratik ( DAP ) selepas penyingkiran Singapura dari Malaysia pada tahun 1965. Oleh yang

demikian konsep bangsa Malaysia dianggap sebagai satu muslihat yang bertujuan merampas hak

serta keistimewaan orang Melayu dan ia ditentang kerana mencabuli Perlembagaan Malaysia

yang telah dipersetujui semua pihak semasa kemerdekaan. Ini seterusnya membawa kepada

cadangan bahawa pembentukan negara bangsa perlu selaras dengan perlembagaan negara yang

secara jelas memperuntukkan beberapa keistimewaan kepada orang Melayu dan ia seharusnya

tidak boleh dipertikai atau dipinda tanpa persetujuan 2/3 ahli parlimen serta perlu mendapat

keizinan Majlis Raja-Raja Melayu. Perkara-Perkara yang termaktub dalam fasa 153 yang

menyentuh kedudukan serta kebesaran Raja-Raja Melayu, hak keisitmewaan oarng melayu,

agama Islam serta peranan Bahasa Malaysia selaku bahasa kebangsaan perlu dihormati ( Utusan

Malaysia. 17 Oktober 2008 ). Ia penting bagi memastikan asas pembentukan negara terpelihara

dan tidak menimbulkan kegusaran dan kereshan di kalangan rakyat jelata.

4

Page 5: Pembentukan Negara Dan Bangsa Malaysia

Dalam mengulas Gagasan Bangsa Malaysia, Timbalan Perdana Menteri Malaysia Datuk

Seri Najib Razak yakin usaha ke arah itu mampu menjadi kenyataan sekiranya rakyat bersedia

mengubah persepsi dan minda mereka ( Berita Harian. 26. Mei 2008). Ia bakal menjadi

kenyataan kalau semua rakyat mengenepikan soal warna kulit, agama, keturunan dan budaya

sebaliknya menekankan pentingnya kerjasama serta perpaduan demi kemajuan serta kestabilan

bersama.

Pembentukan negara bangsa dan bangsa Malaysia merupakan satu perjuangan yang

masih belum selesai. Pelbagai persoalan yang perlu diungkai dan ia memerlukan komitmen dari

semua pihak bagi menjayakan wawasan tersebut. Namun begitu, ia bukan sesuatu yang mudah

memandangkan kewujudan masyarakat majmuk dan budaya politik perkauman yang masih

mengongkong perkembangan negara.

5