Pembetulan Tugasan 1 Kak3013

12
1 KAK3013 Matematik Untuk Kanak-Kanak (Mathematics For Young Children) TAJUK TUGASAN KUMPULAN UPSI01(A142PJJ) DISEDIAKAN OLEH NAMA NO. ID NO. TELEFON MUHAMMAD KHUSAIRI B.MOHD YUSOF D20121061563 01132390544 NAMA TUTOR E-LEARNING: PROF.DR NOOR SHAH BIN SAAD TARIKH SERAH: 29 MARCH PEMARKAHAN 1 TUGASAN 1 2 TUGASAN 2 3 E FORUM JUMLAH Kesukaran atau kesulitan bahasa matematik merupakan satu daripada perkara yang menjadi masalah dalam kalangan murid pra sekolah. Bincangkan, bagaimana kesukaran tersebut boleh di atasi semasa mengajar kanak-kanak prasekolah.

description

tugasan

Transcript of Pembetulan Tugasan 1 Kak3013

  • 1

    KAK3013

    Matematik Untuk Kanak-Kanak (Mathematics For Young Children)

    TAJUK TUGASAN

    KUMPULAN

    UPSI01(A142PJJ)

    DISEDIAKAN OLEH

    NAMA NO. ID NO. TELEFON

    MUHAMMAD KHUSAIRI B.MOHD YUSOF D20121061563 01132390544

    NAMA TUTOR E-LEARNING: PROF.DR NOOR SHAH BIN SAAD

    TARIKH SERAH: 29 MARCH

    PEMARKAHAN

    1 TUGASAN 1

    2 TUGASAN 2

    3 E FORUM

    JUMLAH

    Kesukaran atau kesulitan bahasa matematik merupakan satu daripada perkara yang

    menjadi masalah dalam kalangan murid pra sekolah. Bincangkan, bagaimana kesukaran

    tersebut boleh di atasi semasa mengajar kanak-kanak prasekolah.

  • 2

    ISI KANDUGAN

    HALAMAN

    Tugasan 1 (Individu) 3

    1.0 Pengenalan 3

    2.0 Matematik 3-4

    3.0 Konsep Awal Matematik di Peringkat Prasekolah 4

    4.0 Pendekatan mengajar matematik bagi mengatasi masalah bahasa

    matematik yang menjadi kesukaran atau kesulitan murid prasekolah 4-9

    5.0 Pengurusan Pengajaran dan Pembelajaran di dalam Matematik 10

    5.1 Aktiviti di dalam bilik darjah 10

    5.2 Aktiviti berkumpulan 10

    5.3 Aktiviti Perseorangan 11

    6.0 Penutup 11

    Rujukan 12

  • 3

    TUGASAN 1: (Individu)

    Kesukaran atau kesulitan bahasa matematik merupakan satu daripada perkara

    yang menjadi masalah dalam kalangan murid pra sekolah. Bincangkan, bagaimana

    kesukaran tersebut boleh di atasi semasa mengajar kanak-kanak prasekolah.

    1.0 Pengenalan

    Matematik merupakan satu mata pelajaran yang memerlukan murid

    memahami dan mengingati konsep yang diajar. Namun begitu, kebanyakan murid

    tidak dapat menguasai matematik berpunca daripada kesulitan dalam memahami

    bahasa matematik. Begitu juga pandangan awalan negatif murid prasekolah juga

    menjadi punca kegagalan dalam menguasai mata pelajaran matematik.

    Pembelajaran yang berlaku perlulah dapat menarik minat murid prasekolah

    sekaligus membantu pengajaran dan pembelajaran yang berlaku.

    Tanggapan negatif terhadap matematik seperti menganggap matematik

    merupakan satu mata pelajaran yang membosankan perlu dielekkan bagi

    mengelakkan tersemainya sikap tidak meminati matematik. Dalam konsep

    prasekolah, murid-murid tidak dapat memfokus minat mereka yang sebenar

    terhadap sesuatu mata pelajaran. Oleh itu, menjadi tugas guru dan pendidik dalam

    memupuk minat mereka untuk mempelajari sesuatu mata pelajaran khususnya mata

    pelajaran matematik. Hal ini adalah bagi mengelakkan sikap tidak meminati

    matematik dipupuk dari prasekolah.

    2.0 Matematik

    Matematik berasal dari mthma yang membawa maksud mempelajari,

    menimba, sains dan dan ia didatangi untuk menjurus kepada makna yang lebih

    sempit dan lebih teknikal. Didefinisikan sebagai pembelajaran atau kajian mengenai

    corak struktur, perubahan dan ruang, atau dengan kata lain, kajian mengenai

    nombor dan gambar rajah. Satu cabang ilmu pengetahuan yang timbul daripada

    ketaakulan terhadap kejadian-kejdian alam sekeliling atau cakerawala.

  • 4

    Matematik merupakan satu sistem logik yang menentukan rumusan-rumusan

    yang terdiri daripada bahasa matematik yang terdiri daripada simbol, hukum atau

    operasinya. Ianya dilahirkan daripada kehendak atau keperluan menyelesaikan

    masalah dalam kehidupan. Contoh pemikiran logik yang membentuk konsep nombor

    kanak-kanak yang memerlukan pengalaman interaksi sosial, masa, bahasa dan

    kefahaman berkenaan pemikiran kanak-kanak.

    3.0 Konsep Awal Matematik di Peringkat Prasekolah

    Pengalaman matematik awal adalah penting kerana ia merupakan asas untuk

    membantu kanak-kanak memahami konsep matematik yang lebih tinggi.

    Pengalaman yang diberikan adalah merangkumi pengetahuan tentang konsep

    pranombor, nombor, pengukuran, konsep masa, dan konsep ruang.

    4.0 Pendekatan mengajar matematik bagi mengatasi masalah bahasa

    matematik yang menjadi kesukaran atau kesulitan murid prasekolah

    Sebagai seorang guru prasekolah, seharusnya mengetahui cara-cara

    pendekatan pengajaran yang sesuai dengan tahap umur diperingkat ini supaya

    sesuai dengan perkembangan diri murid-murid, kebolehan, kematangan dan

    menyeronokkan. Disamping itu, guru juga haruslah memastikan bahawa

    pengajarannya menyeronokkan, kepelbagaian dan afektif, supaya akan menarik

    minat murid-murid untuk mengambil bahagian dalam proses pembelajaran.

    Guru-guru harus juga memastikan setiap murid mempunyai pilihan untuk

    belajar. Dengan ini setiap guru perlu merangka dan merancang setiap

    pengajarannya. Kurikulum prasekolah telah menetapkan empat pendekatan yang

    digunakan semasa pengajaran dan pembelajaran iaitu :

    i. Pendekatan belajar sambil bermain

    ii. Pendekatan bertema

    iii. Pendekatan bersepadu

    iv. Komunikasi dan maklumat teknolo

  • 5

    Bagi mengatasi kesukaran mengajar matematik kanak-kanak prasekolah,

    salah satu kaedah atau pendekatan yang telah digunakan ialah pendekatan

    berbantukan komputer. Seiring dengan dengan zaman teknologi, kanak-kanak lebih

    terdedah kepada penggunaan teknologi sedari awal kehidupan mereka. Masalah

    utama yang dihadapai oleh guru-guru ialah mereka tidak dapat menyampaikan

    pengajaran mereka dengan berkesan (Sabri et.al, 2006). Ini adalah kerana

    kebanyakan konsep matematik memerlukan murid-murid membuat gambaran

    terhadap masalah yang diberikan selain memikirkan perkaitan masalah dengan

    kehidupan harian. Terdapat juga murid-murid yang tidak berminat untuk mempelajari

    matematik kerana tidak mempunyai gambaran yang jelas perkaitan matematik

    dalam kehidupan harian mereka. Hal ini berbeza dengan pembelajaran sains yang

    memerlukan murid-murid memerhatikan proses yang berlaku dihadapan mata

    mereka.

    Penggunaan teknologi dalam pendidikan terutama semasa mengajar kanak-

    kanak prasekolah dikatakan dapat membantu murid-murid memahami dengan lebih

    jelas pembelajaran mereka bagi mata pelajaran matematik. Pembelajaran matematik

    merupakan satu mata pelajaran di mana murid-murid perlu memahami dan

    mengingati konsep matematik yang diajar sebelum mengaplikasikan konsep

    tersebut di dalam masalah yang timbul. Kajian yang dilakukan oleh Azizi &

    Elanggovan dalam Yusof & Seth (2008) membuktikan bahawa pemahaman konsep

    matematik adalah penting dalam menghasilkan pembelajaran yang berkesan.

    Namun begitu, kesabaran yang tinggi perlu ada pada seseorang guru ketika murid-

    murid menyelesaikan masalah (Gasser, 2011). Ini adalah kerana murid-murid perlu

    berfikir dengan mendalam konsep yang sesuai dan diperlukan dalam menyelesaikan

    masalah tersebut.

    Perkembangan teknologi yang semakin berkembang menyebabkan

    kebanyakkan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah mengggunakan

    teknologi sebagai salah satu bahan bantu mengajar. Malahan terdapat juga

    beberapa sekolah yang menggunakan teknologi sepenuhnya dalam proses

    pengajaran dan pembelajaran mereka. Penggunaan teknologi dalam pengajaran

    dan pembelajaran dapat meningkatkan prestasi murid-murid (Parette & Stoner,

  • 6

    2008). Kesan positif ini adalah hasil daripada penerimaan murid-murid dan guru

    terhadap teknologi (Robiah et. al, 2001).

    Penggunaan komputer sebagai alat rangsangan pengajaaran dan

    pembelajaran di dalam kelas adalah satu inovasi yang terkini dalam pendidikan awal

    kanak-kanak. Aktiviti kanak-kanak dengan menggunakan komputer kini diaplikasikan

    dalam Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan oleh KPM. Melalui komputer

    kanak-kanak mendapat berbagai-bagai pengalaman dengan meneroka dan belajar

    melalui perisian. Melalui penggunaan komputer, kanak-kanak diberi kebebasan

    membuat pilihan dari segi jenis dan tahap pembelajaran yang mereka ingin ikuti.

    Penggunaan perisian multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran memberi

    kesan yang positif kepada kognitif kanak-kanak, kreatif dan keyakinan diri mereka.

    Penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran Matematik

    bukan sahaja dapat meningkatkan kualiti pengajaran malah ianya boleh mengubah

    kepentingan sesuatu tajuk dalam sukatan Matematik.

    Kanak-kanak prasekolah yang menggunakan komputer dalam pembelajaran

    Matematik juga memunyai sikap yang positif terhadap dirinya. Oleh yang demikian

    perisian komputer yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran dapat

    membantu kanak-kanak memahamu konsep dan prinsip Matematik dengan mudah

    dan berkesan. Oleh yang demikian tanpa disedari kesukaran atau kesulitan bahasa

    Matemtik itu dapat di atasi dan menjadikan pembelajaran Matematik itu lebih

    menyeronokkan. Hal ini juga adalah kerana pendekatan berbantukan computer

    dibangunkan berasaskan pendekatan permainan. Kanak-kanak dapat meletakkan

    diri dalam situasi permainann dan proses pengajaran dan pembelajaan akan

    menjadi lebih menarik dan tidak membosankan.

    Matematik seringkali diandaikan sebagai satu mata pelajaran yang susah

    untuk dikuasai. Namun begitu, masalah ini boleh dielekkan dengan mengetahui

    beberapa teknik mempelajari matematik. Masalah utama yang menjadi punca

    kebanyakkan murid tidak dapat menguasai matematik ialah mereka sukar untuk

    memahami bahasa matematik. Masalah ini bukan sahaja terjadi kepada pelajar

    peringkat tinggi seperti sekolah rendah dan menengah, malahan ia juga

    membelenggu murid yang berada di peringkat prasekolah.

  • 7

    Masalah matematik yang diberikan kebanyakkannya menggunakan bahasa

    matematik dalam menyampaikan masalah tersebut. Oleh itu, ketidak penguasaan

    bahasa matematik ini menyebabkan ramai murid yang salah faham terhadap

    sesuatu konsep matematik. Simbol yang berbeza melambangkan maksud yang

    berbeza. Namun begitu, terdapat juga simbol yang sama tetapi mengandungi

    maksud yang berbeza apabila diaplikasikan di tempat yang berbeza. Kekeliruan ini

    menjadi faktor utama ramai murid tidak dapat menguasai matematik (Yusof & Seth,

    2008).

    Selain daripada itu, metematik juga memerlukan murid memahami dan

    mengingati sesuautu konsep matematik yang perlu digunakan dalam menyelesaikan

    sesuatu masalah (Sabri et. al, 2006). Jika murid tersebut lemah dalam mengingati

    konsep matemtik, ia akan menimbulkan masalah kepada murid tersebut. Oleh itu,

    penggunaan elemen multimedia yang ada pada pembangunan laman web dapat

    membantu murid prasekolah untuk memehami konsep matematik sekaligus

    membantu mereka untuk mengingati konsep matematik tersebut.

    Pendekatan penyelesaian masalah yang digunakan oleh guru di prasekolah

    kebanyakkannya menggunakan masalah yang terdapat di buku-buku latihan. Namun

    begitu, masalah yang terdapat dalam buku latihan tersebut kebanyakkannya bukan

    merupakan masalah sebenar yang berlaku di sekeliling murid. Pembangunan laman

    web menggunakan pembelajaran visual dinamik di mana penyelesaian masalah di

    gunakan tetapi dengan menggabungkan elemen multimedia.

    Pendekataan multimedia ini bukan sahaja menarik minat murid untuk belajar

    malah, meminati matematik dan dapat memahamkan sesuatu konsep matematik.

    Hal ini menjadikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran lebih bermakna dan

    menyeronokkan.

    Kesukaran atau kesulitan bahasa matematik ini juga boleh diatasi melalui

    kaedah mengajar dengan mengaplikasikan pendekatan belajar sambil bermain.

    Main merupakan ekspresi kendiri yang kreatif dan perkembangannya paling jelas

    pada peringkat kanak-kanak. Kanak-kanak akan mencari pengetahuan dengan

    kaedah permainan. Bermain juga bukanlah satu aktiviti yang dipaksa malah

    merupakan keinginan semulajadi kanak-kanak. Kanak-kanak bermain dengan diarah

    oleh diri mereka sendiri tanpa mengambil kira tujuan bermain. Semasa bermain,

  • 8

    mereka bebas dari segala peraturan. Melalui permainan, kanak-kanak mendapat

    tingkah laku yang baru dan memotovasikan kanak-kanak.

    Permainan adalah satu kaedah pengajaran yang akan dapat

    mengembangkan daya kreativiti dan memupuk minat terhadap Matemtik. Ianya juga

    akan dapat mengurangkan rasa bosan dan jemu, khusus semasa menyelesaikan

    pelbagai masalah Matematik. Penggunaan aktiviti permainan sebagai kaedah

    pengajaran dan pembelajaran dalam dan luar bilik darjah adalah berlandaskan

    prinsip bermain sambil belajar. Penyelesaian bagi beberapa masalah dalam

    matematik boleh ditunjukkan melalui aktiviti permainan dan simulasi, khususnya

    masalah yang melibatkan aplikasi kehidupan seharian. Simulasi yang sering

    digunakan untuk menerangkn jawapan atau penyelesaian dalam rekreasi matematik.

    Kaedah pengajaran yang menggunakan permainan merupakan suatu kaedah

    yang sangat efektif bagi mengajar murid-murid terutamanya kanak-kanak

    prasekolah. Apatah lagi semasa guru mengajar matematik. Bermain adalah sesuatu

    yang sukar untuk kanak-kanak. Sesuatu yang bagi orang dewasa mudah, bodoh dan

    comel mungkin sebaliknya kepada kanak-kanak. Dengan bermain, kanak-kanak

    dapat meneroka keadaan sekelilingnya, memahami sesuatu, membina fizikal,

    kognitif, emosi dan sosial skil bersama orang lain.

    Dalam permainan Cari Pasangan, kanak-kanak akan dapat membina

    hubungan dengan keadaan sekelilingnya dan orang-orang di sekelilingnya. Semasa

    mencari pasangan yang betul, mereka akan dapat membina pola dan membina

    skema mereka sendiri. Mereka akan dapat bergerak bebas dengan kedua-dua

    kakinya untuk meneroka keadaan sekeliling. Terdapat dua aspek di dalam

    kemahiran fizikal iaitu kemahiran motor kasar dan kemahiran motor halus. Kedua-

    dua ini tentu sekali dapat dimantapkan dengan permainan yang telah dirancang ini.

    Contohnya kemahiran motor kasar dapat diperolehi daripada aktiviti-aktiviti seperti

    berjalan atau berlari semasa mencari pasangan dan lain-lain lagi. Kemahiran motor

    halus pula dapat dipertingkatkan semasa permainan Padan Dengan Betul yang

    menuntut kemahiran koordinasi mata dan tangan kanak-kanak. Contoh aktiviti ini

    ialah menampal kad gambar pada kad nombor dengan tepat.

    Kedua-dua kemahiran ini telah diseimbangkan agar kemhiran fizikal kanak-

    kanak dapat berkembang dengan baik. Aspek kognitif adalah satu penekanan yang

  • 9

    semakin penting dewasa ini. Kanak-kanak yang kurang diberikan pendedahan

    daripada aspek ini akan menyebabkan mereka kurang daripada aspek pembelajaran

    kelak. Aspek kognitif yang ditekankan dalam kaedah ini adalah pemikiran kritis

    dalam membuat pengiraan jumlah objek dengan simbol nombor yang betul. Selain

    daripada aspek kognitif, kanak-kanak juga perlu dididik tentang emosi yang stabil.

    Kanak-kanak perlu digalakkan untuk mengenalpasti perasaan orang lain, meluahkan

    perasaan sendiri supaya ketegangan dan tekanan dapat dielakkan.

    Semasa mereka mencari pasangan, mereka perlu berkomunikasi antara satu

    dengan yang lain bagi mencari objek yang sama dengan objek yang mereka

    pegang. Kejayaan mereka amat bergantung kepada cara berkomunikasi di antara

    mereka. Oleh kerana kebanyakan kanak-kanak bermain dengan supervision yang

    minimal daripada orang dewasa, kanak-kanak perlu digalakkan untuk bermain

    sesama sendiri supaya mereka mengenal keperluan orang lain, bertolak ansur,

    bekerjasama dan membina nilai-nilai murni daripada situ. Aktiviti-aktiviti dalam

    kaedah yang dirancang oleh guru ini amat menggalakan murid untuk bermain

    sesama sendiri dan memupuk nilai-nilai murni.

    Kaedah mengajar lain bagi mengatasi kesukaran dan kesulitan bahasa

    matematik dikalangan murid prasekolah ini ialah dengan mengaplikasikan kaedah

    pengajaran melalui pendekatan bersepadu. Pendekatan bersepadu ini

    membolehkan murid-murid memahami kehidupan setelah berakhirnya pengajaran

    yang diberikan oleh guru. Mereka akan belajar apa saja yang terjadi di dalam

    kehidupan yang mempunyai kaitannya di antara satu sama lain dan tidak

    mempunyai keteransingan diri.

    Pendekatan Bersepadu Terdiri daripada :

    a. Intergrasi di antara komponen

    b. Intergrasi kemahiran dan nilai positif

    c. Intergrasi aktiviti di dalam bilik darjah dan luar bilik darjah

    d. Intergrasi penumpuan aktiviti terhadap guru dan juga murid-murid

    e. Intergrasi kepelbagaian kaedah dan teknik

    Pendekatan bersepadu boleh juga digunakan untuk aktiviti yang mempunyai kaitan

    dengan bermain. ( Dr. Zahyah Hanaf, 2010).

  • 10

    5.0 Pengurusan Pengajaran dan Pembelajaran di dalam Matematik

    Memandangkan tugas seorang guru prasekolah agak padat maka

    perancangan aktiviti yang berkesan amat penting pada seorang guru. Guru

    hendaklah mempelbagaikan aktiviti pengajaran supaya dapat menarik perhatian

    murid-murid prasekolah. Antara aktiviti tersebut ialah :

    a) Aktiviti di dalam bilik darjah

    b) Aktiviti berkumpulan

    c) Aktiviti perseorangan

    5.1 Aktiviti di dalam bilik darjah

    Aktiviti di dalam bilik darjah melibatkan semua murid di dalam aktiviti yang

    sama. Kebiasaannya aktiviti berdasarkan maklumat yang disampikan oleh guru

    melalui penerangan, arahan, penceritaan, pertanyaan dan menjawab soalan diakhir

    sesi pembelajaran.

    5.2 Aktiviti berkumpulan

    Aktiviti berkumpulan sangat penting kerana melalui aktiviti ini murid-murid

    belajar berkongsi dan menanti giliran untuk mengambil bahagian. Apabila bermain

    dalam aktiviti berkumpulan, guru hendaklah memastikan setiap kumpulkan

    melibatkan kedua-dua jantina dan juga bangsa yang berlainan. Kumpulan hendaklah

    dalam kuantiti yang kecil agar semua murid dapat melibatkan diri atau mengambil

    bahagian. Guru boleh memilih aktiviti yang sama atau berlainan. Objektif utama

    adalah untuk membentuk murid-murid supaya dapat bekerjasama untuk

    menyelesaikan tugasan yang diberi.

  • 11

    5.3 Aktiviti Perseorangan

    Disamping aktiviti di dalam bilik darjah dn berkumpulan, guru juga hendaklah

    mengadakan aktiviti perseorngan. Ada ketikanya aktiviti perseorangan sesuai

    kepada murid-murid kerana ianya memberi peluang kepada murid untuk berdikari

    dan membenarkan guru memberi arahan secara perseorangan kepada murid.

    Guru haruslah memainkan peranan yang dapat menarik perhatian murid-

    murid supaya rasa minat itu tidak pudar apabila melangkah kea lam persekolahan

    sebenar dan akhirnya ke peringkat yang lebih tinggi.

    6.0 Penutup

    Pengetahuan asas yang kuat dalam bidang matematik adalah penting dalam

    masyarakat kita yang menuju kea rah sebuah negara maju yang berteraskan Sains

    dan Teknologi. Murid-murid kita perlu mempunyai kefahaman yang kuat terhadap

    konsep-konsep matematik asas yang akan membolehkan mereka melanjutkan

    pelajaran pada peringkat yang lebih tinggi. Bagi menjamin masa depam negara, kita

    perlu mengkaji semula dan menggunkan pendekatan yang lebih berkesan dalam

    mengajar murid-murid asas pemikiran tentang matematik dari peringkat awal

    persekolahan.

    Pembelajaran matematik bukan sahaja diperluaskan di sekolah malah ianya

    bermula di prasekolah lagi. Hal ini adalah kerana pembelajaran yang berkesan dari

    usia kanak-kanak lagi akan membentuk satu asas pembelajaran yang kukuh yang

    dapat membantu mereka untuk meneruskan pembelajaran di peringkaat yang lebih

    tinggi lagi.

  • 12

    Rujukan

    1. Rohani Abdullah, Nani Menom & Mohd Sharani Ahmad (2003), Panduan

    Kurikulum Prasekolah, PTS Professional Publishing Sdn. Bhd., Kuala Lumpur.

    2. Dewan Bahasa dan Pustaka (2005), Kamus Dewan, Kuala Lumpur

    3. Ministry of Community, Aboriginal and Womens Services (1996), Guiding

    Childrens Behavior. British Columbia

    4. PERMATA Negara, (2009), Dasar Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak

    Kebangsaan, Jabatan Perdana Menteri, Kuala Lumpur.

    5. Putri Zabariah Megat Abdul Rahman, ( 2008 ) Pemerhatian dan Penilaian Kanak-

    kanak , Fakulti Pendidikan dan Bahasa.OUM.

    6. Shahizan Hasan & Ahmad Shahabudin Che Noh (2005), Panduan Merancang

    Aktiviti Prasekolah, PTS Professional Publishing Sdn. Bhd., Kuala Lumpur.

    7. Zahyah Hanafi, (2010), Cognitif Planning and Teaching, Fakulti Pendidikan dan

    Bahasa. OUM.