Pembolehubah,Instrumen,Kebolehpercayaan Dan Kesahan

7
NAMA : AD NOR AZLI BIN ISMAIL NO MATRIK : P66284 GB6013 KAEDAH PENYELIDIKAN 1 TUGASAN 3 PEMBOLEHUBAH, INSTRUMEN, KESAHAN DAN KEBOLEHPERCAYAAN. Tajuk Kajian : Keberkesanan Penggunaan Polya Dalam Meningkatkan Kemahiran Murid Menyelesaikan Masalah Matematik. 1. Pembolehubah : a) Pembolehubah tidak bersandar : teknik Polya Pembolehubah tidak bersandar iaitu teknik Polya dalam menyelesaikan masalah dijangka akan menyebabkan perubahan secara sistematik kepada pembolehubah bersandar iaitu pencapaian murid dalam ujian. Ia merupakan sebab yang akan mengakibatkan kesan kepada pembolehubah bersandar dalam perhubungan sebab- akibat (cause-effect relationship). Rekabentuk eksperimen ini cuba mengenalpasti samada terdapat kesan terus daripada rawatan (teknik Polya) ke atas pembolehubah bersandar (pencapaian ujian murid). b) Pembolehubah bersandar: pencapaian ujian murid Pembolehubah bersandar iaitu pencapaian murid dalam ujian bergantung kepada pembolehubah tidak bersandar iaitu teknik Polya. Penyertaan sukarela Pemilihan responden Pengagihan secara rawak Kumpulan 2 (kawalan) 30 orang (ujian x) Kumpulan 1 (30 orang) (ujian x) Pembolehubah tidak bersandar (teknik Polya) pembelajaran tanpa teknik Polya Pembelajaran teknik Polya Pembolehubah bersandar (pencapaian murid dalam ujian Ujian y Ujian y Ada perbezaan? Ya: Terdapat hubungan pembolehubah bersandar dengan tidak bersandar Tidak: Tida terdapat hubungan pembolehubah bersandar dengan tidak bersandar

description

pembolehubah

Transcript of Pembolehubah,Instrumen,Kebolehpercayaan Dan Kesahan

Page 1: Pembolehubah,Instrumen,Kebolehpercayaan Dan Kesahan

NAMA : AD NOR AZLI BIN ISMAIL NO MATRIK : P66284

GB6013 KAEDAH PENYELIDIKAN 1

TUGASAN 3 – PEMBOLEHUBAH, INSTRUMEN, KESAHAN DAN KEBOLEHPERCAYAAN. Tajuk Kajian : Keberkesanan Penggunaan Polya Dalam Meningkatkan Kemahiran Murid Menyelesaikan Masalah Matematik. 1. Pembolehubah : a) Pembolehubah tidak bersandar : teknik Polya

Pembolehubah tidak bersandar iaitu teknik Polya dalam menyelesaikan masalah dijangka akan menyebabkan perubahan secara sistematik kepada pembolehubah bersandar iaitu pencapaian murid dalam ujian. Ia merupakan sebab yang akan mengakibatkan kesan kepada pembolehubah bersandar dalam perhubungan sebab-akibat (cause-effect relationship). Rekabentuk eksperimen ini cuba mengenalpasti samada terdapat kesan terus daripada rawatan (teknik Polya) ke atas pembolehubah bersandar (pencapaian ujian murid).

b) Pembolehubah bersandar: pencapaian ujian murid Pembolehubah bersandar iaitu pencapaian murid dalam ujian bergantung kepada pembolehubah tidak bersandar iaitu teknik Polya.

Penyertaan sukarela

Pemilihan responden

Pengagihan secara rawak

Kumpulan 2 (kawalan) – 30 orang (ujian x)

Kumpulan 1 (30 orang) (ujian x)

Pembolehubah tidak bersandar (teknik Polya)

pembelajaran tanpa teknik Polya

Pembelajaran teknik Polya

Pembolehubah bersandar (pencapaian

murid dalam ujian

Ujian y Ujian y

Ada perbezaan?

Ya: Terdapat hubungan pembolehubah bersandar dengan tidak bersandar

Tidak: Tida terdapat hubungan pembolehubah

bersandar dengan tidak bersandar

Page 2: Pembolehubah,Instrumen,Kebolehpercayaan Dan Kesahan

c) Pembolehubah intervening : jantina (lelaki dan perempuan) Pembolehubah intervening iaitu jantina mungkin memberi kesan kepada perubahan pembolehubah bersandar (pencapaian murid). 2. Instrumen Dalam menguji keberkesanan teknik Polya untuk meningkatkan kemahiran murid menyelesaikan masalah, item berbentuk pernyataan masalah menjadi alat pengukuran. Set ujian pencapaian matematik yang terdiri daripada 10 soalan berkaitan penyelesaian masalah akan diberikan kepada murid tahun 5 dalam kedua-dua kumpulan (kumpulan 1 dan kumpulan 2). Ujian ini diambil daripada koleksi bank soalan Tahun 5 matematik di sekolah yang mengikut sukatan pembelajaran tahunan KBSR dari Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).

Kumpulan 1

Pembelajaran teknik Polya

Lelaki Perempuan

Pencapaian murid diukur (ujian y)

Ujian x

Pembolehubah intervening

Pencapaian berbeza antara jantina?

Ya Tidak

Jantina mempengaruhi pencapaian

Jantina tidak mempengaruhi pencapaian

Page 3: Pembolehubah,Instrumen,Kebolehpercayaan Dan Kesahan

Contoh item: MAKLUMAT UNTUK CALON 1. Kertas soalan ini mengandungi 10 soalan. 2. Jawab semua soalan dalam masa 25 minit. 3. Jawapan hendaklah ditulis dengan jelas dalam ruang yang disediakan dalam kertas soalan.. 4. Tunjukkan langkah-langkah penting. Ini boleh membantu anda untuk mendapatkan markah. 5. Sekiranya anda hendak menukar jawapan, padamkan jawapan yang telah dibuat. Kemudian tuliskan jawapan yang baru. 6. Rajah yang mengiringi soalan tidak dilukis mengikut skala kecuali dinyatakan. 7. Markah yang diperuntukkan bagi setiap soalan ditunjukkan dalam kurungan 8. Kertas soalan ini hendaklah diserahkan di akhir ujian. 9. Sila pilih (√ ) pada bahagian jantina.

Jantina : Lelaki ( ) Perempuan ( ) Masa : 25 minit

1. There are 1786 blue pens and 2387 red pens in a box. How many are there in the box altogether? Terdapat 1786 pen biru dan 2387 pen merah di dalam kotak. Berapakah jumlah pen kesemuanya?

[2 marks]

2. Basri, Zubir and Mira have 1/2, 1/4 and 1/8 of a vanilla cake, respectively. Calculate their total portion of vanilla cake. Basri, Zubir dan Mira ada ½, ¼ dan 1/8 kek Vanilla. Hitung jumlah bahagian Vanilla kek kesemuanya.

[2 marks]

3. Fanny has 15 boxes of beads. Each box has 2 000 beads. She asks workers to pack the beads into two dozen of bottles equally. How many beads are there in one bottle? Fanny ada 15 kotak manic. Setiap kotak ada 2000 manik. Dia meminta pekerja untuk membungkusnya kepada 2 dozen botol sama banyak. Berapakah manic dalam setiap botol?

[2 marks]

4. Mrs Lim buys 3 cakes for her children. One child eats 1/6 and another child eats 1/3 of them. What fraction of the cakes is left? Puan Lim membeli 3 kek untuk anaknya. Seorang anak memakan 1/6 dan seorang lagi memakan 1/3. Berapakah pecahan kek yang tinggal?

Page 4: Pembolehubah,Instrumen,Kebolehpercayaan Dan Kesahan

[2 marks]

5. Ms. Fatimah has 315 067 red marbles in his shop. The difference in number between red marbles and blue marbles is 2085. If there are less red marbles in the shop, what is the number of blue marbles?

[2 marks]

6. Petak segi empat sama dalam Rajah 1 di bawah dibahagikan kepada 4 bahagian yang sama besar. Rajah 1 Apakah pecahan tak wajar yang mewakili rajah yang berlorek berdasarkan rajah di atas ?

[ 2 markah ]

7. Ramli has RM13 000. He buys a fridge for RM 5 430 and one closet which costs RM1 300. How much is his balance? Ramli ada RM13000. Dia membeli peti sejuk RM5430 dan almari pakaian RM1300. Berapakah wang yang tinggal?

[ 2 marks ]

8. Hasil darab bagi nombor P dan 25 adalah 82 000. Apakah nombor bagi P ?

[2 marks]

9. Three machines together make 12 550 chips in a day. How many chips can the machines make in a week? Tiga mesin membuat 12550 cip setiap hari. Berapakah bilangan cip yang boleh dibuat dalam seminggu?

[2 marks]

10. Tiga buah mesin dapat menghasilkan 12 550 cip dalam sehari. Berapa banyakkah cip yang boleh dihasilkan oleh mesin tersebut dalam masa seminggu?

Page 5: Pembolehubah,Instrumen,Kebolehpercayaan Dan Kesahan

[2 marks]

3. Kebolehpercayaan dan Kesahan 3. 1 Kebolehpercayaan 3.1.1 Ujian pra a) kumpulan murid berlainan sekolah - Bagi meningkatkan kebolehpercayaan item kajian, ujian pra digunakan. Dalam ujian pra, alat kajian diberikan kepada beberapa murid Tahun 5 daripada sekolah bersebelahan secara berasingan atau berkumpulan. Individu yang diberi ujian pra mempunyai latar belakang demografi yang sama iaitu :

I. Murid terdiri daripada mereka yang mempunyai pengetahuan asas tentang matematik. Disebabkan kumpulan responden terdiri daripada murid di kelas pertengahan, maka ujian pra juga terdiri daripada murid di kelas pertengahan.

II. Latar belakang dan lokasi sekolah yang sama dengan responden iaitu di bandar. III. Bilangan yang menjawab item mengikut jantina adalah sama.

b) Guru - Ujian pra ini juga akan diberikan kepada guru-guru yang mahir dalam

matematik. Ini membolehkan maklumbalas tentang kesesuaian item untuk alat kajian. Arahan dan cara menjawab item soalan akan diberitahu sebeluj ujian dijalankan. Sebarang persoalan dan kurang kefahaman berkenaan item akan dapat dikenalpasti untuk penambahbaikan item dan sesi ujian. 3.1.2 Kaedah Pemisahan Separa Kaedah mendapatkan kebolehpercayaan yang tinggi ialah melalui analisis item secara pemisahan separa (split-half). Item-item dalam ujian dipisahkan kepada dua kumpulan item secara rawak atau secara nombor ganjil atau genap, dengan mengira jumlah skor bagi kedua-dua kumpulan tersebut. Jika nilai korelasi bagi kedua-dua skor tersebut tinggi, maka item-item ujian ini dikatakan mempunyai kebolehpercayaan dalaman yang tinggi.

Item-item ujian dipisahkan secara genap dan ganjil.

Konsep kaedah pemisahan separa

Item-item ujian mengikut nombor ganjil (odd no.) 1,3,5,7,9

Item-item ujian mengikut nombor genap (even no.) 2,4,6,8,10

Kumpulan skor nombor ganjil (odd no.)

Skor kumpulan skor nombor genap (even no.)

Nilai korelasi

Page 6: Pembolehubah,Instrumen,Kebolehpercayaan Dan Kesahan

Terdapat 10 item di dalam ujian maka, item dibahagikan kepada dua kumpulan – genap dan ganjil. Nilai korelasinya bagi kedua-dua kumpulan mestilah tinggi demi menjamin kebolehpercayaan yang tinggi. 3.2 Kesahan

Kesahan sesuatu ujian merujuk kepada sejauh mana ujian berkenaan dapat mengumpul maklumat berkaitan bidang yang ditetapkan. Dengan perkataan lain, sesuatu ujian itu dikatakan sah, sekiranya ujian berkenaan boleh mengukur sesuatu yang sebenarnya hendak diukur atau sepatutnya diukur.

a) blue print Cara yang baik untuk meningkatkan dan memastikan kesahan sesuatu ujian ialah dengan menyediakan blue print, atau rancangan persediaan yang dinamakan Jadual Penentuan Ujian (JPU). JPU ini dapat memastikan kesahan isi ujian yang akan disediakan. Di dalam JPU, tajuk yang hendak diuji hendaklah ditetapkan di peringkat objektif mengikut Taksonomi Bloom atau Taksonomi yang seumpamanya, di mana bilangan soalan bagi tiap-tiap satu objektif dan tajuk. Penentuan objektif pelajaran ataupun aras-aras kemahiran bergantung kepada matapelajaran, tajuk-tajuk yang diuji serta peringkat kebolehan murid yang menduduki ujian itu. Ini bermakna penelitian dan kefahaman isi kandungan tiap-tiap tajuk dalam sukatan pelajaran perlu diberi perhatian. b) Korelasi item – mengikut trait soalan dan model Polya Bagi meningkatkan kesahan gagasan ialah dengan mencari korelasi di antara markah pada ujian yang dibentuk dengan markah ujian tentang trait yang diperkatakan itu. Dalam teknik Polya, kaedah penyelesaian masalah bergantung kepada kajian-kajian heuristik. Ini penting dalam menentukan kesahan gagasan. Antara contoh yang dikatakan mengukur heuristic ialah heuristik secara teka dan uji / cuba jaya, heuristic menggunakan gambarajah, heuristik mencari pola, heuristik bekerja ke belakang secara songsang, heuristik membuat jadual/carta/graf, heuristik memudahkan masalah dan heuristik analogy. Ukuran bagi korelasi markahnya dengan satu markah bagi ujian lain yang mengukur trait dan heuristik yang sama. c) Kesahan gagasan – kumpulan rawatan (eksperimen) dan kumpulan kawalan Kesahan gagasan boleh ditingkatkan dengan mencubakan ujian ini kepada satu kumpulan yang diketahui mempunyai trait yang sama dan setara. Murid yang dipilih sebagai responden iaitu kumpulan 1 rawatan (eksperimen) dan kumpulan 2 kawalan mempunyai trait yang sama dan setara. d) Kriteria responden – murid yang sederhana, tidak terlalu pandai, ada pengetahuan asas Langkah utama bagi mendapatkan kesahan ini ialah menentukan kriteria tentang apa yang dikatakan kemampuan atau kejayaan di dalam sesuatu perkara yang diramalkan itu. Perlu diketahui apakah ciri-ciri yang ada pada murid yang mengambil ujian ini. Setiap murid mestilah mempunyai pengetahuan asas dalam matematik, tidak pernah gagal dalam ujian matematik sebelumnya, mendapat sekurang-kurangnya 60% markah ujian sebelumnya, berkemampuan untuk menggalakkan diri mempelajari teknik Polya ini dengan jayanya.

Page 7: Pembolehubah,Instrumen,Kebolehpercayaan Dan Kesahan

f) Korelasi ujian Cara yang ideal bagi meningkatkan kesahan ialah mencari korelasi di antara ujian yang diberi sebelum murid itu melalui pembelajaran teknik Polya yang berkenaan dengan perlakuan yang di dalam konteks kriteria pada akhir pembelajaran. Kesahan ujian itu boleh diterima jikalau didapati murid yang tinggi markah dalam ujian itu mencapai prestasi yang dikehendaki di dalam kretiria itu, dan calon yang rendah markahnya tidak menunjukkan prestasi di dalam kretiria itu.

Kesahan dalam kajian