Mariani Md Nor • Putri Lily Baharudin - · PDF filedi tadika. Informasi ... tentang isu...

1
Mariani Md Nor • Putri Lily Baharudin 9 789673 491964 ISBN 978-967-349-196-4 Buku ini memberi informasi asas tentang program pendidikan awal kanak-kanak bagi konteks dalam dan luar negara. Ia merangkumi maklumat mengenai program pendidikan awal kanak-kanak itu sendiri, pendekatan pengajaran yang sesuai, perancangan yang sistematik, rekabentuk kurikulum dan penilaian kurikulum serta pemerhatian kanak-kanak. Buku ini dimulakan dengan bab pengenalan mengenai program pendidikan awal kanak-kanak yang menceritakan tentang sejarah perkembangan pendidikan awal kanak-kanak dan jenis program yang wujud dalam negara. Bab ini diikuti dengan pendekatan pengajaran dan perancangan pendidikan awal kanak-kanak. Bab ini menyentuh tentang beberapa strategi dan pendekatan yang boleh digunapakai dalam proses pengajaran dan pembelajaran di tadika. Informasi seterusnya membincangkan tentang isu kurikulum yang menerangkan tentang proses pembinaan kurikulum itu sehinggalah kepada penilaian bagaimana kurikulum tersebut perlu dilaksanakan dalam memastikan keberkesanannya. Tidak kurang pentingnya bab berikut adalah tentang penerangan asas tentang isu pemerhatian kanak-kanak. Untuk setiap bab buku ini, terdapat contoh-contoh yang boleh diteliti oleh pembaca untuk meningkatkan lagi pemahaman masing-masing. Buku ini diharap dapat memberi informasi terkini dan berguna untuk pembaca yang terdiri dari pendidik, ibu bapa, guru, pelajar kolej/universiti dan seterusnya pihak yang berkenaan tentang dunia pendidikan awal kanak-kanak. PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK ASAS PROGRAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

Transcript of Mariani Md Nor • Putri Lily Baharudin - · PDF filedi tadika. Informasi ... tentang isu...

Page 1: Mariani Md Nor • Putri Lily Baharudin - · PDF filedi tadika. Informasi ... tentang isu pemerhatian kanak-kanak. Untuk setiap bab buku ini, terdapat contoh-contoh yang boleh diteliti

Mariani Md Nor • Putri Lily Baharudin9 789673 491964

ISBN 978-967-349-196-4

Buku ini memberi informasi asas tentang program pendidikan awal kanak-kanak bagi konteks dalam dan luar negara. Ia merangkumi maklumat mengenai program pendidikan awal kanak-kanak itu sendiri, pendekatan pengajaran yang sesuai, perancangan yang sistematik, rekabentuk kurikulum dan penilaian kurikulum serta pemerhatian kanak-kanak.

Buku ini dimulakan dengan bab pengenalan mengenai program pendidikan awal kanak-kanak yang menceritakan tentang sejarah perkembangan pendidikan awal kanak-kanak dan jenis program yang wujud dalam negara. Bab ini diikuti dengan pendekatan pengajaran dan perancangan pendidikan awal kanak-kanak. Bab ini menyentuh tentang beberapa strategi dan pendekatan yang boleh digunapakai dalam proses pengajaran dan pembelajaran di tadika.

Informasi seterusnya membincangkan tentang isu kurikulum yang menerangkan tentang proses pembinaan kurikulum itu sehinggalah kepada penilaian bagaimana kurikulum tersebut perlu dilaksanakan dalam memastikan keberkesanannya. Tidak kurang pentingnya bab berikut adalah tentang penerangan asas tentang isu pemerhatian kanak-kanak. Untuk setiap bab buku ini, terdapat contoh-contoh yang boleh diteliti oleh pembaca untuk meningkatkan lagi pemahaman masing-masing.

Buku ini diharap dapat memberi informasi terkini dan berguna untuk pembaca yang terdiri dari pendidik, ibu bapa, guru, pelajar kolej/universiti dan seterusnya pihak yang berkenaan tentang dunia pendidikan awal kanak-kanak.

PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

ASA

S PROG

RAM

PEND

IDIKA

N AW

AL KA

NA

K-KAN

AK