pemuliharaan

40
PEMULIHARAAN

description

sains teknologi dan masayrakat sce3143

Transcript of pemuliharaan

  • PEMULIHARAAN

  • PEMULIHARAAN Usaha-usaha untuk melestarikan bekalan sumber alam yang telah diteroka menerusi usaha-usaha memelihara dan membaik pulih sumber setelah digunakan.

  • 1.PEMULIHARAAN AIR2. PEMULIHARAAN TANAH3. PEMULIHARAAN HUTAN4. HIDUPAN LIAR

  • PEMULIHARAAN AIR

  • Definisi pencemaran air - Sebarang perubahan sama ada secara langsung atau tidak langsung kepada sifat-sifat fizik, kimia, biologi atau aras-aras radiasi mana-mana bahagian alam sekeliling dengan melepaskan, mengeluarkan atau meletakkan bahan juga sisa buangan hingga menjejaskan kegunaan-kegunaan berfaedah, yang menimbulkan sesuatu keadaan berbahaya atau mungkin berbahaya kepada kesihatan, keselamatan atau kebajikan awam atau organisma-organisma lain seperti tumbuhan dan haiwan. Punca pencemaran air Pembuangan Sampah-sarap Pembuangan Sisa daripada kilang Penerokaan

  • Definisi pemuliharaan air - merujuk kepada mengurangkan penggunaan air dan kitar semula air sisa untuk tujuan yang berbeza seperti pengairan pembersihan, manifacturing dan pertanian.

    Definisi kecekapan air - pencapaian fungsi, tugas, proses, atau hasil dengan jumlah minimum air dilaksanakan, atau penunjuk hubungan antara jumlah air yang diperlukan untuk tujuan tertentu dan jumlah air yang digunakan, menduduki atau diserahkan.

  • MATLAMAT i) kemapanan Untuk memastikan ketersediaan generasi akan datang, pengeluaran air tawar dari sebuah ekosistem tidak boleh melebihi kadar penggantian semula jadi.ii) pemuliharaan tenaga Mengepam air, penghantaran, dan kemudahan rawatan air sisa menggunakan sejumlah besar tenaga. Contoh - California 15% dikhaskan oleh pengurusan air

  • MATLAMAT iii) pemuliharaan habitat memelihara habitat air tawar untuk hidupan liar tempatan dan unggas air yang berhijrah, serta mengurangkan keperluan untuk membina empangan baru dan infrastruktur lencongan air yang lain.

  • TEKNOLOGI PEMULIHARAAN AIR 1. Proses NEWater - Merupakan proses rawatan semula air yang telah diamalkan di negara Singapura akibat bekalan air yang terhad. - NEWater bermaksud air sisa kumbahan yang telah dirawat. - Terdapat tiga proses utama yang digunakan untuk menghasilkan Newater (i) Penurasan mikro (Microfiltration) (ii) Osmosis Songsang (Reverse Osmosis) (iii) Teknologi Sinaran Ultra-violet Penyahjangkitan (Ultraviolet light disinfection technologies).

  • TEKNOLOGI PEMULIHARAAN AIR

    2. Proses Rawatan Air Intake (pengambilan) : Untuk proses ini, pam diperlukan untuk mengepam air masuk ke pusat rawatan. Air diperolehi daripada sungai, tasik, laut dll.

    Aeration (Pengudaraan) : Proses ini bertujuan untuk menyingkirkan bahan-bahan organik dengan memberi aliran udara kepada air tersebut. Hidupan-hidupan organik yang terkandung di dalam air tersebut akan mula mengalami proses penguraian apabila menerima oksigen.

  • Coagulation (Kogulasi) : Proses ini bertujuan untuk mengumpul bahan-bahan terampai. Prosesnya adalah melalui penambahan bahan kimia yang berfungsi untuk memberi daya tarikan kepada partikel-partikel terampai tersebut.

    - Flocculation (Flokulasi) : Proses ini adalah kesinambungan daripada proses sebelum ini. Tujuannya adalah untukmembenarkan floc terbentuk. Floc adalah keadaan di mana partikel-partikel itu membentuk kumpulan yang lebih besar dan berat.

  • Sedimentation (Pemendapan) : Proses ini bertujuan untuk memendapkan partikel-partikel berat yang terhasil daripada 2 proses sebelum ini. Partikel-partikel itu kemudiannya boleh dibuang daripada air tersebut.

    - Filtration (Penapisan) : Tujuannya adalah untuk menapis bahan-bahan yang tidak boleh dibuang melalui proses sebelum ini. Bahan-bahan yang terlepas akan ditapis dan dibuang di proses ini.

  • Chlorination (Penklorinan) : Proses membunuh kuman-kuman yang terdapat di dalam air tersebut dengan menambah klorin di dalamnya. Tetapi bukan semua kuman dapat dibunuh, dan disebabkan itu kita perlu untuk memasak air sebelum dibunuh kerana bakteria-bakteria dapat dibunuh apabila suhu air mencapai tahap yang tertentu seperti 100 darjah celcius.

  • 3. Sistem Penuaian Air Hujan (SPAH) (SPAH) adalah salah satu daripada "Best Management Practice (BMP)" yang diamalkan di Malaysia. Sistem ini adalah bertujuan untuk melambatkan aliran air larian permukaan. Kawasan tadahan bagi sistem ini adalah keluasan bumbung bangunan. Bekalan air ini digunakan untuk mencuci kereta, menyiram tanaman, menyimbah tandas dll. SPAH yang ringkas hanya menggunakan tong kecil sahaja untuk menyimpan air hujan. Sistem ini mempunyai dua fungsi utama: (i) On Site Detention Melambatkan aliran air permukaan dengan menahan seketika air hujan. (ii) Penuaian Air Hujan. Bertindak sebagai tangki yang berfungsisebagai bekalan air hujan.

  • Kebaikan Dapat menjimatkan penggunaan air bersih kira-kira 30% daripada penggunaan air bersih. - mengurangkan bil-bil air - melambatkan air larian permukaan - mengatasi masalah bekalan air di kawasan-kawasan pendalaman. - Kurangkan hakisan tanah atau banjir kilat. - Mudah kerana dilakukan secara persendirian

    Keburukan - Bekalan terhad. - Mengurangkan pendapatan sistem air awam. Tangki simpanan air hujan boleh membahayakan kanak-kanak yang bermain di sekelilingnya. Sistem penuaian air hujan memerlukan penjagaan dan pemeliharaan selepas dipasang iaitu ia mungkin tidak sesuai untuk semua pemilik rumah. kualiti air yang rendah kerana ia tidak mempunyai sistem penapisan atau penurasan air yang sistematik .

  • CARA PENJIMATAN AIR Baiki paip yang bocor. Jika dibiarkan kita akan membazir sehingga 90 liter air sehari. Tutup paip air sewaktu memberus gigi atau bercukur. Kita boleh menjimatkan hampir lima liter air seminit. Sebelum membeli peralatan air, kita perlu memeriksa kadar penggunaan air peralatan tersebut. Gunakan pancuran air daripada mencedok air dari takungan. Kita boleh menjimatkan dua pertiga daripada jumlah air yang digunakan.

  • Kumpul air hujan untuk menyiram bunga. 1000 liter air sejam akan digunakan sekiranya kita memakai air pancutan untuk tujuan yang sama. Gunakan air di dalam baldi untuk membersihkan kenderaan. Gunakan penyiram ketika menyiram pokok bunga. Gunakan air di dalam gelas ketika memberus gigi dan berkumur Gunakan tadahan air hujan untuk kegunaan harian. Pastikan pakaian penuh ketika menggunakan mesin basuh. Gunakan bekas ketika membersihkan sayur-sayuran

  • AKIBAT TIDAK MEMULIHARA AIR Putus bekalan air Penyakit Kemusnahan habitat haiwan Kehilangan tenaga Hilang punca makanan Sistem air bawah tanah tercemar

  • PEMULIHARAAN TANAH

  • PEMULIHARAAN TANAH Definisi pemuliharaan tanah - adalah satu set strategi pengurusan untuk pencegahan tanah menjadi terhakis dari permukaan bumi, menjadi kimia diubah oleh berlebihan, pengasidan, beralkali atau pencemaran kimia lain.

    Definisi pencemaran tanah - Pencemaran tanah bermaksud perbuatan atau bencana semula jadi yang berlaku kepada sesuatu kawasan sehingga kawasan tersebut telah bertukar warna, tidak subur atau berlakunya hakisan.

  • Ia boleh di bahagikan kepada dua jenis iaitu dalam bentuk cecair atau pepejal. Kebanyakan bahan pencemar ini adalah terdiri daripada organik atau kimia. Tahap pecemaran adalah serius apabila sesuatu kawasan tanah telah bertukar warna , tidak subur serta tumbuh-tumbuhan dikawasan tersebut menjadi layu. Kebanyakkan tanah yang tercemar adalah disebabkan oleh aktiviti-aktiviti manusia itu sendiri. Sebagai contoh ialah perlombongan, penebangan hutan yang menyebabkan aliran tanah dari darat ke laut, pembuangan sampah-sarap, sisa toksik dan kumbahan yang tidak terkawal,dan tumpahan minyak dan pembuangan sisa nuklear ke dalam laut.

  • KESAN TIDAK MEMULIHARA TANAH perubahan iklim pencemaran air cerun tidak stabil kemusnahan hutan hakisan dan pemendapan

  • LANGKAH PEMULIHARAAN TANAH i. Tanaman tutup bumi seperti tanaman kekacang dan rumput ditanam di lereng bukit antara barisan-barisan getah dan kelapa sawit. Kaedah ini adalah bertujuan untuk mengurangkan kejadian hakisan tanih dan mengekalkan kesuburan tanih. ii. Penggunaan baja organik Petani-petani digalakkan supaya menggunakan baja organik atau baja asli daripada najis haiwan dan sisa tanaman untuk menggantikan penggunaan baja kimia. Selain menambahkan kesuburan tanah, baja organik adalah lebih murah, tidak perlu diproses, dan tidak mencemarkan alam sekitar. Contohnya, peladang lada hitam di Sarawak menggunakan guano, iaitu campuran najis burung dan kelawar sebagai baja.

  • LANGKAH PEMULIHARAAN TANAH iii. Kaedah biologi Peladang kelapa sawit di negara kita menggunakan kaedah biologi untuk mengawal makhluk perosak. Kaedah biologi ini dapat mengurangkan penggunaan racun serangga dan racun rumpai yang akan mencemarkan alam sekitar. Contohnya, di ladang kelapa sawit, ular, burung hantu, dan burung helang digunakan untuk menangkap tikus, burung, dan tupai yang merosakkan buah kelapa sawit.

    iv. Pertanian tetap Kerajaan menggalakkan petani-petani tradisional yang mengamalkan pertanian pindah supaya mengubah cara penanaman mereka kepada pertanian tetap. Langkah ini bertujuan untuk mengelakkan kemusnahan kawasan hutan yang berharga dan mengurangkan hakisan tanih

  • LANGKAH PEMULIHARAAN TANAH v. Melandaikan cerun dan membuat tarahan Pembinaan jalan raya dan lebuh raya di kawasan cerun curam kini dilakukan dengan lebih terancang untuk mengurangkan kesan terhadap alam sekitar. Kawasan cerun bukit yang curam akan dilandaikan untuk mengurangkan hakisan tanih dan kejadian tanah runtuh. Kawasan tebing curam kaki bukit pula akan ditarah untuk mengurangkan kecerunan jalan raya yang dibina melalui kawasan tanah tinggi.

    vi. Pembinaan tembok konkrit dan longkang konkrit Tembok konkrit dibina di kawasan cerun bukit yang telah ditarah untuk mengurangkan hakisan tanih. Aliran air di kawasan cerun yang telah ditarah pula diperbaiki melalui pembinaan longkang konkrit untuk mengelakkan air bertakung dan seterusnya gelongsoran tanah dapat dielakkan di kawasan tersebut.

  • LANGKAH PEMULIHARAAN TANAH

    vii. Kaedah Phytoremediation. Kaedah pemulihan tanah tercemar dengan menanam tumbuhan yang khusus di tapak tanah tercemar. Tumbuhan bertindak dengan menyerap bahan bahan toksik melalui akar. Ia boleh digunakan untuk menyingkirkan logam berat, pestisid, pelarut organik, sisa bahan letupan dan minyak mentah yang mencemari tanah.

  • PEMULIHARAAN HUTAN

  • PEMULIHARAAN HUTAN Definisi pemuliharaan hutan - usaha yang diambil bagi memulihkan kawasan hutan yang telah musnah dan hidupan liar yang diancam kepupusan.

    Ancaman hutan - penebangan pemusnahan

    Faktor pokok digunakan sebagai arang untuk bahan api dibersihkan untuk digunakan sebagai padang rumput bagi ternakan, perladangan komoditi, dan penempatan

  • KEPENTINGAN HUTAN

    Habitat flora dan fauna Pembekal makanan Pembekal ubat-ubatan Pembekal bahan mentah Tempat Rekreasi Sumber penyelidikan Sumber Pendapatan Mengurangkan pencemaran udara dan mengawal edaran gas Mengawal banjir, hakisan tanah dan tanah runtuh Memerangkap nutrien, sedimen dan bahan-bahan toksik pengawal iklim

  • LANGKAH PEMULIHARAAN HUTAN

    Penghutanan semula Ladang hutan Pengurusan Hutan Secara Lestari Penyelidikan Hutan Kitar dan Guna Semula

  • PEMULIHARAAN HIDUPAN LIAR

  • Definisi pemuliharaan hidupan liar - usaha pengurusan hidupan liar secara bijaksana supaya hidupan ini dapat dikekalkan untuk generasi yang akan datang.

    Hidupan liar di malaysia yang terancam 42 spesis mamalia 34 spesis burung 14 spesis reptilia 14 spesis ikan

    Sebab kepupusan perdagangan haiwan liar pemburuan haiwan

  • KEPENTINGAN HIDUPAN LIAR Ubat-ubatan: Semua ubat-ubat tradisi dan sebahagian besar daripada bahan kimia ubat moden diperoleh daripada haiwan. Masih terdapat banyak spesies haiwan yang belum sempat dikaji tetapi mempunyai potensi untuk merawat penyakit-penyakit seperti barah, AIDS dan sebagainya. Sumber bahan mentah: Hasil keluaran seperti kulit haiwan , madu , rotan , damar dan sebagainya berasal daripada tumbuhan dan haiwan Keseimbangan alam sekitar: haiwan memainkan peranan yang sangat penting dalam siratan makanan dan keseimbangan alam

  • KEPENTINGAN HIDUPAN LIAR

    Rekreasi: Kepelbagaian haiwan mengekalkan keindahan semula jadi alam sekitar untuk aktiviti riadah dan rekreasi manusia. Juga ia menjadi satu daya tarikan kepada pelancong dan menyumbang kepada ekonomi negara.

    Ekonomi: hasil keluaran haiwan memberikan pendapatan kepada negara.

  • LANGKAH PEMULIHARAAN HIDUPAN LIAR Mewujudkan kawasan hutan simpanan untuk memelihara hidupan liar. Contohnya , hutan dara , hutan simpanan , dan taman negara ( T.N. Pahang; T.N. Kinabalu di Sabah; T.N. Bako , T.N. Mulu dan T.N. Niah di Sarawak )

    Memindahkan tumbuhan yang diancami kepupusan untuk ditanam di kebun khusus atau aboretum dalam usaha pemeliharaan.

  • LANGKAH PEMULIHARAAN HIDUPAN LIAR

    Melindungi hidupan liar di hutan paya bakau dengan mewujudkan hutan simpanan paya bakau, misalnya di Matang (Perak) dan Pulau Kukup (Johor).

    Mendirikan pusat pembiakan haiwan yang terancam dengan kepupusan , seperti ikan dan penyu ( di pantai timur ) ,tuntung ( Perak ) dan orang utan ( Sabah dan Sarawak ) .Pusat-pusat ini akan membiakkan haiwan - haiwan tersebut untuk dikembalikan kepada habitat asalnya .

  • LANGKAH PEMULIHARAAN HIDUPAN LIAR

    Taman marin didirikan untuk melindungi hidupan laut. Contohnya taman-taman marin di Pulau Redang, Pulau Tioman, pulau Paya, Pulau Perhentian dan Pulau Tinggi

    Mengisytiharkan hidupan yang terancam dengan kepupusan sebagai spesies terpelihara dan tiada siapa pun dibenarkan menangkap, menembak atau menjualnya.

    Antara spesies-spesies terpelihara ialah orang utan, siamang, kera , badak Sumatera dan harimau

  • LANGKAH PEMULIHARAAN HIDUPAN LIAR

    Menguatkuasakan undang-undang untuk melindungi hidupan liar.

    Mengawal aktiviti pembalakan untuk mengurangkan pemusnahan habitat hidupan liar.

    Penghutanan semula, iaitu menanam semula hutan dengan anak benih baru setelah pokok balak ditebang.

  • LANGKAH PEMULIHARAAN HIDUPAN LIAR

    Pendidikan: Mendidik pelajar sekolah dan orang ramai tentang kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan hidupan liar.

    Mengawal pencemaran sungai dan laut yang memusnahkan habitat hidupan air.

  • SEKIAN. TERIMA KASIH..SAVE OUR PLANET