Penda Hulu An

16
1. PENDAHULUAN Pemupukan budaya cintakan bangsa dan negara adalah satu usaha merealisasikan Gagasan 1Malaysia. Lantaran itu, pelbagai aktiviti dilaksanakan bagi menerapkan semangat sebegini seawal mungkin dalam diri kanak-kanak. Oleh yang demikian, Kementerian pelajaran Malaysia telah memutuskan supaya aktiviti 1Malaysia dilaksanakan di peringkat prasekolah dengan menggunakan sumber kewangan dan keupayaan sumber manusia yang sedia ada di sekolah masing-masing. Gagasan untuk membina kekuatan melalui perpaduan nasional dan semangat kerjasama merupakan hasrat 1Malaysia. Dari itu, pendidikan awal di prasekolah mestilah memberi keutamaan kepada usaha-usaha memupuk dan mengekalkan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat, baik semasa proses pengajaran dan pembelajaran, mahu pun dalam aktiviti sokongan kurikulum. Sewajarnya Modul Aktiviti 1Malaysia Peringkat Prasekolah ini amat relevan dijadikan panduan untuk guru bagi tujuan perancangan dan pelaksanaan aktiviti 1Malaysia di peringkat prasekolah. Adanya aktiviti yang dirancang diharap dapat dijalankan ddengan jayanya dan mencapai objektif memupuk perpaduan di peringkat prasekolah selain dapat meningkatkan keyakinan diri serta menerapkan unsur keseronokan di dalam pembelajaran secara tidak formal ke dalam setiap jiwa kanak-kanak 1

description

pendahuluan

Transcript of Penda Hulu An

1. PENDAHULUAN

Pemupukan budaya cintakan bangsa dan negara adalah satu usaha merealisasikan Gagasan 1Malaysia. Lantaran itu, pelbagai aktiviti dilaksanakan bagi menerapkan semangat sebegini seawal mungkin dalam diri kanak-kanak. Oleh yang demikian, Kementerian pelajaran Malaysia telah memutuskan supaya aktiviti 1Malaysia dilaksanakan di peringkat prasekolah dengan menggunakan sumber kewangan dan keupayaan sumber manusia yang sedia ada di sekolah masing-masing. Gagasan untuk membina kekuatan melalui perpaduan nasional dan semangat kerjasama merupakan hasrat 1Malaysia. Dari itu, pendidikan awal di prasekolah mestilah memberi keutamaan kepada usaha-usaha memupuk dan mengekalkan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat, baik semasa proses pengajaran dan pembelajaran, mahu pun dalam aktiviti sokongan kurikulum.

Sewajarnya Modul Aktiviti 1Malaysia Peringkat Prasekolah ini amat relevan dijadikan panduan untuk guru bagi tujuan perancangan dan pelaksanaan aktiviti 1Malaysia di peringkat prasekolah. Adanya aktiviti yang dirancang diharap dapat dijalankan ddengan jayanya dan mencapai objektif memupuk perpaduan di peringkat prasekolah selain dapat meningkatkan keyakinan diri serta menerapkan unsur keseronokan di dalam pembelajaran secara tidak formal ke dalam setiap jiwa kanak-kanak serta dapat membina pengetahuan melalui penemuan dan penerokaan kendiri.

Secara tak langsung aktiviti ini memberi impak positif kepada kanak-kanak prasekolah dalam meningkatkan keyakinan diri serta dapat memperkembangkan potensi mereka secara menyeluruh dan bersepadau dalam aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.

2. OBJEKTIF AKTIVITI

Bagi mencapai visi dan matlamat negara serta mewujudkan satu masyarakat yang bersatu padu dan mempunyai semangat cintakan negara berasaskan Perlembagan Negara dan Rukun Negara. Secara tidak langsung memberi pendedahan kepada kanak-kanak prasekolah dengan sikap dan semangat saling menghormati ke arah membentuk satu Negara Bangsa.

i) Pendidikan awal di prasekolah mestilah memberi keutamaan kepada usaha usaha memupuk dan mengekalkan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat, baik semasa proses pengajaran dan pembelajaran, mahupun dalam aktiviti sokongan kurikulum.ii) Penerapan kesemua nbilai 1Malaysia bermula pada peringkat prasekolah yang terdiri daripada pelbagai kaum dalam usaha kearah meralisasikan 1Malaysia.iii) Memupuk jalinan sosial yang kukuh melalui proses mengenali dan memahami budaya dan agama masing-masing seawall usia yang mungkin. Kanak-kanak ini juga didedahkan dengan budaya di luar lingkungan masing-masing demi mencapai perpaduan negara dan persefahaman sesama mereka.iv) Membolehkan knak-kanak berbilang kaum menghayati nilai-nilai hidup bermasyarakat dan membolehkan mereka memahami adat dan budaya yang pelbagai.v) Menyemai nilai-nilai dan semangat kekitaan, jati diri serta patriotism dalam diri kanak-kanak sejak dari awal lagi.vi) Menjadikan prasekolah sebagai institusi sosial awal yang berpaksikan perpaduan antara kaum di Malaysia.

3. PERLAKSANAAN

3.1 TAKWIM PERLAKSANAAN AKTIVITIBIL. AGENDATARIKH

1. Pusat Kreatif 1Malaysia Prasekolah

i. Membuat bendera menggunakan paper crepeii. Mengenali bunga kebangsaan negara Bunga Rayaiii. Pameran hasil kerja murid28.08.201326.08.2013Sepanjang bulan kemerdekaan

2. Sambutan Hari Kemerdekaan

i. Nyanyian Lagu Tanggal 31

ii. Pertandingan mewarna

iii. Menghasilkan buku skrap berkumpulan Perdana Menteri Malaysia28.08.201327.08.2013

30.08.2013

3. Perayaan 1Malaysia

i. Membuat kraftangan ketupat

ii. Membuat Bendera Tangan Gergasi

iii. Persembahan tarian 1Malaysia30.08.2013

29.08.2013

28.08.2013

4. Sambutan Hari Malaysia

i. Menonton tayangan video sepanjang sambutan Hari Malaysia Rapat Raksasa17.09.2013

5. Kenegaraan

i. Menyanyikan lagu Negaraku

ii. Melafazkan ikrar Rukun NegaraSepanjang bulan kemerdekaan

3.2 PERLAPORAN AKTIVITI

Pusat Kreatif 1 Malaysia Prasekolah

i) Membuat bendera menggunakan paper crepe. Murid ditunjukkan hasil kolaj bendera Malaysia menggunakan paper crepe. Kemudian, murid diperkenalkan dengan satu persatu bahan-bahan yang digunakan untuk membuat kolaj. Setelah murid memahami kegunaan bahan-bahan tersebut guru menunjukkan pula cara menghasilkan kolaj langkah demi langkah. Selesai tunjuk cara, guru mengagihkan bahan-bahan dan gambar bendera Malaysia untuk murid mencuba sendiri menghasilkan kolaj bendera Malaysia menggunakan paper crepe.

ii) Mengenali bunga kebangsaan negara Bunga Raya

Murid ditunjukkan dengan bunga raya sebenar. Penerangan mengenai bunga raya seperti warna, bilangan kelopak dan definisi serta kaitan bunga raya dengan Rukun Negara dijelaskan kepada murid. Pelbagai jenis bunga raya ditunjukkan kepada murid. Sesi soal jawab dilaksanakan bagi memastikan murid memahami dan mengenali bunga kebangsaan negara itu.

iii) Pameran hasil kerja murid.

Semua hasil kerja murid yang terbaik akan dipilih oleh guru untuk dipamerkan. Pameran dibahagikan kepada dua bahagian. Bahagian luar kelas di mana hasil kerja murid akan digantung untuk dipamerkan kepada ibu bapa atau penjaga murid. Manakala bahagian dalam kelas pula adalah hasil kerja murid lain yang tidak dipamerkan di luar kelas yang mana hasil tersebut telah ditegur oleh guru dan diperbaiki dahulu sebelum dipamerkan.Sambutan Hari Kemerdekaan

i) Nyanyian Lagu Tanggal 31

Murid diajar membaca terlebih dahulu lirik lagu Tanggal 31 baris demi baris, rangkap demi rangkap. Setelah murid menguasai lirik, murid diperdengarkan dengan lagu tersebut. Murid dilatih untuk menyanyikan lagu Tanggal 31 menggunakan melodi mudah iaitu laalaalaalaa. Apabila murid telah menguasai melodi lagu tersebut barulah guru akan melatih murid untuk menyanyikan lagu Tanggal 31 dengan iringan muzik.

ii) Pertandingan Mewarna

Murid ditunjukkan dengan bahan yang perlu diwarnakan dan contoh hasil warna terbaik sebagai panduan murid prasekolah. Masa ditetapkan agar murid dapat menyiapkan kerja yang diberikan dalam masa yang telah ditetapkan.

iii) Buku Skrap Perdana Menteri Malaysia

Murid diperkenalkan dengan keenam-enam perdana menteri Malaysia dan gelaran setiap mereka. Kemudian murid diberi peluang untuk menyusun mengikut hierarki yang betul keenam-enam perdana menteri Malaysia tersebut. Sesi soal jawab bagi mengukuhkan lagi pengetahuan murid mengenai perdana menteri Malaysia turut dilaksanakan.

Perayaan 1Malaysia

i) Membuat kraftangan (Ketupat)

Murid ditunjukkan dengan gambar ketupat. Langkah demi langkah ditunjukkan kepada murid cara untuk membuat ketupat. Murid diberikan kertas dan diminta untuk mewarna kertas tersebut kepada dua warna iaitu kuning dan hijau. Selepas selesai mewarna murid diminta untuk membuat ketupat mengikut langkah yang ditunjukkan oleh guru.

ii) Bendera Tangan Gergasi

Bendera Tangan Gergasi ditunjukkan kepada murid. Warna pada bendera diperkenalkan. Murid ditunjukkan cara mewarna dan menggunting dengan betul.

iii) Persembahan Tarian 1Malaysia

Murid ditunjukkan tarian rampaian 1Malaysia. Setiap murid dibahagikan dalam beberapa kumpulan. Setiap kumpulan akan dilatih cara menari mengikut tarian tradisional tertentu. Murid kemudiannya akan membuat persembahan tarian rampaian seperti yang telah mereka lakukan.

Sambutan Hari Kemerdekaan

i) Menonton Tayangan Video Hari Malaysia Rapat Raksasa

Murid menonton tayangan video mengenai perarakan Rapat Raksasa yang dijalankan di Sarawak. Murid bersoal jawab mengenai apa yang mereka tonton di dalam tayangan video tersebut.

Kenegaraan

i) Menyanyikan lagu Negaraku

Setiap pagi sebelum memulakan sesi pembelajaran murid akan menyanyikan lagu Negaraku terlebih dahulu. Setiap sebutan lirik yang salah akan diperbetulkan oleh guru.

ii) Melafazkan Ikrar Rukun Negara

Murid melafazkan ikrar rukun negara setiap kali selepas nyanyian lagu Negaraku. Seorang murid akan dipilih setiap kali pembacaan ikrar dilakukan bagi mengetuai lafaz ikrar.4. IMPAK

Aktiviti 1Malaysia banyak memberikan impak positif bukan sahaja kepada murid khasnya tetapi juga kepada guru dan ibu bapa khususnya. Contohnya, pembinaan sudut 1Malaysia di prasekolah membantu guru prasekolah menjadi lebih kreatif dan semua hasil kerja murid boleh dipamerkan. Manakala sambutan hari kemerdekaan pula yang memberi fokus kepada konsep perpaduan negara dengan menerapkan konsep integrasi nasional melalui proses penyatuan antara kaum yang berbeza latar belakang agar menjadi satu masyarakat yang terikat dengan norma dan nilai yang dikongsi bersama. Program ini diharapkan dapat menyemaikan semangat 1Malaysia dalam kalangan murid prasekolah sebagaimana yang diilhamkan oleh YAB Perdana Menteri.

Bagi aktiviti perayaan 1Malaysia pula, pelbagai aktiviti dianjurkan bagi membolehkan semangat 1Malaysia wujud dalam diri murid prasekolah. Malahan aktiviti yang dijalankan juga banyak menyemaikan semangat mengenali budaya kaum lain, hormat menghormati, menghargai, bersopan serta bersyukur atas segala yang berlaku.

Selain itu, aktiviti seperti sambutan hari Malaysia dilihat dapat memupuk perpaduan Nasional dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum dari Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Semangat patriotik dalam kalangan generasi muda dapat dibentuk dari peringkat prasekolah lagi. Melalui program sebegini juga kefahaman yang tepat mengenai asal usul kemerdekaan dan pembentukan Malaysia dapat meningkatkan lagi rasa tanggungjawab dan kecintaan terhadap tanah air.

Bagi aktiviti kenegeraan pula, Rukun Negara dan nyanyian lagu Negaraku diharapakan dapat menjadi pedoman kepada seluruh murid prasekolah seterusnya melahirkan murid yang bersatu padu, demokratik, adil, liberal dan saintifik tanpa mengira keturunan dan kepercayaan.

5. CADANGAN PENAMBAHBAIKANSebagai penambahbaikan program, guru akan memastikan program dijalankan sebaik sahaja bermulanya bulan kemerdekaan. Malahan aktiviti tidak hanya akan dijalankan pada sesi pembelajaran sahaja sebaliknya akan dijalankan juga semasa aktiviti perbualan pagi dan refleksi.Guru juga akan memastikan pada lain kali aktiviti sebegini boleh melibatkan pihak sekolah dan ibu bapa kepada murid prasekolah juga.

Disediakan Oleh;

_____________________

Azilah Abdul Rahman

(Guru Prasekolah Aliran BM)6. LAMPIRAN

Pusat Kreatif 1Malaysia Prasekolah

Sambutan Hari Malaysia

Perayaan 1Malaysia

Sambutan Hari KemerdekaanKenegaraan113