PENDAHULUAN

5
PENDAHULUAN Telekerja adalah satu pilihan cara bekerja yang moden dan mengalami pembaharuan seiiring dengan perkembangan teknologi maklumat dan telekomunikasi (ICT) yang sedang berkembang pesat di seluruh dunia. Telekerja secara lebih jelas bermaksud, suatu kaedah kerja baru yang membawa kerja te tempat pekerja (sama ada di rumah atau di pusat-pusat telekerja berhampiran) berbanding keadaan biasa yang memerlukan pekerja melakukan sebaliknya. Senario di Maktab Kerjasama Malaysia( MKM ) menunjukkan bahawa amalan kerja secara telekerja telah dilaksanakan dengan begitu berkesan. Hal ini dapat dibuktikan menerusi hasil pemerhatian saya sepanjang berada di Maktab Kerjasama Malaysia. Saya telah dapati bahawa kebanyakan unit di maktab tersebut menggunakan komputer, mesin faks, internet dan sebagainya untuk menjalankan urusan berkenaan kerja mereka. Bagi memantapkan amalan kerja secara telekerja di maktab tersebut, Maktab Kerjasama Malaysia telah mewujudkan pelan strategik ICT bagi tempoh 2008 sehingga 2015 dengan pelbagai sistem ICT utama seperti Sistem Mios (MKM Information Online System), Sistem ILMU (Integreted Library Management Utilities), Sistem Perakaunan SAGA (Standard Accounting System for Governmet Agencies), Sistem Aduan Pelanggan, Intranet, laman web MKM dan kiosk MKM. Sistem

Transcript of PENDAHULUAN

Page 1: PENDAHULUAN

PENDAHULUAN

Telekerja adalah satu pilihan cara bekerja yang moden dan mengalami

pembaharuan seiiring dengan perkembangan teknologi maklumat dan

telekomunikasi (ICT) yang sedang berkembang pesat di seluruh dunia. Telekerja

secara lebih jelas bermaksud, suatu kaedah kerja baru yang membawa kerja te

tempat pekerja (sama ada di rumah atau di pusat-pusat telekerja berhampiran)

berbanding keadaan biasa yang memerlukan pekerja melakukan sebaliknya.

Senario di Maktab Kerjasama Malaysia( MKM ) menunjukkan bahawa

amalan kerja secara telekerja telah dilaksanakan dengan begitu berkesan. Hal ini

dapat dibuktikan menerusi hasil pemerhatian saya sepanjang berada di Maktab

Kerjasama Malaysia. Saya telah dapati bahawa kebanyakan unit di maktab

tersebut menggunakan komputer, mesin faks, internet dan sebagainya untuk

menjalankan urusan berkenaan kerja mereka.

Bagi memantapkan amalan kerja secara telekerja di maktab tersebut,

Maktab Kerjasama Malaysia telah mewujudkan pelan strategik ICT bagi tempoh

2008 sehingga 2015 dengan pelbagai sistem ICT utama seperti Sistem Mios

(MKM Information Online System), Sistem ILMU (Integreted Library Management

Utilities), Sistem Perakaunan SAGA (Standard Accounting System for

Governmet Agencies), Sistem Aduan Pelanggan, Intranet, laman web MKM dan

kiosk MKM. Sistem yang diwujudkan ini bukan sahaja memberi manfaat yang

kepada para kakitangan MKM malah memberi kemudahan kepada para pelajar

dan pelanggan yang ingin berhubung terus dengan pihak MKM.

Justeru, melalui kajian yang sedang saya jalankan ini, ingin

diketengahkan permasalahan tentang, ‘Apakah faedah amalan kerja secara

telekerja dalam kalangan kakitangan Maktab Kerjasama Malaysia?’

Page 2: PENDAHULUAN

OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian yang akan saya jalankan adalah seperti berikut : -

Untuk mengumpulkan maklumat mengenai amalan telekerja yang

diamalkan oleh kakitangan Maktab Kerjasama Malaysia.

Untuk menganalisa perhubungan antara amalan telekerja yang

dilaksanakan di Maktab Kerjasama Malaysia dengan kualiti kerja yang

dapat dicapai.

Untuk mengenal pasti unit di Maktab Kerjasama Malaysia yang

melakukan tugasan secara telekerja.

Untuk megenal pasti manfaat yang diperolehi kakitangan Maktab

Kerjasama Malaysia menerusi amalan kerja secara telekerja.

Page 3: PENDAHULUAN

SAMPEL KAJIAN

Beberapa langkah yang telah saya lakukan bagi mendapatkan sampel kajian.

a) Untuk mendapatkan sampel kajian, borang soal selidik untuk temu bual

mengenai faedah amalan telekerja dalam kalangan kakitangan Maktab

Kerjasama Malaysia telah diedarkan kepada 10 orang kakitangan Maktab

Kerjasama Malaysia.

b) Tinjauan ke Unit Perkhidmatan Perpustakaan (UPP), Unit Kewangan dan

Akaun (UKA), Unit Perkhidmatan Domestik (UPD) dan tinjauan ke Pusat

Pendidikan Antarabangsa dan Pendidikan Tinggi bagi mendapatkan

pemerhatian yang lebih jelas mengenai amalan secara telekerja oleh

kakitangan unit-unit tersebut.

c) Saya juga telah melayari laman-laman web yang berkaitan dengan kajian

yang jalankan. Berikut merupakan senarai laman web : -

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp? y=2008&dt=1230&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_20.htm

http://www.jala.com/definitions.php

http://www.ehomemakers.net/my/aboutus.php?id=17

http://jtksm.mohr.gov.my/index.php? option=com_content&task=view&id=192&Itemid=198

http://www.mkm.edu.my/mkm/malay/index.php? option=com_content&task=view&id=515&Itemid=254

Page 4: PENDAHULUAN