Pendahuluasen (Blm Edit)

3
1.0 PENDAHULUAN Bahasa yang menjadi perantara untuk dituturkan dalam kalangan bangsa Melayu ialah bahasa Melayu. Bahasa Melayu tergolong dalam subkeluarga bahasa Melayu-Polinesia dan terletak di bawah rumpun Austronesia. Penyebaran bahasa ini di Kepulauan Melayu dan Lautan Pasifik menyebabkan Bahasa Melayu telah berkembang dan membentuk bahasa daerah masing-masing. Bahasa Melayu berada di bawah cabang keluarga Nusantara yang mempunyai kira-kira 200-300 pecahan bahasa di bawahnya. Para ahli bahasa telah membahagikan peringkat perkembangan bahasa Melayu sejak zaman awal penemuannya hingga kini kepada empat iaitu zaman bahasa Melayu purba, zaman bahasa Melayu kuno, zaman bahasa Melayu klasik dan zaman bahasa Melayu moden. Secara ringkasnya, berdasarkan pengklasifikasi zaman-zaman perkembangan, membuktikan bahawa bahasa Melayu Klasik berkembang dan mempunyai sejarah penyebarannya yang tersendiri. Sebelum huraian yang lebih mendalam diberikan terhadap bahasa Melayu Klasik, takrifan mengenai bahasa tersebut perlulah difahami terlebih dahulu. Kamus Dewan (2010 : 590) mentakrifkan perkataan klasik sebagai kesenian atau kesusasteraan yang lama, yang mempunyai sifat-sifat yang tidak lagi terpakai iaitu yang tinggi dan abadi nilainya. Berdasarkan takrifan tersebut ianya jelas mengambarkan bahawa bahasa Melayu Klasik telah diperakui kepenggunaannya pada suatu masa dahulu. Akan tetapi disebabkan perubahan masa dan zaman, bahasa ini tidak lagi menjadi wahana 1

description

se

Transcript of Pendahuluasen (Blm Edit)

Page 1: Pendahuluasen (Blm Edit)

1.0 PENDAHULUAN

Bahasa yang menjadi perantara untuk dituturkan dalam kalangan bangsa Melayu

ialah bahasa Melayu. Bahasa Melayu tergolong dalam subkeluarga bahasa Melayu-

Polinesia dan terletak di bawah rumpun Austronesia.  Penyebaran bahasa ini di

Kepulauan Melayu dan Lautan Pasifik menyebabkan Bahasa Melayu telah berkembang

dan membentuk bahasa daerah masing-masing. Bahasa Melayu berada di bawah

cabang keluarga Nusantara yang mempunyai kira-kira 200-300 pecahan bahasa di

bawahnya. Para ahli bahasa telah membahagikan peringkat perkembangan bahasa

Melayu sejak zaman awal penemuannya hingga kini kepada empat iaitu zaman bahasa

Melayu purba, zaman bahasa Melayu kuno, zaman bahasa Melayu klasik dan zaman

bahasa Melayu moden. Secara ringkasnya, berdasarkan pengklasifikasi zaman-zaman

perkembangan, membuktikan bahawa bahasa Melayu Klasik berkembang dan

mempunyai sejarah penyebarannya yang tersendiri.

Sebelum huraian yang lebih mendalam diberikan terhadap bahasa Melayu

Klasik, takrifan mengenai bahasa tersebut perlulah difahami terlebih dahulu. Kamus

Dewan (2010 : 590) mentakrifkan perkataan klasik sebagai kesenian atau

kesusasteraan yang lama, yang mempunyai sifat-sifat yang tidak lagi terpakai iaitu yang

tinggi dan abadi nilainya. Berdasarkan takrifan tersebut ianya jelas mengambarkan

bahawa bahasa Melayu Klasik telah diperakui kepenggunaannya pada suatu masa

dahulu. Akan tetapi disebabkan perubahan masa dan zaman, bahasa ini tidak lagi

menjadi wahana kepada para ilmuan dan pengkaji untuk menggunakannya atau

menyelidiki pertumbuhan dan perkembangannya.

Dr. Zaitul Azma telah mengatakan bahawa perkembangan bahasa Melayu Klasik

mempunyai perkaitan dengan perkembangan karya sastera. Perkembangan

kesusasteraan memberikan gambaran tentang sejarah silam sesuatu bangsa dari segi

kebudayaan dan keperibadian bangsa. Dalam masa yang sama bahasa Melayu

Klasik digunakan oleh pengarang untuk tujuan menghasilkan sesebuah karya dalam

bidang kesusasteraan, ketatanegaraan, kebudayaan, kemasyarakatan dan keagamaan.

Seiring dengan kemunculan bahasa Melayu Klasik, pengaruh Hindu dilihat mula hilang

sedikit demi sedikit sehinggalah ke abad ke-15.

1

Page 2: Pendahuluasen (Blm Edit)

Bahasa Melayu Klasik mula berkembang pada abad ke -13 dan ke -14. Buktinya

ialah penemuan beberapa buah prasasti. Ketika itu juga bahasa Melayu Klasik telah

digunakan sebagai lingua-franca iaitu pada zaman kerajaan Melayu Melaka.

Penggunaan bahasa Melayu Klasik ini jelas dalam aktiviti perdagangan dan penyebaran

agama Islam.

Menurut Ismail Hussein (1966), bahasa Melayu Klasik bermula sekitar abad ke-

13 dan ke-14 dan beliau menyebutnya sebagai zaman peralihan apabila di seluruh

kepulauan Melayu setelah kedatangan agama Islam. Bukti konkrit tentang bertapaknya

Islam di Nusantara dari sudut sejarah diperoleh pada tahun 1292 M sewaktu Marco Polo

melawat Sumatera Utara dan catatannya tentang pengislaman Pasai.

Pada zaman peralihan dalam abad ke-13 dan ke-14 telah dijumpai beberapa

prasasti dalam bahasa Melayu yang ditulis menggunakan huruf India tetapi bahasanya

sudah terdapat pengaruh bahasa Arab. Di sini bermulanya bahasa Melayu Klasik. Selain

itu dalam masa yang sama bahasa Melayu Klasik boleh ditandai dengan kemunculan

dan keagungan kerajaan Melayu Melaka dan bahasa Melayu Klasik  menjadi medium

dalam pemerintahan, perhubungan, perdagangan, dan penyebaran agama Islam.

Ketika itu juga bahasa Melayu mendapat tulisan baru, iaitu tulisan Jawi, iaitu

dengan meminjam dan menyesuaikan abjad bahasa Arab. Sebelumnya, pada tahap

bahasa Melayu Kuno, bahasa Melayu menggunakan dua jenis tulisan, iaitu tulisan

rencong dan lampung yang tidak terpengaruh oleh tulisan dari India walaupun bahasa

Sanskrit sudah bertapak di Nusantara.Tulisan yang disesuaikan dengan tulisan Pallava

dan Nagiri seperti yang terdapat pada batu-batu bersurat antara abad ke-7 hingga abad

ke-14.

Secara ringkasnya bahasa Melayu Klasik meluas dalam kalangan orang bukan

Melayu dari kelompok Asia, juga dalam kelompok orang Eropah dan Asia Barat yang

datang ke Asia Tenggara.

2