Pendekatan Bertema Dan Penghubungkaitan

18

Click here to load reader

description

Seni Dalam Pendidikan

Transcript of Pendekatan Bertema Dan Penghubungkaitan

Page 1: Pendekatan Bertema Dan Penghubungkaitan

ANISA BT AHMAD 4 PISMP RBT 2

PENDEKATAN BERTEMA DAN PENGHUBUNGKAITAN

a. Pendekatan bertema

Pendekatan bertema merangkumi koleksi bahan, aktiviti dan teknik yang disusun

sekitar konsep atau tema. Pendekatan ini merupakan alat pengelolaan yang memberi

peluang kepada guru untuk menghubungkan antara mata pelajaran. Ia bertujuan bagi

mengelakkkan program yang tidak tersusun berpunca ddari pelajaran harian yang tidak

berkaitan. Selain itu, membolehkan pelajar menghubungkan di antara pemahaman,

sikap dan kemahiran serta bidang kurikulum. Pelajar juga diberi peluang untuk

meneroka, mengalami dan mencari peluang mengekspresikan sesuatu tema yang

diterimapakai.

Memilih tema merupakan langkah yang penting untuk memperkembangkan unit

pembelajaran. Pemilihan tema yang perlu dilaksanakan dalam pengajaran dan

pembelajaran ialah berasaskan konsep, berasaskan kemahiran, berasaskan

kandungan dan kemahiran, berfokus kepada isu, berfokus kepada projek dan

berorientasikan kajian kes. Terdapat banyak tema dan cara untuk mengkategorikan

pendekatan bertema. Pemilihan tema perlu mempertimbangkan beberapa aspek.

Antaranya ialah boleh merentas semua matapelajaran, bersesuaian dan berkaitan

dengan pengalaman dan kehidupan pelajar. Selain itu, bersesuaian dengan situasi,

masa atau peristiwa, penyediaan kemudahan untuk memperolehi bahan dan sumber

yang akan digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran, guru berminat

dengan tema yang dipilih, dan pemeringkatan tema dari yang mudah kepada yang lebih

mencabar.

Page 2: Pendekatan Bertema Dan Penghubungkaitan

ANISA BT AHMAD 4 PISMP RBT 2

Pendekatan bertema mempunyai beberapa kelebihan, kekuatan dan

isu/cabaran. Kelebihan pendekatan bertema kepada murid ialah dapat menghadapi

cabaran, dapat meluahkan perasaan melalui pelbagai aktiviti berlandaskan

pengetahuan dan pengalaman lalu, untuk menyemai daya imaginasi melalui

penerokaan, dapat membuat pilihan yang sesuai dan relevan dalam kehidupan, dan

memperbaiki kemahiran interpersonal dan intrapersonal.

Antara kekuatan pembelajaran bertema ialah pelajar berpeluang untuk

meluahkan perasaan berdasarkan pengalaman verbal dan bukan verbal. Selain itu,

pelajar lebih berkeyakinan dan pembelajaran lebih menyeronokkan, dapat menilai

kefahaman konsep melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan dan pelajar dapat

menghubungkait pengetahuan dan kemahiran. Pelajar juga berpeluang untuk

menyemai dan mengaitkan idea-idea dan imaginasi baru.

Bagi melaksanakan pendekatan ini, pelbagai isu atau cabaran yang timbul. Isu

atau cabaran tersebut ialah meliputi aspek kecekapan guru, jaringan ahli dalam

kumpulan, perbezaan hasil pembelajaran dalam bidang pembelajaran, kesukaran

menilai skop yang luas dan kesukaran membuat penilaian kerana kebolehan yang

berbeza.

Penghubungkaitan tema dengan mata pelajaran terbahagi kepada dua.

Hubungkait yang pertama ialah tema dengan isi kandungan mata pelajaran. Prinsip

asas bagi penciptaan tema untuk improvisasi ialah mudah dan berfungsi. Tema

daripada pelbagai mata pelajaran boleh diajar dengan menggabungjalinkan muzik, seni

visual dan pergerakan bagi mewujudkan pengalaman pengajaran dan pembelajaran

yang bermakna.

Hubungkait yang kedua ialah tema dengan kemahiran. Tema yang dipilih

hendaklah tema yang dapat meningkatkan kemahiran diri pelajar terutamanya dalam

kemahiran 3 M (membaca, menulis dan mengira).

Page 3: Pendekatan Bertema Dan Penghubungkaitan

ANISA BT AHMAD 4 PISMP RBT 2

b. Penghubungkaitan

Penghubungkaitan bilik darjah boleh diibaratkan seperti tangan dengan jejari

yang dianggap sebagai pelajar, manakala ibu jari sebagai guru. Jari jemari ini akan

selalu bekerjasama untuk mencapai tugasan yang diberi. Prinsip kesepaduan adalah

penting kerana penghubungkaitan merupakan cara menyelesaikan masalah dan ia

sentiasa berkait rapat antara satu sama lain tanpa ada yang menimbulkan masalah.

Keberkesanan pendekatan penghubungkaitan ialah bergantung kepada tujuh

kriteria asas. Kriteria tersebut ialah mempunyai semangat saling bergantung, kemahiran

sosial yang penting untuk berkomunikas, kesedaran akauntabiliti individu, penilaian

kumpulan dari semasa ke semasa, perkara-perkara kecil tetapi dapat digabungkan

dalam proses pembelajaran dan dapat mewujudkan suasana yang dinamik dan

interaktif dalam proses pembelajaran pelajar. Kriteria yang terakhir ialah menyerapkan

pengetahuan serta kemahiran dan aktiviti yang tidak dapat wujud sebagai satu mata

pelajaran.

Page 4: Pendekatan Bertema Dan Penghubungkaitan

ANISA BT AHMAD 4 PISMP RBT 2

INTEGRASI

Pengertian integrasi boleh dibahagikan kepada tiga sudut. Berdasarkan sudut

psikologi, integrasi berkait rapat dengan personaliti total yang bermaksud individu

adalah insan total dan segala unsur perkembangan pelajar yang mengandungi aspek

jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial sentiasa berkait rapat dan saling bergantung

antara satu sama lain.

Dari sudut sosiologi, integrasi dilihat dari sudut perhubungan antara personaliti

dengan personaliti seperti antara seorang pelajar dengan seorang pelajar, dan antara

pelajar dengan guru. Selain itu, perlu ada rasa keinginan yang terjalin dalam

perhubungan antara individu dengan masyarat dan harus ada pengiktirafan terhadap

perhubungan antara pelbagai institusi masyarakat itu.

Dari sudut pedagogi, integrasi melibatkan kaedah dan teknik mengajar yang

meliputi pelbagai isi pelajaran dan kemahiran melalui unit pembelajaran dan bidang

pelajaran yang khusus untuk tujuan membantu dalam pendekatan menyelesaikan

masalah sebagai satu cara belajar.

Terdapat pelbagai jenis integrasi yang dijalankan dalam pengajaran dalam

Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR). Jenis integrasi tersebut ialah

penggabungjalinan, penyerapan, penerapan, pemulihan dan pengayaan.

Penggabungjalinan ialah proses mengintegrasikan pelbagai bidang kemahiran bagi

mewujudkan pelajaran yang integratif dan menyeluruh. Jenis-jenis penggabungjalinan

ialah penggabungjalinan pelbagai kemahiran dalam satu mata pelajaran,

penggabungjalinan kemahiran daripada mata pelajaran lain ke dalam sesuatau mata

pelajaran dan penggabungjalinan kemahiran merentas kurikulum. Penyerapan ialah

proses menyebati dan menyatupadukan pengetahuan atau unsur isi pengetahuan

daripada satu mata pelajaran lain ke dalam isi pelajaran bagi sesuatu mata pelajaran

yang diajar.

Page 5: Pendekatan Bertema Dan Penghubungkaitan

ANISA BT AHMAD 4 PISMP RBT 2

Penerapan ialah proses menerapkan nilai-nilai dalam pelaksanaan kurikulum

dan gerak kerja kokurikulum. Penerapan nilai berlangsung melalui pendekatan implisit

dan eksplisit. Pendekatan implisit adalah guru secara tidak langsung menerapkan nilai.

Pendekatan eksplisit ialah mengadakan suatu peraturan, arahan, pekeliling dan

sebagainya yang bertulis tentang sesuatu perkara yang diharapkan dan yang tidak

diharapkan. Pemulihan merupakan aktiviti yang bertujuan membantu pelajar yang

mengalami masalah pembelajaran yang tertentu khususnya dalam kemahiran asas 3M.

Pengayaaan adalah untuk pelajar yang pencapaiannya melebihi sederhana atau pintar

cerdas. terdapat dua jenis pengayaan iaitu berbentuk pengukuhan dan perkembangan.

Pengayaan berbentuk pengukuhan menumpukan kepada pengukuhan pengetahuan

dan kemahiran yang telah dikuasai dalam unit pembelajaran yang sama dan bukan

sesuatu yang baru. Manakala pengayaan berbentuk kemahiran pula merupakan aktiviti

yang lebih kompleks, serta mencabar pada peringkat kognisi yang lebih tinggi dalam

unit pembelajaran yang berkait rapat dengan unit pembelajaran yang dipelajari.

Page 6: Pendekatan Bertema Dan Penghubungkaitan

ANISA BT AHMAD 4 PISMP RBT 2

PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN ASAS SENI VISUAL, MUZIK DAN

PERGERAKAN

SENI VISUAL

Pendidikan seni visual di sekolah menjurus kepada seni tampak dan tidak

kepada seni muzik, seni teater, seni sastera, seni mempertahankan diri dan seni

forografi. Subjek ini lebih menegaskan kegiatan dalam proses penghasilan dengan

melibatkan aspek pemahaman, penghayatan dan kritikan. Proses ini menyentuh

perasaan estetik dan daya kreativiti individu melalui penajaman daya intuisi, persepsi,

imaginasi dan konsepsi murid.

a. Bidang-bidang dalam Kurikulum Pendidikan Seni Visual Sekolah Rendah

Kurikulum Pendidikan Seni Visual sekolah rendah merangkumi empat bidang

iaitu melukis dan membuat gambar, membuat rekaan corak, membentuk dan membuat

binaan, dan kraf tradisional. Melukis dan membuat gambar ialah bidang yang

menegaskan perkembangan persepsi terhadap aspek melukis serta kegiatan

menggunakan pelbagai media dan teknik dengan menekankan aspek ruang, struktur,

imbangan dan komposisi. Antara teknik menggambar ialah lukisan, mozek, catan, kolaj,

montaj, gosokan dan percikan. Membuat rekaan corak ialah bidang yang memberi

peluang kepada murid memahami pelbagai cara untuk menghasilkan corak dan

mengaplikasikannya menjadi suatu rekaan lain. Corak boleh didapati daripada alam

semulajadi, bahan buatan manusia, geometri dan rupa barangan kraf tradisional. Teknik

corak adalah secara terancang dan tidak terancang. Ia bergantung kepada kesesuaian

motif dan tujuan corak dihasilkan.

Page 7: Pendekatan Bertema Dan Penghubungkaitan

ANISA BT AHMAD 4 PISMP RBT 2

Membentuk dan membuat binaan menegaskan perkembangan persepsi

pelajar terhadap aspek seni dari segi bentuk, ruang, struktur, imbangan dan kestabilan.

Bidang ini mendedahkan pelajar dengan penggunaan pelbagai bahan, alat dan teknik

penghasilan. Pelajar juga berpeluang berinteraksi secara kreatif dengan alat dan bahan

semasa menghasilkan seni. Bidang ini merangkumi arca timbul, arca assemblaj, arca

mobail, arca stabail, model, diorama, boneka, topeng dan origami. Tema dan subjek

bagi bidang ini ialah alam semulajadi; perasaan dalaman, khayalan dan imaginasi si

pelukis; aliran dan tema sejagat; serta keperluan dan pengalaman harian. Kraf

tradisional ialah bidang perusahaan atau kerja-kerja seni yang melibatkan kemahiran

kerja tangan serta memerlukan daya cipta dan kreatif masyarakat yang diwarisi turun

temurun mengikut kaum masing-masing. Antara jenis kraf ialah batik, seni tekat,

tembikar, anyaman, kelarai dan ukiran.

b. Estetika dalam pendidikan seni visual

Hasil karya dapat menampilkan watak, identiti dan keunikan pelukis yang

dicernakan melalui mesej dan falsafahnya. Burgurt (1961) berpendapat semua orang

yang terlibat dengan pembuatan karya seni semestinya membuahkan suatu keunikan

secara personal untuk disampaikan dalam karyanya. Estetika boleh ditampilkan dalam

karya melalui peniruan sebagai representasi gambar dan imej, ekspresi dalam

perasaan dan emosi, menggunakan kaedah formalistik dan keaslian.

c. Asas seni reka

Unsur seni terdiri daripada garisan, warna, jalinan, rupa, bentuk dan ruang.

Garisan boleh dihasilkan melalui pelbagai teknik seperti teknik koyakan, teknik

tampalan, teknik kolaj, teknik gosokan dan teknik cetakan. Warna terdiri daripada

warna asas (biru, merah dan kuning), warna sekunder (campuran dua warna asas) dan

warna tertier (campuran satu warna asas dan warna sekunder yang bersebelahan

dalam roda warna). Jalinan ialah kesan yang terdapat pada sesuatu permukaan objek

sama ada kasar, halus, kesat dan sebagainya. Jalinan wujud secara semulajadi atau

dari buatan manusia. Jalinan terbahagi kepada dua jenis iaitu jalinan tampak dan

jalinan sentuh.

Page 8: Pendekatan Bertema Dan Penghubungkaitan

ANISA BT AHMAD 4 PISMP RBT 2

Rupa ialah cantuman antara dua hujung garisan iaitu permulaan garisan dan

penghujung garisan. Ia sekadar garis luar sesuatu objek dan sifat leper atau mendatar.

Rupa terbahagi kepada dua iaitu rupa organik dan rupa geometri. Jenis-jenis rupa ialah

rupa positif dan negativf; rupa dan corak; rupa dan lambang; rupa dan muka taip.

Bentuk secara mudahnya mempunyai isipadu dan lebih lengkap berbanding dengan

rupa. Bentuk terdiri dari dua jenis iaitu bentuk ilusi (maya) dan bentuk konkrit.

d. Aktiviti seni visual

Aktiviti seni visual terbahagi kepada dua iaitu menggambar dan membuat rekaan

dan corak. Menggambar melibatkan pelbagai jenis teknik, alat dan bahan serta

penilaian. Membuat rekaan dan corak terancang (pualaman, tiupan, titisan, ikatan dan

celupan, renjisan dan percikan) dan tidak terancang (lukisan, catan, kolaj, montaj,

cetakan, resis, capan dan kaligrafi).

Page 9: Pendekatan Bertema Dan Penghubungkaitan

ANISA BT AHMAD 4 PISMP RBT 2

PERGERAKAN

a. Pergerakan asas

Istilah pergerakan membawa maksud proses yang memandu pelajar untuk

memperolehi kecekapan pergerakan menerusi teknik-teknik menyelesaikan masalah

dan improvisasi dengan menekankan kebebasan ekspresi yang berteraskan

kegiatan-kegiatan penerokaan, penemuan dan kreativiti. Pendidikan pergerakan

ditakrifkan sebagai belajar untuk bergerak dan bergerak untuk belajar.

Antara kemahiran yang perlu diajar ialah pergerakan lokomotor. Kemahiran ini

membolehkan mereka bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain. Keupayaan

kanak-kanak memupuk kemahiran pergerakan yang lebih kompleks terletak kepada

pemupukan kemahiran-kemahiran seperti berjalan, berlari, melonjak, melompat, hop,

melungsur, gallop dan skip.

Terdapat beberapa kemahiran lokomotor asas iaitu berjalan, berlari, berlari

serta melonjak (LEAP), lompatan dan melompat ketingting. Kemahiran persepsi

motor (perceptual-motor) adalah penting bagi pembinaan pergerakan koordinasi.

Selain itu, diperlukan bagi membaca huruf isyarat (decoding) dan kemahiran ini

merupakan suatu keperluan awal bagi kemahiran membaca. Antara kemahiran

persepsi motor ialah mengimbang, kesedaran badan, kesedaran ruang, kesedaran hala

datar (laterality), kesedaran arah (directionality) dan koordinasi tangan-mata atau

kaki-mata. Kemahiran manipulatif memerlukan penggunaan anggota badan untuk

mengawal, menangani atau mengawasi sesuatu objek. Kemahiran ini merupakan asas

kepada pembinaan kemahiran diri seseorang pelajar dalam aspek membaling,

menyambut, memukul, menendang atau menyepak dan menggelecek. Kemahiran

manipulatif juga meningkatkan perkembangan koordinasi tangan-mata dan kaki-mata

serta memberi keyakinan serta membentuk sikap pelajar.

Page 10: Pendekatan Bertema Dan Penghubungkaitan

ANISA BT AHMAD 4 PISMP RBT 2

b. Pendidikan pergerakan

Pendidikan pergerakan adalah sesuatu yang unik kerana apabila pelajar sedang

belajar untuk bergerak, mereka juga belajar sambil bergerak. Melalui pergerakan,

pelajar itu bergerak, berfikir dan merasai sesuatu secara langsung. Mereka juga akan

belajar pelbagai domain iaitu psikomotor, kognitif dan afektif. Belajar melalui pergerakan

membolehkan perkembangan yang menyeluruh diri kanak-kanak iaitu perkembangan

fizikal dan psikologi, kebolehan untuk belajar dan bergaul di antara satu sama lain.

Pendidikan pergerakan dapat melatih kebolehan menghubungkaitkan

kemahiran-kemahiran seperti berikut :

Kemahiran Contoh

Hubung kait motor-penglihatan -menangkap bola

-menggelecek bola hoki

Pemindahan motor-penglihatan -mengulang semula sesuatu pergerakan

-melakukan kedudukan pergerakan seperti

dalam sesuatu gambar

Hubung kait motor-pendengaran -menari mengikut muzik

-melahirkan pergerakan kreatif mengikut

muzik

Penukaran motor-pergerakan -mendengar dan melakukan arahan

-melahirkan urutan ritma

Hubung kait motor kinestatik -aktiviti penyedaran tubuh badan

-aktiviti mengimbangkan tubuh badan

Hubung kait motor-taktile

-Memanjat (jungle gym)

-merangkak menerusi terowong

Page 11: Pendekatan Bertema Dan Penghubungkaitan

ANISA BT AHMAD 4 PISMP RBT 2

Antara objektif pergerakan kreatif ialah pergerakan yang bebas untuk

menggerakan anggota badan. Selain itu, mendapat pengalaman untuk meluahkan

perasaan, masa, beban dan ruang serta idea, meningkatkan tahap kesediaan dan

meningkatkan tahap intepretasi ritma dan koordinasi anggota badan.

Komponen-komponen asas pergerakan ialah imbangan badan, masa dan ruang.

Imbangan badan

Tenaga yang digunakan untuk bergerak

Bahagian bawah anggota badan mencerminkan kekuatan tenaga badan

Bahgian atas mencerminkan keringanan

Masa

Pergerakan yang cepat, menggunakan masa yang sedikit

Pergerakan lambat menggunakan banyak masa

Kederasan pergerakan tidak semestinya berterusan

Had laju atau kederasan pergerakan bleh dijadikan sebagai rentak, beat atau

pulse.

Ruang

Merupakan lingkungan pergerakan sama ada lingkungan umum (general space)

atau lingkungan kendiri (personal space)

Aras : tinggi, sederhana dan rendah

Aras : depan, belakang, sisi, atas, bawah

Page 12: Pendekatan Bertema Dan Penghubungkaitan

ANISA BT AHMAD 4 PISMP RBT 2

MUZIK

Pendidikan muzik adalah bertujuan untuk memperkembangkan potensi dan

kualiti diri individu dari segi nilai estetika muzik dan etika melalui pelbagai pengalaman

muzik ke arah meningkatkan kesejahteraan hidup dalam konteks budaya dan aspirasi

negara.

a. Prinsip pengajaran dan pembelajaran muzik

Terdapat beberapa prinsip pengajaran dan pembelajaran muzik “Principles of the

Pestalozzian System of Music”. Antaranya ialah mengajar bunyi-bunyian dahulu

sebelum tanda-tanda atau saimbologi (kaedah hafalan sebelum catatan). Selain itu,

mengajar satu unsur muzik sahaja pada suatu ketika, prinsip-prinsip dan segala teori

harus diberi hanya selepas amalan praktik dijalankan. Pelajar juga harus diberi peluang

yang mencukupi untuk mengkaji muzik dan membuat latihan dengan elemen muzik

melalui usaha sendiri. Nama-nama not untuk nyanyian dan muzik instrumental pula

harus diselaraskan.

Kebanyakkan pendekatan pengajaran dan pembelajaran muzik telah diasaskan

berdasarkan kepada Emile Jacques Dalcroze (Pergerakan berirama), Carl Orff

(Pengalaman muzikal), Shinuchi Suzuki (Pendekatan bakat), Zoltan Kodaly

(Pembelajaran berperingkat) dan Edwin Gordon (Sound before symbol).

Muzik ialah bunyian yang disusun secara sistematik dan mempunyai kualiti

tersendiri. Penghasilan muzik yang berkualiti mempunyai penyusunan konsep muzik

yang betul dan terperinci. Konsep muzik merangkumi irama, melodi, harmoni, warna

ton, tekstur, bentuk dan ekspresi.

Page 13: Pendekatan Bertema Dan Penghubungkaitan

ANISA BT AHMAD 4 PISMP RBT 2

b. Penyampaian konsep muzik dalam aktiviti muzikal

Terdapat tiga komponen bidang yang diberi tumpuan di dalam mengajar

pendidikan muzik iaitu bidang nyanyian, muzik dengan pergerakan dan permainan alat

muzik. Bidang nyanyian memberi penumpuan dan penegasan kepada aspek postur,

pendengaran, sebutan, pernafasan dan teknik pengeluaran suara. Kegiatan ensemble

vokal diadakan bagi memastikan penglibatan semua pelajar secara harmonis dan

seimbang. Antara kegiatan diadakan adalah seperti mari menyanyi, menyanyi secara

muzikal, teknik dan cara menyanyi, meneroka dan mengenal muzik nyanyian.

Muzik dengan pergerakan memberi peluang kepada pelajar menggunakan

tubuh bdan sebagai respon kepada muzik. Kegiatan dalam bidang ini mementingkan

kesedaran penggunaan semua anggota badan untuk melahirkan ekspresi diri melalui

rangsangan muzik yang didengar sambil memahami konsep muzik khusunya irama dan

ekspresi. Terdapat lima jenis kegiatan dalam bidang ini iaitu gerakan mengikut lirik lagu,

gerakan mengikut konsep muzik, intepretasi muzik dengan gerakan, gerakan bebas

dengan muzik dan gerakan yang menunjukkan cerita atau tema dengan muzik.

Pergerakan ialah intepretasi idea, perasaan serta tanggapan deria yang dilahirkan

secara simbolik. Terdapat empat unsur pergerakan iaitu imbangan berat badan, ruang,

masa dan daya/aliran.

Permainan alat muzik melatih pelajar dalam koordinasi mata, pendengaran dan

psikomotor melalui penglibatan pelajar dalam kegiatan permainan alat muzik. Bidang ini

menggalakkan pelajar meneroka dan mengeksperimen pelbagai alat muzik termasuk

penggunaan anggota tubuh badan mereka. Kegiatan dalam bidang ini memberi latihan

asas untuk pendengaran secara selektif, teknik permainan alat dan kreativiti melalui

improvisasi susunan bunyi.