Pendemokrasian Pendidikan Edu Sem 8 Isl 1

download Pendemokrasian Pendidikan Edu Sem 8 Isl 1

of 2

Transcript of Pendemokrasian Pendidikan Edu Sem 8 Isl 1

  • 7/28/2019 Pendemokrasian Pendidikan Edu Sem 8 Isl 1

    1/2

    PENDEMOKRASIAN PENDIDIKAN

    Pendemokrasian Pendidikan merupakan suatu proses mendemokrasikan pendidikan

    supaya setiap individu diberikan peluang dan hak yang sama untuk mendapat

    pendidikan serta kemudahan yang disediakan. Dengan kata lain, di bawah proses

    mendemokrasikan pendidikan , setiap individu diberi peluang yang sama untuk

    mendapat pendidikan dan hak memilih jenis sekolah untuk belajar tanpa mengira status

    ekonomi, sosial, keistimewaan, jantina, kaum , agama atau latar belakangnya.

    Kepentingan pendekmokrasian pendidikan jelas diperlihatkan apabila ia dapat

    membasmi masalah buta huruf dalam kalangan penduduk dalam negara-negara kurang

    maju, keadaan ini dibuktikan dengan pelaksanaan sistem pendidikan melalui

    pendemokrasian yang memberi pendidikan kepada semua masyarakat di luar bandar.

    Selain itu, pendemokrasian pendidikan juga dapat merapatkan jurang pencapaian

    akademik kerana ketidaksamaan peluang dalam pendidikan. Jurang pencapaian

    akademik dipengaruhi oleh perbezaan kelas sosial, perbezaan sosialisasi bahasa dan

    perbezaan lokasi dan luar bandar.

    Mengikut kajian Pierre Bourdieu (1930), ahli sosiologi pendidikan dari Perancis,

    pencapaian persekolahan seseorang individu adalah berkait rapat dengan latar

    belakang kebudayaan ibu bapanya, dan tahap pendidikan ibu bapa adalah lebih banyak

    mempengaruhi pencapaian persekolahan anak mereka daripada kedudukan kerjaya

    mereka dalam masyarakat. Isu ini juga dapat meningkatkan keprihatinan masyarakat

    terhadap pendidikan serta perkembangan terkini dan seterusnya menimbulkan minat

    mereka terhadap pendidikan secara amnya dan khususnya terhadap pendidikan anak-

    anak mereka.

    Maka, tidak akan wujud lagi alasan tidak menghantar anak-anak ke sekolah disebabkan

    desakan hidup. Seterusnya, pendemokrasian pendidikan turut memberi kesedaran

    kepada pelajar tentang kepentingan pendidikan untuk masa depan diri serta

    kepentingannya dalam menentukan kelangsungan atau kesinambungan kegemilangan

    negara.

    http://notagurupelatih.blogspot.com/2011/09/pendemokrasian-pendidikan.htmlhttp://notagurupelatih.blogspot.com/2011/09/pendemokrasian-pendidikan.html
  • 7/28/2019 Pendemokrasian Pendidikan Edu Sem 8 Isl 1

    2/2

    Slogan satu Malaysia mempunyai kesinambungan dengan pendemokrasian

    pendidikan ini. satu Malaysia mendahulukan rakyat dalam segala aspek tidak mengira

    kaum dan bangsa terutamanya dalam pendidikan. Sistem pendidikan selama ini tidak

    pernah mengabaikan mana-mana golongan masyarakat sama ada golongan buta,

    cacat pendengaran dan bisu serta kanak-kanak down syndrome juga mendapat

    pendidikan dalam negara.

    Oleh sebab itu, kewujudan institusi pendidikan swasta dan pelbagai jenis sekolah iaitu

    SK, SKJ(C), SKJ(T) dan sebagainya merupakan sebahagian daripada agenda

    pendemokrasian pendidikan. Tidak cukup dengan itu, langkah sokongan untuk

    memantapkan lagi pelaksanaan agenda pendemokrasian pendidikan dalam aspek ini

    iaitu bantuan buku-buku teks melalui Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT), Rancangan

    Makanan Tambahan (RMT) dan pemberian biasiswa oleh Kementerian Pendidikan dan

    lain-lain agensi bagi mereka yang layak bertujuan agar kemiskinan tidak dijadikan

    alasan seseorang itu tidak mendapat pendidikan yang sewajarnya.

    Hal ini jelas memperlihatkan langkah kerajaan untuk membangunkan pendidikan dalam

    kalangan rakyat supaya tidak ada lagi golongan yang hilang dalam arus pendidikan

    terutamanya generasi yang akan menjadi peneraju pucuk pimpinan kelak.

    Oleh sebab itu, pendekatan, pelaksanaan dan amalan pendemokrasian pendidikan

    haruslah dinilai dengan membuat perbandingan dengan negara-negara yang lebih maju

    agar hasrat kerajaan untuk membentuk sistem pendidikan bertaraf dunia akan

    terlaksana.