Pendidikan bayi

download Pendidikan bayi

of 13

Transcript of Pendidikan bayi

  • 7/28/2019 Pendidikan bayi

    1/13

    Pendidikan bayi

    Perkembangan kanak-kanakialah kajian proses dan mekanisme yangbertindak sewaktu perkembangan fizikal dan mental seorang bayi menjadiorang dewasa. Perkembangan merujuk kepada perubahan fizikal, mental

    dan sosial yang dapat dijangkakan dalam kehidupan bayi. Perkembanganadalah faktor penting dalam kehidupan bayi. Proses ini tidak selalunyaterus-menerus berkembang tetapi adakalanya maju ke hadapan dan adakalanya pula menyusut perkembangan kognitif dan bahasanya.

    Peringkat pembesaran

    Sebagai pengaruh terbesar di dalam hidup anak, ibu bapa memainkanperanan penting dalam membangkitkan kebijaksanaan di dalam diri anak-anak dengan mendidiknya secara holistik dalam cara-cara seperti:

    Memberikan makanan berkhasiat yang berkualiti; Mewujudkan peluang dan ruang untuk perkembangan fizikal;

    Memberikan panduan dan rangsangan yang sesuai untukperkembangan kognitif;

    Memberi galakan dan empati bagi melengkapkannya secara emosidan sosial.

    Selain itu, persediaan amat penting untuk menerima perubahanmengagumkan anak anda, dari seorang bayi kepada kanak-kanak kecil.Ini membolehkan anda membantunya mencapai kebolehan maksimumnyadalam empat bidang kepintaran pada setiap peringkat perkembangan.

    Perkembangan dari Alam Bayi ke Alam Kanak-kanak Bertatih

    JenisPerkemban

    gan9 - 12 bulan

    12 - 18bulan

    18 - 24 bulan 24 - 36 bulan

    Fizikal * Beransur dari

    memegangbarang dengankedua-duabelah tangan kememegangbarang diantara jaritelunjuk dan ibujari

    Berdiri

    denganberpegangke sesuatu,dan marasecaraperlahan-lahan

    Beransur dari

    langkah yangtidak stabil kelangkahterkedek kedekdengansendirinya* Otot kecil ditangan, jari danpergelangantanganberansur kuat

    * Dapat

    mengawalmainantungganganyang stabil* Dapatmembinamenaramainan 4 - 6tingkat denganpantas* Mulamenggolek,

  • 7/28/2019 Pendidikan bayi

    2/13

    membalingdan menyepakbola* Bolehmelukisgarisan danmenconteng *Bolehmengabungbeberapakemahiranmotor yangsukar bagimemanipulasistruktur

    permainantaman mainandengan lebihyakin

    Kognitif

    * Mula bercakapdengan bunyiyangmenyerupaisatu suku kata,dan akanmenyambungnya seperti gayaucapan

    * Mula

    menunjukkan minatterhadapbuku*MemahamiarahanmudahsepertiMari pada

    Mama

    * Mula berminatuntuk tahubagaimanabenda bolehmuat ke dalamsatu sama lain

    * Sukamemasukkanbentuk kedalam rangkabentuk yangberpadanan* Daya ingatanbertambah-mengetahuibahawa

    sesuatu yangtidak bolehdilihat masihwujud(kekekalanobjek)

    * Dapatmenyelesaikansusun suaigambar yangmudah* Memahamikonsep samadan lain* Bolehmelakukan krafyang mudah

    Emosi * Memberikansenyuman yangpaling lebarkepada orang

    yang disukainya

    * Mulaberhati-hatiterhadaporang yang

    tidakdikenali dan

    * Suka melihatke dalamcermin danmengenali

    bahagian tubuhbadannya

    * Ingin berjayadalam pelbagaitugas dengansendiri

    *Sukaberlakon,

  • 7/28/2019 Pendidikan bayi

    3/13

    wajah yangjarangdilihat* Menjadilebih gelisahapabiladipisahkandari ibubapa* Bertindakbalasapabilanamanyadipanggil

    * Mulamempunyai

    deria kawalandiri (mungkinmemberi tindakbalas terhadapperkataanberhenti dantunggu

    terutamanyabermainpermainanpakaian anekaragam ataumelakukanperkara orangdewasaseperti menjadidoktor haiwan

    Sosial

    * Menyukaipermainanmudah sepertiba-baa-chak

    * Mulabertepuktanganbersamaorang lain

    * Mulamenggunakanperkataan yangboleh difahamiseperti bauntuk boladalamberkomunikasidengan oranglain *Mulamenunjukkan

    empatiterhadap oranglain, contohnya,memeluk andaketika oranglain bersedih

    * Mula bermainsecarainteraktifdengan kanak-kanak lain

    **Sumber: Dipetik dari majalah Mother & Baby , seperti yang disahkanoleh panel pakar di UK dan Malaysia

    Perkembangan awal fizikal tidak semestinya menunjuk kecerdikanseseorang anak kerana kematangan sistem saraf adalah berdasarkansejarah keluarga. Penunjuk pada kecerdikan otak yang boleh dipercayaiadalah senyuman awal, kepekaan, daya tumpuan dan ingatan yang baik,percakapan awal dan minat yang meningkat terhadap permainan.

    Sama ada kepintaran anak lebih nyata dalam satu bidang atau adalahseorang yang serba berkebolehan, penjagaan dan pemakanan yangberkualiti, disulami dengan penerimaan dan kasih sayang tidak berbelahbagi dari ibu bapa, pasti akan membantu anak membesar menuju ke arah

    kecemerlangan.

    http://ms.wikipedia.org/wiki/Keluargahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Keluarga
  • 7/28/2019 Pendidikan bayi

    4/13

    Ekoran daripada pendapat Head Start Project, (iaitu suatu projek kanak-kanak yang berusaha untuk memberi rangsangan dari peringkat seawal-awalnya), menunjukkan bahawa baka bukanlah satu-satunya faktor yangboleh menentukan prestasi intelek seseorang itu kerana yang lebih

    penting lagi ialah pengalaman-pengalaman, kaedah-kaedah pembelajarandan galakan yang diterimanya. Ramai para penyelidik menyatakanbahawa peringkat dua hingga tiga tahun adalah kritikal bagiperkembangan kognitif seseorang kanak-kanak itu.

    Jika persekitaran atau cara bimbingannya sehingga peringkat umur inirendah mutunya dari segi stimulasi, perkembangan kognitifnya tidak akantercapai dengan optimum. Taman asuhan dan tadika yang ditubuhkan dimerata-rata tempat di dunia dan di dalam negeri ini membayangkanbagaimana pentingnya persekitaran serta didikan untuk membentukperkembangan intelek seseorang kanak-kanak itu.

    Keibubapaan

    Cara keibubapaan (parenting) yang positif yang boleh meninggikankeyakinan diri adalah sangat penting. Kanak-kanak yang mengalamikerosakan otak, walaupun terhad keupayaannya akan bolehdipertingkatkan perkembangan kognitif dan bahasa bayi. kebolehannyauntuk berdikari dan menyesuaikan diri di dalam masyarakatnya jika diadiberi bimbingan yang sesuai. Kebolehannya di dalam sesuatu aspekadalah penting dikesani sementara kelemahannya perlu diketahui supaya

    dia boleh diajar cara-cara untuk mengatasi kelemahannya itu.

    Faktor muzik

    Muzik bukan sahaja digemari oleh golongan remaja dan dewasa. Bayi dankanak-kanak juga amat senang dan tenang dengan muzik apabila muzikyang digemari dipasang semasa mereka hendak tidur atau dalam keretaketika dalam perjalanan untuk menuju ke sesuatu destinasi. Anak-anakselalunya akan memberikan reaksi yang berbeza terhadap pelbagai jenisbunyi muzik. Faktor ini bergantung kepada tahap umur, keadaan danmood mereka pada waktu itu. Justeru, penggunaan muzik tidak hanya

    dihadkan kepada satu jenis muzik sahaja, sebaliknya biar merekamendengar pelbagai bentuk muzik yang ada.

    Kebanyakan ibu bapa menyedari bahawa bayi amat mudah dipujuk jikamereka menyanyi atau mendodoikan bayi perlahan-lahan sambilmenepuk-nepuk punggung dan dadanya. Ini kerana bayi mempunyaikebolehan yang tersendiri untuk bertindak balas terhadap rangsanganbunyi dan sentuhan.

    Jenis muzik yang sesuai dan digemari oleh bayi dapat ditentukan dengan

    memastikan muzik tersebut mesti dipasang ketika bayi dalam keadaansedar dan jaga. Ini kerana pada waktu ini ibu bapa dapat melihat reaksi

    http://ms.wikipedia.org/wiki/Otakhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Muzikhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Otakhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Muzik
  • 7/28/2019 Pendidikan bayi

    5/13

    mereka apabila muzik itu dipasangkan sama ada mereka suka atau tidakterhadap muzik tersebut.

    Bayi dalam rahim juga boleh memberi tindak balas terhadap muzik yang

    mereka dengar. Menurut satu kajian, sekumpulan bayi yang ibunyamendengar muzik setiap hari sehingga pada saat kelahiran kelahiran lebihmudah dipujuk dengan mendengarkan irama bertema selepas beberapaminggu dilahirkan. Perkara ini amat berbeza dengan bayi yang tidakmendengar muzik - mereka kurang menunjukkan tidak balas.

    Bayi selalunya gemar berbaring dan anda boleh menggerakkan anggotabadan mereka sambil menyanyi, malah penggunaan instrumen muzikseperti loceng digalakkan untuk merangsang pendengaran danpenglihatan mereka. Sehinggalah mereka memasuki zaman kanak-kanak,muzik dan alatan muzik sangat disukai oleh mereka dan mereka begitugembira jika dapat mengikut beberapa perkataan yang dinyanyikan olehanda serta boleh menggunakan alat muzik yang terdapat di sekitarmereka.

    Ibu bapa boleh menjadikan lagu dan muzik sebahagian daripada masabermain mereka dengan memasangkan kaset lagu kanak-kanak danmembaca buku yang mempunyai gambar menarik dan berbunyi dapatmenarik minat anak-anak terhadap membaca. Irama yang disertaisenikata lagu akan membantu anak-anak mengembangkan kemahiranbahasa mereka.

    Selain itu, muzik yang didengari oleh anak-anak juga membantu merekamenghafal dan menajamkan fikiran. Sebagai contoh, nama para Nabi danRasul yang dinyanyikan amat mudah diingati oleh kanak-kanakberbanding sekiranya kita menyuruh mereka menghafal kesemua namaitu tanpa ada irama dan muzik. Hal ini secara tidak langsung merupakansalah satu teknik kita mendidik anak-anak dan membantu mereka dalamproses pembelajaran, terutama yang melibatkan hafalan.

    Muzik juga membantu anak-anak menambahkan lagi kemahiran yang adapada mereka. Ini kerana apabila mereka minat pada muzik, kita akan

    membelikan satu jenis alatan atau instrumen muzik untuk mereka berlatihmenggunakan instrument tersebut. Secara tidak langsung mereka bukansahaja boleh mendendangkan lagu tersebut dengan baik, malah merekajuga akan mahir menggunakan alat muzik dan mampu mengenal nota-nota muzik.

    Personaliti kanak-kanak

    Pakar kanak-kanak berpendapat perkembangan personaliti bayi bermuladari peringkat janin lagi. Bayi yang baru lahir seperti kain putih bersih. Ia

    dilengkapkan dengan semua pancaindera dan boleh berinteraksi denganpersekitarannya serta orang sekeliling terutama ibu bapanya. Kebanyakan

  • 7/28/2019 Pendidikan bayi

    6/13

    orang berpendapat bayi yang baru lahir sebagai pasif dan tidak berupayamengenali ibu bapa serta persekitarannya.

    Pada masa kini pakar perkembangan kanak-kanak menjelaskan bayi yang

    baru lahir sudah berupaya memberi tindak balas persekitaran danperhatian ditunjukkan orang lain kepadanya. Ramai ibu bapa bertanyakancara merangsang bayi. Kini jelas prestasi kognitif seseorang bayi bolehdipertingkatkan dengan memberi persekitaran yang penuh denganrangsangan kepada kanak-kanak.

    Stimulasi atau rangsangan ini perlulah ditunjukkan kepada kanak-kanakdari peringkat bayi lagi. Jika diperhatikan kelakuan bayi dalam beberapahari dilahirkan kelihatan dia berada dalam beberapa keadaan iaitu tidurnyenyak, mengantuk, berjaga, memerhatikan sekitarnya dan menangis.

    Keadaan sesuai bagi merangsang bayi ialah ketika masih sedar atau celik.Ibu bapa perlu faham masa sesuai untuk merangsang bayi kerana jikaditeruskan tanpa mengambil kira kemampuannya ia boleh memberikankesan negatif. Apabila bayi asyik memerhatikan wajah ibunya, ibu perlubercakap dengannya, menyanyi, menunjukkan senyuman gembira ataumencium tubuh bayinya itu. Sewaktu menyusukan bayi boleh digunakanuntuk merangsang bayi. Perkataan seperti anak mak cantik dan anakmak sayang boleh digunakan bagi tujuan itu.

    Ibu bapa digalakkan berbual dengan bermesra dengan bayi sewaktu

    dimandikan atau lampinnya ditukar. Jarak mata bayi dengan wajah ibunyaketika menyalin lampin sungguh sesuai untuk berinteraksi antara bayi danibu. Sambil menyalin lampin gunakan perkataan indah untuk merangsangminda bayi seperti cantiknya anak ibu dan wanginya anak ibu.Bahasa digunakan ibu bapa setiap hari dapat membentuk minda bayimembentuk bahasanya. Ibu bapa perlulah faham mereka seharusnyamemberikan perhatian terhadap perkembangan bahasa bayi danmembantunya dengan berbual mesra.

    Bahasa penting untuk seseorang mempelajari keadaan sekelilingnyakerana melaluinya kanak-kanak boleh melafazkan kehendaknya,

    bertanya, meminta dan mengeluarkan pandangan berhubung sesuatuperkara. Bayi yang selalu menangis tentu kurang berkebolehan menerimapersekitaran serta orang sekelilingnya. Ada ibu bapa yang membiarkananak menangis sendirian dan cara itu perlu dielakkan. Sebaiknya, ibubapa memujuk dan memahami apakah yang diperlukan anak mereka ataumendodoi dengan mesra.Bermain dengan bayi amat digalakkan. Jarinyaboleh dicium dan kedua tangannya ditepuk supaya mindanya terangsangserta berasa gembira.

    Selain itu, persekitaran bayi boleh diperkayakan dengan melakukan

    pelbagai bunyi menarik seperti lagu dari peti muzik atau gambarberwarna warni. Malah muzik klasik cukup banyak memberi impak yang

  • 7/28/2019 Pendidikan bayi

    7/13

    besar untuk perkembangan kognitif dan bahasa bayi. Seorang profesormuzik di Kolej Muzik Kunitachi,Jepun mengatakan muzik klasik adalahpenting untuk membesarkan anak-anak.Berdasarkan kajian-kajian yangdijalankan, muzik tersebut mempunyai tiga kesan positif untuk ibu dan

    bayi yang dikandung. Pertama, muzik klasik membantu menghasilkangelombang alpha otak yang mana kita memilikinya ketika sedang santaiatau merasa selesa. Oleh kerana janin amat dipengaruhi oleh keadaanibu, rasa relaks, tenang dan selesa semasa mendengar muzik klasik akanmemberi kesan positif kepada bayi juga. Kesan positif kedua ialah muzikklasik turut membantu perkembangan otak janin kerana ia bolehmendengar termasuk di dalam air. Jadi, sekiranya kita memainkan muzikuntuk janin, ia akan memberi ransangan kepada otak untuk berkembangdengan lebih baik.Kesan ketiga pula ia membantu ibu mengeluarkan lebihbanyak hormon yang diperlukan oleh janin mahu pun diri sendiri.Malah,kajian terbaru juga mendapati muzik klasik adalah antara jalan yangpaling sesuai untuk bayi bersedia dengan masa depan.

    Memberikan makanan berkhasiat yang berkualiti untuk perkembangankognitif dan bahasa bayi Kajian Prof Mark Rosenweig dari U.C.L.A dariAmerika Syarikat, menunjukkan ramisaraf dendrit boleh digalakkanpertumbuhannya. Samalah halnya dengan pokok yang bolehmenggalakkan pertumbuhan ranting-ranting dengan memberikan zatmakanan dalam bentuk baja, maka ramisaraf dendrit yang menyerupairanting-ranting pokok itu pun boleh digalakkan tumbuh subur denganmemberikan zat makanan yang disebut nutrien saraf. Nutrien saraf

    merupakan zat khusus untuk tujuan menggalakkan ramisaraf dendrittumbuh subur.

    Menurut Dr W.H Schuessler, seorang pakar biokimia bangsa Germanmenyatakan bahawa saraf di otak memerlukan beberapa nutrien atau zattertentu untuk dapat berfungsi dengan sempurna. Nutrien atau zat yangsesuai untuk otak ialah jenis garam tisu biokimia. Setelah menjalankankajian mengenai fungsi otak dan hubungannya dengan makanan.

    Pergerakan dan persekitaran mendedahkan ibu dengan kuman yangboleh memberi kesan kepada bayi sebelum dilahirkan. Dalam keadaan ini,

    rahim bertindak melindungi bayi dari kuman. Selepas kelahiran,perlindungan kepada bakteria dan parasit diperoleh pula dari susu ibu.Beberapa bahan dalam susu ibu bukan saja berupaya menentangpenyakit tetapi sesetengahnya menguatkan lagi pembentukan sistemimun bayi. Ia memberi kesihatan yang baik kepada bayi walaupun selepasdia tidak lagi menyusu.

    Ini kerana susu ibu memiliki ramuan terbaik untuk pertumbuhan bayi darijumlah asid lemak, laktosa, air, asid amino untuk pencernaan,pertumbuhan minda bayi dan mengandungi antibodi. Selain membantu

    perkembangan retina dan memberi perlindungan kepada sistem saraftengah bayi. Ia juga membawa enzim pencernaan yang membantu bayi

    http://ms.wikipedia.org/wiki/Jepunhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Amerika_Syarikathttp://ms.wikipedia.org/wiki/Jepunhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Amerika_Syarikat
  • 7/28/2019 Pendidikan bayi

    8/13

    mencerna nutrisi dalam susu. Justeru, ia berupaya memberi bayi imunititerhadap jangkitan dan penyakit seperti otitis media, pneumonia,mengurangkan masalah jangkitan darah dan radang otak. Malah dalamsatu kajian di Denmark, susu ibu memberi kesan pada pembentukan

    minda dan meningkatkan perkembangan kognitif bayi dan bahasa bayi.

    Kajian mengesahkan bahawa nutrien dalam susu ibu dan genetikmempunyai kesan terhadap IQ. Kanak-kanak kecil (bayi) yang tidakmendapat susu ibu akan lebih menyebabkan IQ mereka rendah, tahappencapaian pendidikan rendah dan rendah dalam pergaulan sosialnya.

    Belajar sambil bermain

    Pada peringkat perkembangan 6 bulan pertama, bayi banyak belajardaripada persekitarannya terutama melalui interaksi antara andadengannya. Satu perkara penting yang perlu diberi perhatian adalah bayibelajar melalui permainan. Setiap kali anda bermain ataupun berinteraksidengan bayi, anda sebenarnya mengajarnya lebih banyak perkaramengenai diri anda, dirinya sendiri dan persekitarannya.

    Setiap aktiviti permainan mudah seperti menggoncangkan alatan yangberbunyi memberi kesan terhadap perkembangan derianya. Bayi belajarmemfokus penglihatan dan pendengarannya terhadap objek berkenaan.Sekiranya aktiviti ini diulang-ulang, bayi akan belajar menggoncang alatandan menyebabkan berlaku kebisingan.

    Antara perkara yang boleh anda lakukan dalam mengajar bayi andaadalah:

    Lakukan aktiviti yang boleh merangsang 5 deria utama manusiaiaitu penglihatan, pendengaran, rasa, bau dan sentuhan.

    Sentiasa memberi perhatian padanya melalui eye contact semasabercakap dan bermain dengannya.

    Bantu perkembangan bahasa dan visualnya dengan menunjukkanpadanya sesuatu objek nyata seperti botol, menerangkan padanya

    mengenai objek berkenaan dan sentuhkan tangannya ke objek itu.

    Ajarkan mengenai kepelbagaian emosi dengan menggayakanataupun membuat mimik muka seperti gembira, sedih dansebagainya.

    Perkenalkan kepelbagaian padanya dengan menunjukkan objekyang sama dalam warna dan bentuk berbeza ataupun menyanyipelbagai lagu supaya bayi tidak mudah bosan.

    Beri respons terhadap sebarang pergerakannya. Contohnya

    sekiranya bayi menangis, dakaplah bayi dan sekiranya bayitersenyum, senyum dan ketawa bersamanya. Ini akan memberi bayi

  • 7/28/2019 Pendidikan bayi

    9/13

    keyakinan ia boleh mengawal persekitarannya.

    ] Bayi Baru Lahir Hingga 4 Bulan

    Pada peringkat ini, berikan peluang kepada bayi anda bagi meneroka

    persekitarannya menggunakan kekuatan ototnya. Perhatikan apabila bayimenangis, ia akan menggerak-gerakkan kakinya seperti menendang danmenggapai-gapaikan tangan-nya. Pergerakan ini sebenarnya adalah satustimulasi dan kesan daripada aktiviti penerokaannya menggunakanototnya. Elakkan daripada terlalu melindunginya dengan sentiasamendukungnya kerana ia membantutkan usaha penerokaannya. Letakkanbayi anda di atas lantai dan biarkan dia meneroka kekuatan kaki, tangandan kepalanya. Sekiranya anda mampu, anda boleh menghiasipersekitaran penerokaannya dengan pelbagai permainan yang pelbagaiwarna dan corak. Hati-hati dengan barang permainan kerana dikhuatiriakan menjerut lehernya ataupun mengakibatkannya tercekik. Antaraaktiviti permainan mudah yang boleh anda lakukan dalam merangsangbayi anda adalah: Gerakkan lidah anda ke luar dan ke dalam beberapasaat. Berikan sedikit masa kepada bayi anda meniru lagak anda.

    Sentuh anggota badannya seperti menggeleteknya. Per-hatikanresponsnya. Sekiranya bayi anda sudah belajar cara untuk senyum, andaakan dapat melihat senyuman di bibirnya. Tambahkan pengalamanpembelajarannya dengan mem-bawanya keluar bersiar-siar di halamanrumah anda ataupun membawanya melawat pelbagai tempat di dalamrumah sendiri sama ada dapur, ruang tamu, bilik tidur dan sebagainya.

    [sunting] Bayi 4 bulan hingga 6 bulan

    Pada peringkat ini, deria penglihatan bayi sensitif terhadap cahaya danwarna. Walaupun fokus penglihatannya masih belum membangunsepenuhnya, bayi mampu melihat dalam jarak yang dekat. Koordinasi otottangannya juga sedang berkembang pesat. Sesetengah bayi sudahmampu memegang objek tertentu di tangannya.

    Pada masa inilah, anda seharusnya memperkenalkan padanya pelbagaitekstur objek sama ada licin, kesat dan sebagainya. Antara aktiviti yang

    boleh anda lakukan bersama bayi anda adalah:

    Galakan bayi menyentuh pelbagai jenis objek yang mempunyaipelbagai tekstur seperti kain sutera yang lembut, tuala, permaidaniyang berbulu halus dan lembut, kotak dan sebagainya.

    Berikan mainan yang membuat bunyi bising seperti itik yangberbunyi sekiranya ditekan.

    Dapatkan objek pelbagai bentuk seperti bulat, tiga segi, empat segi dansebagainya.

    [sunting] Bayi 6 bulan hingga 1 tahun

    http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Pendidikan_bayi&action=edit&section=8http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Pendidikan_bayi&action=edit&section=9http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Pendidikan_bayi&action=edit&section=8http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Pendidikan_bayi&action=edit&section=9
  • 7/28/2019 Pendidikan bayi

    10/13

    Keadaan fizikal bayi adalah stabil pada masa ini. Kepalanya lebih tegapmalah boleh digerakkan ke pelbagai arah. Kemampuan verbalnya jugabegitu menggalakkan. Bayi akan cuba meniru pergerakan bibir anda,tanda ia bersedia untuk bercakap, walaupun dalam bahasa bayinya

    sendiri.

    Antara aktiviti yang boleh anda lakukan bersama bayi anda adalah:

    Dapatkan mainan yang ada elemen memeranjatkan. Contohnya,kotak yang apabila dibuka akan mengeluarkan badut dansebagainya. Namun begitu, berhati-hati, kerana dikhuatiri bayi andaterperanjat sehingga mencederakannya ataupun melukakan dirinya.

    Anda boleh memperkenalkan muzik kepadanya. Dapat-kan alatmainan seperti drum, tamborin dan sebagainya.

    Ajarkan kepada bayi anda bermain sorok-sorok. Permainan di manasorokkan mainan kegemarannya di bawah tilam dan lihat reaksinya.

    Bahasa digunakan ibu bapa setiap hari dapat membentuk minda bayimembentuk bahasanya. Ibu bapa perlulah faham mereka seharusnyamemberikan perhatian terhadap perkembangan bahasa bayi danmembantunya dengan berbual mesra. Bahasa juga penting untukseseorang mempelajari keadaan sekelilingnya kerana melaluinya kanak-kanak boleh melafazkan kehendaknya, bertanya, meminta danmengeluarkan pandangan berhubung sesuatu perkara.

    Bayi yang selalu menangis tentu kurang berkebolehan menerimapersekitaran serta orang sekelilingnya. Ada ibu bapa yang membiarkananak menangis sendirian dan cara itu perlu dielakkan. Sebaiknya, ibubapa memujuk dan memahami apakah yang diperlukan anak mereka ataumendodoi dengan mesra.

    Bermain dengan bayi amat digalakkan. Jarinya boleh dicium dan keduatangannya ditepuk supaya mindanya terangsang serta berasa gembira.Selain itu, persekitaran bayi boleh diperkayakan dengan melakukanpelbagai bunyi menarik seperti lagu dari peti muzik atau gambar

    berwarna warni. Untuk merangsang bayi ibu bapa digalakkanberkomunikasi, menyanyi atau membaca bagi membantu prosesperkembangan bahasa dan minda.

    Justeru itu, ibu bapa digalakkan menggunakan perkataan yang sesuaiketika berinteraksi. Apabila perkembangan bahasa kanak-kanakdipercepatkan, prestasi perkembangan kognitif atau inteleknya turutmeningkat dari semasa ke semasa.

    http://ms.wikipedia.org/wiki/Pendidikan_bayi#Belajar_sambil_bermain

    1/2/2010 2.45pm

    http://ms.wikipedia.org/wiki/Pendidikan_bayi#Belajar_sambil_bermainhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Pendidikan_bayi#Belajar_sambil_bermain
  • 7/28/2019 Pendidikan bayi

    11/13

  • 7/28/2019 Pendidikan bayi

    12/13

    Kanak-kanak

    Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

    Kanak-kanak (juga digelarkan budak atau anak kecil) ialah manusia yang muda,iaitu seorang yang masih belum mencapai baligh. Peringkat perkembangan manusiaadalah sebagaimana berikut:

    tuadewasaremajakanak-kanakbayi

    Istilah kanak-kanak adalah berbeza dengan anak meskipun mempunyai kaitan yangsangat rapat.

    Perkembangan

    "Perkembangan kanak-kanak" ialah kajian proses dan mekanisme yang bertindaksewaktu perkembangan fizikal dan mental seorang bayi menjadi orang dewasa.Sebaliknya, "pediatrik" merupakan cabang perubatan yang berkenaan denganpenjagaan kanak-kanak dari waktu pranatal sehingga remaja dan dewasa muda(umur antara 0 sehingga 21 tahun).

    Istilah-istilah untuk peringkat perkembangan fizikal berkait umur adalah disenaraikandi bawah. Julat-julat umur hampiran ditunjukkan, tetapi tanggapan mengenaisempadan antara peringkat-peringkat hidup adalah berbeza-beza antara budayadan zaman. Julat umur dan istilah yang disenaraikan membayangkan tanggapanabad ke-21 di negara-negara yang maju.

    http://ms.wikipedia.org/wiki/Manusiahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Balighhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Balighhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Anakhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Perkembangan_kanak-kanakhttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Pediatrik&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/wiki/Perubatanhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Abad_ke-21http://ms.wikipedia.org/wiki/Manusiahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Balighhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Anakhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Perkembangan_kanak-kanakhttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Pediatrik&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/wiki/Perubatanhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Abad_ke-21
  • 7/28/2019 Pendidikan bayi

    13/13

    http://ms.wikipedia.org/wiki/Kanak-kanak1/2/2010 3.00pm

    I

    Umur(tahun)

    Peringkat

    Zigot; saat perjaninan, persenyawaan

    Embrio; digelarkan fetus pada peringkat kemudian

    Kanak-kanak

    0 - 1.5 Bayi

    1.5 - 4 Kanak-kanak bertatih

    4 - 11 Peringkat tengah kanak-kanak (budak sekolah rendah)

    10 - 11(lebih

    kurang)Prapubesens; subset yang atas

    11 - 12 Praremaja (atau peringkat akhir kanak-kanak);sila perhatikan pertindanan dengan peringkat prapubesens

    13 - 20 Remaja dan baligh

    Dewasa

    18 -25 Dewasa muda (umur minimum yang tepat berbeza-beza)

    16 - 39 Kedewasaan awal

    40 - 59 Separuh umur

    60+ Orang tuaTerjadi pada

    umuryang

    berbeza-beza

    Kematian

    http://ms.wikipedia.org/wiki/Kanak-kanakhttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Zigot&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Zigot&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Perjaninan&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Embrio&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Fetus&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/wiki/Bayihttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Kanak-kanak_bertatih&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Prapubesens&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Praremaja&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/wiki/Fail:Edward_S._Curtis_Collection_People_004.jpghttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Zigot&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Perjaninan&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Embrio&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Fetus&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/wiki/Bayihttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Kanak-kanak_bertatih&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Prapubesens&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Praremaja&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/wiki/Kanak-kanak