Pendidikan Berkualiti Teras Pembangunan Modal Insan

5
Pendidikan Berkualiti Teras Pembangunan Modal Insan Martabat ilmu amat tingginya, Emas dan intan bukan bandingnya, Barangsiapa mendapatkannya, Modal insan bakal dicerna. Kalungan apresiasi untuk pengacara majlis, dif-dif terhormat, barisan guru bestari, rakan-rakan pelajar seterusnya sidang dewan warga intelektual sekalian. Menyingkap teras kedua misi nasional iaitu meningkatkan keupayaan pengetahuan, kreativiti dan inovasi negara serta memupuk minda kelas pertama , kejayaan masa hadapan bergantung kepada mutu modal insan yang dimiliki, bukan sahaja dari segi intelek tetapi juga sahsiah dan peribadi. Sejajar dengan teras ini, Kerajaan akan melaksanakan usaha penambahbaikan sistem pendidikan negara secara holistik. Maka, tampillah saya di podium ini demi melakarkan wacana yang bertemakan "Pendidikan Berkualiti Teras Pembangunan Modal Insan". Hadirin, Izinkan terlebih dahulu saya membuka tirai interpretasi yang membentuk maudhuknya. Merujuk buku "Wawasan dan Agenda Pendidikan", frasa pendidikan berkualiti membawa konotasi satu penanda aras kualiti pendidikan yang melahirkan individu warga dunia yang seimbang dan harmonis serta mempunyai hala tuju yang jelas. Menurut Kamus Dewan Edisi Ke-4, frasa teras bermaksud asas. Manakala, YAB Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi menekankan konsep pembangunan modal insan iaitu merujuk kepada individu yang dapat memperkasakan dirinya baik dari segi ilmu mahupun berdaya saing dari segi teknikal ataupun profesional. Secara tuntasnya, apa yang ingin saya ketengahkan ialah berkisarkan pendidikan berkualiti yang merangkumi aspek

description

teks johan pidato piala datin asariah 2008...Muhamad Fadzli Yasin - IPGM Kampus Kent Sabah

Transcript of Pendidikan Berkualiti Teras Pembangunan Modal Insan

Page 1: Pendidikan Berkualiti Teras Pembangunan Modal Insan

Pendidikan Berkualiti Teras Pembangunan Modal Insan

Martabat ilmu amat tingginya,

Emas dan intan bukan bandingnya,

Barangsiapa mendapatkannya,

Modal insan bakal dicerna.

Kalungan apresiasi untuk pengacara majlis, dif-dif terhormat, barisan guru

bestari, rakan-rakan pelajar seterusnya sidang dewan warga intelektual

sekalian.

Menyingkap teras kedua misi nasional iaitu meningkatkan keupayaan

pengetahuan, kreativiti dan inovasi negara serta memupuk ‘minda kelas

pertama’, kejayaan masa hadapan bergantung kepada mutu modal insan

yang dimiliki, bukan sahaja dari segi intelek tetapi juga sahsiah dan peribadi.

Sejajar dengan teras ini, Kerajaan akan melaksanakan usaha

penambahbaikan sistem pendidikan negara secara holistik.

Maka, tampillah saya di podium ini demi melakarkan wacana yang

bertemakan "Pendidikan Berkualiti Teras Pembangunan Modal Insan".

Hadirin,

Izinkan terlebih dahulu saya membuka tirai interpretasi yang

membentuk maudhuknya.

Merujuk buku "Wawasan dan Agenda Pendidikan", frasa pendidikan berkualiti

membawa konotasi satu penanda aras kualiti pendidikan yang melahirkan

individu warga dunia yang seimbang dan harmonis serta mempunyai hala tuju

yang jelas.

Menurut Kamus Dewan Edisi Ke-4, frasa teras bermaksud asas.

Manakala, YAB Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Abdullah Haji Ahmad

Badawi menekankan konsep pembangunan modal insan iaitu merujuk

kepada individu yang dapat memperkasakan dirinya baik dari segi ilmu

mahupun berdaya saing dari segi teknikal ataupun profesional.

Page 2: Pendidikan Berkualiti Teras Pembangunan Modal Insan

Secara tuntasnya, apa yang ingin saya ketengahkan ialah berkisarkan

pendidikan berkualiti yang merangkumi aspek kurikulum, ko-kurikulum,

sekolah dan juga guru yang mampu menjadi kapasitor pengaktif ke arah

melahirkan modal insan yang mapan melalui empat indikator perdana saya

pada hari ini.

Sidang dewan saksi bervisi,

Indikator saya yang pertama di bawah lembayung kata "Guru

Berkualiti Menjana Insan Berpekerti". Pendidikan berkualiti haruslah

bermula daripada barisan guru yang merupakan penggerak utama agenda ini.

Oleh yang demikian, di dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP),

memartabatkan profesion perguruan dijadikan sebagai teras utama.

Bagi menunaikan hasrat ini, pelbagai usaha telah dilakukan,

penaiktarafan kesemua Maktab Perguruan kepada Institut Pendidikan Guru

dijadikan permulaan, kenaikkan gred para guru dan pensyarah sebagai

tindakan susulan, demi menjana guru berwawasan yang bakal melahirkan

modal insan.

Selain itu, kenaikan pangkat Guru Cemerlang yang diperkenalkan

pada tahun 1993 telah menjadikan bidang perguruan tidak kehilangan guru-

guru pakar di sekolah.

Saya menyeru kepada sidang dewan sekalian, marilah kita bersama-

sama memartabatkan profesion perguruan agar bidang pendidikan di negara

kita ke mudik tentu hulunya, ke hilir tentu muaranya. Di manapun para guru

berada; di hujung daerah yang ratusan batu jauhnya dari bandar; di tengah

pulau yang sunyi sepi; di atas kedinginan tanah tinggi, mahupun di tengah-

tengah kesibukan kota kosmopolitan, namun agenda pendidikan tetap

berterusan.

Page 3: Pendidikan Berkualiti Teras Pembangunan Modal Insan

Sidang saksi bermisi,

Indikator saya yang kedua di bawah lembayung kata, "Sekolah

Berkesan, Pelajar Berwawasan". Untuk menjelmakan pendidikan berkualiti

yang mampu melahirkan modal insan gemilang, sekolah memainkan peranan

yang sangat penting. Oleh yang demikian, Kementerian Pelajaran Malaysia

sentiasa berusaha untuk melonjakkan kecemerlangan sekolah dalam sistem

pendidikan di Malaysia.

Saban tahun, ada sahaja kemunculan produk-produk baru berasaskan

sekolah ditubuhkan. Antaranya, penubuhan Sekolah Premier yang dijadikan

lambang dan kebanggaan negara kerana kecemerlangannya, penubuhan

Sekolah Bestari yang merupakan sekolah yang membudayakan penggunaan

ICT dalam pendidikan, dan yang terbaru penubuhan Sekolah Kluster yang

bertujuan untuk mengembangkan sepenuhnya potensi sekolah dalam kluster

kecemerlangan.

Hasilnya, kejayaan Azali Azlan dari Sekolah Menengah Kebangsaan

Agama Yan, Kedah yang berjaya memadamkan rekod Nur Amalina Che Bakri

dengan memperoleh 20A1 dan 1A2 dalam peperiksaan SPM 2007 telah

membuka mata banyak pihak. Kejayaan yang beliau kecapi adalah hasil

usaha bersungguh dan tawakkal beliau. Modal insan sebeginilah yang bakal

dicerna jika betul acuannya. Abadikan segenggam harapan, secebis

ketekunan, seteguk pengorbanan...... semadikan di dalam hati sebagai garis

panduan hidup ini.

Page 4: Pendidikan Berkualiti Teras Pembangunan Modal Insan

Sidang dewan yang dikasihi sekalian,

Indikator saya yang ketiga di bawah lembayung kata, "Kurikulum

Bersepadu, Pelajar Bermutu". Sejauh mana kesedaran ibu bapa untuk

melihat anak-anak mereka bukan sahaja cemerlang dalam bidang akademik

tetapi juga sahsiah dan keperibadian?

Dalam usaha memupuk kesedaran ini, Kementerian Pelajaran

Malaysia telah berusaha menanamkan nilai-nilai murni, mata pelajaran

Pendidikan Islam dan Moral dijadikan mata pelajaran teras hari ini, demi

membentuk pelajar berbudi pekerti.

Pada tahun 2005, mata pelajaran Pendidikan Islam dimantapkan lagi

melalui pengenalan program j-QAF secara berperingkat di sekolah rendah

masa kini.

Penguasaan Bahasa Inggeris pula dijadikan intipati, dalam menempuh

arus globalisasi, sains dan teknologi juga telah diseberangi, dijadikan batu

asas penubuhan Sekolah Bestari. Hasil daripada kurikulum bersepadu ini,

pelbagai kejayaan telah dikecapi. Buktinya, pencapaian calon-calon bagi

peperiksaan SPM, STPM dan STAM pada tahun 2007 telah meningkat dan

boleh dipuji.

Tegasnya, apabila kurikulum disepadu, akan lahirlah pelajar bermutu

dan mempunyai sahsiah yang jitu. Pelajar-pelajar ini umpama intan, jika

terbenam sekalipun di pelimbahan, cahayanya pasti gemerlapan.

Page 5: Pendidikan Berkualiti Teras Pembangunan Modal Insan

Sidang hadirin warga budiman,

Indikator saya yang keempat di bawah lembayung kata, "Kokurikulum

Berjaya, Pelajar Berwibawa". Bagi melengkapkan agenda pendidikan

berkualiti, aktiviti kokurikulum dilaksanakan dengan penuh teliti, dalam usaha

memangkin pelajar berdikari.

Menurut Datuk Seri Hisyamudin Tun Hussein Onn, Menteri Pelajaran

Malaysia, untuk Memantapkan Program Kurikulum, pada tahun 2005, KPM

memutuskan penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum menyumbang

sebanyak 10 peratus kepada syarat kelayakan masuk ke IPTA dan Sekolah

Berasrama Penuh.

Impak daripada pemantapan kokurikulum dalam sistem pendidikan,

gejala sosial di sekolah dapat dikurangkan, interaksi dan integrasi di kalangan

pelajar dapat dikukuhkan, tahap disiplin dan nilai-nilai murni dalam diri pelajar

dapat ditingkatkan, seterusnya pelajar berwibawa dapat dilahirkan.

Sebagai intiha, melalui serampang empat hujah yang saya nyatakan

itu tadi, maka jelaslah apabila digarap keempat-empat kapasitor pengaktif ini

iaitu guru, sekolah, kurikulum dan kokurikulum, maka pendidikan berkualiti

dapat dijana seterusnya membangunkan modal insan berminda kelas

pertama.

Saya tinggalkan hadirin dengan kata-kata hikmah...

Jika awan melindungi matahari, jangan meratap....kerana nanti akan

menjelma pelangi dan kalau langit bagaikan runtuh, jangan bersedih.....

itu hanyalah satu mimpi. Tetapi jika pendidikan dipersenda, modal insan

dipersia, menangislah sepuasnya kerana saat keruntuhan moral bakal

menjelma....

Pendidikan Berkualiti Teras Pembangunan Modal Insan...

Sekian....