Pendidikan di Malaysia

2
PERINGKAT PENDIDIKAN DI MALAYSIA Malaysia adalah sebuah negara yang amat menitikberatkan aspek pendidikan kepada masyarakat ini kerana peranan pendidikan yang ada pada hari ini akan menentukan masa depan negara. Pendidikan dapat melahirkan ramai orang yang berilmu dan berkebolehan dari setiap sudut malah orang yang berpendidikan itu dipandang tinggi oleh masyarakat disebabkan oleh pengetahuan yang luas dalam bidang tertentu. Di Malaysia,pendidikan terdiri daripada beberapa peringkat iaitu peringkat prasekolah,pendidikan rendah, pendidikan menengah, pendidikan pra-universiti dan pendidikan tinggi. Prasekolah adalah sekolah tadika yang menerima kemasukan kanak-kanak berumur 4 hingga 6 tahun yang mana kemasukan ke pra- sekolah ini melibatkan pelbagai kaum,bangsa dan agama. Pada peringkat ini ibubapa perlu mula menghantar anak ke pra-sekolah namun ianya bukan pengajian wajib dalam pendidikan di Malaysia. Pendidikan rendah pula menerima kemasukan kanak-kanak yang berumur 7 hingga 12 tahun iaitu dari tahun 1 hingga tahun 6). Seperti yang dapat dilihat Sekolah Rendah Kebangsaan ataupun Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina atau Tamil. Pada peringkat akhir sekolah rendah iaitu darjah 6, pelajar perlu melalui Ujian Penilaian Sekolah Rendah sebelum meneruskan pengajian di peringkat menengah. Pendidikan menengah melibatkan pelajar yang berusia 13 hingga 17 tahun iaitu bermula daripada tingkatan 1 hingga tingkatan 5 dan pelru melalui fasa peperiksaan seperti Penilaian Menengah Rendah yang kini ditukar kepada (PT-3) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang akan menentukan pelajar untuk meneruskan pembelkajaran ke peringkat yang seterusnya.

description

Pendidikan di Malaysia

Transcript of Pendidikan di Malaysia

Page 1: Pendidikan di Malaysia

PERINGKAT PENDIDIKAN DI MALAYSIA

Malaysia adalah sebuah negara yang amat menitikberatkan aspek pendidikan kepada masyarakat ini kerana peranan pendidikan yang ada pada hari ini akan menentukan masa depan negara. Pendidikan dapat melahirkan ramai orang yang berilmu dan berkebolehan dari setiap sudut malah orang yang berpendidikan itu dipandang tinggi oleh masyarakat disebabkan oleh pengetahuan yang luas dalam bidang tertentu. Di Malaysia,pendidikan terdiri daripada beberapa peringkat iaitu peringkat prasekolah,pendidikan rendah, pendidikan menengah, pendidikan pra-universiti dan pendidikan tinggi. Prasekolah adalah sekolah tadika yang menerima kemasukan kanak-kanak berumur 4 hingga 6 tahun yang mana kemasukan ke pra-sekolah ini melibatkan pelbagai kaum,bangsa dan agama. Pada peringkat ini ibubapa perlu mula menghantar anak ke pra-sekolah namun ianya bukan pengajian wajib dalam pendidikan di Malaysia.

Pendidikan rendah pula menerima kemasukan kanak-kanak yang berumur 7 hingga 12 tahun iaitu dari tahun 1 hingga tahun 6). Seperti yang dapat dilihat Sekolah Rendah Kebangsaan ataupun Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina atau Tamil. Pada peringkat akhir sekolah rendah iaitu darjah 6, pelajar perlu melalui Ujian Penilaian Sekolah Rendah sebelum meneruskan pengajian di peringkat menengah. Pendidikan menengah melibatkan pelajar yang berusia 13 hingga 17 tahun iaitu bermula daripada tingkatan 1 hingga tingkatan 5 dan pelru melalui fasa peperiksaan seperti Penilaian Menengah Rendah yang kini ditukar kepada (PT-3) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang akan menentukan pelajar untuk meneruskan pembelkajaran ke peringkat yang seterusnya.

Selepas menamatkan pengajian, pelajar boleh menyambung pengajian di peringkat pra-universiti seperti belajar di tingkatan enam, matrikulasi, pengajian diploma dan sebagainya seperti contoh Kolej Matrikukasi Melaka ataupun pengajian diploma di peringkat university mahupun kolej swasta. Pengajian tinggi pula melibatkan penyambungan ke peringkat yang lebih tinggi iaitu ke institusi pengajian tinggi yang terdiri daripada kolej, kolej universiti dan universiti sama ada awam atau swasta. Peringkat pengajian di Institusi Pengajian Tinggi boleh dibahagikan kepada peringkat pengajian Ijazah Sarjana Muda, Sarjana dan Doktor Falsafah(PhD). Hari ini pelbagai bidang di peringkat ijazah mahupun PhD yang ditawarkan oleh universiti mahupun kolej swasta kepada pelajar yang ingin menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi