Pendidikan Kesihatan

15
1.0 Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dapat dikembangkan secara berkesan dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Kesihatan di peringkat sekolah rendah di Malaysia. 1.1 Pengenalan Ketika melayari era globalisasi ini golongan guru perlu berkemahiran tinggi dalam soal adaptasi dan bersikap proaktif serta melakukan penambahbaikan semasa menjalankan tugas. Tindakan seperti ini akan menyebabkan para pelajar tidak merasa bosan ketika mengikuti pembelajaran dan pengajaran.Yang Berhormat Perdana Menteri Dato Seri Najib pernah berkata – Kita tidak mahu anak- anak bangsa kita hanya menggunakan kaedah menghafal atau rote learning dalam pembelajaran mereka. Secara umumnya ada dua jenis berfikir iaitu kemahiran berfikir aras rendah atau Lower Order Tinking Skills (LOTS) yang tidak memerlukan pemikiran yang luas dan mendalam. Sementara itu Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) pula lebih mementingkan kemahiran intelek yang tinggi. Sebelum adanya KBAT, sistem pendidikan kita lebih lebih menggunakan kaedah LOTS (Lower Order Thinking Skills) yang lebih mementingkan kemahiran membaca, menghafal dan mengingat semula atau mengaplikasikan konsep atau pengetahuan yang sedia ada. Manakala KBAT pula memerlukan seseorang pelajar itu berfikir sebelum membuat penjelasan dengan mengenalpasti, menilai, menjana idea, pilihan membuat keputusan, menyelesaikan masalah dan membuat perancangan .Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) juga membawa maksud tidak berfikir dengan cara kebiasaan kita

description

ghfghdfgscgfsfg

Transcript of Pendidikan Kesihatan

Page 1: Pendidikan Kesihatan

1.0 Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dapat dikembangkan secara berkesan

dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Kesihatan di peringkat sekolah

rendah di Malaysia.

1.1 Pengenalan

Ketika melayari era globalisasi ini golongan guru perlu berkemahiran tinggi dalam

soal adaptasi dan bersikap proaktif serta melakukan penambahbaikan semasa menjalankan

tugas. Tindakan seperti ini akan menyebabkan para pelajar tidak merasa bosan ketika

mengikuti pembelajaran dan pengajaran.Yang Berhormat Perdana Menteri Dato Seri Najib

pernah berkata – Kita tidak mahu anak- anak bangsa kita hanya menggunakan kaedah

menghafal atau rote learning dalam pembelajaran mereka.

Secara umumnya ada dua jenis berfikir iaitu kemahiran berfikir aras rendah atau

Lower Order Tinking Skills (LOTS) yang tidak memerlukan pemikiran yang luas dan

mendalam. Sementara itu Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) pula lebih mementingkan

kemahiran intelek yang tinggi.

Sebelum adanya KBAT, sistem pendidikan kita lebih lebih menggunakan kaedah

LOTS (Lower Order Thinking Skills) yang lebih mementingkan kemahiran membaca,

menghafal dan mengingat semula atau mengaplikasikan konsep atau pengetahuan yang sedia

ada. Manakala KBAT pula memerlukan seseorang pelajar itu berfikir sebelum membuat

penjelasan dengan mengenalpasti, menilai, menjana idea, pilihan membuat keputusan,

menyelesaikan masalah dan membuat perancangan .Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)

juga membawa maksud tidak berfikir dengan cara kebiasaan kita berfikir dalam

menyelesaikan sesuatu masalah.Mengikut Kemahiran Berfikir Aras (KBAT) seseorang itu

harus berfikir daripada biasa( out of the box ) atau mudah kata, seseorang murid mencerap

sesuatu data atau maklumat kemudian diproses dalam minda dan akhirnya dikeluarkan

semula dalam berbagai bentuk. Kemahiran berfikir ini juga dikatakan sebagai berfikir secara

kritis dan kreatif.

Pada tahu 1957 George Polya telah membina satu model yang dikenali sebagai

“Model Polya “ untuk penyelesaian masalah matematik.Ia diangap sebagai suatu model yang

mengutamakan aras fikiran kognitif yang tinggi. KBAT juga merupakan aras yang paling

tinggi dalam hirarki proses kognitif. Ianya berlaku apabila seseorang mendapat maklumat

baru , menyimpan dalam memori dan menyusun, mengaitkan dengan pengetahuan sedia ada

Page 2: Pendidikan Kesihatan

dan memanjangkan maklumat ini untuk mencapai sesuatu tujuan atau penyelesaian situasi

rumit.

Dalam usaha kita untuk bersaing dengan negara-negara termaju di dunia, sistem

pendidikan kita perlu berupaya melahirkan generasi muda yang berpengetahuan, mampu

berfikir secara kritis dan kreatif serta berupaya berkomunikasi dengan berkesan pada

peringkat global. Untuk itu, langkah mengaplikasikan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi

(KBAT) dalam sesi pengajaran dan pembelajaran disekolah perlu digiatkan supaya dapat

menaikkan prestasi negara khususnya dalam persaingan peringkat antarabangsa terutama

dalam pentaksiran Programme for International Student Assessment (PISA) dan Trends in

International Mathematics and Science Study (TIMSS) yang dinyatakan dalam Pelan

Pembangunan Pendidikan 2013-2015.

1.2 Definisi Kemahiran Berfikir Aras Tinggi

Menurut beberapa tokoh pemikir, seperti George (1970), Edward de Bono (1976),

Mayer (1977), Chaffee (1988), Vincent Ryan Ruggiero (1984) dan John Barell (1991)

mengaitkan kemahiran berfikir dengan proses menggunakan minda untuk membuat

keputusan dan menyelesaikan masalah. Manakala pendapat tokoh pemikir lain berkait dengan

definisi kemahiran berfikir ialah daripada Schmalz (1973) yang menegaskan bahawa

kemahran berfikir diertikan sebagai kemahiran kognitif mengingat semula dan kemahiran

mengaplikasi konsep serta pengetahuan dalam situasi biasa atau konteks yang lazim.

Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) pula telah didefinisikan oleh beberapa orang

tokoh pemikir seperti Quellmalz (1985) menghuraikan bahawa murid akan menggunakan

KBAT seperti menganalisis, banding beza, merumus, mentafsir, menilai dan menjana idea

apabila diberikan sesuatu tugasan untuk diselesaikan. Lewis dan Smith (1993) pula

berpendapat KBAT berlaku ketika seseorang individu menerima maklumat baharu,

memproses maklumat tersebut, membuat penilaian seterusnya membuat keputusan dan

menyelesaikan masalah yang bukan lazim.

Kementerian Pendidikan Malaysia mendefinisikan KBAT sebagai Kemahiran berfikir

aras tinggi ialah keupayaan untuk mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam

membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah, membuat keputusan,

berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu. Terdapat 7 elemen dalam melaksanakan KBAT

Page 3: Pendidikan Kesihatan

iaitu kurikulum, pedagogi, pentaksiran, sumber, sokongan masyarakat, kokurikulum dan

latihan.

Seterusnya Tomei (2005) menyatakan KBAT melibatkan kemahiran kognitif yang

lebih tinggi iaitu kemahiran menganalisis, sintesis, menilai dan menghasilkan sesuatu idea

yang baharu. Onosko dan Newmann (1994) menjelaskan bahawa KBAT didefinisikan

sebagai penggunaan minda secara meluas untuk menghadapi cabaran-cabaran baru.

Penggunaan minda secara meluas berlaku apabila seseorang itu perlu mentafsir, menganalisis

atau memanipulasi maklumat untuk menjawab soalan atau menyelesaikan masalah yang

dikemukakan. Hanya dengan mengaplikasikan maklumat yang telah diperoleh lebih awal

untuk menjawab atau menyelesaikan masalah dalam situasi baru mungkin tidak akan

membuahkan hasil. Mengikut Zevin (1995), pada kebiasaannya, KBAT merupakan perluasan

maklumat yang sedia ada dalam minda untuk menghasilkan sesuatu yang baru atau asli.

Masalah-masalah yang mempunyai pelbagai kemungkinan penyelesaian merupakan nadi

kepada KBAT.

KBAT melibatkan kemahiran intelek yang tinggi. Kemahiran ini kebiasaan

melibatkan merujuk kepada empat aras teratas dalam Taksonomi Bloom iaitu mengaplikasi,

menganalisa, menilai dan mencipta. KBAT juga mengaplikasikan pemikiran secara kritikal,

pemikiran kreatif, pemikiran logikal, pemikiran reflektif dan meta kognitif. Secara mudahnya

murid mencerap sesuatu data atau maklumat kemudian diproses dalam minda dan akhirnya

dikeluarkan semula dalam pelbagai bentuk. Kemahiran berfikir ini juga dikatakan sebagai

berfikir secara kritis dan kreatif.

KBAT merupakan satu program kemahiran berfikir yang menggunakan aktiviti-

aktiviti pemikiran peringkat tinggi melalui komputer untuk memperbaiki kemahiran asas,

keyakinan sosial dan kemahiran penyelesaian masalah pelajar (Pogrow, 1985). Penguasaan

kemahiran dan keyakinan adalah syarat yang penting untuk pelajar melibatkan diri dengan

cekap dalam aktiviti pembelajaran yang kompleks. Sebelum menggunakan komputer, guru

mengadakan satu perbincangan pemikiran di mana pelajar diminta menerangkan akibat dari

strategi mereka dan guru juga mengutarakan soalan-soalan yang mencabar untuk pelajar

selesaikan. Perlaksanaan KBAT adalah berpisah dari pengajaran kelas yang biasa; di mana

KBAT menggabungkan aktiviti komputer yang membolehkan pelajar menguji secara serta

merta akibat dari idea mereka terhadap soalan-soalan, dengan kaedah pengajaran yang

memberikan peluang kepada pelajar untuk banyak berfikir secara berkesan. KBAT

Page 4: Pendidikan Kesihatan

membantu pelajar membina strategi untuk menghubungkan idea-idea mereka secara

berkesan.

  Secara ringkasnya kemahiran berfikir aras tinggi bermaksud proses menggunakan

minda untuk mencari makna dan pemahaman terhadap sesuatu, menerokai pelbagai

kemungkinan idea atau ciptaan, membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dan

seterusnya membuat refleksi dan metakognitif terhadap proses yang dialami.

Memiliki kemahiran ini murid bebas untuk membanding, membeza, menyusun atur,

mengelas dan mengenal pasti sebab dan akibat mengikut pendapat dan pandangan mereka

sendiri. Andai kata diberikan suatu soalan maka murid boleh memberi jawapan dalam

pelbagai bentuk, idea baru dan melihat daripada beberapa sudut. Di sinilah dikatakan

wujudnya pemikiran berbentuk kreatif, inovatif dan mereka cipta di kalangan murid. KBAT

ini juga mempunyai kelebihan lain iaitu dapat meningkatkan lagi keupayaan dan kebolehan

sedia ada pada murid. Mereka akan dapat mengawal, memandu dan mengukur pembelajaran

yang telah mereka kuasai. Kebolehan ini akan menjadikan mereka lebih produktif dan

berdaya saing. Seterusnya sudah tentu dapat meningkatkan kefahaman dan memperkukuh

pembelajaran dalam apa sahaja perkara yang mereka pelajari nanti.

Bagi menerapkan kemahiran berfikir aras tinggi dalam kalangan murid maka peranan

guru sangat signifikan. Usaha ke arah itu perlu dilakukan secara bersungguh-sungguh.

Sebenarnya kemahiran berfikir ini bukanlah asing kepada guru kerana mereka telah

didedahkan tentang konsep dan kaedah kemahiran ini semasa mengikuti latihan perguruan di

maktab atau universiti suatu ketika dahulu. Walau apapun guru perlu terus ditingkatkan

keupayaan kemahiran berfikir mereka supaya dapat memberikan yang terbaik kepada murid

dalam pengajaran mereka. Antara cara berkesan yang boleh dilakukan untuk menerapkan

KBAT dalam PdP ialah dengan mengemukakan soalan-soalan yang berunsurkan KBAT

semasa proses PdP dijalankan. Soalan dikemukakan adalah soalan yang membolehkan murid

untuk mengaplikasi, menganalisa, mensintesis dan menilai suatu maklumat daripada sekadar

menyatakan semula fakta atau hanya mengingati fakta yang telah dipelajari.

1.3 Bagaimana KBAT dapat dikembangkan secara berkesan dalam pengajaran dan

pembelajaran Pendidikan Kesihatan sekolah rendah.

Seterusnya, apa yang ingin difokuskan di sini ialah bagaimana kemahiran

berfikir aras tinggi dapat dikembangkan secara berkesan dalam pembelajaran Pendidikan

Kesihatan di sekolah rendah khususnya bagi tajuk pemakanan dalam dokumen standard tahun

Page 5: Pendidikan Kesihatan

3. Kemahiran berfikir aras tinggi ini dapat dikembangkan dengan guru dapat memastikan

murid mengaplikasikan empat aras teratas dalam Taksonomi Bloom seperti yang telah

dinyatakan tadi iaitu mengaplikasi, menganalisa, menilai dan mencipta dalam sesi pengajaran

dan pembelajaranPendidikan Kesihatan. Ini bermakna guru perlu merancang soalan, tugasan

dan aktiviti yang menuntut murid berfikir, berlatih berfikir secara berterusan serta menilai

pemikiran mereka dan pemikiran individu lain.

Dalam tajuk pemakanan, murid dibimbing untuk mengenal kategori-kategori

pemakanan menggunakan dinamik makanan. Pada fasa permulaan, saya menyediakan

menyedikan gambar-gambar pelbagai jenis makanan tanpa memberitahu murid-murid apa

yang akan dipelajari seterusnya cuba mencungkil pengetahuan sedia ada mereka dengan

bertanya sekiranya mereka tahu apakah jenis-jenis makanan yang saya tunjukkan dihadapan

ini. Ini dapat merangsang murid untuk menjana kemahiran membuat inferens dan penaakulan

kritis murid.

Ketika murid membuat pemerhatian terhadap gambar-gambar tersebut berlakunya

proses mengaplikasi dalam minda mereka. Aplikasi ialah kebolehan kognitif dalam

menggunakan prinsip dan generalisasi tentang sesuatu masalah dalam situasi baharu. Pada

peringkat ini murid telah pun mempunyai pengetahuan sedia ada berasaskan pengalaman

lepas. Namun murid masih boleh menggunakan pengetahuan tersebut untuk menyelesaikan

permasalahan yang baharu. Hal ini kerana sesuatu permasalahan yang baru mengandungi

sedikit elemen yang berbeza daripada masalah sebelumnya.

Murid-murid memerhati gambar-gambar makanan tersebut dan menghubungkaitkan

dengan pengalaman dan pengetahuan sedia ada mereka untuk menjawab soalan rangsangan

yang diberikan oleh guru. Hasilnya, pelbagai jawapan yang guru akan terima dari semua

murid dan guru memberikan peluang kepada murid untuk memberikan idea mereka. Dari situ

guru membimbing murid-murid dengan memberikan klu satu per satu sehingga akhirnya

mereka dapat membuat satu keputusan dan memberikan jawapan yang tepat kepada soalan-

soalan yang guru berikan. Setelah mereka mengetahui apa makanan-makanan tersebut dan

kategori barulah mereka dapat meneka tajuk yang akan dipelajari. Dengan ini sedikit

sebanyak saya telah meransang minda dan menyediakan mereka untuk mempelajari tajuk ini

serta dapat mendorong mereka untuk mengutarakan apa sahaja pendapat atau idea mereka

mengenai tajuk isipadu cecair ini.

Page 6: Pendidikan Kesihatan

Bagi meningkatkan imaginasi pula, guru meminta murid untuk memadankan kad

imbasan gambar-gambar makanan kepada murid dan meminta untuk melekatkan pada

ppiramid makanan. Ini dapat memberi peluang kepada murid menjalankan analisa mengenai

jenis makanan dan kategori makanan yang ada supaya mereka dapat memadankannya dengan

betul. Analisa membawa maksud murid memisahkan maklumat kepada beberapa bahagian

kecil supaya boleh memahami sesuatu perkara dengan lebih jelas. Setelah mereka

menganalisa kedua-duanya barulah mereka dapat memadankan gambar makanan pada

kategori yang betul. Murid-murid perlu menganalisa setiap jenis makanan tersebut bagi

mengelaskannya mengikut kategori yang betul.

Selain itu guru juga mengaitkan topik yang dipelajari dengan situasi sebenar dalam

kehidupan murid supaya pemikiran mereka lebih meluas dan tidak hanya dalam ruang

lingkup bilik darjah sahaja iaitu dari segi teori. Guru menyoal kepada murid pernahkah

mereka melihat atau merasai makanan-makanan yang ditujukkan oleh guru. Murid-murid

menjawab dengan teruja, ada sesetengah murid pernah merasai sebahagian makanan yang

ditunjukkan oleh guru. Jawapan yang diberikan tidak semestinya tepat kerana cukup sekadar

mereka pernah mengalami pengalaman itu sama ada merasai sendiri atau melihat di mana-

mana sahaja makanan tersebut seperti di kedai, di televisyen dan akhbar-akhbar. Dengan

adanya hubungkait ini, dapat mendorong murid untuk memikirkan aplikasi tajuk ini dalam

kehidupan mereka dan seterusnya pemikiran mereka akan lebih mencapah dan menjadi lebih

kritis dan berinovasi.

Murid-murid juga telah menjalankan proses menganalisis dan mencipta (mensintesis)

sewaktu menjalankan aktiviti kumpulan. Dalam aktiviti kumpulan tersebut, murid-murid

dipecahkan kepada beberapa kumpulan dan mereka dikehendaki mengelaskan gambar

makanan mengikut kategori dan menjelaskan kuantiti pengambilan makanan tersebut., murid-

Murid menganalisa gambar-gambar tersebut sebelum mereka mengelaskannya. Yang berbeza

di sini ialah dalam fasa imaginasi mereka mengelaskan gambar makanan tetapi di fasa

perkembangan ini mereka mengelaskan gambar makanan yang biasa mereka lihat dalam

kehidupan harian mereka dan menjelaskan kuantiti pengambilan. Tujuan guru menggunakan

gambar-gambar ini adalah supaya mereka dapat mengaitkan tajuk yang dipelajari di bilik

darjah ini dengan kehidupan seharian mereka.

Selain daripada menganalisa, murid-murid juga menjalankan proses mencipta ataupun

mensintesis di maklumat dikumpul dan seterusnya membina struktur baru yang berbeza

Page 7: Pendidikan Kesihatan

daripada keadaan yang asal. Murid-murid mensintesis kembali idea-idea yang telah

dibincangkan dalam fasa-fasa sebelum ini untuk membantu mereka membuat pengelasan bagi

maknan tersebut mengikutkategori seperti lemak, protein, vitamin dan karbohidrat. Bagi

menjalankan aktiviti ini, murid perlu tahu dan pasti mengenai kategori makanan yang terlibat

yang terlibat. Kerana itu mereka perlu menjalankan proses mensintesis supaya mereka dapat

membina hipotesis. Dengan ini barulah mereka dapat mengelaskan gambar makanan

keperluan tersebut mengikut kategori dalam pyramid makanan.

Akhir sekali ialah murid membuat penilaian terhadap topik yang dipelajari.hal ini

dapat merangsang murid dalam kemahiran menilai. Menilai ialah kebolehan membuat

pertimbangan dengan menggunakan kaedah dan kriteria yang piawai untuk menentukan

kesesuaian, ketepatan, kecekapan, keberkesanan tentang nilai, makna, pendapat,

penyelesaian, prosedur, produk dan sebagainya. Dalam proses menilai ini murid diberikan

lembaran kerja untuk dijawab bagi mengukuhkan pemahaman mereka terhadap topik yang

dipelajari. Soalan-soalan yang diberikan sebenarnya memainkan peranan dalam mendorong

murid untuk mengembangkan KBAT dimana soalan juga perlu berunsur KBAT. Selain dari

soalan bertulis yang diberikan dalam bentuk lembaran kerja, soalan secara lisan juga

diberikan. Soalan yang dikemukakan adalah soalan yang membolehkan murid untuk

mengaplikasi, menganalisa, mensintesis dan menilai suatu maklumat daripada sekadar

menyatakan semula fakta atau hanya mengingati fakta yang telah dipelajari.

Seterusnya guru berbincang dengan murid untuk membuat rumusan mengenai topik

yang dipelajari. Ketika inilah murid menilai kembali kesemua yang telah dilaksanakan

sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran yang telah dijalankan dan seterusnya membuat

kesimpulan mengenai topikpemakanan. Untuk membuat kesimpulan, murid mencipta

pengetahuan baru bagi mereka. Mencipta ialah menyatukan elemen untuk membentuk idea

atau struktur yang baharu. Murid menggabungkan input-input yang diterima sebelum

kemudiannya membuat generalisasi mengenai topik isipasu cecair. Guru mendengar

kesimpulan yang dibuat oleh beberapa orang murid terlebih dahulu dan kemudiannya guru

menggabungkan idea mereka menjadi satu kesimpulan yang mudah. Murid akhirnya

mendapat pengetahuan baru di mana dalam pemakanan harian yang diambil oleh murid

sebenarnya mempunyai kategori mereka tersendiri seperti lemak, protein, vitamin dan

kabohidrat dan murid perlu mengambil kategori makanan mengikut kuantiti yang betul

dimana lemak diambil paling sikit dan karbohidrat perlu diambil dalam kuantiti paling

banyak. Hal ini menimbulkan kesedaran kepada murid.

Page 8: Pendidikan Kesihatan

Selain itu, bagi memantapkan lagi pengetahuan murid, penggunaan kaedah mengajar

menggunakan I-think juga sangat berkesan dapat merangsang kemahiran berfikir aras tinggi

murid-murid. Sebagai contoh, guru memberikan maklumat tentang pemakanan, kategori

pemakanan, jenis-jenis makanan dan kuantiti yang perlu diambil supaya seimbang dengan

menggunakan peta minda I-Think. Hal ini dapat mengasah murid untuk menilai,

mengkategorikan, membanding beza, mengsintesis dan sebagainya.

Kesimpulannya, bagi mengembangkan kemahiran berfikir aras tinggi secara berkesan

dalam pembelajaran Pendidikan Kesihatan di sekolah rendah guru perlu memainkan peranan

yang sangat penting. Guru sendiri perlu menguasai Kemahiran Berfikir Aras Tinggi supaya

dapat memberikan yang terbaik kepada murid-murid dalam sesi pengajaran dan

pembelajaran. KBAT ini amat penting kerana ia dapat meningkatkan lagi keupayaan dan

kebolehan sedia ada pada murid. Mereka akan dapat mengawal, memandu dan mengukur

pembelajaran yang telah mereka kuasai. Kebolehan ini akan menjadikan mereka lebih

produktif dan berdaya saing. Seterusnya sudah tentu dapat meningkatkan kefahaman dan

memperkukuh pembelajaran dalam apa sahaja perkara yang mereka pelajari nanti. Usaha

untuk mengembangkan Kemahiran berfikir Aras Tinggi ini dalam kalangan murid

terutamanya di sekolah rendah akan membantu menghasilkan modal insan yang cerdas,

kreatif dan inovatif bagi memenuhi cabaran abad ke-21 agar negara dapat besaing di persada

dunia.

Secara konklusinya, apabila KBAT diterapkan dalam pengajaran dan pembelajaran

secara tidak langsung akan dapat merangsang murid untuk mengeluarkan idea atau pendapat

mereka sendiri dan ianya tidak dihadkan untuksatu-satu soalan sahaja dan pendapat yang

berbeza-beza akan dapat dilihat daripada murid. Secara tidak langsung guru akan dapat

melihat tahap pemikiran murid sama ada mereka benar-benar faham tentang soalan dan

pengajaran yang diberikan atau sekadar menjawab soalan berdasarkan pemerhatian mereka

sahaja. Seterusnya dengan menggunakan KBAT dalam PdP dapat memberi peluang

melahirkan idea baru dan objek baru. Hal ini kerana apabila KBAT diterapkan dalam

Pengajaran dan pembelajaran, murid akan memahami sesuatu konsep dengan cara mereka

sendiri dengan bimbingan guru bukan dengan cara yang guru tetapkan. Apabila mereka dapat

memahami dan menguasai sesuatu konsep dengan baik dan sempurna, maka mereka akan

mengaitkan konsep itu dengan sesuatu idea yang lain dan tidak mustahil mereka akan tampil

dengan idea dan objek yang baru hasil daripada perkaitan konsep yang telah diterima dan

dikuasai dalam pembelajaran mereka. Selain itu, murid juga berpeluang mengalami sendiri

Page 9: Pendidikan Kesihatan

pembelajaran secara langsung melalui proses generalisai dan algoritma. Hal ini kerana,

dengan pelbagai teknik pendekatan KBAT yang ada, membolehkan murid melaksanakna

sendiri proses menyeleesaikan masalah bukan seperti pembeljaran rutin di mana murid hanya

mengikut prosedur yang telah ditetapkanoleh guru dan tidak dapat menjana idea murid itu

sendiri. Apabila pelajar mengalami sendiri proses menyelesaikan sesuatu masalah, ianya

sebenarnya lebih berkesan dan mudah diterima dan diingati murid kerana murid itu

mengalami sendiri dan menperoleh sendiri keputusan berbanding pembelajaran terima sahaja

konsep yang disampaikan oleh guru.

(2600 patah perkataan)

Page 10: Pendidikan Kesihatan

Rujukan

Dokumen standard pendidikan kesihatan tahun 3. (n.d.). Retrieved from

https://onedrive.live.com/view.aspx?resid=E282FD7928D2FF3!526&app=WordPdf

Kemahiran Berfikir Aras Tinggi. (2014, June). Retrieved from

http://ipik.edu.my/Sepintas_Lalu/elemen_KBAT_dalam_instrumen_pentaksiran.pdf

Kemahiran berfikir aras tinggi. (n.d.). Retrieved from

https://cikgunuurul.wordpress.com/kemahiran-berfikir-aras-tinggi-kbat/

Rancangan penganjaran mingguan pendidikan jasmani. (2014, March). Retrieved from

http://ipik.edu.my/KBAT_WEBv2/LAM-PT05-03_PJ.pdf