Pendidikan Moral Tingkatan 1 - Unit 05 - Berbudi Bahasa Amalan Hidup Masyarakat Kita
-
Upload
ajim-romli -
Category
Documents
-
view
208 -
download
5
description
Transcript of Pendidikan Moral Tingkatan 1 - Unit 05 - Berbudi Bahasa Amalan Hidup Masyarakat Kita
BIDANG PEMBELAJARAN 1:NILAI BERKAITAN DENGAN PERKEMBANGAN DIRI
Unit 05 – Berbudi Bahasa Amalan Hidup Masyarakat Kita
HEMAH TINGGI
Definisi Hemah TinggiBeradab sopan dan berbudi pekerti mulia
dalam pergaulan seharian
Perlakuan Bercakap di Telefon
Memberi salam Tidak memotong percakapan orang lain Tunjukkan minat anda dalam perkara
yang dibincangkan Tidak menelefon ketika waktu makan
dan lewat malam
Perlakuan Ketika Bertemu Rakan Baru Memberi salam Mengatakan “Saya Gembira Bertemu
dengan Anda” apabila diperkenalkan dengan seseorang.
Senyum dan memandang ke arahnya apabila memberi salam.
Perlakuan Ketika Berhubungan dan Berkomunikasi
Sentiasa berkata “Sudikah?” dan “Terima Kasih” apabila memerlukan dan menerima bantuan.
Mengetuk pintu sebelum memasuki bilik seseorang.
Katakan “Maafkan saya” jika anda mahu mencelah atau inginkan sesuatu daripada orang lain.
Meminta kebenaran sebelum menggunakan peralatan orang lain.
Membuka pintu dan memberi laluan untuk orang yang lebih tua.
Cara Berkelakuan Sopan Di Tempat Awam Tidak membuang sampah merata-rata Beratur ketika menaiki bas Memakai pakaian yang sopan Tidak membuat bising di hospital Tidak meng hisap rokok di tempat awam Menjaga kebersihan rumah ibadat
Cara Berkelakuan Sopan di Rumah Menunjukkan muka yang manis apabila
bercakap dengan ibu dan bapa Menghormati ibu bapa Bercakap dengan ibu bapa dengan
suara yang lembut
Adab di Meja Makan
Pastikan pakaian bersih dan kemas semasa di meja makan.
Basuh tangan sebelum duduk di meja makan
Tinggalkan surat khabar, buku dan alat permainan apabila hendak ke meja makan.
Duduk dengan cara yang sopan.
Sekiranya napkin disediakan, letakkannya di atas riba anda.
Tunggu sehingga semua ahli telah duduk dan bersedia di meja makan sebelum anda mengambil makanan atau mula makan.
Dahulukan orang yang lebih tua dan tetamu makan.
Tidak mengambil makanan daripada pinggan orang lain.
Tidak meletakkan siku di atas meja Tidak bercakap ketika mulut penuh
dengan makanan Sudu dan garpu hendaklah diletakkan di
sisi anda dan jangan digunakan sebagai alat untuk bermain
Tidak merungut dan bertengkat sewaktu berada di meja makan
Meminta dengan sopan jika memerlukan sebarang hidangan.
Minta dengan sopan sekiranya anda perlu menambahkan makanan anda
Tidak sesekali menjangkau untuk mengambil makanan. Mintalah bantuan orang di sebelah anda.
Minta kebenaran untuk meninggalkan meja setelah selesai makan.
Kebaikan Mengamalkan Perlakuan dan Pertuturan Yang Sopan Dihormati dan disanjungi oleh orang lain. Dapat meningkatkan imej diri. Menjalin perhubungan yang baik
sesama manusia. Disenangi oleh semua orang. Mencerminkan peribadi seseorang atau
masyarakat kita. Supaya kita dapat hidup dalam suasana
aman dan bersatu padu.
Rujukan
Buku Teks Pendidikan Moral Tingkatan 1, Dewan Bahasa dan Pustaka, Cetakan 2002
Masteri Memori Melalui Peta Minda, Pendidikan Moral Tingkatan 1, 2 & 3, Ismail Mohamad Zain, Anand Kumar, PNI Neuron (M) Sdn. Bhd., Cetakan 2007