Pendidikan seni visual organistik.pptx

12
Pendidikan seni visual Apresiasi seni (kaedah organistik) Disediakan oleh :sivah a/l govindhaswamy :PREMA A/RAJACHANDRAM :RAAJEMALARR A/P MUIRTHY PENSYARAH PEMBIMBING: EN. NASRUL SAMSUAR

Transcript of Pendidikan seni visual organistik.pptx

Pendidikan seni visual Apresiasi seni (kaedah organistik)

Pendidikan seni visualApresiasi seni(kaedah organistik)Disediakan oleh :sivah a/l govindhaswamy :PREMA A/RAJACHANDRAM :RAAJEMALARR A/P MUIRTHY

PENSYARAH PEMBIMBING:EN. NASRUL SAMSUAR

Apresiasi

Apresiasi bolehlah didefinisikan sebagai kajian mengenai pelukis-pelukis atau pandai tukang mengenai hasil-hasil seni mereka, faktor yang mempengaruhi mereka, cara mereka bekerja, bagaimana mereka memilih tema dan subject matter serta gaya dan stail mereka .Ianya juga sebagai satu penghargaan terhadap penilaian dan perasaan terhadap sesuatu hasil seni itu. Ia boleh dikatakan sebagai pembentukan sikap, minat dan kebolehan membuat pilihan dan ini berkait rapat dengan aspek-aspek afektif.

Pandangan tokoh tentang ApresiasiMenurut Smith (1966), apresiasi seni ini dalam Pendidikan seni harus dilihat dalam skop yang lebih luas. Umumya, para pendidik seni beranggapan Pendidikan Seni di sekolah bukan sekadar meningkatkan kemahiran dan teknik menghasilkan karya seni sahaja. Menurut Chapman (1978), Kebanyakan pendidik seni percaya bahawa melalui apresiasi karya seni, pelajar- pelajar dapat memahami adat, tradisi dan nilai sesuatu masyarakat.Macfee (1961) menegaskan bahawa Apresiasi seni melibatkan sepenuhnya deria rasa/sentuh dan deria pandang. Karya seni seperti catan, lukisan, cetakan dipandang sementara acra dan binaan disentuh. Apresiasi seni secara aktif melibatkan penggunaan bahasa untuk berkomunikasi dengan orang lain apa yang difikirkan dan dirasakan. Dalam konteks ini pengetahuan mengenai seni serta perbendaharaan kata yang cukup mengenai seni yang diperlukan.

KAEDAH ORGANISTIK

Kaedah ini menjurus kepada aturan yang mempunyai satu sistem yang teratur dan terancang.Penilaian dibuat serata melihat konteks seni secara harmoni, menyentuh intuisi dan menyenangkan.Penekanan kriteria kapada aspek tata letak, tata atur, ruang dan penataan cahaya. Ini akan dapat membentuk kesatuan cara melihat sesuatu karya dari segi warna, jalinan, unsur-unsur seni , imbangan, perulangan, kesinambungan serta kepelbagaian

Contoh Karya 2D oleh Georgette Chen

Rambutan dan ManggisTema:Alam benda

Subjek:Karya oleh Georgette Chen yang bertajuk Rambutan dan Manggis ini menampilkan subjek buah rambutan dan manggis, bakul rotan, piring dan mangkok.

Bahan, Pengolahan dan stail

Karya ini menggunakan bahan cat minyak atas kanvas. Sapuan warna lebih kepada teknik glazing. dengan pendekatan yang realistik. Dari konteks komposisi terdapat pengaruh karya Paul Cezanne-Still Life with Basket of Apple(1890-94). Geoegette Chen dalam karya beliau ini sedikit sebanyak cuba melihat struktur, jalinan dan warna pada objek yang dilukis seperti juga dalam karya-karya alam benda oleh Paul Cezanne. Konvensi tradisional sepertispatial representation, perspective dan warna telah dinafikan. Catan alam benda ini lebih kepada analisa visual yang diterjemahkan kedalam catan. Ia lebih merupakan satu pencarian struktur bentuk dan warna dalam karya.

Penekanan karya ini menunjukkan nilai makna, kreativiti, dan artistik.Selain itu karya yang dihasilkan mestilah merakam setiap unsur seni dan Prinsip Rekaan dalam pengalaman tampak.

Pengkarya telah menjadikan buah rambutan dan buah manggis sebagai objek fokus pada karya ini.Melihat dari segi flora, karya ini menampilkan buah rambutan dan bunga rambutan di dalam bakul.Karya ini menonjolkan sifat setiap objek.Susunan dan reka letak bunga dan daun Berjaya menimbulkan kesan ruang ilusi yang baik.Sama ada ruang antara objek mahupun ruang pada objek itu sendiri iaitu dengan penggunaan warna yang betul.

Melihat aspek pencahayaan pula,kesan cahaya Berjaya sepenuhnya.Manakala aspek keseimbangan, karya catan saya adalah seimbang.Pengkarya menyusun elemen-elemen seperti garisan, rupabentuk, nilai, jalinan dan warna sebagai rangkanya.

Elemen-elemen yang digunakan perlu dikawal dan disatukan.Pengkarya mengurus perkara ini melalui gabungan dasar organisasi: harmoni, kepelbagaian, imbangan, ukuran, kawalan, pergerakan . Perancangan pengkarya selalunya berdasarkan gabungan gerak hati dan kebijaksanaan.Kita lihat di sini pengkarya ini menggunakan material yang sesuai dan mudah dijangka untuk subjek. Seni 3DSeni arca

Raja Shahriman Raja AziddinRaja Shahriman Raja Aziddin merupakan kajian saya yang pertama. Beliau dilahirkan pada 17 November 1967 bertempat di Kuala Kangsar, Perak. Beliau melanjutkan pelajaran ke Dip in Art and Design (Fine Art) UTM (Majoring Sculpture). Contoh pameran yang telah diadakan ialah pada tahun 2009 iaitu 3D to 2D : Sculpture Studies, Pelita Hati House of Art, Kuala Lumpur. Pada tahun 1992 beliau telah mengadakan pameran Young Contemporary, National Art Gallery, Kuala Lumpur.Raja Shahriman Raja Aziddin mahu karyanya berdiri sendiri dan dihayati oleh penonton dengan bebas. Dalam kebebasan itu, penonton mungkin mencipta sesuatu yang berlainan dalam kotak fikiran dan ruang pengamatan mereka.

Persamaan Membangun atau Growing Equity.Taman Wawasan, Public bank, Kuala Lumpur.Jika dilihat dari sifat semulajadi manusia, pembangunan merupakan satu faktor yang berterusan. Manusia dicipta dengan akal fikiran bagi mencapai kemajuan iaitu dari segi rohani dan jasmani serta material dan spiritual. Setiap pembangunan harus ada matlamat dan dalam mencapai matlamat perlu ada wawasan supaya perjalanan menuju kepada kemajuan merupakan perjalanan yang selamat.Arca ini menggunakan unsur rupa dengan rentak yang lembut yang melambangkan sifat semulajadi pertumbuhan. Pada bahagian atas arca terdapat garis tegak yang meruncing ke atas melambangkan perjalanan ke arah kemajuan. Menurut Raja Shahriman Raja Aziddin juga fungsi yang menunjuk ke langit pada arca tersebut kerana dalam mencapai kemajuan kita mesti tidak melupakan keagungan Tuhan.Selain itu, garisan utama yang besar melambangkan wawasan sebagai landasan utama di dalam usaha mencapai kemajuan. Garisan pendek melintang yang berulang-ulang di atas garis utama pula melambangkan kemajuan yang telah dicapai dan yang akan dicapai sepanjang perjalanan menuju ke arah matlamat mencapai taraf Negara maju. Kesemua kemajuan ini bergerak ke arah matlamat yang satu serta berlandaskan wawasan yang sama.