Penerangan SKK1M

download Penerangan SKK1M

of 1

description

Ringkasan mengenai Skim Kemahiran Dan Kerjaya 1malaysia

Transcript of Penerangan SKK1M

  • Skim Kemahiran dan Kerjaya 1Malaysia

    A. NAMA PROGRAM

    Program Skim Kemahiran dan Kerjaya 1 Malaysia (SKK1M) di bawah penyelarasan Unit Perancang

    Ekonomi (EPU), Jabatan Perdana Menteri.

    B. OBJEKTIF

    Memberi Peluang pekerjaan kepada bekas pelajar politeknik yang belum bekerja/kurang kemahiran

    untuk diambil bekerja. Di akhir program, peserta yang mengikuti SKK1M ini akan diserapkan sebagai

    pekerja tetap oleh industry yang member latihan.

    C. HASIL YANG DIHARAPKAN

    i. Mengurangkan kadar tidak bekerja graduan khususnya graduan politeknik

    ii. Melahirkan tenaga kerja baru yang menepati kehendak industry.

    iii. Graduan berpeluang memperolehi pekerjaan mengikut bidang yang diceburi dengan

    jawatan yang setaraf dengan kelayakan.

    D. SASARAN PESERTA

    Sekurang-kurangnya 500 graduan politeknik yang belum bekerja.

    E. Modus Operandi

    Peserta mengikuti dua(2) bulan latihan pra-pekerjaan (attachment) di industry terlibat. Peserta

    akan ditawarkan pekerjaan di industry yang sama sebaik sahaja tamat latihan.

    F. ELAUN PESERTA

    Elaun sebanyak RM500 sebulan akan dibayar oleh kementerian Pengajian Tinggi kepada setiap

    peserta sepanjang tempoh dua bulan latihan di industry.

    G. SASARAN PELAKSANAAN

    Latihan bermula 18 September 2012.

    Sekiranya berminat boleh menghubungi Pn Fadzilah Abdullah di Bahagian Perhubungan Industri,

    Pengesanan Graduan & Alumni, Jabatan Pengajian Politeknik, KPT ditalian 03-8891 9308 atau email:

    [email protected]