Penerapan Kerja Berpasukan Dalam Organisasi Sekolah

19
Penerapan Kerja Berpasukan dalam Organisasi Sekolah Pengenalan Secara ringkasnya kerja berpasukan merujuk kepada pekerja yang bekerja dalam satu kumpulan yang sering bekerjasama dan menjalankan tugas secara berganding bahu bagi mencapai matlamat pasukan. Sebuah pasukan terdiri daripada gabungan sebilangan individu yang mempunyai kompetensi yang saling bergantung iaitu dari segi keupayaan, kepakaran, kemahiran dan pengatahuan serta mempunyai akauntabiliti dan komitmen terhadap prestasi pasukan serta bersedia melaksanakan tugasan secara bersama. Istilah ‘kerja berpasukan’ memberikan maksud sekumpulan manusia yang berkerja bersama-sama dalam satu unit organisasi seperti sekolah. Ia juga menunjukkan bagaimana manusia bekerja dengan lebih berkesan dalam satu kumpulan kerja yang terdiri daripada pelbagai latar belakang. Tetapi ia tidak bermakna setiap individu tidak mempunyai kepentingan. Sebaliknya keberkesanan dan kecekapan kerja berpasukan sering kali melewati kepentingan dan sasaran secara individu. ‘Kerja berpasukan’ yang paling berkesan adalah apabila semua individu melibatkan diri dan member sumbangan secara harmoni bagi mencapai matlamat yang sama.

description

npqel 2015

Transcript of Penerapan Kerja Berpasukan Dalam Organisasi Sekolah

Page 1: Penerapan Kerja Berpasukan Dalam Organisasi Sekolah

Penerapan Kerja Berpasukan dalam Organisasi Sekolah

Pengenalan

Secara ringkasnya kerja berpasukan merujuk kepada pekerja yang bekerja dalam satu

kumpulan yang sering bekerjasama dan menjalankan tugas secara berganding bahu bagi

mencapai matlamat pasukan. Sebuah pasukan terdiri daripada gabungan sebilangan individu

yang mempunyai kompetensi yang saling bergantung iaitu dari segi keupayaan, kepakaran,

kemahiran dan pengatahuan serta mempunyai akauntabiliti dan komitmen terhadap prestasi

pasukan serta bersedia melaksanakan tugasan secara bersama.

Istilah ‘kerja berpasukan’ memberikan maksud sekumpulan manusia yang berkerja bersama-

sama dalam satu unit organisasi seperti sekolah. Ia juga menunjukkan bagaimana manusia

bekerja dengan lebih berkesan dalam satu kumpulan kerja yang terdiri daripada pelbagai latar

belakang. Tetapi ia tidak bermakna setiap individu tidak mempunyai kepentingan. Sebaliknya

keberkesanan dan kecekapan kerja berpasukan sering kali melewati kepentingan dan sasaran

secara individu. ‘Kerja berpasukan’ yang paling berkesan adalah apabila semua individu

melibatkan diri dan member sumbangan secara harmoni bagi mencapai matlamat yang sama.

 

Kerjasama menghasilkan produk atau pendidikan yang berkualiti dengan penuh rasa

tanggungjawab adalah kerja berpasukan. Setiap ahli kumpulan mempunyai tanggungjawab

dan kepakaran masing-masing yang perlu digunakan bagi menghasilkan keberhasilan warga

ssekolah dan sekolah. Sekolah boleh dinilai berdasarkan kualiti keberhasilan dan kualiti

kerjasama yang ditunjukkan oleh warga sekolah dalam usaha menjadi satu kumpulan.

Kerjasama yang erat dengan berpegang pada matlamat yang sama adalah wadah yang

membawa kejayaan kepada mana-mana ahli kumpulan. Kumpulan kerja perlu mengenepikan

perbezaan dan bekerja bagi mencapai matlamat itu.

 

Kepentingan kerja berpasukan adalah bagi membantu ahli organisasi sekolah membina

keyakinan dalam menyuarakan pendapat serta mempunyai kemahiran yang diperlukan bagi

bekerja dengan orang lain. Ia juga menjurus ke arah belajar bekerja dengan warga sekolah

Page 2: Penerapan Kerja Berpasukan Dalam Organisasi Sekolah

lain. Jarang terdapat pasukan kerja yang dijadikan contoh. Kebanyakkan kita mementingkan

dan menekankan supaya menjadi yang terbaik secara individu. Pekerja jarang didedahkan

dengan persekitaran yang menekankan kerjasama dan kita sudah dibiasakan dengan menilai

kepelbagaian manusia dari segi idea, latar belakang dan pengalaman. Kita boleh mewujudkan

budaya kerja secara berpasukan dengan melakukan beberapa perkara secara betul. Jika

dilakukan dengan tekun dan menghargai nilai, perkara ini dapat dicapai walaupun sukar.

 

Bagi membentuk pasukan kerja yang efektif merupakan satu agenda yang menjadi keutamaan

pihak pengurusan sekolah. Isu-isu pendidikan tidak lagi hanya berkaitan dengan sistem

pendidikan dan persekolahan, tetapi juga melibatkan pelbagai faktor lain yang mempengaruhi

kualiti pendidikan.  Oleh itu, pendekatan pengurusan sekolah haruslah bersifat holistik, iaitu

melibatkan semua pihak dan dibuat secara berterusan. Oleh yang demikian, kerja secara

berpasukan amat penting diamalkan di sekolah untuk menentukan kejayaan sesebuah

sekolah.

 

Ciri-ciri pentadbir sekolah mentransformasikan kerja berpasukan secara kreatif dan

inovatif

Pengetua atau Guru Besar dalam kerja berpasukan perlu mempunyai cirri-ciri tertentu dalam

melaksanakan perubahan dengan berkesan. Ini kerana, tugas pengetua dan guru besar dalam

pasukan bagi mencorakkan ahli yang dipimpinnya adalah berat. Pengetua dan pasukan kerja

perlu memiliki ciri-ciri yang baik dan positif kerana kepada mereka menjadi contoh ikutan

kepada orang bawahan. Antara ciri-ciri pengetua dalam mentransformasikan kepimpinan

yang kreatif dan inovatif adalah :

1)      Mempunyai matlamat yang jelas

Pengetua yang mentransformasikan kepimpinan melalui kerja berpasukan terlebih dahulu

perlu membentuk matlamat yang jelas. Matlamat ini perlu diterangkan kepada ahli pasukan

supaya semuanya memahami apa yang ingin dicapai melalui kerja berpasukan itu. Matlamat

Page 3: Penerapan Kerja Berpasukan Dalam Organisasi Sekolah

adalah kekuatan yang mendorong pengetua untuk mewujudkan pasukan yang kreatif dan

inovatif. Matlamat ini perlu mempunyai gambaran yang realistik dan mampu menaikkan

semangat serta komitmen setiap ahli pasukan.

2)      Komited kepada tugas

Pengetua perlu mempunyai dan menunjukkan sikap komited pada tugasnya. Adalah

bercanggah sekiranya pengetua meminta ahli pasukan melakukan tugas sedangkan beliau

sendiri tidak menunjukkan  minat dan kesungguhan yang tinggi dalam melaksanakan tugas

itu. Beliau perlu menjadi contoh dan teladan yang baik kepada ahli yang pasukan yang lain.

3)      Ketahanan mental, emosi dan fizikal yang tinggi

Sebagai penjana perubahan, pengetua perlu mempunyai ketahanan mental, emosi dan fizikal

yang tinggi bagi menjalankan tugas sebagai warga sekolah dengan berkesan. Sekiranya

pengetua tidak mempunyai daya ketahanan ini, warga sekolah tidak mampu mmenghadapi

pelbagai cabaran dan halangan yang mendatang baik daripada pasukan itu sendiri ataupun

daripada faktor luaran. Dari segi fizikal, pengetua perlu mempunyai tubuh badan yang sihat

dan cergas. Kecergasan fizikal dan ketidakstabilan emosi mempengaruhi sikap dan tingkah

laku guru pada tugas dan gaya kepimpinannya. Pengetua yang terlalu emosional lebih mudah

mengalami tekanan dan sukar diajak berunding dan mereka lebih cenderung mengamalkan

gaya kepimpinan autokratik.

4)      Kemahiran  berfikir secara dinamik

Bagi membolehkan pengetua merealisasikan matlamat, warga sekolah perlu sentiasa dinamik,

kreatif dan inovatif. Melalui cara ini, masalah kurang hubungan, sokongan dan komitmen

daripada ahli pasukan dapat ditangani dengan mudah dan berkesan. Selain itu, kemahiran ini

juga penting kepada pengetua bagi membuat ramalan dan jangkaan berkenaan cabaran dan

masalah yang bakal dihadapi dalam pasukannya. Paling penting adalah membuat

perancangan berkenaan agenda yang hendak dilaksanakan dlam kumpulan itu.

5)      Ilmu dan tahap kognitif yang tinggi

Page 4: Penerapan Kerja Berpasukan Dalam Organisasi Sekolah

Pengetua perlu mempunyai ilmu dna tahap kognitif yang tinggi. Beliau sebaik-baiknya

memiliki tahap keupayaan kognitif yang tinggi bagi memikir, memahami dan mengenal pasti

setiap agenda yang hendak dilaksanakan. Dengan itu, pengetua dapat merancang, membuat

jangkaan dan ramalan, mengenal pasti sektiap keperluan, menyusun strategi dan seeterusnya

melaksanakannya. Biasanya pengetua yang Berjaya mempunyai tahap ilmu pengetahuan atau

IQ yang tinggi berbanding ahli bawahannya. Ciri ini penting bagi membolehkan pengetua

menangani setiap masalah secara rasional.

6)      Kemahiran diagnostik yang efektif

Kemahiran membuat keputusan dan menyelesaikan masalah adalah satu lagi ciri yang perlu

dimiliki oleh pengetua dalam menangani masalah pasukannya. Sebarang masalah yang

dihadapi oleh ahli pasukan memerlukan penyelesaian yang cepat dan betul. Dalam erti kata

lain, pengetua perlu mempunyai kemahiran diagnostik dalam mmenjalankan peranannya

sebagai ketua pasukan. Ketua pasukan perlu bijak mengenal pasti dan menyelesaikan setiap

masalah.

7)      Kemahiran komunikasi yang berkesan

Pengetua perlu mengamalkan komunikasi yang berkesan dalam melaksanakan setiap tugas

dan program. Pengetua perlu menerangkan dengan jelas berkenaan matlamat, kenapa,

mengapa dan bagaimana tugas ataupun program itu hendak dilaksanakan. Jika pengetua tidak

dapat berkomunikasi dengan baik, visi dan wawasan organisasi sekolahtidak dapat

diperjelaskan. Ketua perlu memahami proses, pola dan saluran komunikasi yang betul supaya

matlamat dapat disampaikan dan diterima oleh ahli-ahli yang lain. Melalui cara ini jurang

komunikasi antara ketua dan ahli-ahli kumpulan dapat dikurangkan.

8)      Akhlak dan personaliti yang baik

Ciri-ciri pengetua yang berkesan tidak lengkap jika tidak mengambil kira dari sudut

ketinggian moral, akhlak dan personaliti. Pengetua yang tidak menunjukkan kahlak dan

personaliti yang baik, tidak diterima oleh warga sekolahnya dengan ikhlas. Hal ini tentu

menyulitkan agenda yang hendak dilaksanakan melalui kumpulan kerana pengetua sukar

mendapat kerjasama daripada pihak-pihak yang terlibat.

Page 5: Penerapan Kerja Berpasukan Dalam Organisasi Sekolah

9)      Cekap mentadbir dan mengurus

Pengetua perlu berupaya mengurus dan mentadbir dengan cekap dan berkesan. Setiap

agenda, perkara dan program yang dirancang mengalami perubahan dan menimbulkan

pelbagai konflik dan ketegangan. Kebolehan mengurus dan mentadbir pasukan dengan bijak

adalah dituntut.

 

Pasukan kerja yang berkesan akan menambahbaikan lagi pengurusan yang berkesan, dinamik

serta dapat beri kepuasan dan motivasi kepada guru. Dengan kefahaman dan kesedaran yang

tinggi ini akan menghasilkan suasana budaya kerja cemerlang dan seterusnya berjaya

mencapai objektif, visi dan misi sekolah dan membangunkan sistem pendidikan yang

berkualiti bertaraf dunia. Kerja berpasukan mampu meningkatkan tahap pengetahuan,

kemahiran dan keupayaan guru-guru yang melakukan kerja secara kolaboratif. Ia mampu

juga meningkatkan produktiviti mereka. Kerjasama antara para pendidik dan pihak

pengurusan sekolah akan merealisasikan pencapaian matlamat sekolah, seterusnya Falsafah

Pendidikan Kebangsaan. Kerjasama secara berpasukan di kalangan pihak pengurusan dan

guru serta seluruh organisasi sekolah bukanlah mudah untuk dicapai dan keadaan sedemikian

memerlukan pengorbanan kepentingan individu demi keutamaan matlamat dan kepentingan

organisasi. Oleh itu, amatlah wajar diberi perhatian terhadap kerja berpasukan dalam

organisasi sekolah dan keberkesanan pengaplikasian kerja berpasukan oleh pihak yang

terlibat terutamanya di sekolah.

 

Peranan pengetua dan guru besar mengurus kerja berpasukan

Pengetua dan guru besar mempunyai peranan yang mencakupi pelbagai aspek dalam

memastikan pasukannya bergerak ke arah mencapai matlamat yang ditetapkan. Apabila

pemimpin melaksanakan peranannya secara kreatif dan inovatif, beliau dapat

mengorganisasikan pasukannya dengan baik. Antara peranan pemimpin pasukan adalah :

Page 6: Penerapan Kerja Berpasukan Dalam Organisasi Sekolah

1)      Perancang

Pengetua yang baik perlu bijak merancang dan menyusun perancangan. Perancangan yang

dibuat perlu diteliti dan mempunyai tujuan yang jelas. Dalam merancang kerja, pengetua

perlu mendapatkan idea-idea daripada ahlinya supaya kualiti kerja dapat ditingkatkan lagi.

Beliau juga perlu bertindak dengan berkesan bagi menggerakkan ahli-ahli yang lain supaya

bekerja secara aktif baik dari aspek menjana idea, tenaga dan sebagainya. Dalam

perancangan, banyak perkara ayng perlu difikirkan, diurus dan ditadbir dengan dimensi dan

perspektif yang baru oleh ketua dan pasukannya. Warga sekolah perlu memikirkan berkenaan

perjalanan, kos sama ada dalam bentuk kewangan, ataupun bukan kewangan serta risiko yang

bakal dihadapi kemudian hari.

2)      Pelaksana

Pengetua sebaik-baiknya tidak menggunakan kuasa yang diperolehi bagi memaksa ahli-

ahlinya melaksanakan kehendaknya yang bersifat peribadi. Sebagai pelaksana, pengetua

perlu berusaha menjalankan ataupun memenuhi kehendak ahli-ahlinya. Mereka juga perlu

melaksanakan program yang ditetapkan bersama. Dalam aspek ini, pengetua perlu

mengambil kira susunan tugas ahli kumpulan mengikut keperluan dan kepakaran masing-

masing selaras dengan matlamat organisasi. Bagi meningkatkan motivasi dan kepuasan kerja,

faktor-faktor seperti minat, kepakaran dan kemahiran setiap ahli kumpulan perlu diambil kira

dalam menstrukturkan tugasan. Melalui cara ini, pasukan kerja itu akan memperoleh

kejayaan.

3)      Ahli ataupun sebahagian daripada ahli kumpulan

Pengetua tidak dapat berdiri dengan sendiri tanpa ahli-ahli dibelakangnya. Warga sekolah

adalah sebahagian yang tidak terpisah daripada kumpulannya. Walaupun sebagai ketua,

pengetua juga perlu bertindak sebagai ahli dalam pasukan kerja itu.

Pengetua perlu duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan ahli-ahli kumpulan yang

lain. Beliau tidak sepatutnya mewujudkan jurang perbezaan bagi mengasingkan diri daripada

bergaul dan berinteraksi dengan orang bawahannya. Ketua yang baik bukan memberi arahan,

tetapi bersama-sama dengan ahli pasukannya memberi tunjuk ajar dan melaksanakan tugas. .

Page 7: Penerapan Kerja Berpasukan Dalam Organisasi Sekolah

4)      Mengawasi hubungan antara ahli kumpulan

Dalam pasukan kerja di sekolah, terdapat pelbagai ragam dan perbezaan sifat atau tingkah

laku antara setiap ahli. Perbezaan ini mewujudkan pelbagai pendapat dan menimbulkan

konflik sehingga mencetuskan suasana tegang dalam pasukan kerja itu. Tugas pengetua

adalah menjaga ahlinya supaya tidak berlaku perselisihan dan berusaha membangunkan

hubungan yang harmoni serta semangat bekerjasama antara setiap ahlinya.

5)      Pemberi ganjaran, pujian ataupun hukuman

Pengetua sebaik-baiknya dapat menggembirakan hati ahli-ahlinya yang kuat bekerja serta

memberi banyak sumbangan kepada kempulannya melalui ganjaran. Pengetua boleh

memberikan ganjaran berbentuk pujian apabila ahli kumpulannya melaksanakan tugas

dengan jayanya. Apabila pengetua menunjukkan siakp menghargai sumbangan para ahlinya,

secara tidak langsung beliau mendapat kerjasama yang padu daripada orang bawahannya.

Orang bawahan juga akan terus meningkatkan sumbangan kerana hasil penat lelah warga

sekolah selama ini dihargai oleh pihak pentadbir. Melalui cara ini, tidak timbul rasa tidak

puas hati dalam kalangan kakitangan. Di samping itu, pengetua juga perlu berani dan

bertindak tegas ke atas ahli-ahli yang merugikan kumpulan kerja. Namun, hukuman tidak

digalakkan dikenakan ke atas ahli yang melanggar arahan dan tidak melaksanakan tugasan.

Pengetua perlu menggunakan jalan penyelesaian dan pendekatan yang berhemah bagi

mengatasi masalah ini. Contohnya, pengetua perlu menegur orang bawahannya terlebih

dahulu di samping membimbing warga sekolah membetulkan kesilapan yang dilakukan. Jika

jalan penyelesaian yang diambil tidak mampu mengatasi masalah itu, maka tindakan tegas

pelru diambil.

6)      Pengantara

Dalam menyelesaikan perselisihan atau menerima aduan daripada anggota kumpulannya,

pengetua perlu bertindak tegas, tidak pilih kasih ataupun hanya mementingkan satu pihak

sahaja. Pengetua sebagai pengantara mampu membantu menyelesaikan konflik yang dihadapi

oleh ahli pasukan itu. Konflik yang berlaku dalam pasukan kerja yang tidak dapat

diselesaikan memerlukan bantuan daripada pihak ketiga untuk mengatasinya. Konflik

Page 8: Penerapan Kerja Berpasukan Dalam Organisasi Sekolah

menjejaskan semangat kerjasama setiap ahli dan merugikan pasukan. Apabila konflik tidak di

atasi dengan cara yang bijak, pembentukan kerja berpasukan menjadi sia-sia. Peranan

pengetua adalah bertindak sebagai orang tengah dalam menjaga keharmonian pasukan kerja,

seterusnya dapat menyumbang kepada kecemerlangan pasukan itu. Pengetua juga perlu

bertindak sebagai pengantara kepada orang bawahannya dengan pihak atasan. Sebarang

maklumat daripada pihak atasan perlu disampaikan kepada ahlinya.

7)      Pemegang tanggungjawab ahli

Pengetua perlu bertanggungjawab ke atas perbuatan ahlinya yang dilakukan atas nama

kumpulannya. Ini kerana, pengetua sudah diamanahkan bagi menjaga ahli-ahli di bawah

pimpinannya. Apabila sesuatu berlaku pada ahlinya, pengetua harus bertanggungjawab bagi

memastikan ahli-ahlinya berada dalam keadaan baik.

8)      Bertindak sebagai ‘ayah atau ibu’

Tindakan pengetua kepada anak buah atau kumpulannya perlu menggambarkan seolah-olah

tindakan ayah ataupun ibu kepada anggota keluarganya. Begitu juga perumpamaan yang

diberikan kepada pengetua dalam pasukan kerja. Pengetua perlu menganggap orang

bawahannya seperti ahli keluarga yang perlu diberi perhatian sepenuhnya. Pengetua perlu

mengambil berat hal ehwal ahli pasukannya seperti kebajikan, penyediaan kemudahan dan

sebagainya. Hubungan sesame ahli juga perlu dititikberatkan. Pemimpin kerja berpasukan

perlu berusaha mewujudkan hubungan bersikap kekeluargaan yang mesra antara satu sama

lain. Ini bertujuan bagi menjamin sifat kerukunan pasukan itu sepanjang masa.

9)      Penanggung risiko

Sama ada pasukan yang dipimpin berjaya atau tidak, pemimpin perlu menanggung setiap

risiko yang bakal dihadapinya. Warga sekolah perlu menyedari dirinya adalah tempat

melemparkan kesalahan dan keburukan yang terjadi dalam kumpulannya. Warga sekolah

perlu berani bertanggungjawab atas kesalahan orang lain. Para pengetua perlu mengetahui

ciri-ciri keterampilan dan peranan masing-masing sekiranya inging menjadi pemimpin yang

efektif. Apabila pengetua dapat memupuk sifat-sifat kepimpinan yang positif dan

melaksanakan peranan warga sekolah dengan sebaiknya, warga sekolah mempunyai peratus

Page 9: Penerapan Kerja Berpasukan Dalam Organisasi Sekolah

kejayaan yang tinggi bagi memimpin pasukannya melangkah ke arah yang lebih berdaya

saing. Ini kerana pengetua adalah individu paling penting bagi mengemudi dan mencorakkan

pasukannya mengikut acuan yang sudah dibentuk. Pengetua eprlu mencari kaedah yang

berkesan bagi berurusan dan berhadapan dengan perubahan bagi mengekalkan keberkesanan

organisasi. Pengetua perlu menghormati dan mengintegrasikan faktor persekitaran seperti

individu, kumpulan, organisasi dan komuniti dalam meningkatkan pencapaian matlamat demi

keuntungan bersama.

 

Peranan pengetua sebagai pemimpin dalam kehidupan seseorang guru haruslah diserlahkan

melalui peranan role model atau mentor. Pengetua boleh bertindak dalam pelbagai cara agar

warga sekolah dapat melabel mereka sebagai tempat rujukan yang boleh dicontohi atau

dijadikan idola. Ini secara tidak langsung menjadikan mereka sebagai mentor yang boleh

diteladani oleh seluruh warga sekolah. Pengetua juga perlu mentranformasikan kepimpinan

melalui kerja berpasukan terlebih dahulu dalam membentuk wawasan dan matlamat yang

jelas. Wawasan ini perlulah mempunyai gambaran yang realistik dan mampu menaikkan

semangat serta komitmen setiap warga sekolah.

 

Kepimpinan seorang pengetua perlu mencakupi pelbagai aspek dalam memastikan

pasukannya bergerak ke arah mencapai matlamat yang ditetapkan. Apabila pemimpin

melaksanakan peranannya dengan berkesan, beliau dapat mencapai matlamat pasukannya

dengan baik. Selain itu, setiap pengetua perlu melengkapkan diri dengan kemahiran yang

lengkap dari segi fizikal dan teknikal kerana sebagai pengetua, mereka perlu bersikap

proaktif dan bersedia mengambil risiko serta berani keluar daripada kepompong keselesaan.

Pengetua yang melakukan transformasi kepimpinan seharusnya sentiasa memahami dan

melibatkan orang lain dalam apa jua keadaan sekali pun kerana di sinilah mereka mendapat

mandat dan kepercayaan daripada setiap ahli dalam organisasi. Proses pengagihan

kepimpinan ini tidak boleh bergantung pada arahan dan kawalan sahaja tetapi perlulah

mendapat kerjasama dan persefahaman bersama. Jika guru mampu mentadbir dan mengurus

secara sendiri, ini dapat meningkatkan profesionalisme guru sekali gus mengurangkan

pergantungan terhadap kepimpinan.

Page 10: Penerapan Kerja Berpasukan Dalam Organisasi Sekolah

 

Kelebihan Kerja Berpasukan

Menurut Spiegel Cresencio Torres (1994) kerja berpasukan memberikan banyak faedah

kepada pasukan mahupun ahli  dalam pasukan tersebut. Dari segi faedah pasukan, ia akan

meningkatkan produktiviti kerja, meningkatkan kualiti kerja dan meningkatkan moral

pekerja. Dari segi faedah individu pula, ia dapat mengurangkan tekanan kerja dengan

tanggungjawab dikongsi bersama, mereka akan merasakan diri dihargai oleh ahli dalam

pasukan, kebolehan individu boleh dikongsi bersama dengan ahli pasukan dan pengalaman

setiap ahli pasukan boleh dijadikan panduan kejayaan. Dengan itu, kejayaan akan dikongsi

bersama ahli pasukan. Selain ini, kerja berpasukan mempunyai kelebihan seperti

meningkatkan rangsangan, mengeratkan tali persaudaraan dan setia kawan antara pekerja,

mengurangkan sebarang pergeseran, atau  berpuak-puak yang selalunya merupakan angkara

yang tidak sihat dan mewujudkan  perasaan seronok bekerja. Ahli pasukan akan sentiasa suka

menghasilkan kerja yang paling baik dan mampu mewujudkan suasana yang intim. Mereka

juga akan  meningkatkan perasaan bangga kepada pasukan dan organisasi. Pasukan kerja

yang berjaya akan memiliki ciri-ciri tersendiri dengan hasil yang menguntungkan semua

pihak. Ciri-ciri am kerja berpasukan adalah sempadan yang jelas, manfaat daripada

kemahiran  yang pelbagai, tugasan yang jelas untuk dipersembahan, mempunyai sasaran

tarikh, bergantung pada kerjasama, bilangan ahli yang tidak terlalu ramai, akauntabiliti

individu dan saling bergantung, kerja secara kolektif, aktif dalam penyelesaian masalah,

perbincangan secara terbuka, saling bergantung dan kepimpinan berkongsi. Pasukan kerja

yang efektif dianggap sebagai pemangkin yang  terkuat untuk melaksanakan perubahan

organisasi. Pasukan kerja yang berkesan tidak akan wujud secara kebetulan. Pasukan

berkesan perlu dilahirkan dengan sengaja dan diurus secara sistematik. Maka dalam konteks

organisasi sekolah, pasukan kerja yang diwujudkan adalah bertujuan dan memiliki matlamat

yang jelas. Sebelum ditinjau lagi adalah wajar meninjau teori-teori pengurusan yang

membicara kerja berpasukan. Manfaat yang akan diperolehi oleh pengetua dalam

mewujudkan pasukan ayng kreatif dan inovatif dengan bertindak kerja berpasukan ialah 

berbagai bidang kepakaran, pengetahuan dan kemahiran dapat digunakan untuk

menyelesaikan sesuatu masalah. Ini akan melahirkan penyelesaian yang berkesan. Mereka

bertindak secara berpasukan boleh membantu meningkatkan moral kakitangan dan kepuasan

Page 11: Penerapan Kerja Berpasukan Dalam Organisasi Sekolah

bekerja kerana mereka sama-sama diberi peluang menyelesaikan masalah-masalah kualiti

jabatan. Masalah-masalah yang dikongsi bersama oleh berbagai fungsi dan bahagian boleh

diselesaikan dengan cepat dan berkesan kerana cadangan yang dibuat oleh kakitangan secara

berpasukan akan lebih mudah untuk dilaksanakan berbanding

dengan cadangan yang dibuat oleh individu. Apabila kakitangan mengamalkan semangat

berpasukan, mereka akan secara langsung boleh mengukuhkan tiga aspek yang penting

kepada proses peningkatan kualiti iaitu pertukaran maklumat dan idea-idea dan lebih meluas,

semangat saling percaya-mempercayai dalam kalangan kakitangan dan komunikasi yang

lancar di dalam organisasi. 

 

Ahli kerja pasukan akan mempunyai peluang yang luas untuk bertukar pengetahuan,

pengalaman, maklumat dan idea dengan rakan sekerja melalui kerja berpasukan. Pekerja ini

akan meningkatkan kebolehan seseorang ahli dalam pasukan mencetuskan idea-idea baru

yang kreatif dan inovatif bagi mempertingkatkan kualiti kerja yang dijalankan. Dalam

suasana  kerja berpasukan, ahli pasukan mudah menjalankan perasaaan percaya-mempercayai

sesama mereka. Dengan perasaan ini individu akan merasa bebas dan lebih  yakin untuk

bertindak dalam menjalankan tanggungjawab masing-masing. Dengan itu mereka akan dapat

membuat keputusan keputusan dengan cepat, menggunakan  budi bicara dengan sempurna

dan mengembangkan bakat serta potensi yang ada di dalam diri masing-masing bagi

menggerakkan proses peningkatan kualiti. 

 

 

Rumusan

Peranan pengetua sebagai pemimpin perlu membina konsep kekitaan atau kerja sepasukan

agar penambahbaikan organisasi dapat dilakukan secara berterusan. Pengetua juga perlu

menunjukkan strategi yang dapat membantunya mengadaptasi dan melibatkan diri dengan

persekitaran antaranya menjalinkan hubungan mesra dengan masyarakat persekitaran sama

ada dengan jabatan kerajaan, swasta mahupun individu. Dapat disimpulkan, tugas atau

Page 12: Penerapan Kerja Berpasukan Dalam Organisasi Sekolah

peranan pengetua yang mentransformasikan kepimpinan organisasi pendidikan tidak hanya

tertumpu pada definisi pemimpin itu sahaja, bahkan memimpin dan mempengaruhi orang lain

dengan usaha yang gigih dalam mencapai matlamat organisasi. Pengetua juga perlu

menguasai kemahiran kemanusiaan serta bertindak sebagai penjana perubahan, serta perlu

mempunyai kemahiran yang tinggi dalam menguruskan masalah dan tekanan yang dihadapi

oleh warga sekolahnya.

 

Pengetua selaku peneraju utama dalam kepimpinan peringkat sekolah perlu melakukan satu

anjakan paradigma kerana perubahan dalam organisasi itu sangat penting dilaksanakan.

Tanpa perubahan, organisasi itu tidak akan mencapai matlamat dan kecemerlangan. Namun,

bagi melaksanakan perubahan bukan sesuatu perkara yang boleh diambil mudah. Ia

memerlukan pertimbangan dan penglibatan semua pihak supaya perubahan itu dapat

dilaksanakan dengan berkesan.