PENERAPAN KONSTRUKTIVISME DI DALAM PENGAJARAN …...pengajaran dan pembelajaran asid dan bes di lima...

26
PENERAPAN KONSTRUKTIVISME DI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN ASID DAN BES DI LIMA BUAH SEKOLAH DI PEKAN PAHANG ZAITUN BINTI OSMAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Transcript of PENERAPAN KONSTRUKTIVISME DI DALAM PENGAJARAN …...pengajaran dan pembelajaran asid dan bes di lima...

Page 1: PENERAPAN KONSTRUKTIVISME DI DALAM PENGAJARAN …...pengajaran dan pembelajaran asid dan bes di lima buah sekolah di Pekan Pahang. Sampel kajian terdiri daripada 201 orang pelajar

PENERAPAN KONSTRUKTIVISME DI DALAM PENGAJARAN

DAN PEMBELAJARAN ASID DAN BES DI LIMA BUAH

SEKOLAH DI PEKAN PAHANG

ZAITUN BINTI OSMAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: PENERAPAN KONSTRUKTIVISME DI DALAM PENGAJARAN …...pengajaran dan pembelajaran asid dan bes di lima buah sekolah di Pekan Pahang. Sampel kajian terdiri daripada 201 orang pelajar
Page 3: PENERAPAN KONSTRUKTIVISME DI DALAM PENGAJARAN …...pengajaran dan pembelajaran asid dan bes di lima buah sekolah di Pekan Pahang. Sampel kajian terdiri daripada 201 orang pelajar
Page 4: PENERAPAN KONSTRUKTIVISME DI DALAM PENGAJARAN …...pengajaran dan pembelajaran asid dan bes di lima buah sekolah di Pekan Pahang. Sampel kajian terdiri daripada 201 orang pelajar

ii

PENERAPAN KONSTRUKTIVISME DI DALAM PENGAJARAN DAN

PEMBELAJARAN ASID DAN BES DI LIMA BUAH SEKOLAH DI PEKAN

PAHANG

ZAITUN BINTI OSMAN

Laporan Projek Ini Dikemukakan

Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat

Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan

(Kimia)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

April 2009

Page 5: PENERAPAN KONSTRUKTIVISME DI DALAM PENGAJARAN …...pengajaran dan pembelajaran asid dan bes di lima buah sekolah di Pekan Pahang. Sampel kajian terdiri daripada 201 orang pelajar
Page 6: PENERAPAN KONSTRUKTIVISME DI DALAM PENGAJARAN …...pengajaran dan pembelajaran asid dan bes di lima buah sekolah di Pekan Pahang. Sampel kajian terdiri daripada 201 orang pelajar

iv

DEDIKASI

Diabadikan buat insan yang sangat kukasih dan sangat kusayang…… Emak ku Puan Kamaliah binti haji Mahmud Kejayaanku di atas iringan doamu yang tidak pernah putus, Pengorbananmu mengorbankan wang ringgit untukku Kasih sayangmu menjadikan daku manusia Terima kasih yang tidak terhingga mak… Buat arwah ayahku yang sangat kurindui Pemergianmu menjadikan aku insan yang tabah Mengharungi hidup tanpa kasih sayang seorang ayah Ku sentiasa mendoakan rohmu dicucuri rahmat Ilahi Buat semua abang dan kakakku yang sangat ku kasih Terima kasih kerana sentiasa membantu Ku sangat bersyukur dikurniakan abang dan kakak seperti kalian Kudoakan kita mengecapi hari –hari yang cemerlang Buat insan yang teristimewa, Herwan Terima kasih atas kasih sayang, dorongan dan semangat yang diberikan Semoga hubungan kita berkekalan ke akhir hayat Buat anak - anak saudara yang sentiasa di hatiku Keletah dan gelak tawa kalian sentiasa mendatangkan girang di hati maksu Semoga kejayaan maksu menjadi pendorong supaya kalian lebih Berjaya Buat teman-teman 4spc yang sangat kuingati Terima kasih kerana menjadi sahabat yang terbaik Kenang daku dalam doamu Semoga hidup kita diberkati Allah s.w.t sentiasa…amin

Page 7: PENERAPAN KONSTRUKTIVISME DI DALAM PENGAJARAN …...pengajaran dan pembelajaran asid dan bes di lima buah sekolah di Pekan Pahang. Sampel kajian terdiri daripada 201 orang pelajar

v

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah s.w.t., kerana dengan izinNya memberi

kekuatan dan ketabahan hati saya dalam menyempurnakan Projek Sarjana Muda (PSM)

bagi memenuhi syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan

Kimia serta selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Saya mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan jutaan terima kasih dan

setinggi-tinggi penghargaan kepada Prof. Madya Aziz bin Nordin selaku penyelia yang

begitu banyak membimbing dan membantu dengan curahan idea-idea bernas dan

menarik. Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada emak saya, Puan Kamaliah Binti

Haji Mahmud dan seluruh ahli keluarga saya kerana sentiasa mendoakan kejayaan saya

dan menyokong saya dari belakang. Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada rakan-

rakan seperjuangan terutama rakan di 4 SPC.

Setinggi-tinggi penghargaan dirakamkan kepada Kementerian Pendidikan

Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri Pahang, Pengetua-pengetua, guru-guru serta

pelajar-pelajar yang terlibat sebagai responden. Jutaan terima kasih atas kerjasama dan

keikhlasan.

Akhir kata, kerjasama dan sokongan dari semua pihak sangat saya hargai. Saya

mendoakan anda semua diberikan kesejahteraan yang berkekalan di dunia dan akhirat.

Page 8: PENERAPAN KONSTRUKTIVISME DI DALAM PENGAJARAN …...pengajaran dan pembelajaran asid dan bes di lima buah sekolah di Pekan Pahang. Sampel kajian terdiri daripada 201 orang pelajar

vi

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti penerapan konstruktivisme semasa

pengajaran dan pembelajaran asid dan bes di lima buah sekolah di Pekan Pahang.

Sampel kajian terdiri daripada 201 orang pelajar tingkatan 4 (tahun 2008) yang

mengambil mata pelajaran kimia serta 11 orang guru kimia . Instrumen kajian yang

digunakan adalah soal selidik. Data dan maklumat yang diperolehi telah diproses dan

dianalisis menggunakan Pakej Statistik Untuk Sains Sosial (SPSS) Versi 10.0. Statistik

deskriptif dan inferensi telah digunakan. Terdapat enam dapatan dari kajian ini. Pertama,

penerapan konstruktivisme semasa pengajaran dan pembelajaran asid dan bes di

kalangan guru adalah pada tahap yang tinggi. Kedua, penerapan konstruktivisme

semasa pengajaran dan pembelajaran asid dan bes di kalangan pelajar adalah pada tahap

yang tinggi. Ketiga, tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara pelajar lelaki dan

pelajar perempuan dalam peranan mereka berdasarkan teori konstruktivisme. Keempat,

tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara pelajar asrama dan luar asrama dalam

peranan mereka berdasarkan teori konstruktivisme. Kelima, tidak terdapat perbezaan

yang signifikan di antara pelajar lelaki dan pelajar perempuan yang tinggal di asrama

dalam peranan mereka berdasarkan teori konstruktivisme. Keenam, tidak terdapat

perbezaan yang signifikan di antara pelajar lelaki dan pelajar perempuan yang tinggal di

luar asrama dalam peranan mereka berdasarkan teori konstruktivisme. Kesimpulannya,

penerapan konstruktivisme di dalam proses pengajaran dan pembelajaran asid dan bes di

sekolah telah berlangsung dengan baik.

Page 9: PENERAPAN KONSTRUKTIVISME DI DALAM PENGAJARAN …...pengajaran dan pembelajaran asid dan bes di lima buah sekolah di Pekan Pahang. Sampel kajian terdiri daripada 201 orang pelajar

vii

ABSTRACT

The purpose of this research is to identify the instillation of constructivism in

teaching and learning of acid and base topic in 5 schools in Pekan Pahang. The sample

of this study comprised of 201 form 4 students (year 2008) who take chemistry subject

and 11 chemistry teachers. Research instrument is questionnaire. Data and information

obtained was analyzed using Statistical Packages for Social Science (SPSS) version

10.0. Descriptive and inference statistic were used. Six findings were obtained from this

research. First, the instillation of constructivism during acid and base teaching and

learning for teacher is at good level. Second, the instillation of constructivism during

acid and base teaching and learning for students is also at good level. Third, there is no

significant difference between male and female students in their role based on

constructivism theory. Fourth, there is no significant difference between students who

live in hostel and outside hostel in their role based on constructivism theory. Fifth, there

is no significant difference between male and female students that live in hostel in their

role based on constructivism theory. Sixth, there is no significant difference between

male and female students that live outside the hostel in their role based on

constructivism theory. As a conclusion, the instillation of constructivism in teaching and

learning of acid and base in schools is conducted successfully.

Page 10: PENERAPAN KONSTRUKTIVISME DI DALAM PENGAJARAN …...pengajaran dan pembelajaran asid dan bes di lima buah sekolah di Pekan Pahang. Sampel kajian terdiri daripada 201 orang pelajar

viii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

AKUAN PENYELIA i

TAJUK TESIS ii

PENGAKUAN DIRI iii

DEDIKASI iv

PENGHARGAAN v

ABSTRAK vi

ABSTRACT vii

KANDUNGAN viii

SENARAI JADUAL xiii

SENARAI SINGKATAN xvi

SENARAI LAMPIRAN xvii

BAB 1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Pernyataan Masalah 4

1.4 Objektif Kajian 6

Page 11: PENERAPAN KONSTRUKTIVISME DI DALAM PENGAJARAN …...pengajaran dan pembelajaran asid dan bes di lima buah sekolah di Pekan Pahang. Sampel kajian terdiri daripada 201 orang pelajar

ix

1.5 Persoalan Kajian 7

1.6 Hipotesis Kajian 8

1.7 Kepentingan Kajian 9

1.8 Batasan Kajian 10

1.9 Definisi Operasi

1.9.1 Penerapan 10

1.9.2 Konstruktivisme 11

1.9.3 Pengajaran 11

1.9.4 Pembelajaran 11

1.9.5 Guru 11

1.9.6 Pelajar 12

BAB 2 SOROTAN PENULIS

2.1 Pengenalan 13

2.2 Jenis Teori Pembelajaran 13

2.2.1 Teori Konstruktivisme 14

2.3 Ciri Pembelajaran Secara Konstruktivisme 15

2.4 Implikasi Daripada Pengertian Konstruktivisme 19

2.5 Peranan Guru Berdasarkan Teori Konstruktivisme 19

2.6 Peranan Pelajar Berdasarkan Teori Konstruktivisme 22

Page 12: PENERAPAN KONSTRUKTIVISME DI DALAM PENGAJARAN …...pengajaran dan pembelajaran asid dan bes di lima buah sekolah di Pekan Pahang. Sampel kajian terdiri daripada 201 orang pelajar

x

2.7 Perbandingan Antara Teori Pembelajaran 23

Tradisional dan Konstruktivisme

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 25

3.2 Rekabentuk Kajian 25

3.3 Lokasi Kajian 26

3.4 Populasi dan Sampel Kajian 26

3.5 Instrumen Kajian 27

3.4.1 Aspek Set Soal Selidik Bagi Pelajar 28

3.4.2 Aspek Set Soal Selidik Bagi Guru 30

3.6 Kajian Rintis 32

3.7 Prosedur Kajian 32

3.8 Kaedah Menganalisis Data 33

BAB 4 PENGANALISISAN DATA

4.1 Pengenalan 35

4.2 Analisis Soal Selidik Untuk Pelajar 36

4.2.1 Analisis Bahagian A 36

Page 13: PENERAPAN KONSTRUKTIVISME DI DALAM PENGAJARAN …...pengajaran dan pembelajaran asid dan bes di lima buah sekolah di Pekan Pahang. Sampel kajian terdiri daripada 201 orang pelajar

xi

4.2.2 Analisis Bahagian B 38

4.2.3 Analisis Bahagian C 48

4.2.3.1 Analisis Perbezaan Pelajar Lelaki dan 51

Pelajar Perempuan

4.2.3.2 Analisis Perbezaan Pelajar Asrama dan 52

Luar Asrama

4.2.3.3 Analisis Perbezaan Pelajar Lelaki 53

dan Perempuan Yang Tinggal Di Asrama

4.2.3.4 Analisis Perbezaan Pelajar Lelaki 53

dan Perempuan Yang Tinggal Di Luar

Asrama

4.3 Analisis Soal Selidik Untuk Guru 54

4.3.1 Analisis Bahagian A 54

4.3.2 Analisis Bahagian B 55

4.4 Penutup 65

BAB 5 KESIMPULAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN

5.1 Pendahuluan 66

5.2 Kesimpulan 66

5.3 Perbincangan Dapatan Kajian 67

5.3.1 Perbincangan Persoalan Kajian Pertama 68

dan Kedua

5.3.2 Perbincangan Persoalan Kajian Ketiga 69

Page 14: PENERAPAN KONSTRUKTIVISME DI DALAM PENGAJARAN …...pengajaran dan pembelajaran asid dan bes di lima buah sekolah di Pekan Pahang. Sampel kajian terdiri daripada 201 orang pelajar

xii

5.3.3 Perbincangan Persoalan Kajian Keempat 70

5.3.4 Perbincangan Persoalan Kajian Kelima 70

5.3.4 Perbincangan Persoalan Kajian Keenam 71

5.4 Cadangan Kajian 72

5.4.1 Cadangan Kepada Guru 72

5.4.2 Cadangan Kepada Pelajar 73

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 74

RUJUKAN 75

LAMPIRAN A-F 78-100

Page 15: PENERAPAN KONSTRUKTIVISME DI DALAM PENGAJARAN …...pengajaran dan pembelajaran asid dan bes di lima buah sekolah di Pekan Pahang. Sampel kajian terdiri daripada 201 orang pelajar

xiii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK HALAMAN

3.1 Bilangan responden berdasarkan sekolah 27

3.2 Taburan item berkaitan penerapan 29

konstruktivisme di dalam bab asid dan bes

3.3 Taburan item berkenaan dengan peranan pelajar 30

berdasarkan teori konstruktivisme

3.4 Taburan item berkaitan dengan penerapan 31

konstruktivisme di dalam bab asid dan bes

3.5 Nilai skala Likert yang mewakili nilai maklum balas 33

3.6 Nilai skala yang mewakili tahap 34

4.1 Bilangan responden mengikut jantina 36

4.2 Bilangan responden mengikut bangsa 36

4.3 Bilangan responden mengikut tempat kediaman 37

4.4 Bilangan responden mengikut persekitaran tempat tinggal 37

4.5 Bilangan responden mengikut sekolah 38

4.6 Nilai skala yang mewakili tahap 39

Page 16: PENERAPAN KONSTRUKTIVISME DI DALAM PENGAJARAN …...pengajaran dan pembelajaran asid dan bes di lima buah sekolah di Pekan Pahang. Sampel kajian terdiri daripada 201 orang pelajar

xiv

4.7 Taburan frekuensi, peratusan dan min bagi item 1 hingga 3 39

4.8 Taburan frekuensi, peratusan dan min bagi item 4 hingga 6 40

4.9 Taburan frekuensi, peratusan dan min bagi item 7 hingga 9 41

4.10 Taburan frekuensi, peratusan dan min bagi item 10 hingga 42

12

4.11 Taburan frekuensi, peratusan dan min bagi item 13 43

hingga 15

4.12 Taburan frekuensi, peratusan dan min bagi item 16 hingga 44

18

4.13 Taburan frekuensi, peratusan dan min bagi item 19 hingga 45

21

4.14 Taburan frekuensi, peratusan dan min bagi item 22 hingga 46

24

4.15 Taburan frekuensi, peratusan dan min bagi item 25 hingga 47

27

4.16 Taburan frekuensi, peratusan dan min bagi item 1 hingga 3 48

4.17 Taburan frekuensi, peratusan dan min bagi item 4 hingga 6 49

4.18 Taburan frekuensi, peratusan dan min bagi item 7 hingga 9 50

4.19 Taburan frekuensi, peratusan dan min bagi item 10 hingga 51

12

4.20 Analisis Ujian t bagi perbezaan di antara pelajar lelaki dan 52

pelajar perempuan

4.21 Analisis Ujian t bagi perbezaan di antara pelajar asrama dan 52

luar asrama

4.22 Analisis Ujian t bagi perbezaan di antara pelajar lelaki dan 53

pelajar perempuan yang tinggal di asrama

Page 17: PENERAPAN KONSTRUKTIVISME DI DALAM PENGAJARAN …...pengajaran dan pembelajaran asid dan bes di lima buah sekolah di Pekan Pahang. Sampel kajian terdiri daripada 201 orang pelajar

xv

4.23 Analisis Ujian t bagi perbezaan di antara pelajar lelaki dan 53

pelajar perempuan yang tinggal di luar asrama

4.24 Bilangan responden mengikut jantina 54

4.25 Bilangan responden mengikut bangsa 55

4.26 Nilai skala yang mewakili tahap 56

4.27 Taburan frekuensi, peratusan dan min bagi item 1 hingga 3 56

4.28 Taburan frekuensi, peratusan dan min bagi item 4 hingga 6 57

4.29 Taburan frekuensi, peratusan dan min bagi item 7 hingga 9 58

4.30 Taburan frekuensi, peratusan dan min bagi item 10 hingga 59

12

4.31 Taburan frekuensi, peratusan dan min bagi item 13 hingga 60

15

4.32 Taburan frekuensi, peratusan dan min bagi item 16 hingga 61

18

4.33 Taburan frekuensi, peratusan dan min bagi item 19 hingga 62

21

4.34 Taburan frekuensi, peratusan dan min bagi item 22 hingga 63

24

4.35 Taburan frekuensi, peratusan dan min bagi item 25 hingga 64

27

Page 18: PENERAPAN KONSTRUKTIVISME DI DALAM PENGAJARAN …...pengajaran dan pembelajaran asid dan bes di lima buah sekolah di Pekan Pahang. Sampel kajian terdiri daripada 201 orang pelajar

xvi

SENARAI SINGKATAN

EPRD - Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan Dasar Pendidikan,

Kementerian Pelajaran Malaysia

KBSM - Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah

KBSR - Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah

SPM - Sijil Pelajaran Malaysia

UTM - Universiti Teknologi Malaysia

Page 19: PENERAPAN KONSTRUKTIVISME DI DALAM PENGAJARAN …...pengajaran dan pembelajaran asid dan bes di lima buah sekolah di Pekan Pahang. Sampel kajian terdiri daripada 201 orang pelajar

xvii

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK HALAMAN

A Jadual Krejcie dan Morgan 78

B Borang soal selidik bagi pelajar 79

C Borang soal selidik bagi guru 89

D Pengesahan borang soal selidik 96

E Surat kebenaran menjalankan kajian 97

daripada EPRD

F Surat kebenaran menjalankan kajian 99

daripada Jabatan Pelajaran Pahang

G Surat akuan Fakulti Pendidikan, UTM 100

Page 20: PENERAPAN KONSTRUKTIVISME DI DALAM PENGAJARAN …...pengajaran dan pembelajaran asid dan bes di lima buah sekolah di Pekan Pahang. Sampel kajian terdiri daripada 201 orang pelajar

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Dalam usaha untuk mencapai hasrat sebagai sebuah negara maju menjelang

2020, pelbagai usaha perlu dilaksanakan. Rakyat memainkan peranan penting bagi

memastikan hasrat tersebut tercapai. Maka, rakyat yang cemerlang perlulah dibentuk

kerana kecemerlangan sesebuah negara bergantung kepada rakyat. Pendidikan adalah

salah satu faktor yang amat penting bagi melahirkan rakyat yang cemerlang.

Apabila kita memperkatakan mengenai pendidikan, kita tidak akan lari dari

membincangkan mengenai falsafah pendidikan negara. Falsafah Pendidikan negara

bolehlah dianggap sebagai proses aktiviti pendidikan yang secara tidak langsung

mencerminkan falsafah negara.

Kurikulum juga mempunyai kaitan yang sangat rapat dengan pendidikan.

Abu Hassan dan Meor Ibrahim (2006), berpendapat bahawa kurikulum bertujuan

untuk mendedahkan pelajar dengan pengalaman pembelajaran yang menyeluruh. Ini

bermakna, pelajar juga belajar di luar bilik darjah dan bukan hanya di dalam kelas.

Ini dapat mengembangkan lagi minda pelajar kerana mereka akan memperolehi

Page 21: PENERAPAN KONSTRUKTIVISME DI DALAM PENGAJARAN …...pengajaran dan pembelajaran asid dan bes di lima buah sekolah di Pekan Pahang. Sampel kajian terdiri daripada 201 orang pelajar

2

pelbagai pengalaman baru yang berguna apabila pembelajaran dilakukan di luar

bilik darjah.

“curriculum as a set of intentions about opportunities for

engagement of persons to be educated with other person thing (all

bearers of information, process, technique, and values) in certain

arrangements of time and space”.

(Lewis dan Miel, 1972)

Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) yang telah dirancang

bertujuan supaya pelajar sekolah rendah dapat menguasai asas 3M iaitu membaca,

menulis dan mengira. Selain itu, KBSR juga dibentuk untuk mengembangkan aspek

intelek, rohani, emosi, jasmani, dan sahsiah secara menyeluruh dan seimbang.

Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) pula digubal bagi

menyambung proses pengajaran yang berlaku dalam KBSR. KBSM turut

menekankan pemerolehan pengetahuan, kemahiran yang perlu dan nilai yang perlu

dikuasai oleh pelajar, secara bersepadu. Di dalam KBSR, corak pendidikan asas telah

diterapkan kepada pelajar. Namun dalam KBSM, corak pendidikan asas tersebut

telah dikembangkan secara meluas.

Guru memainkan peranan yang penting dalam pembentukan rakyat yang

cemerlang. Ini kerana guru dapat melahirkan pelajar yang berilmu dan mempunyai

nilai moral yang mengagumkan, seterusnya pelajar tersebut mampu untuk menjadi

rakyat yang cemerlang. Malaysia memerlukan lebih banyak guru yang mempunyai

daya pemikiran kreatif serta mampu menjadikan subjek yang diajar itu menarik

minat pelajar untuk mempelajarinya. Teori yang digunakan oleh guru sewaktu

mengajar turut memainkan peranan penting. Sama ada guru mengajar menggunakan

kaedah tradisonal yang melibatkan pembelajaran secara pasif atau guru

Page 22: PENERAPAN KONSTRUKTIVISME DI DALAM PENGAJARAN …...pengajaran dan pembelajaran asid dan bes di lima buah sekolah di Pekan Pahang. Sampel kajian terdiri daripada 201 orang pelajar

3

menggunakan teori konstruktivisme yang melibatkan penglibatan pelajar secara aktif

di dalam kelas boleh menentukan pembelajaran pelajar.

Pelajar perlu menjalankan tanggungjawab sebagai pelajar dengan sewajarnya

supaya lebih ramai pelajar yang cemerlang dapat dilahirkan. Pelajar perlu melibatkan

diri secara aktif di dalam kelas, memberi perhatian yang sewajarnya ketika guru

mengajar serta pelajar perlulah rajin bertanya dan rajin mengulangkaji pelajaran.

1.2 Latar Belakang Masalah

Subjek kimia adalah salah satu subjek yang ditawarkan kepada pelajar di

dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Subjek ini ditawarkan kepada

pelajar aliran sains. Bagi pelajar yang mendaftar subjek ini, mereka akan

mempelajari subjek ini selama dua tahun, iaitu semasa di tingkatan empat dan

tingkatan lima

Kebanyakan pelajar berpendapat bahawa subjek kimia adalah subjek yang

sukar difahami. Menurut Abd Hamid (2000), walaupun pelbagai usaha dijalankan

oleh Kementerian Pendidikan, namun pelajar masih menganggap bahawa sains

(kimia) adalah sukar. Dalam kajian yang dijalankan oleh Norhashimah (1991)

mendapati bahawa sebahagian pelajar berminat dalam mempelajari kimia. Walaupun

begitu, kajian ini juga mendapati bahawa subjek ini sederhana mudah jika

dibandingkan dengan subjek lain seperti matematik moden, matematik tambahan,

fizik dan biologi.

Peranan guru sangat penting dalam menarik perhatian pelajar memahami

sesuatu mata pelajaran. Apabila guru kreatif semasa proses pengajaran, pelajar akan

berasa seronok dalam memahami mata pelajaran tersebut. Maka, pelajar memberi

Page 23: PENERAPAN KONSTRUKTIVISME DI DALAM PENGAJARAN …...pengajaran dan pembelajaran asid dan bes di lima buah sekolah di Pekan Pahang. Sampel kajian terdiri daripada 201 orang pelajar

4

sepenuh perhatian sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung dan

pelajar akan berusaha untuk memahami subjek tersebut. Apabila pelajar telah

menguasai subjek tersebut, sudah pastilah pelajar akan berusaha untuk mendapatkan

keputusan yang terbaik. Menurut dapatan kajian Norhashimah (1991), analisis

korelasi perbandingan antara mata pelajaran kimia terhadap minat, didapati

korelasinya positif tetapi tidak begitu tinggi. Nilai korelasi yang positif menunjukkan

terdapat perkaitan antara pencapaian dan minat pelajar.

Namun, jika guru tidak mempelbagaikan kaedah pengajaran, dan kurang

kreatif semasa mengajar, maka pelajar akan berasa bosan. Apabila pelajar mulai

berasa bosan, pelajar mula melakukan aktiviti yang tidak berkaitan dengan proses

pembelajaran. Maka, tumpuan pelajar telah terganggu dan sudah pastilah pelajar

tidak menumpukan perhatian terhadap apa yang disampaikan oleh guru. Maka,

natijahnya pelajar tidak memahami isi pelajaran yang disampaikan oleh guru. Ini

pastilah akan mengakibatkan pelajar mendapat keputusan yang kurang cemerlang.

Atan long (1981), turut menegaskan bahawa salah satu sifat tenaga pengajar yang

penting adalah menimbulkan minat pelajar dalam pengajarannya.

Pelajar juga perlu melibatkan diri dalam setiap aktiviti di dalam kelas. Pelajar

perlu sentiasa berminat untuk mempelajari kimia. Berdasarkan kajian Norhashimah

(1991), analisis statistik mendapati bahawa seramai 74.3 % murid yang bersikap

ingin tahu lebih lanjut lagi sesuatu yang dipelajari dalam mata pelajaran kimia. Oleh

itu, pelajar perlulah sentiasa bertanya guru bagi mendapatkan penjelasan bagi

mengelakkan salah faham di kalangan pelajar mengenai sesuatu konsep.

1.3 Pernyataan Masalah

Menurut Syarifah (1987), guru merupakan individu yang paling berpengaruh

dalam menentukan kejayaan pelajar. Guru merupakan tonggak inspirasi dan motivasi

Page 24: PENERAPAN KONSTRUKTIVISME DI DALAM PENGAJARAN …...pengajaran dan pembelajaran asid dan bes di lima buah sekolah di Pekan Pahang. Sampel kajian terdiri daripada 201 orang pelajar

5

dalam sesuatu pengajaran. Keberkesanan sesuatu pengajaran bergantung kepada

pendekatan yang digunakan oleh guru untuk mengajar iaitu sama ada pendekatan

tradisional atau pendekatan konstruktivisme.

Pendekatan tradisional adalah pendekatan di mana guru bertindak sebagai

penyampai maklumat dan pelajar sebagai penerima maklumat. Dalam pendekatan

ini, pelajar memainkan peranan yang pasif. Pelajar hanya menerima maklumat yang

disampai oleh guru dan ini lebih dikenali sebagai „spoon feeding‟. Apabila pelajar

bertanya soalan, guru akan memberikan jawapan kepada pelajar tanpa pelajar perlu

memikirkan apakah jawapan kepada persoalan tersebut. Pelajar juga kurang

mempunyai inisiatif untuk mencari jawapan kerana semua jawapan kepada setiap

persoalan akan disediakan oleh guru. Kemahiran pelajar dalam menyelesaikan

masalah juga rendah. Pembelajaran secara tradisional ini menyebabkan pelajar

terlalu bergantung kepada guru dan tiada kreativiti pelajar yang dapat dikembangkan.

Berdasarkan modul Pembelajaran Secara Konstruktivisme (2001) yang dikeluarkan

oleh Pusat Perkembangan Kurikulum, dalam pembelajaran secara tradisional, pelajar

diberi banyak latihan untuk mengukuhkan konsep. Ini bermakna, pelajar diberi latih

tubi supaya mahir mengenai sesuatu konsep. Selain itu, proses pembelajaran juga

berlaku secara deduktif.

Menurut pepatah Cina , “ I hear and I forget; I see and I remember; I do and

I understand’’. Pepatah ini sangat bersesuaian apabila kita membincangkan

mengenai pembelajaran secara konstruktivisme. Konstruktivisme diambil dari

perkataan konstruk yang membawa maksud membina. Menurut Poh Swee Hiang

(2005), konstruktivisme adalah teori yang menyatakan bahawa pengetahuan tidak

wujud di luar minda pelajar, tetapi pengetahuan dibina di dalam minda pelajar

berdasarkan pengalaman pelajar. Ini bermaksud, pelajar membina sesuatu

pengetahuan berdasarkan pengalaman sedia ada mereka. Teori ini juga menekankan

pembelajaran aktif di mana pelajar terlibat di dalam aktiviti yang diadakan di dalam

kelas. Pengajaran dan pembelajaran berpusatkan murid dan guru berperanan sebagai

fasilitator atau pembimbing. Abu Hassan (2003) berpendapat bahawa antara unsur

penting dalam konstruktivisme adalah guru mengambil kira pengetahuan sedia ada

Page 25: PENERAPAN KONSTRUKTIVISME DI DALAM PENGAJARAN …...pengajaran dan pembelajaran asid dan bes di lima buah sekolah di Pekan Pahang. Sampel kajian terdiri daripada 201 orang pelajar

6

murid, pembelajaran adalah hasil usaha murid sendiri, pembelajaran berlaku apabila

murid menghubungkan idea asal dengan idea baru bagi menstrukturkan semula idea

mereka dan seterusnya memberi peluang pelajar dan guru bekerjasama, berkongsi

idea, pengalaman dan membuat refleksi.

“Constructivism helps to explain why students bring misconceptions

to chemistry classes and where these misconceptions come from. It

also emphasizes the importance of the flow of knowledge between

teachers and students.”

(Acar and Tarhan, 2005)

1.4 Objektif kajian

Objektif kajian ini adalah bertujuan untuk :

1. Mengenalpasti penerapan konstruktivisme di kalangan pelajar semasa

pengajaran dan pembelajaran asid dan bes di lima buah sekolah di Pekan

Pahang.

2. Mengenalpasti penerapan konstruktivisme di kalangan guru semasa

pengajaran dan pembelajaran asid dan bes di lima buah sekolah di Pekan

Pahang.

3. Mengenalpasti adakah terdapat perbezaan yang signifikan di antara pelajar

lelaki dan pelajar perempuan dalam peranan mereka berdasarkan teori

konstruktivisme semasa proses pembelajaran asid dan bes di lima buah

sekolah di Pekan Pahang.

4. Mengenalpasti adakah terdapat perbezaan yang signifikan di antara pelajar

asrama dan luar asrama dalam peranan mereka berdasarkan teori

Page 26: PENERAPAN KONSTRUKTIVISME DI DALAM PENGAJARAN …...pengajaran dan pembelajaran asid dan bes di lima buah sekolah di Pekan Pahang. Sampel kajian terdiri daripada 201 orang pelajar

7

konstruktivisme semasa proses pembelajaran asid dan bes di lima buah sekolah di

Pekan Pahang.

5. Mengenalpasti adakah terdapat perbezaan yang signifikan di antara pelajar lelaki

dan pelajar perempuan yang tinggal di asrama dalam peranan mereka

berdasarkan teori konstruktivisme semasa proses pembelajaran asid dan bes di

lima buah sekolah di Pekan Pahang.

6. Mengenalpasti adakah terdapat perbezaan yang signifikan di antara pelajar lelaki

dan pelajar perempuan yang tinggal di luar asrama dalam peranan mereka

berdasarkan teori konstruktivisme semasa proses pembelajaran asid dan bes di

lima buah sekolah di Pekan Pahang.