PENGAJARAN BERASASKAN KONTEKSTUAL

3
PENGAJARAN BERASASKAN KONTEKSTUAL Merupakan suatu kaedah pembelajaran yang menggabungkan isi kandungan dengan pengalaman harian individu, masyarakat dan alam pekerjaan menyediakan pembelajaran secara konkrit iaitu melibatkan aktiviti hands-On dan Minds . Konteks pula membawa maksud keadaan, situasi dan kejadian. Pembelajaran adalah merupakan satu proses yang melibatkan pelbagai bentuk dan kompleks serta mengatasi kaedah-kaedah jenis latih tubi dan rangsangan dan tindak balas. Maka itu konsep kontektual diberi penekanan sebagai salah satu teknik pengajaran. Melalui persekitaran tersebut, para pelajar berupaya mengenalpasti perhubungan yang bermakna antara idea abstrak dan aplikasi praktikal dalam konteks alam yang nyata. Konsep dihayati melalui proses penemuan, pengukuhan dan menghubungkaitkan. Contohnya, pelajar yang mengikuti satu pelajaran Kesihatan berkenaan tajuk Penyakit berjangkit mungkin mengetahui bagaimana penyakit itu merebak dan bagaimana penyakit tersebut bertindak balas dengan persekitaran dan apakah langkah pencegahan penyakit- penyakit tersebut. Satu kelas Biologi atau Kimia mungkin sedang mempelajari konsep saintifik asas dengan mempelajari penyebaran AIDS atau cara bagaimana peladang menghadapi dan menyumbang kepada kemerosotan persekitaran. Matlamat Matlamat pengajaran dan pembelajaran ialah supaya guru memahami, menguasai dan menggunakan pendekatan kontekstual dalam pengajaran dan pembelajaran. Kefahaman para guru adalah penting kerana guru mampu menyampaikan pembelajaran dengan berkesan dan menepati konsep kontekstual. Kontekstual ialah suatu kaedah yang dibentuk berasaskan maksud kontekstual itu sendiri iaitu membawa pelajar ke matlamat pembelajaran isi dan konsep yang berkenaan atau relevan bagi mereka, dan juga memberi makna dalam kehidupan seharian mereka. Di sekolah pelajar tidak mampu membuat kaitan antara apa yang mereka pelajari dengan bagaimana pengetahuan itu dapat dimanfaatkan. Pelajar tidak didedahkan kepentingan mempelajari sesuatu matapelajaran, mereka hanya diarahkan untuk belajar kerana merupakan salah satu daripada matapelajaran peperiksaan. Keadaan ini berlaku disebabkan oleh cara mereka memproses maklumat dan perasaan motivasi untuk pelajar tidak tersentuh melalui kaedah pengajaran yang lazim digunakan (iaitu kaedah syarahan yang abstrak). Kaedah pengajaran lazim juga perlu difahami kerana konsep itu akan memudahkan mereka mengaitkannya dengan suasana dan juga dalam menempuh kehidupan masyarakat di mana tempat mereka menjalani kehidupan dan bekerja. Secara lazimnya, pelajar dijangkakan mampu membuat kaitan ini dengan sendiri apabila berada di luar bilik darjah. Objektif

description

BM

Transcript of PENGAJARAN BERASASKAN KONTEKSTUAL

Page 1: PENGAJARAN BERASASKAN KONTEKSTUAL

PENGAJARAN BERASASKAN KONTEKSTUAL

Merupakan suatu kaedah pembelajaran yang menggabungkan isi kandungan dengan

pengalaman harian individu, masyarakat dan alam pekerjaan menyediakan pembelajaran

secara konkrit iaitu melibatkan aktiviti ‘hands-On’ dan ‘Minds’. Konteks pula membawa

maksud keadaan, situasi dan kejadian. Pembelajaran adalah merupakan satu proses yang

melibatkan pelbagai bentuk dan kompleks serta mengatasi kaedah-kaedah jenis latih tubi

dan rangsangan dan tindak balas. Maka itu konsep kontektual diberi penekanan sebagai

salah satu teknik pengajaran. Melalui persekitaran tersebut, para pelajar berupaya

mengenalpasti perhubungan yang bermakna antara idea abstrak dan aplikasi praktikal

dalam konteks alam yang nyata. Konsep dihayati melalui proses penemuan, pengukuhan

dan menghubungkaitkan. Contohnya, pelajar yang mengikuti satu pelajaran Kesihatan

berkenaan tajuk Penyakit berjangkit mungkin mengetahui bagaimana penyakit itu merebak

dan bagaimana penyakit tersebut bertindak balas dengan persekitaran dan apakah langkah

pencegahan penyakit-penyakit tersebut. Satu kelas Biologi atau Kimia mungkin sedang

mempelajari konsep saintifik asas dengan mempelajari penyebaran AIDS atau cara

bagaimana peladang menghadapi dan menyumbang kepada kemerosotan persekitaran.

Matlamat

Matlamat pengajaran dan pembelajaran ialah supaya guru memahami, menguasai dan

menggunakan pendekatan kontekstual dalam pengajaran dan pembelajaran. Kefahaman

para guru adalah penting kerana guru mampu menyampaikan pembelajaran dengan

berkesan dan menepati konsep kontekstual. Kontekstual ialah suatu kaedah yang dibentuk

berasaskan maksud kontekstual itu sendiri iaitu membawa pelajar ke matlamat pembelajaran

isi dan konsep yang berkenaan atau relevan bagi mereka, dan juga memberi makna dalam

kehidupan seharian mereka. Di sekolah pelajar tidak mampu membuat kaitan antara apa

yang mereka pelajari dengan bagaimana pengetahuan itu dapat dimanfaatkan. Pelajar tidak

didedahkan kepentingan mempelajari sesuatu matapelajaran, mereka hanya diarahkan

untuk belajar kerana merupakan salah satu daripada matapelajaran peperiksaan. Keadaan

ini berlaku disebabkan oleh cara mereka memproses maklumat dan perasaan motivasi untuk

pelajar tidak tersentuh melalui kaedah pengajaran yang lazim digunakan (iaitu kaedah

syarahan yang abstrak). Kaedah pengajaran lazim juga perlu difahami kerana konsep itu

akan memudahkan mereka mengaitkannya dengan suasana dan juga dalam menempuh

kehidupan masyarakat di mana tempat mereka menjalani kehidupan dan bekerja. Secara

lazimnya, pelajar dijangkakan mampu membuat kaitan ini dengan sendiri apabila berada di

luar bilik darjah.

Objektif

Page 2: PENGAJARAN BERASASKAN KONTEKSTUAL

Setelah menggunakan modul ini, guru berupaya

1. Menerangkan maksud pembelajaran kontekstual

2. Menerangkan kepentingan dan menyerapkan pendekatan kontekstual ke dalam proses

pengajaran dan pembelajaran.

3. Menguasai strategi pengajaran dan pembelajaran secara kontekstual.

4. Mengaplikasi dan mengamalkan pendekatan kontekstual dalam bilik darjah dengan yakin

dan berkesan.

5. Melatih guru lain menjalankan pengajaran menggunakan pendekatan kontekstual.

Pengajaran dan pembelajaran kontekstual adalah merupakan satu konsep pengajaran dan

pembelajaran yang membantu guru mengaitkan bahan subjek yang dipelajari dengan situasi

sebenar. Keadaan tersebut secara tidak langsung berupaya memotivasikan pelajar untuk

membuat perkaitan antara pengetahuan dan mengaplikasinya di dalam kehidupan seharian

mereka sebagai ahli keluarga, warga masyarakat dan pekerja.

Teori Pembelajaran Kontekstual

Terdapat beberapa teori yang menyatakan bahawa murid dapat memproses maklumat atau

pengetahuan baru dengan cara yang bermakna dalam rangka minda dan maklumat

disampaikan dalam pelbagai konteks. Ia lebih bermakna kepada murid dan guru

mewujudkan kepelbagaian persekitaran pembelajaran untuk menghasilkan pembelajaran

yang berkesan. Berdasarkan teori pembelajaran kontekstual, pembelajaran hanya berlaku

apabila pelajar memproses maklumat atau ilmu pengetahuan baru dengan cara tertentu

sehingga ia membawa maksud atau makna kepada mereka dalam kerangka rujukan mereka

sendiri (dunia dalaman bagi memori, pengalaman dan tindak balas mereka sendiri).

Pendekatan pembelajaran dan pengajaran seperti ini mengandaikan minda akan mencari

maksud dalam konteks dengan cara semula jadi, iaitu berkait dengan persekitaran semasa

seseorang itu. Ini berlaku dengan cara pencarian hubungan yang diterima akal dan kelihatan

lebih bermakna. Teori pembelajaran kontekstual lebih tertumpu pada aspek-aspek yang

melibatkan pelbagai persekitaran pembelajaran, ia meliputi persekitaran dalam bilik darjah,

makmal, makmal komputer, tempat atau lokasi kerja, atau di ladang tanaman. Melalui teori

ini juga ia menggalakkan pendidik memilih dan membina persekitaran pembelajaran yang

menggabungkan atau memvariasikan pelbagai bentuk pengalaman yang boleh melibatkan

aspek-aspek sosial, fizikal, psikologikal untuk mencapai hasil pembelajaran yang diinginkan.

Ciri-ciri teori pembelajaran kontekstual ialah murid dapat memproses maklumat atau

pengetahuan baru dengan cara yang bermakna iaitu di dalam rangka minda. Melalui

Page 3: PENGAJARAN BERASASKAN KONTEKSTUAL

pengetahuan tersebut maklumat disampaikan dalam konteks yang pelbagai dan bermakna

kepada murid. Peranan seorang guru ialah untuk mewujudkan kepelbagaian persekitaran

pembelajaran untuk menghasilkan pembelajaran yang berkesan. Perkaitan dengan

hubungan persekitaran, sekolah dan situasi pekerjaan adalah merupakan salah satu

pendekatan dari kontekstual.

Mengapa Pendekatan Kontekstual Perlu dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Pendekatan kontekstul menggalakkan pendidik memilih dan membina persekitaran

pembelajaran yang menggabungkan pengalaman-pengalaman yang mereka lalui seberapa

banyak yang boleh. Pengalaman-pengalaman yang dilalui termasuklah dari aspek sosial,

fizikal, psikologikal, ke arah mencapai hasil pembelajaran yang diinginkan. Melalui

persekitaran sedemikian, pelajar menemui perhubungan yang bermakna antara idea abstrak

dan aplikasi praktikal dalam konteks alam yang nyata. Penghayatan konsep diperolehi

melalui proses penemuan, pengukuhan dan menghubungkaitkan. Cara tradisional tidak

menggalakkan pembelajaran yang mampu membina minda pelajar ke arah pemikiran

saintifik seperti mana yang dirasakan amat perlu dikuasai setiap pelajar bagi membolehkan

mereka menghayati pelajaran sebagai budaya kehidupan seharian. Cara penyampaian guru

menggunakan kaedah kontekstual secara langsung dan terus, sama ada secara sedar atau

tidak, mahu atau tidak mahu, akan membantu guru mengajar dan membantu pelajar

mempelajari setiap matapelajaran secara berkesan.