pengajaran berkesan

3
1 Definisi Pengajaran Berkesan Terdapat pelbagai pendapat mengenai maksud pengajaran berkesan. Pengajaran berkesan bermaksud seorang pengajar atau guru yang harus memiliki pengetahuan yang luas dan mendalam mengenai sesuatu ilmu pengetahuan serta mempunyai kemahiran atau teknik profesional yang tinggi (Dunne, R. & Wragg, T., 1994). Mereka berpendapat yang pengajaran berkesan menuntut guru untuk memahami isi kandungan sesuatu mata pelajaran dan memiliki ilmu pengetahuan mengenai topik dan perkara yang hendak diajar serta perlu menyiapkan diri dengan kemahiran tertentu dari aspek pengurusan kelas, menyoal soalan, penerangan yang jelas dan pemantauan proses pembelajaran. Leblanc (1998) pula berpendapat bahawa pengajaran berkesan bermaksud pengajaran oleh guru yang penyayang, mengambil berat terhadap kebajikan pelajar, memberi sokongan kepada pelajar, dan berpengetahuan tentang mata pelajaran yang diajar. Manakala menurut Hunter (1995), pengajaran berkesan merupakan pengajaran yang dapat meningkatkan pembelajaran dalam diri pelajar. Antara pendapat lain pula menyatakan bahawa guru berkesan dan boleh membantu pelajar (Cruickshank, 1995). Jika diperhatikan di sini, terdapat persamaan antara pandangan yang diberikan oleh Cruickshank dan Hunter di mana mereka berpendapat bahawa pengajaran boleh meningkatkan pembelajaran pelajar. Pengajaran berkesan dapat disimpulkan sebagai pengajaran yang menyedia dan mewujudkan suasana yang sihat bagi menggalakkan pelajar untuk terus belajar. Perkara ini disokong oleh Shahril (2004) yang mendefinisikan pengajaran berkesan sebagai kebolehan dan kemampuan guru untuk menyampaikan maklumat pengajaran dengan baik dan juga berkesan, di mana secara tidak langsung dapat memotivasikan diri pelajar untuk terus cemerlang mencapai kejayaan. Guru berkesan merupakan keupayaan guru dalam menyampaikan pengajaran yang memberi kesan terhadap beberapa aspek termasuklah dapat memotivasikan pelajar seperti dinyatakan oleh Malikow, M. (2006). Ianya dapat diaplikasikan dengan pelbagai kaedah pengajaran, bahan bantu mengajar, dan kemahiran melaksanakan aktiviti. Dalam konteks ini, guru seharusnya merancang topik, objektif, isi, cara penyampaian dan penilaian yang sesuai dengan kebolehan sedia ada dan minat pelajar.

description

pengajaran berkesan

Transcript of pengajaran berkesan

Page 1: pengajaran berkesan

1

Definisi Pengajaran Berkesan

Terdapat pelbagai pendapat mengenai maksud pengajaran berkesan. Pengajaran berkesan

bermaksud seorang pengajar atau guru yang harus memiliki pengetahuan yang luas dan

mendalam mengenai sesuatu ilmu pengetahuan serta mempunyai kemahiran atau teknik

profesional yang tinggi (Dunne, R. & Wragg, T., 1994). Mereka berpendapat yang

pengajaran berkesan menuntut guru untuk memahami isi kandungan sesuatu mata pelajaran

dan memiliki ilmu pengetahuan mengenai topik dan perkara yang hendak diajar serta perlu

menyiapkan diri dengan kemahiran tertentu dari aspek pengurusan kelas, menyoal soalan,

penerangan yang jelas dan pemantauan proses pembelajaran.

Leblanc (1998) pula berpendapat bahawa pengajaran berkesan bermaksud pengajaran oleh

guru yang penyayang, mengambil berat terhadap kebajikan pelajar, memberi sokongan

kepada pelajar, dan berpengetahuan tentang mata pelajaran yang diajar. Manakala menurut

Hunter (1995), pengajaran berkesan merupakan pengajaran yang dapat meningkatkan

pembelajaran dalam diri pelajar. Antara pendapat lain pula menyatakan bahawa guru

berkesan dan boleh membantu pelajar (Cruickshank, 1995).

Jika diperhatikan di sini, terdapat persamaan antara pandangan yang diberikan oleh

Cruickshank dan Hunter di mana mereka berpendapat bahawa pengajaran boleh

meningkatkan pembelajaran pelajar. Pengajaran berkesan dapat disimpulkan sebagai

pengajaran yang menyedia dan mewujudkan suasana yang sihat bagi menggalakkan pelajar

untuk terus belajar. Perkara ini disokong oleh Shahril (2004) yang mendefinisikan pengajaran

berkesan sebagai kebolehan dan kemampuan guru untuk menyampaikan maklumat

pengajaran dengan baik dan juga berkesan, di mana secara tidak langsung dapat

memotivasikan diri pelajar untuk terus cemerlang mencapai kejayaan. Guru berkesan

merupakan keupayaan guru dalam menyampaikan pengajaran yang memberi kesan terhadap

beberapa aspek termasuklah dapat memotivasikan pelajar seperti dinyatakan oleh Malikow,

M. (2006). Ianya dapat diaplikasikan dengan pelbagai kaedah pengajaran, bahan bantu

mengajar, dan kemahiran melaksanakan aktiviti. Dalam konteks ini, guru seharusnya

merancang topik, objektif, isi, cara penyampaian dan penilaian yang sesuai dengan kebolehan

sedia ada dan minat pelajar.

Page 2: pengajaran berkesan

2

Ciri-ciri Pengajaran Berkesan

Terdapat beberapa ciri-ciri pengajaran, di antaranya adalah guru sebagai pengajar dan murid

pula merupakan pelajar. Pengajaran bermakna jika pembelajaran berlaku.

Pengajaran akan melibatkan latihan atau tugasan, pemikiran dan penggunaan simbol serta

melibatkan pelbagai aktiviti antara guru dan pelajar. Ciri-ciri pengajaran meliputi rancangan

mengajar, objektif pelajaran, tempat belajar, ABBM, kaedah dan teknik mengajar serta proses

yang melibatkan interaksi dua hala antara pelajar dan guru. Strategi pengajaran mengandungi

unsur sains dan unsur seni.

Dalam memastikan keberkesanan proses pengajaran, guru haruslah memainkan peranan yang

penting agar objektif pengajaran yang telah ditetapkan dapat dicapai pada akhir sesi

pengajaran. Menurut Brown, G. & Atkins, M (1988) pengajaran berkesan menuntut kepada

tenaga pengajar untuk mengetahui dan mendalami sesuatu mata pelajaran yang diajar. Antara

ciri-ciri guru berkesan adalah guru yang mempunyai kepakaran dan kecekapan dalam subjek

yang diajar, boleh mempelbagaikan kaedah mengajar, boleh memberi penerangan yang jelas

tentang perkara yang hendak disampaikan dan enthusiasm. Guru juga perlulah memastikan

bahawa proses pengajaran tersebut berlaku dengan melibatkan interaksi dua atau pelbagai

hala dengan pelajar. Oleh itu, penglibatan pelajar dalam pengajaran perlu ditiitkberatkan.

Menurut Slavin (1984), beliau telah memperkenalkan beberapa elemen dalam model

pengajaran berkesan berdasarkan perkara seperti berikut:

(a) Kualiti Pengajaran

Pengajaran yang berkualiti terjadi apabila maklumat yang disampaikan boleh diterima,

menarik minat, dan mudah untuk diingati serta dilakukan oleh pelajar.

(b) Tahap Kesesuaian Pengajaran

Tahap keupayaan pelajar dalam penerimaan pembelajaran perlu dipertimbangkan. Kebolehan

pelajar adalah berbeza-beza dengan mengambil kira latar belakang pendidikan, tahap

kecerdasan dan lain-lain. Guru harus bijak menggunakan kaedah dan strategi mengikut tahap

penerimaan pelajar itu sendiri.

(c) Insentif

Galakan dan insentif daripada guru adalah penting bagi menarik minat serta menggalakkkan

pelajar agar terlibat dalam proses pengajaran dan pembelajaran secara langsung atau tidak

langsung. Pemberian pujian serta hadiah harus dipertimbangkan oleh guru bagi mewujudkan

suasana yang bermotivasi. Guru perlu menunjukkan bagaimana pelajar boleh mencapai

kemajuan. Galakan yang berterusan adalah lebih baik kerana proses pengajaran adalah secara

berterusan serta puji-pujian perlu diberikan pada tempat yang sepatutnya supaya pelajar dapat

mengenal pasti dan mengetahui kejayaan mereka. Dengan penghargaan yang diberikan, ianya

dapat membantu menggalakkan penglibatan para pelajar di dalam kelas dan meningkatkan

motivasi mereka untuk belajar.

(d) Masa

Page 3: pengajaran berkesan

3

Penggunaan masa yang betul dapat memastikan sukatan pelajaran dapat dihabiskan dalam

tempoh masa yang telah ditetapkan. Perancangan pengajaran yang bertepatan dengan objektif

pengajaran dapat memastikan hasil yang berkualiti.

Kesimpulan

Pengajaran merupakan aktiviti intelek. Ia melibatkan pemikiran, perasaan, dan penilaian.

Pengajaran juga merupakan satu sistem aktiviti yang ditujukan kepada pelajar-pelajar dengan

harapan akan membawa perubahan tingkah laku di kalangan mereka. Terdapat dua jenis

pengajaran iaitu pengajaran terkini dan tradisional. Proses pengajaran sekarang adalah

berpusatkan kepada murid bersesuaian dengan era globalisasi yang menuntut perubahan

dalam setiap aspek termasuklah dalam bidang pendidikan. Teknologi yang digunakan

haruslah selari dengan perubahan semasa. Oleh itu, dalam perancangan pengajaran,

pendekatan, kaedah, teknik dan alat serta sumber yang digunakan haruslah bersesuaian

dengan tahap kebolehan pelajar zaman sekarang bagi memastikan objektif dan matlamat

pengajaran dapat dicapai dengan cemerlang. Ianya bagi melahirkan insan yang berilmu

pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan

mencapai kesejahteraan diri serta dapat memberi sumbangan terhadap keharmonian dan

kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara bertepatan dengan Falsafah Pendidikan

Kebangsaan. Berbanding dengan pengajaran tradisional, ianya lebih berpusatkan guru. Guru

banyak memberikan input serta ilmu tanpa memberi ruang kepada pelajar untuk berfikir dan

melibatkan secara aktif. Komunikasi satu hala yang dilaksanakan oleh guru tidak bersesuaian

memandangkan pengetahuan serta pengalaman pelajar tidak dapat dikembangkan dengan

baik kerana pelajar tidak berpeluang untuk berfikir secara kreatif. Pelajar merupakan

pembina ilmu yang aktif. Oleh itu, penglibatan pelajar di dalam satu-satu pengajaran adalah

penting bagi membantu penerapan nilai-nilai murni di dalam diri pelajar itu sendiri dan

memastikan proses pengajaran berlangsung secara efektif. Pendapat ini disokong oleh

Sharifah Alwiah Alsagoff (1983) yang menyatakan bahawa pengajaran yang berkesan adalah

merujuk kepada guru yang dapat membawa pelajar kepada hasil pembelajaran terakhir yang

diinginkannya.