Pengajaran Makro

9
Pengajaran makro merangkumi segala proses pengajaran,sekurang- kurangya satu unit kemahiran,dlm sesuatu waktu pelajaran. Di dalam proses makro meliputi tiga peringkat pemulaan pengajaran,perkembangan dan penutup. Ianya juga merupakan simulasi satu pengajaran yang lengkap kepada satu kelas biasa.simulasi boleh dilakukan di dalam bilik darjah,makmal atau bilik previu. Pengajaran makro merupakan kesepaduan teknik-teknik pengajaran mikro yg disokong oleh perancangan pengajaran pembelajaran yang sekian lama dipelajari. Objektif Pengajaran Makro ialah menyediakan suatu kemahiran lengkap kepada semua guru. Selain itu, ianya juga bertujuan untuk mempraktikan suatu suasana sebenar apabila mengajar serta dapatmemperbaiki kelemahan-kelemahan pengajaran yang berlaku di samping mengukuhkan kelebihan mengajar .Matlamat pengajaran makro adalah melahirkan guru-guru yg mempunyai keyakinan yang tinggi apabila mula menjalankan tugas kelak dan juga menjadi lebih berkaliber dan kreatif semasa menagajar. Pendedahan yang dipelajari semasa di maktab menjadi satu kayu pengukur dalam menjalankan pengajaran .Guru akan mengetahui setiap persediaan yang perlu dibuat apabila memulakan tuigas mengajar Pengajaran dan pembelajaran adalah satu aktiviti yang dirancang dan saling berkait yang mana ianya berlaku secara bersama satu ruang masa tertentu. Maksud pengajaran ialah implementasi kurikulum iaitu berlakunya interaksi antara guru dan murid di dalam sebuah bilik darjah. Manakala pembelajaran pula

description

contoh pelaksanaan pengajaran makro di sekolah

Transcript of Pengajaran Makro

Pengajaran makro merangkumi segala proses pengajaran,sekurang-kurangya satu unit kemahiran,dlm sesuatu waktu pelajaran. Di dalam proses makro meliputi tiga peringkat pemulaan pengajaran,perkembangan dan penutup. Ianya juga merupakan simulasi satu pengajaran yang lengkap kepada satu kelas biasa.simulasi boleh dilakukan di dalam bilik darjah,makmal atau bilik previu. Pengajaran makro merupakan kesepaduan teknik-teknik pengajaran mikro yg disokong oleh perancangan pengajaran pembelajaran yang sekian lama dipelajari.Objektif Pengajaran Makro ialahmenyediakan suatu kemahiran lengkap kepada semua guru. Selain itu, ianya juga bertujuan untuk mempraktikan suatu suasana sebenar apabila mengajarserta dapatmemperbaiki kelemahan-kelemahan pengajaran yang berlaku di samping mengukuhkan kelebihan mengajar.Matlamat pengajaran makro adalahmelahirkan guru-guru yg mempunyai keyakinan yang tinggi apabila mula menjalankan tugas kelak dan juga menjadi lebih berkaliber dan kreatif semasa menagajar. Pendedahan yang dipelajari semasa di maktab menjadi satu kayu pengukur dalam menjalankan pengajaran.Guru akan mengetahui setiap persediaan yang perlu dibuat apabila memulakan tuigas mengajarPengajaran dan pembelajaran adalah satu aktiviti yang dirancang dan saling berkait yang mana ianya berlaku secara bersama satu ruang masa tertentu. Maksud pengajaran ialah implementasi kurikulum iaitu berlakunya interaksi antara guru dan murid di dalam sebuah bilik darjah. Manakala pembelajaran pula adalah berkenaan bagaimana kita menganggap dan memahami dunia dan tentang membuat makna. lanya boleh dikategorikan mempunyai prinsip-prinsip seperti pemerolehan kaedah, teknik dan pendekatan melakukan sesuatu, idea, perlakuan yang bersesuaian bagisesuatu situasi.Terdapat tiga fasa yang terkandung dalam proses pengajaran dan pembelajaran, iaitu fasa sebelum pengajaran, fasa semasa pengajaran dan fasa selepas pengajaran. Bagi fasa sebelum pengajaran ianya melibatkan peringkat penentuan kemahiran atau isi pelajaran yang ingin diajar serta penelitian kebolehan sedia ada murid. Selain itu ianya turut melibatkan peringkat penentuan objektif bagi sesuatu pengajaran dan pelajaran serta penentuan pendekatan mahupun kaedah kaedah, strategi dan teknik yang ingin digunakan dalam menyampaikan pengajaran dan pembelajaran. lanya turut merupakan sebuah peringkat untuk memilih bahan sumber yang ingin digunakan.Manakala fasa semasa pengajaran melibatkan peringkat perlaksanaa pendekatan, strategi, kaedah dan teknik yang telah dirancang. lanya turut melibatkan pengurusan kelas serta penggunaan bahan bantu mengajar yang telah dirancang sebelum ini. Seterusnya ialah fasa selepas pengajaran yakni peringkat untuk membuat penilaian pencapaian murid setelah berlangsungnya sesi pengajaran dan pembelajaran. la juga merupakan satu. peringkat penganalisan maklum balas murid terhadap penilaian yang dijalankan.Kaedah pengajaran dan pembelajaran di sekolah rendah melibat tiga kaedah utama iaitu pembelajaran secara kelas, pembelajaran secara kumpulan dan juga pembelajaran secara individu. Selain itu kaedah dan teknik yang disarankan untuk pengajaran dan pembelaiaran di bilik darjah bagi KSSR ialah dengan secara belajar sambil bermain, teknik penyelesaian masalah, pembelajaran berasaskan projek, pembelajaran koperatif, inkuiri penemuan, pembelajaran di luar bilik darjah dan pembelajran secara tematik.

Pada 13 Februari 2013, bersamaan dengan Hari Khamis yang lepas, Kifayatul Asrar bin Hehsan dan Ahmad Fikri bin Ab Rahman telah menjalankan pengajaran makro Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan mengenai topik pembelajaran Faktor-faktor yang Mempengaruhi Kadar Penyejatan Air di bawah tema Menyiasat Alam Bahan, Sukatan Pelajaran Sains KBSR Tahun 5, terhadap 30 orang murid tahun 4 SK Convent St. Bernadettes. Pengajaran makro yang dijalankan selama satu jam (60 minit) tersebut dijalankan di bawah seliaan dan bimbingan ketua panitia Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan sekolah itu.Sebelum melakukan pengajaran makro tersebut, kami berdua telah melakukan rujukan di perpustakaan untuk melengkapkan satu Rancangan Pengajaran Harian yang baik. Pada pengajaran makro tersebut juga, kami membahagikan sesi pengajaran kepada dua bahagian iaitu Kifayatul Asrar bin hehsan mengambil set induksi dan langkah satu manakala Ahmad Fikri bin Ab Rahman telah mengambil langkah dua dan penutup. Laporan Pelaksanaan Aktiviti yang Difokus Semasa menjalankan makro ini, kami telah melaksanakan aktiviti pengajaran ini seperti yang telah dirancang dengan berpandukan RPH yang telah kami sediakan. Kami juga telah belajar untuk berinteraksi dengan komuniti di sekolah sepanjang sehari kami di sekolah itu. Berikut adalah tindakan yang telah lakukan sepanjang tempoh 60 minit pengajaran di SK Convent St. Bernadettes.Bil.MasaTindakan

1.7.00 pagi- Melapor diri melalui Penolong Kanan HEM. (Guru Besar berurusan di luar sekolah) PK HEM mengenalkan kami kepada guru yang membuat jadual waktu. Membawa kami ke perpustakaan untuk penentuan kelas. Melakukan perbincangan tentang tahap murid kelas-kelas yang diberikan untuk penyesuaian bahan..

2.10.00pagi Masuk ke kelas selepas murid rehat. Melakukan persiapan tempat dan bahan. Asrar memulakan sesi P&P dengan menyanyi bersama-sama murid lagu Budi Bahasa Budaya Kita Di ikuti oleh Fikri yang melakukan aktiviti main peranan untuk murid-murid. Dalam aktiviti ini murid juga diberikan peneguhan positif dengan pemberian anugerah.

Analisis kekuatan, kelemahan dan cadangan penambahbaikan.BilPerkara Catatan

1.Kekuatan Permulaan set induksi yang begitu menarik minat murid dengan penggunaan kaedah nyanyian lagu. Murid-murid begitu bersemangat dan aktif kerana masing-masing cuba hendak menyanyi dengan penuh bersemangat.Penggunaan alat bantuan mengajar seperti lembaran gambar, kertas sijil, sampul skrip dan hadiah untuk anugerah dapat menambahkan kefahaman murid di samping dapat memudahkan murid untuk memahami tajuk yang dipelajari.Keadaan kelas yang konduksif dan selesa serta layanan guru yang mesra memberi rasa keyakinan pelajar untuk mengikuti pengajaran dengan baik.Teknik penyoalan kami selaku guru tidak membebankan murid di mana guru meminta secara suka rela murid untuk menjawap soalan tanpa ada rasa terpaksa.

2.Kelemahan 1. Walaupun muridmurid berasa seronok dengan permulaan set induksi dengan menyanyi bersama-sama tetapi saya rasa kalau kaedah nyanyian itu diubahsuai dengan cara penggunaan tongkat selaku konduktor murid-murid untuk menyanyi. Ini akan lebih memberansangkan lagi minat ingin tahu atau kesediaan belajar murid.2.Ada segelintir pelajar yang agak pasif di mana mereka hanya mendengar sahaja guru memberi penerangan atau soalan tanpa menunjukkan reaksi atau tindak balas.3.Sewaktu sesi lakonan, terdapat murid yang tidak berani untuk menonjolkan diri.

3.Cadangan penambahbaikanJika diberi peluang mengajar sekali lagi mungkin banyak benda yang akan diubasuai mengikut tahap penguasaan murid. Penambahbaikan yang akan dibuat adalah:1.Set Induksi atau langkah mencungkil idea.Menukar kaedah nyanyian yang hanya melenggok-lenggokkan badan kepada penggunaan tongkat sakti seperti di dalam orkestra. Tujuan untuk memberansangkan lagi minat murid serta memberi kesediaan belajar yang menyeronokkan.2.Bahagian pemilihan ahli kumpulan sepatutnya kami memberikan kebebasan kepada setiap murid untuk memilih. Hal ini adalah bagi membantu murid mengekpresikan lagi diri mereka dengan rakan-rakan sekumpulan yang mereka selesa.3.Pada akhir langkah pengajaran atau semasa membuat rumusan, saya rasa pertandingan kuiz adalah sangat sesuai bagi menguji tahap pemahaman murid terhadap apa yang telah dipelajari sama ada mereka dapat mengingati dengan baik atau tidak . Jika mereka masih belum dapat menjawap soalan kuiz yang dikemukakan bermakna objektif pengajaran pada hari itu tidak dapat di capai dengan sepenuhnya.

Walaupun terdapat banyak gangguan dan kekangan semasa menjalankan pengajaran makro tersebut, namun bersyukur kepada Tuhan kerana kami telah berjaya melaksanakan pengajaran tersebut dengan lancar. Akhir kata, kami telah mempelajari banyak perkara yang tidak dapat kami pelajari dalam kuliah daripada pengajaran makro ini. Ini memberikan keyakinan yang sangat tinggi kepada kami bahawa kami akan dapat menunjukkan prestasi yang cemerlang apabila kami menjalankan praktikum semester minggu depan kelak. Kami berharap bahawa kami mampu melakukan yang terbaik pada pengajaran yang seterusnya.

Gambar-gambar pengajaran makro