Pengajian Perniagaan Bab 4- Kemahiran Pengurusan

download Pengajian Perniagaan Bab 4- Kemahiran Pengurusan

of 12

description

Nota ringkas pengajian perniagaan.

Transcript of Pengajian Perniagaan Bab 4- Kemahiran Pengurusan

Pengajian Perniagaan. Bab 4: Kemahiran Pengurusan.

Pengajian Perniagaan.

Bab 4 : Kemahiran Pengurusan4.0 KEMAHIRAN PENGURUSAN 4.1 Jenis kemahiran i. Definisi pelbagai jenis kemahiran pengurusan -Kemahiran teknik -kemahiran manusia -Kemahiran konsep -Kemahiran Masa -Kemahiran membuat keputusan. ii. Mengaitkan kemahiran pengurusan dengan peringkat pengurusan. 4.2 Proses Membuat Keputusan. i. Definisi pembuatan keputusan ii. Langkah-langkah dalam proses membuat keputusan rasional: -Mengenalpasti masalah -Mengutip dan menganalisis data atau maklumat -Mencari alternatif -Menilai alternatif -Memilih alternatif terbaik. 4.3 Alat-alat membuat keputusan i. Keputusan kualitatif dan kuantitatif ii. Alat-alat keputusan kuantitatif dan kualitatif. - Statistik deskriptif - Pokok keputusan. iii. Alat keputusan kualitatif. -Tulang ikan(analisis sebab dan kesan) -Kretiviti dan inovasi 4.4 Pengurusan ketegangan i. Definisi ketegangan ii Punca ketegangan iii. Tanda-tanda ketegangan iv.Menguruskan ketegangan 4.5 Tabii orang berjaya i. Tabii orang yang sangat efektif ii. Faktor kejayaan seimbang.

Bab 4 : KEMAHIRAN PENGURUSAN

4.1 : Jenis kemahirani. Definisi pelbagai jenis kemahiran pengurusan a. Definisi kemahiran Kemahiran adalah kebolehan seseorang membuat sesuatu dengan betul (berkesan) dan cepat ( cekap).

Di sediakan oleh : Sutan Nair

Pengajian Perniagaan. Bab 4: Kemahiran Pengurusan.

B.Kemahiran manusia Merujuk kepada keupayaan dan kemampuan seorang pengurus untuk bekerja dengan baik bersama-sama dengan orang lain dalam sesebuah organisasi termasuklah pekerja bawahan, ketua dan rakan sekerjanya

C.Kemahiran konsep Merujuk kepada kemampuan seseorang pengurus untuk melihat organisasi secara keseluruhan. Pengurus-pengurus yang mempunyai kemahiran konsep yang baik boleh melihat perkaitan antara setiap jabatan di dalam organisasi

A.Kemahiran teknik. Merujuk kepada kemampuan dan keupayaan pengurus untuk menggunakan kepakaran dan pengetahuan mereka dalam kaedah, proses dan prosedur kerja.

Lima asas kemahiran pengurusan tersebut ialah:-

D.Kemahiran masa E.Kemahiran membuat keputusan Merujuk kepada kemampuan pengurus untuk membuat keputusan yang dapat membantu organisasi mencapai matlamat yang ditetapkan dengan cekap dan berkesan Merujuk kepada kemampuan pengurus untuk menjadualkan kerja mengikut keutamaan kerja. Oleh kerana seseorang pengurus merupakan seorang yang sibuk dengan tugas berkaitan dengan pengurusan, maka beliau perlu pandai menguruskan kerja yang perlu dilaksanakan tidak terbengkalai.

Di sediakan oleh : Sutan Nair

Pengajian Perniagaan. Bab 4: Kemahiran Pengurusan.

ii. Mengaitkan kemahiran pengurusan dengan peringkat pengurusan

4.2 : Proses Membuat KeputusanI. Definisi pembuatan keputusan Adalah pemilihan satu jalan tindakan daripada beberapa alternatif yang disarankan. Untuk menyelesaikan sesuatu masalah, pengurus boleh menggunakan tiga kategori penyelasaian, iaitu;A. Keputusan yang diprogramkan. - Merupakan keputusan yang rutin yang dibuat secara berulang-ulang dan Secara tipikal. B. Keputusan yang tidak diprogramkan. - Keputusan yang tidak diprogramkan digunakan pada masa-masa tertentu Sahaja C. Keputusan yang bersifat adaptif. - Merupakan perantaraan keputusan yang diprogramkan dengan yang tidak diprogramkan

Di sediakan oleh : Sutan Nair

Pengajian Perniagaan. Bab 4: Kemahiran Pengurusan.

Terdapat tiga keadaan persekitaran di mana keputusan tersebut dibuat, iaitu:1. Pembuat keputusan dalam keadaan kepastian. melibatkan maklumat yang dikumpulkan untuk keputusan yang dibuat adal lengkap, tepat dan boleh dipercayai . Pembuat keputusan dalam keadaan berisiko. melibatkan pembuat keputusan mempunyai maklumat yang dikumpul adalah tidak lengkap dan kurang lengkap . Pembuat keputusan dalam keadaan ketidakpastian. melibatkan pembuat keputusan tidak mempunyai maklumat terhadap sesuatu keputusan yang akan dibuat.

2.

3.

ii. Langkah-langkah dalam proses pembuatan keputusan rasional 1. 2. 3. 4. 5. Mengenal pasti masalah. Mengutip dan menganalisis data atau maklumat Mencari alternatif Menilai alternatif Memilih alternatif terbaik

4.3 : Alat-alat Membuat Keputusani.Keputusan kuantitatif dan kualitatif a.Keputusan kuantitatif. merupakan keputusan yang di buat berdasarkan satu set nilai yang diperolehi dan kemudian diproses dengan menggunakan hukum matematik bagi meramalkan nilai untuk masa depan b.Keputusan kualitatif merupakan keputusan dibuat berdasarkan pendapat dan pengetahuan pakar apabila data-data terperinci tidak diperolehi ii. Alat keputusan kuantitatif a.Statistik deskriptif. merangkumi taburan frekuensi, ukuran kecenderungan memusat (min, mod dan median) ; ukuran serakan seperti julat, varians dan sisihan piawai.

Di sediakan oleh : Sutan Nair

Pengajian Perniagaan. Bab 4: Kemahiran Pengurusan.

Min -adalah jumlah semua nilai dalam data itu dibahagikan kepada bilangan data yang ada. -misalnya: Data di dalam jadual di bawah menunjukkan bilangan produk yang dihasilkan oleh lima orang buruh di sebuah kilang. Jumlah produk 10 + 20 + 30 + 40 + 50 = 30

Min produk = ----------------------- = -----------------------------Bilangan buruh 5

Bilangan Buruh 1 2 3 4 5

BilanganProduk 10 20 30 40 50

Median - ialah nilai yang terletak ditengah-tengah data yang telah disusun mengikut tertib. - ukuran ini membahagikan data itu kepada dua bahagian dengan setiap bahagian mempunyai bilangan data yang sama banyak, - misalnya: Contoh 1 markah prestasi bagi lima orang buruh adalah seperti berikut: 85, 78, 90, 88, 99 Cari median lima orang buruh berikut:Langkah 1: - susun semula data tersebut secara tertib menaik - angka yang terdapat ditengah-tengah susunan itu ialah median 78, 85, 88, 90, 99 - maka mediannya ialah 88

Di sediakan oleh : Sutan Nair

Pengajian Perniagaan. Bab 4: Kemahiran Pengurusan.

Contoh 2 Tentukan median bagi kumpulan data yang berikut:65, 80, 75, 90, 82, 78 Langkah 1: Dengan menyusun data tersebut, kita memperolehi :65, 75, 78, 80, 82, 90 - median tidak boleh diperolehi jika kerana terdapat dua nombor ditengah-tengah susunan. - langkah seterusnya diperlukan untuk mencari median. Langkah 2: 78 + 80 Median = ---------------2 = 79 maka mediannya ialah 79 Sekiranya bilangan data dalam sesuatu set adalah ganjil (contoh 1),maka nilai yang berada di tengah tengah data tertib itu adalah median. Sebaliknya, jika bilangan data sesuatu set data adalah genap (contoh 2 ), min bagi dua nilai yang berada di tengah-tengah data itu ialah median Mod adalah nilai atau fakta yang paling kerap berulang dalam set itu. Contoh 1 -Cari mod bagi kumpulan nombor berikut:6,4,8,2,6,8,9,2,5,7,8,9 oleh kerana nombor lapan ( 8 ) paling kerap berulang, maka modnya ialah 8

untuk meninjau sejauhmana semua nilai dalam data itu ditaburkan daripada nilai minnya.Ukuran yang digunakan untuk tinjauan ini ialah ukuran serakan. Antara ukuran serakan yang digunakan ialah:Julat: ialah ukuran perbezaan antara nilai cerapan yang terbesar dengan cerapan nilai terkecil dalam sesuatu set data . Varian: ialah ukuran min kuasa dua sisihan- sisihan daripada min Sisihan Piawai: ialah punca kuasa dua varians

Di sediakan oleh : Sutan Nair

Pengajian Perniagaan. Bab 4: Kemahiran Pengurusan.

Carta bar Digunakan untuk membuat perbandingan antara dua atau lebih sesuatu perkara pada sesuatu masa.

Carta pai Digunakan untuk mewakili data-data dengan menggunakan sekoir yang berlainan dalam sebuah bulatan. Sudut-sudut sektor berkadar tertentu dengan jumlah data yang diwakili. Graf garis Di gunakan untuk menunjukkan pergerakan turun naik atau perubahan sesuatu perkara mengikut turutan masa tertentu.

Histogram - Digunakan untuk menunjukkan kekerapan sesuatu perkara berlaku dan bentuk taburan data tersebut. - Kekerapan tersebut diwakili oleh ketinggian palang. Dibina daripada data kuantitatif manakala carta bar dibina berdasarkan data berbentuk kualitatif. Carta pareto ( 1884 1923 ) carta ini menggunakan beberapa bar seperti dalam carta bar tetapi bar yang disusun adalah secara menurun, iaitu dari kekerapan yang terbesar hingga kepada kekerapan terkecil. Bar yang dibina mewakili masalah atau punca masalah yang perlu diatasi mengikut keutamaan.

-

-

B.Pokok keputusan - Merupakan satu bentuk persembahan perancangan yang menyediakan pelbagai pilihan yang dapat di ambil oleh pembuat keputusan dan juga akibat-akibat bagi setiap pilihan yang di buat. - Amat berguna dalam analisis situasi yang melibatkan pembuatan keputusan yang berurutan. - Misalnya, pengurus yang mulanya membina kilang kecil tetapi mendapati permintaan pasaran amat besar kemudiannya. - Oleh itu, pengurus tersebut akan di arahkan membuat keputusan sama ada hendak membesarkan kilang yang sedia ada atau membina sebuah lagi kilang yang baru. - Contoh:- Jalankan analisis ke atas pokok keputusan di bawah dan tentukan apakah keputusan awal yang harus diambil iaitu :membina kilang kecil atau Membina kilang besar Supaya mendapat jangkaan pulangan yang besar.

Di sediakan oleh : Sutan Nair

Pengajian Perniagaan. Bab 4: Kemahiran Pengurusan.

Langkah 1 - Tentukan pilihan yang akan dipilih bagi setiap kemungkinan. - Bagi pembinaan kilang kecil dengan permintaan tinggi, terdapat dua pilihan iaitu:Bekerja lebih masa atau membesarkan kilang. - Oleh kerana pembesaran kilang dijangka memberi pulangan paling tinggi, maka ia akan dipilih. - Ini bermakna pilihan lain ( bekerja lebih masa ) akan disingkirkan dengan ditunjukkan tanda ( ). - begitu juga pembinaan kilang besar dengan permintaan rendah, terdapat dua pilihan iaitu tidak berbuat apa-apa dan kurangkan harga. - Oleh kerana, pengurangan harga dijangka memberi pulangan paling tinggi, maka ia dipilih. - Ini bermana pilihan yang satu lagi ( tidak berbuat apa-apa ) disingkirkan dengan tanda ( ) Langkah 2 - Tentukan hasil darab kebarangkalian peristiwa dengan pulangan yang sepadan bagi setiap baki cabang. Pembinaan kilang kecil Permintaan rendah 0.4 x ( rm 40 000 ) = rm 16 000 Permintaan tinggi 0.6 x ( rm 55 000 ) = rm 33 000 Pembinaan kilang besar Permintaan rendah 0.4 x ( rm 50 000 ) = rm 20 000 Permintaan tinggi 0.6 x ( rm 70 000 ) = rm 42 000 Langkah 3 - Tentukan pulangan jangkaan bagi setiap pilihan awal. A. Pembinaan kilang kecil : RM 16 000 + RM 33 000 = RM 49 000 b.Pembinaan kilang besar: RM 20 000 + RM 42 000 = RM 62 000 Maka, pilihan yang patut diambil ialah membina sebuah kilang besar kerana ia menghasilkan jangkaan pulangan yang lebih besar berbanding yang patut diambil .

Di sediakan oleh : Sutan Nair

Pengajian Perniagaan. Bab 4: Kemahiran Pengurusan.

Iii.Alat keputusan kualitatif A.Tulang ikan - Juga dikenali sebagai analisi sebab dan akibat. - Kaedah ini digunakan untuk analisis masalah dengan mengenal pasti sebabsebab yang menjadi punca masalah melalui percambahan fikiran. - Langkah-langkah untuk membina sebuah rajah tulang ikan. Langkah 1 Langkah 2 -Kenal pasti masalah, misalnya laporan -Kenal pasti sebab-sebab utama. Biasanya projek tidak dapat disiapkan dalam masa terdapat empat sebab utama yang ditetapkan. -Kepada sesuatu masalah ( 4M ), iaitu:A.Manusia (man) B.Peralatan (material) C.Kaedah (method) D.Mesin( machine)Langkah 3

-

Kenal pasti sebab-sebab kecil di bawah setiap sebab utama. -Daripada sebab-sebab utama, maka boleh diterbitkan sebab-sebab kecil yang berkaitan dengan masalah utama.

Langkah 4 - Kenal pasti sebab-sebab sebenar. Setelah kenal pasti semua sebab kecil, barulah sebab sebenar sesuatu masalah dapat dikenal pasti

B.Kreativiti dan inovasi kreativiti bermaksud penghasilan idea-idea baru. Inovasi merangkumi penghasilan idea baru, penerimaanya serta pelaksanaan idea tersebut untuk mengatasi masalah yang dihadapi.

Di sediakan oleh : Sutan Nair

Pengajian Perniagaan. Bab 4: Kemahiran Pengurusan.

4.4 : Pengurusan Ketegangani.Definisi ketegangan. adalah tindakbalas fisiologi dan emosi ke atas sesuatu perangsang/stimuli yang memberikan tuntutan tuntutan fizikal atau psikologi kepada seseorang individu.Ii.Punca ketegangan.

-Punca-punca ketegangan dapat dilihat daripada dua faktor utama, iaitu:A. Berkaitan dengan faktor pekerjaan Kitaran hayat organisasi Struktur organisasi Gangguan seksual Konflik peranan Kekaburan peranan Keperluan kerja Kekurangan sokongan sosial Terlalu banyak/sikit tugas Tanggungjawab terhadap orang lain. Keadaan tempat kerja. Kepimpinan organisasi b.berkaitan dengan faktor individu Personaliti Tanggapan Rutin harian Kejadian-kejadian yang mengejutkan Pengalaman Berkaitan dengan faktorfaktor lain.

c. Faktor-faktor lain. Ketidaktentuan ekonomi. Ketidakstabilan politik. Ketidaktentuan teknologi . iii.Tanda-tanda ketegangan Serangan Fixation Regresi Menarik diri Letih Kurang selera makan, banyak makan. Sakit kepala Penyakit jantung Kurang tenaga Cepat marah Produktiviti menurun Ponteng kerja Darah tinggi Peningkatan penggunaan alkohol peningkatan tahap kebimbangan Peningkatan kadar lantik henti. iv.Menguruskan ketegangan. Pendekatan individu dalam membantu menangani masalah ketegangan pekerja. Menguruskan masa Senaman Teknik fisiologi Sokongan sosial Pengurusan masa

Di sediakan oleh : Sutan Nair

Pengajian Perniagaan. Bab 4: Kemahiran Pengurusan.

Pendekatan organisasi dalam membantu menangani masalah ketegangan pekerja Wujudkan iklim organisasi yang baik. Program kaunseling Program sokongan keluarga Program Pengurusan ketegangan Sistem mentor Komunikasi organisasi Mengagihkan semula beban kerja Penetapan matlamat Kawalan yang beri keselesaan kepada pekerja

4.5 : Tabii orang berjayai.Maksud Tabii Mengikut Covey, tabii boleh didefinisikan sebagai persilangan tiga dimensi, iaitu pengetahuan, kemahiran dan keinginan seperti di bawah:-

Dimensi pengetahuan merujuk kepada paradigma teori, iaitu berkaitan dengan apa yang perlu dibuat dan mengapa ia dibuat. Dimensi kemahiran ialah berkenaan dengan cara untuk melakukan sesuatu perkara. Dimensi keinginan pula ialah kemahuan dan motivasi membuat perkara tersebut. Ketiga-tiga aspek ini adalah penting dan perlu untuk membina tabii yang berkesan dalam kehidupan seseorang

Di sediakan oleh : Sutan Nair

Pengajian Perniagaan. Bab 4: Kemahiran Pengurusan.

ii.Tabii orang yang sangat efektif. mengikut Cover dalam bukunyaTujuh Tabii Orang yang Amat berkesan telah menggariskan tujuh tabii asas yang terdapat pada individu yang berkesan dan berjaya, iaitu; a. Bersifat proaktif b. Mula sesuatu dengan mengingati matlamat c.Pertamakan perkara yang utama dahulu. d.Fikirkan menang-menang e. Cuba memahami dahulu, kemudian cuba untuk difahami f. Bersinergi g.Tajamkan gergaji

Di sediakan oleh : Sutan Nair