PENGANTARABANGSAAN PEMBANGUNAN PELAJAR DALAM PENDIDIKAN TEKNIKAL & VOKASIONAL DAN LATIHAN (TVET)

download PENGANTARABANGSAAN PEMBANGUNAN PELAJAR DALAM PENDIDIKAN TEKNIKAL & VOKASIONAL DAN LATIHAN (TVET)

of 3

Transcript of PENGANTARABANGSAAN PEMBANGUNAN PELAJAR DALAM PENDIDIKAN TEKNIKAL & VOKASIONAL DAN LATIHAN (TVET)

  • 8/3/2019 PENGANTARABANGSAAN PEMBANGUNAN PELAJAR DALAM PENDIDIKAN TEKNIKAL & VOKASIONAL DAN LATIHAN (TVET)

    1/3

  • 8/3/2019 PENGANTARABANGSAAN PEMBANGUNAN PELAJAR DALAM PENDIDIKAN TEKNIKAL & VOKASIONAL DAN LATIHAN (TVET)

    2/3

    Persidangan Pembangunan Pelajar Peringkat Kebangsaan 2008

    Universiti Teknologi Malaysia, 22-23 Oktober 2008

    Definasi Pengantarabangsaan

    DUNIA mengalami era globalisasi di mana semua

    negara dan masyarakat semakin saling bergantungan

    di antara satu sama lain. Dalam hubungan ini

    pengantarabangsaan (internationalization) adalah

    berhubung kait dengan aktiviti-aktiviti yang

    melibatkan penyertaan dalam persekitaran

    antarabangsa dan keterlibatan dengan pelbagai pihak

    termasuk dalam aktiviti-aktiviti pendidikan yang

    berkualiti (Senada 2007). Proses ini menyediakan

    perspektif baru kepada masyarakat dalam pendidikan

    berkualiti selain menghendaki pemikiran baru, di

    samping memerlukan pendekatan-pendakatan dan

    strategi-strategi bersesuaian melalui perkongsian

    pembentukan modal insan dan intelek secara

    berterusan. Peniingkatkan penglibatannya dalam

    pengantarabangsaan melalui hubungan pelbagai hala

    dengan negara luar ini adalah bertujuan untukmeningkatkan imej Malaysia di peringkat

    antarabangsa.

    Peranan ICT dalam pengantarabangsaan

    Institusi pengajian tinggi kini menyedari tentang

    kepentingan pengantarabangsaan, rangkaian

    antarabangsa dan usahasama antarabangsa1

    ini yang

    memberi manfaat kepada Malaysia dalam banyak

    cara. Seperti mana yang kita sedia maklum, ICT

    merupakan pemudahcara utama dalam menubuhkan

    jalinan atau rangkaian bagi semua peringkat secara

    fizikal mahupun maya. Perkembangan ICT telah

    membawa perubahan besar terhadap senario

    perkembangan pendidikan. Pada masa kini semua

    Politeknik dan Kolej Komuniti Kementerian

    Pengajian Tinggi mempunyai infrastruktur ICT yang

    canggih. Justru itu, kemudahan ICT ini dapat

    digunakan secara optimum oleh semua lapisan

    masyarakat supaya dapat mencapai kecemerlangan di

    peringkat antarabangsa.

    Penyelidikan Dan Pembangunan (R&D)

    Program pengantarabangsaan ini dapat ditingkatkan

    lagi dengan cara mewujudkan unit Penyelidikan &

    Pembangunan (R&D) di semua peringkat politeknik

    dan kolej komuniti. Aktiviti penyelidikan dapat

    ditingkatkan dengan mewujudkan jaringan dengan

    badan penyelidikan lain bagi mendapat akses

    maklumat penyelidikan peringkat tempatan dan

    antarabangsa. Budaya penyelidikan dan inovasi

    dikalangan pelajar dan pensyarah ini dapat mencipta

    ilmu baru dan menghasilkan penemuan baru yang

    berharga bagi membolehkan Malaysia menjadi hab

    pengajian tinggi unggul. Kejayaan penyelidikan dan

    pembangunan ini mampu untuk membangunkan

    modal yang dihasratkan bagi mempergiat inovasi

    dalam semua sektor ekonomi negara secara

    berterusan (Forum 2007).

    Kolaborasi Industri Dalam Pertukaran Ahli

    Akademik

    Ahli Akademik merupakan golongan yang penting

    dalam usaha meningkatkan kecemerlangan sesebuah

    IPT serta membentuk pelajar yang berketerampilan.

    Hubungan rapat dengan industri merupakan faktor

    yang penting dalam melahirkan graduan yangcemerlang. Hubungan rapat dengan industri dan

    kolaborasi antarabangsa melalui program pertukaran

    ahli akademik perlu ditingkatkan melalui kaedah

    latihan untuk membentuk budaya profesionalisme

    dalam kalangan ahli akademik. Pembangunan

    penyelidikan seperti persidangan dan seminar antara

    institusi pendidikan dan industri perlu diperbanyakan

    lagi untuk mendapatkan keperluan tenaga kerja

    pasaran terkini.

    Kepakaran dan kemahiran dapat dikongsi bersama

    dengan adanya hubungan kerja dan penyelidikan

    dengan pihak industri. Ianya dapat menghasilkantenaga pengajar yang berketerampilan, graduan yang

    berkemahiran dan berfikiran kritikal, mempunyai

    kemahiran berkomunikasi dan dapat bersaing

    diperingkat antarabangsa. Dari segi pengkomersialan

    atau mengaplikasi hasil penyelidikan, industri

    merupakan rakan kongsi yang terdekat dan paling

    sesuai memandangkan pengalaman yang ada padanya

    seperti industri pembuatan mahupun perkhidmatan

    (Lukman 2005).Pengantarabangsaan pembangunan

    pelajar dalam pendidikan teknikal dan vokasional dan

    latihan ini boleh dipertingkatkan melalui beberapa

    program lain seperti :

    Majlis Dialog Industri Tahunan. Penyertaan dalam dialog anjuran organisasi

    perdagangan dan industri.

    Kerjasama dengan pihak industri dalammerekabentuk kurikulum baru, penyelidikan

    dan juga penganjuran seminar antarabangsa.

    Pelaksanaan Work-Based Learning.

    Mempromosi Pendidikan Teknik dan Vokasional

    dan Latihan

  • 8/3/2019 PENGANTARABANGSAAN PEMBANGUNAN PELAJAR DALAM PENDIDIKAN TEKNIKAL & VOKASIONAL DAN LATIHAN (TVET)

    3/3

    Persidangan Pembangunan Pelajar Peringkat Kebangsaan 2008

    Universiti Teknologi Malaysia, 22-23 Oktober 2008

    Penjalinan rangkaian antarabangsa politeknik dan

    kolej komuniti perlu dilengkapkan dengan pengisian

    yang boleh membawa nilai tambah kepada pelajar

    dan juga organisasi itu sendiri dengan menawarkan

    produk dan kepakaran dalam bidang teknikal dan

    vokasional dalam bidang kurikulum dan latihan

    kepada dunia luar. Sehubungan itu, penyebaran luas

    maklumat mengenai produk dan kepakaran lulusan

    politeknik dan kolej komuniti dalam bidang teknikal

    dan vokasional perlu digiatkan lagi. Antaranya

    melalui program pertukaran pelajar ke luar negara di

    mana melalui program ini ia dianggap sebagai

    platform penyebaran promosi pendidikan teknik dan

    vokasional kepada masyarakat antarabangsa dan

    secara tidak langsung dapat menarik kehadiran

    pelajar antarabangsa ke Malaysia ( Mohe 2008).

    Dari sudut keilmuan pula, persidangan antarabangsa

    dalam bidang pengajian teknikal dan vokasional yang

    dianjurkan dengan jayanya telah membuka matabanyak pihak tentang kemampuan politeknik kolej

    komuniti dalam mempromosikan sektor pendidikan

    teknikal dan vokasional negara. Penganjuran

    persidangan antarabangsa ini akan sentiasa diteruskan

    agar penglibatan tersebut dapat mengangkat

    politeknik dan kolej komuniti ke rantaian nilai yang

    lebih tinggi bagi pelajar dan pensyarah.

    Kesimpulan

    Institusi pengajian tinggi seluruh dunia, kini

    menyedari tentang kepentingan pengantarabangsaan,rangkaian antarabangsa dan usahasama antarabangsa.

    Ini adalah kerana suasana dunia hari ini telah menjadi

    kecil, saling bergantung sesama lain dan saling

    bersaing. Di JPPKK, usaha pengantarabangsaan telah

    dimulakan dengan mengambil kira perkembangan

    penting yang telah dikenal pasti. Antaranya

    Memorandum of Understanding (MOU) antara

    politeknik dengan institusi luar, kunjungan delegasi

    negara asing yang terpegun dengan kemampuan

    politeknik dan kolej komuniti menghasilkan lulusan

    yang boleh mengendalikan jentera pembangunan

    negara, malahan ada yang bekerja di negara mereka

    (JPM 2006).

    Kedudukan Malaysia kini melonjak sebagai hab

    kecemerlangan pendidikan di peringkat serantau yang

    memberi semakin banyak peluang kepada pelajar

    untuk menimba ilmu pengetahuan. Misi transformasi

    yang dianjurkan Pelan Strategik Pengajian Tinggi

    Negara bertujuan untuk membangunkan modal insan

    yang mempunyai keupayaan pengetahuan, kemahiran

    dan ciri-ciri peribadi yang unggul untuk menyediakan

    graduan yang berkualiti tinggi, berfikiran kreatif,

    berdaya intelek serta mempunyai kematangan dari

    aspek sahsiah dan juga akademik. Sehubungan itu

    kerjasama pengantarabangsaan ini dianggap sebagai

    satu strategi pembangunan potensi sumber manusia

    yang amat bijak kerana ia melibatkan pemindahan

    nilai dan perkongsian kualiti antara satu sama lain.

    Semoga usaha sama pengantarabangsaan ini dapat

    melahirkan graduan politeknik dan kolej komuniti

    yang lebih berdaya saing, berpersonaliti unggul,

    berketrampilan dan dapat menyesuaikan diri dengan

    kehendak pasaran kerja.

    Rujukan :

    1. Teks Ucapan Ketua Pengarah JPPKK(2008).Memacu Politeknik & Kolej

    Komuniti Melalui Pelan Strategik Pengajian

    Tinggi Negara. KPTM.

    2. Noor Azlan Ghazali, Modal Insan

    Berkualiti Aset Berharga Negara, Berita

    Harian,

    6 November 2006.

    3. SENADA . Bil 308. September 2007. UKM

    4. Laporan Forum dan Resolusi, 2007,Strategies to Enhance Higher Education

    Delivery http://www.hbp.usm.my/strategi/bada_planst

    rat.htm

    5. Lukman Ismail, Menara Ilmu UtusanMalaysia, Jumaat 22 Julai 2005 .

    6. www.mohe.gov.my/webkpt_v2/images/seminar.pdf

    7. Jabatan Perdana Menteri Malaysia,Membina Tamadun Menjulang Martabat

    Negara : Ucapan Perdana Menteri YAB

    Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi Semasa

    Membentangkan Usul Mengenai Rancangan

    Malaysia Kesembilan, 2006-2010 Di Dewan

    Rakyat 31 Mac 2006, Website JPM, 7

    November 2006.