PENGELOLAAN AKTIVITI

12

Click here to load reader

description

PENGURUSAN ASAS GERKO- Tajuk 5

Transcript of PENGELOLAAN AKTIVITI

Page 1: PENGELOLAAN AKTIVITI

TAJUK 5:

PENGELOLAAN AKTIVITI

5.0 PENGENALAN

Pada masa ini, pelaksanaan aktiviti di sekolah rendah bergantung pada

minat,komitmen dan kesungguhan guru penasihat atau jurulatih serta pemantauan yang

dilaksanakan oleh sesebuah pentadbiran sekolah. Pelbagai aktiviti yang boleh

dilaksanakan,sama ada di luar atau di dalam kawasan sekolah. Aktiviti boleh diatur

secara mingguan , bulanan , semester/penggal dan tahunan. Kebanyakkan sekolah

rendah menetapkan suatu hari tertentu bagi melakasanakan aktiviti kokurikulum yang

telah dirancang dan ditetapkan dalam kalendar aktiviti untuk tahun berkenaan.

5.1 JENIS-JENIS AKTIVITI

5.1.1 Olahraga Tahunan

Kejohanan diadakan di peringkat daerah, negeri dan negara. Terdapat 3 jenis

permainan dipertandingkan dalam sesuatu kejohanan, iaitu:

i. Sukaneka:

Dilaksanakan di sekolah rendah bagi pelajar tahap 1. Aktiviti seperti lari dalam

guni, pecah belon dan sebagainya.

Page 2: PENGELOLAAN AKTIVITI

ii. Acara Balapan :

Acara 50 meter, 100 meter, 200 meter, 1000 meter, 4x50 meter, 4x100meter,

lompat berpagar sebagainya.

iii. Acara Padang :

Permainan seperti lontar cakera, merejam lembing, lontar tukul besi dan

sebagainya.

iv. Lawatan

- Merupakan satu kaedah pembelajaran yang sangat berfaedah dan berkesan.

- Memperoleh ilmu pengetahuan secara langsung.

- Lawatan ke tempat-tempat bersejarah, institusi pendidikan, kilang perusahaan

dan sebagainya.

v. Perkhemahan

Page 3: PENGELOLAAN AKTIVITI

-Melibatkan aktiviti seperti program motivasi, kursus, perkhemahan tahunan unit

beruniform,

-100% peserta tidur di dalam Khemah

- Pergerakan Pengakap mula-mula mempelopori aktiviti perkhemahan pada tahun

1907 di Pulau Browsea.

- Lebih di kenali sebagai ‘JAMBORI’

- Diadakan di peringkat daerah, negeri dan negara.

vi. Rekreasi

vii. Kawad

viii. Seminar/Forum/Dialog/Persidangan

ix. Pesta Kebudayaan

x. Pameran

5.2 PROSUDER PENGENDALIAN AKTIVITI

Mengendalikan aktiviti bermaksud mentadbir, mengurus dan mengawal. Berikut

adalah prosedur bagi mewujudkan sesuatu aktiviti.

i. Jawatankuasa kerja persatuan biasanya membincangkan terlebih

dahulu jenis;

a) Aktiviti

b) Tempoh

c) Aturcara

d) Tujuan

Page 4: PENGELOLAAN AKTIVITI

ii. Membuat kertas kerja.

iii. Mendapatkan kelulusan.

iv. Mengurus tempat dan surat menyurat.

v. Menentukan langkah-langkah keselamatan dan pemeriksaan doktor bagi

peserta.

vi. Mengurus hal-hal berkaitan dengan pengangkutan, peralatan,

kebenaran ibu bapa, permit pihak bekuasa dan sebagainya.

vii. Mengurus makan, minum dan sebagainya.

viii. Memberi taklimat kepada peserta danmengenai tugasan semasa aktiviti.

ix. Mengawasi dan menyelia semasa aktiviti dijalankan.

x. Maklum balas dan perbincangan mengenai tugasan yang diberikan

selepas aktiviti.

5.2.1 Menyediakan kertas kerja

Beberapa langkah perlu dibincangkan dalam sesuatu kerts kerja;

i. Pendahuluan

Page 5: PENGELOLAAN AKTIVITI

ii. Objektif dan Matlamat

iii. Tarikh dan tempoh perlaksanaan

iv. Tempat

v. Dif Perasmian

vi. Bilangan penyertaan dan kategori

vii. Bayaran

viii. Syarat-syarat

ix. Jawatankuasa Kerja

x. Jawatankuasa Kecil Perlaksanaan

xi. Perbelanjaan

xii. Pendapatan

xiii. Penutup

5.2.2 Mengendalikan Surat Menyurat

Antara surat-menyurat yang dilaksanakan oleh persatuan adalah seperti berikut :

i. Surat siaran

ii. Surat kebenaran ibu bapa

iii. Permit pihak tertentu seperti polis (seperti perkhemahan,

pengembaraan)

iv. Jabatan pengangkutan jalan

Page 6: PENGELOLAAN AKTIVITI

v. Pesuruhjaya daerah, pengawal penjaga ( OC ), pengerusi daerah

vi. Kebenaran ibu bapa

vii. Peraturan keselamatan

5.3 PERATURAN DAN LANGKAH-LANGKAH PENGELOLAAN

Sebelum melaksanakan sesuatu aktiviti kokurikulum, beberapa perkara yang

berkaitan dengan peraturan dan langkah-langkah, perlu difikirkan oleh urusetia/

pentadbir/ jawatankuasa pengelola bagi menentukan kejayaan sesuatu aktiviti. Semua

peraturan & langkah pengelolaan meliputi tiga peringkat iaitu:

i. Sebelum aktiviti dilaksanakan.

ii. Semasa aktiviti dilaksanakan.

iii. Selepas aktiviti dilaksanakan.

5.3.1 Sebelum aktiviti dilaksanakan:

Tindakan yg perlu dilaksanakan oleh urusetia/jawatankuasa antaranya adalah:

i. Senarai semak berlandaskan aktiviti yang dilaksanakan, Contohnya;

Sukan Tahunan Sekolah.

ii. Taklimat kepada para peserta. Contohnya; Aktiviti

perkhemahan,taklimat yang akan disampaikan berkaitan dengan

perkara yang perlu dibawa, tingkah laku semasa aktiviti,

Page 7: PENGELOLAAN AKTIVITI

pakaian,surat kebenaran ibu bapa, pengangkutan, masa berlepas

dan dijangka tiba, keadaan tempat berkhemah / berkelah melawat

dan sebagainya.

iii. Keperluan senarai semak: Senarai semak bagi sesuatu aktiviti

sangat penting bagi menentukan tindakan yang dijalankan mengikut

perancangan. Dengan cara ini, pihak sekolah & jawatankuasa dapat

mengesan masalah yg timbul dan tindakan yang belum

dilaksanakan. Oleh itu,langkah-langkah bagi mengatasinya dapat

diambil dengan segera.

5.3.2 Semasa aktiviti dijalankan:

Dalam setiap aktiviti/pertandingan, pihak urusetia/komandan kem hendaklah

memastikan beberapa langkah keselamatan antaranya:

i. Memastikan tempat dan peralatan aktiviti/ pertandingan selamat

digunakan oleh peserta & para pegawainya.

ii. Memastikan pegawai/pengadil/hakim sentiasa berada di tempat

pertandingan.

iii. Mengedarkan borang pemarkahan kepada pengadil/hakim.

iv. Memastikan semua peserta melapor diri kepada pengurus peserta.

v. Menyediakan peralatan pertandingan,aktiviti yang secukupnya bagi setiap

acara/aktiviti.

vi. Mengawasi & memantau pelaksanaan aktiviti atau pertandingan.

Page 8: PENGELOLAAN AKTIVITI

vii. Memastikan langkah-langkah keselamatan telah diambil bagi setiap

aktiviti/pertandingan.

viii. Memberi taklimat kepada peserta mengenai acara, syarat pertandingan

atau aktiviti dan langkah-langkah keselamatan yang perlu diambil tindakan

oleh setiap peserta.

5.3.3 Selepas aktiviti dijalankan:

Selepas aktiviti dilaksanakan, penganjur/ urusetia/ Pengerusi Jawatankuasa

Pengelola perlu memastikan beberapa perkara diselesaikan. Fungsi Jawatankuasa

Pengelola akan berakhir selepas laporan penilaian dan laporan-laporan berkenaan

diserahkan kepada guru besar atau pengetua.

Di bawah ini, terdapat beberapa perkara yang perlu diselesaikan selepas sesuatu

aktiviti dilaksanakan iaitu:

i. Membersihkan kawasan yang digunakan

ii. Membayar semua bil dan perbelanjaan.

iii. Memastikan barang-barang/peralatan yang dibawa mencukupi.

iv. Memastiakn semua peralatan yang dipinjam dipulangkan semula.

v. Memastikan semua peralatan dan barang disimpan di tempat asal.

vi. Memastikan semua peralatan tidak tercicir di tempat aktiviti.

vii. Menyampaikan hadiah,cenderahati dan sijil kepada peserta.

viii. Membuat laporan aktiviti,penyertaan,kewangan dan laporan-laporan lain

yang difikirkan perlukan.

Page 9: PENGELOLAAN AKTIVITI

ix. Menghantar surat penghargaan kepada mereka yang telah memberikan

sumbangan dan kerjasama seperti penceramah, jurulatih,penaja dan

sebagainya.

5.4 PENILAIAN DAN PELAPORAN

5.4.1 Keberkesanan aktiviti

Penilaian dan pelaporan dilakukan selepas aktiviti dijalankan untuk

membincangkan aktiviti yang telah dilaksanakan. Maklum balas yang diperolehi

digunakan untuk mengatasi kelemahan dan penambahbaikan untuk mengenalpasti

keberkesanan aktiviti dan dapat menjalankan aktiviti yang seterusnya. Penilaian sesuatu

program dan aktiviti boleh dilaksanakan secara formal dan tidak formal.

i. Secara formal

Dilaksanakan dengan menggunakan borang soal selidik yang telah disedia dan

diedarkan kepada peserta untuk mendapat maklum balas.

ii. Penilaian secara tidak formal.

Dilakukan melalui perbualan, temuramah atau sebagainya.

Page 10: PENGELOLAAN AKTIVITI

Dilakukan secara tidak di rancang, semasa atau selepas aktiviti di laksanakan.

Menurut Vasudevan (1987), penilaian bertujuan;

i. Pencapaian matlamat dan objektif aktiviti

ii. Bukti tentang nilai dan sumbangan kepada aktiviti

iii. Keberkesanan pelaksanaan dan tugas setiap aktiviti

iv. Menentukan jumlah aktiviti yang dijalankan berbanding dengan yang

dicadangkan.

v. Membolehkan jawatankuasa menyesuai dan memperbaiki perjalanan

aktiviti serta tugas-tugas yang perlu dilaksanakan

vi. Menentukan perjalanan aktiviti seperti yang dirancang

vii. Menentukan pencapaian pentadbiran.

5.4.2 Menyediakan laporan aktiviti:

Antara perkara yang perlu dimasukkan dalam laporan aktiviti:

i. Pendahuluan

Page 11: PENGELOLAAN AKTIVITI

ii. Tarikh dan masa

iii. Tempat

iv. Bilangan penyertaan (peserta/jurulatih/pegawai/pembantu)

v. Dif yang hadir (VIP)

vi. Dif yang merasmikan (VVIP)

vii. .Jawatankuasa kerja dan jawatankuasa kecil

viii. Laporan atur cara dan aktiviti yang telah di laksanakan

ix. Laporan kewangan

x. Laporan jawatankuasa kecil

xi. Penilaian keseluruhan

xii. Masalah yang timbul

xiii. Pandangan dan cadangan untuk membaiki dan mengatasinya

xiv. Penutup.

5.4.3 Mesyuarat Post Mortem

Page 12: PENGELOLAAN AKTIVITI

Setiausaha boleh memanggil semua jawatankuasa untuk mesyuarat post mortem

selepas sesuatu aktiviti dijalankan Tujuannya adalah untuk membincangkan perjalanan

aktiviti sama ada aktiviti berjalan lancar atau sebaliknya

Semua perbincangan akan dicatatkan oleh setiausaha kemudian membuat

laporan untuk dibentangkan dalam Jawatankuasa Persatuan. Setiausaha berperanan

untuk mencatat pandangan, kritikan dan cadangan. Antara perkara yang boleh

dibincangkan ialah:

i. Pelaksanaan aktiviti

ii. Masalah yang di hadapi

iii. Cara menyelesaikan

iv. Pendapat umum dan isu-isu lain.

Kebanyakan persatuan di sekolah rendah tidak membuat mesyuarat post-mortem. Post

mortem penting untuk mengatasi kelemahan dan memperbaiki pelaksanaan aktiviti pada

masa akan datang