pengenalan asas kayak
-
Upload
nurhidayah-mat-sarit -
Category
Documents
-
view
5.089 -
download
177
description
Transcript of pengenalan asas kayak
DEFINISI KANU Merangkumi semua kenderaan atau alatan yang menjadikan
air sebagai medium utamanya
Digerakkan menggunakan teknik dayungan ataupun bantuan
tenaga alam.
Sejenis kenderaan air yang mempunyai geladak terbuka.
Menggunakan sebilah mata dayung dan didayung secara
berlutut.
DEFINISI KAYAK Merupakan pecahan daripada keluarga kanu.
Sejenis kenderaan air yang mempunyai geladak tertutup
Menggunakan dua mata dayung dan didayung secara berlunjur.
SEJARAH PERKEMBANGAN KAYAK
Kebanyakan kawasan penempatan manusia zaman dahulu adalah di pinggir sungai.
Jalan air merupakan sumber pengangkutan utama.
Mereka yang tinggal di kawasan hutan tropika menebuk/membakar teras kayu-menjadikan
kanu dugout.
Di Malaysia dinamakan kolek, perahu, dan sampan.
Di Eropah- hutannya terdiri daripada kayu-kayu lembut yang mempunyai kulit kalis air.
Kerangka kanu Canadian dibina daripada kayu dan dindingnya daripada kulir kayu birch.
Di Artik mereka menggunakan kayu/tulang haiwan sebagai rangka kanu dan disaluti dengan
kulit haiwan. Ia dinamakan sebagai Inuit/Kayak Eskimo.
SEJARAH PERKEMBANGAN KAYAK DI DUNIA
John MacGregor - seorang pelaut British berbangsa Scott.
Mengembara ke serata dunia dan telah melihat teknik orang Eskimo membina dan
mengendalikan kayak.
Tahun 1865, beliau mencipta kayak moden dinamakan Rob Roy berdasarkan kayak di Artik
dan menggunakannya untuk menjelajah sungai-sungai di Eropah dari tahun 1865 hingga
1867.
Tahun1866, kelab kanu pertama di dunia ditubuhkan di Twickenham,England. Ia
bertanggungjawab mempopularkan sukan kanu di seluruh England.
7 tahun kemudian ia dianugerahkan gelaran ‘Diraja’ oleh Ratu Victoria.
Persatuan Kanu British ditubuhkan tahun 1887 dan berperanan besar memgembangkan
aktiviti berkayak di seluruh England dan dunia.
Menjadi Persekutuan Kanu British (BCU) yang terkenal dan terulung di dunia selepas Perang
Dunia Kedua.
Van Claussen-seorang Amerika mengilhamkan penubuhan sebuah badan kanu bertaraf
dunia.
‘International Representanten Shaft Des Kanusport’ (IRK) telah ditubuhkan pada 20 Januari
1924 di Copenhagen, Denmark dengan dianggotai 19 buah negara.
Pawlata dari Austria memperkenalkan teknik gulingan yang dinamakan ‘Eskimo Roll’ pada
tahun 1927. Teknik ini dipelajari beliau dari penduduk Artik bertujuan untuk menaikkan
semula kayak yang terbalik tanpa perlu keluar darinya.
Tahun 1924 aktiviti pertandingan kayak mula berkembang. Acara pecut telah diperkenalkan
sebagi acara pertunjukan di Sukan Olimpik ke VII di Paris.
Tahun 1936, acara pecut telah dipertandingkan secara rasminya di Sukan Olimpik Berlin.
Tahun 1949, Kejohanan Slalom Dunia telah dianjurkan di Geneva
JENIS-JENIS KAYAK.
Kayak dibahagikan kepada 3 kelas utama berdasarkan bahagian bawahnya(hull):
1. Mandesta (berbentuk V)
Memudahkan kayak untuk memotong air dan
bergerak dengan laju dalam garisan lurus.
Kemahiran imbangan yang tinggi diperlukan.
Contoh: K1, K2, K4 (kayak pertandungan pecut)
2. Ottersport (berbentuk U)
Berbentuk U ataupun rata. Amat stabil di semua situasi air dan amat sesuai untuk
mereka yang baru menceburkan diri dalam aktiviti kayak.
Pergerakan yang amat perlahan dan haluannya mudah tersasar disebabkan bahagian
bawah yang rata mewujudkan daya heretan yang banyak serta lebih mudah
ditampan ombak atau arus berbanding kayak lain.
Contoh: kayak rekreasi dan Touring Kayak (TK)
3. Slalom (berbentuk O)
Berbentuk O ataupun bulat. Selalunya digunakan untuk aktiviti
arus deras.
Bentuknya memudahkan kemahiran gulingan dilakukan. Kayak ini
lebih mudah berpusing kerana rocker lebih tinggi berbanding
kayak lain.
Contoh: kayak slalom, kayak polo dan kayak rodeo.
CIRI-CIRI PEMILIHAN KAYAK
1. Saiz dan berat badan
Amat penting dalam pemilihan kayak yang sesuai
Boleh dirujuk pada katalog kayak.
Rujuk pada saiz kayak itu sendiri sebelum menaiki – saiz besar untuk individu yang
besar dan sebaliknya.
2. Kestabilan
Kayak yang panjang dan lebar memiliki tahap kestabilan yang tinggi.
Secara am, kestabilan kayak terbahagi kepada 2 : kestabilan initial (K.I) dan
kestabilan sekunder (K.S)
K.I bermakna apabila anda menjatuhkan badan ke sisi, kayak itu sukar terbalik
dan amat stabil. Kebiasaannya kayak yang berbentuk U/Ottersport. Namun
akan mudah terbalik apabila melepasi pusat gravitinya.
K.S merujuk kepada keadaan kayak yang tidak begitu stabil apabila anda
berada di dalamnya tetapi sukar terbalik apabila anda melepasi pusat
gravitinya. Contohnya kayak Slalom yang berbentuk O.
3. Rocker
Merujuk kepada darjah kecerunan bahagian bawah (hull) hingga ke bahagian bow
atau stern sesebuah kayak.
Kayak yang mempunyai darjah kecerunan rocker yang besar akan mudah berpusing
manakala kayak yang mempunyai darjah kecerunan rocker yang kecil sukar berpusing
tapi mudah bergerak lurus dan laju.
KEGUNAAN SPESIFIK KAYAK
Setiap kayak mempunyai fungsi yang spesifik.
KAYAK LURAH (CREEK BOAT)
Khusus untuk menuruni air terjun dan lurah yang tinggi.
Berbentuk bulat dan pendek.
Sesuai untuk mereka yang baru menceburkan diri dalam berkayak
kerana stabil dan mudah dikendalikan.
KAYAK POLO
Bentuk yang hampir sama dengan kayak lurah tetapi bahagian
belakangnya lebih leper bagi memudahkannya untuk memotong air
untuk membuat pusingan.
Khusus untuk kayak polo yang yang dijalankan di kolam renang atau
tasik.
KAYAK GETAH (INFLATABLE KAYAK)
Merupakan gabungan rakit getah dan kayak. Berbentuk besar, panjang
dan bulat.
Memiliki daya apungan yang tinggi, stabil dan ringan. Medium utama
daya apungannya ialah udara yang dipamkan.
Kayak yang sesuai untuk mereka yang baru menceburi aktiviti arus deras.
KAYAK (SQUIRT)
Bentuknya amat nipis dan ruang dalamnya hanya mampu menampung
kaki pendayung. Bentuknya pendek (2.5m ke bawah)
Khusus untuk melakukan aktiviti rodeo di arus deras seperti enders dan
cartwheel.
Boleh menyelam di dalam air selama beberapa saat.
KAYAK PECUT (SPRINT BOAT)
Digunakan khusus untuk acara pertandingan pecut.
Bentuknya panjang, kecil dan tirus dibahagian bawahnya. Boleh
bergerak dalam arah yang lurus dan laju.
Pendayung harus memiliki kemahiran imbangan yang baik.
KAYAK SLALOM
Menggabungkan aspek kelajuan dan kestabilan.
Bentuknya panjang (6m) dan bahagian hadapannya tajam. Geladak
belakangnya besar untuk mengekalkan keseimbangan ketika
menuruni arus deras.
KAYAK PECUT ARUS DERAS (DOWNRIVER BOAT)
Panjang lebih kurang 4m, mempunyai geladak yang leper dan muncung
yang tajam.
Reka bentuk tertumpu kepada kombinasi kelajuan dan kepantasan
membuat pusingan bagi memudahkan pendayung mencelah di antara
pagar slalom.
KAYAK LAUT
Untuk aktiviti ekspidisi dan menjelajah di laut.
Mempunyai ruangan kalis air untuk menyimpan alatan yang banyak,
dilengkapi kompas untuk memudahkan navigasi.
Mempunyai geladak yang tinggi serta dilengkapi kemudi;
memudahkannya meredah ombak dan bergerak dengan lurus.
SIT ON TOP
Digunakan di kawasan tasik atau pantai. Kelebihannya adalah
mempunyai lubang khusus untuk membuang air.
Daya apungannya dibantu oleh udara di dalamnya. Sekiranya terbalik,
boleh memanjat di atasnya.
Pergerakan yang amat perlahan serta sukar melakukan teknik
gulingan.
ANATOMI KAYAK
1. HALUAN DAN BURITAN (BOW AND STERN)
bow adalah muncung bahagian hadapan kayak, stern adalah muncung bahagian
belakang kayak.
Kedua-dua bahagian boleh ditentukan dengan melihat bentuk coaming dan arah
tempat duduk sesebuah kayak.
Fungsi utama-untuk memotong air dan memecah ombak dan panduan arah tujuan
kayak.
2. GUNWALE LINE / PAINTER LINE
Bahagian percantuman antara bahagian geladak atas dan bawah (bagi kayak
daripada gentian kaca)
Bertindak sebagai pengimbang air dan penentu kesesuaian berat badan seseorang
individu dengan kayak yang digunakan.
Bahagian sisi kanan kayak-starboard ; bahagian kiri-portside.
3. HULL
Dinding, lantai, geladak bahagian bawah kayak.
Mempunyai bentuk berbeza-beza bergantung kepada jenis dan kegunaan kayak.
4. GELADAK ATAS (DECK)
Dinding bahagian atas kayak dimana terletaknya cockpit.
fungsi- menutup bahagian atas kayak, melindung bahagian kaki pendayung dan
memudahkan kemahiran gulingan.
Deck hadapan (foredeck), deck belakang (aftdeck)
5. COCKPIT
ditengah-tengah kayak, antara foredeck dan aftdeck, kawasan tempat duduk
pendayung.
Bahagian hadapannya berbentuk lebih kecil daripada bahagian belakang.
6. TEMPAT DUDUK (SEAT)
Terbahagi kepada beberapa jenis: standard (saiz tetap), sederhana (kegunaan
rekreasi), ketat (aktiviti rodeo dan arus deras), dan tempat duduk boleh laras.
Tempat duduk yang tinggi menambahkan kelajuan kayak tetapi rendah tahap
imbangannya. Tempat duduk yang rendah lebih stabil tetapi daya apungannya
rendah.
7. TOGGLE
Alat pemegang di bahagian hujung bow dan stern bagi mengangkat
kayak, berpaut apabila terbalik dan mengikatnya ke tebing.
Terbahagi kepada 2: Toggle (sejenis tali yang diikat pada pemegang
kayu/plastik) dan End Loops (gelungan tali di bahagian bow dan stern.
Mudah disediakan tapi boleh mencederakan tangan pendayung yang
terperangkap di dalamnya.)
8. COAMING
Bahagian tepi yang kecil, nipis dan mengelilingi cockpit.
Untuk menghalang air dari masuk cockpit dan mengikat spray cover.
9. KNEE BRACE
Bawah coaming di bahagian foredeck.
Menyokong lutut pendayung. Memudahkan kemahiran gulingan dan mengelakkan
pendayung dari terkeluar apabila terbalik.
Hanya terdapat pada kayak arus deras dan slalom.
10. TOWLINE / DECKLINE
Tali yang diikat dari hujung bow ke sisi kiri dan kanan coaming hingga ke belakang
stern.
Sebagai tali menyelamat, menunda, mengikat alatan dan kayak.
11. KEEL
Terletak di bahagian bawah geladak. Untuk membelah arus dan sebagai kemudi.
Skeg: kemudi yang yang boleh dipasang dan dilucutkan. Rudder: keel yang boleh
dilaras/kawal pergerakan kemudinya (kayak laut dan pertandingan pecut shj).
12. BAHAN APUNGAN KAYAK (BUOYANCY)
Terletak dibawah deck di bahagian boe
dan stern.
Untuk mengapungkan kayak apabila
terbalik @ dimasuki air. Juga
menyokong bahagian geladak atas dan
bawah.
3 ketegori jenis bouyancy: I. BEG UDARA
II. GETAH LEMBUT
III. POLISTERIN
13. FOOTREST
Tempat meletak kaki pendayung.
Memberikan daya dayungan yg baik melalui kombinasi pergerakan tangan, bahu,
lowerback dan kaki. Juga sebagai alat yang melindungi pendayung dari terhentak
atau menggelongsor ke hadapan ketika perlanggaran.
3 jenis footrest:
I. BERBENTUK BAR (dipasang pada sisi kiri dan kanan)
II. BENTUK PASANGAN PADDLE. (hampir sama dengan bar tetapi
terpisah antara letak sebelah kiri dengan kanan)
III. BENTUK BULKHEAD (bentuk bulat rata dan terletak di bagian haluan
(bow).
14. DECK EYE / EYE CLEAT
Lubang @ besi yg terdapat di atas geladak-untuk mengikat towline di kawasan atas
geladak.
15. EYE PIT
Lubang bagi memegang loop/toogle di hujung bow dan stern.
16. HATCH
lubang berpenutup di tengah bahagian foredeck dan aftdeck.
Untuk menyimpan barangan.
17. BACK STRAP
Sejenis tali/lapisan getah yang diikat pada bahagian belakang seat.
Memberikan keselesaan dan sebagai alat keselamatan bagi melindungi bahagian
belakang pendayung.
ANATOMI PENDAYUNG
Mengaut air bagi
menggerakkan kayak.
-loom/bar
-Bahagian pemegang
pendayung. -plastik/getah
-menghalang air dari
blade mengalir ke
shaft dan
membasahi tangan
pendayung.
-neck
-bahagian
percantuman antara
blade dan shaft.
Metal tip
kepingan logam
melindung mata
dayung dari
kerosakan akibat
hentakan.
Front of blade
Bahagian hadapan
berbentuk cengkung
Mengaut air
Back of blade
Bahagian belakang berbentuk
cembung
Sokongan kuat pada pendayung
LAMPU KECEMASAN
(STROBE)
SENARAI PERALATAN KAYAK
KAYAK DAN PENDAYUNG WISEL
CARTA NAVIGASI
JAKET KESELAMATAN PISAU SPRAY COVER
KASUT AIR KOMPAS TOPI KESELAMATAN
TALI KESELAMATAN PAM AIR
DRY BAG
PENJAGAAN PERALATAN
TEKNIK PEPARA
TEKNIK MENYIMPAN KAYAK
TEKNIK KERUSI
TEKNIK
GANTUNGAN
TEKNIK MENGANGKUT KAYAK
MENGGUNAKAN
KERETA
MENGGUNAKAN TROLI (UNTUK
JUMLAH YANG BANYAK)
ISYARAT DAN KOMUNIKASI
ISYARAT MENGGUNAKAN PENDAYUNG
1. BERHENTI
Untuk mengarah semua pendayung berhenti.
Kedua-dua tangan memegang pendayung secara melintang.
Dayung diangkat melepasi separas kepala.
2. BERAKIT/RAFTING
Untuk mengumpulkan kesemua pendayung.
Pendayung diangkat tegak ke atas.
Mata dayung berada di udara, selari dengan arah bow kayak.
3. ARAH PERGERAKAN
Untuk semua kayak bergerak ke kiri, pendayung diletakkan secara melintang di
sebelah kiri.
Untuk ke kanan, pendayung digerakkan ke kanan.
4. KECEMASAN
Untuk menarik perhatian bagi mendapatkan bantuan kecemasan.
Pendayung diangkatkan tegak ke atas dan dilambaikan ke kiri dan kanan kayak.
5. CALL OFF
Untuk memanggil semua kayak pulang ke pangkalan kerana kecemasan.
Pendayung diangkatkan tegak ke atas dan digerakkan ke hadapan dan ke belakang.
TEKNIK ASAS KAYAK
TEKNIK MENGANGKAT KAYAK
1) PIKULAN DI BAHU BERSEORANGAN
Sesuai untuk kayak ringan atau kayak solo.
Bahagian tengah cockpit diletakkan pada bahu yang dominan bagi mengekalkan
keseimbangan kayak.
Tangan yang dominan memegang hujung cockpit.
2) KELEKAN DI PINGGANG BERPASANGAN
2 orang diperlukan; untuk mengangkat kayak yang berat ataupun kayak berpasangan
untuk jarak yang dekat.
Pengangkat mestilah berada di bahagian bow dan stern serta berlawanan arah.
Tangan pengangkat memegang bahagian bow dan stern atau toogle dengan kemas.
Kayak diinjak ke atas dan dikepitkan di pinggang.
3) PIKULAN DI BAHU BERPASANGAN
Untuk jarak yang jauh.
Kaedah yang sama dengan kelekan di pinggang.
Kedudukan pengangkat mestilah selari/sama arah bagi membolehkan komunikasi
dan bagi mengelakkan kecederaan sekiranya kayak terjatuh.
MASUK KE DALAM KAYAK
A. KAWASAN PANTAI
1. Letakkan bahagian hadapan kayak di gigi air dan bahagian belakang di atas pasir.Masuk
ke dalam kayak.
2. Lutut menyangga knee brace dan hujung kaki menekan footrest bagi
meningkatkan daya imbangan kayak.
3. Lancarkan kayak ke air dengan kedua-dua tangan menolak pasir
hingga keseluruhan kayak berada di air.
B. KAWASAN AIR CETEK/SEPARAS LUTUT
1. Letakkan kayak di atas air.Tangan dominan memegang pendayung
dan diletakkan di sisi kayak.
2. Tangan yang memegang pendayung diletakkan di bahagian luar cockpit dan angkat
kaki yang paling hampir dengan kayak ke dalam cockpit.Luruskan kaki dan pada masa
yang sama sebelah lagi tangan memegang cockpit.
3. Letakkan punggung pada tempat duduk, pastikan imbangan yang stabil. Angkat
sedikit punggung dan masukkan ke dalam kayak dengan segera.
4. Angkat semula punggung dan masukkan sebelah lagi kaki ke dalam cockpit.
C. KAWASAN AIR DALAM
1. Letakkan pendayung ke dalam cockpit.Pegang bahagian stern dengan kedua-dua
tangan.Lonjakkan bahagian abdominal badan ke bahagian stern.
2. Kangkangkan kaki sehingga kedua-dua kaki mengepit bahagian stern dan meniarap di
atas bahagian aftdeck.Capai cockpit dengan kedua-dua tangan dan tarik badan ke
arahnya.
3. Keluarkan pendayung dan pegang dengan sebelah tangan.Masukkan segera
punggung ke dalam cockpit manakala kedua-dua kaki masih lagi di luar menghala ke
hadapan kayak.
4. Kekalkan keseimbangan dan bawa kedua-dua kaki masuk ke dalam cockpit.
D. BERPASANGAN
1. Sternman memegang kayak dan mengimbanginya.Pendayung diletakkan di bahagian
cockpit belakang.
2. Bowman masuk dulu.Bowman keluarkan pendayung dari cockpit dan bertugas
mengimbangi kayak pula.
3. Sternman melancarkan kayak dan masuk ke dalam kayak.
TEKNIK DUDUK DI DALAM KAYAK
1) TEMPAT DUDUK
Punggung seharusnya berada di atas bahagian tengah tenpat duduk. Pastikan tempat
duduk sesuai dengan saiz punggung bagi mengelakkan ketidakseimbangan kayak.
2) LUTUT
Duduk dengan menyangga lutut pada knee brace.
Mengekalkan keseimbangan dan mengelakkan pendayung terkeluar dengan mudah
dari kayak sekiranya terbalik.
3) HUJUNG KAKI
Bahagian tengah tapak kaki harus diletakkan pada footrest.
Mendapatkan daya sokongan dari setiap bahagian badan semasa mendayung dan
mengelakkan badan menggelungsur ke hadapan apabila kayak terhentak dengan
kuat.
4) KEDUDUKAN BADAN
Badan harus tegak seperti duduk di atas kerusi.
Pastikan kedudukan membolehkan bergerak dengan selesa ke hadapan, belakang,
sisi dan memusing tanpa hilang imbangan.
Jangan sandar ke bahagian cockpit bagi mengelakkan kurang daya kawalan dan
imbangan, juga membahayakan postur badan dan mencederakan lower back.
5) MATA/KEDUDUKAN KEPALA
Memandang ke arah yang dituju.
Mengelakkan haluan kayak tersasar.
KELUAR DARI KAYAK
1) Undurkan kayak sehingga menghampiri tebing,jeti ataupun pantai. Pastikan bahagian stern
menghadap ke darat.
2) Pegang cockpit dengan kedua-dua tangan anda.Keluarkan sebelah kaki sehingga mencecah
dasar pasir.Angkat punggung dan hulurkan sebelah lagi kaki anda keluar.
3) Berdiri tegak dan pastikan kestabilan kayak.Semasa keluar di jeti, gunakan pendayung untuk
mengimbangi kayak.
LATIHAN TERBALIK
Teknik untuk keluar dari kayak apabila terbalik.
1. Duduk dalam kayak dengan teknik yang betul.Letakkan kedua-dua tangan dii sisi kayak dan
pegang bahagian hull, port dan starboard kayak.
2. Terbalikkan kayak, tepuk bahagian hull sebanyak 3 kali, lucutkan spray cover dari coaming.
3. Bengkokkan badan ke hadapan, luruskan kedua-dua kaki, pegang cockpit dengan kedua-dua
belah tangan, tolak bahagian punggung dan kaki anda keluar (seperti perlakuan melucut
seluar).
TEKNIK MEMBUANG AIR DARI KAYAK
1. BERPASANGAN
i. Biarkan kayak terbalik.Pegang bow dan stern bersama-sama.
ii. Sekiranya terlalu banyak air dalam kayak jangan terus angkat kerana terlalu berat.
iii. Sendengkan kayak ke kiri dan angkat perlahan-lahan. Air akan keluar sedikit demi
sedikit dan akan meringankan beban.
iv. Terbalikkan semula kayak dan buat pergerakan jongkang-jongkit.Lakukan berulang
kali sehingga semua air keluar.
2. MENGGUNAKAN TEBING (BERSEORANGAN)
i. Letakkan hujung bow kayak di atas tebing, anda berada di dalam air. Terbalikkan
kayak.
ii. Angkat bahagian stern yang anda pegang dan lakukan teknik jongkang-jongket.
3. MENGGUNAKAN PERMUKAAN LAUT (BERSEORANGAN)
i. Letakkan kayak dalam posisi normal di atas permukaan air.Tekan bahagian stern
sehingga semua air berkumpul di bahagiannya.
ii. Dengan cepat, terbalikkan kayak dan angkat bahagian stern.
4. MENGGUNAKAN PINGGANG
i. Sesuai bagi membuang air yang sedikit di dalam kayak solo.
ii. Buat pergerakan yang sama seperti mangangkat kayak solo ke bahu. Letakkan
bahagian tengah cockpit di belakang badan anda.
iii. Sentiasa bengkokkan lutut bagi mengelakkan kecederaan.Lakukan teknik jongkang-
jongket sehingga semua air keluar.
5. SIDEWAYS BERPASANGAN
i. Bagi membuang air yang terlalu banyak dari dalam kayak.
ii. Secara berpasangan, sendengkan kayak anda ke sisi.Biarkan air keluar dari kayak.
iii. Terbalikkan kayak, buat pergerakan jongkang-jongket bagi mengeluarkan semua air.
TEKNIK ASAS DAYUNGAN
SAIZ PENDAYUNG YANG SESUAI
Mestilah sesuai dengan ketinggian
Berdiri tegak,letakkan pendayung secara menegak di atas permukaan tanah.
Tegakkan tangan ke udara. Hujung jari mestilah dapat menggengam mata dayung yang
berada di atas.
TEKNIK MENENTUKAN PEGANGAN PENDAYUNG YANG SESUAI.
Pendayung terbahagi kepada 2: bagi individu bertangan kanan sebagai dominan dan bagi
individu kidal.
Tegakkan pendayung di permukaan tanah, permukaannya menghadap ke arah kaki anda.
Perhatikan arah permukaan dayung yang berada di atas. Permukaan dayung yang
menghadap ke kiri menandakan pendayung itu khas buat yang kidal dan begitu sebaliknya.
TEKNIK MEMEGANG PENDAYUNG
Bagi menentukan prestasi dayungan.
Tegakkan tangan dan angkat pendayung ke atas kepala.
Bengkokkan siku dan letakkan pendayung di atas kepala.
Pastikan lengan separas bahu dan tangan tegak ke atas dalam kedudukan 90o.
Bawa pendayung ke hadapan. Pastikan jarak kedua-dua tangan dengan bahagian neck sama
panjang.
TEKNIK KAWALAN PERGERAKAN MATA DAYUNG
Hanya terhadap pendayung yang meggunakan teknik feathering yang mana kedua-dua mata
dayung berbeza darjah kedudukannya.
Teknik kawalan yang dinamakan teknik putaran.
Khusus untuk kedua-dua mata dayung mengaut air sebanyak mungkin. Jika tidak, hanya
sebelah mata dayung akan mengaut air manakala sebelah lagi hanya memotong air.
Tangan yang dominan bertindak sebagai pengawal putaran batang dayung. Sebelah lagi
memegang batang dayung dengan longgar dan membenarkan putaran berlaku.
TEKNIK DAYUNGAN ASAS
1. DAYUNGAN KE HADAPAN (FORWARD STROKE)
FIRMING
Badan bengkok sikit ke hadapan, torso kanan digerakkan kehadapan,
jangkau mata dayung kehadapan sejauh yang boleh. Tangan kiri
dibengkokkan separas bahu.
CATCH
Jangkau sejauh mungkin dan benamkan mata dayung dalam air.
PULL/DRAW/POWER
Gerakkan torso kanan ke belakang dan tangan kanan tarik mata dayung ke belakang.
Tarik pendayung sampai ke sisi pinggang.
EXIT
Keluarkan mata dayung dari air, pergelangan tangan kanan putar batang pendayung
ke atas agar menghadap air. Masukkan pula mata dayung kiri ke dalam air. Tolak air.
2. DAYUNGAN MENGUNDUR (BACKWARD STROKE)
CATCH
Pusingkan torso kanan ke arah stern. Jangkau sejauh mungkin dan benamkan mata
dayung dalam air.
PUSH AND EXIT
Tolak mata dayung ke hadapan bahagian kiri dan kanan secara berulang kali.
3. BERHENTI
Kayak yang bergerak ke hadapan: dayungan mengundur yang pantas.
Kayak yang bergerak ke belakang: dayungan ke hadapan yang pantas.
4. DAYUNGAN SAPUAN HADAPAN (FORWARD SWEEP STROKE)
Untuk memusingkan dan membetulkan haluan kayak yang tersasar.
CATCH
Tangan kiri pegang neck dan kanan pegang tengah-tengah batang dayung. Tangan
kanan jangkau ke depan sampai mata dayung bersebelahan bow.
PULL
Benamkan mata dayung dalam air. Tarik mata dayung ke belakang.
SWEEP
Tangan kanan lurus menarik pendayung sehigga stern. Tangan kiri tolak batang
pendayung hingga sebelah kanan kayak.
EXIT
Keluarkan mata dayung dari air apabila menghampiri bahagian stern. Ulang teknik.
5. DAYUNGAN SAPUAN KE BELAKANG (REVERSE SWEEP STROKE)
Berlawan kaedah teknik dayungan ke hadapan.
Pendayung didayung dari bahagian stern ke hadapan bow; tak perlu tukar arah mata
dayung.
6. GABUNGAN DAYUNGAN SAPUAN (ALTERNATE SWEEP STROKE COMBINATION)
Gabungan teknik dayungan sapuan ke hadapan dan ke belakang, dilakukan
berselang-seli.
7. DAYUNGAN SISI (SIDEWAYS STROKE/DRAW STOKE)
Menggerakkan kayak ke sisi dengan mudah-untuk merapatkan kayak ke tebing/jeti @ rafting.
POTONG
Tegakkan pendayung di sisi starboard; tangan kiri berada di atas separas dahi.
Tangan kanan lurus melintang jauh dari kayak, selari pinggang.
TWIST
Permukaan mata dayung menghadap starboard kayak.
TARIK
Mata dayung ke dalam air, tanagan kanan tarik mata dayung rapat ke kayak.
Pusingkan mata dayung 900 untuk potong air. Buat semula awalan teknik ini.
TWIST
Pusingkan semula badan 450 dan permukaan dayung menghadap sisi kayak. Lakukan
dayungan sisi buat kali kedua.
8. TEKNIK IMBANGAN (RECOVERY STROKE)
1. Teknik kawalan imbangan rendah (slap for support low recovery)
Hanya belakang permukaan dayung menepuk air. Pendayung
berkedudukan melintang separas pinggang.
2. Teknik kawalan imbangan tinggi (slap for support high recovery)
Pendayung berkedudukan melintang tinggi separas dada
pendayung. Jika kayak hilang keseimbangan di bahagian
starboard, jangkau tangan kanan jauh sikit dari kayak. Tampar
permukaan air dengan kuat menggunakan belakang pendayung,
lentikkanbahagian belakang anda ke sebelah kiri dengan segera.
9. ROCKING
uji daya imbangan. Duduk dalam kayak dengan sanggaan kaki yang kemas. Goyangkan badan
ke kiri dan kanan bagi membiasakan diri dengan kocakan air semasa mendayung.
10. BERAKIT
Pendayung merapatkan kayak. Semua pendayung memegang cockpit kayak yang
bersebelahan dengannya.