Pengenalan Berasaskan Sekolah

16
1.0 Pengenalan PBS Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) bagi semester ini telah saya laksanakan dengan jayanya di Sekolah Kebangsaan Mela, Jerantut Pahang. Tugasan yang dibekalkan adalah dari Jabatan Pengajian Melayu bagi subjek BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah. Sepanjang di sekolah saya dikehendaki menjalani pemerhatian berkaitan dengan kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu yang kerap dan kurang dilaksanakan oleh guru dan implikasinya terhadap pengajaran dan pembelajaran. Disamping itu, saya juga dikehendaki untuk berinteraksi dengan komuniti sekolah khususunya guru bahasa Melayu bagi mendapatkan dapatan kajian berkenaan dengan soalan tugasan. 2.0 Tujuan Penyataan Profesional Melalui Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS), guru pelatih dapat (i) Memperoleh pendedahan awal tentang pembelajaran murid; (ii) Membina kemahiran berinteraksi dengan murid, guru dan kakitangan sekolah; (iii) Membina kemahiran inkuiri penemuan dan kemahiran berfikir secara kreatif dan analitikal; (iv) Mendokumentasikan pengalaman yang dilalui untuk perbincangan semasa sesi refleksi selepas PBS dilaksanakan.

Transcript of Pengenalan Berasaskan Sekolah

Page 1: Pengenalan Berasaskan Sekolah

1.0Pengenalan PBS

Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) bagi semester ini telah saya laksanakan

dengan jayanya di Sekolah Kebangsaan Mela, Jerantut Pahang. Tugasan yang

dibekalkan adalah dari Jabatan Pengajian Melayu bagi subjek BMM3117 Kaedah

Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah. Sepanjang di sekolah saya

dikehendaki menjalani pemerhatian berkaitan dengan kaedah dan teknik pengajaran

dan pembelajaran bahasa Melayu yang kerap dan kurang dilaksanakan oleh guru

dan implikasinya terhadap pengajaran dan pembelajaran. Disamping itu, saya juga

dikehendaki untuk berinteraksi dengan komuniti sekolah khususunya guru bahasa

Melayu bagi mendapatkan dapatan kajian berkenaan dengan soalan tugasan.

2.0Tujuan Penyataan Profesional

Melalui Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS), guru pelatih dapat

(i) Memperoleh pendedahan awal tentang pembelajaran murid;

(ii) Membina kemahiran berinteraksi dengan murid, guru dan kakitangan

sekolah;

(iii) Membina kemahiran inkuiri penemuan dan kemahiran berfikir secara kreatif

dan analitikal;

(iv) Mendokumentasikan pengalaman yang dilalui untuk perbincangan semasa

sesi refleksi selepas PBS dilaksanakan.

3.0Penyataan Profesional

3.1Sebelum PBS

Sebelum menjalankan PBS di Sekolah Kebangsaan Mela, saya telah meneliti

dan merancang perkara-perkara yang perlu dilakukan semasa menjalankan PBS

supaya saya dapat mencapai objektif PBS dengan jayanya. Saya turut merangka

strategi-strategi pengumpulan maklumat yang berkesan dengan membuat perancangan

yang rapi dan teliti mengikut hari bagi memastikan masa yang ada tidak disia-siakan.

Page 2: Pengenalan Berasaskan Sekolah

Berikut adalah perancangan saya :

1) FOKUS UTAMA

Berdasarkan tugasan yang diberi, saya dikehendaki untuk menjalankan

PBS selama seminggu di sekolah. Saya telah memilih Sekolah Kebangsaan

Mela untuk PBS yang terakhir ini. Tugasan PBS yang saya terima bagi semester

ini adalah dari Jabatan Pengajian Bahasa Melayu untuk subjek BMM3117

Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah.

Oleh itu, saya perlu membuat pemerhatian sesi pengajaran bahasa

Melayu bagi mendapatkan data berkenaan dengan tajuk tugasan yang diberi

iaitu merekodkan dapatan tentang kaedah dan teknik pengajaran dan

pembelajaran bahasa Melayu yang kerap dan kurang dilaksanakana di sekolah.

Di samping itu juga, saya perlu menemu bual guru-guru bahasa Melayu untuk

mendapatkan dapatan yang lebih terperinci. Justeru itu, saya perlu memohon

kebenaran daripada guru besar untuk masuk ke kelas semasa sesi

pembelajaran dan pengajaran (P&P) bagi melihat situasi P&P semasa guru

bahasa mengajar bagi melihat kaedah dan teknik yang digunakan semasa

mengajar.

Selain itu, saya turut menyiapkan transkripsi soalan temu bual bagi

menemu bual guru-guru mengenai kaedah dan teknik pengajaran bahasa yang

kerap dan jarang dilaksanakan di dalam bilik darjah. Saya juga menyediakan

senarai semak tugasan bagi memastikan segala item dan maklumat yang ingin

dikumpulkan tidak tercicir.

2) STRATEGI PERLAKSANAAN

Saya juga telah membuat satu takwim aktiviti untuk setiap hari selama

seminggu menjalankan PBS. Tujuan takwin ini dibuat adalah semata-mata untuk

memastikan segala maklumat dapat dikumpulkan dengan berkesan mengikut

takwim aktiviti. Tambahan pula, takwim aktiviti ini juga dapat mengelakkan

daripada masa terbuang dengan sia-sia tanpa diisi dengan aktiviti yang

berfaedah.

Page 3: Pengenalan Berasaskan Sekolah

Hari pertama (Isnin: 13 Ogos 2012)

Berjumpa dengan guru besar;

Berjumpa dengan guru-guru penolong kanan;

Berkenalan dan beramah mesra dengan guru;

Membuat janji temu dengan guru bahasa Melayu;

Menyertai perhimpunan rasmi yang diadakan pada setiap hari Isnin;

Meninjau persekitaran sekolah dengan mengambil gambar;

Mengumpul maklumat mengenai sekolah (sejarah sekolah, pengurusan

sekolah, pencapaian akademik dan sebagainya);

Melengkapkan lampiran 1 – 7A.

Hari kedua (Selasa: 14 Ogos 2012)

Menemu bual guru bahasa Melayu berkenaan dengan tugasan;

Membuat pemerhatian sesi P&P bahasa Melayu;

Menemu bual murid berkenaan dengan P&P guru bahasa Melayu.

Hari ketiga (Rabu: 7 Mac 2012)

Menjalankan P&P untuk tugasan PKD 3108 Pengajaran Bahasa untuk

Kanak-Kanak Bermasalah Pendengaran;

Mencari maklumat tambahan berkenaan dengan tugasan BMM 3117;

Menemu bual murid Sekolah Kebangsaan Mela.

Hari keempat (Khamis: 8 Mac 2012)

Mengemaskini maklumat berkenaan dengan tugasan BMM3117;

Mengemaskini maklumat berkenaan dengan tugasan PKD 3108.

Hari kelima (Jumaat: 9 Mac 2012)

Berjumpa dengan Guru Besar dan guru – guru.

Berterima kasih dengan seluruh kakitangan sekolah.

Page 4: Pengenalan Berasaskan Sekolah

3.2Semasa PBS

Semasa menjalankan PBS, saya telah melihat semula perancangan awal seperti

yang saya rancang di dalam takwim aktiviti sebelum PBS. Walau bagaimanapun,

terdapat banyak perubahan kerja yang perlu saya lakukan memandangkan

persekolahan hanya tiga hari sahaja. Hal ini demikian kerana seluruh sekolah di

Malaysia cuti selama dua hari sempena Hari Raya Aidilfitri. Pada hari pertama PBS,

seperti biasa saya berjumpa dengan Guru Besar bagi tujuan melaporkan diri untuk

menjalani PBS selama seminggu di sekolah. Saya juga memberitahu kepada Guru

Besar berkenaan dengan skop tugasan yang perlu dilaksanakan di sekolah.

Selepas selesai berjumpa dengan Guru Besar, saya pergi berjumpa dengan

guru-guru untuk berkenal-kenalan supaya guru-guru mengetahui tujuan kehadiran saya

ke sekolah. Sesudah itu, saya berjumpa dengan guru bahasa Melayu tahun dua iaitu

Puan Siti Salbani bt Jusoh untuk membuat janji temu bagi menyiapkan tugasan

BMM3117.

Namun, saya juga sempat berbual dengan Puan Salbani bt Jusoh berkenaan

dengan prestasi akademik murid tahun dua dalam mata pelajaran bahasa Melayu. Ini

kerana, saya memerlukan maklumat tersebut untuk kegunaan tugasan PKD 3108.

Selepas mendapatkan maklumat daripada beliau saya bergerak ke bilik darjah tahun

dua untuk menjalankan ujian diagnostik terhadap seorang murid yang sederhana

pencapaiannya dalam bahasa Melayu dengan meminta kebenaran daripada guru yang

ada di dalam bilik darjah.

Pada hari kedua PBS, saya menemu bual Puan Siti Salbani Jusoh berkenaan

dengan kaedah dan teknik pengajaran bahasa yang biasa digunakan olehnya semasa

mengajar. Selepas itu, saya mengikutinya ke bilik darjah bagi menjalankan pemerhatian

terhadap sesi P&P beliau. Sesi pemerhatian berlangsung selama satu jam. Saya

membuat pemerhatian terhadap tiga aspek penting iaitu berkenaan dengan kaedah,

teknik dan implikasinya kepada murid-murid sekiranya guru kerap atau kurang

menggunakan kaedah dan teknik pengajaran bahasa.

Page 5: Pengenalan Berasaskan Sekolah

Selain itu, saya juga menemu bual empat orang guru lain iaitu Encik Zuki bin

Abdullah, Puan Hazimah bt Mohd Salleh, Puan Azila bt Mustafa dan Encik Zakaria bin

Ahmad bagi mendapatkan dapatan berkenaan tuhasan dengan lebih tepat dan

terperinci. Walau bagaimanapun, hanya sesi P&P Encik Zuki b. Abdullah, Puan

Hazimah bt Mohd Salleh dan Encik Zakaria b. Ahmad yang sempat saya sertai bagi

mengumpulkan dapatan dengan menggunakan kaedah pemerhatian.

Seterusnya, saya juga meneruskan pencarian maklumat dengan menemu bual

murid. Antara murid yang sempat saya temu bual iaitu murid tahun dua dan tahun

empat. Murid tahun dua yang sempat saya temu bual iaitu Ahmad Nazreen bin Fauzi

dan Annisa bt Mohammad. Manakala, murid tahun empat yang sempat saya temu bual

iaitu Muhammad Haziq Ifwat bin Mohamed Noor. Temu bual yang dijalankan adalah

berkisar tentang soalan tugasan berkenaan dengan kaedah dan teknik pengajaran

bahasa yang sering guru mereka aplikasikan di dalam bilik darjah.

Saya juga mengumpul maklumat-maklumat lain untuk dijadikan bukti pencarian

maklumat bagi tugasan BMM3117. Antara maklumat yang dikumpul iaitu transkrip temu

bual bersama-sama dengan guru, gambar guru dan murid yang ditemu bual dan

gambar semasa sesi P&P berlangsung.

Pada hari terakhir PBS, saya menjalankan sesi P&P selama sejam dengan murid

tahun dua yang telah saya jalankan ujian diagnostik ke atasnya. Hal ini demikian

kerana, saya telah diamanahkan untuk berbuat demikian mengikut tugasan PKD 3108.

Seterusnya, saya mencari maklumat tambahan berkaitan dengan tugasan BMM 3117.

Setelah selesai, saya menyusun segala maklumat yang ada dengan baik supaya tiada

maklumat yang tertinggal

Seterusnya saya berjumpa dengan warga Sekolah Kebangsaaan Mela bagi

mengucapkan terima kasih terutamanya kepada Guru Besar kerana menerima saya

dan membenarkan saya untuk menjalankan PBS di sekolah ini. Saya juga berterima

kasih kepada guru-guru dan staf-staf sekolah atas kerjasama yang telah diberikan

sepanjang tempoh pencarian dapatan untuk kegunaan tugasan.

Page 6: Pengenalan Berasaskan Sekolah

3.3Selepas PBS

(Laporan aktiviti PBS: Kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran

Bahasa Melayu yang kerap dan kurang dilaksanakan oleh guru dan

implikasinya)

Setelah selesai menjalani PBS selama tiga hari di sekolah saya

menyusun segala maklumat dan menganalisis satu per satu dapatan yang ada

untuk mengetahui hasil dapatan akhir maklumat berkenaan dengan kaedah

dan teknik yang biasa digunakan oleh guru dalam pengajaran bahasa dan

implikasinya kepada murid-murid. Berdasarkan analisis yang dibuat, saya

mendapati bahawa majoriti guru-guru di Sekolah Kebangsaan Mela

menggunakan kaedah dan teknik yang sama di dalam sesi pengajaran dan

pembelajaran (P&P) mereka.

Kaedah yang biasa digunakan oleh guru dalam P&P iaitu kaedah

perbincangan, tunjuk cara (demonstrasi) dan penyelesaian masalah dengan

dapatan soal selidik menunjukkan kelima-lima orang guru yang ditemu bual

mengaplikasikan kaedah tersebut di dalam P&P mereka. Manakala, hanya

seorang guru yang ditemu bual mengatakan bahawa beliau turut

mengaplikasikan kaedah pengajaran berpasukan di dalam P&P beliau. Hal ini

demikian kerana, guru tersebut merupakan guru tahun enam.

Dapatan pemerhatian sesi P&P juga menunjukkan dapatan yang sama.

Semasa saya memerhatikan sesi P&P bahasa Melayu tahun dua, guru mata

pelajaran iaitu Pn. Siti Salbani bt Jusoh berbincang dengan murid-murid

berkenaan dengan kepentingan memberikan cenderahati dan contoh-contoh

cenderahati yang boleh diberikan. Menurut Siri risalah panduan guru bahasa

Malaysia I (1994), kaedah perbincangan merupakan satu aktiviti

mengeluarkan dan mengulas pendapat tentang sesuatu tajuk. Maka,

berdasarkan definisi tersebut jelas menunjukkan bahawa Pn. Siti Salbani telah

menjalankan P&P dengan mengaplikasikan kaedah perbincangan.

Implikasi daripada penggunaan kaedah perbincangan oleh Pn. Siti

Salbani saya dapati bahawa murid sangat aktif di dalam perbincangan. Setiap

Page 7: Pengenalan Berasaskan Sekolah

murid ingin memberi pandangan mereka berkenaan dengan tajuk yang

dibincangkan. Selain itu, interaksi dua hala di antara guru dan murid juga

dapat dilihat dengan jelas. Ini bertepatan dengan apa yang dikatakan oleh

Rahil Mahyuddin, Habibah Elias dan Kamariah Abu Bakar (2009), bahawa

kaedah perbincangan merupakan kaedah yang mampu menggalakkan

interaksi dua hala untuk berlaku. Walau bagaimanapun, masih terdapat

kelemahan dalam kaedah ini. Ini kerana masih terdapat murid yang pasif

terutamanya murid yang lemah dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.

Hasil daripada pemerhatian lain iaitu sesi P&P tahun tiga saya mendapati

bahawa guru Bahasa Melayu iaitu Encik Zakaria bin Ahmad menunjukkan

cara penggunaan kamus dewan bagi mencari makna perkataan yang sukar

dan diikuti oleh murid. Ini bertepatan dengan apa yang diperkatakan oleh Mok

Soon Sang (2003), bahawa kaedah tunjuk cara memerlukan guru membuat

demonstrasi di hadapan murid. Selain itu, Encik Zakaria juga ada

mengaplikasikan kaedah penyelesaian masalah dengan memberikan murid

situasi untuk diselesaikan iaitu membina ayat baru dengan menggunakan

perkataan seerti yang mereka jumpai di dalam kamus bersama-sama rakan-

rakan kumpulan.

Berdasarkan pemerhatian yang dibuat, saya dapati bahawa murid lebih

memahami sesuatu yang dibincangkan. Ini bertepatan dengan pepatah

bahasa Inggeris yang mengatakan bahawa “Saya dengar saya lupa, saya

lihat saya ingat dan apabila saya buat saya lebih memahami”

(http://www.quotedb.com/quotes/1492). Abdul Rahim Abdul Rashid et.al.

(2000), turut menyokong pepatah ini dengan merujuk kaedah tunjuk cara

dalam P&P berdasarkan pepatah ini. Kaedah tunjuk cara yang digunakan oleh

guru benar-benar memudahkan murid dalam memahami cara penggunaan

kamus dewan dan seterusnya memudahkan mereka memahami makna setiap

perkataan yang sukar.

Selain itu, berdasarkan temu bual dengan Pn. Azila bt Mustafa iaitu guru

tahun enam berkenaan dengan kaedah pengajaran berpasukan yang

diaplikasikan olehnya saya dapati bahawa kaedah ini hanya sesuai

Page 8: Pengenalan Berasaskan Sekolah

diaplikasikan untuk murid-murid tahap dua. Ini kerana, menurut Mok Soon

Sang (2003), kaedah pengajaran berpasukan ini melibatkan guru-guru lain

dan guru-guru yang pakar untuk mengajar bersama-sama. Pengaplikasian

kaedah ini bagi murid tahap satu mungkin akan mendatangkan kekeliruan.

Implikasi kaedah pengajaran berpasukan ini saya lihat dari dua perspektif.

Pertama kaedah ini dilihat mendatangkan kebaikan kepada murid tahap dua

terutamanya murid tahun enam. Mankala, kaedah ini dilihat kurang berkesan

untuk diaplikasikan kepada murid tahap satu. Kaedah ini bersesuaian dengan

murid tahun enam adalah kerana murid-murid tahun enam memerlukan

bimbingan yang intensif terutamanya dari pada guru-guru pakar supaya

mereka dapat menjawab peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah

(UPSR) dengan lebih berkesan. Maka kolaborasi daripada semua guru

bahasa sangat dituntut bagi mamberikan bimbingan kepada murid-murid

tahun enam.

Teknik yang biasa guru gunakan di dalam P&P pula iaitu teknik permainan

bahasa, latih tubi, bercerita, sumbangsaran, simulasi dan main peranan. Hasil

daripada soal selidik yang dibuat, kelima-lima orang guru yang ditemu bual

mengaplikasikan teknik permainan bahasa, latih tubi, bercerita, dan

sumbangsaran di dalam P&P. Manakala, hanya dua orang guru

mengaplikasikan teknik simulasi dan tiga orang guru mengaplikasikan teknik

main peranan dalam P&P bahasa Melayu mereka.

Semasa sesi pemerhatian saya sempat melihat guru iaitu Pn. Hazimah bt

Mohd Salleh mengaplikasikan teknik permainan bahasa melalui permaianan

“Radio Rosak”. Hal ini demikian kerana, hasil pembelajaran yang diajar oleh

guru pada hari tersebut iaitu menyampaikan pesanan berkenaan sesuatu

perkara. Hasil daripada pemerhatian, murid sangat seronok mempelajari

pembelajaran pada hari tersebut dengan pengaplikasian teknik permainan

bahasa. Murid juga lebih memberikan tumpuan dan melibatkan diri secara

aktif di dalam P&P. Ini juga disokong oleh Adenan Ayob dan Khairuddin

Mohamad (2012), bahawa permainan bahasa mampu merangsang interaksi

verbal murid, menambah kefasihan dan keyakinan, menyediakan konteks

Page 9: Pengenalan Berasaskan Sekolah

pembelajaran yang terbuka dan luas, bertindak sebagai alat yang mampu

menghilangkan kebosanan dan dapat bertindak sebagai alat pemulihan,

pengukuhan dan pengayaan.

Saya juga sempat memerhatikan sesi P&P bahasa Melayu tahun empat.

Encik Zuki bin Abdullah mengaplikasikan teknik bercerita dan simulasi semasa

sesi P&P berkenaan pencemaran sungai. Murid diminta oleh guru untuk

bercerita pengalaman mereka berkelah di sungai. Murid juga diarahkan untuk

main peranan watak seorang warga yang prihatin iaitu membersihkan sungai

dengan mengutip sampah-sarap yang ada di sekitar sungai.

Implikasi daripada sesi P&P ini saya lihat murid lebih menghayati tajuk

perbincangan mengenai pencemaran sungai. Murid juga dapat membuat

generalisasi perkara yang boleh dilakukan dan tidak semasa berkelah di

sungai. Kesan lain iaitu murid dapat mempertingkatkan kecekapan berbahasa

mereka melalui aktiviti bercerita. Malah, menurut Adenan Ayob dan Khairudin

Mohamad (2012), melalui bercerita aspek kognitif, afektif dan psikomotor

murid dapat diperkembangkan.

Selain itu, guru juga mengaplikasikan teknik latih tubi dalam P&P mereka.

berdasarkan hasil temu bual dengan guru-guru. Setiap daripada mereka

memberitahu bahawa mereka kerap memberikan latih tubi kepada murid-

murid pada akhir sesi P&P. Tambahan pula, ada di antara mereka yang

membekalkan murid dengan kerja tambahan untuk disiapkan di rumah.

Guru-guru menyatakan bahawa teknik latih tubi merupakan salah satu

teknik yang berkesan dalam pengajaran bahasa. Perkara ini disokong oleh

Adenan Ayob dan Khairuddin Mohamad (2012) bahawa teknik latih tubi

sememangnya sesuai digunakan untuk pengajaran Bahasa Melayu. Teknik ini

membolehkan mereka untuk mengesan tahap kefahaman murid terhadap sesi

pengajaran mereka. Tambahan pula, rata-rata guru yang ditemu bual

mengatakan bahawa melalui teknik ini murid lebih memahami sesi P&P pada

hari tersebut melalui latih tubi yang diberi.

Page 10: Pengenalan Berasaskan Sekolah

Guru-guru juga kebanyakkannya mengaplikasikan teknik sumbangsaran

dalam P&P bahasa. Teknik sumbangsaran ini merupakan teknik perbincangan

kreatif untuk mendapatkan beberapa idea dari sesuatu kumpulan dalam masa

yang singkat dan terkawal (Institut bahasa, 1994). Semasa pemerhatian sesi

P&P Pn. Salbani beliau ada mengaplikasikan teknik sumbangsaran iaitu

dengan bertanyakan kepada murid berkenaan dengan makanan yang sihat

yang boleh diamalkan dalam pemakanan seharian.

Implikasi daripada teknik ini, sesi P&P lebih menarik dan produktif. Hal ini

demikian kerana murid berpeluang menyatakan idea mereka dengan bebas

tanpa dikritik oleh mana-mana pihak. Selain itu, murid yang lemah lebih

berkeyakinan untuk menjawab soalan daripada guru kerana mereka tidak

akan dikritik oleh rakan-rakan yang pandai.

Kesimpulannya, guru-guru Bahasa Melayu perlu mempelbagaikan kaedah

dan teknik pengajaran bahasa agar sesi P&P lebih menarik dan

memberangsangkan memandangkan jiwa murid-murid sekolah rendah masih

keanak-anakkan dan memerlukan sesi P&P yang lebih santai berbanding

murid sekolah menengah dan pelajar peringkat Institut Pengajian Tinggi Awam

(IPTA) mahupun Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS).

Page 11: Pengenalan Berasaskan Sekolah

4.0Penilaian kendiri terhadap penyataan professional

Berdasarkan tugasan ini, saya merasakan bahawa objektif tugasan secara

keseluruhan adalah tercapai. Hal ini demikian kerana, saya berjaya mendapatkan

dapatan yang diperlukan oleh tugasan secara terperinci melalui tiga kaedah

pengumpulan maklumat yang utama. Kaedah pengumpulan maklumat yang saya

gunakan iaitu kaedah pemerhatian, kaedah soal selidik dan kaedah temu bual.

Proses pencarian dapatan tugasan adalah sangat sukar dan merumitkan. Bagi

mendapatkan dapatan kajian yang benar-benar sahih dan terperinci saya perlu

membuat pemerhatian sesi P&P Bahasa Melayu untuk tiap-tiap tahun persekolahan

bagi melihat kepelbagaian kaedah yang digunakan oleh guru. Selain itu,

pemerhatian sesi P&P ini sangat penting untuk dilakukan kerana kebanyakkan guru

mengakui bahawa mereka kurang mengingati istilah-istilah yang terkandung di

dalam kaedah dan teknik pengajaran bahasa. Oleh hal yang demikian, mereka

meminta saya untuk turut serta dalam sesi P&P mereka dan menilai sendiri teknik

dan kaedah yang digunakan oleh mereka mengikut perspektif dan pemahaman saya

berkenaan dengan kedua-dua item tersebut. Berdasarkan pemerhatian tersebut,

saya memperoleh pendedahan awal tentang pembelajaran murid.

Namun, saya turut menhadapi masalah dalam pencapaian objektif tugasan

kerana saya kesuntukkan masa. Ini kerana, persekolahan hanya berlangsung

selama tiga hari. Maka saya memerlukan usaha yang lebih dengan merapatkan diri

dengan guru bahasa bagi mendapatkan dapatan mengenai tugasan. Lantaran

daripada masalah ini saya dapat melatih diri saya untuk menjadi seorang guru yang

lebih menghargai masa. Masalah ini turut dapat mengajar saya untuk menjadi guru

yang kreatif dalam memikirkan jalan penyelesaian bagi setiap masalah yang timbul.

Selain itu, tugasan ini banyak memberikan impak yang positif kepada diri saya

sebagai bakal guru. Ini kerana, melalui pemerhatian sesi P&P guru saya lebih yakin

untuk melaksanakan prktikum bagi semester hadapan. Selain itu, saya juga mula

sedar kepentingan teknik dan kaedah pengajaran bahasa dalam mata pelajaran

Bahasa Melayu. Tugasan ini juga mampu meningkatkan pemahaman saya

Page 12: Pengenalan Berasaskan Sekolah

berkenaan teknik dan dan kaedah pengajaran bahasa. Ini kerana, saya sangat

lemah berkenaan dengan kedua-dua item ini. Berdasarkan kerja lapangan amali ini

saya lebih memahami apa yang dikatakan sebagai teknik dan kaedah dalam

pengajaran bahasa. Saya juga dapat mempertingkatkan kemahiran berinteraksi

saya melalui proses pencarian maklumat yang menuntut saya berinteraksi dengan

pelbagai pihak.

Penambahbaikkan boleh dibuat iaitu saya perlulah merancang jadual kerja

dengan lebih tersusun dan rapi dengan membuat pelbagai perancangan untuk satu-

satu masa. Oleh itu, tidak akan berlaku gangguan pencarian maklumat. Selain itu,

saya juga boleh membuat janji temu dengan semua guru bahasa yang ada di

sekolah tersebut supaya saya tidak terlepas untuk mendapatkan maklumat daripada

mereka. Melalui temu janji tersebut, saya tidak akan berhadapan dengan masalah

untuk mendapatkan kerjasama dari guru bagi menjalankan soal selidik dan temu

bual dengan mereka.

Penambahbaikkan lain iaitu saya perlu membuat pembacaan yang meluas

berkenaan dengan kaedah dan teknik yang digunakan oleh guru semasa

pengajaran Bahasa Melayu. Oleh itu, saya lebih mudah untuk mengkategorikan

kaedah dan teknik yang digunakan oleh guru semasa sesi P&P berlangsung. Saya

juga perlu berlatih untuk berkomunikasi dengan lebih baik supaya maklumat dapat

dicari dengan mudah. Ini kerana, seseorang akan lebih selesa untuk berkerja

dengan orang yang mesra dan peramah. Maka saya perlu menjadi lebih peramah

untuk diterima dan disayangi oleh orang disekeliling saya.

Kesimpulannya, tugasan ini banyak memberikan faedah kepada diri saya untuk

menjadikan saya seorang pendidik yang berketrampilan dan berwibawa. Tugasan ini

juga dapat meningkatkan profesionalisme keguruan saya dengan lebih baik.