Tugasan Pengalaman Berasaskan Sekolah
-
Upload
man-saint-loco -
Category
Documents
-
view
200 -
download
9
description
Transcript of Tugasan Pengalaman Berasaskan Sekolah
Bagi tugasan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS 3103) PISMP Semester 3 kali ini, pelajar
PISMP Ambilan Januari 2012 dari Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman yang
mengambil kursus minor Pendidikan Jasmani dan Kesihatan telah diberi tugasan untuk
menjalankan pemerhatian di sekolah di mana PBS dijalankan. Pemerhatian dilakukan terhadap
program Pendidikan Jasmani yang mencakupi prasarana, etika pakaian dan etika dalam
melakukan aktiviti.
Semasa di sekolah, saya bersama seorang rakan telah melawat stor sukan sekolah di
Sekolah Anak-Anak Angkatan Tentera di Kem Tok Jalai, Jitra. Di sekolah tersebut memang
terdapat sebuah stor yang menyimpan alatan Pendidikan Jasmani. Semua peralatan disusun
dengan sangat kemas pada pandangan saya. Setiap peralatan diletakkan di atas rak khusus
dan dikelaskan mengikut fungsi dan ciri-ciri alatan tersebut. Pemerhatian yang saya lakukan
ketika kelas Pendidikan Jasmani diadakan ialah alatan yang digunakan bagi mengajar murid
adalah mencukupi bagi saiz kelas yang diajar memandangkan secara puratanya jumlah murid
dalam sebuah kelas ialah 30 orang dan jumlah alatan pula sentiasa melebihi jumlah murid.
Pada kebanyakan masa, guru Pendidikan Jasmani membawa murid-murid melakukan
aktiviti di atas gelanggang simen. Melalui pemerhatian saya tidak ada padang khusus yang
boleh dijadikan sebagai kawasan permainan di sekolah tersebut. Namun begitu, aktiviti yang
dijalankan adalah sesuai dengan kawasan permainan dan gelanggang tersebut pula dalam
keadaan baik. Apabila meneliti semula stor sukan sekolah dan aktiviti pendidikan jasmani yang
diadakan, kami mendapati tidak terdapat alat-alat reka ganti yang diusahakan oleh guru. Murid
menggunakan alatan yang sedia ada. Hal ini menunjukkan bahawa guru-guru Pendidikan
Jasmani di sekolah tersebut tidak mengamalkan pemikiran kreatif dan inovasi dalam melakukan
penambahbaikan demi keselamatan dan variasi permainan agar lebih menarik.
Stor sukan sekolah berada dalam keadaan
kemas
Kawasan permainan (gelanggang) dalam
keadaan baik
Stor sukan sekolah (Bilik PJK) bersebelahan dengan Bilik Sukan dan terletak tidak jauh dari
gelanggang.
Pemerhatian yang dijalankan semasa kelas Pendidikan Jasmani oleh kelas Tahun 2
Aman dan Tahun 3 Aman yang masing-masing bawah seliaan Encik Zamri dan Encik Pengiran
mendapati bahawa semua guru dan murid berpakaian sesuai dan kemas untuk kelas tersebut.
Murid lelaki khususnya dididik untuk memasukkan baju ke dalam seluar (tuck-in) supaya
nampak lebih kemas dan memandangkan perkara tersebut merupakan etika berpakaian yang
betul bagi lelaki.
Encik Zamri (guru PJ) berpakaian sukan yang
kemas dan sesuai mengikut aktivitiPelajar perempuan berpakaian sukan
Pelajar lelaki berpakaian sukan
Semasa aktiviti dijalankan, peralatan yang digunakan adalah sesuai dengan aktiviti yang
dirancang. Sebagai contoh, Encik Zamri memilih untuk menggunakan skittle kecil untuk
menandakan sempadan sesuatu kawasan permainan daripada menggunakan skittle besar
yang lebih berat dan bepotensi mendatangkan kecederaan kepada murid. Bola yang digunakan
juga bersaiz kecil, sesuai dengan saiz tubuh rata-rata murid Tahun 3 Aman, kerana bola besar
dikhuatiri akan mendatangkan mudarat kepada murid.
Guru menggunakan skittle kecil sebagai penanda kawasan permainan.
Seterusnya, melalui pemerhatian saya, terdapat persamaan dan perbezaan antara
Pendidikan Jasmani pada Tahap 1 dengan Tahap 2. Antara persamaan pada kedua-dua tahap
ialah aktiviti yang dijalankan mementingkan elemen kecergasan. Kecergasan menitikberatkan
keupayaan murid melakukan aktiviti fizikal secara berterusan tanpa merasa lesu. Tumpuan
diberi kepada komponen kecergasan fizikal berasaskan kesihatan dan perlakuan motor.
Persamaan yang kedua ialah dari aspek kemahiran yang menitikberatkan keupayaan
murid melakukan kemahiran daripada aspek pergerakan otot besar dan otot halus. Tumpuan
diberi kepada kemahiran asas dalam permainan, olahraga, gimnastik, pergerakan kreatif dan
rekreasi. Persamaan yang ketiga ialah dari aspek kesukanan yang menitikberatkan kefahaman
dan pengetahuan bagi mengukuhkan amalan pendidikan jasmani dan sukan. Tumpuan diberi
kepada aspek keselamatan, pengurusan, kerjaya, etika dan isu-isu dalam pendidikan jasmani
dan sukan.
Selain daripada mempunyai persamaan, Pendidikan Jasmani pada kedua-dua tahap
ternyata mempunyai perbezaan yang sangat besar. Antara perbezaan yang ketara ialah aktiviti
bagi murid Tahap 1 adalah lebih mudah dan ringan jika dibandingkan dengan aktiviti murid
Tahap 2 yang lebih kompleks. Selain itu, dari segi peralatan pula, murid Tahap 2 dibenarkan
menggunakan alatan yang lebih besar. Alatan yang digunakan merupakan alatan yang
sebenar. Sebagai contoh, semasa Tahap 1 , murid hanya dibenarkan menggunakan bola baling
yang bersaiz lebih kecil daripada bola sepak sebenar semasa bermain bola sepak supaya
mereka dapat menguasai kemahiran asas dalam permainan tersebut dengan mudah. Secara
tidak langsung, saiz yang lebih kecil lebih selamat bagi mereka.
Di samping itu, perbezaan lain yang dapat dilihat ialah murid Tahap 1 diajar di bawah
kawalan sepenuhnya oleh guru. Mereka mendengar saja setiap arahan guru. Manakala murid
Tahap 2 cenderung untuk diberi tugasan berkumpulan dan diberi kepercayaan untuk melakukan
tugasan secara berkumpulan kerana perkembangan kognitif mereka lebih ke hadapan
berbanding murid Tahap 1.
Berdasarkan pemerhatian saya ketika kelas Pendidikan Jasmani Tahun 3 Aman bawah
seliaan Encik Zamri, beliau memang mematuhi etika latihan dengan memulakan aktiviti dengan
sesi memanaskan badan. Aktiviti pemanasan badan ialah lompat bintang, lari mengelilingi
gelanggang dan lari tendang belakang. Semua sekali mengambil masa selama 10 minit.
Aktiviti Memanaskan Badan
Lompat bintang
Berlari mengelilingi gelanggang
Lari tendang belakang
Tidak ketinggalan juga, setelah selesai melakukan aktiviti Pendidikan Jasmani, Encik Zamri
telah mengarahkan murid Tahun 3 Aman melakukan aktiviti menyejukkan badan.
Aktiviti Menyejukkan Badan
Meregangkan tangan Menggerak-gerakkan tangan
Menggerak-gerakkan kaki Menarik nafas dan menghembus kuat
Berdasarkan temu bual saya bersama beberapa guru Pendidikan Jasmani Sekolah
Kebangsaan Anak-Anak Angkatan Tentera, mereka memberitahu bahawa cuma terdapat tiga
masalah utama yang dialami ketika sesi pengajaran dan pembelajaran. Tiga masalah tersebut
ialah sikap murid, kekangan masa dan prasarana.
Di Sekolah Kebangsaan Anak-Anak Angkatan Tentera, kebanyakan murid sangat
agresif, tidak mengira lelaki atau perempuan. Mereka sangat aktif sehingga kadang-kadang
sukar bagi guru untuk mengawal tingkah laku mereka. Bagi guru-guru yang sudah lama
berkhidmat di situ, mudah bagi mereka untuk mengawal tingkah laku murid kerana sudah biasa
mengalami situasi tersebut dan murid pula sudah biasa dengan guru mereka.
Namun begitu, masalah timbul apabila guru-guru baru mula masuk. Murid-murid
mempunyai satu ‘mindset’ iaitu guru-guru yang baru masuk mengajar merupakan guru yang
baik dan tidak mudah marah serta senang dibawa bermain. Maksudnya di sini, mereka
mengambil mudah kehadiran guru-guru baru. Tambahan pula, pengalaman semasa praktikum
belum tentu cukup untuk membantu mereka mengawal tingkah laku pelajar pada awal
kemasukan mereka ke sekolah tersebut. Maka, guru-guru kebiasaannya menggunakan nada
yang tinggi ketika mengajar supaya suara mereka dapat menyaingi suara murid. Selain itu, guru
juga menggunakan pendekatan yang lebih mengutamakan hubungan guru-murid supaya murid
lebih mendengar kata dan berasa selesa dengan guru mereka.
Masalah kedua yang dialami ialah kekangan masa untuk setiap aktiviti dijalankan.
Sebelum ini, tempoh satu-satu masa pembelajaran ialah 40 minit. Ada guru yang mengatakan
bahawa 40 minit sebelum ini adalah cukup bagi mencapai objektif pembelajaran pada masa itu.
Namun begitu, kini satu masa dihadkan selama 30 minit sahaja. Maka, apabila masa semakin
disingkatkan, objektif pembelajaran sering tidak dapat dicapai, ditambah pula dengan masalah
tingkah laku murid yang kadang-kadang sukar dikawal. Kebiasaannya, dua masa (1 jam)
diperuntukkan untuk kelas Pendidikan Jasmani. Kata guru Pendidikan Jasmani sendiri, 1 jam
sebenarnya tidak begitu relevan kerana banyak perkara perlu dilakukan dalam satu-satu sesi.
Pada pemerhatian saya, ketika Encik Zamri mengajar Pendidikan Jasmani, beliau sentiasa
memerhatikan jamnya dan setiap aktiviti berlangsung kira-kira 10 minit. Beliau nampak tergesa-
gesa ketika kelas dijalankan. Namun begitu, kelasnya berjalan dengan lancar dan teratur.
Masalah ketiga yang dihadapi oleh sekolah ini ialah ketiadaan padang. Kadang-kadang,
terdapat aktiviti yang memerlukan murid untuk menggunakan padang contohnya bermain bola
sepak, bola jaring dan lain-lain aktiviti padang. Umum mengetahui jika ada padang, maka ada
rumputnya. Rumput yang terdapat di padang sebenarnya membantu menyerap daya hentakan
yang dihasilkan tubuh badan ketika bermain sekaligus mengurangkan risiko kecederaan kerana
sifat rumput dan tanah yang lembut dan pasti tidak akan menyebabkan kesan calar sekiranya
tersungkur dan terjatuh. Sekolah ini bergantung kepada kawasan permainan yang berbentuk
gelanggang. Gelanggang merupakan kawasan yang agak berisiko kerana sifatnya yang keras
dan tidak menyerap kesan hentakan. Permukaannya yang kasar akan menghasilkan geseran
teruk antara permukaan gelanggang dengan kulit tubuh badan sekiranya murid terjatuh atau
tersungkur. Memang ada aktiviti yang perlu menggunakan gelanggang tetapi bukan semuanya
sesuai dimainkan di kawasan tersebut.
Berdasarkan pemerhatian yang telah saya jalankan di Sekolah Anak-Anak Angkatan
Tentera di Kem Tok Jalai, Jitra, saya mendapati bahawa aktiviti Pendidikan Jasmani yang
diadakan menepati keperluan dalam rancangan pengajaran tahunan. Guru-guru yang mengajar
sangat berdedikasi dan memberi sepenuh komitmen ketika mengajar. Mereka tidak ketinggalan
menerapkan nilai murni ketika mengajar contohnya menerima teguran sebagai suatu
pengajaran. Jadi, saya sebagai bakal guru perlu sentiasa bersemangat dan bersedia
sepenuhnya untuk mengendalikan satu-satu kelas supaya saya mudah mengawal kelas.
Tambahan pula, saya sebagai rol model kepada murid perlu menunjukkan nilai-nilai
positif sepanjang masa agar menjadi ikutan murid-murid. Guru-guru di sekolah itu juga bijak
dalam membina hubungan antara mereka dengan murid. Jadi, murid-murid berasa selesa dan
tidak terancam serta mudah mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran. Pemerhatian yang
saya lakukan di sekolah-sekolah sewaktu Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) yang
sebelum ini mendapati bahawa guru yang tegang dan garang tidak dapat menarik perhatian
pelajar sepenuhnya kepada aktiviti pengajaran dan pembelajaran kerana mereka takut
dimarahi. Isi pembelajaran pula tidak dapat dihayati dan difahami sepenuhnya kerana guru
terlalu mengejar objektif pembelajaran pada hari tersebut. Jadi, untuk menjadi guru yang baik,
saya perlu bersikap tegas tetapi pada masa yang sama ada sifat kompromi dan memahami
pelajar supaya isi pembelajaran dapat disampaikan dengan mudah.
Dari segi prasarana pula, saya mendapati bahawa sekolah ini mempunyai semuanya
kecuali padang. Sekolah ini bergantung sepenuhnya dengan penggunaan gelanggang untuk
menjalankan aktiviti Pendidikan Jasmani. Bagi saya, sebagai guru yang baik dan
bertanggungjawab, saya harus mencuba sedaya-upaya untuk mendapatkan bantuan atau dana
dalam usaha untuk memperkukuhkan lagi kelengkapan prasarana di sekolah saya. Guru-guru
di sini perlu lebih proaktif dalam memastikan sesi pengajaran dan pembelajaran berjalan
dengan lancar. Pada pendapat saya, pihak pentadbiran perlu mempertimbangkan untuk
memohon kepada pihak yang berkenaan untuk menambah infrastruktur dan prasarana serta
alatan yang kurang supaya aktiviti Pendidikan Jasmani dapat dijalankan dengan lebih mudah
dan tanpa apa-apa gangguan serta memberi keselesaan kepada kedua-dua pihak guru
mahupun murid.
Di samping itu, berdasarkan pemerhatian yang saya lakukan, guru-guru di sini tidak
kreatif dalam menghasilkan alat–alat reka ganti dan juga tidak menggalakkan murid mereka
berfikiran kreatif serta memupuk kemahiran inovasi dalam diri mereka. Ketika saya dalam
Semester 2 PISMP untuk subjek PJM 3102, saya dan pelajar-pelajar lain banyak mencipta alat
reka ganti yang lebih selamat, lebih menarik, lebih berkesan dan lebih melucukan kerana
sifatnya yang jauh berbeza dengan alatan sebenar walaupun mempunyai fungsi yang sama.
Melalui alat reka ganti ini juga, bahan-bahan yang mesra pengguna digunakan untuk
mengurangkan risiko kecederaan disebabkan alatan semasa bermain. Saya yakin, melalui alat
reka ganti yang dicipta oleh guru, murid-murid akan lebih berminat dalam sesi pengajaran dan
pengajaran Pendidikan Jasmani kerana mereka tertarik kepada alat reka ganti yang unik,
menarik dan tidak pernah dilihat sebelum ini. Apabila murid tertarik kepada sesuatu maka
mereka akan berasa teruja untuk menggunakannya. Jadi ini akan menjadikan Pendidikan
Jasmani lebih bermakna.
Selain itu, dari aspek pakaian pula, guru dan murid mengenakan pakaian sukan yang
sesuai. Namun begitu, pada suatu hari, sedang saya berjalan-jalan melihat persekitaran
sekolah, saya ternampak seorang guru dalam lingkungan umur 50-an mengenakan pakaian
sukan yang tidak kemas. Beliau tidak memasukkan baju ke dalam seluar dan menggunakan
baju yang tidak kelihatan seperti baju Pendidikan Jasmani. Bagi saya, hal ini tidak dapat
diterima kerana guru merupakan rol model kepada murid. Murid-murid cenderung untuk meniru
perbuatan orang dewasa. Jadi pada saya, guru tersebut harus sedar bahawa dirinya menjadi
perhatian murid dan berubah penampilan. Jika guru tersebut berterusan begitu, maka murid
akan beranggapan bahawa tidak salah bagi mereka untuk tidak memasukkan baju ke dalam
seluar kerana guru mereka juga begitu. Jadi, perkara ini memberi ikhtibar kepada saya untuk
terus mengaplikasikan apa yang saya belajar sepanjang berada di Institut Pendidikan Guru
Kampus Darulaman dan akan diteruskan sehingga akhir hayat saya kerana para guru
cenderung untuk meninggalkan amalan institut sesudah berada di sekolah. Bagi saya, dalam
mendidik anak murid, guru itu sendiri perlu membetulkan dirinya terlebih dahulu supaya
perbuatannya tidak akan dipersoalkan oleh murid dan mana-mana pihak.
Melalui amalan guru-guru di sekolah ini, aktiviti Pendidikan Jasmani bagi murid Tahap 1 dan
Tahap 2 adalah berbeza. Bagi saya, apa yang dilakukan oleh guru-guru tersebut adalah sesuai
kerana murid Tahap 1 tidak boleh melakukan sesetengah aktiviti murid Tahap 2 kerana aktiviti-
aktiviti yang diakukan lebih kompleks manakala murid Tahap 2 tidak boleh melakukan aktiviti
murid Tahap 1 kerana terlalu senang kerana sudah didedahkan sebelum ini dan hal ini boleh
menyebabkan murid menjadi bosan dan seterusnya mencetuskan masalah tingkah laku. Guru-
guru di sini ternyata menitikberatkan keselamatan murid dan mengambil kira perkembangan
murid berdasarkan penggunaan alatan dan kaedah kawalan kelas. Murid Tahap 1 yang bersaiz
lebih kecil disuruh menggunakan alatan lebih kecil dan lembut supaya mudah dikawal dan
sesuai dengan keadaan mereka manakala murid Tahap 2 yang bersaiz lebih besar dibenarkan
menggunakan alatan sebenar untuk mendedahkan mereka dengan gaya permainan yang
sebenar. Namun begitu, dalam Pendidikan Jasmani bagi kedua-dua tahap, teras Pendidikan
Jasmani tidak pernah berubah iaitu dari aspek kecergasan, kemahiran dan kesukanan. Perkara
ini dapat dijadikan panduan buat saya apabila ditugaskan di sekolah nanti supaya tidak
terpesong daripada tunjang pengajaran Pendidikan Jasmani di atas. Melalui Pengalaman
Berasakan Sekolah sebelum ini, saya telah melihat bahawa ada dalam kalangan guru-guru
Pendidikan Jasmani menjalankan aktiviti dengan sambil lewa. Kadang-kadang, setiap masa
Pendidikan Jasmani murid disuruh bermain bola sepak. Hal ini akan mempengaruhi
perkembangan kognitif, fizikal dan emosi mereka kerana tidak ada perubahan dalam aktiviti.
Seterusnya,