Pengenalan Distance Learning

2
Pengenalan Pada era globalisali kini, pasaran pekerjaan sangat kompetitif. Setiap tahun beribu-ribu graduan di lahirkan oleh institusi-institusi pengajian tinggi dalam dan luar Negara. Graduan-graduan ini mempunyai kelulusan akademik di dalam pelbagai lapangan ilmu. Namun peluang kerjaya pada ketika ini adalah sangat terhad. Ini kerana bilangan graduan yang dilahirkan setiap tahun semakin bertambah kerana bilangan intitusi pengajian tinggi semakin bertambah. Ada graduan yang mencari pekerjaan dengan kerajaan, namun peluang pekerjaan yang ditawarkan oleh kerajaan juga sangat terhad. Dengan itu, graduan-graduan ini sama ada bekerja dengan pihak swasta atau melibatkan diri dalam bidang perniagaan. Dengan ribuan graduan memasuki pasaran pekerjaan, majikan mempunyai banyak pilihan kerana bekalan melebihi permintaan. Namun majikan menghadapi masalah apabila kebanyakan graduan yang dilahirkan tidak mempunyai kemahiran yang diperlukan. Keperluan memenuhi kehendak para majikan adalah sesuatu yang amat penting bagi seorang pekerja. Oleh hal yang demikian kajian berkaitan dengan kemahiran yang diperlukan oleh majikan adalah sesuatu yang sangat berfaedah bagi melihat tahap dan keperluan kemahiran tersebut oleh para majikan. Satu kajian pernah dijalankan oleh sekumpulan penyelidik disebuah daerah di Amerika Syarikat. Objektif kajian mereka ini adalah untuk mengenalpasti apakah kemahiran yang harus ada pada seseorang pekerja atau graduan yang diperlukan kebanyakan majikan. Hasil daripada kajian yang dijalankan oleh penyelidik dari Amerika Syarikat itu menunjukkan bahawa rata-rata majikan memerlukan

description

distance learning

Transcript of Pengenalan Distance Learning

Page 1: Pengenalan Distance Learning

Pengenalan

Pada era globalisali kini, pasaran pekerjaan sangat kompetitif. Setiap tahun beribu-ribu

graduan di lahirkan oleh institusi-institusi pengajian tinggi dalam dan luar Negara. Graduan-

graduan ini mempunyai kelulusan akademik di dalam pelbagai lapangan ilmu. Namun

peluang kerjaya pada ketika ini adalah sangat terhad. Ini kerana bilangan graduan yang

dilahirkan setiap tahun semakin bertambah kerana bilangan intitusi pengajian tinggi semakin

bertambah. Ada graduan yang mencari pekerjaan dengan kerajaan, namun peluang pekerjaan

yang ditawarkan oleh kerajaan juga sangat terhad. Dengan itu, graduan-graduan ini sama ada

bekerja dengan pihak swasta atau melibatkan diri dalam bidang perniagaan. Dengan ribuan

graduan memasuki pasaran pekerjaan, majikan mempunyai banyak pilihan kerana bekalan

melebihi permintaan.

Namun majikan menghadapi masalah apabila kebanyakan graduan yang dilahirkan tidak

mempunyai kemahiran yang diperlukan. Keperluan memenuhi kehendak para majikan adalah

sesuatu yang amat penting bagi seorang pekerja. Oleh hal yang demikian kajian berkaitan

dengan kemahiran yang diperlukan oleh majikan adalah sesuatu yang sangat berfaedah bagi

melihat tahap dan keperluan kemahiran tersebut oleh para majikan. Satu kajian pernah

dijalankan oleh sekumpulan penyelidik disebuah daerah di Amerika Syarikat. Objektif kajian

mereka ini adalah untuk mengenalpasti apakah kemahiran yang harus ada pada seseorang

pekerja atau graduan yang diperlukan kebanyakan majikan. Hasil daripada kajian yang

dijalankan oleh penyelidik dari Amerika Syarikat itu menunjukkan bahawa rata-rata majikan

memerlukan seorang pekerja yang mempunyai kemahiran 3M iaitu membaca, menulis dan

mengira serta berfikiran kritis dan kreatif terhadap pekerjaan mereka. Tidak kurangnya juga

di Negara kita Malaysia, kemahiran-kemahiran asas seperti ini juga diperlukan selain

daripada kemahiran-kemahiran lain yang akan dikupas di bawah.

Page 2: Pengenalan Distance Learning

Kemahiran yang diperlukan majikan di Malaysia pada graduan

Menurut akhbar Borneo Post Online pada 05 Mac 2012, graduan yang muncul dari sistem

pendidikan di Malaysia gagal untuk memenuhi tuntutan dan harapan bakal majikan kerana

kekurangan kemahiran berfikir secara kritis dan pengetahuan bahasa berkomunikasi yang

terhad. Masalah ini dinyatakan oleh beberapa majikan daripada syarikat-syarikat swasta

semasa mereka menemuduga graduan yang memohon pekerjaan ke syarikat mereka.