Pengenalan kemahiran Norhasan.doc

6
Pengenalan Menurut kajian yang dibuat maka didapati bahawa pelaburan terhadap latihan kemahiran terus meningkat pesat berbanding beberapa dekad lalu untuk mengukuhkan lagi pelaksanaan ekonomi berasaskan pengetahuan,pembangunan teknologi, peningkatan produktiviti dan daya saing (Fong Chan Ong, 2006; ILO, 2003; Malaysia, 2001a, 2001b, 2001c; Kraak 1999; Lewin 1998; Carnoy, 1998; Davies & Guppy 1997; Steward 1996). Kerajaan (Malaysia, 2001a,b,c) dan penyelidikan lalu (seperti Dearden et al 2002; Psacharopoulos 1997; Decker & Campbell 1996; World Bank 1995;Lewin, 1993) menyarankan agar institusi latihan kemahiran awam dinilai selalu untuk mempastikan kecekapan dan keberkesanan program latihannya tercapai. Kelembapan ekonomi dan diikuti pula peningkatan pengangguran belia mengukuhkan lagi justifikasi untuk mengkaji keberkesanan program latihan kemahiran pra-pekerjaan yang dijalankan oleh institusi latihan ini bagi mempertingkatkan lagi keberkesanannya (NEAC, 2003; Malaysia, 2001c). Oleh yang demikian, kajian ini bertujuan membandingkan kompetensi tenaga kerja yang dikehendaki oleh majikan dan kompetensi tenaga kerja yang dihasilkan oleh institusi latihan kemahiran awam. Definisi Kompetensi Tenaga Kerja Definisi kompetensi boleh ditafsirkan dari berbagai dimensi. Dari prespektif ahli falsafah seperti Canto-Sperber dan Dupy, kompetensi diperlukan untuk kehidupan sempurna, bagi ahli antropologi pula seperti Goody, kompetensi membawa maksud kualiti umum yang diperlukan untuk kehidupan modern dan ahli sosiologi seperti Perrenoud, menyatakan kompetensi membolehkan individu melaksanakan autonominya dalam berbagai situasi sosial (dalam Rychen dan Salganik 2000). Dalam konteks kajian ini tafsiran kompetensi dan komponen kompetensi lebih terfokus kepada peranan individu dalam melaksanakan kegiatan ekonomi atau pekerjaannya. Bersandarkan teori modal manusia (Becker 1994) individu yang memiliki pendidikan dan latihan lebih produktif berbanding tenaga kerja yang tidak berpendidikan dan menerima latihan. Justeru itu, dengan pendidikan dan latihan kompetensi tenaga kerja boleh ditingkatkan. Ini bermakna kompeten merujuk kepada keupayaan individu melakukan tanggungjawab kerja, manakala kompetensi merujuk kepada prestasi sebenar individu dalam situasi tertentu (McConnell 2001). Definisi kompetensi merangkumi aspek bukan sahaja kemahiran asas akademik, tetapi meliputi berbagai tingkahlaku dan sikap

Transcript of Pengenalan kemahiran Norhasan.doc

Pengenalan

Menurut kajian yang dibuat maka didapati bahawa pelaburan terhadap latihan kemahiran terus meningkat pesat berbanding beberapa dekad lalu untuk mengukuhkan lagi pelaksanaan ekonomi berasaskan pengetahuan,pembangunan teknologi, peningkatan produktiviti dan daya saing (Fong Chan Ong, 2006; ILO, 2003; Malaysia, 2001a, 2001b, 2001c; Kraak 1999; Lewin 1998; Carnoy, 1998; Davies & Guppy 1997; Steward 1996). Kerajaan (Malaysia, 2001a,b,c) dan penyelidikan lalu (seperti Dearden et al 2002; Psacharopoulos 1997; Decker & Campbell 1996; World Bank 1995;Lewin, 1993) menyarankan agar institusi latihan kemahiran awam dinilai selalu untuk mempastikan kecekapan dan keberkesanan program latihannya tercapai. Kelembapan ekonomi dan diikuti pula peningkatan pengangguran belia mengukuhkan lagi justifikasi untuk mengkaji keberkesanan program latihan kemahiran pra-pekerjaan yang dijalankan oleh institusi latihan ini bagi mempertingkatkan lagi keberkesanannya (NEAC, 2003; Malaysia, 2001c). Oleh yang demikian, kajian ini bertujuan membandingkan kompetensi tenaga kerja yang dikehendaki oleh majikan dan kompetensi tenaga kerja yang dihasilkan oleh institusi latihan kemahiran awam.

Definisi Kompetensi Tenaga Kerja

Definisi kompetensi boleh ditafsirkan dari berbagai dimensi. Dari prespektif ahli falsafah seperti Canto-Sperber dan Dupy, kompetensi diperlukan untuk kehidupan sempurna, bagi ahli antropologi pula seperti Goody, kompetensi membawa maksud kualiti umum yang diperlukan untuk kehidupan modern dan ahli sosiologi seperti Perrenoud, menyatakan kompetensi membolehkan individu melaksanakan autonominya dalam berbagai situasi sosial (dalam Rychen dan Salganik 2000). Dalam konteks kajian ini tafsiran kompetensi dan komponen kompetensi lebih terfokus kepada peranan individu dalam melaksanakan kegiatan ekonomi atau pekerjaannya. Bersandarkan teori modal manusia (Becker 1994) individu yang memiliki pendidikan dan latihan lebih produktif berbanding tenaga kerja yang tidak berpendidikan dan menerima latihan. Justeru itu, dengan pendidikan dan latihan kompetensi tenaga kerja boleh ditingkatkan. Ini bermakna kompeten merujuk kepada keupayaan individu melakukan tanggungjawab kerja, manakala kompetensi merujuk kepada prestasi sebenar individu dalam situasi tertentu (McConnell 2001). Definisi kompetensi merangkumi aspek bukan sahaja kemahiran asas akademik, tetapi meliputi berbagai tingkahlaku dan sikap (Saterfiel dan McLarty 1995). Bowles dan Gintis (2002) dalam teori reproduksi sosialnya menjelaskan kejayaan individu di pasaran buruh bergantung kepada ciri-ciri personaliti berbanding kemahiran spesifik kerana majikan lebih mengutamakan etika serta nilai murni yang dimiliki oleh tenaga kerja.

Menurut Sherer and Eadie (dalam Cotton 1999) pula kompetensi bukannya kemahiran kerja spesifik, tetapi kemahiran yang merentasi tanpa mengira jenis industri dan hiraki pekerjaan dari peringkat rendah hinggalah ketua eksekutif. Resnick dan Wirt (dalam Leon dan Borchers, 1998) juga merumuskan kompetensi bukan hanya tertumpu kepada pekerjaan tertentu atau kluster sesuatu pekerjaan. Neill (1999) turut menyatakan kompetensi sebagai kemahiran yang penting di tempat kerja yang merentasi semua jenis pekerjaan dan bidang akademik. Sedangkan Hurd (2004) memberikan tafsiran kompetensi sebagai kemahiran, pengetahuan dan tingkahlaku yang diperlukan untuk cemerlang dalam melaksanakan pekerjaan. Clagett (dalam Imel, 1999) pula memberikan tafsiran kompetensi ini amat perlu kepada individu di semua peringkat pekerjaan. Tambahan pula, Australian Council for Education Research atau ACER (2002) merumuskan kompetensi sebagai kualiti tenaga kerja yang diperlukan bukan sahaja untuk berjaya dalam dunia pekerjaan malah dalam kehidupan. Kualiti tenaga kerja yang dimaksudkan termasuklah pintar, berkebolehan menyesuaikan diri dan fleksibel. Cotton (1999) pula menyatakan kompetensi sebagai kemahiran generik dan majikan mengutamakan kemahiran ini berbanding kemahiran spesifik pekerjaan berkenaan. Sedangkan Leon dan Borchers (1998) menegaskan majikan lebih mengutamakan pekerja yang memiliki nilai ketrampilan dalaman berbanding kebolehan akademik mahu pun teknikal. Bagi Zargari (1997) pula majikan inginkan pekerja yang mampu serta cemerlang dalam menampilkan kombinasi kemahiran teknikal dan kemahiran hubungan antara manusia. Kesimpulannya kompetensi kerja merupakan kebolehan bersifat umum dan diperlukan dalam apa juga jenis dan peringkat pekerjaan.

Komponen Kompetensi

Teori Kesepadanan Kerja (Arrow & Spencer 1979) menjelaskan kesepadanan antara pengetahuan, kemahiran dan sikap yang diperlukan oleh pasaran (majikan) dan apa yang dimiliki oleh tenaga kerja akan menentukan pulangan ekonomi dari pasaran buruh dan kemungkinan memperolehi pekerjaan. Beberapa negara berikut menyenaraikan komponen kompetensi yang perlu ada bagi setiap tenaga kerja, agar negara dan firma memiliki tenaga kerja yang berkualiti selari dengan tuntutan pasaran di era globalisasi. Di Amerika, Laporan SCANS (1991,1994) menyatakan pekerja yang kompeten mestilah memiliki tiga komponen kompetensi asas, kemahiran asas, kemahiran berfikir dan kualiti peribadi serta memiliki ketrampilan di tempat kerja dalam menggunakan sumbersumber, hubungan interpersonal, sistem maklumat dan teknologi. Sedangkan kajian Leon dan Borchers (1998) di Texas, Amerika, pula menyatakan sembilan komponen kompetensi yang diperlukan iaitu membaca, menulis, dan mengira, berkomunikasi, berfikiran kritis, berinteraksi dalam kumpulan, sentiasa memajukan diri, menguasai kemahiran komputer, sistem teknikal dan kepimpinan. Kajian oleh Moraine Park Technical College (dalam Neil, 1999) pula menyatakan kompetensi mengandungi tujuh kebolehan utama iaitu, bekerja dengan produktif, belajar dengan berkesan, berkomunikasi dengan jelas, berkerjasama, bertindak dengan penuh tanggungjawab, menilai diri secara positif, berfikir secara kritis dan kreatif.Jadual 1: Komponen Utama Kompetensi Mengikut Negara

Kompetensi 2000+ yang digariskan oleh The Conference Board of Canada, (1998) pula merangkumi kompetensi yang diperlukan untuk memasuki, kekal dan maju dalam dunia perkerjaan sama ada bekerja sendiri mahu pun bekerja makan gaji. Komponen kompetensi yang dimaksudkan termasuklah komunikasi, penyelesaian masalah, tingkahlaku dan sikap positif, adaptasi, berkerjasama dengan orang lain, dan penguasaan kemahiran sains, teknologi dan matematik. Di Australia pula, Kilpatrick dan Allen (2001) meramalkan kompetensi yang bertambah permintaannya dan perlu diterapkan dalam latihan vokasional ialah kemahiran untuk bekerja (idea, rekabentuk, innovasi, pemasaran, pemantauan dan pengurusan), soft skills (penyelesaian konflik, kepimpinan, pembinaan kumpulan dan komunikasi tempatkerja) celik huruf dan kemahiran mengira. ACER (2001), ACCI (2002) dan NCVER (2002a,b) merumuskan tenaga kerja yang diperlukan perlu memiliki kompetensi yang meliputi kemahiran asas, kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, kemahiran berfikir, kefahaman perhubungan, kemahiran organisasi, pembelajaran berterusan, personaliti dan kemahiran interpersonal.Kajian yang dibuat oleh Van Loo dan Semeijn (2001) dan Allen, Ramaekers & Van Der Velden (2003) di Belanda, menunjukkan pelatih yang ingin diambil bekerja oleh majikan perlulah menguasai teori, keadah dan teknik bidang pengkhususannya. Di samping itu, pelatih juga hendaklah berkebolehan menggunakan teknologi maklumat, berkebolehan berkomunikasi, berupaya merancang kerja, boleh menyelaras dan mengelola aktiviti di tempat kerja, memiliki ciri-ciri kepimpinan, berkejasama, kerja berpasukan, berdikari, berupaya mengharungi cabaran, ketepatan, menguasai pengiraan, berinisiatif, kreatif dan berorentasikan antarabangsa. Agensi buruh antarabangsa ILO (2001,2003) pula mengariskan tenaga kerja yang ingin dihasilkan bukan sahaja mampu menguasai bahasa asing, malah celik huruf, menguasai asas pengiraan, memiliki kualiti personal lagi kreatif, celik komputer serta berupaya menyelesaikan masalah diri, pekerjaan dan kehidupan. Skills Task Force Group di United Kingdom yang terdiri dari Dearden, McIntosh, Myck & Vignoles (2002) pula mengariskan penguasaan komunikasi, pembangunan diri dan pembelajaran, bekerja bersama, aplikasi pengiraan, penyelesaian masalah, menguasai teknologi maklumat & bahasa asing moden sebagai kompetensi yang perlu dibina kepada tenaga kerja yang akan memasuki pasaran buruh mahu pun yang telah bekerja. Malaysia turut menyenaraikan lapan komponen kompetensi yang berlu ada pada setiap tenaga kerja dalam ekonomi berasaskan pengetahuan iaitu kemahiran belajar, literasi, komunikasi, pemikiran kreatif, perancangan hidup, kerja berpasukan, kepimpinan, etika dan nilai (Malaysia 2002).

Kajian tempatan oleh Azmi Zakaria (1988) mendapati majikan meletakan ketepatan hadir bekerja, menampilkan rasa bertanggungjawab, bekerjasama dengan penyelia, dan memiliki sikap positif terhadap kerja sebagai ciri-ciri yang amat diperlukan oleh majikan. Ramli et al (2001) pula melakukan temuduga terhadap majikan bagi mengenalpasti persepsi majikan terhadap kompetensi di kalangan graduan politeknik dan sekolah teknik dan vokasional. Hasil penelitian beliau, di samping kemahiran teknikal, motivasi diri, kemahiran komunikasi, kemahiran sosial dan hubungan interpersonal, pemikiran kritis dan penyelesaian masalah, kemahiran keusahawanan dan sikap positif terhadap kerja merupakan komponen kemahiran di tempat kerja yang amat diperlukan dalam ekonomi berasaskan pengetahuan. Kajian oleh Van Loo dan Semeijn (2001) dan Allen, Ramaekers & Van Der Velden (2003) di Belanda, menunjukkan pelatih yang ingin diambil bekerja oleh majikan perlulah menguasai teori, keadah dan teknik bidang pengkhususannya. Di samping itu, pelatih juga hendaklah berkebolehan menggunakan teknologi maklumat, berkebolehan berkomunikasi, berupaya merancang kerja, boleh menyelaras dan mengelola aktiviti di tempat kerja, memiliki ciri-ciri kepimpinan, berkejasama, kerja berpasukan, berdikari, berupaya mengharungi cabaran, ketepatan, menguasai pengiraan, berinisiatif, kreatif dan berorentasikan antarabangsa. Agensi buruh antarabangsa ILO (2001,2003) pula mengariskan tenaga kerja yang ingin dihasilkan bukan sahaja mampu menguasai bahasa asing, malah celik huruf, menguasai asas pengiraan, memiliki kualiti personal lagi kreatif, celik komputer serta berupaya menyelesaikan masalah diri, pekerjaan dan kehidupan. Skills Task Force Group di United Kingdom yang terdiri dari Dearden, McIntosh, Myck & Vignoles (2002) pula mengariskan penguasaan komunikasi, pembangunan diri dan pembelajaran, bekerja bersama, aplikasi pengiraan, penyelesaian masalah, menguasai teknologi maklumat & bahasa asing moden sebagai kompetensi yang perlu dibina kepada tenaga kerja yang akan memasuki pasaran buruh mahu pun yang telah bekerja. Malaysia turut menyenaraikan lapan komponen kompetensi yang berlu ada pada setiap tenaga kerja dalam ekonomi berasaskan pengetahuan iaitu kemahiran belajar, literasi, komunikasi, pemikiran kreatif, perancangan hidup, kerja berpasukan, kepimpinan, etika dan nilai (Malaysia 2002). Kajian tempatan oleh Azmi Zakaria (1988) mendapati majikan meletakan ketepatan hadir bekerja, menampilkan rasa bertanggungjawab, bekerjasama dengan penyelia, dan memiliki sikap positif terhadap kerja sebagai ciri-ciri yang amat diperlukan oleh majikan. Ramli et al (2001) pula melakukan temuduga terhadap majikan bagi mengenalpasti persepsi majikan terhadap kompetensi di kalangan graduan politeknik dan sekolah teknik dan vokasional. Hasil penelitian beliau, di samping kemahiran teknikal, motivasi diri, kemahiran komunikasi, kemahiran sosial dan hubungan interpersonal, pemikiran kritis dan penyelesaian masalah, kemahiran keusahawanan dan sikap positif terhadap kerja merupakan komponen kemahiran di tempat kerja yang amat diperlukan dalam ekonomi berasaskan pengetahuan.