Pengenalan Kitab Tafsir

18
8/2/2019 Pengenalan Kitab Tafsir http://slidepdf.com/reader/full/pengenalan-kitab-tafsir 1/18   PENGENALAN Dalam topik ini, anda akan didedahkan dengan beberapa kitab Tafsir yang terkenal dalam bidang ini. Kitab-kitab ini akan dibahagikan mengikut cara yang digunakan oleh tokoh berkenaan dalam menafsirkan ayat-ayat al-Quran. Cara yang dimaksudkan ialah pentafsiran al-Quran bi al-MaÊthur dan tafsir bi al-RaÊyi. Anda akan diperkenalkan dengan tiga buah kitab yang diolah mengikut tafsir bi al-MaÊthur, dan tiga buah kitab tafsir yang diolah mengikut tafsir bi al-RaÊyi. Selain daripada dua jenis tafsir di atas, anda akan diperkenalkan juga dengan  beberapa kitab Tafsir moden. KITAB-KITAB TAFSIR BI AL-MA’THUR Dalam bahagian ini anda akan pelajari tentang tiga kitab Tafsir bi al-MaÊthur iaitu: T T o o p p i i 5 5   Pengenalan Beberapa Kitab Tafsir Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Menjelaskan tiga kitab yang dikarang mengikut tafsir bi al-MaÊthur;  2. Menerangkan tiga kitab Tafsir yang dikarang mengikut tafsir bi al- RaÊyi   ; dan 3. Men elaskan ti a kitab Tafsir moden serta en aran n a. HASIL PEMBELAJARAN 5.1

Transcript of Pengenalan Kitab Tafsir

Page 1: Pengenalan Kitab Tafsir

8/2/2019 Pengenalan Kitab Tafsir

http://slidepdf.com/reader/full/pengenalan-kitab-tafsir 1/18

 

  PENGENALAN

Dalam topik ini, anda akan didedahkan dengan beberapa kitab Tafsir yangterkenal dalam bidang ini. Kitab-kitab ini akan dibahagikan mengikut cara yangdigunakan oleh tokoh berkenaan dalam menafsirkan ayat-ayat al-Quran. Carayang dimaksudkan ialah pentafsiran al-Quran bi al-MaÊthur dan tafsir bi al-RaÊyi.Anda akan diperkenalkan dengan tiga buah kitab yang diolah mengikut tafsir bi al-MaÊthur, dan tiga buah kitab tafsir yang diolah mengikut tafsir bi al-RaÊyi.

Selain daripada dua jenis tafsir di atas, anda akan diperkenalkan juga dengan beberapa kitab Tafsir moden.

KITAB-KITAB TAFSIR BI AL-MA’THUR

Dalam bahagian ini anda akan pelajari tentang tiga kitab Tafsir bi al-MaÊthuriaitu:

TTooppiik k  55   Pengenalan

BeberapaKitab Tafsir

Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

1.  Menjelaskan tiga kitab yang dikarang mengikut tafsir bi al-MaÊthur;  

2.  Menerangkan tiga kitab Tafsir yang dikarang mengikut tafsir bi al- RaÊyi   ; dan

3.  Men elaskan ti a kitab Tafsir moden serta en aran n a.

HASIL PEMBELAJARAN

5.1

Page 2: Pengenalan Kitab Tafsir

8/2/2019 Pengenalan Kitab Tafsir

http://slidepdf.com/reader/full/pengenalan-kitab-tafsir 2/18

TOPIK 5 PENGENALAN BEBERAPA KITAB TAFSIR   85

•  Tafsir Ibn Abbas

•  Tafsir al-Tabari

•  Tafsir Ibn Kathir

5.1.1 Tafsir Ibn Abbas

Tafsir Ibn Abbas ialah kitab tafsir yang dikaitkan dengan Ibn Abbas r.a. dalamsebahagian besar daripada kandungan yang terdapat di dalam kitab ini. Kitab initelah dicetak berkali-kali di Mesir dengan nama „Tanwir al-Qanus min tafsir Ibn Abbas ‰. Ia dikumpulkan oleh Abu Tahir Muhammad bin YaÊkub al-Fairuz Abadial-Syafei iaitu pengarang al-Qamus al-Muhit.

Rajah 5.1: Tafsir Ibn Abbas

Ibn Abbas seperti juga sahabat-sahabat yang lain tidak pernah bertanyakan

ulama Yahudi yang memeluk Islam berkaitan perkara akidah atau perkara yang  bersangkutan dengan asas agama atau cabang-cabangnya. Malah, beliaumenerima sesuatu kebenaran yang tidak diragui kesahihannya terhadap kisah-kisah atau cerita-cerita lampau.

Keistimewaan Ibn Abbas ialah beliau merujuk kepada puisi Arab sebagairujukan untuk memahami lafaz-lafaz al-Quran. Ini kerana beliau seorang yangmahir dalam ilmu bahasa Arab dan mendalami himpunan puisi Arab. 

Page 3: Pengenalan Kitab Tafsir

8/2/2019 Pengenalan Kitab Tafsir

http://slidepdf.com/reader/full/pengenalan-kitab-tafsir 3/18

  TOPIK 5 PENGENALAN BEBERAPA KITAB TAFSIR86

5.1.2  Tafsir al-Tabari

Ibn Jarir al-Tabari dianggap ulama Tafsir yang ulung. Beliau bukan saja berilmu

dalam bidang Tafsir, malah dalam ilmu yang lain juga. Beliau telahmeninggalkan warisan yang amat berguna bagi umat Islam yang dimanfaatkanoleh generasi turun temurun. Antara bukunya yang amat terkenal ialah dalam

 bidang sejarah iaitu Tarikh al-Umam wa al-Muluk  dan dalam ilmu Tafsir iaitu  JamiÊu al-bayan fi tafsir al-QurÊan . Kedua-duanya merupakan rujukan yangpenting, bahkan buku Tafsirnya merupakan rujukan utama bagi ulama Tafsiryang menekankan tafsir bi al-MaÊthur .

Rajah 5.2: Tafsir al-tabari

Tafsir al-tabari dikarang dalam 30 juzuk, sebenarnya telah hilang. Tetapi denganizin Allah naskhah asal dijumpai di samping Gabenor pada masa itu iaituHamud bin Abdul Rasyid iaitu antara pemimpin Najd. Sejak itu, buku ini dicetak

 berulang kali menjadikan buku Tafsir bil maÊthur yang digunakan secara meluasdalam bidang ini.

Tafsir ini merupakan kitab Tafsir yang mempunyai nilai yang amat tinggi, yangmesti dipelajari dan dijadikan rujukan yang terpenting dalam ilmu Tafsir. Al-Suyuti pernah perkata bahawa Tafsir ini merupakan kitab yang paling agungdalam ilmu Tafsir. Ini adalah kerana ia membawa pendapat yang pelbagai dikalangan ulama Tafsir, kemudian ditarjihkan pendapat itu mengikut dalil-dalilyang lebih kuat. Ibn Jarir juga membuat kesimpulan daripada pendapat-pendapat ulama yang diutarakan itu. Al-Nawawi pula berkata bahawa umattelah bersepakat mengatakan tidak ada kitab Tafsir yang dikarang seumpamaini.

Page 4: Pengenalan Kitab Tafsir

8/2/2019 Pengenalan Kitab Tafsir

http://slidepdf.com/reader/full/pengenalan-kitab-tafsir 4/18

TOPIK 5 PENGENALAN BEBERAPA KITAB TAFSIR   87

Tafsir al-Tabari merupakan kitab tertua yang sampai ke tangan kita dengansempurna. Percubaan menafsirkan ayat-ayat al-Quran sebelumnya tidak sampaike tangan kita.

Metode yang digunakan oleh Ibn Jarir ialah apabila beliau ingin menafsirkansesuatu ayat beliau akan berkata: „Perkataan bagi mentakwilkan firman Allah iniadalah sekian‰. Kemudian beliau akan menafsirkan ayat ini dengan membawadalil-dalil yang diriwayatkan daripada sahabat atau tabiÊin dengan cara tafsir bi al-MaÊthur . Beliau mengutarakan setiap riwayat berkenaan dalam setiap ayatyang ditafsirkan. Bukan itu sahaja, bahkan beliau cuba membuat kesimpulanmanakah pendapat yang paling kuat di antara pendapat-pendapat ini disamping mengeluarkan hukum-hukum yang berkaitan.

Ibn Jarir juga mengambil berat tentang cara bacaan. Dikatakan beliau pernahmengarang buku yang khas berkaitan ilmu ini.

Ibn Jarir bergantung kepada penggunaan bahasa yang diriwayatkan secara lisan.Beliau juga menggunakan puisi Arab lama sebagai panduan, mengambil berattentang mazhab-mazhab nahu dan merujuk kepada bahasa Arab yang masyhur,menyelesaikan masalah-masalah hukum fiqh dengan bersungguh denganmenyebut pendapat-pendapat ulama dan mazhab  mereka, serta membuatkesimpulan dengan mengambil kira pendapat yang lebih kuat berdasarkan dalil-dalil dan hujah mereka.

Beliau juga mengupas persoalan akidah dengan mendalam di dalam kitabnyaini. Beliau cuba menolak pendapat-pendapat kumpulan-kumpulan mazhab ahli al-kalam dan menegakkan pendapat ahli al-sunnah wa al-jamaÊah .

Kitab Tafsir al-Tabari telah dicetak dan diterbitkan oleh percetakan Dar al- MaÊarif  di Mesir dengan cetakan yang menarik. Hadis-hadis yang terdapat didalam kitab ini telah ditakhrijkan oleh Profesor Ahmad Muhammad Syakir.Sememangnya kitab ini merupakan kitab Tafsir yang banyak memberi faedahdan ilmu yang amat tinggi nilainya dalam perkembangan Islam sejagat. SemogaAllah merahmati usaha gigih yang dilakukan oleh Ibn Jarir al-Tabari ini.

5.1.3  Tafsir Ibn Kathir

Imad al-Din Abu al-FidaÊ Ismail bin Amru bin Kathir adalah seorang Imam yanghebat. Beliau berguru dengan Ibn Taimiyah dan menerima pendapatnya dalam

  banyak perkara. Ulama yang tersohor mengiktiraf keilmuannya yang tinggi  bukan sahaja dalam bidang Tafsir, malah dalam bidang Hadis dan Sejarah. Initerbukti apabila beliau telah mengarang sebuah kitab Sejarah yang agung iaitual-bidayah wa al-nihayah . Bukunya dalam tafsir iaitu Tafsir al-Quran al-Azim  

Page 5: Pengenalan Kitab Tafsir

8/2/2019 Pengenalan Kitab Tafsir

http://slidepdf.com/reader/full/pengenalan-kitab-tafsir 5/18

  TOPIK 5 PENGENALAN BEBERAPA KITAB TAFSIR88

antara buku Tafsir yang paling menonjol dalam pentafsiran bi al-MaÊthur . Bukuini dianggap sebagai buku Tafsir yang kedua pentingnya selepas buku Tafsirkarangan Ibn Jarir al-Tabari. Beliau telah mentafsirkan ayat al-Quran dengan

menggunakan hadis-hadis Nabi s.a.w serta kata-kata yang disandarkan kepadasahabat dan juga tabiÊin. Beliau juga menyentuh dalam karangannya ini  berkaitan kesahihan atau tidak hadis-hadis yang diriwayatkan sertamentarjihkan sesetengah pendapat ke atas pendapat yang lain. Beliau jugamengkategorikan sesetengah hadis sebagai dhaÊif   berbanding hadis yang laindalam kesimpulannya terhadap pendapat yang berbeza-beza itu.

Rajah 5.2: Tafsir Ibn Kathir boleh didapati di pasaran

Keistimewaan Ibn Kathir dalam karangannya ini ialah beliau sentiasamengingatkan tentang bahaya kisah-kisah IsraÊiliyat yang diriwayatkan olehsesetengah perawi dalam tafsir bi al-MaÊthur . Kelebihan buku ini juga terserlah

melalui penampilan Ibn Kathir yang menyebut pendapat-pendapat ulama dalamhukum hakam Fiqh serta membincangkannya bersama dengan dalil-dalilnyasekali.

Dari aspek penggunaan bahasa pula, Tafsir Ibn Kathir dianggap sebagai tafsiryang mudah difahami apabila beliau menggunakan lafaz yang ringkas tetapimemberi makna yang menyeluruh. Keistimewaan ini menyebabkan buku iniditerima umum, sama ada golongan ilmuan yang pakar dalam bidang Tafsiratau orang awam yang cuba membuat rujukan.

Ibn Kathir juga tidak mengabaikan cara qiraÊat  dalam tafsirnya sebagaimana beliau juga tidak melupakan asbab al-nuzul bagi sesesuatu ayat. Asbab al-nuzul  akan dihuraikan secara terperinci mengikut riwayat-riwayat hadis yangmenyebut tentang ayat yang berkenaan. Oleh itu, jika anda ingin mencari asbab al-nuzul bagi sesuatu ayat, cukup bagi anda dengan merujuk kepada Tafsir IbnKathir.

Page 6: Pengenalan Kitab Tafsir

8/2/2019 Pengenalan Kitab Tafsir

http://slidepdf.com/reader/full/pengenalan-kitab-tafsir 6/18

TOPIK 5 PENGENALAN BEBERAPA KITAB TAFSIR   89

Rajah 5.4: Tafsir Ibn kathir terbitan Dar al-Salam

KITAB-KITAB TAFSIR BI AL-RA’YI

Di samping Tafsir bi al-MaÊthur , terdapat juga banyak buah buku Tafsir yangdikarang dengan menggunakan Tafsir bi al-RaÊyi . Antara buku itu ialah tafsirkarangan Fakhruddin al-Razi, al-Zamakhsyari dan tafsir Abu Hayyan al-Tauhid.

5.2.1 Tafsir al-Razi

Fakhruddin al-Razi ialah seorang ulama yang berpengetahuan luas dalam ilmu-ilmu al-naqliyyah dan ilmu al-Âaqliyah . Ilmu naqliyah ialah ilmu yang berkaitandengan al-Quran dan hadis umpama ilmu Tafsir, Fiqh dan seumpamanya.Sementara ilmu Âaqliyah  pula ialah seperti ilmu logik, ilmu falak, sains, kimiadan sebagainya. Beliau telah mencapai tahap kemasyhuran yang amatmembanggakan dalam bidang keilmuannya. Beliau telah mengarang banyak

Bincangkan dengan rakan apa yang anda tahu mengenai tafsir-tafsir

yang anda baru sahaja pelajari.

AKTIVITI 5.1 

5.2

Page 7: Pengenalan Kitab Tafsir

8/2/2019 Pengenalan Kitab Tafsir

http://slidepdf.com/reader/full/pengenalan-kitab-tafsir 7/18

  TOPIK 5 PENGENALAN BEBERAPA KITAB TAFSIR90

  buku sebagai sumbangan ilmunya terhadap masyarakat. Antara karangannyayang terkenal ialah tafsirnya yang dinamakan dengan Mafatih al-Ghaib .

Tafsir ini telah dikarang dalam lapan jilid yang besar. Mengikut setengahpendapat mengatakan bahawa al-Razi tidak sempat menyempurnakannya. Adapendapat yang mengatakan tafsirnya ini telah disempurnakan selepaskematiannya. Syeikh Muhammad al-Zahabi berpendapat bahawa Imam al-Razihanya menulis tafsirnya sehingga surah al-AnbiyaÊ, kemudian diteruskan olehSyihabuddin al-Khubi yang cuba menyempurnakannya; namun dia juga gagalmenyudahkannya. Selepas itu penulisan ini disempurnakan oleh Najmuddin al-Qamuli.

Rajah 5.5: Tafsir al-Razi

Walaupun begitu, pembaca buku tafsir ini tidak akan mendapati sebarangkejanggalan dari segi metode dan penyampaiannya. Pembaca juga tidak dapatmembezakan mana yang asal ditulis oleh al-Razi dan mana pula yang diteruskan

oleh ulama selepasnya.

Dalam karangannya, al-Razi cuba menjelaskan kesesuaian antara ayat-ayat al-Quran dengan surahnya. Ulasan ini cuba dikaitkan dengan ilmu hisab, ilmufalak, falsafah dan ilmu lain yang memerlukan pemikiran akal dan logik. Disamping itu, beliau juga menyebut tentang perselisihan mazhab-mazhab Fiqh.

Buku Tafsir al-Razi ini merupakan ensiklopedia dalam ilmu al-kalam, astronomidan ilmu tabiÊi. Oleh itu seakan-akan telah hilang kepentingannya dalam bidangpenafsiran al-Quran.

Page 8: Pengenalan Kitab Tafsir

8/2/2019 Pengenalan Kitab Tafsir

http://slidepdf.com/reader/full/pengenalan-kitab-tafsir 8/18

TOPIK 5 PENGENALAN BEBERAPA KITAB TAFSIR   91

Rajah 5.6: Tafsir al-Razi

5.2.2 Tafsir al-Zamakhsyari

Al-Zamakhsyari merupakan seorang yang alim dan bijaksana dalam ilmu Nahu,  bahasa Arab, sastera dan tafsir. Pandangannya dalam ilmu bahasa Arabseringkali dijadikan hujah oleh pakar bahasa Arab kerana keasliannya dan

kecermatannya.

Al-Zamakhsyari merupakan seorang yang berfahaman muÊtazilah  dan  bermazhab Hanafi. Beliau mengarang bukunya dalam ilmu Tafsir iaitu al- Kasysyaf     bertujuan untuk menyokong pegangan dan kepercayaannya dalamakidah mazhabnya.

Pembawaan al-Zamakhsyari melalui pegangan muÊtazilah nya dalam buku Tafsirini menunjukkan kebijaksanaan dan kepakarannya. Dia cuba membawa isyaratyang jauh untuk menafsirkan makna ayat bagi memenangkan muÊtazilah  dan

sekali gus menolak dan menempelak pendapat lawannya. Tetapi dalam aspek  bahasa, karangan al-Zamakhsyari menyerlahkan lagi keindahan al-Quran dankeajaiban retoriknya. Semuanya ini adalah hasil daripada kebolehannya yangagak luar biasa menguasai ilmu-ilmu Balaghah , al-Bayan , sastera Arab, ilmuNahu dan Tasrif  . Tidak mustahillah, buku ini menjadi rujukan penting dalam

 bidang bahasa.

Page 9: Pengenalan Kitab Tafsir

8/2/2019 Pengenalan Kitab Tafsir

http://slidepdf.com/reader/full/pengenalan-kitab-tafsir 9/18

  TOPIK 5 PENGENALAN BEBERAPA KITAB TAFSIR92

Rajah 5.7: Tafsir al-Kasysyaf 

5.2.3 Tafsir Abu Haiyyan

Abu Hayyan al-Andalusi al-Gharnati adalah seorang yang alim dalam ilmu  bahasa. Beliau juga seorang yang berpengetahuan luas dalam ilmu Tafsir danHadis. Beliau mempunyai karangan yang banyak. Antara yang paling terkenalialah dalam ilmu Tafsir iaitu al-Bahr al-Muhit .

Buku tafsir ini dikarang dalam lapan jilid yang besar. Buku ini telah dicetak  berulang kali. Abu Hayyan mengambil berat tentang IÊrab  dan masalahtatabahasa dalam karangannya ini. Beliau membincangkan dan mengulasnyasecara panjang lebar, sehinggalah buku ini hampir dikatakan sebagai buku nahu.

Page 10: Pengenalan Kitab Tafsir

8/2/2019 Pengenalan Kitab Tafsir

http://slidepdf.com/reader/full/pengenalan-kitab-tafsir 10/18

TOPIK 5 PENGENALAN BEBERAPA KITAB TAFSIR   93

Rajah 5.8: Al-Bahr al-Muhit karangan Abu Hayyan al-Tauhidi

Abu Hayyan banyak memasukkan pendapat al-Zamakhsyari dan Ibn ÂAtiyyahke dalam tafsirnya. Lebih-lebih lagi apa yang berkaitan dengan masalah nahudan cara-cara iÊrab lafaz al-Quran. Kadang-kadang beliau juga menolakpendapat al-Zamakhsyari sekalipun dia mempunyai kemahiran yang tinggidalam menaikkan keajaiban al-Quran.

Walaupun begitu, Abu Hayyan tidak menerima fahaman yang dibawa oleh al-Zamakhsyari. Beliau pernah mengkritik pendapat al-Zamakhsyari dan menolakhujah-hujahnya.

Bincangkan kedudukan tafsir al-Zamakhsyari dari aspek bahasa danakidah.

AKTIVITI 5.2 

Page 11: Pengenalan Kitab Tafsir

8/2/2019 Pengenalan Kitab Tafsir

http://slidepdf.com/reader/full/pengenalan-kitab-tafsir 11/18

  TOPIK 5 PENGENALAN BEBERAPA KITAB TAFSIR94

KITAB-KITAB TAFSIR MODEN

Dalam bahagian ini, anda akan pelajari tentang tiga kitab tafsir moden.

5.3.1 Tafsir fi Zilal al-Qur’an

Rajah 5.9: Tafsir fi zilal al-QurÊan karangan Syed Qutb

Kitab Tafsir yang terkenal ini dikarang oleh Syed Qutb. Ia dibahagikan kepada

30 juzuk mengikut pembahagian susunan juzuk-juzuk al-Quran. Kitab ini telahdicetak berulang kali. Syed Qutb menggunakan kaedah tafsir bil maÊthur dalammenafsirkan ayat-ayat al-Quran di samping beliau menghimpunkan aspekretorik, sastera dan kemasyarakatan dalam tafsir ini. Buku ini juga dikarangdengan mengambil kira topik-topik tertentu dalam sesuatu surah. Penampilanini dilakukan dengan mengutarakan topik surah secara menyeluruh.Perbincangan menyentuh tentang tujuan secara umum dan khusus dalam surah

 berkenaan. Beliau cuba mengaitkan antara satu tajuk dengan tajuk yang lain bagimemperlihatkan kesinambungan makna al-Quran itu. Syed Qutb dianggapsebagai pengarang kitab tafsir yang unik kerana menampilkan perbincangan

tafsir ayat-ayat al-Quran dalam bentuk ini.

Tafsir Fi Zilal al-QurÊan  merupakan sebuah tafsir yang bersandarkan kepadaunsur-unsur naqliyyah atau riwayat-riwayat yang maÊthur. Oleh yang demikian,pengarangnya iaitu Syed Qutb Rahimahullah menjauhi perbahasan-perbahasanilmu bahasa dan tatabahasa, perbahasan ilmu kalam, ilmu fiqh dan tidakmemasukkan cerita-cerita israiliyyat  dan menjauhi penemuan-penemuan sainsyang asasnya sentiasa berubah-ubah .

5.3

Page 12: Pengenalan Kitab Tafsir

8/2/2019 Pengenalan Kitab Tafsir

http://slidepdf.com/reader/full/pengenalan-kitab-tafsir 12/18

TOPIK 5 PENGENALAN BEBERAPA KITAB TAFSIR   95

Rajah 5.10: Pengajian kitab fi zilal al-Quran terus mendapat sambutan masyarakat dunia

Kitab ini mempunyai keistimewaan tersendiri ia mempunyai gaya bahasa yangmudah difahami. Ia merupakan salah sebuah tafsir yang diklasifikasikan sebagaisebuah tafsir al-Adabi al-IjtimaÊI, dimana aliran ini timbul kesan daripadakebangkitan moden yang mempunyai ciri-ciri tersendiri. Ianya memerhatikankeindahan uslub, kemukjizatan al-Quran, kehalusan ungkapan sertamenitikberatkan aspek-aspek sosial, pemikiran kontemporari dan aliran-aliranmoden. Ia juga turut dikenali dengan tafsir haraki  kerana metodologi yangdigunakan oleh Syed Qutb terhadap juz-juz terakhir Tafsir Fi Zilal al-QurÊan.

Kitab Tafsir Fi Zilal al-QurÊan yang pertama diterbitkan dalam tulisan jawi ialah Juz ÂAmma dalam empat jilid. Kitab ini telah diterbitkan pada tahun 1953. Kitabtafsir edisi Jawi ini mengguna pakai tajuk Tafsir Fi Zilal al-QurÊan  „Di dalamBayangan al-Quran‰ oleh al-Syahid Syed Qutb dan telah dialih bahasa olehYusoff Zaky Haji Yacob. Edisi ini telah dicetak dan diterbitkan oleh Dian DarulNaim Sdn Bhd, Kota Bharu, Kelantan dengan cetakan pertama pada tahun 1986.

5.3.2 Tafsir al-Manar

Tafsir ini bersumber daripada perkuliahan Muhammad Abduh tentang tafsir al-Quran yang disampaikan di Universiti al-Azhar, yang disusun setelah ia wafat(tahun 1905) oleh Muhammad Rashid Ridha dengan judul Tafsir al-QurÊan al- Hakim . Namun kemudian, kitab ini lebih popular dengan sebutan Tafsir al-Manar yang pernah diterbitkan secara serial dan berkala.

Al-Manar terbit pertama kali pada 22 Syawal 1315 H, dilatarbelakangi olehkeinginan Rasyid Ridha untuk menerbitkan sebuah surat khabar yang mengolahmasalah-masalah sosial-budaya dan agama, sebulan setelah pertemuannya yang

Page 13: Pengenalan Kitab Tafsir

8/2/2019 Pengenalan Kitab Tafsir

http://slidepdf.com/reader/full/pengenalan-kitab-tafsir 13/18

  TOPIK 5 PENGENALAN BEBERAPA KITAB TAFSIR96

ketiga dengan Muhammad Abduh. Awalnya berupa mingguan sebanyak lapanhalaman dan ternyata mendapat sambutan hangat, bukan hanya di Mesir ataunegara-negara Arab sekitarnya, juga sampai ke Eropah dan Indonesia.

Kitab ini terdiri daripada 12 juz pertama daripada al-Quran, yaitu surah al-Fatihah sampai ayat 53 surah Yusuf. Penafsiran dari awal sampai ayat 126 surahAn-NisaÊ diambil daripada pemikiran tafsir Muhammad Abduh, selebihnyadilakukan oleh Rasyid Ridha dengan mengikuti metode yang digunakan Abduh.Dalam pentafsirannya, Abduh cenderung menggabungkan antara riwayat yangsahih dan nalar yang rasional, yang diharapkan menjelaskan hikmah-hikmahsyariÊat sunnatullah, serta eksistensi al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia.Selain itu, ia juga merujukkan penafsirannya pada Tafsir Jalalain. Sedangkanyang khas daripada penafsiran Rasyid Ridha yang tidak terdapat pada

Muhammad Abduh -- iaitu: Pertama, tergantung pada riwayat daripada Nabis.a.w; dan Kedua, banyak menukil pemikiran para mufassir lain. Hal inidilakukan Ridha, kerana ia menilai bahawa Syeikh Muhammad Abduh setiapkali dihadapkan dengan masalah selalu mengikuti kata fikiran dan hatinya saja,serta sesuai dengan apa yang beliau baca dan renungkan di dalam al-Quran.

Tafsir ini menjelaskan ayat-ayat al-Quran dengan gaya menakjubkan danmengesankan, yang mengungkap makna ayat dengan mudah, jugamengilustrasikan banyak masalah sosial dan menuntaskannya dengan perspektif al-Quran.

Al-Manar adalah salah satu kitab tafsir yang banyak berbicara tentang sastera-  budaya dan kemasyarakatan. Suatu corak penafsiran yang menitikberatkanpenjelasan ayat al-Quran pada segi-segi ketelitian redaksinya, kemudianmenyusun kandungan ayat-ayatnya dalam suatu redaksi yang indah denganpenekanan pada tujuan utama turunnya al-Quran, yakni memberikan petunjuk

  bagi kehidupan manusia, dan merangkaikan pengertian ayat tersebut denganhukum-hukum alam yang berlaku dalam masyarakat dan kemajuan peradabanmanusia.

Page 14: Pengenalan Kitab Tafsir

8/2/2019 Pengenalan Kitab Tafsir

http://slidepdf.com/reader/full/pengenalan-kitab-tafsir 14/18

TOPIK 5 PENGENALAN BEBERAPA KITAB TAFSIR   97

Rajah 5.11: Tafsir al-Manar karangan Mohammad Rashid Ridha

Rajah 5.12: Ringkasan Tafsir al-Manar

Page 15: Pengenalan Kitab Tafsir

8/2/2019 Pengenalan Kitab Tafsir

http://slidepdf.com/reader/full/pengenalan-kitab-tafsir 15/18

  TOPIK 5 PENGENALAN BEBERAPA KITAB TAFSIR98

5.3.3 Tafsir Hamka

Tafsir Al-Azhar ditulis oleh seorang tokoh Islam Indonesia iaitu Hamka. Kitab

tafsir ini merupakan karya agung beliau, mulai disusun ketika beliau masih aktif memberikan kuliah subuh di Masjid Al-Azhar sejak tahun 1958. KemudianHamka menulis tafsirnya ini sewaktu beliau dipenjarakan pada tahun 60-an.Beliau dipenjarakan kerana dikatakan menyokong Malaysia dalampersengketaan antara Malaysia dan Indonesia.

Hamka, yang merupakan singkatan daripada Haji Abdul Malik Karim Amrullah,adalah ulama dan penulis Islam-Indonesia moden yang produktif. Ulamakelahiran Sungai Batang, Sumatera Barat, 16 Februari 1908 itu, pernah memasukidunia jurnalistik dan pada 1926 mendirikan jurnal Muhammadiyah pertama,

"Khatibul Ummah".

Sepuluh tahun kemudian, Hamka mendapat tawaran menjadi editor kepada  jurnal Islam yang baru terbit di Makasar, "Pedoman Masyarakat". Hamka jugaterkenal sebagai seorang sasterawan atau pujangga. Karya-karyanya antara lain,novel "Di Bawah Lindungan Ka`bah" dan "Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck".Dalam bidang ilmu keagamaan, ulama yang ke Makkah pada tahun 1927 itumembuat kitab tafsir yang dikenal sebagai "Tafsir Al Azhar".

Rajah 5.13: Tafsir al-Azhar karangan Hamka

Page 16: Pengenalan Kitab Tafsir

8/2/2019 Pengenalan Kitab Tafsir

http://slidepdf.com/reader/full/pengenalan-kitab-tafsir 16/18

TOPIK 5 PENGENALAN BEBERAPA KITAB TAFSIR   99

Tafsir Hamka adalah sebuah tafsir yang baik sekali dan mula ditulis sebaik saja  beliau dipenjara oleh Sukarno pada tahun 1964. Tahun yang sama juga SyedQutb sedang menyiapkan tafsir Fi Zilal di penjara Mesir, Hamka juga menulis

tafsirnya di penjara Jakarta. Ia sama manhaj  dengan Syed Qutb, iaitu tafsirharaki-ijtimai'iy  (tafsir untuk realiti gerakan Islam dan kemasyarakatan keranasuasana umat Islam yang lemah dan dijajah). Ia tafsir yang bebas daripada kisah-kisah israiliyyat dan banyak menggunakan metode tafsir bi riwayat atau tafsir bil maÊthur seperti Ibn Kathir. Walaupun begitu, oleh kerana rujukan yang terhad didalam penjara, maka ia tidak sehebat tafsir Ibn Kathir.

Dalam karangannya, Hamka meneruskan manhaj tafsir tokoh semasa yangdikaguminya: tafsir al-Manar (Muhammad Abduh dan Rashid Ridha), dan tafsiral-Maraghi, murid Rashid Ridha dan Syeikhul Azhar.

Rajah 5.14: Hamka dalam diskusi kitab tafsirnya

  Jelaskan apa yang tahu tentang tafsir Syed Qutub dan apakahpersamaannya dengan tafsir Hamka?

AKTIVITI 5.3 

Page 17: Pengenalan Kitab Tafsir

8/2/2019 Pengenalan Kitab Tafsir

http://slidepdf.com/reader/full/pengenalan-kitab-tafsir 17/18

  TOPIK 5 PENGENALAN BEBERAPA KITAB TAFSIR100

•  Dalam topik ini anda telah mengetahui beberapa contoh buku tafsir yangterkenal.

•  Buku-buku ini terus menjadi rujukan kepada sarjana-sarjana dalam bidangini dan pencinta ilmu yang berkaitan dengan tafsir al-Quran.

•  Buku ini senang didapati di mana-mana perpustakaan atau kedai buku diMalaysia.

•  Kita sepatutnya tidak ketinggalan untuk menatapi hasil karya ulama yang bersusah payah memerah tenaga dan pemikiran demi kesinambungan ilmu-ilmu al-Quran. Semoga Allah merahmati mereka di atas jasa mereka yangamat besar ini.

SEMAK KENDIRI 5.1 

1. Sebutkan beberapa kitab tafsir bi al-MaÊthur yang anda ketahui.

2. Jelaskan keistimewaan Tafsir Ibn Kathir.

3. Sebutkan beberapa kitab Tafsir Moden.

4. Huraikan dengan ringkas karangan Hamka dalam ilmu Tafsir.

5. Apakah metodologi yang digunakan oleh Syed Qutb dalamkarangannya Fi Zilal al-QurÊan? 

Page 18: Pengenalan Kitab Tafsir

8/2/2019 Pengenalan Kitab Tafsir

http://slidepdf.com/reader/full/pengenalan-kitab-tafsir 18/18

TOPIK 5 PENGENALAN BEBERAPA KITAB TAFSIR   101

Tafsir bi al-MaÊthur  

Tafsir Ibn Abbas

Tafsir al-Tabari

Tafsir Ibn Kathir

Tafsir bi al-RaÊyi 

Tafsir al-Razi

Tafsir Al-Zamakhsyari

Tafsir Abu Haiyyan

Tafsir Moden

Tafsir fi Zilal al-QurÊan 

Tafsir al-Manar

Tafsir Hamka

Syed Qutb. (2000). Tafsir Fi Zilal al-QurÊan  „Di Bawah Bayangan al-Quran‰,(Terj) Yusoff Zaky Yacob, Kota Bharu: Pustaka Aman Press, Cet.1, hal. xxiv.

Al-Suyouti, Jalaluddin. (1980M). Al-Itqan fi ulum al-Quran .Beirut: Dar al-Fikr.

Al-Zahabi, Muhammad Husein. (1946M). Al-tafsir wa al-mufassirun. Qaherah:

Maktabah al-Majlis.