Pengenalan linguistik

8
1.0 Pengenalan linguistik Istilah linguistik berasal daripada perkataan linguistics dalam bahasa Inggeris, linguis- tique dalam bahasa Perancis, linguistiek dalam bahasa Belanda dan lingua dalam bahasa Itali. Manakala menurut bahasa Latin lingua yang bermaksud bahasa’ (Wanamaja, 1964:241). Menurut Kamus Dewan Edisi Ke 4 linguistik bermaksud kajian saintifik tentang bahasa .Manakala melalui The New Oxford Dictionary of English ( 2003 ) pula mendefinisikan linguistik sebagai “The scientific study of language and its structure, including the study of grammar ,syntax and phonetic. Specific branch of linguistics include sociolinguistic, dialectology, psycholinguistics, computational linguistics, comparative linguistic and structural linguistics” linguistik ialah kajian saintifik tentang bahasa manusia. Ferdinand de Saussure (1916) yang merupakan bapa linguistik moden berbangsa Swiss, dalam bukunya Cours de Linguistique Generale yang membezakan kata Perancis langue dan langage. Menurut beliau langue merupakan suatu sistem manakala langage diertikan sebagai bahasa khas yang ada pada penutur bahasa seperti yang terdapat dalam ucapan. Kebanyakan tokoh linguistik telah mendefinisikan linguistik sebagai kajian yang saintifik. Di antara tokohnya ialah David Crystal (1973) dan John Lyons (1968). Kajian saintifik dilakukan dengan tepat, padat, menyeluruh, konsisten dengan bersandarkan kepada teori tertentu serta dilakukan dengan metodologi yang tepat. Sifat saintifik yang dimiliki oleh kajian linguistik menyebabkan huraian berdasarkan dua bidang utama iaitu makrolinguistik dan mikrolinguistik. 1.1 Mikroliguistik mikrolinguistik bidang linguistik yang mempelajari bahasa dari dalamnya (mempelajari struktur bahasa itu atau mempelajari bahan bahasa secara langsung).Mikrolinguistik adalah bidang linguistik yang mempelajari bahasa dalam erti sempit, iaitu bahasa dalam kedudukannya sebagai fenomena alam yang berdiri sendiri.Melalui mikrolinguistik seseorang mempelajari bahan bahasa secara langsung tentang sifat-sifat, struktur, cara kerja, dan sebagainya untuk bahasa-bahasa tertentu .Bidang mikrolinguistik terdiri daripada empat sub bidang iaitu fonologi,morfologi,sintaksis dan semantik.

description

Linguistik

Transcript of Pengenalan linguistik

Page 1: Pengenalan linguistik

1.0 Pengenalan linguistik

Istilah linguistik berasal daripada perkataan linguistics dalam bahasa Inggeris, linguis-

tique dalam bahasa Perancis, linguistiek dalam bahasa Belanda dan lingua dalam bahasa

Itali. Manakala menurut bahasa Latin lingua yang bermaksud bahasa’ (Wanamaja,

1964:241).

Menurut Kamus Dewan Edisi Ke 4 linguistik bermaksud kajian saintifik tentang

bahasa .Manakala melalui The New Oxford Dictionary of English ( 2003 ) pula

mendefinisikan linguistik sebagai

“The scientific study of language and its structure, including the study of grammar ,syntax

and phonetic. Specific branch of linguistics include sociolinguistic, dialectology,

psycholinguistics, computational linguistics, comparative linguistic and structural linguistics”

linguistik ialah kajian saintifik tentang bahasa manusia. Ferdinand de Saussure

(1916) yang merupakan bapa linguistik moden berbangsa Swiss, dalam bukunya Cours

de Linguistique Generale yang membezakan kata Perancis langue dan langage. Menurut

beliau langue merupakan suatu sistem manakala langage diertikan sebagai bahasa khas

yang ada pada penutur bahasa seperti yang terdapat dalam ucapan.

Kebanyakan tokoh linguistik telah mendefinisikan linguistik sebagai kajian yang

saintifik. Di antara tokohnya ialah David Crystal (1973) dan John Lyons (1968). Kajian

saintifik dilakukan dengan tepat, padat, menyeluruh, konsisten dengan bersandarkan

kepada teori tertentu serta dilakukan dengan metodologi yang tepat. Sifat saintifik yang

dimiliki oleh kajian linguistik menyebabkan huraian berdasarkan dua bidang utama iaitu

makrolinguistik dan mikrolinguistik.

1.1 Mikroliguistik

mikrolinguistik bidang linguistik yang mempelajari bahasa dari dalamnya

(mempelajari struktur bahasa itu atau mempelajari bahan bahasa secara

langsung).Mikrolinguistik adalah bidang linguistik yang mempelajari bahasa dalam erti

sempit, iaitu bahasa dalam kedudukannya sebagai fenomena alam yang berdiri

sendiri.Melalui mikrolinguistik seseorang mempelajari bahan bahasa secara langsung

tentang sifat-sifat, struktur, cara kerja, dan sebagainya untuk bahasa-bahasa tertentu

.Bidang mikrolinguistik terdiri daripada empat sub bidang iaitu fonologi,morfologi,sintaksis

dan semantik.

Page 2: Pengenalan linguistik

1.1.1 Fonologi

Istilah fonologi dalam bahasa Greek ialah phone, suara bunyi dan perkataan

,pertuturan dan subjek perbincangan ia merupakan kajian yang dilakukan tentang pola

bunyi bahasa iaitu tentang bunyi- bunyi yang berfungsi dalam sesuatu bahasa. Kajian

berkenaan fonologi telah bermula sajak 200 tahun dahulu apabila ahli bahasa mengkaji

tentang perubahan bunyi bahasa dengan membandingkan perbezaan bunyi bahasa yang

wujud dalam pelbagai bahasa.

fonologi ialah (Lin) kajian tentang bunyi sebutan dalam sesuatu bahasa: kata-kata

daripada bahasa asing hendaklah disesuaikan dengan sistem Bahasa Melayu.Menurut

Kamus Dewan Edisi keempat fonologi bermaksud (Lin) kajian tentang bunyi sebutan dalam

sesuatu bahasa. Merujuk kepada Kamus Linguistik ( Harimurti Kridalaksana 1984:61 ) pula

menyatakan fonologi sebagai bunyi dalam bidang linguistik yang menyelidiki bunyi bunyi

bahasa mengikut fungsinya.

F.Parker (1974:112 ) menyatakan fonologi adalah satu bidang yang mengkaji

sesuatu bahasa ,iaitu rumus-rumus yang menentukan sebutan.

Abdullah Hassan pula dalam bukunya Linguistik Am untuk guru Bahasa Melayu

(1993:40 ) menyatakan bahawa fonologi mengkaji bunyi-bunyi yang berfungsi dala sesuatu

bahasa.

Fonologi dapat disimpulkan sebagai kajian terhadap fungsi-fungsi bunyi bahasa atau

ilmu tentang perbendaharaan fonem sesuatu bahasa.Fonologi juga satu bidang yang

mengkaji bunyi-bunyi bahasa bermakna yang diucapkan melalui mulut. Fonologi

dibahagikan kepada 2 bidang iaitu fonetik dan fonemik .Fonetik ialah bidang yang mengkaji

bunyi bahasa dari segi cara pengeluanrannya,daerah pengeluaran dan sifat

fizikalnya.Fonemik ialah bidang yang mengajar yang mengkaji bunyi bahasa dan

mengelompokkannya dalam fonem-fonem.. Fonemik juga memberi penekanan kepada

kepada kajian sistem bunyi sesuatu bahasa khususnya untuk menghasilkan sistem tulisan.

1.1.2 Morfologi

Kajian tentang pembentukan kata dlm sesuatu bahasa, termasuk infleksi, terbitan,

dan pemajmukan ialah definisi morfologi yang terdapat di dalam Kamus Dewan.Edisi ke

Empat .Manakala menurut morfologi bermaksud ilmu bahasa yang mempelajari mengenai

pembentukan kata.Morfologi dalam bidang linguistik ialah ilmu yang mempelajari tentang

mofem-mofem dalam bahasa.

Morfologi merupakan satu aspek kajian tatabahasa berkenaan struktur,bentuk dan

penggolongan kata.Dengan kata lain morfologi satu bidang linguistik yang mengkaji

Page 3: Pengenalan linguistik

bagaimana satu perkataan itu dibina.Kajian dilakukan terhadap unsur-unsur-unsur untuk

membentuk perkataan dan proses membentuk perkataan yang dihasilkan.Terdapat dua

unsur bahasa yang digunakan untuk mengkaji cara-cara pembentukan kata iaitu mofem

dan kata.Mofem ialah unsur atau unit bahasa yang terkecil ,mempunyai makna atau fungsi

tatabahasa.Ia terdiri daripada mofem bebas dan mofem terikat.Mofem bebas ialah bentuk

yang dapat berdiri sendiri atau perkataan yang sempurna seperti budak,awan,merah,dan

masak.Mofem terikat tidak boleh berdiri sendiri seperti me-,mem-,per-, dan ber-.

Sehubungan dengan itu penggolongan kata dalam Bahasa Melayu terdiri daripada

empat iaitu kata nama,kata kerja,kata adjektif dan kata tugas.Kata nama merujuk kepada

benda,tempat,manusia, dan binatang.Kata nama terbahagi kepada tiga iaitu kata nama am

contohnya kerusi meja dan kipas.Kata nama khas seperti Ali, Abu dan Ani.,Kata ganti nama

seperti dia,mereka dan kita.Kata nama boleh berfungsi sebagai subjek atau objek dala

ayat.Kata kerja pula merujuk kepada perbuatan makan,minum,menyanyi.Kata kerja

terbahagi kepada dua jenis iaitu kata kerja transitif dan kata kerja tak transitif.Kata Adjektif

lebih dikenali srbagai kata sifat.Ia menerangkan sifat atau keadaan sesuatu

benda.Manakala kata tugas ialah perkataan yang hadir falam ayat,klausa dan frasa untuk

melakukan jenis-jenis tugas yanbg berlainan .Kata hubung,kata seru,kata tanya kata semdi

dan sebagainya.

1.1.3 Sintaksis

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat sintaksis bermaksud pengetahuan (cabang

ilmu linguistik, peraturan, dsb) tentang susunan kata dalam ayat. Sintaksis adalah bidang

ilmu yang mengkaji bentuk ,struktur, dan binaan atau konstruksi ayat ,frasa dan klausa,

Frasa ialah unit yang terdiri daripada satu susunan yang mengandungi sekurang-kurangnya

dua perkataan. Binaan frasa tidak mengandungi subjek atau predikat..Kajian dalam bidang

linguistik melibatkan hubungan gramatis antara kata dengan kata, frasa dan frasa dan ayat

dan ayat dalam ayat yang dibina.

Binaan sintaksis dikaji daripada dua aspek iaitu bagaimana unsur –unsur sintaksis

bergabung menjadi frasa dan ayat .Ia dikaji dengan melihat hubungan dengan antara unit-

unit sintaksis. Kedua, ayat dikaji dengan melihat bagaimana struktur ayat dibina serta

fungsinya. Hubungan antara kata dan kata dalam membina frasa dan ayat dinamakan

hubungan sintaksis. Hubungan sintaksis juga melihat bagaimana unsur-unsur sintaksis

,iaitu kata ,frasa ,klausa, dan ayat berhubung membentuk binaan sintaksis .Di dalam

Bahasa Melayu terdapat empat hubungan sintaksis iaitu hubungan posisi ,hubungan

berdampingan ,hubungan kepertukaran dan hubungan unsur terdekat.

Page 4: Pengenalan linguistik

Sintaksis turut menumpukan penelitian terhadap pola yang dasar dalam Bahasa

Melayu iaitu

a) Frasa Nama + Frasa Nama contohnya Salmah jururawat.

b) ,Frasa Nama + Frasa Kerja contohnya Ahmad sedang makan.

c) Frasa Nama + Frasa Adjektif contohnya Bola itu besar.

d) Frasa Nama + Frasa Sendi. Contohnya Ayah ke Pulau Langkawi.

1.1.4 Semantik

Kamus Dewan Edisi Keempat mendefinisikan semantik sebagai kajian tentang

makna perkataan dan penambahan makna sesuatu kata .Manakala berdasarkan pula

menyatakan semantik merupakan kajian makna istilah. Perkataan ini berasal daripada

perkataan Greek “semantikos” yang bermaksud erti yang penting. Manakala semaainein

perkataan yang berasal dari Yunani juga bermaksud “bererti” .Daripada perkataan inilah

terbitnya istilah semantik yang merupakan satu daripada cabang ilmu linguistik yang

memfokus kepada kajian makna ( Abdullah 1989:224).

Menurut Clark &Clark (1977:409) teori ilmu semantik dijelaskan sebagai mengkaji

makna-makna perkataan, mengkaji makna-makna frasa yang membentuk ayat dan akhir

sekali melihat makna ayat yang terhasil .Ullmann (1962 ) telah mendefinisikan semantik

sebagai kajian makna perkataan .Manakala Lyons(1961) menyatakan semantik ialah kajian

tentang semua jenis makna yang telah ditetapkan dalam bahasa .Selain daripada itu,

Nathesan (2001 ) menyatakan bahawa semantik ialah satu bidang ilmu yang mengkaji

makna perkataan dan ayat dalam bahasa.

Semantik juga merujuk kepada makna perkataan .Di dalam bidang linguistik

semantik menganalisis makna sama ada pada peringkat mofem, kata, frasa, ayat dan

wacana serta hubungannya dengan idea, konsep dan perasaan .Berdasarkan ilmu linguistik

,semantik adalah keadaan penutur mengujarkan dan terdapat gerak balas antara

pendengar seperti yang dijangkakan. .Semantik juga memberi penekanan kepada

ketepatan makna, kaitan makna dan budaya, makna yang sesuai dengan konteks. Sinonim

,antonim, hiponim, polisem ,homograf, dan homonim adalah lima aspek dalam bidang

simantik yang menghuraikan kaitan antara perkataan dan makna.” Semantik menyelidiki

makna bahasa baik yang bersifat leksikal ,gramatikal atau pun kontekstual.

Page 5: Pengenalan linguistik

1.2 Makrolinguistik

Makrolinguistik ialah cabang linguistik tentang hubungan antara bahasa dan faktor di luar

bahasa serta penerapan linguistik untuk tujuan praktis. Sosiolinguistik ,psikolinguistik, filologi,

neurolinguistik , dan petalogi adalah bidang utama dalam makrolinguistik.

1.2.1 Sosiolinguistik

Sosiolinguistik ialah satu bidang yang telah muncul secara rasmi pada Mei 1964 di

dalam satu sidang khas yang membincangkan hubungan antara bahasa dan masyarakat di

University Of Califonia , Los Angeles, Amerika Syarikat. Walau bagaimana pun ,pengajian

dan pengkajian tentang hubungan bahasa dan masyarakat telah lama wujud. Antaranya

ialah penelitian oleh W. Von Humboldt pada abad ke 19 yang menekankan peranan bahasa

dalam kehidupan sosial manusia. Manakala sekitar tahun 1940-an dan awal 1950 –an J.R

Firth telah mengusulkan betapa pentingnya konteks pertuturan dalam penggunaan bahasa

.Pada mulanya ia dikenali sebagai “linguistik antropologi”,” bahasa kebudayaan” dan diajar

dalam jabatan Antropologi di Amerika syarikat. Ahli bahasa telah mendapati bahawa selain

kajian terhadap bahasa ,kajian terhadap masyarakat penggunanya juga menarik. Justeru itu

wujudlah bidang sosiolinguistik sebagai satu disiplin ilmu.

Sosiolinguistik ialah bidang yang mengkaji hubungan bahasa dengan masyarakat

atau komuniti bahasa. Ia merupakan satu bidang yang sangat penting dalam bidang

linguistik .Sosio merupakan singkatan daripada sosiologi iaitu disiplin yang meneliti

masyarakat dan linguistik pula ialah disiplin yang meneliti bahasa. Dengan gabungan sosio

dan linguistik maka sosiolinguistik memberi tumpuan kepada dua perkara iaitu bahasa dan

masyarakat. Menurut Peter Trudgikk (1974 ) sosiolinguistik ialah cabang ilmu yang

meninjau bahasa sebagai gejala sosial dan kebudayaan .Manakala Nik Safiah Karim ( 1988

) menyatakan bahawa sosiolinguistik adalah cabang linguistik yang mengkaji hubungan

antara bahasa dengan masyarakat dan saling mempengaruhi. Bidang ini juga memberi

tumpuan kepada penggunaan bahasa dalam konteks sosial dan masyarakat atau komuniti

bahasa. Hubungan antara bahasa dan masyarakat amat luas dan boleh mengambil

pelbagai bentuk atau manifestasi contohnya gaya bercakap yang berlainan antara

masyarakat Timur dan barat. Status dan taraf sosial juga merupakan faktor yang

mempunyai kesan terhadap bahasa yang digunakan.

Di antara aspek kajian sosiolinguistik ialah kedwibahasaan ,kepelbagaian bahasa

seperti bahasa formal dan bahasa tidak formal ,kelainan bahasa seperti dialek ,sikap

terhadap bahasa sama ada bersikap positif atau negatif, dan perancangan terhadap

Page 6: Pengenalan linguistik

bahasa. Sosiolinguistik juga merupakan satu bidang yang mengkaji bahasa dari segi

hubungan antara latar atau konteks sosial interaksi bahasa, peserta dalam interaksi bahasa

itu iaitu yang bercakap dan yang mendengar, tajuk perbincangan ,fungsi dan tujuan sesuatu

interaksi, bentuk perhubungan dan nilai yang dipegang oleh penutur yang terlibat dalam

pertuturan sesama sendiri.

Bidang sosiolinguistik merupakan satu bidang yang mesti diketahui oleh pengkaji

bahasa kerana ia saling melengkapi dengan bidang linguistik yang lain. Sekiranya bidang

sosiolinguistik tidak diberi penekanan maka kajian dalam bidang linguistik adalah tidak

lengkap kerana ia berkaitan di antara bidang bahasa, dari sudut kegunaannya dan

masyarakat .

Tugas utama sosiolinguistik ialah untuk memperlihatkan dengan jelas fenomena

kelainan bahasa yang wujud dalam masyarakat, yang mempunyai hubungan rapat dengan

beberapa keadaan sosial. penggunaan bahasa dan struktur sosial bukan sahaja mampu

menjelaskan perubahan bahasa yang bersifat sinkronik tetapi juga perubahan bahasa yang

bersifat diakronik iaitu yang berlaku dalam dua tempoh masa.

1.2.2 Psikolinguistik

Menurut Kamus Dewan Edisi Ke Empat psikolinguistik bermaksud ilmu yang

berkaitan dengan hubungan antara bahasa dengan perilaku dan akal budi manusia

.Menurut Garnham (1985 ) psikolinguistik ialah “ kajian tentang mekanisme mental yang

membolehkan manusia menggunakan bahasa.”.Manakala Mattews (1997 ) berpendapat

bahawa bidang ini ialah kajian bahasa dari sudut psikologi .Selain itu Aitchison (1998) telah

mendefinisikan psikolinguistik sebagai kajian bahasa dan akal budi .Menurut Mangantar

Simanjuntak (1980 ) psikolinguistik ialah cabang linguistik yang bergabung dengan ilmu

psikologi untuk menganalisis bahasa dan pertuturan iaitu proses yang berlaku pada waktu

seseorang bertutur dan memahami ayat-ayat yang didengarnya.

Psikolinguistik meliputi dua bidang ilmu iaitu psikologi dan linguistik. Psikologi ialah

disiplin ilmu yang mengkaji hal-hal yang berkaitan dengan akal budi atau jiwa dan juga

tingkah laku manusia. Linguistik pula ialah bidang yang mengkaji bahasa dan cara bahasa

berfungsi untuk membantu manusia mencapai matlamat atau hasrat dalam kehidupan

seharian. Oleh itu Psikolinguistik menumpulkan kepada proses psikologi yang terjadi

semasa seseorang itu menggunakan bahasa. Ia turut mengkaji kaitan antara bahasa dan

akal. Ia amat penting memandangkan situasi dalam otak yang berlaku apabila seseorang

berbahasa belum dapat dihuraikan secara terperinci sama ada oleh ahli sains atau ahli

falsafah. Bidang ilmu ini muncul apabila ahli linguistik berminat terhadap bidang psikologi

Page 7: Pengenalan linguistik

dan ada ahli psikologi yang meminati bidang linguistik. Kerjasama antara ahli psikologi dan

ahli linguistik terjalin apabila mereka mendapati gabungan teori linguistik dan psikologi

dapat menyelesaikan masalah bahasa .Di antara ahli linguistik dan ahli psikologi yang

mempelopori bidang ini ialah Humboldt, Bloomfield, Noam Chomsky, Dewey, Wundt,

Watson, Lashley,Osgood dan Caroll.Noam Choamsky telah dianggap sebagai bapa

psikolinguistik moden kerana sumbangannya yang besar dalam bidang ini bermula 1957.

Menurut George A Miller (1965 ) ilmu psikolinguistik bertujuan untuk menghuraikan

proses psikologi yang berlaku ketika orang menggunakan ayat.Oleh itu tujuan utama

psikolinguistik adalah untuk mencari satu teori bahasa yang sesuai daripada segi linguistik

dan psikologi. Iaitu teori yang mampu menerangkan hakikat bahasa dan pemerolehannya.

Selain itu psikolinguistik juga mengkaji salah satu aspek penting iaitu cara kanak-kanak

menguasai bahasa.hal ini merupakan persoalan yang sentiasa dibincangkan.

Psikolinguistik ini menghuraikan empat perkara utama iaitu cara manusia

mempelajari bahasa ibunda, bagaimana kemahiran berbahasa dikuasai dan kaitannya

dengan kognitif ,persepsi dan fisiologi manusia, dan kaedah manusia mempelajari bahasa

asing dan perbandingannya dengan bahasa ibunda serta kerelevanan teori transformasi

generatif dengan keupayaan berbahasa manusia.Noam Choamsky telah memperkenalkan

teori Transformasi Generatif pada 1957 dan menurutnya dalam otak manusia telah tersedia

formula tatabahasa sejak mereka lahir. Psikolinguistik ini mempunyai enam bidang utama

iaitu psikolinguistik teori, psikolinguistik sosial ,psikolinguistik pendidikan ,psikolinguistik

terapan, psikolinguistik eksperimen dan psikolinguistik perkembangan .

1.2.3 Neurolinguistik

neurolinguistik adalah salah satu bidang kajian disiplin dalam ilmu linguistik dan ilmu

perubatan yang mengkaji hubungan antara otak manusia dengan bahasa.

Dengan kata lain bidang ini mengakji apa yang berlaku dalam otak apabila manusia

berbahasa iaitu mengkaji proses pemahaman dan penghasilan bahasa.Gangguan pada

kemampuan berbahasa kerana kerosakan otak manusia disebut afasia, yaitu (gangguan

bicara kerana mengalami gegar / trauma otak). Orang yang menderita kerosakan bahasa ini

dapat diperhatikan dari ketidakmampuannya berbahasa secara normal.melalui kajian ahli

terapi pertuturan akan berusaha membantu pesakit menguasai semula pengatahuan dan

kefasihan bahasa mereka.Pada masa sekarang bidang ini dianggap sebagai salah satu

bidang dalam kajian kesihatan masyarakat.Di Malaysia pakar neurolinguistik turut

ditempatkan di hospital.

Dalam bidang ini terdapat tiga tumpuan utama iaitu bahagian otak yang berkaitan

dengan bahasa,cara sisitem saraf manusia berfungsi untuk mengkod dan mendekod bahas

Page 8: Pengenalan linguistik

serta kesan daripada perbezaan antara fonologi dan sintaksis.Tiga bidang yang berbeza ini

menghasilkan dua fahaman yang berlainan iaitu lokalisasinis dan antilokalisasinis.Fahaman

lokalisasinis meramal bahawa hanya bahagian tertentu otak yang memepunyai kaitan

dengan bahasa. Manakala fahaman antilokalisasinis beranggapan bahawa bahasa lahir

berdasarkan fungsi otak otak secara spesifiknya.Bidang neurolinguistik ini melibatkan kajian

tentang otak yang lebih difahami oleh doktor dengan itu ahli bahasa agar sukar untuk

mengkaji bidang ini. Orang yang sukar untuk mengingati perkataan tertentu dan sukar untuk

menyebut sesuatu mengalami masalah neurolinguistik.Ahli baahasa akan mendapatkan

maklumat daripada doktor pakar contohnya pada 1861 pesakit yang mengalami kesukaran

bertutur didapati mengalami kerosakan lobus pada otak depan bahagian kiri.Ahli bahasa

menggunakan maklumat ini dan menamakan masalah pertuturan pesakit sebagai Medan

Broca sempena nama doktor yang membedah pesakit iaitu Paul Broca.