Pengenalan Pemutus Litar Udara
Transcript of Pengenalan Pemutus Litar Udara
-
7/30/2019 Pengenalan Pemutus Litar Udara
1/2
Pengenalan Pemutus Litar Udara (ACB)
Pemutus litar yang asas adalah satu alat untuk memutus atau menyambungkan bekalan atau
disebut juga sebagai pengasing sahaja. Tetapi apabila ia dilengkapkan dengan komponen
perlindungan seperti alat ubah arus, geganti, shunt trip coil ianya dapat memberi perlindungan
yang diperlukan secara automatik. Perlindungan yang perlu ialah arus lebih, beban lebih dan
rosak ke bumi.
Pemutus litar yang biasanya digunakan ialah pemutus litar udara (ACB). Walaubagaimanapun
sekarang ini pemutus litar teracu (moulded case circuit breaker MCCB) semakin banyak
digunakan. Penggunaan sama ada ACB atau MCCB bergantung kepada kadaran arus sesuatu
pemasangan. Untuk pemasangan yang melebihi 400A selalunya menggunakan ACB.
Bahagian-bahagian Pemutus Litar Udara (ACB)
1. Shunt trip coil
Sebuah gelung yang dibina didalam ACB apabila diberikan bekalan yang sesuai dengan
gegelung tersebut, ia akan bertenaga dan menarik plunger seterusnya ACB terpelantik.
2. Gelung Voltan Kurang (Under Voltage Coil)
Komponen yang menyebabkan ACB terpelantik apabila voltan bekalan jatuh kepada
sesuatu nilai tertentu. Ia tidak memerlukan bekalan seperti gelung shunt trip. Apabila tiada
bekalan ACB tidak dapat dihidupkan.
3. Arc Chute
Sebuah kotak terletak diatas sesentuh utama dan sesentuh bergerak/sesentuh tambahan
(auxiliary contact) yang tujuannya ialah menyerap percikan dan asap dari arka yang
terjadi.
4. Charging handle
Untuk mengecas spring supaya menyimpan tenaga.
5. Butang buka (off button)
Butang tekan untuk off ACB.
6. Butang tutup (on Button)
Butang tekan untuk on ACB.
7. Penunjuk kedudukan (position indicator)
Menunjuk kedudukan connected, test atau disconnected.
8. Penunjuk charging
-
7/30/2019 Pengenalan Pemutus Litar Udara
2/2
Penunjuk sama ada spring dalam keadaan charge atau discharge.
9. Penunjuk open-close
Penunjuk sama ada ACB itu buka atau tutup.