Pengenalan Pengurusan Kewangan ~ Adeknan Day's...

download Pengenalan Pengurusan Kewangan ~ Adeknan Day's Offadeknan.blogspot.com/2012/01/pengenalan-pengurusan...2012-01-142012-01-14 · Pengurusan dan perancangan adalah suatu ... Pengurusan

If you can't read please download the document

Transcript of Pengenalan Pengurusan Kewangan ~ Adeknan Day's...

Pengenalan Pengurusan Kewangan ~ Adeknan Day's Off

skip to main | skip to sidebar

HomeABOUT ME

HomeBusinessInternetMarketStock

Contact meContact meFacebooktwitterOffice

My travelbanyak banyakSub Child Category 1Sub Child Category 2Sub Child Category 3

KalumpangFreaser HillMemori Langkawi

KARYALucuAkedamikKreatif

musicDARI DAPURmy organizationDASHBOARD

Popular Posts

Pengenalan Pengurusan Kewangan

Tajuk 1: Matlamat Pengurusan Kewangan. ____________________________________________________________________________ Pengenalan Pengurusan...

Contoh RPH~ Praktikum Perdagangan Tingkatan 4. (perniagaan dalam negeri & Saluran Agihan)

Rancangan Mengajar Harian Mata Pelajaran : Perdagangan Tingkatan 4 Tarikh / Hari :...

REGATTA SIBUTI 2011

Assalamualaikum... Apa khabar dan selamat sejahtera semua.... MInggu ni adeknan nak share kan sedikit sebanyak keterujaan adeknan.. sebe...

DiLema dalam Mimpi TerindaH

SMK Tatau, 25 Januari 2012 hingga 30 Mac 2012 - merupakan tarikh keramat seribu satu makna dalam kehidupan. Ada turun naik dan timbul tengge...

BELI TIKET AirAsia.com

samekom dan salam satu malaysia... apa khabar diharap semuanya sihat belako lah sebentar tadi adeknan sempatlah melihat kesana dan kesini, ...

Saturday, January 14, 2012

Pengenalan Pengurusan Kewangan

12:02 AM

adek_nan

Tajuk 1: Matlamat Pengurusan Kewangan.____________________________________________________________________________Pengenalan

Pengurusan dan perancangan adalah suatu yang amat mustahak dalam semua urusan kehidupan lebih-lebih lagi yang berkaitan dengan harta atau kewangan. Kegagalan mengurus dan merancang sebenarnya seseorang itu mengurus dan merancang untuk kegagalan. Kegagalan merancang kewangan dengan bijak merupakan punca utama seseorang individu terjebak dengan pelbagai masalah dalam kehidupan.Seseorang yang mempunyai perancangan dalam menguruskan kewangannya akan memperoleh gambaran yang jelas tentang kedudukan kewangan terkininya, memberi hala tuju yang tepat mengenai matlamat kewangan yang ingin dicapai yang akhirnya akan membolehkan seseorang itu mencapai matlamat yang diharapkan secara lebih efektif. Perancangan kewangan adalah satu aktiviti yang dikawalselia oleh undang-undang. Individu yang ingin menjadi "Perancang Kewangan Bertauliah" perlu mendapat lesen daripada SC (Jadual 2, Capital Markets and Services Act 2007).

Secara lebih mendalam, perancangan kewangan itu merujuk kepada 'Perancang Kewangan' sebagai "seseorang yang membuat analisis kedudukan kewangan individu lain dan mencadangkan perancangan pelan kewangan agar individu berkenaan mencapai matlamat dan objektif kewangannya." (Suruhanjaya Sekuriti). Dari sudut semasa, industri perancangan kewangan telah lama wujud di Malaysia tetapi bukan dalam bentuk satu disiplin profesional seperti yang ada sekarang. Diperakui oleh Suruhanjaya Sekuriti (SC) sejak tahun 2004 apabila SC menjadikan perancangan kewangan sebagai satu aktiviti yang memerlukan lesen.

____________________________________________________________________________ Konsep perancangan kewangan menurut Islam

Islam menggalakkan umatnya memiliki, menghasil dan menggunakan harta dengan baik dan bijaksana. Mengikut kacamata Islam, harta adalah alat untuk menjamin keselesaan hidup manusia di dunia dan kebahagiaan di akhirat. Ia juga merupakan wasilah untuk mencapai takwa. Allah juga menganugerahkan harta kepada manusia untuk menguji manusia itu sama ada bersyukur atau sebaliknya sebagaimana yang ditegaskan oleh Allah dalam surah al-Anfaal ayat 28 yang bermaksud: Dan ketahuilah bahawa hartamu dan anak-anakmu hanya sebagai ujian dan sesungguhnya di sisi Allah adalah pahala yang besar. Perancangan kewangan menurut Islam adalah satu proses di mana matlamat kewangan individu digunakan untuk membangun dan melaksanakan pelan yang holistik untuk mencapai matlamatnya yang mematuhi syariah dan akhirnya mendapat keberkatan daripada Allah" (Mahadzir Ahmad, majalah VISI, Bilangan 95). Sebagai agama yang sempurna Islam mengajar umatnya agar sentiasa mempunyai perancangan dalam menguruskan hal ehwal kehidupan mereka. Hal ini dapat dilihat menerusi al Quran dan sunnah. Antaranya firman Allah S.W.T dalam surah Yusuf ayat 67 yag menegaskan bahawa dalam menguruskan kehidupan jangan bergantung kepada satu pendekatan semata-mata tetapi perlulah mempelbagaikan pendekatan dan strategi. Setelah segala persiapan dan perancangan dilakukan maka hendaklah bertawakal kepada Allah. Ayat 47-48 di dalam surah yang sama Allah menegaskan pentingnya perancangan sebelum menghadapi atau melakukan sesuatu malah perlu bijak dalam menguruskan kehidupan agar tidak susah di kemudian hari.Di dalam ayat 9, surah al-Nisa' juga Allah tegaskan perkara yang sama bahawa perlunya mempunyai perancangan untuk masa depan keluarga dan hendaklah bijaksana dalam menguruskan harta/kewangan. Sebagaimana dalam surah al Hasyr ayat 18. Ayat ini cukup jelas menyentuh tentang kepentingan perancangan dalam kehidupan, kerana masa depan bergantung kepada perancangan kita hari ini selain daripada ketentuan Allah. Perancangan kewangan juga merupakan salah satu daripada sunnah yang ditinggalkan Nabi Muhammad S.A.W. menurut perspektif islam, perancangan dan pengurusan kewangan mensasarkan sebagai satu wasilah bagi mencapai hasanah di dunia dan di akhirat sebagai matlamat akhirnya. Justeru, untuk memastikan matlamat ini dapat dicapai maka pelan perancangan perlu mengambil kira perbelanjaan untuk kemaslahatan sendiri seperti keperluan jasmani dan rohani, perbelanjaan untuk kemaslahatan orang lain seperti nafkah, sedekah dan juga perbelanjaan untuk kemaslahatan umum seperti membina masjid, hospital dan sebagainya. Pengurusan kewangan menurut islam turut mengambil kira komponen-kompenen moden seperti pengurusan kredit dan aliran tunai, pengurusan risiko dan perancangan takaful, perancangan pelaburan Islam, perancangan zakat dan cukai , perancangan persaraan dan perancangan harta pusaka dan wakaf. Tedapat dua aspek yang dititikberatkan dalam pengurusan kewangan Islam iaitu:-

1. Bagaimana harta itu diperolehi, yang menitikberatkan kaedah pemilikan harta secara halal dan melibatkan pemilikan dan jual beli yang sah sama ada tentang barangan niaga, hadiah dan apa jua harta yang dimiliki.2. Bagaimana harta itu dibelanjakan, sama ada untuk kebaikan ataupun sebaliknya. Islam membataskan pengurusan kewangan umatnya kearah kebaikan sahaja dan bukannya untuk kemudaratan sama ada kepada pihak lain ataupun diri sendiri.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud "Tidak akan berganjak kedua-dua kaki anak adam pada hari kiamat sehingga ditanya tentang umurnya pada apa ia dihabiskan, tentang usia mudanya pada apa digunakan dan tentang hartanya dari mana ia diperoleh dan bagaimana ia dibelanjakan dan tentang ilmunya pada apa ia diamalkan?" Oleh itu, aspek utama yang perlu diambil kira di dalam perancangan kewangan Islam adalah memperoleh keberkatan. Harta yang melimpah ruah tidak membawa apa-apa erti jika tidak ada padanya keberkatan, malah harta boleh menjadi fitnah, boleh menjadikan seseorang itu sentiasa berasa tidak cukup sehingga sanggup melakukan apa sahaja termasuklah rasuah, penyelewengan dan sebagainya.Secara ringkasnya pengurusan kewangan yang bijak itu adalah yang dapat mengimbangi perbelanjaan dan pengurusan hutang, pelaburan yang mengikut syariah dan pendapatan yang mendapat keberkatan. ____________________________________________________________________________Mengapakah kita memerlukan perancangan kewangan?

Pada setiap fasa hidup kita sama ada semasa bujang, semasa berumahtangga, mempunyai anak sehinggalah bujang sekali lagi, kita mempunyai kepentingan, tanggungjawab dan kehendak kewangan yang berbeza-beza mengikut keperluan. Setiap peringkat hidup memberikan kita peluang dan cabaran yang berbeza. Kehendak dan keperluan turut berubah manakala. Oleh itu perancangan kewangan membekalkan diri kita untuk menghadapi peluang dan cabaran krisis kewangan dan sebagainya. Perancangan kewangan bukan hanya dapat membantu kita memperbaiki tahap hidup kita, malah membantu mencapai kepuasan berbelanja. Selain itu, perancangan kewangan yang tepat membantu seseorang itu mengumpul harta dengan cara yang paling efisyen. Lantaran itu, perancangan ini turut menjamin kedudukan kewangan kita yang turut meningkatkan taraf hidup kita. Pokoknya, perancangan kewangan membekalkan kita idea untuk menguruskan kedudukan kewangan kita agar mencapai matlamat kewangan kita untuk memenuhi keperluan dan kehendak hidup kita sama ada di masa hadapan ataupun penggunaan semasa.

____________________________________________________________________________Faedah perancangan kewangan

Perancangan kewangan merupakan satu proses yang dinamik yang memerlukan pemantauan dan penilaian yang berterusan, supaya kedudukan kewangan ddapat dikawal dengan tepat. Perancangan kewangan yang tulus dan tepat dapat menjanjikan pencapaian matlamat sebagai pulangannya. Tanpa suatu perancangan yang sesuai, seseorang individu itu mungkin akan terpaksa berhadapan dengan pelbagai risiko seperti wang simpanan yang tidak mencukupi untuk menampung kos pendidikan, wang pendahuluan untuk pembelian rumah atau menanggung kos hidup selepas bersara. Perancangan kewangan yang baik dapat membantu bagi mencapai:-

1. Menguruskan lain-lain perbelanjaan untuk persediaan menghadapi apa jua kemungkinan untuk berbelanja/kecemasan seperti sakit selain daripada mengharapkan perlindungan insurans.2. Mengurangkan bebanan cukai, kerana bayaran cukai pendapatan dapat dikurangan sekiranya anda mengunakan setiap cara/peluang yang ada sebaik mungkin untuk mendapatkan pengecualian cukai.3. Mecapai matlamat kewangan yang mampu memberikan sesuatu yang bermakna kepada keluarga dan diri sendiri. Sebagai contoh, membiayai perbelanjaan Universiti anak anak, dan melancong menunjukkan strategi pengurusan kewangan yang terancang4. Menanggung kos hidup persaraan. Pengurusan kewangan membolehkan kita mengekalkan cara hidup yang sama mahupun selepas bersara. Kemungkinan besar, memulakan satu tabung simpanan untuk menampung perbelanjanaan selepas bersara adalah perlu sebagai tambahan kepada KWSP.5. Mengekalkan hubungan ynag lebih baik dengan mengelakkan diri daripada meminjam daripada orang lain. Perkara ini boleh mengekalkan hubungan yang lebih baik dengan keluarga, sahabat dan rakan sekerja, kerana anda tidak perlu meminjam atau mengharapkan bantuan kewangan daripada sesiapa.6. Bebas daripada masalah kewangan dengan perancangan aliran kewangan dapat menjangkakan perbelanjaan yang bakal dihadapi dan akhirnya mencapai matlamat hidup.7. Mengambil berat terhadao orang yang disayangi. Membolehkan pengurusan dan peracangan perbelnjaan hidup bersama insane yang tersayang seperti untuk tujuan perkahwinan ataupun berbulan madu.

1 comments:

Anonymoussaid...

salam tuan ....nak copy boleh ye:)

April 2, 2014 at 4:23 PM

Post a Comment

Let see Where You Came From

get this

About Me

adek_nan

simply the best, nonsense sometimes. I'am the guys who always wanted to be happy Go Lucky.

View my complete profile

family album

Pesanan Editor

Hello there...adeknan here. write and talk is my interest. so this BLOG is all about anything. Anything across in my mind, or what ever it is i think it's cool. BTW i only write any entry in this lovely blog "adeknan day's off" only when I'am free or when adeknan a little bit tension or too tired. Well Adeknan day's Off is the places that i can share anything to anyone else.

Recent Visitors

Join my Blog

Mail Box

Categories

FOOD(1)

Harimau Muda Negara(1)

INTERIM(1)

MAKAN-MAKAN(1)

Posting(1)

REGATTA SIBUTI(1)

Arkib Adeknan.blogspot

2014

(1)

April

(1)

2013

(1)

June

(1)

2012

(10)

September

(1)

May

(1)

April

(2)

March

(4)

February

(1)

January

(1)Pengenalan Pengurusan Kewangan

2011

(34)

November

(3)

October

(3)

September

(1)

July

(1)

May

(2)

April

(8)

March

(7)

February

(9)

2010

(74)

December

(6)

November

(14)

October

(7)

September

(2)

August

(3)

July

(2)

April

(4)

March

(16)

February

(7)

January

(13)

My Friends Blog List

Nelly Ixora

Dapat kunci rumah baru yeayyy

-

Assalammualaikum...

Alhamdulillah masa yang ditunggu-tunggu sejak 2 tahun lepas. Masa urusan pembelian rumah tu kalau boleh nak dapat on the spot jugak kun...

1 week ago

Prince HairiAks

Prince HairiAks Derma Darah

-

...Cerita Mula..

Hye all.. Apa khabar.. Just nak share dengan korang yang hari ni aku sempat untuk derma darah dekat MYDIN MITC, Melaka. Ini bukan kali ...

1 year ago

BaNTaL BuCuK KePuNyAaNkU

Salam Perkenalan :)

-

*ASSALAMUALAIKUM*

bertahun x bukok blogxtau knp hari ni ttb terdetik nk bukok smulayg kelakonyee-mail n password pun dh x ingathahahaha

btw, hai semua ...

3 years ago

Top 10 Bloger

Berb1og Ber!mag!nas! Berkreat!v!t!

Rencah Nusantara Bufet Berbuka Puasa Sempena Ramadan Di The Everly Hotel Putrajaya

1 day ago

Nelly Ixora

Dapat kunci rumah baru yeayyy

1 week ago

.........LoVe CaDbury.........

~ Permulaan 2018 ~

3 months ago

POLKA.espadrilla

#WordlessWednesday - The Daily Grind Gourmet Burgers

7 months ago

! Tutorial Untuk Blog | Tips Blogspot

Jadual Waktu Imsak Dan Berbuka Puasa 2017 Untuk Negeri/Kawasan Seluruh Malaysia

11 months ago

Nota Siku

Rangkuman 2016

1 year ago

Contest and Giveaway

cara menghilangkan jerawat

2 years ago

Little Love Always

Mukadimah tahun 2015

3 years ago

Bila Katak Menyanyi

Pesta Penang Kembali Lagi

3 years ago

senyumSEINDAH kachangSOYA

:: RM 10 ::

3 years ago

Painting and artwork

LAMA MENYEPI LAKARAN MASIH MENARI

4 years ago

Hijab For Muslimah | Proud to be Muslimah!

Tudung Plain MISS COLOUR Bidang 60

4 years ago

My Little Cupcakes...

Too old for school? Absolutely not!

5 years ago

Download till you bleed

[FOOTBALL] Football Live Streaming

5 years ago

me.., mine..., m0uth....

complete week whole bangang...!

6 years ago

Si Comot yg Comel

Manchester United Highlights Videos

my life.

LiyaNa NaNa :)

! kurasakan something...

MegaFires

QuickSoccer

Vanilla Espresso..For The Rest Of My Life !!

Show 10

Show All

Feedjit

Feedjit Live Blog Stats

Copyright 2011 Adeknan Day's Off

Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger ThemesPowered by Blogger | DSW printable coupons