Pengenalan Statistik Asas

2
1.0 PENGENALAN Statistik adalah kaedah saintifik dalam mengumpul, menyusun, menghurai, menganalisis data bernombor dan juga membuat kesimpulan daripada hasil penganalisisian data tersebut. Mengikut sejarah, statistik ini asalnya datang daripada perkataan ‘state’ yang memberi makna sebuah negara atau pemerintah. Statistik digunakan pada mulanya oleh pemerintah untuk mengetahui dan mendapat maklumat tentang penduduk di bawah pemerintahannya. Maklumat seperti bilangan penduduk, jumlah anak dalam sesebuah keluarga, bilangan orang dewasa, jumlah padi yang dihasilkan dan sebagainya. Matlamat utama adalah supaya pemerintah dapat menggunakan maklumat yang terkumpul ini untuk mengawal dan menguruskan pemerintahan negara. Bidang statistik boleh dibahagikan kepada dua bidang iaitu statistik perihalan dan statistik pentadbiran. Statistik perihalan merangkumi aspek mengumpul, membentang (dalam bentuk jadual, carta dan graf) serta meringkaskan data. Contohnya keputusan peperiksaan pelajar mengikut pencapaiannya. Maklumat ini seterusnya boleh disajikan dalam bentuk jadual, carta atau graf supaya mudah difahami umum. Seterusnya nilai purata, sisihan piawai serta ukuran kedudukan boleh dihitung untuk menjelaskan lagi perihalan data.

description

apa itu statistik?

Transcript of Pengenalan Statistik Asas

1.0PENGENALANStatistik adalah kaedah saintifik dalam mengumpul, menyusun, menghurai, menganalisis data bernombor dan juga membuat kesimpulan daripada hasil penganalisisian data tersebut. Mengikut sejarah, statistik ini asalnya datang daripada perkataan state yang memberi makna sebuah negara atau pemerintah. Statistik digunakan pada mulanya oleh pemerintah untuk mengetahui dan mendapat maklumat tentang penduduk di bawah pemerintahannya. Maklumat seperti bilangan penduduk, jumlah anak dalam sesebuah keluarga, bilangan orang dewasa, jumlah padi yang dihasilkan dan sebagainya. Matlamat utama adalah supaya pemerintah dapat menggunakan maklumat yang terkumpul ini untuk mengawal dan menguruskan pemerintahan negara. Bidang statistik boleh dibahagikan kepada dua bidang iaitu statistik perihalan dan statistik pentadbiran. Statistik perihalan merangkumi aspek mengumpul, membentang (dalam bentuk jadual, carta dan graf) serta meringkaskan data. Contohnya keputusan peperiksaan pelajar mengikut pencapaiannya. Maklumat ini seterusnya boleh disajikan dalam bentuk jadual, carta atau graf supaya mudah difahami umum. Seterusnya nilai purata, sisihan piawai serta ukuran kedudukan boleh dihitung untuk menjelaskan lagi perihalan data. Statistik pentadbiran menggunakan data untuk membuat anggaran, keputusan, ramalan, ujian hipotesis dan sebagainya. Bahagian statistik ini memerlukan pengetahuan matematik yang agak kukuh. Contoh pencapaian pelajar boleh dikumpul untuk beberapa tahun dan analisis dilakukan dengan menggunakan pelbagai kaedah statistik yang sesuai bagi mendapatkan hasil bagi membuat keputusan atau ramalan tentang pencapaian pelajar. Keputusan yang diperoleh mungkin boleh digunakan untuk membuat polisi bagi menentukan atau mengubah syarat kemasukan pelajar ke universiti.