PENGENALAN.doc
-
Upload
mohdradzlee77 -
Category
Documents
-
view
9 -
download
0
description
Transcript of PENGENALAN.doc
PENGENALAN
Kebimbangan Matematik merupakan fenomena yang sering dikaitkan dengan masalah
pembelajaran Matematik di sekolah. Kebimbangan Matematik ditakrifkan sebagai perasaan
bimbang dan tegang yang berlaku dalam diri seseorang individu dan mengganggu proses
kecekapan penggunaan nombor dan penyelesaikan masalah Matematik dalam kehidupan
seharian. Dalam bidang pembelajaran pula, kebimbangan Matematik boleh menyebabkan
seseorang murid lupa dan hilang keyakinan terhadap diri sendiri.
Kajian menunjukkan bahawa tekanan yang dihadapi oleh kebanyakan murid dalam
pembelajaran Matematik ialah biasanya disebabkan oleh masa menjawab dan sifat malu di
khalayak umum. Masalah ini telah menjadi perhatian para guru sekian lama dan banyak
kajian serta usaha yang dilakukan untuk membasmi masalah kebimbangan Matematik di
kalangan murid.
Murid yang berasa bimbang, bosan, takut atau menganggap Matematik tidak penting
biasanya cuba mengelakkan diri daripada mempelajari subjek ini dan melakukan perbuatan
yang boleh menyebabkan kegagalan memahami subjek ini. Murid-murid yang mengalami
kebimbangan Matematik sering kali menganggap Matematik sukar bagi mereka dan menjadi
pengalaman yang membebankan untuk mempelajarinya. Antara simptom-simptom
kebimbangan Matematik ialah :
Berpandangan negatif terhadap diri sendiri
Kurang motivasi semasa menjalankan tugasan Matematik
Kurang membuat ulangkaji
Lambat menyiapkan kerja rumah Matematik
Berasa panik semasa menghadapi ujian
Menghadapi kesukaran menghafal fakta Matematik
Bergantung kepada hafalan berbanding pemahaman
Penawar bagi masalah kebimbangan Matematik terletak pada diri murid sendiri dan
juga terletak di bahu guru yang menyampaikan ilmu Matematik kepada murid. Kebijaksanaan
guru memilih strategi, kaedah dan teknik pengajaran yang pelbagai dan menarik amat penting
dalam usaha mengurangkan seterusnya membasmi masalah kebimbangan Matematik di
kalangan murid.