PengenalanPendekatanKodaly

download PengenalanPendekatanKodaly

of 11

description

PengenalanPendekatanKodaly

Transcript of PengenalanPendekatanKodaly

  • Topik

    2 Pengenalan

    Pendekatan Kodaly

    X

    HASIL PEMBELAJARAN

    Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

    1. Menceritakan latar belakang Zoltan Kodaly;

    2. Menyenaraikan tujuh falsafah yang diutarakan oleh Zoltan Kodaly;

    3. Mengenal pasti lima ciri muzik/lagu rakyat; dan

    4. Mengenal pasti tiga teknik yang digunakan di dalam kaedah Kodaly.

    PENGENALAN XPendekatan Zoltan Kodaly merupakan salah satu pendekatan yang digunakan di dalam pengajaran dan pembelajaran muzik di sekolah. Zoltan Kodaly merupakan tokoh muzik dari Hungary yang mengambil berat dengan muzik rakyat kerana beliau tidak mahu muzik tersebut lupus ditelan zaman. Di samping muzik rakyat, nyanyian sebagai kemahiran asas menjadi falsafah yang utama di mana kanak-kanak boleh menyanyikan lagu-lagu rakyat dengan menggunakan suara mereka sendiri. Teknik yang beliau ketengahkan ialah nyanyian tonik solfa, menggunakan isyarat tangan dan menyebut dan menotasikan irama dengan menggunakan notasi lidi.

    2.1 LATAR BELAKANG ZOLTAN KODALYZoltan Kodaly (16 Disember 188216 Mac 1967) adalah seorang tokoh terkemuka pada abad ke 20 dalam kebudayaan Hungary. Beliau merupakan seorang pencipta dan penggubah muzik, yang mewujudkan satu sintesis di antara muzik rakyat Hungary dan warisan muzik Eropah. Sebagai seorang ethnomuzikologis pula beliau merupakan perintis dalam menyelidik dan mengklasifi kasikan lagu

  • 12 X TOPIK 2 PENGENALAN PENDEKATAN KODALY

    rakyat secara saintifi k. Di dalam pendidikan, Kodaly terkenal sebagai seorang pendidik muzik yang berbakti untuk mendidik rakyat Hungary supaya menjadi penggubah, pencipta, pemimpin muzikologis dan pendidik. Beliau mengambil berat tentang Bahasa Hungary dan inginkan bahasa itu terpelihara dan tidak tercemar. Di samping itu beliau berpendapat bahawa aspek intelek, jasmani, rohani dan kebudayaan perlu ditekankan di dalam pendidikan untuk kemajuan negara.

    Pada tahun 1900, negara Hungary masih di bawah pemerintahan beraja Austro Hungarian dan ketika itu muziknya dipengaruhi oleh budaya Jerman. Pada ketika itu kesedaran tentang muzik rakyat Hungary masih belum membara. Namun, beberapa tahun selepas itu Zoltan Kodaly dan kawan karibnya Bela Bartok sedar bahawa muzik rakyat mempunyai nilai estetik yang tinggi serta memainkan peranan yang penting dalam mengekalkan identiti negara mereka. Dengan kesedaran ini mereka menjelajahi seluruh negera sehingga ke tempat-tempat yang terpencil untuk merakamkan suara-suara kaum petani yang masih menyanyikan lagu-lagu Hungary serta mentranskripsikan irama yang dikumpulkan.

    Bela Bartok meneruskan penyelidikannya di Sloviak, Rumania, Rusia, Asia, Chuvash, Chemish dan negara-negara yang berdekatan. Irama dan melodi dianalisis mengikut mod, skel, bentuk dan jenis kumpulan irama lagu yang sama. Pekerjaan yang begitu rumit yang dimulakan oleh Kodaly dan Bartok sekarang ini sedang diteruskan oleh sekumpulan penyelidik dan muzikologis dengan mengikuti perancangan Kodaly di Akademi Sains di Budapest, Hungary.

    Kini terdapat lima buah jilid Corpus Musicae yang telah lengkap; setiap satu mengandungi beberapa lagu yang diklasifi kasikan mengikut jenis seperti lagu kanak-kanak, perayaan dan upacara tertentu, memikat, perkahwinan dan rintihan.

    AKTIVITI 2.1

    Terfi kirkah anda untuk menjelajah ke seluruh pelusuk negara kita termasuk Sabah dan Sarawak untuk mengumpul lagu-lagu rakyat. Berapa banyakkah yang anda dapat kumpulkan? Apakah maksud sebenarnya lagu rakyat?

  • TOPIK 2 PENGENALAN PENDEKATAN KODALY W 13

    2.2 FALSAFAH DAN KONSEP KODALYKodaly memulakan satu usaha dalam penyelidikan prinsip dan bentuk muzik Hungary. Beliau takut warisan budaya muzik Hungary lupus ditelan zaman. Oleh yang demikian, untuk memastikan muzik menjadi kehidupan harian di kalangan rakyat Hungary serta tidak lupus, beliau menghasilkan falsafahnya.

    Falsafah dan konsepnyanya mengandungi prinsip-prinsip yang merupakan aspek perkaedahan yang kini digelar sebagai Kaedah Kodaly.

    (a) Muzik Kepunyaan ManusiaMuzik perlu diajar dan dipelajari oleh semua lapisan masyarakat untuk menghasilkan rakyat yang berilmu dalam bidang muzik. Pendidikan muzik adalah satu cara di mana muzik dapat diapresiasi dan dihayati. Berliterasi muzik mewujudkan budaya muzik; lebih ramai lagi orang yang melibatkan diri dalam muzik sama ada sebagai pemuzik atau penonton. Pendidikan muzik membolehkan bakat muzik seseorang kanak-kanak berkembang. Di samping itu ia memperkembangkan aspek pendengaran, intelek, emosi, fi zikal dan kebudayaan seseorang kanak-kanak.

    (b) Nyanyian adalah Asas Kemahiran MuzikSuara adalah alat muzik semula jadi yang berkesan. Oleh kerana muzik adalah untuk semua dan bukan segolongan kecil yang mempunyai hak istimewa seelok-eloknya pengalaman muzik pertama dimulakan dengan nyanyian di mana sahaja atau dengan sesiapa sahaja.

    If I were to try to express the essence of this education in one word, that word would be SINGING. Zoltan Kodaly

    Nyanyian dalam lapisan suara harus diperkenalkan dalam sukatan pelajaran sekolah rendah. Nyanyian seperti ini memperkembangkan kebolehan pendengaran muzik yang bertekstur polifoni. Ia akan memudahkan seseorang menghayati muzik dari sastera muzik masterpieces tanpa mengetahui memainkan alat muzik.

    (c) Muzik Rakyat sebagai Bahan Pengajaran dan PembelajaranNyanyian merupakan asas kemahiran muzik. Bahan yang penting dan terbaik untuk digunakan dalam pengajaran pembelajaran muzik ialah muzik/lagu rakyat Hungary.

  • 14 X TOPIK 2 PENGENALAN PENDEKATAN KODALY

    Ciri-ciri lagu rakyat dan tradisional ada lima (sila rujuk objektif yang dirancang). Ia merupakan:

    (i) Bahan asas kepunyaan rakyat;

    (ii) Identiti kepunyaan sesebuah Negara;

    (iii) Diperturunkan secara lisan;

    (iv) Bahan di dalam bahasa ibunda dikenali oleh kanak-kanak; dan

    (v) Pendek dan mudah dinyanyikan dan diingati oleh kanak-kanak.

    Setelah tumpuan diberi kepada bahan sendiri barulah bahan dari luar negara diperkenalkan. Kanak-kanak digalakkan menyanyi lagu-lagu dari luar negara dalam bahasa asalnya supaya mereka dapat mempelajari dan menjalankan kajian tentang bahasa asing.

    (d) Nyanyian KoirNyanyian koir adalah penting untuk menghasilkan keseronokan dari usaha yang kolektif. Ia mewujudkan manusia yang berdisiplin, berperibadi tinggi dan mulia. Hanya muzik masterpieces dari negara sendiri dan luar dijadikan bahan nyanyian koir. Ahli koir perlu diberi kemahiran dalam membaca skor muzik tanpa tunjuk ajar dari jurulatih melalui kibod. Sekiranya pengajaran pembelajaran tersebut menggunakan kibod ia akan menyekat perkembangan kemahiran muzik seseorang.

    Nyanyian koir adalah bidang yang penting bagi seorang ahli muzik instrumental terutamanya dalam nyanyian kaunter. Seorang ahli muzik perlu ada kemahiran menulis notasi muzik melalui pendengaran dan sebaliknya tanpa memainkan pada alat muzik. Kebolehan membaca skor menunjukkan kefahaman yang baik tentang petikan muzik tersebut. Dengan pendengaran dalaman yang tajam, permainan alat yang dihasilkan jelas bermutu. Mengikut Kodaly, seseorang pemain muzik yang baik perlu mempunyai keempat-empat ciri seperti berikut:

    .... a well-trained ear, a well-trained intelligence, a well-trained heart and a well-trained hand.

    Keempat-empat ciri di atas perlu seimbang. Kodaly berpendapat solfa serta bentuk dan harmoni boleh membentuk seseorang pemuzik ke arah dua ciri pertama di atas. Untuk melaksanakan pengajaran supaya ia menyeluruh, seseorang perlu mengalami pelbagai jenis pengalaman di dalam bidang muzik. Tanpa penglibatan dalam permainan muzik kamar dan menyanyi di dalam kumpulan koir seseorang itu akan gagal untuk menjadi pemuzik yang cemerlang.

  • TOPIK 2 PENGENALAN PENDEKATAN KODALY W 15

    (e) Alat Muzik Tidak Perlu DigunakanAlat muzik seperti piano tidak digunakan untuk mendapatkan ketepatan pic dan tidak juga digunakan untuk mengiringi nyanyian koir. Ini disebabkan ada piano yang tidak setala dengan sempurna atau berbunyi sumbang. Sesebuah lagu diperkenalkan dengan menyanyikannya dahulu dan bukan menggunakan kibod. Ada sesetengah pemimpin orkestra menyanyikan lagu yang hendak dimainkan ketika menjalani latihan untuk memberi inspirasi dan galakan kepada pemuziknya.

    (f) Pengajaran Pembelajaran Muzik Perlu Berlaku Awal di Pra SekolahKanak-kanak mudah menerima dan mudah terpengaruh. Mereka perlu dibimbing dan belajar muzik awal di pra sekolah supaya tidak akan terdedah kepada muzik yang tidak bermutu. Kanak-kanak yang berumur antara 6 hingga 16 tahun selalunya mudah dan cepat mempelajari sesuatu serta berbakat dalam mengalami muzik yang bermutu tinggi. Muzik rakyat adalah bahan yang terbaik untuk pengajaran dan pembelajaran memandangkan renj dan lirik yang sesuai dengan kebolehan kanak-kanak. Menyanyi dan menggerakkan tubuh badan dapat memperkembangkan mental dan fi zikal kanak-kanak. Kanak-kanak perlu mempelajari membaca notasi sebelum memainkan alat muzik. Kelas persediaan dijalankan untuk memudah dan mengukuhkan pembelajaran konsep muzik dan pendengaran dalaman. Kanak-kanak didedahkan kepada asas muzik, membaca muzik secara serta-merta, menulis muzik dan melatih pendengaran dan irama melalui nyanyian.

    (g) Muzik Perlu Menjadi Tunjang dan Nadi Kurikulum Pendidikandi SekolahMuzik mengikut Kodaly, boleh membantu dalam perkembangan emosi, intelek, jasmani dan rohani kanak-kanak. Isu mata pelajaran Muzik sebagai mata pelajaran yang kurang penting selalu timbul di kalangan penggubal kurikulum dan pentadbir sekolah. Selalunya mata pelajaran lain yang lebih penting seperti Matematik didahulukan. Mengikut kajian yang dibuat oleh The San Jose Unifi ed School District Project di Amerika Syarikat, tahap pencapaian murid di sekolah yang mempunyai muzik sebagai mata pelajaran utama adalah lebih baik daripada sekolah yang meluangkan masa yang sedikit untuk mata pelajaran Muzik. Walau bagaimanapun, Kodaly berpendapat tujuan muzik dijadikan nadi adalah bukan untuk menghasilkan keputusan peperiksaan yang cemerlang dan seterusnya muzik dijadikan mata pencarian seseorang tetapi untuk dijadikan cara hidup seseorang lebih bermakna.

  • 16 X TOPIK 2 PENGENALAN PENDEKATAN KODALY

    2.3 MUZIK RAKYATMuzik atau lagu merupakan satu kesinambungan yang menghubungkan zaman dahulu dengan zaman sekarang. Ia adalah kepunyaan rakyat atau sesuatu komuniti yang telah wujud, dipelihara dan dinyanyikan bertahun-tahun lamanya. Muzik/lagu rakyat menggambarkan cara hidup dan kebudayaan sesebuah komuniti. Ia merangkumi pelbagai jenis lagu yang mempunyai fungsi di dalam kehidupan komuniti tersebut. Contohnya, lagu pekerjaan, kelahiran, kematian, perkahwinan, kanak-kanak, keindahan alam, keagamaan, peperangan dan lain-lain lagi. Pencipta Muzik/lagu rakyat biasanya tidak diketahui kerana ia diturunkan secara lisan dari generasi ke generasi. Tradisi secara lisan ini selalunya memelihara keaslian Muzik/lagu tersebut tanpa diubah, namun, ada kalanya melodi dan atau liriknya sengaja diubah untuk mengikut zaman dan selera sesuatu komuniti. Muzik/lagu rakyat adalah cermin kepada jiwa seseorang. Ia mempunyai nilai estetik yang tinggi dan setarafnya denganmana-mana seni yang dianggap berharga.

    Rajah 2.1: Isyarat Tangan

    Falsafah Kodaly Alat muzik tidak perlu digunakan. Apa yang Kodaly maksudkan ialah pada permulaan pengajaran dan pembelajaran alat suara diberi penekanan dan alat muzik seperti piano digunakan setelah kemahiran nyanyian dan penggunaan suara telah mantap.

  • TOPIK 2 PENGENALAN PENDEKATAN KODALY W 17

    Mengikut Kodaly sebelum seseorang itu dapat memahami muzik negara lain ia perlu memahami muzik negaranya dahulu. Sekiranya ianya tidak diberi perhatian, dipelihara dan digunakan maka lupuslah ia, seterusnya hilanglah identiti rakyat dan negara.

    Ciri-ciri Lagu RakyatAntara ciri-ciri yang terdapat di dalam muzik/lagu rakyat yang asli ialah:

    (a) Mencerminkan kehidupan dan budaya sesebuah komuniti.

    (b) Diturunkan melalui lisan atau nyanyian bukan melalui bahan bercetak.

    (c) Kesan dari diturunkan dari generasi ke generasi ialah kadang kala terdapat sedikit perubahan dari aspek melodi, irama dan liriknya.

    (d) Faktor masa. Wujud bertahun-tahun lamanya di kalangan sesebuah komuniti.

    (e) Penciptanya tidak diketahui.

    (f) Pendek dan dalam bentuk yang mudah:

    (i) Mempunyai melodi dan corak irama yang mudah dan berulang-ulang

    (ii) Renjnya kecil

    (iii) Menggunakan skel yang mudah

    (iv) Menggunakan perbendaharaan kata yang umum dan mudah

    (v) Liriknya menggunakan bahasa ibunda dan berulang-ulang

    AKTIVITI 2.2

    Dengar 5 buah lagu dan kenal pasti lagu-lagu tersebut dengan menulis tajuk lagu. Antara manakah lagu yang bukan lagu rakyat?Beri sebab-sebab kenapa lagu yang anda pilih adalah bukan lagu rakyat.

    2.4 TEKNIK KAEDAH KODALYKaedah Kodaly adalah satu kaedah yang berterusan dan sentiasa berkembang. Banyak perubahan telah berlaku sejak kaedah ini bermula dan sedang dalam proses perubahan untuk mencari cara yang lebih baik lagi untuk memupuk rasa cinta kepada muzik.

  • 18 X TOPIK 2 PENGENALAN PENDEKATAN KODALY

    Terdapat tiga jenis teknik yang diutarakan oleh Kodaly di dalam pengajaran dan pembelajaran. Tiga teknik tersebut adalah:

    Tonik Solfa;

    Isyarat Tangan; dan

    Simbol, Notasi dan Sebutan Irama.

    (a) Tonik SolfaKodaly menggunakan sistem do bergerak yang berasal dari Guido Arezzo (Itali) pada Abad ke 11.Dalam sistem ini, tonik solfa atau tonik pusat dalam sesebuah lagu ialah do dalam nada major dan la dalam nada minor.Ini memudahkan pelajaran nyanyian semerta.

    Nada Major : d r m f s l t d

    Nada minor : l t d r m f s l

    Tonik Solfa menekankan perhubungan pic dan fungsinya dalam sesuatu sistem tonal. Apabila kanak-kanak dapat menguasai tonik solfa dengan selesa melalui nyanyian, membaca dan menulis skor mereka bolehlah diperkenalkan dengan not nama abjad.

    Nyanyian pic dalam jeda minor ke 3 (so mi) merupakan pengajaran pembelajaran asas. Dengan penggunaan tonik solfa kanak-kanak yang kenal dua not yang berpic ini boleh membacakan not ini pada balukdi mana-mana posisi. Kodaly berpendapat skel pentaton (5 ton) amat sesuai digunakan kerana skel itu merupakan skel asas untuk lagu rakyat Hungary yang berciri mod minor.

    (b) Isyarat TanganIsyarat tangan digunakan sebagai respon kepada melodi yang didengar dan dilakukan tanpa menyanyi kerana ia berlaku di dalam kepala. Contohnya kelas akan menyanyi dan dengan serentak seorang pelajar akan menggunakan isyarat tangan tanpa menyanyi.

    Penggunaan isyarat tangan membuat pembelajaran solfa mudah dan merupakan satu persediaan untuk mendengar pertukaran do. Contohnya guru menunjukkan beberapa siri isyarat tangan kepada pelajar dan pelajar menyanyi kepada solfa Apabila guru berhenti pada mi dengan serentaknya ia akan menggunakan tangan kiri untuk menunjukkan isyarat so Pelajar kemudian akan menyanyi pada so dalam pic sama seperti mi. Latihan seperti ini diteruskan sehingga pelajar dapat kemahiran dalam perubahan nada dan solfa.

  • TOPIK 2 PENGENALAN PENDEKATAN KODALY W 19

    Isyarat tangan boleh mempertingkatkan kemahiran intonasi dalam dua suara. Kelas boleh di bahagikan kepada dua kumpulan; kumpulan 1 menyanyi mengikut isyarat tangan kanan guru sementara kumpulan 2 menyanyi mengikut isyarat tangan kiri guru. Di sini guru perlu cekap dalam penggunaan isyarat tangan.

    (c) Simbol, Notasi Lidi dan Sebutan IramaBerikut adalah di antara urutan irama yang digunakan di dalamKaedah Kodaly:

    Simbol

    Muzik bergerak dalam beat yang stabil.

    H H H H H H H H

    Ada beat yang mempunyai tekanan.

    I I I I > >

    Meter-muzik bergerak dalam kumpulan beat yang mempunyai tekanan. 2 h h O h h O 4 > > Muzik bergerak dalam dua atau tiga atau kedua-duanya boleh digabungkan. 2 e e l e e l 4

    3 e e e l e e e l 4

    Irama-mempunyai nilai bunyi yang panjang, pendek dan tanda rehat.

    4 l l l l l l l l l l l Z 4 Sukukata irama yang digunakan dalam kaedah ini di Hungary ialah:

    ta ti ti ti ri ti ri tri - o - la syn co pa (szun)

  • 20 X TOPIK 2 PENGENALAN PENDEKATAN KODALY

    RUMUSAN

    Zoltan Kodaly adalah seorang pencipta dan penggubah muzik yang berasal dari Hungary. Sebagai seorang ethnomuzikologis pula beliau merupakan perintis dalam menyelidik dan mengklasifi kasikan lagu rakyat secara saintifi k. Di dalam pendidikan, Kodaly terkenal sebagai seorang pendidik muzik yang berbakti untuk mendidik rakyat Hungary supaya menjadi penggubah, pencipta, pemimpin muzikologis dan pendidik. Beliau mengambil berat tentang Bahasa Hungary dan inginkan bahasa itu terpelihara dan tidak tercemar.

    Falsafah dan konsep beliau tentang muzik adalah seperti berikut:

    Muzik adalah kepunyaan manusia.

    Nyanyian adalah asas kemahiran muzik.

    Muzik Rakyat sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran.

    Nyanyian Koir.

    Alat muzik perlu digunakan.

    Pengajaran pembelajaran muzik perlu berlaku awal di pra sekolah.

    Muzik perlu menjadi tunjang dan nadi kurikulum pendidikan di sekolah.

    Muzik/lagu adalah kepunyaan rakyat atau sesuatu komuniti yang telah wujud, dipelihara dan dinyanyikan bertahun-tahun lamanya. Ia merangkumi pelbagai jenis lagu yang mempunyai fungsi di dalam kehidupan komuniti tersebut. Ia mempunyai nilai estetik yang tinggi dan setarafnya dengan mana-mana seni yang dianggap berharga. Ciri-ciri muzik/lagu rakyat adalah

    bahan asas kepunyaan rakyat.

    identiti kepunyaan sesebuah negara.

    mempunyai nilai estetik yang tinggi.

    bahan di dalam bahasa ibunda dikenali oleh kanak-kanak.

    Terdapat 3 teknik diutarakan oleh Kodaly di dalam pengajaran dan pembelajaran.

    Tonik Solfa.

    Isyarat tangan.

    Simbol, Notasi dan Sebutan Irama.

  • TOPIK 2 PENGENALAN PENDEKATAN KODALY W 21

    UJIAN 1

    1. Dari negara manakah Zoltan Kodaly berasal?

    2. Huraikan falsafah Kodaly Nyanyian adalah kemahiran asas.

    3. Namakan satu lagu yang anda rasa ia adalah lagu rakyat. Huraikan kenapa anda menyatakan demikian.

    UJIAN 2

    1. Apakah teknik Kodaly yang berkaitan dengan falsafah beliau seperti di Ujian 1 no. 2?

    2. Apakah 3 not solfa yang pertama yang boleh digunakan sebagai pengenalan di dalam kelas?

    3. Apakah teknik yang ketiga yang berkaitan dengan konsep irama?

    Isyarat TanganNotasiSebutan Irama

    SimbolTonik Solfa

    /ColorImageDict > /JPEG2000ColorACSImageDict > /JPEG2000ColorImageDict > /AntiAliasGrayImages false /CropGrayImages true /GrayImageMinResolution 150 /GrayImageMinResolutionPolicy /OK /DownsampleGrayImages false /GrayImageDownsampleType /Bicubic /GrayImageResolution 300 /GrayImageDepth -1 /GrayImageMinDownsampleDepth 2 /GrayImageDownsampleThreshold 1.50000 /EncodeGrayImages false /GrayImageFilter /DCTEncode /AutoFilterGrayImages true /GrayImageAutoFilterStrategy /JPEG /GrayACSImageDict > /GrayImageDict > /JPEG2000GrayACSImageDict > /JPEG2000GrayImageDict > /AntiAliasMonoImages false /CropMonoImages true /MonoImageMinResolution 1200 /MonoImageMinResolutionPolicy /OK /DownsampleMonoImages false /MonoImageDownsampleType /Bicubic /MonoImageResolution 1200 /MonoImageDepth -1 /MonoImageDownsampleThreshold 1.50000 /EncodeMonoImages false /MonoImageFilter /CCITTFaxEncode /MonoImageDict > /AllowPSXObjects false /CheckCompliance [ /None ] /PDFX1aCheck false /PDFX3Check false /PDFXCompliantPDFOnly false /PDFXNoTrimBoxError true /PDFXTrimBoxToMediaBoxOffset [ 0.00000 0.00000 0.00000 0.00000 ] /PDFXSetBleedBoxToMediaBox true /PDFXBleedBoxToTrimBoxOffset [ 0.00000 0.00000 0.00000 0.00000 ] /PDFXOutputIntentProfile (None) /PDFXOutputConditionIdentifier () /PDFXOutputCondition () /PDFXRegistryName () /PDFXTrapped /False

    /CreateJDFFile false /Description >>> setdistillerparams> setpagedevice