PENGGUNA DAN KESANNYA AKIBAT PEMANASAN GLOBAL

12
STANDARD PERALATAN PERUBATAN PROGRAM PENDIDIKAN BANK NEGARA PELABURAN FOREX MAKANAN SEGERA DAN KESIHATAN PENGGUNA DAN KESANNYA AKIBAT PEMANASAN GLOBAL

Transcript of PENGGUNA DAN KESANNYA AKIBAT PEMANASAN GLOBAL

Page 1: PENGGUNA DAN KESANNYA AKIBAT PEMANASAN GLOBAL

STANDARD PERALATANPERUBATAN

PROGRAM PENDIDIKANBANK NEGARA

PELABURAN FOREX

MAKANAN SEGERADAN KESIHATAN

PENGGUNADAN

KESANNYAAKIBAT

PEMANASANGLOBAL

Page 2: PENGGUNA DAN KESANNYA AKIBAT PEMANASAN GLOBAL

Kita kini berada di tahun 2007. Sebagaimana juga tahun 2006, tahunini sudah tentu akan dihadapi oleh para pengguna dengan pelbagaicabaran yang getir.

Mulai 1 Januari 2007, kadar tol bagi lima lebuh raya akan naiksebanyak 20% hingga 60%. Semua lebuhraya ini terletak di LembahKelang. Sudah tentulah apabila ini berlaku, kos pengangkutan akanmeningkat seiring dengan kenaikan kadar tol tersebut.

Mungkin sempena tahun baru ini, kita boleh meletakkan azam baru,iaitu untuk menggunakan pengangkutan awam, bagi mengurangkanbeban kewangan. Selain itu, sekiranya perlu menggunakanpengangkutan sendiri, kurangkan perbelanjaan lain yang kurang perlu,seperti membatalkan langganan televisyen berbayar, kurangkan makandi luar dan sebagainya.

Tahun 2007 juga dinantikan dengan debaran kerana pada awal tahunini, kerajaan Malaysia dan Amerika Syarikat akan merangka PerjanjianPerdagangan Bebas (FTA AS-Malaysia). Biarpun perjanjian ini apabiladilaksanakan akan membolehkan pengguna menikmati pelbagai pilihanbarangan yang akan masuk ke pasaran negara. Namun begitu, terdapatsuara-suara yang menentang perlaksanaan perjanjian ini keranadikhuatiri ia akan menjejaskan beberapa sektor tertentu, seperti sektorpertanian, perubatan dan sebagainya.

Harga minyak di pasaran antarabangsa masih belum begitu stabil.Walaupun pada awal tahun 2007, berlaku sedikit penurunan harga,namun ia masih belum menjanjikan bahawa harga tersebut akan terusturun. Mungkin harganya akan naik semula melebihi paras harga AS$70setong. Ketika itu, timbul lagi kerisauan dalam kalangan pengguna,sekiranya kerajaan mengkaji semula harga runcit bahan berasaskanpetroleum.

Pada tahun lalu, ketika menaikkan harga bahan berasaskanpetroleum sebanyak 30 sen, kerajaan menjangkakan dapatmenjimatkan sebanyak 4.4 bilion. Wang yang dapat dijimatkan ini akandigunakan untuk menaiktarafkan sistem pengangkutan awam. Sudahtentu para pengguna ternanti-nanti agar ia benar-benar menjadi realitiagar pengguna tidak lagi perlu menggunakan kenderaan sendiri, tetapisebaliknya menggunakan pengangkutan awam untuk pergi ke mana-mana destinasi.

Pengguna mungkin tidak kisah berlakunya kenaikan harga atau kadarutiliti sekiranya mereka mempunyai alternatif. Persoalannya merekatidak mempunyai pilihan dan terpaksa menanggung apa jua kenaikanyang berlaku.

MINDMINDMINDMINDMINDA EDITA EDITA EDITA EDITA EDITOROROROROR

SIDANG REDAKSIPENASIHAT

Mohd Zain Mohd DomKetua Setiausaha

Kementerian Perdagangan Dalam Negeridan Hal Ehwal Pengguna

KETUA SIDANG PENGARANGIsmail bin Jantan

TIMBALANKETUA SIDANG PENGARANG

Mohd Yusof bin Abdul Rahman

SIDANG PENGARANGMasri bin Misran

Azendi bin Mohd ZawawiNazleen bte Mohd Emran

Indrani ThuraisinghamSiti Rahayu bte Zakaria

DICETAK OLEHSyarikat Asas Jaya

Buletin Pengguna merupakan penerbitanushasama di antara Kementerian Perdagangan

Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna danFOMCA. Ia diterbitkan pada setiap bulan.

Sumbangan artikel amat dialu-alukan.Sila hantarkan sumbangan kepada:

EDITORBuletin Pengguna

No. 1D-1, Bangunan SKPPKJalan SS9A/17

47300 Petaling JayaSelangor Darul Ehsan

Bahagian Hal Ehwal PenggunaKementerian Perdagangan DalamNegeri dan Hal Ehwal Pengguna

Aras 4, Lot 2G3, Presint 2Pusat Pentadbiran

Kerajaan Persekutuan62623 Putrajaya

[email protected]

LAMAN WEB KPDN & HEPwww.kpdnhep.gov.my

LAMAN WEB FOMCAwww.fomca.org.my

E-ADUANhttp://e-aduan.kpdnhep.gov.my

SMS E-ADUAN32255

HOTLINE KEMENTERIAN1-800-886-800

Artikel yang disiarkan dalam Buletin Penggunaini tidak semestinya mencerminkan pendirian

dan dasar Kementerian Perdagangan DalamNegeri dan Hal Ehwal Pengguna atau FOMCA.

Ia merupakan pendapat penulis sendiri.

BULETINPENGGUNA

Page 3: PENGGUNA DAN KESANNYA AKIBAT PEMANASAN GLOBAL

Perubatan pada asasnya adalah sama di seluruhdunia: mengaplikasikan pengetahuan sains dankemajuan teknologi untuk memperbaiki kesihatanmasyarakat sejagat. Keperluan dan keinginanmasyarakat mesti ditangani dengan sumber terhadyang ada. Dalam konteks ini, siapa yang patutmenerima faedah perubatan apabila sumbernya tidakmencukupi?

Sejak kemerdekaan, asas kepada sistempenjagaan kesihatan Malaysia adalah tertumpukepada keberkesanan sistem penyampaian kekawasan bandar dan luar bandar oleh pihak kerajaan,disokong oleh satu program kesihatan awam yangkomprehensif. Dalam tahun 1982, sistem ini menerimapujian daripada pakar ekonomi kesihatan InternationalMonetary Fund (IMF) atas kemudahan perubatanyang menyeluruh. Dalam 1992, Malaysia dipuji olehPertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) keranamemiliki salah satu sistem kesihatan yang palingmenyeluruh di rantau Pasifik.

Jangka hayat untuk kaum lelaki meningkat dari 66.7tahun dalam 1980 hingga 69.4 tahun dalam 1995.Kaum wanita menampakkan peningkatan daripada71.6 tahun ke 74.2 tahun. Pertumbuhan ini padamasakini adalah rata dalam tahun 2005, purata jangkahayat untuk kaum lelaki dari kelahiran adalah 69.6tahun manakala kaum wanita pula 75.1 tahun.

Sektor awam dan swastaKedua-dua sektor awam dan swasta memainkan

peranan penting dalam sistem penyampaiankesihatan di Malaysia. Lebih kurang 80 peratusperkhidmatan kesihatan adalah dari sektor awam,manakala yang selebihnya adalah dari sektor swasta.Sektor awam adalah dibawah subsidi yang tinggi danberfokus kepada promosi kesihatan, rehabilitatif, danpemulihan(curative) di tahap primer, sekunder, dantertier. Sektor swasta yang kian berkembang berfokuskepada penawaran perkhidmatan pemulihan danrehabilitatif dan dibiayai sepenuhnya secara fee-for-service tanpa sebarang subsidi.

Terdapat 3 jenis hospital awam: 1) hospital awam(GH), 2) hospital daerah, dan 3) institut perubatan

KEPENGGUNAKEPENGGUNAKEPENGGUNAKEPENGGUNAKEPENGGUNAAN DAN DAN DAN DAN DALALALALALAMAMAMAMAM555550 T0 T0 T0 T0 TAHUN MERDEKAHUN MERDEKAHUN MERDEKAHUN MERDEKAHUN MERDEKAAAAA

JANUARI 2007 > 3

khas. Setiap satu dari 16 ibu kota negeri-negeri diMalaysia mempunyai hospital am, yang secarapuratanya mempunyai di antara 600 hingga 700 buahkatil dan perkhidmatan kesihatan yang mencukupi.Disebabkan, kos, saiz dan perkhidmatan yang lebihmenyeluruh, hospital am merupakan jenis hospitalawam yang paling dikunjungi. Hospital daerah yanglebih kecil mempunyai purata antara 250 hingga 400buah katil dan perkhidmatannya lebih kepadadiagnostik asas dan pemulihan.

Hospital swasta, walaupun hanya menawarkanlebih kurang 20 peratus daripada perkhidmatankesihatan seluruh negara, mengupah lebih dari 50peratus doktor di Malaysia. Sistem kesihatan swastayang kian berkembang dalam 10 tahun yang lepasakibat dari faktor-faktor seperti peningkatanpembelian insurans swasta oleh majikan kepada stafdan pendapatan perkapita yang semakin meningkat,dijangka dalam masa 15 tahun pada masa akandatang meningkatan perbelanjaan kesihatan Malaysiadari 3 peratus GDP ke 6 peratus GDP.

Pengkorporatan perkhidmatan kesihatanSebahagian besar daripada perkhidmatan utiliti

dan pembekalan dalam sektor kesihatan awam padamasa ini telah diswastakan pengurusannya kepadasyarikat swasta. Bahagian-bahagian terpilih dariperkhidmatan perubatan kerajaan sepertiperkhidmatan laundry, perolehan farmaseutikal,penyelenggaraan alatan, pengurusan sisa klinikal,dan juga Institut Jantung Negara (IJN) telahdikorporatkan pada tahun 90an. Menurut kajian EPU,konsep pengkorporatan memberikan faedah-faedahseperti mengurangkan beban kerajaan, lebihperuntukan untuk meningkatan kualiti perkhidmatan,dan pengawalan kos yang lebih efektif.Walaubagaimanapun, terdapat juga pelbagaimaklumbalas dari golongan masyarakat sivil bahawasejak perlaksanakan konsep tersebut, telahmenampakkan peningkatan kos perubatan secarakeseluruhan dan menyekat akses golongan kurangberkemampuan kepada perkhidmatan kesihatan.

KesihatanPengguna

Page 4: PENGGUNA DAN KESANNYA AKIBAT PEMANASAN GLOBAL

4 < JANUARI 2007

Secara amnya, peralatan perubatan adalah instrumen,perkakas, mesin, implan dan reagen in vitro dan lain-lainartikel yang sama dan digunakan untuk tujuan mengenalpasti atau diagnosis penyakit atau keadaan lain, merawat,atau untuk mengelakkan penyakit. Oleh kerana ituperalatan perubatan melibatkan peralatan sepertitermometer, jantung buatan, ‘pace-maker’ hingga ke kit dirumah untuk menguji tahap gula dalam darah dan tekanandarah.

Pada bulan Februari 2005, Kementerian Kesihatanmembuat keputusan untuk mengawal peralatan perubatandi Malaysia. Tujuan-tujuan peraturan peralatan perubatanadalah seperti berikut:

Melindungi keselamatan dan kesihatan awamMemberikan peluang kepada pesakit untukmendapatkan teknologi baru bagi pengesanan awal,diagnosis dan rawatanBagi memudahkan perdagangan dan menguatkan /memajukan lagi industri peralatan perubatan

Keperluan pendaftaran premis berkaitan peralatanperubatan dan keluaran peralatan perubatan didapatiadalah peringkat asas / awal dalam kawalan undang-undang bagi peralatan perubatan di pasaran. Sistempendaftaran sedemikian dapat mengenalpasti peralatan,pihak yang bertanggungjawab dan memudahkan sebarangaktiviti kawalan.

Sejajar dengan itu, Kementerian Kesihatan telahmelancarkan Skim Pendaftaran Sukarela bagi PremisPeralatan Perubatan di Malaysia (MeDVER). Ini adalahsebagai langkah pertama dalam arah tuju untuk mengawalperalatan perubatan.

Premis-premis berkaitan peralatan perubatan harus ingatbahawa MeDVER bukanlah sistem kelulusan. Pemberiannombor pendaftaran tidak melibatakan persetujuan denganKementerian Kesihatan sebagai mewakili kelulusan premisdan peralatan.

Di antara tujuan MeDVER adalah untuk menyesuaikansemua pihak yang terlibat dengan proses pendafataran,untuk menilai kesediaan premis peralatan perubatan dalammematuhi keperluan peraturan-peraturan yang akandibangunkan dan menyediakan pemindahan yang lancarkepada fasa mandatori dan penguatkuasaan penuhperaturan-peraturan peralatan perubatan. Pendaftaranpremis peralatan perubatan melibatkan pihak-pihak berikut:

pengeluar peralatan perubatanpengeksport dan pengimport peralatan perubatanpengedar dan penjual peralatan perubatan

Peraturan-peraturan kawalan peralatan perubatan yangakan diwartakan kelak ( lebih kurang pada tahun 2008)akan merangkumi pematuhan kepada keperluan-keperluan

STSTSTSTSTANDANDANDANDANDARDARDARDARDARD

Standard PeralatanPerubatan

seperti pelabelan, pensterilan, ujian toksikologi danpenilaian klinikal dan sistem pengurusan kualiti.

Apakah tanggungjawab pengguna untukmelindungi diri mereka daripada peralatanperubatan yang tidak selamat atau tidakmematuhi standar-standard yang sesuai?

Pengguna yang membeli peralatan perubatan di kaunterfarmasi (over the counter atau OTC) harus memastikanlabel pada pembungkusan peralatan perubatan sekurang-kurangnya mempunyai maklumat-maklumat berikut demikeselamatan mereka sendiri:1. Nombor pendaftaran premis peralatan perubatan2. Nama peralatan3. Nama dan alamat pengeluar, pengedar dsb.4. Nombor ‘batch’ atau nombor siri dan5. Lokasi peralatan, iaitu:

a. Dalam bungkusan: 2 dalam satu pek atau tiga(dsb) dalam satu pek; peralatan yang sama atauberlainan dalam satu pek.

b. Sebahagian daripada peralatan atau bahan laindalam pek yang sama dan kuantiti setiap bahantersebut.

c. Perlu ada label amaran di mana perlu, contohnya:kegunaan sekali sahaja atau ‘Single Use Only’atau‘Use Only Once’

d. Jika peralatan atau bahagian peralatan tersebuttelah dinyahkuman perkataan ‘Sterile’ harus wujuddi mana berkaitan.

Selain daripada perkara-perkara di atas adalah sangatpenting untuk pengguna peralatan perubatan OTCmembaca arahan dan amaran pengunaan denganteliti. Pengguna juga harus mempunyai atau dibekalkandengan maklumat untuk menghubungi pihak-pihak tertentusekiranya berlaku insiden akibat peralatan yang tidakselamat atau tidak mematuhi keperluan standard danspesifikasi peraturan kelak.

Peralatan perubatan yang sensitif terhadap daya elektromagnetik harus mempunyai label EMC yang dikeluarkanoleh SIRIM Berhad apabila peralatan tersebut telahmemenuhi standard EMC yang relevan.

Pengguna peralatan perubatan termasuk doktor, klinikdan sebagainya harus mengetahui cara pelupusanperalatan perubatan yang bertanggungjawab. Pelupusantidak terkawal mempuyai potensi kontaminasi kakitanganpengendalian sisa dan juga alam sekitar.

Sumbangan: Persatuan Pengguna StandardMalaysia

Page 5: PENGGUNA DAN KESANNYA AKIBAT PEMANASAN GLOBAL

JANUARI 2007 > 5

Bank Negara Malaysia danProgram Pendidikan PenggunaJabatan Komunikasi Korporat, Bank Negara Malaysia

Sistem kewangan yang mantap dan progresifmerupakan prasyarat penting dan utama untuk mencapaipertumbuhan ekonomi dan pembangunan yang mampan.Dekad yang baru lalu telah menyaksikan transformasi yangketara dalam landskap kewangan, yang terbentuk olehkuasa globalisasi, kemajuan dalam teknologi, trend ke arahorientasi pasaran dan inovasi kewangan yang tinggi.Keperluan dan harapan pengguna juga pesat berubahseiring dengan tahap pendidikan dan taraf hidup. Dalampersekitaran yang lebih dinamik ini, tugas mengekalkankestabilan kewangan menjadi semakin kompleks danmencabar.

Menyedari hakikat betapa kompleksnya landskapkewangan ketika ini, pengguna perlu diberikan akses yanglebih meluas terhadap maklumat, justeru pendidikanpengguna menjadi tunjang utama dalam proses ini. Makatidak hairanlah mengapa Bank Negara Malaysia kinimemberi keutamaan yang tinggi dan tumpuan khusus padasetiap aspek pendidikan kewangan pengguna.

Pada hakikatnya, Program Pendidikan Pengguna BankNegara Malaysia telah berjalan sejak awal penubuhannya.Namun begitu, program pendidikan ini nampak lebihmenyerlah apabila bermulanya Kempen GalakanMenabung pada tahun 1996 yang bertujuan untukmeningkatkan tahap kesedaran orang ramai tentangpentingnya simpanan untuk masa depan. Walaubagaimanapun, skop ini telah diperluas merangkumi aktivitimendidik masyarakat merancang dan mengurus wangperibadi mereka dan keluarga masing-masing. Ini dilakukan

melalui pengenalan Buku Wang Saku untuk pelajar sekolahdan Buku Perancangan dan Penyata Kewangan Keluargauntuk golongan dewasa pada tahun 1999. Inisiatif ini diharapdapat mendidik orang ramai merancang dan menguruskewangan mereka secara berhemat demi kesejahteraanmasa depan mereka.

Komitmen Bank Negara Malaysia terhadap programpendidikan pengguna telah dipertingkatkan pada tahun2001 dengan penggubalan Pelan Induk Sektor Kewangan(PISK) yang menggariskan hala tuju sistem kewangannegara untuk tempoh 10 tahun. Susulan daripada itu,infoperbankan dan infoinsurans telah diperkenalkan padatahun 2003 untuk terus meningkatkan tahap celikkewangan di kalangan orang ramai khususnya tentangproduk dan perkhidmatan perbankan dan insurans supayamereka sedar akan tanggungjawab dan hak merekasebagai pengguna.

Satu lagi langkah proaktif Bank Negara Malaysia dalamusaha meningkatkan pengetahuan berkaitan dengankewangan dalam kalangan pengguna ialah menerusipenubuhan Laman Informasi Nasihat dan Khidmat (LINK)pada tahun 2005. LINK merupakan pusat sehenti yangmenyediakan maklumat kepada orang ramai mengenaiperbankan Islam dan konvensional, insurans dan takaful,Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS), pentadbiranpertukaran wang asing, Sistem Maklumat Rujukan KreditPusat (CCRIS), Biro Maklumat Cek, institusi kewanganpembangunan dan hal-hal berkaitan pembiayaan yang lain.Di samping itu, LINK juga memberi khidmat nasihat sertamelayani rungutan orang ramai tentang perkara-perkarayang dinyatakan di atas.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:-

Laman Informasi Nasihat dan Khidmat (LINK)Bank Negara Malaysia,Jalan Dato’ Onn,504800 Kuala Lumpur

Talian Am : 03-26988044Talian Faks : 03-26916106Laman Web : http://www.bnm.gov.my/bnmlink

Dalam keluaran akan datang, kami akan menerangkanperanan yang dimainkan oleh Biro PengantaraanKewangan, sebuah agensi bebas yang ditubuhkan olehinstitusi kewangan yang dikawal selia oleh Bank NegaraMalaysia sebagai salah satu infrastruktur perlindunganpengguna perkhidmatan kewangan.

Page 6: PENGGUNA DAN KESANNYA AKIBAT PEMANASAN GLOBAL

Apakah itu Pemanasan Global?Peningkatan purata suhu atmosfera permukaan bumisecara global dan disebabkan oleh aktiviti manusia atausecara semulajadi.

Bagaimanakah pemanasan global terjadi?Apabila gas-gas seperti karbon monoksida, karbondioksida, kloroflourokarbon (CFC), metana dan nitrusoksida menyerap sinaran daripada matahari danmengeluarkan semula sinaran tersebut, suhu purataatmosfera bumi akan meningkat. Gas-gas ini jugamenyerap tenaga haba yang dikeluarkan daripada sistematmosfera bumi. Ini secara kolektif akan meningkatkanlagi suhu purata atmosfera bumi.Aktiviti-aktivi manusia seperti penjanaan tenaga elektrik,peningkatan pengangkutan dan penggunaan CFC untuktujuan pengawalan udara (air-conditioning) dan sebagai'propellant' dalam bekas aerosol, telah menyebabkanpengeluaran gas - gas tersebut meningkat. Sumber gas-gas seperti ini yang disebabkan oleh aktiviti manusiadinamakan gas-gas 'anthropogenic'.Antara gas-gas rumah hijau yang paling banyakmenyerap radiasi tenaga haba daripada bumi adalahCFC. CFC pula bertindak dengan gas ozon daripadalapisan ozon dan menyebabkan penipisan lapisan ozon.Lapisan ozon bertindak melindungi kehidupan bumidaripada radiasi membahaya seperti sinaran ultralembayung (UV) B. Penipisan lapisan ozon seterusnyaakan menyebabkan radiasi seperti UVB sampai ke bumidan akan menyebabkan peningkatan dalam kanser kulitdan penyakit mata.

Apakah akibat pemanasan global?Cuaca dan iklim bumi sangat dipengaruhi olehperbezaan suhu dan kandungan wap air. Peningkatanpurata suhu atmosfera bumi akan mengubah cuaca(climate change) di bumi. Pemanasan global juga akan

menyebabkan pencairan ais dan glasier di kawasan Artikdan Antartika. Ini akan menyebabkan peningkatan dalamaras laut. Kawasan-kawasan dan bandar-bandar tepilaut seperti New York dan Rotterdam sudah mulamengalami kenaikan aras laut. Negara-negara pulau(island states) seperti Vanuatu telah kehilangan beberapapulau-pulau kecil akibat kenaikan aras laut.Ada juga jangkaan bahawa perubahan cuaca akanmempengaruhi kekerapan dan kekuatan ribut. Salah satucontoh adalah kekuatan dan kebinasaan yangdisebabkan oleh rebut Katrina di Amerika Syarikat padatahun 2005 dan banjir yang dialami di Malaysia padahujung tahun 2006 hingga awal tahun 2007.Aras laut pula dijangka meningkat 15cm pada tahun2050 dan 34cm pada tahun 2100.Mengikut model matematik perubahan cuaca suhu purataglobal akan meningkat 1 hingga 2 darjah Celcius padatahun 2030 disebabkan peningkatan dalam pelepasangas-gas rumah hijau.Adalah dijangka dengan perubahan cuaca, kawasan-kawasan di utara Khatulistiwa akan menjadi lebih panasdan tempoh musim sejuk akan berkurang. Negara-negara di selatan Khatulistiwa pula akan menjadi lebihpanas dan suhu musim kemarau akan meningkat.Tempoh kemarau juga akan berpanjangan. Dengan ituadalah dijangka kawasan-kawasan seperti ini akanmengalami kekurangan bekalan air.Perubahan cuaca bumi akan menyebabkan perubahandalam kandungan kelembapan tanah dan seterusnyaperubahan dalam jenis tumbuhan yang sesuai untukditanam. Ini akan mempengaruhi industri pertaniansesebuah negara.Peningkatan purata suhu global, perubahan cuaca danpeningkatan aras laut akan menyebabkan perubahandalam kehidupan pengguna. Negara-negara yang kayadijangka berupaya menangani masalah-masalah yangakan timbul. Negara-negara miskin dijangka akanmenghadapi masalah yang lebih ketara.

ISU PENGGUNAISU PENGGUNAISU PENGGUNAISU PENGGUNAISU PENGGUNA

PEMANASANGLOBAL

Menyebabkan berlakuperubahan iklim

6 < JANUARI 2007

Page 7: PENGGUNA DAN KESANNYA AKIBAT PEMANASAN GLOBAL

Kurangkan penjanaan sampah dan pastikan sampahdibuang dengan bertanggunjawab. Pereputan sisa-sisaorganik mengeluarkan gas-gas rumah hijau sepertimetana.Kita harus membeli dan seterusnya menggalakkanpenggunaan produk kayu-kayan, di mana sumber kayuuntuk produk-produk sedemikian datang daripada hutanyang diurus secara lestari dan mengamalkanpenanaman semula hutan.Secara keseluruhan kita harus menggunakan sumber-sumber bumi dengan penuh bertanggungjawab. Fikirdahulu sebelum guna / membeli.

Apakah yang boleh dilakukan oleh pihakkerajaan untuk mengurangkan pengeluaran gasrumah hijau?

Di peringkat negeri pelbagai undang-undang bolehdigubal untuk mengurangkan pembalakan danpenebangan hutan. Pengurusan hutan yang lestari jugaharus diamalkan. Pembalakan dan industri berasaskansumber -sumber hutan harus mengikuti garis panduanyang telah dibangunkan untuk tujuan pembangunanindustri berasaskan hutan secara lestari. Contoh-contohgarispanduan tersebut adalah seperti pensijilan FSC(Forest Stewarship Council).Di peringkat kebangsaan dan dengan kerjasama kerajannegeri dan tempatan pelbagain usaha-usahapemantauan dapat dilakukan untuk mengalakkanindustri-industri menggunakan peralatan seperti motoryang efisien dan mengurangkan penggunaan tenagaelektrik.Infrastruktur dan sistem pengangkutan awam harusdiperluaskan ke kawasan perumahan supayapenggunaan kereta persendirian juga boleh dikurangkan.Sistem pengangkutan awam juga harus selamat untukpengguna, terutamanya bagi kaum wanita.Kerajaan juga boleh menjadikan pelabelan kecekapantenaga bagi peralatan elektrik seperti lampu, peti sejukdan perkakas elektrik yang lain wajib atau mandatori.Seterusnya mengenakan tindakan untuk mengelakkanpenjualan perkakas elektrik yang tidak mempunyai labelatau penyalahgunaan label-label tersebut.Pihak kerajaan juga harus meningkatkan kajian terhadappenggunaan sumber tenaga alternatif yang bolehdiperbaharui bagi pengangkutan dan penjanaan tenagaelektrik. Kita harus mengurangkan pergantunganterhadap bahan api fosil.

Apakah gas rumah hijau atau 'green housegases'?

Gas-gas rumah hijau adalah gas-gas yang menyerapsinaran daripada matahari dan mengeluarakan semulasinaran tersebut dan jika terlalu banyak gas-gas tersebutdi atmosfera, suhu purata atmosfera bumi akanmeningkat. Contoh-contoh gas tersebut adalah, karbondioksida, karbon monoksida, CFC dan nitrus oksida.

Bagaimanakah gas rumah hijau ini bertindakmenyebabkan pemanasan global?

Gas-gas ini akan menyerap dan memerangkap sinarandaripada matahari ke bumi dan mengeluarkan semulasinaran tenaga tersebut. Gas-gas ini juga memerangkapsinaran tenaga haba daripada bumi. Pemerangkapantenaga haba oleh gas-gas rumah hijau ini menyebabkanpeningkatan purata suhu atmosfera bumi secara global.

Apakah sumber-sumber gas rumah hijau?Pembakaran sumbertenaga fosil sepertiarang batu danpetroleum menye-babkan pengeluaransebanyak 5.4 billiontan metric gas karbondioksida (CO2)setahun. Penebang-an hutan pula meny-ebabkan pengeluaransebanyak 1.6 billiontan metrik karbondioksida setahun.CFC yang digunakan dalam pengawalan suhu, cat dansebagai 'propellant' dalam tin aerosol adalah gas yangsangat memudaratkan. Di samping bertindak sebagaiagen dalam pemanasan global, ia juga bertindak denganozon pada lapisan ozon stratosfera. Ini menyebabkanpenipisan lapisan ozon dan seterusnya membenarkankemasukan sinaran ultra ungu B (UVB) yangmembahayakan sel hidup.

Bagaimanakah pengguna dapat mengurangkanpengeluaran gas rumah hijau?

Oleh kerana sebahagian besar jumlah gas-gas rumahhijau di atmosfera disumbangkan oleh aktiviti manusia,kita sebagai pengguna harus memberhentikanpenggunaan bahan yang mengandungi CFC. Apabilamembeli tin-tin aerosol, baca label dan pilih produkdalam tin aerosol yang tidak menggunakan CFC.Kebanyakan pengeluaran 'athropogenic' gas-gas rumahhijau adalah disebabkan pembakaran bahan api fosilseperti arang batu dan petroleum. Oleh kerana itusebagai pengguna kita harus mengurangkanpermintaan terhadap bekalan elektrik denganmengamalkan penjimatan bekalan elektrik. Ubah carahidup kita untuk mengurangkan pergantungan kepadapengangkutan - seperti memandu ketika kurangkesesakan lalulintas, pastikan kenderaan diselengaramengikut kekerapan tertentu. Anda juga bolehmengurangkan pergantungan kepada kenderaanpersendirian dan menggunakan pengangkutan awamdan berjalan atau berbasikal untuk perjalan jarak dekat.

Dasar sebuah sungai yang kering kontang

JANUARI 2007 > 7

Page 8: PENGGUNA DAN KESANNYA AKIBAT PEMANASAN GLOBAL

Penipuan Pelaburan "FOREX" merupakan di antaraaduan banyak yang diterima oleh NCCC . Aduan yangditerima ini sehingga melibatkan kehilangan wang yangbernilai beribu-ribu ringgit disebabkan oleh pelaburan ini.Menurut pengadu, mereka telah diperdayakan olehsyarikat tempat mereka bekerja untuk melabur di dalampelaburan FOREX. Pada hakikatnya, wang mereka ̀ tidakpernah dilaburkan di dalam pasaran FOREX’ itu.

Sasaran utama syarikat tersebut ialah graduan-graduanlepasan ijazah dan khususnya kaum melayu. Syarikat"memancing" mangsa melalui iklan yang disiarkan didalam akhbar tempatan bagi jawatan kosong denganmenawarkan gaji yang lumayan. Sewaktu temuduga, tidakdinyatakan latar belakang syarikat dan kerja sebenar yangbakal dilakukan iaitu `memancing pelabur’. Mangsa-mangsa perlu menjalani sesi latihan selama lima hariuntuk menjadi agen-agen pelaburan dan pada masatersebut tidak ada bayaran yang dibuat oleh syarikat.Sewaktu latihan, mangsa diberikan tumpuan bahawasemua transaksi yang dijalankan akan mengautkeuntungan. Sekiranya berjaya memperkenalkan pelaburbaru, mereka akan dibayar komisyen yang tinggi. Olehkerana terpengaruh dan mempercayai dakwaan syarikattersebut, mangsa telah memujuk dan adakalanyamemaksa ahli-ahli keluarga dan rakan-rakannya membuatpelaburan dengan harapan akan mendapat pulangan yangtinggi iaitu sehingga boleh mencecah belasan ribu ringgit.

Setelah tiga bulan bekerja dengan syarikat tersebutdan telah kehilangan beribu -ribu ringgit, barulah mangsasedar bahawa mereka telah ditipu oleh syarikat. Oleh itu,mereka telah meminta pertolongan NCCC untukmengambil tindakan yang sewajarnya.

TINDAKAN NCCCNCCC telah mengadakan perjumpaan dengan mangsa-

mangsa dan juga bekas agen-agen syarikat tersebut.Mangsa-mangsa dinasihatkan agar membuat laporan polissupaya polis boleh melakukansiasatan terhadap syarikatberkenaan. Seterusnya NCCC telah mendedahkan isu inikepada akhbar tempatan supaya orang ramai tidakterpedaya dengan penipuan sebegini, di samping memintapihak berkuasa bertindak memandangkan banyak syarikatyang beroperasi seumpama ini.

NCCC juga telah menulis surat rasmi kepadaKementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal

RURURURURUANGAN NCCCANGAN NCCCANGAN NCCCANGAN NCCCANGAN NCCC

Pelaburan "FOREX"Pengguna dan Bank Negara Malaysia untuk tindakanselanjutnya.

NASIHAT NCCCPenipuan Pelabuaran FOREX ini adalah seakan-akan

`skim cepat kaya’ yang menjanjikan pulangan pelaburanyang tinggi dengan jumlah pelaburan yang kecil, skim initidak melanggar undang-undang dan tidak berisiko.

Pengambilan Deposit Tanpa LesenPeruntukan seksyen 25(1) Akta bank dan institusi-

institusi kewangan 1989 (ABIK/BAFIA) ̀ tiada seorang punboleh menerima, mengambil, atau menyetujuterimadeposit kecuali di bawah dan mengikut suatu lesen sahyang diberikan di bawah seksyen 6(4) ABIK’

Urusniaga Matawang Asing Tanpa Lesen(HARAM)

Peruntukan dalam Akta kawalan pertukaran wang 1953: Seksyen 4(1) ̀ kecuali dengan kebenaran pengawal, tiadaseorang pun, selain daripada peniaga diberikuasa, bolehmembeli atau meminjam apa-apa matawang asing dari,atau menjual atau memberikan pinjaman matawang asingkepada, mana-mana orang selain peniaga diberikuasa,dalam Malaysia’.

Perniagaan Yang Diberi Kebenaran MenjalankanFOREX:

Semua Bank PerdaganganSemua Bank IslamBIMB Foreign currency Clearing Agency Sdn.Bhd.RMEX Trading Sdn. Bhd.

Bank Negara Malaysia merupakan badan utama yangmengendalikan perniagaan "FOREX" di Malaysia. Dalamhal ini, para pengguna hendaklah sentiasa peka supayatidak terpedaya dengan tipu helah oleh syarikat - syarikatyang tidak bertanggungjawab. Sekiranya penggunaberhadapan dengan situasi sebegini, pengguna sepatutnyamembuat laporan kepada pihak berkuasa dan juga tidakmudah terpedaya. Jangan mengambil tindakan melabursecara tergesa-gesa, sebaliknya siasat terlebih dahulutentang kewujudan syarikat-syarikat dan tujuan syarikatini beroperasi.

ADIL PROFESIONAL BERKESAN

No. 1D, Bangunan SKPPK,Jalan SS9A/1747300 Petaling JayaSelangorTel : 03-7877 9000Faks : 03-7874 8097Emel : [email protected]

8 < JANUARI 2007

Page 9: PENGGUNA DAN KESANNYA AKIBAT PEMANASAN GLOBAL

TRIBUNAL TUNTUTTRIBUNAL TUNTUTTRIBUNAL TUNTUTTRIBUNAL TUNTUTTRIBUNAL TUNTUTAN PENGGUNA MALAN PENGGUNA MALAN PENGGUNA MALAN PENGGUNA MALAN PENGGUNA MALAAAAAYYYYYSIASIASIASIASIA

Kes 1Sandra telah mengikuti satu program untuk melangsingkan

badan di sebuah syarikat N. Untuk tujuan tersebut, Sandraperlu mengikuti 10 sesi, dengan bayaran sebanyak RM3,600.

Namun begitu, setelah menghabiskan 10 sesi itu yangmengambil masa selama satu setengah bulan, berat badanSandra hanya susut sebanyak 1.2 kg dan pengurangansebanyak 2cm di bahagian pinggang.

Sandra tidak berpuas hati dengan hasil yang terlalu kecilitu, berbanding jumlah wang yang dibayar dan masa yangdiambil. Apabila beliau memaklumkan ketidakpuasan hatinya,tersebut menasihatkan Sandra mengikuti beberapa sesi lagikerana kandungan lemak yang terkumpul pada badan Sandrasangat banyak. Syarikat N juga menawarkan diskaunsekiranya Sandra bersetuju mengikuti sesi tambahan itu.

Sandra tidak berpuas hati dengan nasihat tersebut danmenolak cadangan itu kerana beliau telah hilang kepercayaanterhadap syarikat N.

Kemudian Sandra telah mengikuti program yang serupadi Syarikat R pula. Selepas melalui 10 sesi, terdapatpengurangan berat badan yang ketara dan kadar bayaran yangdikenakan hanya sebanyak RM888.00. Sandra telahmemfailkan tuntutan kepada Tribunal Tuntutan PenggunaMalaysia terhadap Syarikat N.

Award: Syarikat N telah memulangkan baliksepenuhnya wang Sandra sebelum pendengarandijalankan.

Kes 2Encik Kamal telah mendapatkan khidmat

pelayaran ke Barcelona-Turki daripada sebuahsyarikat pelancongan terkemuka di Kuala Lumpuruntuk percutian keluarga. Setelah membuat bayaransebanyak RM6,000 (RM2,000 seorang bagi tiga orang),beliau diberikan jadual pelayaran dan maklumatterperinci mengenai pelancongan itu. Seminggusebelum pelayaran itu, Encik Kamal dimaklumkanbahawa pelayaran itu telah dibatalkan.

Sebagai ganti, Encik Kamal telah ditawarkandengan pakej pelayaran ke negara lain. Akhirnya,Encik Kamal telah mengikuti pelayaran ke negara-negara jiran Malaysia. Bagaimanapun, kos pakejpelayaran itu jauh lebih murah daripada jumlah yangtelah dibayar oleh Encik Kamal. Encik Kamalmemohon baki bayaran secara bertulis kepadasyarikat tersebut, dan syarikat tersebut telahmenjanjikan pemulangan itu. Namun, sehingga 6 bulanberikut, Encik Kamal masih gagal mendapatkan wangyang dijanjikan itu. Setelah bosan menunggu, EncikKamal memfailkan tuntutan kepada Pejabat TribunalTuntutan Pengguna Malaysia.

Award: Syarikat pelancongan tersebutbersetuju untuk membayar RM3,000 (jumlah bakibayaran) dan kos RM100 kepada Encik Kamal.

JANUARI 2007 > 9

SENDA PENGGUNASayang,

bukankahanak-anakkita mirip

kita?

Mestilah!Bukankah kita

semuasekeluarga!

Mestilah miripsama!

BERITA: MASALAHOBESITI BOLEH

DITANGANI DENGANTABIAT PEMAKANANYANG BETUL, YANG

BERMULA DI RUMAH.

Page 10: PENGGUNA DAN KESANNYA AKIBAT PEMANASAN GLOBAL

Malam itu, untuk separuh malam hingga lewat jam tigapagi, Berahim memunggah barang dari kedai empat pintuke dalam sebuah lori besar. Ke manakah lori itu hendakdibawa bukan tugasannya. Cuma dia mengharapkantaukeh X faham susah payahnya datang pada waktu malamdalam hujan separuh lebat dan menghabiskan malam itutanpa tidur. Tetapi Berahim tidak akan bertanya taukeh X,berapa akan diupah kerana kerja lebih masa begitu. Yangpenting ialah dia perlukan sedikit wang.

Sesungguhnya Berahim tidak menyangka rezeki dantuah datang begitu mudah pula. Berahim diberikan wangtunai malam itu juga oleh pembantu lori, bukan taukeh X.Taukeh X sebenarnya sudah lama meninggalkan kedai.

Berahim terkejut besar! Upah yang diterimanya malamitu lebih daripada apa yang dipinjamkan kepada Sudin.Alangkah berbudinya taukeh X. Sejahteralah hidup taukehX. Sesungguhnya hidup mati keluarganya pada kedaiempat pintu itulah. Malah kalau ada sesiapa yang cubamenghuduh taukeh X sebagai penghisap darah didepannya, maka dialah yang membelanya habis-habisan.Dia akan pertahankan. Berahim tidak akan khianat kepadaseorang yang berjasa kepadanya.

Tetapi malam itu fikiran Berahim bergegar. Shamsiahmencetuskan sesuatu. “ Ada orang cerita, taukeh abangtu penipu. Sorok barang ke seberang. Yah tak sedapdengar bang.”

Itulah kali pertama dia mendengar kisah jahat taukehX. Memang menyakitkan. Tetapi cerita Itu bukan datangdaripada isterinya. Isterinya minta kesahihan berita yangdidengarnya.

“Barang apa?” Berahim cuba meminta penjelasanisterinya itu.

“Manalah Yah tahu bang. Tapi ada orang nampak,” balasisterinya lagi.

“Siapa nampak?” Berahim menekan isterinya.“Manalah Yah tahu.” isterinya mengalah. Memang

Shamsiah tidak tahu. Dia hanya mendengar cerita orang.Dan dia mahu kepastian daripada suaminya sendiri yangbekerja di kedai empat pintu itu.

“Abang kerja di situ. Kalau abang tak nampak, apalagiorang lain. Di situlah tempat abang cari makan. Di situlah.”Berahim menahan sedu. Dia cuba mencari bintang di langit.Langit pekat. Bulan sudah lama tenggelam di dalam awantebal.

Shamsiah terkedu. Tidak lagi berani melanjutkandakwaan. Malas hendak bertengkar hal-hal yang kurangberkenaan dengan suaminya. Yang penting Berahim tidakhilang kerja. Dia tidak mahu suaminya macam pelepahhanyut di sungai; ikut arus air pasang surut sepertisepupunya Kamal.

CERPEN KEPENGGUNACERPEN KEPENGGUNACERPEN KEPENGGUNACERPEN KEPENGGUNACERPEN KEPENGGUNAANANANANAN

Kedai Empat PintuBAHAGIAN KEDUAOleh TUAN SHARIF TUAN PUTERA

Kuala Terengganu, Terengganu

Apapun Berahim dapat merasakan pada akhir-akhir iniada sesuatu yang aneh berlaku di kedai empat pintu ituitu. Seboleh-bolehnya dia berusaha untuk tidak mengambiltahu apa-apa. Tetapi apabila dia kerap diminta bekerja lebihmasa pada waktu malam dengan alasan yang serupadiberikan tokeh X, muncul juga keraguan itu di kepalanya.Wujud kesangsian berterusan.

Malam itu apabila dia diminta memikul beratusbarangan berkotak ke dalam dua buah lori, kesangsiannyamulai bercambah. Kota kecil besar itu dibalut kemasdengan kertas gam. Ada yang berat dan ada yang ringan.

Keraguan Berahim terus menghantuinya lagi padamalam minggu yang lalu, Sekitar jam 11 malam, sekalilagi Berahim diminta datang ke gudang.

“Sebuah treler akan masuk ke kedai malam ini. Kamukena datang Berahim,” pesan taukeh X berkali-kali.” Kerjalebih masa banyak duit,” tokeh itu bergurau. Menepukbahunya penuh mesra.

Lori panjang dan besar masuk ke kawasan kedai limaminit selepas 11 malam. Berahim menunggu di luar pintuutama ketika lori itu berhenti menunggu pintunya dibuka.Buntut lori didorong ke pintu utama gudang. Kanvas hijautua diselak oleh pemandu selepas rantaian tali yang diuraidari bahagian belakang.

Berahim tidak pernah melihat lori sebesar itu masukuntuk memunggah segala muatannya ke dalam gudang.Selori penuh gula pasir!

“Semuanya untuk gudang ini?” Berahim bertanya sambilmemancarkan lampu suluhnya ke dalam lori itu.Menghairankan. Tetapi apabila teringat isterinya, dia rasagembira. Sungutan jiran-jiran terhadap kuih baulu dan akokbuatan isterinya akan lebih sedap kalau lebih manis. Untuklebih manis akan ditambah lebih banyak gula. Kali inimenjadilah, fikirnya walaupun Berahim ingin khabarkankepada pembelinya supaya tidak bermanis. Bukankah gulaitu pembunuh nombor satu ?

“Kita dah nasihat, mereka nak manis juga. Merekalahtanggung bang,” ujar Shamsiah semasa merekamembincangkan rungutan pembeli.

Hanya tiga orang termasuk dua daripada lori besar itumenurunkan gula bertan-tan itu. Gula itu dibawa dengankereta sorong ke bahagian belakang setor, di belakangrak minyak masak.

“Kenapa letaknya ke dalam?” Berahim cubamembantah.

“Tokeh yang arah saya tadi,” kata pemandu yangdikenali dengan nama Siva itu. Baju T biru muda yangmembalut tubuhnya hampir basah oleh peluh. Berahimtidak faham mengapa barangan harian itu diletakkan jauhke dalam gudang sedangkan bahagian depan masih

10 < JANUARI 2007

Page 11: PENGGUNA DAN KESANNYA AKIBAT PEMANASAN GLOBAL

banyak ruang kosong. Dia kembali merasa kecil apabilapandangannya tidak dipatuhi. Rasa kecil hati juga.

Esoknya Berahim dipanggil menemui taukeh X. Sekalilagi dia diberi upah lumayan walhal malam itu dia tidakbekerja langsung. “ Ini upah kamu Berahim. Upah keranadatang melihat pemunggahan gula yang aku tempah.”

“Banyaknya tokeh!” Berahim bagai terpukau.“Banyak pun susah, sikit pun susah,” tokeh bergurau

lagi dan Berahim terhibur kembali. Dan hari itu tokeh Xmenghadiahkan sekotak limau kelas A kepadanya.

“Hadiah Tahun Baru. Beri makan isteri dan anak-anakkamu,” kata taukeh X, ketika seorang pekerja datangmemikul kotak limau dari Cina itu. “Orang macam kamuBerahim aku bagi limau kelas A.”

“Terima kasih taukeh!” Berahim tidak dapatmengenepikan rasa bangga yang melonjak-lonjak dalamdirinya.

Tetapi kegembiraarn itu tidak dapat bertahan lama.Suatu petang, ketika Berahim menonton siri kartunbersama anak keduanya Yazid yang berusia 9 tahun itu,isterinya yang selesai menutup gerai baulu dan akokmendekatinya.

“Gula tak ada ada bang. Semua kedai dah kehabisangula., Kenapa ya bang?”

Berahim terpinga-pinga. Sangat tidak munasabah.katahatinya berulang kali.

“Yah nak berapa dozen? Biar abang cari,” katanyagerarn. Teringat akan kemunculan sebuah lori panjang kekawasan kedai. Mustahil selori itu sudah habis diagih ataudijual.

Berahim bergegas keluar. Mula-mula singgah di kedaiSeman, Seman memberikan isyarat tangan. Singgah dikedai runcit Chong, Chong juga geleng kepala. Berahimakhirnya mencari rumah taukeh X. Rumah itu kelihatansunyi. Dia membunyikan loceng. Menunggu beberapa detiksebelum kemunculan perempuan Indon berusia 30-an.

“ apak cari siapa? soal pembantu rumah itu.“Taukeh X ada rumah?”“Taukeh tak ada, “ balas penjaga rumah berbaju T putih

bertangan panjang itu.” Dia bersama ibu merantau pak.Katanya seminggu baru pulang.”

Berahim menggetap bibir. Putus angin. Menujumotosikal 100 c.c. buatan Jepun itu dengan resah. Diamenunjal pedal motosikal, meninggikan bunyi yang kuat.Geram dan marah.

“Dapat? “ Shamsiah sudah menunggu di pintu, cubamelihat bakul motosikal.

“Esok saya bawa balik,” Berahim cuba menenangkandirinya, mengipas dadanya dengan cebisan akhbar lamayang terselit pada pagar kerusi kayu di sebelahnya.Berahim tidak berhasrat menceritakan apa yang berlakudi gudang atau apa yang dialaminya dalam seminggu duaini.

Buat kali pertama, Berahim tidak bebas di dalam kedaiempat pintu itu tempat dia bekerja. Ada sekatan tali dimerata tempat. Tali larangan yang memisahkan pekerjadengan barangan. Ada pekerja baru, berwatak baru di dalamruang simpanan barangan yang agak luas itu.

Malam itu, mata Berahim jadi keras. Langsung tidakdapat lelap. Berahim malu kepada isterinya. Selama ini

dia tidak pernah mungkir membawa pulang gula, gandumdan telur untuk kerja jualan mereka. Walaupun Shamsiahamat faham dengan situasi yang ada, Berahim tetap rasatertekan. Dia tahu situasi tidak sepatutnya berlaku sepertiitu. Ada hambatan jahat di dalam perniagaan, bisiknya.Ada pakatan yang disengajakan.

Berahim dapat merasakan dia adalah sebahagiandaripada penjahat ekonomi itu. Dia mangsanya dan diapak kaduknya. Shamsiah menerimanya seperti orang lainjuga. Tetapi seperti isterinya, orang lain juga rasa tidakpercaya mengapa hal itu boleh berlaku.

Sebab itu matanya menjadi pejam celik. Keras tidakmenentu. Untuk pertama kali dalam tempoh sepuluh tahunini dia tidak minum kopi O pada malam hari. Dia tidakminum kopi panas buatan isterinya.

“Saya buat Milo O bang.” ujar Shamsiah.“Tak ada kopi ke?”“Kopi ada, gulanya kering.”Suara Shamsiah yang kecil itu bagai berada di hujung

kaki. Dan kaki itu mengais minta berjalan untuk mencaritempat gula disembunyi. Serentak itu pula tiba-tiba suarakecil dari dalam kepalanya, menuruni dadanya.

“Berahim, kamu akan menjadi wira daerah kiranyakamu menolong kami. Inilah masanya kamu menentangpembelot. Tugas kamu penting, bangkit menentangkejahatan!

Berahim sekali lagi mengeluh. Sangat berat menentangperasaan sendiri, suara hatinya kembali memerangkapdirinya. Kini di depan matanya muncul isterinya Shamsiahyang tinggi lampai itu mengasap sabut, berdiri duduk antarajam 3 hingga 6 petang menahan asap sabut bakaran bauludan akak. Kemudian Berahim terpandang di dalam matanyadua anak perempuannya yang masih bersekolah menengahSalmiah dan Shahrizah. Kemudian datang pula wajah-wajah dua puteranya yang nakal Yazid dan Yusri.

“Abah, kami rela,” suara anak-anak menghentak keduatelinganya. Berahim terbangkit daripada berbaring.

“Bagaimana kalau saya berhenti kerja di kedai itu Yah?”“Apa abang cakap?”Berahim tidak perasan isterinya sudah lama melihat

gelagatnya di atas tilam kecil di depan TV itu. Berahimberpaling.

“Kenapa abang nak berhenti?” Shamsiah merasa pelik.“Bila abang sebut?” Berahim cuba berdalih.Berahim memegang bahu Shamsiah. Ditentangnya

wajah isterinya. Dia minta Shamsiah mendengar ceritanya.Mendengar dengan tenang. Kemudian buatlah keputusan.

“Abang akan mengikut pandangan Yah,” katanya.Berahim memulakan cerita dengan sebuah iklan di TV.Malam tadi, dia terpana dengan sebuah iklan pendek

tertera di kaca TV ketika program berita perdana. Kataiklan itu, “Jika anda dapati, ada peniaga yang menyorokbarang, laporkan segera ke kementerian atau pejabat yangberhampiran dengan tempat tinggal anda.”

Shamsiah mendengar cerita suaminya satu persatu.“Sebagai rakyat kita ada tanggungjawab bang. Allah

akan menolong orang yang benar dan jujur bang.”“Terima kasih Yah. Inilah beban yang abang tanggung

selama beberapa minggu ini. Abang rahsiakan daripadaYah. Terima kasih atas pandangan Yah.”

JANUARI 2007 > 11

Page 12: PENGGUNA DAN KESANNYA AKIBAT PEMANASAN GLOBAL

TTTTTALIAN ALIAN ALIAN ALIAN ALIAN ADUADUADUADUADUAN PENGGUNAN PENGGUNAN PENGGUNAN PENGGUNAN PENGGUNA BEBA BEBA BEBA BEBA BEBAS AS AS AS AS TTTTTOL :OL :OL :OL :OL : 1-800-886-8001-800-886-8001-800-886-8001-800-886-8001-800-886-800 SMS: SMS: SMS: SMS: SMS: 32255 32255 32255 32255 32255 E-ADU E-ADU E-ADU E-ADU E-ADUAN:AN:AN:AN:AN: http://e-aduan.kpdnhehttp://e-aduan.kpdnhehttp://e-aduan.kpdnhehttp://e-aduan.kpdnhehttp://e-aduan.kpdnheppppp.g.g.g.g.gooooovvvvv.m.m.m.m.myyyyy

Makanan Segera dan KesihatanPPPPPANDUANDUANDUANDUANDUAN PENGGUNAAN PENGGUNAAN PENGGUNAAN PENGGUNAAN PENGGUNA

Makanan yang berkhasiat untuk keluarga! Demikianbunyi iklan sebuah restoran makanan segera yangmempromosikan restorannya. Benarkah dakwaan tersebut?Sedangkan menurut pakar pemakanan, makanan yangdijual di restoran tersebut mempunyai kandungan kalori,garam,

Makanan ini dikenali sebagai makanan segera.Makanan ini mempunyai kandungan garam, lemak, kaloriiyang tinggi. Di samping itu, ia juga tidak mengandungiserat, yang membantu dalam penghadaman makanan.Amalan mengambil makanan segera secara yang kerapboleh mengundang kepada pelbagai masalah kesihatan.

Darah tinggiSatu kajian yang dilakukan oleh Pusat Pendidikan

Pacific Health di Bakerfield California, dan PreventionConcepts, Inc di Los Angeles, yang melibatkan 200 pelajarsekolah, mendapati lapan daripada sepuluh pelajar itumengambil lebihan lemak tepu melalui makanan ringan.Ujian makmal pula menunjukkan satu pertiga daripadamereka mengandungi kadar kolesterol dalam darah yangtinggi dan 10 peratus pula menghidap penyakit darah tinggi.Berdasarkan kajian ini, kandungan lemak tepu yangberlebihan boleh menyempitkan pembuluh darah danmenjadi punca kepada penyakit darah tinggi, khususnyaapabila umur seseorang itu meningkat.

AsmaAhli-ahli sains daripada Scotland dan Arab Saudi

mendapati makanan ringan merupakan penyebab utamapeningkatan penyakit alahan dan asma dalam kalangankanak-kanak. Kajian yang dilakukan terhadap 100 orangkanak yang mempunyai simpton penyakit asma dan 200kanak-kanak yang tidak menghidap asma. Hasil kajianitu merumuskan kanak-kanak yang kurang mengambilsayur-sayuran, vitamin E, zat-zat logam dan susu lebihmudah diserang oleh penyakit ini.

Sakit jantungDalam satu mesyuarat Kolej Kardiologi Amerika di

Anaheim, California, sebagaimana yang dipetik oleh mediainternet, CNN.com - health pada 14 Mac 2000, makanansegera meningkatkan risiko remaja menghidap sakitjantung. Ia berpunca daripada lebihan lemak tepu dankolesterol yang terdapat di dalam makanan segera.

Kesan kepada otakSatu kajian yan dilakukan di Baycrest Centre for

Geriatric Care di Universiti Toronto, Kanada merumuskanbahawa makanan segera boleh merosakkan fungsi otak.Ini berdasarkan kepada kandungan makanan segera yangyang mengandungi lebihan lemak itu berkemampuanmerosakkan daya konsentrasi dan ingatan otak. Otakmemerlukan glukosa untuk berfungsi dengan baik, namun

begitu lebihan lemak itu telah mengganggu perananglukosa itu. Profesor Carol Greenwood, pakar sains dariKunin-Lunenfeld Applied Research Unit di Universiti Torontomengatakan, hasil daripada kajiannya menunjukkanmakanan segera mengandungi kadar lemak dan proteinyang tinggi serta kandungan karbohidrat yang rendah,merupakan makanan yang tidak sesuai bagi otak manusia.

ButaOrang yang banyak mengambil makanan segera yang

tinggi kandungan lemaknya menghadapi risiko tinggimenjadi buta apabila berumur dalam lingkungan 55 thaun.Penyakit yang dikenali sebagai macular degeneration inisering dihidapi oleh penghisap rokok. Namun kini ia jugamenyerang peminat makanan segera. Penemuan iniberdasarkan kepada kajian yang dilakukan oleh pakar sainsdari Massachusetts Ear and Ear Infirmary di Amerika, keatas 349 orang pesakit yang berumur di antara 55 hingga80 tahun.

KegemukanKandungan lemak yang tinggi dalam makanan segera

menyebabkan masalah kegemukan. Menurut pakar dariPusat Pakar Wanita Srivari, kanak-kanak menghadapirisiko kegemukan disebabkan seringnya mengambilmakanan segera. Statistik pada masa ini menunjukkan25 hingga 30 peratus kanak-kanak di Malaysiamenghadapi masalah kegemukan. Berikutan daripadamasalah kegemukan itu, ia juga menyebabkan risikokemanduan, khususnya lelaki. Ini berdasarkan kepadajumlah kiraan sel sperma lelaki yang gemuk pada masaini telah merosot sejak 50 tahun yang lalu.

Sumber: Perubatan Islam dan Bukti Sains Moden, Dr.Danial Zainal Abidin, PTS Millenia Sdn. Bhd

“Rezeki ada di mana-mana bang. Yang pentingrezeki itu halal, “ Shamsiah merenung mata suaminya.“ Kita masuk bilik bang.”

“Abang nak solat sunat, Abang nak minta ampundaripada Allah, Abang pengkhianat kan? “ Berahimbangkit, cuba mencari ketenangan. “ Besok abang nakcari kerja pula.”

“Abang, kita ada peluang. Kita ada ruang. Kita kepajabat pengguna bang. Kita kena beritahu apa yangsebenar bang.”

Sekali lagi Berahim mencari wajah isterinya. Diaakur. Masih ada ruang untuk menebus dosa. Mudah-mudahan mereka dipanjangkan umur!

Dan petang esoknya, pekan Belacan gempardengan berita TV pembongkaran penemuan sebuahkedai empat pintu yang menyimpan dan menyorokberibu tan gula. Kedai itu rupanya tidak berlesen!

... dari muka 11

12 < JANUARI 2007