penggunaan gajet pintar utk autisme

7
PENGGUNAAN GAJET PINTAR MAMPU MENINGKATKAN KEMAHIRAN SOSIAL KANAK-KANAK AUTISTIK? Sahar, F.H Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional Universiti Tun Hussien Onn Batu Pahat, 86400, Johor Email: [email protected] ABSTRACT Kanak-kanak autistik mempunyai kesukaran untuk berkomunikasi dan berinteraksi dengan orang di sekelilingnya. Secara tidak langsung, mereka mengalami masalah untuk menguasai kemahiran sosial. Penggunaan gajet pintar seperti komputer tablet dan telefon pintar mampu membantu meningkatkan kemahiran sosial mereka menerusi aplikasi yang terkandung di dalamnya. Ciri-ciri gajet pintar seperti mudah digunakan, persembahan yang menarik, mudah alih serta bersifat interaktif menyebabkan ia mudah diterima oleh kanak-kanak ini. Namun begitu, penggunaan gajet pintar ini perlu dikawal agar mereka tidak terperangkap dalam gelembung digital. Keywords: kanak-kanak autistik, kemahiran sosial, gajet pintar 1 PENDAHULUAN Kemahiran sosial adalah penting untuk dikuasai oleh seseorang kanak-kanak yang sedang membesar bagi mengelakkan mereka mengalami kesukaran dalam pelbagai perkara contohnya dalam pembelajaran (More C.,2008). Namun begitu, kemahiran ini sukar dikuasai oleh seseorang kanak-kanak autistik yang menghadapi Vol. X, No.X| December 2013| ISSN 2229-8932 Journal of Technical Education and Training (JTET) |X

description

konsep paper

Transcript of penggunaan gajet pintar utk autisme

Page 1: penggunaan gajet pintar utk autisme

PENGGUNAAN GAJET PINTAR MAMPU MENINGKATKAN KEMAHIRAN SOSIAL KANAK-KANAK AUTISTIK?

Sahar, F.HFakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional

Universiti Tun Hussien OnnBatu Pahat, 86400, Johor

Email: [email protected]

ABSTRACT

Kanak-kanak autistik mempunyai kesukaran untuk berkomunikasi dan berinteraksi dengan orang di sekelilingnya. Secara tidak langsung, mereka mengalami masalah untuk menguasai kemahiran sosial. Penggunaan gajet pintar seperti komputer tablet dan telefon pintar mampu membantu meningkatkan kemahiran sosial mereka menerusi aplikasi yang terkandung di dalamnya. Ciri-ciri gajet pintar seperti mudah digunakan, persembahan yang menarik, mudah alih serta bersifat interaktif menyebabkan ia mudah diterima oleh kanak-kanak ini. Namun begitu, penggunaan gajet pintar ini perlu dikawal agar mereka tidak terperangkap dalam gelembung digital.

Keywords: kanak-kanak autistik, kemahiran sosial, gajet pintar

1 PENDAHULUAN

Kemahiran sosial adalah penting untuk dikuasai oleh seseorang kanak-kanak yang sedang membesar bagi mengelakkan mereka mengalami kesukaran dalam pelbagai perkara contohnya dalam pembelajaran (More C.,2008). Namun begitu, kemahiran ini sukar dikuasai oleh seseorang kanak-kanak autistik yang menghadapi masalah dalam interaksi sosial secara lisan dan bukan lisan dengan orang lain. Masalah ini disebabkan mereka tidak memahami isyarat sosial daripada orang di persekitarannya (Boucenna et al., 2014). Justeru, mereka sering disalah erti sebagai kanak-kanak yang mempunyai masalah komunikasi, tiada eye-contact dan mempunyai masalah interaksi sosial (Toran, Yasin, Tahar, & Salleh, 2010).

Sehubungan dari itu, seiring dengan perkembangan semasa, ramai ibu bapa kanak-kanak autistik menggunakan teknologi untuk membantu anak-anak mereka memperoleh kemahiran sosial di samping kemahiran-kemahiran lain seperti kemahiran mendengar, komunikasi, mengurus masa, selain untuk tujuan akademik, mengingat aktiviti yang penting mahupun berhibur (Ennis-cole, Ph, & Park, 2012). Antara teknologi yang digunakan ialah iPad, iPod

Vol. X, No.X| December 2013| ISSN 2229-8932 Journal of Technical Education and Training (JTET) |X

Page 2: penggunaan gajet pintar utk autisme

Touch, komputer riba dengan akses Internet, pemain DVD, persekitaran maya, Pengajaran Berbantukan Komputer (CAI), e-buku, Nintendo DS, Wii, dan pelbagai peralatan lain (Ennis-cole, Ph, & Park, 2012).

Justeru, pelbagai kajian telah dijalankan terhadap keberkesanan teknologi dalam gajet pintar seperti iPad dan telefon pintar terhadap kemahiran sosial kanak-kanak autistik (Dixon, Verenikina, Costley, & Pryor, 2015; Hourcade, Bullock-rest, & Hansen, 2012.; Jones, Bucholz, & Georgia, 2014; Mintz & Mintz, 2013). Para pengkaji ini juga mencipta aplikasi untuk dimuatkan dalam gajet pintar tersebut bagi memudahkan kanak-kanak autistik berinteraksi dengan persekitaran (Mintz & Mintz, 2013)

Oleh itu, langkah-langkah intervensi yang bersesuaian perlu dilaksanakan bagi mengelakkan kanak-kanak autistik terus dipandang sebagai orang asing. Peluang menggunakan teknologi canggih sebegini harus dimanfaatkan untuk membantu mereka kerana kanak-kanak autistik mudah tertarik dengan skrin media elektronik (Dixon et al., 2015) kerana mereka mudah mempelajari sesuatu menerusi visual (Nair, 2015).

2 KAJIAN-KAJIAN TERDAHULU

Autisme ialah gangguan mental yang mula muncul pada peringkat kanak-kanak yg menyebabkan seseorang berkelakuan tidak normal dan sukar berkomunikasi dengan masyarakat (Kamus Dewan Edisi Keempat). Persatuan Autisme Amerika mendefinisikan autisme sebagai kecacatan yang mempengaruhi fungsi normal otak lalu memberi kesan terhadap perkembangan interaksi sosial yang menyebabkan kesukaran dalam komunikasi lisan dan bukan lisan, interaksi sosial, berhibur atau menjalankan aktiviti. Walau bagaimanapun, langkah-langkah intervensi perlu diambil bagi meningkatkan kemahiran sosial seseorang kanak-kanak autistik. Intervensi berasaskan teknologi selalunya berkesan dan mampu menarik minat kanak-kanak autistik (Goldsmith & Leblanc, 2004).

Sejak kebelakangan ini, kajian mengenai keberkesanan penggunaan teknologi sebagai intervensi terhadap kemahiran sosial kanak-kanak autistik semakin meningkat. Gajet pintar seperti iPad dan telefon pintar menjadi pilihan kerana mudah dibawa ke mana-mana, kos rendah, bersifat interaktif, mudah digunakan, diterima ramai, fleksibel dan boleh memuatkan aplikasi yang sesuai dengan kanak-kanak autistik (Dixon et al., 2015; Jones et al., 2014; Mintz & Mintz, 2013). Pihak ibu bapa, guru dan kanak-kanak autistik mendapati bahawa tablet ini senang digunakan dan mampu memotivasikan serta menarik minat kanak-kanak autistik untuk memberi akses kurikulum yang lebih baik (Dixon et al., 2015).

Vol. X, No.X| December 2013| ISSN 2229-8932 Journal of Technical Education and Training (JTET) |X

Page 3: penggunaan gajet pintar utk autisme

Rajah 1: Aplikasi Proloquo2Go

Kajian oleh Dixon et al.(2015) mendapati iPad mampu memperbaiki cara kanak-kanak autistik berkomunikasi dan berinteraksi dengan orang lain. Meskipun mereka tidak mampu berkomunikasi secara verbal, namun dengan adanya aplikasi Proloquo2Go (Rajah 1) yang terdapat dalam tablet tersebut, ibu bapa atau guru dapat memahami apa yang cuba disampaikan oleh kanak-kanak itu. Tablet tersebut juga digunakan oleh ibu bapa untuk berkomunikasi dengan anak mereka dengan cara menulis apa yang dikehendaki seperti pesanan, peringatan, permintaan dan sebagainya. Kanak-kanak autistik ini juga menggunakan iPad untuk meyokong komunikasi lisan terutama ketika mereka dalam keadaan yang cemas atau bimbang.

Begitu juga kajian oleh Hourcade et al (2012) menggunakan tablet Dell XT2 yang boleh mengesan sehingga empat sentuhan sekaligus. Mereka membangunkan perisian berbilang sentuhan yang mudah serta ringkas dan boleh diubahsuai mengikut aktiviti yang dijalani kanak-kanak autistik. Menerusi aplikasi Drawing, Untangle (Rajah 3), Music Authoring dan Photogoo, kanak-kanak ini melakukan aktiviti yang memerlukan mereka berinteraksi dan berkomunikasi dengan orang lain secara lisan mahu pun bukan lisan. Secara tidak langsung, kemahiran sosial mereka dapat berkembang menerusi aktiviti yang dijalankan.

Rajah 2: Kanak-kanak bekerjasama dengan rakan bermain Untangle

Vol. X, No.X| December 2013| ISSN 2229-8932 Journal of Technical Education and Training (JTET) |X

Page 4: penggunaan gajet pintar utk autisme

Selain itu, telefon pintar turut membantu meningkatkan kemahiran sosial kanak-kanak autistik. Mintz & Mintz (2013) mengkaji sebuah kit peralatan berasaskan web iaitu HANDS tool (Rajah 3) yang dimuatkan dalam telefon pintar kanak-kanak. Ia membolehkan guru-guru untuk membangunkan fungsi diari, sokongan khusus dan intervensi secara berturutan (fungsi “pelatih peribadi”) untuk memenuhi keperluan individu kanak-kanak. Hasil kajian tersebut menunjukkan telefon pintar berpotensi untuk menyokong pembangunan kemahiran sosial dan kemahiran hidup kanak-kanak autistik bagi memupuk sikap berdikari dalam penyertaan mereka ke arah arus perdana.

Rajah 3: Aplikasi HANDS tool

2 PERBINCANGAN

Kanak-kanak autistik mempunyai kekurangan dalam kemahiran sosial disebabkan sukar untuk berkomunikasi dan berinteraksi yang menjadi penghalang utama kepada penyertaan mereka ke dalam masyarakat dan persekitaran arus perdana (Mintz & Mintz, 2013). Namun mereka boleh menerima terapi yang sewajarnya menerusi inovasi dalam teknologi komunikasi dan maklumat (Boucenna et al., 2014). Sifat semula jadi kanak-kanak ini yang menggemari pembelajaran secara visual (Nair,2015) membuatkan gajet pintar seperti komputer tablet dan telefon pintar mudah diterima oleh mereka. Gajet ini menawarkan pelbagai aplikasi yang menarik serta persembahan yang fleksibel, boleh digunakan berulang kali, digunakan secara individu mahu pun bersama rakan lain, pengguna mempunyai kawalan sepenuhnya dan boleh menyimpan pembelajaran lepas (Ennis-cole et al., 2012).

Walau bagaimana pun, ibu bapa dan guru harus mengawal penggunaan gajet-gajet ini agar kanak-kanak ini tidak ketagihan tidak terperangkap dalam gelembung digital (digital bubbles) hingga mengurangkan perhubungan secara bersemuka (Parsons et al., 2015). Terdapat juga sekolah-sekolah yang tidak membenarkan gajet pintar ini dibawa ke sekolah yang

Vol. X, No.X| December 2013| ISSN 2229-8932 Journal of Technical Education and Training (JTET) |X

Page 5: penggunaan gajet pintar utk autisme

menyebabkan kanak-kanak ini terus terasing lalu menghalang penyertaan mereka ke dalam persekitaran di sekeliling (Mintz & Mintz, 2013).

4 PENUTUP

Kesukaran seseorang kanak-kanak autistik untuk berkomunikasi dan berinteraksi menyebabkan mereka sering disalah erti dan diasingkan oleh masyarakat sekeliling. Oleh itu, Penggunaan gajet pintar mampu memudahkan kehidupan seharian mereka terutama untuk bersosial dengan orang lain di samping menjadi salah satu cara terapi untuk mereka. Di sebalik itu, penggunaanya haruslah dipantau agar kanak-kanak ini tidak tenggelam dalam dunia digital lalu menyekat perhubungan dengan insan secara realiti.

RUJUKAN

Boucenna, S., Narzisi, A., Tilmont, E., Muratori, F., Pioggia, G., Cohen, D., & Chetouani, M. (2014). Interactive Technologies for Autistic Children: A Review. Cognitive Computation, 6(4), 722–740. http://doi.org/10.1007/s12559-014-9276-x

Dixon, R. M., Verenikina, I., Costley, D., & Pryor, S. (2015). The Use of iPADs in the Home Setting for Students With Autism Spectrum Disorders, 30(4), 193–206. http://doi.org/10.1177/0162643415623023

Ennis-cole, D., Ph, D., & Park, G. D. (2012). Families , Technology , and Children with Autism Spectrum Disorders University of North Texas 3940 North Elm Street, 71–80.

Goldsmith, T. R., & Leblanc, L. A. (2004). Use of Technology in Interventions for Children with Autism. Journal of Early and Intensive Behavior Intervention, 1(2), 166–178. http://doi.org/10.2989/1814232X.2011.572353

Hourcade, J. P., Bullock-rest, N. E., & Hansen, T. E. (n.d.). Multitouch Tablet Applications and Activities to Enhance the Social Skills of Children with Autism Spectrum Disorders, 1–26. http://doi.org/10.1007/s00779-011-0383-3

Jones, B. S., Bucholz, J. L., & Georgia, W. (2014). The utilization of an iPad for increasing work-related behaviors in adults with disabilities, (December).

Mintz, J., & Mintz, J. (2013). Can smartphones support inclusion for autism in mainstream ? http://doi.org/10.1108/JAT-08-2013-0019

More, Core (2008) Digital Stories Targeting Social Skills for Children With Disabilities: Multidimensional Learning, Intervention in School and Clinic; Jan 2008; 43, 3; ProQuest Education Journals pg. 168

Nair, R.S. (2015). International Journal of Social Science and Humanities Research, Vol. 3, Issue 2, pp: (419-425), Month: April - June 2015

Parsons, S., Yuill, N., Brosnan, M., Good, J., Parsons, S., Yuill, N., … Good, J. (2015). Short paper Innovative technologies for autism : critical reflections on digital bubbles. http://doi.org/10.1108/JAT-03-2015-0005

Toran, H., Yasin, M. H. M., Tahar, M. M., & Salleh, N. (2010). Tahap latihan , pengetahuan dan keyakinan guru-guru pendidikan khas tentang autisme or Level of training, knowledge and confidence of special education teachers about autism. Jurnal Pendidikan Malaysia, 35(1), 19–26.

Vol. X, No.X| December 2013| ISSN 2229-8932 Journal of Technical Education and Training (JTET) |X