Penggunaan Lagu Kanak-kanak Demi Peningkatan Penguasaan Kosa Kata Bahasa Inggeris (Abstrak)
-
Upload
syazayasminismail -
Category
Documents
-
view
1.021 -
download
4
description
Transcript of Penggunaan Lagu Kanak-kanak Demi Peningkatan Penguasaan Kosa Kata Bahasa Inggeris (Abstrak)
PENGGUNAAN LAGU KANAK-KANAK DEMI PENINGKATAN
PENGUASAAN KOSA KATA BAHASA INGGERIS
Syaza Yasmin binti Ismail
Abstrak
Kajian tindakan ini dijalankan untuk menilai sejauh mana lagu kanak-kanak dapat membantu
meningkatkan penguasaan kosa kata bahasa Inggeris murid-murid prasekolah. Objektif kajian
ini adalah untuk meningkatkan penguasaan kosa kata bahasa Inggeris dan meningkatkan
keyakinan murid-murid prasekolah untuk berkomunikasi dalam bahasa Inggeris. Subjek
kajian terdiri daripada enam orang murid prasekolah di Kuala Lumpur. Data dikumpulkan
melalui soal selidik dan pemerhatian. Data dianalisis dengan menggunakan analisis deskriptif
(kekerapan dan peratusan). Hasil refleksi menunjukkan kanak-kanak kurang memberikan
respons dalam aktiviti slot pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris di bilik darjah
kerana mempunyai kosa kata bahasa Inggeris yang terhad. Lagu kanak-kanak digunakan
untuk membantu kanak-kanak mengatasi masalah yang dihadapi dengan meningkatkan
penguasaan kosa kata bahasa Inggeris mereka dan secara tidak langsung meningkatkan
keyakinan mereka untuk berkomunikasi dalam bahasa Inggeris. Tiga buah lagu kanak-kanak
digunakan dalam intervensi yang dijalankan. Kosa kata yang ingin ditekankan menjadi fokus
utama agar kanak-kanak dapat menguasai kosa kata tersebut. Aktiviti nyanyian lagu kanak-
kanak ini dijadikan sebagai rutin di prasekolah. Lagu kanak-kanak ini dinyanyikan dalam
waktu perbualan pagi dan juga diselitkan dalam aktiviti slot pengajaran dan pembelajaran
bahasa Inggeris. Implikasinya, penguasaan kosa kata bahasa Inggeris kanak-kanak meningkat
dan secara tidak langsung kanak-kanak berkeyakinan untuk memberikan respons dalam
aktiviti slot pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris. Selepas intervensi dijalankan,
didapati bahawa bilangan kosa kata kesemua subjek meningkat berbanding sebelum
intervensi dijalankan. Penggunaan lagu kanak-kanak dapat meningkatkan penguasaan kosa
kata bahasa Inggeris secara tidak langsung dapat meningkatkan keyakinan kanak-kanak untuk
berkomunikasi dalam bahasa Inggeris.